CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fadhli_2

Peluang pelaburan di Public Mutual

[Copy link]
Post time 17-12-2007 01:56 PM | Show all posts

Reply #240 blastoff's post

dan bila plak PUBLIC MUTUAL listed as one of the stocks in BURSA MALAYSIA??

dan bila plak PUBLIC MUTUAL offers their SHARES to public??

PUBLIC MUTUAL ialah company PENGURUSAN dana amanah. dana amanah bukan shares atau stocks.  UT nih investment nya dlm dana UT bukan invest dalam company PUBLIC MUTUAL.

sbb tuh bila ckp pemikiran ko sempit...ko marah lak.

harap maklum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2007 02:01 PM | Show all posts
Ngeh...Ngeh..Ngeh...
Koko sudah mari....
Pendapat peribadi aku...

Tak yah la nak bertekak pasai Halal Haram ASB vs UT...
ASB - Haremmmmm...
UT   - ada syariah compliance = Halal.... ( ye ke....????)

halal/haram pelaburan korang tu...perkara ke2..
Perkara pertama...tgk dulu punca INCOME korang tu...
Kata la korang buat business sendiri...hasel titik peluh yg menitik tu sendiri punya...
Then..for sure korang bley kelaskan INCOME korang tu HALAL...
(tapi..adakah bebetul halal..?)
Sebab..kalo korang pakai software PC yg PIRATE pun...
Income korang dah tak suci lagi...kira subhah..pakai barang CURI....

Yg kena opis 9-5 plak...
adakah 8 jam tu korang keja bebetul..?
Tak curi guna tepon opis call sedara/mara kengkawan...?
Cukup bulan dpt gaji..? Halal ke gaji korang tu..?
selagi tak kira bill tepon opis yg korang guna utk PERIBODI...??

Yg org dok pertikaikan ni cara UTC dok promote UT memasing...
Dok kata UT ni halal...ASB haremmmmm....
Jgn cam tu...konpem sgt ke UT ni halal..?
Padahal MODAL Awal nak set-up kompeni UT shariah ni dtgnya drp
modal Terdahulu yg dilaburkan ke dana konvensional...

Kan ke tadi UTC yg kata...PM (anak syarikat Public Bank..)
Jadinya modal awal nak set-up PM ni dah terguna pakai suntikan modal Public Bank..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 02:06 PM | Show all posts
UT halal - if u all invest in islamic funds

UT haram - if u invest in conventional funds

as simple as that.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 02:09 PM | Show all posts
Apa pun...
Org Melayu tak yah la nak gopoh sgt dok ligan pelaburan yg berisiko
semata2 nak dptkan pulangan tinggi...

Kalo $$$$$$ dah tak berapa byk tu...
Penuhkan dulu Pelaburan yg terjamin walapon pulangan sket...

Tetapkan satu jumlah yg korang target...
Then..dah stable pelaburan yg terjamin...baru alihkan lebihan income
dari pelaburan yg stabil tu ke pelaburan berisiko...


Itu aje HUKUM ALAM EKONOMI...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 02:11 PM | Show all posts
Apa pun...
Org Melayu tak yah la nak gopoh sgt dok ligan pelaburan yg berisiko
semata2 nak dptkan pulangan tinggi...

Kalo $$$$$$ dah tak berapa byk tu...
Penuhkan dulu Pelaburan yg terjamin walapon pulangan sket...

Tetapkan satu jumlah yg korang target...
Then..dah stable pelaburan yg terjamin...baru alihkan lebihan income
dari pelaburan yg stabil tu ke pelaburan berisiko...


itu aje HUKUM ALAM EKONOMI...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 05:24 PM | Show all posts
Originally posted by Jelita at 17-12-2007 01:56 PM
dan bila plak PUBLIC MUTUAL listed as one of the stocks in BURSA MALAYSIA??

dan bila plak PUBLIC MUTUAL offers their SHARES to public??

PUBLIC MUTUAL ialah company PENGURUSAN dana amanah. dana amanah bukan shares atau stocks.  UT nih investment nya dlm dana UT bukan invest dalam company PUBLIC MUTUAL.


duit yang terkumpul dalam dana amanah tu kan untuk di laburkan oleh company tuh , di invest laaa , share atau stock pun macam tu juga laa sebab duit yang terkumpul kelak akan dilaburkan oleh company yang offer share atau stock tu , takkan segala duit yang terkumpul akan diperap buat jeruk kot ? Duh ! Nama berbeza tapi risiko nya sama saja , yang ni dipanggil stock atau share , yang tu pulak di panggil unit trust atau dana , tapi dua-dua boleh untung atau rugi , dua-dua boleh hilang pokok pelaburan pun , dua-dua boleh turun naik matanya daily , dua-dua pun kalau di beli pada nilai o.25 katakan contoh, next year boleh jadi 0.24 atau 0.26 , tak gitu . Kau nak riuh pada nama, tapi kau lupa konsepnya tu sama saja , dua-dua pun berisiko yang oi .

Nih kat siggy kau tu :
Public Mutual (Wholly- Owned Subsidiary of Public Bank)

Kau tau apa makna subsidiary company ? Nih aku paste online dictionary untuk kau

WordNet - Cite This Source - Share This
subsidiary company

noun
a company that is completely controlled by another company

[table][tr][td]WordNet
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2007 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by koko2 at 17-12-2007 02:01 PM
Ngeh...Ngeh..Ngeh...
Koko sudah mari....
Pendapat peribadi aku...

Tak yah la nak bertekak pasai Halal Haram ASB vs UT...
ASB - Haremmmmm...
UT   - ada sy ...


Itu laa , memanjang aku tengok consultant diaorang ni dok pukul kompang kata ASB Haremmmmm , depa aje punya UT yang halal segala .... lepas tu kelam kabut laa orang yang tak faham hujung pangkal cerita yang punya pelaburan dalam ASB nak keluarkan habis pelaburan mereka untuk di masukkan ke dalam UT tuh  
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 05:43 PM | Show all posts
saja buat rujukan..
PETIKAN SUMBER: ww.Ustad Hj Zaharuddin.com
Modal 'Kotor' Permulaan Bank Islam & Takaful ?(22 August 06)
Adakah Modal Perbankan Islam Haram ?
Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Dalam arus pesat pembangunan institusi-institusi kewangan Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya, terdapat beberapa isu yang masih lagi dipertikaikan oleh masyarakat yang mana ia perlu ditangani segera oleh para ilmuwan Islam (Ulama). Antara isu yang kerap ditimbulkan adalah berkenaan modal permulaan bagi bank-bank Islam dan syarikat-syarikat Takaful, terutamanya yang berasal daripada syarikat induk beroreintasikan konvensional. Saya kerap mendengar, ramai yang mempersoalkan "kesucian" modal bank-bank Islam dan Takaful untuk permulaan perniagaan Islam. Ini menyebabkan mereka kerap bertanya : adakah Bank-bank Islam dan Takafuk benar-benar bersih dengan modal yang kotor?
Respon ringkas yang dapat saya berikan tehadap soalan ini adalah seperti berikut:
a) Wang itu sendiri adalah "tidak haram" dalam bentuk fizikalnya tetapi menjadi "haram"  disebabkan oleh jalan untuk memperolehinya yang haram (tidak selari dengan kehendak Syariat). (Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas Al-Baz, hlm 265).
b) Modal dan keuntungan asal yang didapati oleh syarikat induk kepada bank Islam bukan kesemuanya berasal daripada perniagaan yang haram. Sebahagiannya adalah datang daripada individu-individu dan organisasi-organisasi kerajaan dan swasta. Justeru, wang modal dari sumber yang halal telah bercampur dengan haram. Walaubagaimanapun, perlu diketahui bahawa modal permulaan bagi bank-bank Islam dan Takaful telah disahkan bersih dan halal oleh syarikat induk.  
Jika dilihat di sisi  Shariah, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama, di mana majoriti ulama mazhab Hanafi, Ibn Qasim dari mazhab Maliki, mazhab Hanbali dan Ibn Taimiyah menetapkan bahawa adalah harus melakukan transaksi dengan pemilik modal yang bercampur antara halal dan haram jika majoriti modal itu datang daripada sumber yang halal.
Imam Ibn Nujaim pula berkata: "Apabila majoriti daripada jumlah modal atau pendapatannya adalah halal, maka tidak menjadi masalah untuk menerima hadiah dan makan hidangan mereka selama mana tiada sebarang tanda yang jelas menunjukkan ia adalah haram. Bagaimanapun, jika majoriti modal atau pendapatannya adalah haram, maka tidak dapat diterima hadiah dan makanan kecuali setelah disahkan kebersihannya(halal). (Rujuk Ibn Nujaim, Asybah wa An Nazair, hlm 125). Imam Ibn Quddamah pula berkata: "....Jika anda tahu (atau diberitahu oleh orang yang bercampur pendapatannya) bahawa sesuatu komoditi, barang atau makanan itu adalah daripada sumber/modal yang halal, maka ia adalah halal." (Al-Mughni, 4/334)
Ulama terkenal seperti Imam As-Syawkani dan Al-Muhasibi pula berpendapat bahawa adalah DIBENARKAN SECARA TOTAL untuk bertransaksi dengan pemilik kepada pendapatan yang bercampur antara halal dan haram, sama ada bahagian yang halal dalam modal tersebut adalah majoriti atau minoriti. (Rujuk As-Saylur Jarar, 3/19; Al-Makasib wa al-Rizq al-Halal, ms 116).
Dalil-dalil mereka amat banyak, antaranya (rujuk as-Saylul Al-Jarar, As-Syawkani, 3/19) :-
  • a) Rasulullah SAW telah bertransaksi dengan para sahabatnya dari kalangan penduduk Mekah sebelum Hijrah, malah juga dengan sebahagian puak-puak Kafir. Tidak pernah di dengari sebarang tegahan Rasulullah SAW untuk berurusan dengan mereka, padahal kebanyakan harta mereka adalah dari sumber haram.
  • b) Telah sabit bahawa Rasulullah SAW pernah berurusan kewangan dengan rombongan ke Madinah dari kalangan arab badwi yang syirik tatkala itu. Sudah tentu harta mereka dipenuhi segala jenis hasil zalim dan haram.
  • c) Semasa Nabi SAW berhijrah, baginda berurusan dengan orang Yahudi dari kalangan penduduk Madinah dan arab-arab Badawi yang menghalalkan perkara-perkara haram di dalam Islam. Jika berurusan dengan mereka adalah haram, sudah tentu baginda akan menegah dari awal lagi.
  • d) Taqir (pengakuan) Nabi dengan membiarkan para sahabat berurusan kewangan dengan kelompok orang zalim juga adalah suatu dalil.
  • e) Jika Islam membenarkan berurusan dengan kafir yang bercampur haram dan halal hartanya, sudah tentu Islam juga membenarkan urusan kewangan dengan Muslim yang bercampur hartanya.
  • f) Para sahabat Nabi juga berurusan dengan perompak-perompak Madinah di zaman Yazid Bin Muawiyah, tiada di kalangan mereka yang mengharamkan. ( Ihya Ulumiddin, Al-Ghazzali, 2/164)
  • g) Jika muamalah seperti ini dihalang, sudah tentu keadaan yang amat sukar akan berlaku kerana di akhir zaman seperti ini, sememangnya amat sukar bagi mencari sesebuah syarikat yang 100 % halal pendapatannya ( Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas, hlm253 )
Oleh yang demikian, adalah tidak benar untuk mengklasifikasikan keseluruhan modal bank-bank konvensional sebagai haram dan tidak boleh digunakan sebagai modal permulaan bank-bank Islam dan syarikat-syarikat Takaful. Tidak dinafikan bahawa adalah menjadi suatu keperluan yang besar bagi pihak bank untuk memastikan bahawa hanya bahagian yang halal sahaja digunakan dan diasingkan khas untuk penubuhan Bank Islam, Takaful atau bahagian perbankan Islamnya.
Akan tetapi, jika masih terdapat sebahagian kecil/minoriti modal yang haram daripada jumlah keseluruhan modal digunakan sebagai modal permulaan bagi bank Islam, saya berpendapat bahawa ia boleh dianggap sebagai Qard Hasan (pinjaman tanpa faedah) daripada syarikat induk konvensional kepada anak syarikatnya. Berikutan itu, bank Islam bolehlah membersihkan modal yang ragu tadi dengan membayar kembali pinjaman itu selain menggunakan sebahagian keuntungannya untuk didermakan.
Jika anda berpandangan bahawa semua cara di atas adalah tidak dibenarkan juga, maka bagaimana mungkin sebuah bank atau syarikat konvensional beralih kepada sistem Islam tanpa bantuan modal atau kewangan yang mencukupi.  Oleh itu, selari dengan Maqasid Shariah, ia harus dibenarkan bagi membolehkan proses pertukaran sistem konvensional kepada sistem Islam dialkukan, walaupun pada permulaannya sebahagian daripada modal yang jelas haram terpaksa digunakan untuk tujuan itu.
Selain itu, Ulama  silam juga telah membincangkan berkenaan  hukum menggunakan keuntungan yang didapati dari perniagaan halal, bagaimanapun modalnya adalah wang curi atau haram. Dalam hal ini, Imam Malik, Imam As-Shafie, Imam Abu Yusof dan Sheikh Zufar Huzayl bersetuju bahawa pencuri tersebut berhak mendapat bahagian keuntungan daripada pelaburannya walaupun modal asalnya adalah haram, tetapi ia wajib memulangkan kembali wang yang dicuri (wang yang digunakan sebagai modal perniagaannya atau pelaburannya) kepada yang berhak. (Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd, 2/241; Rawdah at-Tolibin, An-Nawawi, 4/211; Al-Hawi, al-Mawardi, 7/337). Berdasarkan ijtihad ini, kita berpandangan bahawa bank Islam harus mengambil keuntungan daripada perniagaan/ pelaburan yang dijalankan walaupun pada modal yang digunakan untuk tujuan tersebut terdapat bahagian yang haram.
Isu ini harus difahami dengan jelas, terutamanya apabila kekeliruan mengenai perkara ini menyebabkan bank Islam dituduh sebagai tidak Islamik dan lebih buruk lagi, meletakkan bank Islam sama darjat dengan bank-bank konvensional.

wallahu'alam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2007 07:34 PM | Show all posts

Reply #248 mrbelalang's post

Mmg hebat hujahan di atas...dulu pun aku pernah bertekak pasal Takaful Nasional yg kononnya haram sbb modalnya dari MNI Insurance yg menjalankan insurance konvesional sehinggalah aku dgr hujah Dato' Harussani dan salah seorang pakar kewangan Islam, mereka berdua berkata bahawa modal permulaan dari MNI adalah dibenarkan untuk "setup" Takaful Nasional (bererti anak syarikat) yg bermakna HALAL tp pihak MNI dah tak boleh menyuntik modal tambahan untuk Takaful Nasional, jika disuntik lg modal dari MNI maka jatuhlah HARAM..Sama juga dgn Bank Islam, dulu mereka ada mengambil client2 yg terdiri dari bangsa kafir, sehingga menyebabkan Bank itu sendiri dipandang serong sbb sebagai Bank Islam dia ada campur aduk duit dari bangsa kafir yg belum tentu duitnya dari sumber yg HALAL, jadi klu nak dikira HARAM je maka org Islam dah x boleh berniaga dgn org kafir sedangkan Nabi sendiri pun berurus niaga dgn org kafir..Utk itu, itulah kelebihan dan kecantikan ISLAM, mementingkan perpaduan tak kira kaum..klu nak ikut mcm sesetengah org, Bank Islam pun HARAM sbb klu buat loan pun masih ada interest, bukan kah interest tu juga sebahagian dari RIBA???...So, itu pendapat org2 BODOH...belajar dulu sistem kewangan islam, Nabi dah kata zaman dia lain, zaman akan datang juga lain tp kita boleh guna pakai apa yg Nabi tinggalkan utk kita guna pada zaman ini...Mcm Public Mutual, itu anak syarikat yg bermakna hanya modal permulaan sahaja, selepas itu semuanya diururuskan sendiri oleh Public Mutual, yang mana dana2 nya telah diasingkan bagi yg HARAM dan HALAL..Cth PNB, AMANAH SAHAM WAWASAN, boleh dibeli oleh org bukan ISLAM, bermakna duit tu juga belum tentu HALAL dah bercampur dlm PNB yg juga menguruskan ASB...So, renung2 kan lah...Itulah saya ada ckp dlm thread ni juga, klu nak 100% HALAL, ko duduk dlm hutan bela ayam sendiri, buat rumah pondok sendiri, tak perlu ada kereta & rumah sbb klu nak beli kena cash, klu hutang ada interest (RIBA)...kan..kan..kan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 08:04 PM | Show all posts
Originally posted by blastoff at 17-12-2007 12:10 PM


Kalau berkaitan dengan hukum , yang haram tetap haram , dah jelas PUBLIC MUTUAL ni dana dia majoritinya terang-terang haram dan tak ikut syariah pun , sama aje dengan bank convent ...
dunia ni sementara aje , bukan boleh bawak masuk kubur duit bebanyak , duit sumber yang haram lagi laa bawak bencana aje di akhirat kelak  



Dizaman mellenium mentaliti  macam ni ada lagi ke..?
Tahu translate fatwa sikit, sibuk dok kata orang makan gaji sumber haram. Aku rasa, yang kerja makan gaji dok berchatting bukan lunch hour, lagi terang terang haram,mencuri masa syarikat..
Situ haram, sana haram..

aku bukannya menjual Unit trust mana mana companies, setahu aku mereka ada syariah advisors yang monitors saham yang dibeli base on sariah advisors. kalu rasa mereka tak reliable, diri dah pandai sangat, apa kata blastoff jadi syriah advisors.. Susah u all communicate dengan orang yang tahu sedikit sebanyak ttg islamic finance.....Terus nak jump to conclusion..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 08:10 PM | Show all posts
Originally posted by blastoff at 17-12-2007 05:30 PM


Itu laa , memanjang aku tengok consultant diaorang ni dok pukul kompang kata ASB Haremmmmm , depa aje punya UT yang halal segala .... lepas tu kelam kabut laa orang yang tak faham hujun ...



at least tak ada masalah antara ulama yang mengatakan halal haram..For sure ASB ada mufti yang kata halal haram, setakat ni, UT ni tak de isunya,,
Dan chattar kat sini tak de membangkitkan ASB Hram kat sini..kau yang keluarkannya..

To any sales cponsultants u trust, makhluk makhluk mengkritik org lain., seperti blastoff mmg banyak di muka bumi ini...Teruskan kerja anda..

[ Last edited by  cakna at 17-12-2007 08:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 08:41 PM | Show all posts
Originally posted by cakna at 17-12-2007 08:04 PM

Dizaman mellenium mentaliti  macam ni ada lagi ke..?
Tahu translate fatwa sikit, sibuk dok kata orang makan gaji sumber haram. Aku rasa, yang kerja makan gaji dok berchatting bukan lunch hour, lagi terang terang haram,mencuri masa syarikat..
Situ haram, sana haram..

aku bukannya menjual Unit trust mana mana companies, setahu aku mereka ada syariah advisors yang monitors saham yang dibeli base on sariah advisors. kalu rasa mereka tak reliable, diri dah pandai sangat, apa kata blastoff jadi syriah advisors.. Susah u all communicate dengan orang yang tahu sedikit sebanyak ttg islamic finance.....Terus nak jump to conclusion..


Aku makan gaji kee ?   Kau tak kenal sape aku dan kau tak kenal gaya hidup aku so tak yah nak bangkitkan kat sini kata makan gaji dok chatting bla bla bla . Why not focus pada apa yang di bincangkan instead of nak attack personality aku plak , for your info aku tak makan gaji dengan sesapa laa , yang di perbincangkan oleh aku adalah UT haram dan aku bagi sebabnya kenapa ia haram berdasarkan fatwa ulamak sedunia , bukan fatwa aku sendiri yee .... nampak sangat laa tak reti nak debunk statement aku so start nak create red herring laa ye , itu tactic basi orang yang tak leh lawan hujah orang lalu focus attack personality lah ye , emm   lawak lawak
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 09:09 PM | Show all posts
Originally posted by kitt_fisto at 17-12-2007 07:34 PM
...Mcm Public Mutual, itu anak syarikat yg bermakna hanya modal permulaan sahaja, selepas itu semuanya diururuskan sendiri oleh Public Mutual, yang mana dana2 nya telah diasingkan bagi yg HARAM dan HALAL..Cth PNB, AMANAH SAHAM WAWASAN, boleh dibeli oleh org bukan ISLAM, bermakna duit tu juga belum tentu HALAL dah bercampur dlm PNB yg juga menguruskan ASB...So, renung2 kan lah...Itulah saya ada ckp dlm thread ni juga, klu nak 100% HALAL, ko duduk dlm hutan bela ayam sendiri, buat rumah pondok sendiri, tak perlu ada kereta & rumah sbb klu nak beli kena cash, klu hutang ada interest (RIBA)...kan..kan..kan...


dana asing-asing apanya , nih kat siggy jelita : Public Mutual (Wholly- Owned Subsidiary of Public Bank), maknanya dimiliki secara keseluruhannya dan dikawal sepenuhnya oleh public bank , bukan setakat suntik modal aje nooo . Dan public bank ni bank apa yee ? Mana ada islamic , public bank adalah bank conventional yang mengamalkan sistem riba secara besar-besaran , di seluruh dunia tau aktiviti riba bank nih, bukan kat M'sia saja .

Tak payah tunggu ulamak M'sia keluarkan fatwa , dah jelas fatwa yang dipersetujui ulamak sedunia yang diperolehi di persidangan yang diadakan oleh the OIC Fiqh Academy.

Apa dia Academy nih ?  Nih info di ambil kat link ni   http://www.albalagh.net/qa/ifa.shtml
The idea of the Islamic Fiqh Academy was proposed by King Khalid in the OIC meeting of Rabi Awwal 1401 (January 81) that was held in Masjid Haram in Makkah Mukarramah. The suggestion was to have a body consisting of scholars and jurists of the Muslim world that would focus on the new problems presented by the contemporary world and propose Islamic answer to those problems. The OIC accepted this suggestion and the idea of the formation of Islamic Fiqh Academy was approved.

Dan sape Deputy Chairman Islamic Fiqh Academy? Ni haa biodata dia kat bawah . info di ambil kat sini  http://www.albalagh.net/taqi.shtml
Mufti Taqi Usmani
Mufti Muhammad Taqi Usmani is one of the leading Islamic scholars living today. He is an expert in the fields of Islamic Jurisprudence, Economics, Hadith and Tasawwuf. Born in Deoband in 1362H(1943 CE), he graduated par excellence form Dars e Nizami at Darul Uloom, Karachi, Pakistan. Then he specialized in Islamic Jurisprudence under the guidance of his eminent father, Mufti Muhammad Shafi, the late Grand Mufti of Pakistan. Since then, he has been teaching hadith and Fiqh at the Darul-Uloom, Karachi.
He has authority to teach hadith from his father Mufti Muhammad Shafi, Maulana Idrees Khandhelawi, Qari Mohammed Tayyeb, Maulana Saleemullah Khan, Mufti Rasheed, Moulana Sehban Mahmood, Allama Zafar Ahmed Usmani, Sheikhul Hadith Moulana Zakariya Khandelawi, Sheikh Hassan Meshat (ra) and others.
In tradition to the scholars of Deoband, recognizing the importance of Tasawwuf, he traversed the path under the guidance of Sheikh Dr. Abdul Hayy Arifi and Moulana Maseehullah Khan both khulafa of Hakeemul Ummat Moulana Ashraf Ali Thanvi (rahmetullah ajmaeen). And is authorized by both of his mentors in Silsila e Ashrafia: Chistiyyah, Naqshbandiyah, Qadiriyah and Suharwardiyah. In addition to his busy schedule he is himself a mentor to numerous spiritual aspirants all over the world.
He also holds a degree in law and was a Judge at the Sharia Appellate Bench of the Supreme Court of Pakistan till recently.
He is a consultant to several international Islamic financial institutions and has played a key part in the move toward interest free banking and the establishment of Islamic financial institutions. He is considered to be an authority on this subject.
He is the deputy chairman of the Jeddah based Islamic Fiqh Council of the Organization of Islamic Conference (OIC).
He has been writing on various Islamic topics and is author of more than 60 books and numerous articles.
Presently he is the Vice-president of Darul-Uloom, Karachi, Pakistan, where he teaches Sahih Bukhari, Fiqh and Islamic economics.
He also conducts a weekly session for the public interested in spiritual improvement.
List of publications.
Here is a partial list of publications authored by Justice Taqi Usmani. (Updated May 2004)
English Books:
  • The Authority of Sunnah
  • The Rules of I'tikaf
  • What is Christianity?
  • Easy Good Deeds
  • Perform Salah Correctly
  • An Introduction to Islamic Finance
  • Historic Judgment on Interest
  • The Language of Friday Khutbah
  • Discourse on Islamic way of Life
  • Sayings of Prophet Muhammad sallalaho alehey wasalam
  • The Legal Status of Following a Madhab
  • Spiritual Discourses
  • Islamic Months
  • Radiant Prayers
  • Quranic Sciences
  • Islam and Modernism
  • Contemporary Fatawa


dan dari persidangan ulamak sedunia ni lah keluarnya fatwa kat bawah ni .

You see that we can sort stocks into three categories:
1) permissible, the example of which is stocks of Islamic banks;
2) forbidden; where the main line of business is Haram,such as conventional banks and alcohol, tobacco, and Pig producers and distributors

ye laa nanti ada laa yang dok riuh plak kata stock dan unit trust tak sama , apa yang tak samanya ??? Jangan tengok pada nama dan terma , tapi tengok pada konsep laa . Konsep dua-dua tu sama saje , duit di laburkan , boleh rugi , boleh untung , mata meningkat atau menurun daily dan pokok pelaburan pun tak dijamin, berisiko laa dua-dua pun


[ Last edited by  blastoff at 17-12-2007 09:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 09:10 PM | Show all posts
Originally posted by blastoff at 17-12-2007 08:41 PM


Aku makan gaji kee ?   Kau tak kenal sape aku dan kau tak kenal gaya hidup aku so tak yah nak bangkitkan kat sini kata makan gaji dok chatting bla bla bla . Why not focus pada apa yang di b ...



itu lah pasal, org tak kenal, boleh kau keluarkan fatwa yang kau cut and paste, dan diri sendiri kau tak paham.
At least consultant unit trust tu, mereka dedahkan rupa mereka sebenar sebagai avatar.

Setakat cut and paste , jangan nak proud. Fahami dulu, belajar agama especilly islamic banking and financing ..Ustaz zahirudin, he directlly involve in banking,,
Itu susah, kalau tahu serba sedikit, si jahil nak jadi alim..
kdnapa kau tak comment ustaz zahirudin punya statement tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 09:21 PM | Show all posts
Originally posted by blastoff at 17-12-2007 09:09 PM


dana asing-asing apanya , nih kat siggy jelita : Public Mutual (Wholly- Owned Subsidiary of Public Bank), maknanya dimiliki secara keseluruhannya dan dikawal sepenuhnya oleh public bank , buk ...



apa kono dengan budak ni..
Gila cut and paste..panjang panjang,,,bukannya nak huraikan...

Itu je mampu ke...

Apa kata, kau belajar agama lagi, cuba laihkan sistem economic and banking kat malaysia, jadikan dia islamic yang kau cadangkan tu..
kalau tahu, sistem perbank islamic tapi masih haram..dan awak mampu mengubahnya..dah wajib tu untuk awak laksanakan tanggung jawab itu,...

[ Last edited by  pokcikgumber at 17-12-2007 09:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 09:25 PM | Show all posts
Originally posted by cakna at 17-12-2007 09:10 PM

itu lah pasal, org tak kenal, boleh kau keluarkan fatwa yang kau cut and paste, dan diri sendiri kau tak paham.
At least consultant unit trust tu, mereka dedahkan rupa mereka sebenar sebagai avatar.


bukan di lihat pada kenal nya tidak seseorang tu untuk percaya kesahihan kata-katanya , tapi di lihat pada apa yang di nyatakan laa , kalau letak rupa sepenuh monitor pun tapi kalau apa yang di kata tu tak betul maka tak betul laa juga , apa kena mengena di antara avatar dan kesahihan kata-kata plak   , kalau gitu orang yang tak guna rupa sendiri sebagai avatar maknanya semua tak boleh percaya laa kata-kata mereka , woooo, penuh laa forum cari dengan manusia gitu sebab berapa kerat yang guna rupa di avatar di forum cari ni yang oi .... peliknya cara kau punya pandangan ye

[ Last edited by  blastoff at 17-12-2007 09:33 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2007 09:33 PM | Show all posts
Originally posted by cakna at 17-12-2007 09:10 PM

Setakat cut and paste , jangan nak proud. Fahami dulu, belajar agama especilly islamic banking and financing ..Ustaz zahirudin, he directlly involve in banking,,
Itu susah, kalau tahu serba sedikit, si jahil nak jadi alim..


Aku tak nak duduk bawah tempurung dan asyik dok focus pada pendapat sorang ustaz kat M'sia aje ... sebab tu aku survey the whole internet di samping baca pandangan para ulamak kat M'sia . Teknologi dah ada depan mata so buat apa nak jumud plak , tak ada apa yang tak kena dengan copy paste pun , kalau baca buku ke atau dengar radio ke atau tengok tv ke atau baca kat internet ke semua tu sumber ilmu jugak , kalau dah ada function copy paste maka aku guna lah , takkan nak taip dengan tangan plak , kalau fatwa di keluarkan dan dipersetujui oleh ulamak sedunia maka apa nak di fobia kan plak untuk di copy paste sekali pun , ilmu tu yang penting , aku ambil pandangan ulamak seluruh dunia so kat mananya yang aku jahil tu ??   Kalau aku ambil pandangan ustaz dok mengajar taska ke kot laa boleh tuduh aku jahil
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 09:34 PM | Show all posts
Originally posted by blastoff at 17-12-2007 09:25 PM
[quote]Originally posted by cakna at 17-12-2007 09:10 PM

itu lah pasal, org tak kenal, boleh kau keluarkan fatwa yang kau cut and paste, dan di ...
kalau gitu orang yang tak guna rupa sendiri sebagai avatar maknanya semua tak boleh percaya laa kata-kata mereka , woooo, penuh laa forum cari dengan manusia gitu sebab berapa kerat yang guna rupa di avatar di forum cari ni yang oi .... peliknya cara kau punya pandangan ye




at least mereka responsible dengan apa mereka preach ..Bukan pengecut, baling batu sembunyi tangan..kelurkan hujah dengan cut and paste, sendiri pon tak  paham..
Ustaz zahirudin, nak lantang pon dia penuhkan isi didada dengan reserch, bukan setakat nak declare ASB haram, cut and paste kat internet je..
Dan mereka ni business promote Unit Trust, and  Syariah Advisor dah jalankan kerhja meeraka..
Nak argue, better argue dengan syriah Advisor, bukannya dengan mereka..

apa lah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 09:37 PM | Show all posts
Originally posted by cakna at 17-12-2007 09:10 PM

kdnapa kau tak comment ustaz zahirudin punya statement tu..


Maksud kau dalil ni kaa yang di utara kan oleh ustaz tu ?

a) Rasulullah SAW telah bertransaksi dengan para sahabatnya dari kalangan penduduk Mekah sebelum Hijrah, malah juga dengan sebahagian puak-puak Kafir. Tidak pernah di dengari sebarang tegahan Rasulullah SAW untuk berurusan dengan mereka, padahal kebanyakan harta mereka adalah dari sumber haram.
b) Telah sabit bahawa Rasulullah SAW pernah berurusan kewangan dengan rombongan ke Madinah dari kalangan arab badwi yang syirik tatkala itu. Sudah tentu harta mereka dipenuhi segala jenis hasil zalim dan haram.
c) Semasa Nabi SAW berhijrah, baginda berurusan dengan orang Yahudi dari kalangan penduduk Madinah dan arab-arab Badawi yang menghalalkan perkara-perkara haram di dalam Islam. Jika berurusan dengan mereka adalah haram, sudah tentu baginda akan menegah dari awal lagi.
d) Taqir (pengakuan) Nabi dengan membiarkan para sahabat berurusan kewangan dengan kelompok orang zalim juga adalah suatu dalil.
e) Jika Islam membenarkan berurusan dengan kafir yang bercampur haram dan halal hartanya, sudah tentu Islam juga membenarkan urusan kewangan dengan Muslim yang bercampur hartanya.
f) Para sahabat Nabi juga berurusan dengan perompak-perompak Madinah di zaman Yazid Bin Muawiyah, tiada di kalangan mereka yang mengharamkan. ( Ihya Ulumiddin, Al-Ghazzali, 2/164)
g) Jika muamalah seperti ini dihalang, sudah tentu keadaan yang amat sukar akan berlaku kerana di akhir zaman seperti ini, sememangnya amat sukar bagi mencari sesebuah syarikat yang 100 % halal pendapatannya ( Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas, hlm253 )
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 09:38 PM | Show all posts
Originally posted by blastoff at 17-12-2007 09:33 PM


Aku tak nak duduk bawah tempurung dan asyik dok focus pada pendapat sorang ustaz kat M'sia aje ... sebab tu aku survey the whole internet di samping baca pandangan para ulamak kat M'sia .  ...



aku bukan ustaz,
tapi ustaz aku selalu cakap..nak berguru, berguru sedalam sedalamnya..
Kononnya, setakat cut and paste, dalam internet, semua dah boleh menghalalkan hujah hujah kau tu..
bukan setakat tahu isi luar, nak melebelkan itu haram, ini haram..

Yang persoalannya,,,kau faham tak apa yang kau cut and paste tu..?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.449546 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list