CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gravedigger

Wahabism di Malaysia.

[Copy link]
 Author| Post time 16-2-2007 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 16-2-2007 05:55 PM



Kat Bosnia ada tareqat?  

Jangan tareqat vodka tu udah le.


Kat Bosnia manalah ada tareqat. Tareqat cuma ada kat Malaysia saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2007 12:04 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 16-2-2007 06:37 PM


Kat Bosnia manalah ada tareqat. Tareqat cuma ada kat Malaysia saja.


Awak pun kalau tak tahu jangan main cakap saja. Malaysia memang bakal menjadi rujukan dalam masa terdekat ni...jadualnya dah hampir tiba.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 02:57 PM | Show all posts
Batu api,gravedigger tu cuma menyindir sahaja.
tarekat tu ada di mana mana.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 12:13 AM | Show all posts
Kerajaan menyifatkan fahaman Muhammad Abdul Wahab (Wahabi) tidak sesat, namun ianya tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam.
        
        Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pendirian itu dibuat hasil daripada rundingan beberapa kali dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
        
        “Kumpulan yang berpegang dengan fahaman Muhammad Abdul Wahab ini tidak terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, namun apa yang mesti diatasi dan ditangani adalah isu kontroversi bersangkut dengan masalah furu’iyyah (cabang) yang cuba dibangkitkan mereka.
        
        “Isu dibangkitkan itu boleh mengganggu-gugat fahaman umat Islam, bagaimanapun fahaman ini tidak disifatkan sebagai sesat dan isu ini masih lagi terkawal,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.
        
        Mohd Nor ingin tahu sejauh manakah fahaman Wahabi meresap dalam kalangan masyarakat dan langkah pencegahan diambil.
        
        Jamil berkata, kerajaan memandang serius terhadap kekeliruan dan perselisihan faham yang timbul berhubung isu ini.
        
        Keputusan itu berdasarkan hasil beberapa perbincangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998).
        
        Ia juga turut dibincangkan dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kali ke-14 pada 2000.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 12:13 AM | Show all posts
Wahabi merupakan satu fahaman / aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain / Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab . Syeikh Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabism . Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi , Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal ( al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada fafsiran Ibn Taimiah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahlakn dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.
Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin, Mauritania dan kini semakin berleluasa di Malaysia.

Pengasas
Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim.Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.

Beliau adalah seorang sufi , ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan , bukan satu mazhab.

Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah.

Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi.

Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.

Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya. Tetapi setelah mendengar fatwa-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.

Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak, malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 12:13 AM | Show all posts
erubahan
Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924 -kini.

Perubahan yang mereka lakukan ialah :

Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924.
Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi. Semua ini maksiat dan membawa kepada syirik.
Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa di situ.
Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap maksiat dan perlu dihapus.
Melarang melagu-lagukan azan terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
Melarang membaca qasidah
Melarang melagu-lagukan al Quran.
Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji.
Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2012 07:10 PM | Show all posts
Assalamualaikum

Maaflah, jika saya katakan masalah salafi wahabiyyun bukan seteruk barah syiah rafidhiyyah yang terang2 berbeza akidah dengan ASWJ.

Saya ni orang marhaen je, ilmu agama pun dapat melalui ceramah2 & kuliah di mesjid, youtube, hasil pembacaan & rujukan kepada para ustaz. Macam2 ustaz, dari khalafi ada (geng pondok) ... dari salafi pun ada (geng IPT).

Malah, empat tokoh ulama & pendakwah yang saya amat senangi juga datang dari kalangan khalafi (Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Kazim Elias) serta salafi (Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz & Dr Haji Mohd Asri). Yang saya cukup menyampah pun ada juga samada sebelah khalafi (Ustaz Zamihan) serta salafi (Ustaz Rasul Dhari) ... cukup ekstremis sungguh!

Tapi bila saya berkenalan dengan seorang ustaz dari Sri Lanka, Dr Munas yang menyambung pengajian kedoktoran di UKM (dah grad, sahabat baik saya dunia akhirat), saya terpegun kerana pendirian seorang berasal pendidikan madrasah yang bertaklid pada Mazhab Syafie', tapi dengan tegas tiada tolak ansur pada unsur2 bidaah yang tampaknya sebati dengan Melayu Islam Nusantara. Malah bila saya merujuk bagi beberapa amalan bidaah hasanah yang menjadi amalan kebiasaan umat Melayu, beliau tegaskan, tiada itu semua dalam mazhab Syafie!

Saya penah tanya pada ustaz ini, adakah dia salaf mahupun wahabi (iyelah, kita pun jahil) ... tapi dia terang mengatakan yang salaf itu hanya khusus untuk as-Salaf as-Solih iaitu golongan Muslim yang hidup pada era Nabi Muhammad, para sahabat, tabi'in & tabi'ut tabi'in. Tentang wahabi pula, dengan tenang dia katakan, golongan Arab yang bermazhab fekah Maliki di Hejaz tapi mengikut fahaman Sheikh Muhammad ibn Abd Wahhab.

Melalui dialah saya mengenali lebih dalam mengenai golongan2 mengaku salaf ini, bermacam2 kaler dan rupanya. Dari Salafi Wahabiyyah (tajaan ideologi Diraja Saud demi kelangsungan survival dinasti mereka) kepada gerakan salaf / reformis yang masih berpegang kuat pada mazhab ASWJ tetapi secara tegas mahupun perlahan membebaskan diri dari amalan2 bida'ah warisan budaya, adat resam yang membelenggu pengikut mazhab ASWJ.

Dari dia lah saya kenali rupa2nya banyak benar amalan bidaah hasanah itu takde pun dalam mazhab fekah saya, iaitu mazhab Syafie. Jadi saya mula mengkaji As-Syahid Hasan Al Banna, As-Syahid Sayyid Qutb serta gerakan reformis Salaf Ikhwanul Muslimin. Baru saya tau, tak semestinya kita kena jadi cap Wahabiyyun bagi mengikuti pegangan as-Salaf as-Solih.

Walaupun majoriti Wahabiyyun itu mengaku bermanhaj Salaf, tapi tak semua yang mengaku Salaf itu Wahabiyyun!

Jadi, bersangka baik lah. Cuma masalahnya, puak2 Wahabiyyun yang ideologinya ditaja keluarga diraja Saud. Kot iya pun, kebanyakan puak2 ni yang banyak merosakkan nama gerakan Salaf yang perlahan2 menjalankan usaha dakwah & pemurnian minda Melayu ASWJ agar meninggalkan amalan2 bidaah warisan adat resam yang tiada dalam mazhab fekah di negara ini.

Contohnya, (maaf jika saya guna bahasa kasar) sakai2 wahabi yang kerap kata amalan itu salah, amalan ini haram, itu tak perlu, ini buang ... tanpa menghiraukan sensitiviti setempat. Ini ke cara mereka menyampaikan dakwah? Adakah mereka impikan zaman dimana puak Wahhabiyyun membersihkan keseluruhan Hejaz dengan pedang bermandi darah menghapuskan muslimin sebangsa, sesama faham Ahlus Sunnah Wal Jamaah?

Sifat kekerasan Wahhabiyyun ini juga dieksport ke Nusantara dengan berlakunya perang Padri antara puak Padri (Wahhabiyyun) & puak Adat, yang menyebabkan etnik Minang serta Mandailing berbunuhan sesama sendiri semata2 berlainan ideologi fahaman sehinggalah Kesultanan Pagar Ruyung jadi korban perang saudara, & Belanda pula ambil kesempatan. Bila Pagaruyung jadi padang jarak padang tekukur, bila kedua2 puak Padri & Adat mula menyesal, baru nak bersatu, terus digasak Belanda & dijajah terus sekaligus membawa kepada kemaraan Belanda ke utara Sumatra iaitu Aceh.

Ini semua warisan puak Wahhabiyyun di Nusantara! Takkan puak Wahhabiyyun nak ulangi kesilapan yang sama! Puak Wahhabiyyun juga yang menyemarakkan nasionalistik assobiyyah Arab sehinggapun sheikh2 Arab di Hejaz memberontak pada Khilafah Uthmaniyyah! Puak Wahhabiyyun bersekongkol dengan keluarga diraja Saud membenih perasaan kebencian anti Turki Uthmaniyyah pada jazirah Arab.

Jadi sejarah adalah saksi.  Menyaksikan betapa Wahhabiyyun menyemarakkan api perpecahan dalam ASWJ sendiri. Apakah Wahhabiyyun kini mahu kekalkan dakyah tapi pinggirkan dakwah? Selama mana Wahhabiyyun mahu puak mereka terusan dipandang dengan syak wasangka?

Sejarah memang tak berlaku adil pada Wahhabiyyun, sebab itulah jalan yang Wahhabiyyun pilih.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 06:42 PM | Show all posts
robotech posted on 6-10-2012 07:10 PM
Assalamualaikum

Maaflah, jika saya katakan masalah salafi wahabiyyun bukan seteruk barah syiah ra ...
Sifat kekerasan Wahhabiyyun ini juga dieksport ke Nusantara dengan berlakunya perang Padri antara puak Padri (Wahhabiyyun) & puak Adat, yang menyebabkan etnik Minang serta Mandailing berbunuhan sesama sendiri semata2 berlainan ideologi fahaman sehinggalah Kesultanan Pagar Ruyung jadi korban perang saudara, & Belanda pula ambil kesempatan. Bila Pagaruyung jadi padang jarak padang tekukur, bila kedua2 puak Padri & Adat mula menyesal, baru nak bersatu, terus digasak Belanda & dijajah terus sekaligus membawa kepada kemaraan Belanda ke utara Sumatra iaitu Aceh.
Lihat Pandangan anak indonesia sendiri iaitu Dr HAMKA dalam bukunya ' Dari Perbendaharaan Lama' tentang fitnah terhadap yang dikatakan Wahabi itu;

Ajaran ini telah timbul bersamaan dengan timbulnya kebangkitan revolusi Prancis di Eropa. Dan pada masa itu juga “infiltrasi” dari gerakan ini telah masuk ke tanah Jawa. Pada tahun 1788 di zaman pemerintahan Paku Buwono IV, yang lebih terkenal dengan gelaran “Sunan Bagus,” beberapa orang penganut faham Wahabi telah datang ke tanah Jawa dan menyiarkan ajarannya di negeri ini. Bukan saja mereka itu masuk ke Solo dan Yogya, tetapi mereka pun meneruskan juga penyiaran fahamnya di Cirebon, Bantam dan Madura. Mereka mendapat sambutan baik, sebab terang anti penjajahan.

Sunan Bagus sendiri pun tertarik dengan ajaran kaum Wahabi. Pemerintah Belanda mendesak agar orang-orang Wahabi itu diserahkan kepadanya. Pemerintah Belanda cukup tahu, apakah akibatnya bagi penjajahannya, jika faham Wahabi ini dikenal oleh rakyat.

Padahal ketika itu perjuangan memperkokoh penjajahan belum lagi selesai. Mulanya Sunan tidak mau menyerahkan mereka. Tetapi mengingat akibat-akibatnya bagi Kerajaan-kerajaan Jawa, maka ahli-ahli kerajaan memberi advis kepada Sunan, supaya orang-orang Wahabi itu diserahkan saja kepada Belanda. Lantaran desakan itu, maka mereka pun ditangkapi dan diserahkan kepada Belanda. Oleh Belanda orang-orang itu pun diusir kembali ke tanah Arab.

Tetapi di tahun 1801, artinya 12 tahun di belakang, kaum Wahabi datang lagi. Sekarang bukan lagi orang Arab, melainkan anak Indonesia sendiri, yaitu anak Minangkabau. Haji Miskin Pandai Sikat (Agam) Haji Abdurrahman Piabang (Lubuk Limapuluh Koto), dan Haji Mohammad Haris Tuanku Lintau (Luhak Tanah Datar).

Mereka menyiarkan ajaran itu di Luhak Agam (Bukittinggi) dan banyak beroleh murid dan pengikut. Diantara murid mereka ialah Tuanku Nan Renceh Kamang. Tuanku Samik Empat Angkat. Akhirnya gerakan mereka itu meluas dan melebar, sehingga terbentuklah “Kaum Paderi” yang terkenal. Di antara mereka ialah Tuanku Imam Bonjol. Maka terjadilah “Perang Paderi” yang terkenal itu. Tiga puluh tujuh tahun lamanya mereka melawan penjajahan Belanda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2012 06:47 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 7-10-2012 06:42 PM
Lihat Pandangan anak indonesia sendiri iaitu Dr HAMKA dalam bukunya ' Dari Perbendaharaan Lama' te ...

Sambungan :-

Bilamana di dalam abad ke delapan belas dan Sembilan belas gerakan Wahabi dapat dipatahkan, pertama orang-orang Wahabi dapat diusir dari Jawa, kedua dapat dikalahkan dengan kekuatan senjata, namun di awal abad kedua puluh mereka muncul lagi!

Di Minangkabau timbullah gerakan yang dinamai “Kaum Muda.” Di Jawa datanglah K.H. A. Dahlan dan Syekh Ahmad Soorkati. K.H.A. Dahlan mendirikan “Muhammadiyah.” Syekh Ahmad Soorkati dapat membangun semangat baru dalam kalangan orang-orang Arab. Ketika dia mulai datang, orang Arab belum pecah menjadi dua, yaitu Arrabithah Alawiyah dan Al-Irsyad. Bahkan yang mendatangkan Syekh itu ke mari adalah dari kalangan yang kemudiannya membentuk Ar-Rabithah Adawiyah.

Musuhnya dalam kalangan Islam sendiri, pertama ialah Kerajaan Turki. Kedua Kerajaan Syarif di Mekkah, ketiga Kerajaan Mesir. Ulama-ulama pengambil muka mengarang buku-buku buat “mengafirkan” Wahabi. Bahkan ada di kalangan Ulama itu yang sampai hati mengarang buku mengatakan bahwa Muhammad bin Abdul Wahab pendiri faham ini adalah keturunan Musailamah Al Kahzab!

Pembangunan Wahabi pada umumnya adalah bermazhab Hambali, tetapi faham itu juga dianut oleh pengikut Mazhab Syafi’i, sebagai kaum Wahabi Minangkabau. Dan juga penganut Mazhab Hanafi, sebagai kaum Wahabi di India.

Sekarang “Wahabi” dijadikan alat kembali oleh beberapa golongan tertentu untuk menekan semangat kesadaran Islam yang bukan surut ke belakang di Indonesia ini, melainkan kian maju dan tersiar. Kebanyakan orang Islam yang tidak tahu di waktu ini, yang dibenci bukan lagi pelajaran wahabi, melainkan nama Wahabi.

Ir. Dr. Sukarno dalam “Surat-Surat dari Endeh”nya kelihatan bahwa fahamnya dalam agama Islam adalah banyak mengandung anasir Wahabi.

Kaum komunis Indonesia telah mencoba menimbulkan sentiment Ummat Islam dengan membangkit-bangkit nama Wahabi. Padahal seketika terdengar kemenangan gilang-gemilang yang dicapai oleh Raja Wahabi Ibnu Saud, yang mengusir kekuasaan keluarga Syarif dari Mekkah. Umat Islam mengadakan Kongres Besar di Surabaya dan mengetok kawat mengucapkan selamat atas kemenangan itu (1925). Sampai mengutus dua orang pemimpin Islam dari Jawa ke Mekkah, yaitu H.O.S. Cokroaminoto dan K.H. Mas Mansur. Dan Haji Agus Salim datang lagi ke Mekkah tahun 1927.

Karena tahun 1925 dan tahun 1926 itu belum lama, baru lima puluh tahun lebih saja, maka masih banyak orang yang dapat mengenangkan bagaimana pula hebatnya reaksi pada waktu itu, baik dari pemerintah penjajahan, walau dari Umat Islam sendiri yang ikut benci kepada Wahabi, karena hebatnya propaganda Kerajaan Turki dan Ulama-ulama pengikut Syarif.

Kepada orang-orang yang membangkit-bangkit bahwa pemuka-pemuka Islam dari sumatera yang datang memperjuangkan Islam di Tanah Jawa ini adalah penganut atau keturunan kaum Wahabi, kepada mereka orang-orang dari Sumatera itu mengucapkan banyak-banyak terima kasih! Sebab kepada mereka diberikan kehormatan yang begitu besar!

Sungguh pun demikian, faham Wahabi bukanlah faham yang dipaksakan oleh Muslimin, baik mereka Wahabi atau tidak. Dan masih banyak yang tidak menganut faham ini dalam kalangan Masyumi. Tetapi pokok perjuangan Islam, yaitu hanya takut semata-mata kepada Allah dan anti kepada segala macam penjajahan, termasuk Komunis, adalah anutan dari mereka bersama!”

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 03:27 PM | Show all posts
Perang Padri berlangsung pada 1803-1837 di kalangan Kaum Padri (Wahabiyyun) & Kaum Adat. Campurtangan Belanda bermula pada 1821.

Pada hampir 2 dekad, Kaum Padri & Kaum Adat berbunuhan sesama mereka. Konflik perang saudara ini melemahkan Pagaruyung sehingga campurtangan Belanda merubah segalanya.

Kesultanan Pagaruyung jadi taruhan, tanah Pagaruyung jadi gadaian. Bila dah jadi padang jarak padang tekukur, bila pihak Adat & Padri mula nak berdamai, segalanya jadi sia2 bila Belanda menyerang semula & menjajah Pagaruyung secara total.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 05:40 PM | Show all posts
robotech posted on 8-10-2012 03:27 PM
Perang Padri berlangsung pada 1803-1837 di kalangan Kaum Padri (Wahabiyyun) & Kaum Adat. Campurtanga ...
Campurtangan Belanda bermula pada 1821.

Penglibatan Belanda diIndonesia jauh lebih awal, Pada 22 Jun 1596, mendaratnya Cornelis de Houtman dengan empat buah kapal.

Pada 1 Mei 1598,  Amsterdam mengirim lagi rombongan perdagangannya ke Nusantara di bawah pimpinan Jacob van Neck, vanHeemskerck, dan van Waerwijck dan berjaya berdagang di pelabuhan Banten.

pada 1602 di Amsterdam dibentuklah suatu wadah yang merupakan persyarikatan dari berbagai perusahaan dagang yang tersebar di enamkota di Belanda. Wadah itu diberi nama Verenigde Oost-Indische Compagnie(Serikat Perusahaan Hindia Timur) disingkat VOC dalam usaha mengurangkan persaingan antara pedagang belanda dan lain2 pedagang eropah.

Pemerintah Kerajaan Belanda (dalam hal ini Staaten General), memberi “izin dagang”(octrooi) pada VOC. VOC boleh menjalankan perang dan diplomasi di Asia, bahkan merebut wilayah-wilayah yang dianggap strategis bagi perdagangannya. VOC jugaboleh memiliki angkatan perang sendiri dan mata wang sendiri.

Dengan kekuasaan yang besar ini, VOC akhirnya menjadi “negara dalam negara” dandengan itu pula mulai dari masa Jan Pieterszoon Coen (1619-1623, 1627-1629)sampai masa Cornelis Speelman (1681-1684) menjadi Gubernur Jenderal VOC, kota-kota dagang di Nusantara yang menjadi pusat perdagangan rempah-rempah berhasildikuasai VOC. Batavia (sekarang Jakarta) menjadi pusat kedudukan VOC sejak 1619,Ambon dikuasai tahun 1630. Beberapa kota pelabuhan di Pulau Jawa barudiserahkan Mataram kepada VOC antara tahun 1677-1705. Sementara di daerahpedalaman, raja-raja dan para bupati masih tetap berkuasa penuh. Peranan merekahanya sebatas menjadi “tusschen personen” (perantara) penguasa VOC dan rakyat.

Penentangan rakyat Indonesia bermula semenjak VOC diadakan (1603) ... perang padri (1808-1837) juga merupakan perang antara pihak yang pro dan kontra dengan VOC.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.075554 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list