|
thanks smiley....kalau free...post n3 lagi ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni kurang2 5-7 entry... dah lama puasa |
|
|
|
|
|
|
|
Waaa,,..dah ada n3 baru. Best2.Suka sangat cite2 sang Arjuna.
Nanti tepek ler Kali Kedua kat sini. X sempat baca kat TS. |
|
|
|
|
|
|
|
best dah ada n3... letaklah bebanyak...
dah lama sangat tunggu nie...
kalu free letak n3 lagi k... |
|
|
|
|
|
|
|
244# ruby76
tenkiu ruby
Kali Kedua tu panjang
kalau tepek kat sini ntah bila nak habis sbb tenet slow & susah nak masuk forum,
sori ye
ni dia link KK kat teratak http://teratakian.clicdev.com/f/index.php?trk=teratakian&showtopic=5311 |
|
|
|
|
|
|
|
hehe bestnye..nanti update panjang2 lagi tau |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak letak N3 nie, tak sabarnya nak tau pasal percetian diorg kat langkawi...
cepat2 la post N3...heheheheh, Tak sabar nie... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan please......tak sabar nak tahu kisah selanjutnya |
|
|
|
|
|
|
|
n3 pls.....windu dgn hani |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaaa...nk n3 lggggg.......
best3x:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
arjuna kat TS takde citer Hani ke |
|
|
|
|
|
|
|
smiley sayang...... hari ni ekk new n3 nye... |
|
|
|
|
|
|
|
bila..nak sambung..
smlm dh search kat TS xde pun cite HAni.. |
|
|
|
|
|
|
|
256# juneazry
smiley tak letak citer ni kat TS
sowiiii
nanti kalau ada citer baru pasni smiley post kat TS plak, insyaallah |
|
|
|
|
|
|
|
Feri ke Langkawi menyusur laut yang bergelombang. Hani menekan pelipisnya. Matanya di pejam. Rasa pening dan loya tak juga hilang, malah makin teruk. Nak minta minyak angin pada Mak Tok pun tempat duduknya jauh. Aduh! Peningnya! Tangannya meraba beg galas di sisi mencari sesuatu yang boleh mengurangkan rasa mual.
" Hani, you okay tak? You nampak tak sihat." suara lelaki menerjah. Siapa lagi kalau bukan Nazrin. Masa muka aku dah kehijauan mabuk laut dia nak ajak berbual.
" You seasick kah? Nak muntah?"
Eee...mamat ni! Aku benci kalau orang sebut muntah sebab kepala aku akan bayangkan isi perut yang terkeluar. Gross!. Nasib baik ada gula gula dalam beg . Dengan mata tertutup, Hani membuka balutan plastic dan mengulum Hacks. Lega sikit rasa.
Hani membuka mata perlahan lahan. Jantungnya berkejaran bila menatap wajah Nazrin di sisi. Dekat bebenor! Sampai terasa hembusan nafasnya.
" I'm okay" Hani bersuara sambil menginjak sedikit. Di sebelahnya Nadia sedang ralit mengulit mimpi. Feri agak kosong sebab masih awal pagi. Lagipun hari Rabu, bukan hujung minggu. Mak Tok dan Tok Putih cadangkan mereka keluar rumah selepas Subuh lagi. Tak panas dan tak ramai orang, kata mereka. Tapi hakikatnya kedua mereka tak sabar nak shopping. Terkejut juga bila malam tadi Mak Tok memberitahunya mereka akan bercuti ke Langkawi bersama keluarga Tok Putih. Resah ada, seronok pun ada. Mungkin sebab itu dia tak lalu nak makan breakfast, sampai perut masuk angin.
" You nak tahu macam mana nak elak seasickness? Meh I ajar" kata Nazrin. Tangan Hani di capai. Jari telunjuk Hani di letak ke pangkal hidung. Gadis itu terpinga pinga di buatnya. " Tekan kuat kuat. Lepas tu tarik nafas dan kembung kan pipi. Cuba pandang jari you dengan kedua belah mata sekali. Kira sampai 10 kemudian lepaskan nafas perlahan lahan."
Hani cuma menurut. Apa apa jerlah, janji aku tak mabuk laut. Rasa bodoh pula dengan pipi kembung dan mata dijulingkan. Dua anak kecil yang duduk berdekatan memandangnya dengan hairan. Kemudian berbisik sama sendiri dan menutup mulut menyembunyikan tawa. Pelik sangat ke rupa aku?
Nazrin terus ketawa berdekah dekah. " Comelnya muka. Macam puffer fish pun ada juga. Dah lah tu, I main main saja"
" Hantu! Debik baru tahu" gertak Hani lalu meraup wajah. Letih melayan mamat ni.
" Janganlah marah. Sebenarnya, I saja nak cari peluang pegang tangan you" bisik Nazrin antara dengar dan tidak. Rasa mual tadi di ganti dengan rasa lain yang menggelodak sukma Hani. Buat tak dengar sajalah.
" Nanti sampai sana apa plan kita?" tanya Hani untuk menutup gugup. Rasa loya beransur hilang. Petua Nazrin mujarab juga rupanya. Atau mungkin sebab laut semakin tenang. Alhamdulillah.
" Kita jalan jalan kat Kuah dulu lah. Biar senior citizens puas shopping. Lepas lunch baru pergi ke hotel sebab hotel tu di Pantai Cenang. Kalau dah sampai sana nanti penat pula nak drive balik ke Kuah." terang Nazrin.
Hani mengangguk. Ini kali kedua dia ke Langkawi, kali pertama dulu mengikut rombongan sekolah ketika di Tingkatan Tiga.
" Besok kita pergi island hopping nak? Kat hotel boleh sewa bot. Kita pergi Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, Pulau Payar. Hani pernah pergi sana?"
" Tak pernah. Masa ke Langkawi dulu, kita pergi melawat tempat bersejarah saja, macam Makam Mahsuri, Beras terbakar, Telaga Tujuh. Cikgu tak berani nak bawa kami naik bot sebab takut haru biru, ada lebih 40 orang students. Best gila bercuti dengan kawan kawan sekolah. Memang seronok waktu itu, riuh rendah kami dalam bas. Hotel pun kami yang conquer. Memang jakun habislah masa tu" Rancak Hani bercerita.
Nazrin mengangkat kening. " Sekarang dah tak jakun dah?"
"Dah kurang sikitlah." balasnya selamba. Lesung pipitnya terserlah.
" Mesti ada cinta monyet masa you sekolah dulu kan? Macam happy sangat bila you bercerita"
" Tak adalah. Kita selalu pindah ikut Mak , tak sempat pun nak mengorat" nafi Hani. Kalau aku pernah bercinta monyet atau kera ke haper dulu, mesti sekarang aku tak kalut semacam bila bersama Nazrin. Cinta pertama orang lain masa belasan tahun. Aku ni dah tertinggal LRT. Sekarang baru nak merasa bibit bibit manis er.... cinta orang-utan kot.
" Tak sangka you ni becok juga. Masa di Ulu Langat dulu, macam ada emas dalam mulut. I sangka you ni sombong."
" Masa tu I belum warm up lagi. Kawan kawan kata I ni jenis introvert. Kalau baru kenal I tak selesa nak berbual panjang. Lagipun masa tu awak angin semacam... takutlah!" Tawa kecil terletus dari mulut Nazrin. Kena sebijik.
" Ooo... tak kenal maka tak cinta lah. So, maknanya sekarang dah jatuh...." Nazrin membiarkan ayatnya tergantung.
Hani memalingkan mukanya yang merona ke arah laut yang semakin tenang. Hatinya merusuh bila di tenung Nazrin. Nafasnya terhenti sejenak bila bahu mereka berlaga tatkala feri bergolak sebelum berlabuh di jeti. Jangan mengada nak feeling feeling, buat kesekian kalinya Hani membanteras perasaan halus yang menjalar di lubuk hati. Dia cuma anggap aku sebagai adik, bahan untuk di usik dan sakat. Tak lebih dari itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tangan masing masing penuh dengan beg plastik. Ralit betul Hajjah Mariam dan Hajjah Putih membeli belah sehingga tak sedar waktu Zuhur sudah hampir ke penghujung. Mereka cuma berhenti sebentar untuk makan tengahari, itu pun sekadar untuk " pit stop" sebelum meneruskan aktiviti.
"Abang nak ke surau di Jetty point dengan Ajin." Haji Aziz memberitahu isterinya yang sedang tekun membelek kain batik Jawa.
" Bang Aji, nanti boleh jamak solat. Kita kan musafir" Alasan Tok Putih di sambut dengan dengusan suaminya. Perempuan tak kiralah tua atau muda mesti gila shopping.Waktu shopping, tak pula terasa sakit lutut, sakit belakang. Kalau sembahyang , komplen susah nak rukuk dan sujud. Hairan sungguh!
" Lepas solat, kita pergi ke hotel. Kesian tengok budak budak tu. Depa dah penat. Besok lusa boleh datang lagi. Insyaallah kedai kedai di pekan Kuah ni ada lagi. " perli Tok Aziz sambil memandang penuh simpati pada Hani dan Nadia. Hani segera memaniskan muka meskipun tangannya macam nak lekang dari soket bahu. Beratnya kotak berisi set pinggan mangkuk yang di beli Mak Tok. Nadia memuncungkan mulut. Barang barang yang di jual di Kuah tidak menarik perhatiannya. Maklumlah orang bercitarasa tinggi. Hani sendiri cuma membeli beberapa helai pareo dan T shirt untuk Acik Mah, Kak Ina dan Aina. Untuk kenalan lain, dia bercadang membeli keychain atau cokelat saja.
" Cepatlah Tok. Nadia dah letih lah. Kita boleh datang lagi besok."
" Betul tu. Kesian cucu awak tu Teh. " sokong Tok Aziz .
Selesai sembahyang, Nazrin memandu Nissan Serena yang di sewa menuju Pantai Cenang. Jalan agak sesak memandangkan musim cuti sekolah. Tiba di Hotel Seri Langkawi, mereka di sambut Pengurus nya sendiri, Mr Jeremy Sim. Lelaki awal 40an itu pernah di rawat Dr Aminuddin beberapa tahun dulu dan cukup terhutang budi dengannya. Harga bilik di beri kadar istimewa dan layanan yang first class menanti keluarga Haji Aziz.
" Ini dia tiga bilik untuk keluarga Pakcik Aziz. Nombor 512, 513 dan 515. Semuanya mengadap laut. " pesannya sambil membuka pintu bilik 512. Bilik yang luas di muatkan dengan dua katil bujang dan sofa. Dekornya di rias dengan rona biru lembut. Sedap mata memandang.
"Kalau ada apa apa yang Pakcik perlukan , telefon saya. Jangan segan segan. Saya harap pakcik dan keluarga selesa di sini" Dia berjabat tangan dengan Haji Aziz sebelum meninggalkan mereka.
" Yaya nak kongsi bilik dengan Kak Hani" Dengan cepat Nadia bersuara lalu menerpa masuk. Begnya di humban atas katil.
" Teh dengan Yam. Ajin dengan Tok Ki. Nah, ambil kunci masing masing." kata Haji Aziz.
" Eh, mana boleh Yaya dengan Hani. Bahaya tau, mana tahu kalau ada orang kacau. Kena ada bodyguard. Biar abang tidur sekali. Atas sofa pun boleh." Sempat Nazrin mengusik. Hani menjegil mata. Woit.. nak bergurau pun tengoklah tempat. Buat malu jer .
" Hang jangan nak gatai, Ajin. Kalau dah tak sabar sangat , Tok Ki boleh pergi cari Tok Kadi Langkawi." gertak Hajjah Putih sambil mencubit lengan cucunya. Loklak betul! Macam manalah Hajjah Mariam nak terima Nazrin jadi cucu menantu.
"Alaaa...Ajin melawak sajalah Tok. Ajin pun tak ingin. Dua orang ni pot pet pot pet tak berhenti...nak tidur pun susah. Tapi dengar cakap abang tau. Jangan pandai pandai nak keluar merayau. Bagi tahu abang atau Tok dulu. Kalau jadi apa apa , susah. " pesan Nazrin. Hajjah Mariam dan Hajjah Putih mengangguk tanda setuju sebelum beredar ke bilik sebelah.
" Abang ni lebih lebih lah. Ini Langkawi lah, bukannya New York. Lagipun Kak Hani kan ada" balas Nadia
" Itu yang buat abang risau tak tidur malam "
Hani menggeleng. Ada ada saja lah Nazrin ni. |
|
|
|
|
|
|
|
adoiii lamanya tak masuk sini..hehehe..nak lagi boleh..habis rin baca semuanya hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|