|
[Tempatan]
Ketuk pintu misteri dari Sabak Bernam ke Port Dickson (Polis panggil mangsa beri
[Copy link]
|
|
Noted Mod
Setuju gak maybe takde 'isu' sangat ngengade je lebih orang Sabak Bernam ni
yang pasti ini 'berita' semasa semua media berebut2 nak cover
Apa pun iol OK jer
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teringat masa g china dgn kawan aku. Aku tido mati. Siap pakej dengkur. Masa tu dalam.kul 3 am kawan aku dgr suara amoi nanges2 ketuk pintu kuat gila..kawan aku nak jerit panggil aku tapi nampak aku tido nyenyak sgt. Lama2 mcm suara tu menyusup hilang. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nahnukutu at 27-11-2020 10:40 AM
Polis panggil mangsa ketukan misteri beri keterangan
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 27 November 2020
Laporan portal Sinar Harian mengenai misteri ketukan pintu di rumah penduduk.
SABAK BERNAM - Polis sudah memanggil beberapa mangsa yang mendakwa diganggu dengan bunyi ketukan misteri bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian yang tular di beberapa kampung dan taman perumahan di daerah ini sejak tujuh hari lalu.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, penduduk termasuk ahli paranomal yang membuat rakaman secara 'Live' telah dipanggil untuk memberikan keterangan.
Bagaimanapun, katanya, tidak semua mangsa ketukan pintu misteri dapat hadir ke balai polis bagi memberikan keterangan.
"Bagi mangsa yang tidak dapat memberikan keterangan di balai, kami (polis) pergi ke rumah mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Agus Salim memaklumkan sehingga kini pihaknya hanya menerima satu sahaja laporan polis yang dibuat pemimpin peringkat kampung berhubung gangguan ketukan misteri itu.
"Kita menerima satu aduan yang dibuat pada 22 November lalu yang mendakwa rumahnya diganggu sebanyak dua kali termasuk 24 rumah penduduk di kampung terbabit," katanya.
Dalam pada itu, katanya, polis juga turut meningkatkan rondaan di beberapa kawasan kampung dan taman perumahan terlibat.
"Kita juga meminta kerjasama semua penduduk agar membuat rondaan di kawasan masing-masing bagi menangani isu ini," katanya.
Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak menokok tambah atau menyebarkan perkara yang boleh menimbulkan ketakutan kepada masyarakat.
"Polis bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas isu ini. Jika ada maklumat, salurkan segera kepada pihak polis," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menakut-nakutkan penduduk berikutan kejadian tular ketukan pintu yang mengganggu penduduk beberapa kampung di daerah ini pada waktu malam.
Agus Salim menegaskan, pesalah yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan kerana mengundang ketakutan dan kegusaran kepada orang awam.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Wanita dakwa misteri ketuk pintu dah sampai Port Dickson!
SYAMILAH ZULKIFLI | | 26 November 2020
Perkongsian seorang wanita yang mendakwa diganggu ketukan pintu rumahnya di Port Dickson, Negeri Sembilan.
PORT DICKSON - Misteri ketukan pintu tanpa salam yang menghantui penduduk di beberapa kampung di Kuala Selangor kini didakwa sudah sampai ke Port Dickson (PD).
Insiden itu dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'SN Zahidah' di kumpulan Facebook Kami Suri Rumah semalam.
Menurutnya, dia mendakwa diganggu dua hari lalu pada jam 2.30 pagi dengan bunyi ketukan pintu sebanyak tiga kali.
"Saya baru kena dua hari lepas dalam jam 2.30 pagi, tiga kali ketuk serentak. Sekali ketuk lepas beberapa saat tiga kali tu... jujur cakap ni, waktu itu memang belum tidur lagi layan perasaan main 'game candy crush'.
"Saya sampai keluar bilik pusing satu rumah atas bawah 'check'. Tengok anak-anak semua tidur nyenyak. Cumanya saya tak jenguk keluar tingkaplah," tulisnya.
Bagaimanapun jelasnya, dia tidak berasa apa-apa dengan insiden itu dan menganggapnya sebagai permainan syaitan, jin dan iblis.
Katanya, berkemungkinan disebabkan terlalu memikirkan kes yang berlaku di Kuala Selangor sehingga menganggu fikirannya.
"Sebab minggu ini galak viral pasal benda ini, jadi kita pun yang baca terfikir-fikir, mainan minda dan emosi. Maka datanglah syaitan ini ambil kesempatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Misteri ketukan pintu didakwa sudah sampai Kuala Selangor
Misteri ketukan pintu terus hantui penduduk Sabak Bernam
Misteri ketukan pintu: Tidak seharusnya jadi perkara yang menakutkan
'Dengar bunyi ketukan tapi tiada pelaku dalam CCTV'
"Bukan kata satu hantu yang sama itu saja pusing satu Malaysia, dah hantu sekeliling kita pun banyak, diaorang pun ikut trend viral... main ketuk-ketuk pintu takutkan penduduk Malaysia," katanya.
Mengakhiri hantarannya, dia turut memberitahu tinggal di Port Dickson dan tidak menyangka insiden itu sampai di daerah ini.
Perkongsian wanita itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang meninggalkan sebanyak 340 komen dan turut dikongsi sehingga 135 orang.
Ramai yang menyatakan rasa takut dan bimbang diganggu dan tidak kurang juga meninggalkan komen lucu antaranya, Noor Shida Ridzuan yang berkata "Siyes arr (serius lah) dah sampai PD jalan 'eh'... Boleh 'eh' hantu-hantu tu rentas negeri time PKPB ni. Alahai, awak kat Somban je ha.. Dokek dah tu".
Aydaa Azizan pula berkata, "eh, eh dapat surat pelepasan pula dia... dah lah dapat ke sana sini kacau orang pula main ketuk-ketuk. Suruh dia dok dendiam (diam-diam) main candy crush tu haa.."
Cik Zitta berkata, "boleh pula dia rentas negeri sampai ke PD. Roadblok banyak tu".
Sementara itu SN Zahidah menjawab soalan netizen memberitahu kejadian itu berlaku di tempat tinggalnya di PD Utama.
Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian di kawasan perumahan itu mendapati tiada yang mendengar insiden berkenaan berlaku setakat ini.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ampai-Port-Dickson!
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
makneng replied at 20-11-2020 07:39 PM
Haduii mak cringe btl kalo tgk pic org dok tunjuk objek mcm ni...sama jugak yg duk 4 org dok tunjuk ...
Majalah mestika dan seangkatannya dulu selalu ada gambar tunjuk tempat pakai jari, pointing dari jauh gitu.
Mcm bongok sangat tengoknya. |
|
|
|
|
|
|
|
wak_pijah replied at 27-11-2020 07:47 PM
Majalah mestika dan seangkatannya dulu selalu ada gambar tunjuk tempat pakai jari, pointing dari j ...
Pesen posing yg same jugek turun temurun... Haha sedeh |
|
|
|
|
|
|
|
capwayang replied at 20-11-2020 08:31 PM
Pernah juga alami dulu, lama dah la! Bunyi ketukan bersifat seakan-akan 'dia' didalam situasi kecema ...
Fuyoo mcm baca review perfume website fragrantica gituww |
|
|
|
|
|
|
|
makneng replied at 27-11-2020 07:51 PM
Pesen posing yg same jugek turun temurun... Haha sedeh
Kan?
Semalam pun ada tertengok kat thumbnail youtube posing gitu jugak |
|
|
|
|
|
|
|
ada geng p.alam ckp hntu tu dh sampai p.alam..xtau la btl x.....jgn dtg shah alam sudah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Last year kt belah2 perak utara nun kena.. sebijik macam ni. Ketuk2.. gegar2 gril. Merata dia pi. Dalam 2 bulan la gangguan tu. Ni dh smp selangor. Jauh berjalan. Tetiap mlm dia plan nk p belah mana plak tak tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Err perlu ke up thread thn lps?
|
|
|
|
|
|
|
|
Xim replied at 26-1-2021 11:01 PM
Err perlu ke up thread thn lps?
Eh sukati lee khenzs. Kalau xboleh nanti momod bagi warning potong credit. Hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|