|
Reply #235 raimina95's post
Kitaorang kalau buat tak pernah goreng dulu kacang tu...
Selalunya kita orang guna kacang tanah yang saiznya kecik sikik.
Setakat ini tak de masalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
semalam,try 1 kudapan dari blog indonesian. sedap jugak, rasa lemak masin cheddar.
![](http://i54.photobucket.com/albums/g105/zaiima/widarankeju.jpg)
ni resepinya, yg sudah dialihbahasa
Widaran keju/telur gabus
Sumber : http://shinta-littlekitchen.blog ... ju-telur-gabus.html
Bahan :
250 gm katakuriko(sagu kentang)/tepung sagu
2 biji telur dipukul sedikit dengan garpu
50 ml air/santan/susu cair
50 gm keju cheddar/edam diparut
1 sdt garam halus
Minyak untuk menggoreng.
Cara membuat :
1. Campur tepung, keju dan garam lalu aduk rata.
2. Masukkan telur dan air+susu sedikit demi sedikit sambil diuli sampai adunan boleh dibentuk.
3. Siapkan 2 kuali yang berisi minyak masak. Ambil sejemput adunan, bentuk dgn kedua telapak tangan hingga berbentuk bulat panjang. Masukkan hasilnya di salah satu kuali.
4. Panaskan dengan api kecil kuali yang telah cukup penuh adunan, goreng hingga kuning kecoklatan. Lalu angkat dan biarkan minyak di kuali kembali sejuk.
5. Sementara itu penuhkan kuali yang 1 lagi dengan adunan yang telah dibentuk.
6. Simpan kuih di dalam bekas kedap udara.
Nota : Adunan ini akan mengembang bila digoreng. Saya menggentelnya sebesar jari ******king je.
[archived]
[ Last edited by maisya at 20-9-2008 09:13 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://i227.photobucket.com/albums/dd183/ixora_xr/masakan/100_3765.jpg)
Maruku
1 paket tepung kacang kuda
1 paket tepung pulut
sedikit lemuju
sedikit jintan manis
sedikit udang kering
serbuk rempah kari secukupnya
garam
1 biji telur
air secukupnya
sedikit majerin
Cara Membuat:
1.Udang kering,lemuju,jintan manis di blender hingga halus.kedua-dua tepung di sangrai terlebih dulu
2.Di dalam satu bekas satukan tepung pulut dan tepung kacang kuda dan majerin..gaul hingga bercampur.
3.Kemudian boleh masukkan bahan yg di blender,telur,rempah,garam secukup rasa.
4.Masukkan air sedikit |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rempeyek
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1017/Kosmo/Famili/fa_04.1.jpg)
SALAH satu kuih kering yang begitu banyak dikomersiolkan kini adalah rempeyek. Ia dipercayai telah diperkenalkan oleh orang Jawa dari Indonesia. Sejak zaman berzaman, rempeyek menjadi kudapan atau jajan yang begitu digemari ramai. Nama rempeyek juga agak asing dalam penggunaan istilah bahasa di kalangan orang Melayu.
Apa beza rempeyek dengan tumpi? Kaedah membuatnya adalah serupa. Cuma rempeyek menggunakan kacang tanah. Manakala tumpi menggunakan kacang dal (kuning). Dal mesti direndam semalaman sebelum digunakan. Ini adalah kerana ia agak keras. Jika anda rajin, daripada bancuhan yang sama, anda boleh menyediakan rempeyek dan juga tumpi.
Pilihan rempah yang pelbagai adalah mengikut cita rasa masing-masing. Ada yang sukakan jintan manis bagi menggantikan jintan putih. Ketumbar juga boleh digantikan dengan mana-mana satu jenis jintan. Ada yang mencampurkan ketiga-tiga rempahnya sekali. Serbuk kunyit boleh dimasukkan jika anda inginkan rempeyek yang agak kekuningan.
Elakkan daripada menggunakan rempah jenis serbuk kerana ia tidak begitu wangi. Anda perlu menggoreng rempah (dalam bentuk biji) hingga harum. Kemudian tumbuk kasar semasa ia masih panas lagi. Ini akan memudahkan rempah itu hancur. Jika membuat banyak, anda boleh mengisarnya tetapi jangan terlalu halus.
Ada juga yang memasukkan sedikit serbuk cili supaya rempeyek terasa pedas. Tidak kurang juga yang menambah sedikit serbuk lada sulah. Jadi, anda sendiri boleh mencuba campuran rempah bagaimanakah yang paling sedap sekali. Mungkin itulah pilihan yang unik dan menjadi keistimewaan keluarga pada setiap musim perayaan atau hanya sebagai kudapan harian ketika menonton televisyen.
Rempeyek yang rangup lazimnya berkulit nipis. Ini bermakna bancuhannya agak cair. Jika bancuhan pekat, rempeyek akan menjadi tebal dan kadangkala mudah lemau kerana kurang garing.
Anda boleh gunakan acuan kuih rempeyek untuk mendapatkan bentuk yang bulat dan sama besar. Namun begitu pastikan acuan tersebut dipanaskan dengan betul. Biar terendam di dalam minyak hingga betul-betul panas sebelum digunakan. Sekiranya acuan tidak panas, adunan akan melekat dan sukar hendak tanggal. Ini akan merumitkan proses menggoreng.
Ada baiknya anda menyediakan dua atau tiga acuan supaya dapat menggoreng rempeyek banyak sekali gus. Kadangkala rempeyek akan lekat pada acuan pada kali pertama menggoreng. Selepas itu, ia akan mudah tanggal kerana acuan sudah cukup panas.
Supaya rempeyek mudah lekang daripada acuan, ada satu petua berguna. Anda dinasihatkan supaya tidak membasuh acuan tersebut. Memadai dengan mengelap acuan dengan tuala hingga bersih. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup. Dengan cara ini, ketahanan acuan terjamin dan ia tidak akan berkarat.
Bagi anda yang mahir atau sudah biasa, ada satu lagi cara membuat rempeyek. Adunan berkacang itu disendukkan ke bahagian tepi kuali. Kemudian renjiskan minyak panas ke atasnya. Rempeyek akan tanggal sendiri dan masuk ke dalam minyak tersebut. Namu,n anda perlu memastikan kacangnya melekat elok dengan adunan.
Kacang tanah perlu dibasuh bersih kemudian ditos atau disejatkan hingga kering. Jika hari panas terik, anda boleh meratakan kacang di dalam dulang. Kemudian jemur sehingga kering. Ini juga akan memastikan kacang pada rempeyek rangup dan sedap dikunyah.
Bagi anda yang sukakan kacang banyak, bolehlah tambah sukatannya. Anda juga boleh memasukkan ikan bilis yang dikoyak halus sebagai menambah perisa rempeyek. Pastikan ikan bilis jenis nipis kerana ia lebih rangup. Sebagai menambah kemanisan rempeyek, anda juga boleh mencampurkan dengan udang kering yang sudah direndam dan dikisar halus.
Bancuhan juga perlu dikacau setiap kali sebelum menceduknya kerana tepung beras mungkin mendap ke bawah. Jadi, bahagian atas menjadi lebih cair. Bancuhan yang tidak habis dibuat boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan diletakkan di dalam peti sejuk. Esoknya bolehlah dibiar pada suhu bilik kemudian ditambah sedikit air sebelum digunakan.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1017/Kosmo/Famili/fa_04.2.jpg) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #245 Syd's post
ni resepi chef norzailina nordin dalam paper kosmo arini....![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ari tu buat popia horliks ni..sedap..time kasih tuan nyer resepi
tp banyak yg terbukak sbb x lekat
![](http://img517.imageshack.us/img517/535/dsc00426wh2.jpg) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #247 ahpek\ catat
kat mana dapat resepi nyer ... nak cuba la ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kabintang at 24-4-2009 12:30 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
kat mana dapat resepi nyer ... nak cuba la ...
buat nie tak byk bahan pun..kulit popia yg size besar tuu..
ambil sekeping kulit popia kendian gulung..lekatkan dgn menyapu sedikit putih telur..
bila dah gulung, gunting serong-serong..
kendian goreng dgn minyak yg banyak..toskan sebentar [lapik dgn kitchen towel pun ok]
samada nk tabur gula halus pun boleh atau horlick pun boleh atau rajin boleh sira dgn cili..
resepi penuh boleh cari di archieve..
selamat mencuba! |
|
|
|
|
|
|
|
opsss..bukan sekeping saja yea..buatlaa sampai habis sebungkus kulit popia tuu..
baru dapat byk..
|
|
|
|
|
|
|
|
semalam buat maruku --- resepi maruku bijan tapi saya letak curry powder, udang kering -- lada boh. Tepung beras & tepung pulut. Majerin (tak letak telor) garam, air, jemuju
![](http://www.geocities.com/darsita/April29/maruku.PNG) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DARSITA at 2-5-2009 03:02 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
semalam buat maruku --- resepi maruku bijan tapi saya letak curry powder, udang kering -- lada boh. Tepung beras & tepung pulut. Majerin (tak letak telor) garam, air, jemuju
http://www.geociti ...
nmpk sedap tu kak dar.. rangup tak?
bole paste details recipe & cara2 buat tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #251 DARSITA\ catat
wow...best nya nampak maruku tuh...ada udang kering lg...best tu...nak resipi ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
[ Last edited by kacang^soya at 2-5-2009 20:21 ] |
|
|
|
|
|
|
|
ms oji & kacang soya
Resepi nya ada kat achieve --- resepi maruku bijan by diana. Yang lain bahan tu saya main tambah jer (spt serbuk kari dan lada boh) ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://img.photobucket.com/albums/v334/maisya/kuihgunting2.jpg)
Kuih gunting
resepi chef norzailina nordin
Bahan-bahan ( 1 balang )
375gm tepung
2 sudu besar gula aising
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk cili
2-3 tangkai daun kari-hiris halus
1 1/2 sudu teh garam
pepper
90gm majerin (maisya cuma guna dlm 70g sahaja)
130-140ml santan (tambah air jika x cukup)
Cara-cara
Gaul semua bahan, masukkan santan dan uli jadi doh.
Gunting n goreng.
[ Last edited by maisya at 14-5-2009 10:29 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by chempaka_ku at 11-7-2009 17:36
256# maisya
jintan tu tak perlu tumbuk atau kisar?
dan pepper tu pakai white or black? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by chempaka_ku at 11-7-2009 17:36
256# maisya
jintan tu tak perlu tumbuk atau kisar?
dan pepper tu pakai white or black?
chempaka_ku Post at 11-7-2009 17:35 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
maisya sangrai semua spices dan kisar sekali dengan daun kari
pepper tu maisya campur lada hitam & putih |
|
|
|
|
|
|
|
258# maisya
thanks so much....
last year cuba kuih siput; almost sama dengan resipi ni......... dapat dari buku or majalah tapi resipi tu tipu la.... goreng semua hancur...... |
|
|
|
|
|
|
|
mee siput goreng cicah dgn sambal kicap...mmg fames kat muo...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
![](http://i241.photobucket.com/albums/ff125/cikna99/DSCN4003.jpg) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|