CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mogey

[Dunia] Abg tiri Kim Jong Un Supreme Leader mati dibunuh di KLIA

[Copy link]
Post time 15-2-2017 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 15-2-2017 11:12 PM
mana la tau kan sb sama2 menjemah menjoyah kt cari

aaaa sudah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2017 11:58 PM | Show all posts
dah mati plak katanya


SEOUL: Dua wanita disyaki pembunuh abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un didakwa ditemui mati, menurut laporan ketua biro ABC News, Joohee Cho, di sini. Wakil Channel News Asia, Michiyo Ishida turut melaporkan mayat kedua-dua yang membunuh Kim Jong Nam itu ditemui dengan memetik laman berita Kyodo News dari Jepun. Rakaman kamera litar tertutup CCTV turut menunjukkan salah seorang pembunuh di lokasi kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) yang tersebar meluas. Dia mempunyai rambut panjang sehingga ke bahu dan memakai skirt dengan baju berwarna cerah dengan perkataan 'LOL' di bahagian depan dan sedang membawa satu beg tangan. Sebelum ini, amalan oleh ejen khas Korea Utara untuk membunuh diri selepas menamatkan misi mereka sudah pernah dilihat beberapa kali. Contohnya adalah Kim Hyun-hee, pengebom pesawat Korea Selatan pada 1987 yang mengikut arahan rejim Korea Utara. Selepas melakukan tugasan yang menyebabkan 115 penumpang maut, Hyun-hee cuba membunuh diri tetapi gagal. Sementara itu, jurucakap polis Malaysia, Fadzil Ahmat beranggapan Jong Nam mungkin diracun menggunakan sehelai kain. "Mangsa merasakan seseorang memegang muka beliau dari belakang. Beliau kemudian merasa pening," kata pegawai polis itu. "Selepas diserang, beliau meminta bantuan di kaunter KLIA. Kami tidak pasti ia kain atau jarum." - ABC News/Kyodo News

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/248631
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
che_yatt replied at 15-2-2017 10:22 PM
tu dia...nampak sangat akk dudok bwh tempurong..x penah dengar nama tempat-trmpat di sabah...    ...

Dah camna akak nak dengar tempat2 tu memang seolah takda dalam peta Sabah pun. Tourist spots macam KK, Kundasang je balik2 disebut.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:07 AM | Show all posts
eyansss replied at 15-2-2017 02:36 PM
kan...  itu menunjukkan rakyat malaysia ada supernatural power...  hahahhaa...  mek @juliez dah ko ...

hahaha thanks uols di atas pencerahan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:15 AM | Show all posts
North Korean officials did not want autopsy on body, say sources

KUALA LUMPUR: North Korean government officials in Malaysia objected to an autopsy being performed on the body of the estranged half-brother of North Korean leader Kim Jong-un, Malaysian government sources aware of the discussions said on Wednesday.

The officials requested that the body be released to them right away, but Malaysia rejected the request, several sources said.

No decision has been taken on whether the body of Kim Jong-nam will be handed over to North Korea, the sources added.

Malaysian police on Wednesday detained a woman holding Vietnam travel papers, and are looking for a "few" other foreign suspects in connection with the death in Kuala Lumpur of Kim Jong-nam, police said. – Reuters

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:17 AM | Show all posts
Bedah siasat mayat lelaki warga Korea Utara selesai

Proses bedah siasat terhadap mayat lelaki warga Korea Utara yang mati Isnin lepas dilaporkan selesai petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Abdul Aziz Ali ketika ditemui pemberita di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur kira-kira 7.50 malam mengesahkan perkara itu.

Difahamkan, proses bedah siasat mayat Kim Chol yang dilaporkan sebagai abang pemimpin Korea Utara itu selesai pada 7.30 malam.

Bagaimanapun Abdul Aziz enggan mengulas lanjut mengenai punca kematian serta bila mayat itu akan dituntut dari hospital berkenaan.

Empat kereta milik Kedutaan Korea Utara di Malaysia turut kelihatan
meninggalkan IPFN pada 8 malam ini.

Kira-kira 50 wartawan tempatan dan asing mula berkumpul di perkarangan unit forensik itu sejak pukul 9 pagi tadi untuk mendapatkan laporan lanjut berhubung kes itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata seorang lelaki Korea Utara cuba mendapatkan bantuan di kaunter khidmat pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2.

Maklumat pada pasportnya menunjukkan Kim Chol dilahirkan di Pyongyang pada 10 Jun, 1970.

Media asing melaporkan Kim Chol sebenarnya ialah Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Kim Chol dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2017 10:18 AM | Show all posts
Suspek Vietnam boleh berbahasa Inggeris, Melayu ringkas

PETALING JAYA: Polis tidak berdepan masalah ketika menyoal siasat suspek wanita Vietnam berusia 29 tahun yang ditahan berhubung kematian Kim Jong-nam kerana dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan Melayu yang ringkas.

Sin Chew Daily dan China Press memetik sumber sebagai berkata, suspek juga tidak takut ketika disoal siasat serta bertegas dia tidak membunuh sesiapa, sebaliknya ia sekadar gurauan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan memaklumkan, suspek wanita warga Vietnam itu bernama Doan Thi Huong dan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kira-kira jam 8.20 pagi Rabu.

Khalid berkata, suspek dikenal pasti berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang dan bersendirian ketika ditahan semalam.

Sementara itu, sumber polis yang dipetik Sin Chew Daily berkata, Jong-nam tidak mengupah sebarang pengawal peribadi.

Sumber berkata, beliau tidak menonjolkan diri ketika berada di Malaysia demi mengelakkan dibunuh dan siasatan polis mendapati Jong-nam mula membuat pelaburan dalam bidang perniagaan di Malaysia lebih 2 tahun lalu.

Selain Malaysia, beliau juga menjalankan perniagaan di Singapura, oleh itu beliau sering ulang-alik Singapura, Malaysia dan Macau.

Menurut sumber, Jong-nam akan menyewa seunit kondominium mewah ketika berada di Malaysia dan tidak akan keluar rumah, jika tiada urusan luar serta tidak akan berada di sini terlalu lama, kebiasaannya hanya beberapa hari sebelum menaiki pesawat meninggalkan Malaysia.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat yang dipetik Oriental Daily berkata, kematian Jong-nam kini diklasifikasikan sebagai pembunuhan, bukan lagi mati mengejut.

Katanya, polis mula menggunakan Seksyen 302 Kanun Keseksaan sejak semalam untuk menyiasat kematian abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara itu, Kim Jong-un.

Beliau berkata, polis juga giat memburu 4 suspek lelaki dan seorang wanita Vietnam berusia 20-an yang masih bebas.

Abdul Samah bagaimanapun enggan mengulas jika benar dakwaan suspek wanita dalam tahanan itu kononnya dia diarah mengenakan penumpang dengan gurauan.

Katanya, keadaan sebenar hanya boleh diketahui selepas polis menahan semua suspek terbabit.
Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafa Ibrahim yang dipetik Sin Chew Daily berkata, Jong-nam diserang sebelum beliau sempat melepasi kaunter imigresen.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung identiti sebenar Jong-nam, adakah beliau selalu datang ke Malaysia dan mempunyai dokumen perjalanan sah.

Katanya, pasport yang digunakan Jong-nam bukannya pasport Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:19 AM | Show all posts
Mereka kata ia hanya gurauan, dakwa suspek Vietnam

PETALING JAYA: Suspek wanita Vietnam yang ditahan dalam kes pembunuhan abang sebapa pemimpin Korea Utara mendakwa rakan subahatnya memaklumkan serangan itu hanya satu gurauan, lapor Oriental Daily.

“Mereka beritahu saya ia adalah gurauan, saya tidak tahu ia bertujuan membunuh orang.”
Polis mengenal pasti suspek wanita itu sebagai Doan Thi Huong, 29. Dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kira-kira jam 8.20 pagi tadi.

Akhbar itu melaporkan wanita Vietnam itu memberitahu polis, dia dan seorang lagi rakan wanitanya bersama 4 lelaki datang ke Malaysia untuk melancong.

Dia mendakwa ketika tiba di klia2, 4 lelaki yang datang bersama mereka memberitahu akan mengenakan penumpang dengan gurauan.

Empat lelaki itu kemudiannya mengarahkan mereka menyembur muka Kim Jong-nam dengan sejenis cecair dan menyerkup muka lelaki itu dengan sapu tangan.

Sumber polis berkata, selepas melancarkan serangan, 2 wanita itu menaiki teksi meninggalkan klia2, manakala 4 lelaki terbabit dibahagikan kepada 2 kumpulan turut keluar dari lapangan terbang dan pergi ke sebuah hotel di Salak Tinggi.

Bagaimanapun, suspek yang ditahan polis itu mendakwa rakan wanitanya bersama 4 lelaki itu tidak pulang, selepas memaklumkan mereka hendak keluar.

Difahamkan, suspek itu memberitahu polis, dia kembali ke klia2 pada keesokannya (hari ini) untuk mencari rakannya sebelum ditahan.

Oriental Daily sebelum ini melaporkan pemandu teksi warga tempatan yang ditahan pada petang Isnin lalu sudah dibebaskan hari ini, selepas polis mendapati dia tidak terbabit dalam kes itu.

Menurut laporan media, mangsa maut itu ialah Kim Chol yang sebenarnya Kim Jong-nam, hidup dalam buangan di Macau dan ketika kejadian, beliau dalam perjalanan pulang ke sana dari Malaysia.

Jong-nam meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 10:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 16-2-2017 10:53 AM
Changa replied at 15-2-2017 11:25 AM
ada bapok mana tah kat twitter report reporter itu punya tweet.

lebih kurang cerita sister lah. ...


iols dgn sis changa mesti terlintas dlm hati apa ke jadah nya acik acik kepam main tuduh tuduh kejadian berlaku kat departure hall. logik ke ? nak masuk keluar kat situ  mcm suka suka tk kena cek bagai.bila terlalu gopoh nak hebahkan kelemahan pihak  lain diri sendri plk yg nampak ngok ngin
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:43 AM | Show all posts
Kim Jong Nam killing: Second female suspect arrested

KUALA LUMPUR: Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar today confirmed that another woman has been detained in connection with the death of a North Korean man by the name of Kim Chol.

An official statement on the arrest would be issued later today, he said when contacted by Bernama.

Meanwhile, Deputy Inspector-General of Police Noor Rashid Ibrahim, when contacted, said police were expected to make several more arrests following the arrest of the first suspect, a female, at klia2 on Monday.

The woman was in possession of a Vietnamese passport bearing the name of “Doan Thi Huong”, and which listed her age as 29.

On Monday morning, Kim Chol was at the klia2 to board a 9am flight to Macau.

Foreign media had reported that Kim Chol was actually Kim Jong Nam, an elder half-brother of North Korean leader Kim Jong Un.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:47 AM | Show all posts
Lima tahun lalu, Kim Jong Nam rayu 'minta nyawa'
Ju-min Park, Reuters     Hari ini, 9:46 pagi     Hari ini, 10:37 pagi














Lima tahun lalu, Kim Jong Nam, abang tiri kepada pemerintah Korea Utara, merayu 'minta nyawa' kepada adiknya, demikian menurut dua penggubal undang-undang di Korea Selatan.

Dia menulis surat kepada Kim Jong Un, yang mengambil alih kuasa selepas bapa mereka Kim Jong Il meninggal dunia pada Disember 2011, dan memintanya supaya menarik balik satu perintah pembunuhannya, demikian menurut penggubal undang-undang, yang telah diberi taklimat oleh agensi perisikan Korea Selatan.

"Kami tak ada tempat nak pergi, tempat untuk bersembunyi, Kami juga sedar bahawa satu-satunya cara untuk melarikan diri adalah dengan membunuh diri," kata Kim Jong Nam dalam surat kepada Kim Jong Un, kata salah seorang penggubal undang-undang itu.

Kim Jong Nam, 46, mati, kemungkinan diracun, di terminal lapangan terbang kos rendah di Kuala Lumpur pada hari Isnin. Pegawai kerajaan Amerika dan Korea Selatan berkata, mereka percaya dia telah dibunuh oleh ejen-ejen dari Korea Utara.

Kim Jong Nam - anak sulung Kim Jong Il - bersembunyi dari pandangan umum selama bertahun-tahun kerana bapa dan ibunya, seorang pelakon, tidak berkahwin secara sah. Dia tidak ditunjukkan kepada datuknya, Presiden pengasas Korea Utara Kim Il Sung, sehinggalah dia berusia lima tahun.
Kim Jong Nam menghabiskan masa sembilan tahun belajar di sebuah sekolah antarabangsa di Geneva.

Apabila kembali ke Pyongyang, dia menyertai kerajaan. Bapanya menjadi pemimpin pada tahun 1994 dan Kim Jong Nam dijangka oleh sesetengah pihak bakal menggantikannya -. sehinggalah berlakunya insiden Disneyland.

Pada bulan Mei 2001, Kim Jong Nam ditangkap di lapangan terbang Narita Tokyo dan ditahan kerana menggunakan pasport palsu Republik Dominican. Su ditemani isterinya, seorang lagi wanita yang dipercayai menjadi pengasuh, dan seorang budak lelaki berusia empat tahun, anaknya, demikian menurut laporan media.

Dia berkata keluarga mahu melawat Disneyland. Tokyo. Kesemua mereka dihantar pulang dan kembali ke Korea Utara melalui Beijing.
Bapanya malu dengan kejadian tersebut dan selepas itu, bintang Kim Jong Nam menjadi semakin malap.
ibu Kim Jong Nam, Song Hye Rim akhirnya tinggal di Moscow, jauh daripadanya, dan meninggal dunia di sana selepas bertahun-tahun hidup dalam kemurungan. Kim berkata dia sering menziarahi kubur ibunya di Moscow.

Suka hidup bebas
Selepas insiden Disneyland itu, sebahagian besar hayat Kim Jong Nam dihabiskan di luar negara, yang pertamanya di China dan kemudiannya di Macau.
Perkhidmatan perisikan Korea Selatan berkata dia mempunyai isteri-isteri dan anak-anak di Beijing dan Macau, demikian menurut penggubal undang-undang.

"Kerana saya mendapat pendidikan di Barat, saya dapat menikmati kebebasan dari awal usia saya dan saya masih suka hidup bebas," katanya dalam nota kepada seorang wartawan Jepun, Yoji Gomi, yang menulis sebuah buku mengenai Kim Jong Nam pada tahun 2012. "Sebab saya kerap melawat Macau ialah kerana ia merupakan tempat yang paling bebas dan liberal yang berdekatan dengan China, di mana keluarga saya tinggal."

Penggubal undang-undang Korea Selatan berkata agensi perisikan memberitahu bahawa Kim Jong Un telah mengeluarkan "perintah tetap" pembunuhan abang tirinya itu selepas dia mengambil alih kuasa, dan satu percubaan gagal pada tahun 2012.

"Kim Jong Un berkata:" Saya amat benci padanya, jadi hapuskan dia," kata Kim Byung-kee, salah seorang penggubal undang-undang, yang memetik agensi perisikan sebagai berkata mengenai perintah tetap itu.

Sesetengah penganalisis berkata Jong Un percaya abangnya boleh digunakan untuk menggulingkan rejimnya.
Selepas itu, Kim Jong Nam tidak tinggal lama di setiap tempat, dan dia kerap mengembara antara pelbagai bandar raya di Asia Tenggara dan China. [Baca berita penuh]

- Reuters


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:48 AM | Show all posts
penuh speku lak kes ni ...cam sengaja
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:54 AM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 15-2-2017 08:13 PM
Exactly! Perisik ni sebenarnya mmg takkan nampak macam perisik dekat dunia nyata. Penyapu sampah K ...

kannnn...mesti adik punye keje if not naper dorang taknak buat bedah siasat
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 16-2-2017 10:47 AM
Lima tahun lalu, Kim Jong Nam rayu 'minta nyawa'
Ju-min Park, Reuters     Hari ini, 9:46 pagi      ...

Orang jahat mmg lambat mati :zz
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:00 AM | Show all posts
kat mesia gak la tempat nk wat mcm2 kerjaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 11:05 AM | Show all posts
baekk punya plan nih.. mcm dlm movie lakk
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:12 AM | Show all posts
apa kejadah bergurau pulak kata minah vietnam tu..
tak logiknya ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:19 AM | Show all posts
akak baca dlm the star, katanya arwah ni mmg suka stay kat hotel2 dan cikcur kat area starhill gallery sbb kat situ security bagus
dan dia suka gi makan kat restoran area bkt bintang dan staf kat restoran tu mmg biasa jmpe dia kalo dia cikcur kat kay el nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:23 AM | Show all posts
da mcm drama korea plak..

entah-entah memang si adik tiri ni yg suruh bunuh. takut abg dia ambik kuasa pemerintahan. Tp sebenarnya si abg ni tak heran pun, dia nak hidup bebas. uuhhuh.. kalo la si adik tiri ni syg bebenor ngan abg dia ni.. mmg teruk la malaysia kene "kutuk" sb abg dia mati kt sini kan. tp aku tgk relax je adik tiri dia. mmg ada 'arahan' la ni bunuh abg tiri tuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.469163 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list