CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

LARA DI HATI KITA 2.

 Close [Copy link]
 Author| Post time 7-11-2009 08:23 PM | Show all posts
sori..aku demam 2 hari...
ni baru baik demam...sob!sob!(tenyeh mukus yang meleleh ..)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2009 08:24 PM | Show all posts
Keadaan di sekitar jalan itu riuh. Suasana tadi yang aman, bertukar kelam kabut. Jiran2 Alisya yang mahu keluar bekerja terus meluru melihat kejadian itu. Kanak2 yang mahu menunggu bas sekolah menjerit memanggil penjaga masing2. Aril pantas meluru kepada Alisya.

        “Alis!!!” Aril terus memangku Alisya yang tidak sedarkan diri.

        “Macammana boleh jadi ni?” suara orang ramai yang mengerumuni mereka jelas kedengaran. Aril memeluk wajah Alisya yang berlumuran darah ke pipinya. Masih panas! Darah Aril berderau saat itu.

        “Siapa langgar ni?”

        “Bila kena langgar ni?”

        “Hidup lagi ni! Cepat bawak ke hospital..”

Aril sudah tidak keruan. Mulutnya sudah terkunci. Dadanya berdegup kencang. Darahnya mengalir laju. Mulut orang ramai yang mengelilingi mereka tidak membantu langsung. Alisya digendong sekuat tenaganya menghampiri keretanya. 2 orang pemuda cuba membantu dengan membukakan pintu kereta. Alisya dibaringkan di tempat duduk belakang keretanya. Mulut jiran2 Alisya masih tak henti2 berbunyi.

        Dalam keadaan itu, Aril sudah tidak terfikirkan hal lain. Alisya perlu dibawa ke hospital segera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2009 08:27 PM | Show all posts
Sakit! Aduh..Alisya cuba membuka mata perlahan2. Kepalanya dirasakan ngilu. Pantas reaksi semulajadinya mahu mengangkat tangannya, namun, tangan kanannya tidak dapat digerakkan. Alisya membuka mata, mahu melihat keadaan dirinya.

        Erk! Siapa ni? Seorang lelaki terbaring di sisi katilnya dengan mukanya yang tersembam di celah2 selimutnya. Alisya mahu menolak kepala lelaki itu yang dirasakannya terlalu dekat, namun tangannya tak dapat digerakkan. Tangan kanannya berbalut. Tangan kirinya bertampal.

        Siapa ni? Hatinya berdebar2. Takkan si…Si lelaki tiba2 bangun mengeliat. Sebaik ternampak wajah Alisya yang merenungnya, Aril tidak jadi mengeliat. Alisya renung Aril. Aril senyum memandang wajah Alisya yang berbalut di kepala.

        “Dah bangun..?” soal Aril lembut. Mendayu menusuk jiwa! Aril senyum manis sambil menguap.Alisya masih terkedu.

        “Kenapa kau kat sini?’ soal Alisya dalam keraguan. Aril senyum.

        “Syukurlah kau dah sedar. Akhirnya terbukti jugak kepala kau ni memang keras…kena langgar pun tak pecah” kata Aril sambil tersenyum2 sumbing. Alisya senyum sinis.

        “Kenapa kau kat sini?” soalnya sekali lagi.

        “Kenapa? Kau tak suka aku ada?” soal Aril sambil senyum. Aril menghampiri meja kecil yang terletak di tepi hujung kepala katil. Air panas dari termos dituang ke adalam mug. Secawan milo panas pantas disiapkannya. Alisya merenung saja tindak tanduk Aril.

        “Aku yang bawak kau ke sini. Kau kena langgar lari pagi tadi..” kata Aril sambil duduk kembali di kerusi di sebelah katil Alisya. Alisya melopong. Ya lah! Serta merta ingatannya melayang kepada peristiwa pagi tadi, sewaktu dia mahu keluar bekerja.

        “Telefon aku?” soal Alisya tiba2. Kalut dia seketika.

        “Nak buat apa?” Aril meneguk minuman panas yang dibuat tadi.

        “Takkan nak masak kari kot...Aku nak telefon ofis…” kata Alisya kelam kabut.

        “Tak payah susah2. Aku dah bagitau…” balas Aril selamba kodok.

        “Mana kau dapat nombor ofis aku?” soal Alisya hairan.

        “Aku baca dalam phonebook kau la. Aku kan pandai membaca..” kata Aril lagi, menambah sakit hati Alisya. Alisya mendengus.

        “Mintak balik telefon aku..” pintanya lagi.

        “Nak buat apa?” soal Aril.

        “Mintak ajelah…jangan banyak soal..” kata Alisya geram. Aril sengih.

        “Telefon kau terjatuh dalam lubang jamban masa aku buang air tadi. Dah tu..aku terflush pulak…” kata Aril sambil buat muka kesian.

        “Whatttt????” melopong mulut Alisya mendengar. Huaaaa!!!!Telefon aku!!!Alisya sudah mahu menangis.Mahal2 aku beli telefon akhirnya masuk ke lubang jamban jugak???

        “Ala..jangan sedihla. Yang penting, aku akan jaga kau sepanjang kau sakit ni. Aku takkan kemana2..Ini janji aku..” Aril senyum manis sambil memandang Alisya.

        Goshhh!!!!Gila!!!Alisya mengeluh berat. Susah ni…Alisya pandang kiri kanannya. Sesekali Aril di sebelah dijeling. Dari mana dia timbul? Tiba2 dia boleh bawak aku ke hospital ni.

        “Kau nak bagitau abah kau tak yang kau accident ni?” soal Aril. Minuman yang hampir licin diletakkan di tepi meja.Alisya terdiam, kemudian mengangguk.

        “Suruh Aniah datang sekali..” pinta Alisya. Aril angguk, sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Alisya merenung bilik hospital yang agak luas itu. Di hujung katilnya, terdapat sebuah sofa yang agak besar, almari pakaian 2 pintu dan TV yang terdapat dibiliknya agak besar. Ini hospital mana ni? Terasa macam kat hotel pulak..

        Pintu bilik itu diketuk dari luar.Pantas Alisya dan Aril menoleh kea rah pintu.

        “Nurse aku rasa. Dia nak tukar bekas air kencing. Aku keluar telefon abah kau jap, ya. Nanti aku masuk balik..” Aril bangun, beredar bersama senyumannya. Alisya terkesima. Pintu bilik hospital dibuka, seorang jururawat memakai uniform merah jambu masuk sambil tersenyum. Aril sudah keluar. Alisya ternganga.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 08:33 PM | Show all posts
wah...nak lagi...x cukup nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2009 08:40 PM | Show all posts
Pak Mad meletakkan telefon rumahnya. Janggutnya yang sejemput diraup2. Pantas langkahnya diatur menuju ke dapur. Aniah dan suaminya sedang melayan anak2 mereka minum di dapur.

        “Ann…Shamsul…abah baru dapat telefon tadi..kak Alis kamu accident Kita ke Hospital Universiti sekarang..” kata Pak Mad gusar. Aniah dan suaminya saling berpandangan.

        “Malam2 macam ni?” soal Aniah. Jam di dinding sudah pukul 8.30 malam. Kalau mereka bertolak sekarang, 5 jam kemudian baru sampai. Suami Aniah pula perlu bekerja esok hari.

        “Tak apalah.Kamu telefon mana2 hotel, kita menginap di sana 2-3 malam…” kata Pak Mad cemas.

        “Siapa yang telefon tadi?” soal Aniah pula.

        “Aril..” balas Pak Mad. Aniah dan suaminya berpandangan lagi. Aniah renung muka abahnya sambil menguntum senyum. Abang Aril dah baik semula dengan kak Alis kah? Ini sudah bagus…

        “Bah..kita tak payah pergilah. Abang Aril ada pun dah cukup..” kata Aniah acuh tak acuh. Pak Mad kehairanan, merenung anaknya yang masih berwajah selamba menyuap makanan ke mulut anaknya.

        “Tapi..kalau kita tak pergi tengok, macam tak patut pulak..” kata Pak Mad. Lebih2 lagi Alisya anak kesayangannya. Takkan hendak dibiarkan begitu saja.Alisya bukan ada sesiapa di Kuala Lumpur.

        “Ala abah. Kalau abah nak tengok kak Alis kahwin, baik abah jangan pergi. Abah telefon abang Aril, minta dia jagakan kak Alis untuk kita. Nanti, dalam2-3 hari lagi bila kak Alis dah baik sikit, kita pergilah tengok dia..” Aniah tersengih memandang abahnya.
Dia tahu, idea itu gila. Tapi, daripada melihat Alisya membujang sampai ke tua…sesuatu perlu dilakukan.

        Pak Mad terdiam. Dia musykil seketika.

        “Betul tu abah. Sesekali, kak Alis kena tahu, dia perlukan seseorang dalam hidup untuk bersama dia dalam susah dan dalam senang. ..” sampuk Syamsul, menantunya pula. Pak Mad terdiam, kemudian mengangguk setuju. Betul juga…
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 08:43 PM | Show all posts
hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-11-2009 08:45 PM | Show all posts
Pintu bilik ditutup. Aril kembali merapati Alisya yang sedang terbaring lemah. Aril senyum2 sendirian. Melihat Aril yang tersenyum pelik, Alisya mula ketakutan. Apahal mamat ni tiba2 senyum macam ni?

        “Nah…abah kau nak bercakap..” Aril menghulur telefon bimbitnya kepada Alisya. Alisya kaget. Tangannya tidak dapat diangkat.

        “Ops..sorry…aku lupa,” Aril mendekatkan telefon bimbitnya ke telinga Alisya. Aril duduk rapat disisi Alisya sambil memegang telefonnya. Dalam serba tak kena, Alisya sambut juga talian itu.

        “Ye bah..” Alisya telan air liur pekat bila lengan sasa Aril bergesel dengan bahunya.Aril senyum nakal.

        “Alis…Abah dan adik kamu mungkin tak dapat datang dalam 2-3 hari ini. Syamsul ada hal, dan Abah pulak tengah sakit kaki sekarang. Aniah yang ulang alik hantar abah pergi berubat ke klinik 2-3 hari ni. Jadi, Insya-Allah lepas 2-3 hari nanti, kami datang. Sementara tu, abah dah amanahkan Alis pada Aril. Jadi, kalau ada apa2 hal, kamu bagitau Aril saja ya..” jelas kedengaran suara Pak Mad dihujung talian. Aril senyum simpul mendengar kata2 Pak Mad.

        “Abah…” belum sempat Alisya merungut, talian sudah terputus. Segera Alisya mengalihkan telinganya menjauhi Aril. Ah!!Abah ni dah kemaruk nak bermenantu sangat agaknya? Perangai senget ni mesti berjangkit dari Aniah! Alisya mengetap bibir menahan geram.

        “Mulai hari ni, aku akan jaga kau okay? Kalau ada apa2, kau cakap je kat aku..” Aril memasukkan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluarnya. Aril menghenyakkan badannya ke sofa dihujung katil Alisya.

        “Kau nak tidur sini ke?” soal Alisya apabila melihat Aril sudah merebahkan badannya ke sofa. Aril pandang Alisya.

        “Yelah! Ala..kau buat macam aku tak ada je..” Aril benar2 penat. Sejak semalam dia belum tidur. Dia cuma dapat terlelap seketika tadi. Dia benar2 letih. Tangannya diletakkan didahi.

        Alisya terkedu. Wajah Aril nampak benar2 seperti kepenatan, sehinggakan kemejanya yang kotor dengan darah pun tidak ditukar. Darah aku ke kat baju dia tu? Ewww…Naik loya pula tekaknya. Seketika, Alisya terdengar deru nafas lemah dari Aril. Matanya sudah tertutup. Alisya merenung Aril di hujung sofa.

        Lama Alisya merenung wajah Aril yang keletihan. Terima kasih Aril.Terima kasih kerana bersusah payah demi aku…

        Alisya senyum. Dia merendahkan badannya sedikit. Matanya dipejam. Dia merenung keadaan tubuhnya tika itu. Tangan kaki berbalut. Ditambah pula dengan luka di kepala. Alisya menghembus nafas berat. Agak2, siapa yang langgar aku ni? Alisya rasa dia tahu siapa...dia bukan banyak musuh...tapi...tak baik menuduh pula.Matanya dipejam. Dia juga terasa sangat lemah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 09:07 PM | Show all posts
alahai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2009 12:01 AM | Show all posts
hehehe..janji aril dah jumpa alis...i like...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 02:49 AM | Show all posts
lagi fizz :pompom: pleaseeeee
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 03:27 AM | Show all posts
salam
fizzy nti klo dah btul2 sihat bg lagi n3 lebih skit ye..
harap2 plan yg keluarga alis buat utk rapatkan hubngnnya ngan aril berjaya..
amin
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 05:20 PM | Show all posts
Yessss...mesti si Alis panas montot sbb Aril jaga.
Harap2  dpt ler berbaik semula....n bunga2 cinta berputik.
Tinggi tul imaginasi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 08:51 AM | Show all posts
walaupun kesian kat Alis...
tapi suka... :pompom:
memintak nanti diorg together2...  
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 09:57 AM | Show all posts
suka nye baca n3 kali ni...
aril caring sgt2....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 10:33 AM | Show all posts
hehehe..sambung la lagi plzzzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 10:54 AM | Show all posts
Wehnya best N3 ni aril dah tahu kebenaran sanggup tunggu alis nak kado masa2 yg terbuang dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2009 12:12 PM | Show all posts
sambung le lagi.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2009 12:30 PM | Show all posts
Sakitnya!!!Alisya mendesah. Luka dikepala dan di kakinya terasa ngilu. Suhu bilik itu terlalu sejuk. Selimut yang sepatutnya menutup kakinya, terbuka sehingga mendedahkan kakinya kepada suhu bilik.

        Alisya cuba menggerakkan tangan kirinya. Selimut yang berada dihujung kaki cuba dicapai.

        “Adusss..” sakit belakangnya tak terkira apabila tulang belakangnya diregangkan. Mendengar desahan Alisya, Aril terbangun. Aril dan Alisya saling berpandangan.

        “Kau nak apa?” Aril bangun sambil menggosok2 matanya.

        “Bilik ni sejuk sangat lah. Kau tolong naikkan suhu air-cond…” pinta Alisya sambil cuba menarik selimut. Aril bangun menghampiri Alisya. Selimut yang berada di hujung kaki dibetulkan.

        “Kau tidur buas sangat…itu yang terselak selimut ni..” Aril menguap sambil menarik selimut sehingga ke dada Alisya. Alisya mendengus. Malas dia hendak bertekak dengan Aril waktu itu.

        “Pukul berapa ni?” Aril meneliti jam tangannya yang diletakkan di tepi meja. Alisya diam saja.

        “Emmhh…pukul 4? Apsal awal lagi?” Aril menuju ke satu sudut, membetulkan suhu penghawa dingin.Alisya cuba melelapkan matanya semula. Malas hendak melayan Aril yang kehulu kehilir di depannya.

        “Agak2 kau, siapa yang langgar kau?” soal Aril tiba2. Dia menanggalkan kemejanya yang berbau hanyir darah. Terserlah susuk tubuhnya kala itu.Alisya pura2 memandang kea rah lain. Dia ni mamai ke tiba2 bukak baju??? Alisya tercengang. Aril bangun lalu berlalu ke bilik air. Alisya memanjangkan lehernya sebaik Aril lenyap kedalam bilik air. Mandi agaknya..siap bawa tuala.

        Hmmm..sungguh tidak malu seorang manusia bernama Aril ni! Depan2 aku dia selamba buka baju. Nasib baik aku terlantar macam ni. Kalau aku sihat walepat liat, kau taulah nasib kau Aril!!!!

        Alisya menarik nafas dalam2. Bunyi air di bilik air menderu2. Bisingla pulakkkk!!!!Alisya mengeluh lagi. Matanya dupejamkan juga. Dia betul2 pening ketika itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2009 12:31 PM | Show all posts
Alisya tersedar bila jururawat datang membuka balutan dikepalanya. Alisya pandang ke sekelilingnya, mencari kelibat Aril. Tiada!

        “Mana dia?” soal Alisya. Wajah jururawat didepannya dipandang cemas. Jururawat itu tersenyum.

        “Dia pesan, dia balik rumah ambil baju. Nanti dia datang semula,” balas jururawat itu. Lega hati Alisya mendengar. Balutan di kakinya ditukar. Seketika, tiba2 jururawat tadi menukar satu bekas yang berisi air berwarna kuning. Air tersebut dibuang di dalam bilik air. Alisya terpana. Air apa tu?

        “Air apa tu nurse?” soal Alisya kebingungan. Jururawat tadi tersenyum.

        “Air kencing “balasnya.

        “Mana datangnya?” Alisya bertambah hairan.

        “Dari kakaklah. Kalau kami tak masukkan wayar, takkan nak biar akak susah2 bangun pergi toilet. Tapi takpe, petang nanti wayar ni dah boleh cabut…Keadaan akak dah semakin baik.” Terang jururawat tadi.

        Melopong Alisya mendengar. Ooo..patutlah aku tak terasa nak terkencing!Rupanya dah keluar…Aduh..malunya aku!!!Aril pasti dah tengok air kencing aku warna apa!!Hii…dahi Alisya berkerut.

        “Okaylah kak. Saya keluar dulu. Kejap lagi husband akak sampaila tu..” jururawat tadi sudah berkemas hendak keluar dari bilik. Husband???Hendak tercabut telinga Alisya mendengarnya. Jururawat tadi sudah beredar. Pintu bilik sudah ditutup. Alisya mendengus. Husband???Gila!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2009 12:33 PM | Show all posts
Alisya terasa sesuatu yang lembut membelai rambutnya. Enak…Alisya menguntum senyum. Terasa seperti belaian arwah ibunya semasa kecil, yang kerap menyikat rambutnya yang panjang itu. Mak…Alis rindukan mak…

        Tapi…Seketika, mata Alisya terbuka. Aril betul2 berada di depannya. Tangan Aril sedang berada di atas rambutnya. Wajahnya dan wajah Aril sangat dekat. Hingga Alisya dapat mendengar nafas Aril yang sedang merenungnya.

        “Kau buat apa?!!!” Alisya bingkas mahu bangun, namun kakinya membataskan pergerakannya. Alisya renung Aril yang terpinga2 memandangnya.

        “Aku sikat rambut kau…” Aril menunjukkan sikat berwarna hitam ditangannya. Alisya terkedu. Sikat ditangan Aril dipandang.

        “Aku tengok rambut kau serabut sangat, so aku sikatlah..” kata Aril. Dia menjauhi Alisya. Alisya tarik nafas resah. Kelu lidahnya kala itu. Alisya pandang kea rah lain.

        “Kau nampak sangat cantik bila rambut kau bebas macam ni…Macam kat tepi pantai masa kita sekolah dulu kan..” Aril tiba2 memuji. Wajah Alisya direnung. Alisya ternganga. Dia ni…sakitkah?

        Aril bangun, merapati Alisya. Alisya pandang Aril kehairanan.

        “Aku nak ikat rambut kau…meh sini..” kepala Alisya ditarik. Lalu rambut Alisya yang bebas tadi diikat tinggi2.Alisya yang tergamam membiarkan saja kepalanya ditarik kehulu kehilir oleh Aril.

        “Nah.!!!.macam mak Enon..” Aril ketawa mengekek. Alisya mendengus. Tak ada masa nak melayan dia buat lawak tadika…Sikat diletakkannya ditepi meja. Aril renung Alisya.Alisya menyandarkan badannya ke belakang.

        “Agak2 kau…siapa yang langgar kau?” soal Aril tiba2. Wajah Alisya direnung tepat. Alisya terpana. Aril dipandang lagi.

        “Aku serius tanya ni. Sebab…kalau kau tahu, kita buat police report bila kau dah baik nanti..” kata Aril lagi. Alisya terdiam.Dia kebingungan. Tidak tahu hendak menuduh siapa.

        “Mastura?” soalan Aril memeranjatkan Alisya. Pantas wajah Aril dipandang. Aril menarik nafas dalam2.

        “Suhana dah ceritakan segalanya pada aku. Dia kata, suspek utama..mungkin Mastura…Kau setuju?’ soal Aril. Mata Alisya direnung lagi. Alisya kelu.

        “Kau setuju tak? Kalau kau setuju, kita pergi buat report nanti..” kata Aril perlahan dalam nada memujuk. Alisya tunduk. Aril dipandangnya.

        “Tak payahlah buat report police..” lemah suara Alisya menuturkan kata2 itu. Aril tercengang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.054743 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list