|
JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)
[Copy link]
|
|
Reply #2536 whitedove's post
yep..Midnight Rain (Mayonaka no Ame) mmg besh gilos..jgn tertipu dgn cover vcd dier :bgrin:..memula cam slow tp pas 2-3 episod korang akan ternganga n takleh tinggal cite tu..mesti nak tgk abesh secepat yg mungkin :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by acquiller at 20-12-2005 03:32 PM
a'ah... skang nih dorang ngah wat sale tuk drama jepun yg lame2...
dah target nk beli Pride. hehe...
:cak:Sale yerk..isk nak gi borong ler wahahah...
Arigato sarah..isk romantik abih citer ni..nak siapkan baldi tadah ayor mate...wahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by emiko at 23-12-2005 08:32 AM
yep..Midnight Rain (Mayonaka no Ame) mmg besh gilos..jgn tertipu dgn cover vcd dier :bgrin:..memula cam slow tp pas 2-3 episod korang akan ternganga n takleh tinggal cite tu..mesti nak tgk abesh se ...
:hmm:Kenapa ngan cover vcd tu Emiko?...ada apa2 yg tak kena ker?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by penglipur at 21-12-2005 05:24 PM
pride??
citer tu cam boring sket..
beli ari tuh pun sbb miss 1 episod..
tgk 4 5 kali jerk..
pastuh takmo dah..
seb baik abg kimutaku jadik hero.. ;p
tak sabar nk beli Last Xmas!!!!!!
...
pride tu ok ape..tak ler slow sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hana_Hirokawa at 23-12-2005 10:19 AM
:cak:Sale yerk..isk nak gi borong ler wahahah...
Arigato sarah..isk romantik abih citer ni..nak siapkan baldi tadah ayor mate...wahaha..
ha... borong... jgn x boring hana...
skrg mmg tgh sale kot..
aku beli 3 cd dpt rm50 jek...
lebih kurang harga 1 box set dlm rm16/17...
kira murah lah jugak...
aku beli kan mines... malas nak gi jauh2 kalo weekdays ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Last Christmas Episode 3 (11 Disember 2005)
Haruki (Yuji Oda) dalam perjalanan ke kelab Desperado tapi still berbincang dalam telefon pasal kerja...superstar sukan dari Itali akan gunakan khidmat Heart Sports semasa berada di Jepun...Hayama (Mirai Moriyama) jadi MC untuk majlis keraian syarikat yg diadakan di Desperado...lepas tu Hayama bagi Shintani (Tsuyoshi Ihara) berucap, tapi bila dia buat lawak, semua orang tak faham...akhirnya Hayama terpaksa minta Haruki ambik kad yg tertulis suruh ketawa sekarang supaya kakitangan syarikat gelak walaupun lawak Shintani tu tak kelakar langsung...masa makan, Hayama tolong perempuan yg dia suka tu iaitu Kyoko ambik makanan...masa tu Haruki datang nak mintak tolong dia pasal kerja tapi Hayama sibuk bercerita pasal 'date' dia dengan Kyoko...masalahnya Hayama dah takde duit sebab kena berbelanja untuk Ayaka (MEGUMI)...Ayaka dah ugut Hayama yg dia akan beritahu Kyoko pasal diorang, jadi terpaksalah Hayama patuh pada kehendak Ayaka...
Ayaka tunjukkan beg baru dia pada Aoi (Akiko Yada)...Ayaka cakap 'anjing' dia yg bagi beg tu...tapi Ayaka tak puas hati, kalau boleh dia nak lebih mewah lagi...masa tengah berborak tu, Higaki (Hiroshi Tamaki) datang bercakap dengan Aoi...Higaki cakap yg Haruki beritahu dia pasal Aoi sukakan Higaki, tapi Aoi cakap entah apa2 je Haruki tu...lepas tu, Hayama panggil Higaki dan Ritsuko (Nana Katase) ke depan untuk meraikan rekabentuk diorang yg tengah popular sekarang...Higaki cakap dia harap dapat terus bekerjasama dengan Ritsuko pada masa akan datang, tapi Ritsuko pulak cakap kerja kali ni adalah yg terakhir bersama syarikat Heart Sports...semua orang terkejut dengar keputusan Ritsuko...masa tu Haruki yg tengah runsing pasal kerja tak perasan apa yg dah jadi...
Higaki kejar Ritsuko dan tanya pasal keputusan dia tu...Ritsuko cakap dia nak kawin...Higaki tak percaya sebab Ritsuko tak dapat lupakan cikgu diorang...Ritsuko cakap sebab tak dapat lupalah dia nak kawin...Ritsuko pegang rantai yg cikgu dia bagi suatu masa dulu...Aoi yg berdiri kat luar dah terdengar pasal tu dan nampak muka Higaki yg kecewa...kat rumah, Haruki masih teruskan kerja bila Aoi asyik ketuk2 pintu tengah...bila Haruki bukak pintu, Aoi cakap lipas dah terlepas...Aoi menjerit dan peluk Haruki dari belakang...
Haruki suruh Aoi tolong cari jugak sebab dia pun tengah sibuk pasal kerja...Aoi beritahu yg Ritsuko nak berhenti kerja sebab nak kawin dengan orang yg diperkenalkan oleh mak ayah Ritsuko...Haruki cakap kalau macam tu bolehlah Aoi gembira sebab pesaing akan kahwin...Haruki gerakkan bendera yg mewakili Aoi tu ke depan sikit...masa tu Haruki ternampak lapik gelas yg terlukis gambar Aoi...Aoi ambik balik lapik tu dah suruh Haruki jangan tengok lagi...Higaki yg lukis gambar tu...Aoi cakap masa tu dia tertidur di bar lepas minum dengan Higaki...bila dah bangun, Higaki dah takde...Aoi tukar topik dan tanya pasal Haruki dengan Sachiko (Ryou)...tapi masa tu Aoi teringatkan hal dia ternampak Sachiko dengan suami dia...Aoi cakap teruklah kalau Sachiko/Sally ada sembunyikan apa2, tapi Haruki cakap buat apa Sachiko nak tipu dia...Aoi suruh Haruki luahkan je perasaan pada Sachiko...tiba2 je Aoi tunjukkan macam mana nak luahkan perasaan, tapi Haruki cuma gelak...Haruki cakap baik Aoi je yg buat macam tu dengan Higaki...masa tu Aoi dah ternampak lipas tu kat bawah Haruki...Haruki pukul2 lipas tu dan lipas tu lari ke bilik Haruki...Aoi buat tak tahu je bila lipas tu dah terlepas ke bilik Haruki dan terus tutup pintu...
kat office, Haruki baca notis pasal Ritsuko nak adakan pameran...Hayama cakap disebabkan ni kali terakhir, sebab tu nak buat pameran...Ritsuko nak mintak tolong diorang organize pameran tu...masa tu tiba2 perut Hayama berbunyi kelaparan...Haruki ajak dia pergi makan, tapi Hayama cakap hari ni dia bawak makanan...rupa2nya Hayama cuma bawak kacang2 je...Haruki kesian tengok Hayama dan belanja dia makan kat kafe...masa tu Aoi dan Ayaka lalu, jadi Hayama asyik tundukkan kepala...Haruki panggil Aoi nak berbincang kejap...Haruki tanya pasal Ayaka...masa tu barulah Aoi sedar yg 'anjing' yg Ayaka maksudkan tu adalah Hayama...Aoi cakap lebih baik Haruki kenalkan kawan pada Ayaka, yg kaya dan mampu 'bela' Ayaka...masa tu Shintani masuk dalam kafe...Aoi dapat idea kenalkan Shintani pada Ayaka secara formal...dengan cara ni boleh menolong Aoi jugak, tapi Haruki nampak keberatan...
akhirnya Haruki bawak jugak Shintani ke kelab Desperado jumpa Ayaka...Aoi dan Hayama pun datang jugak, tapi diorang duduk kat tepi dan pakai topi supaya Shintani tak cam diorang...lepas Ayaka datang, Haruki duduk dekat Aoi dan Hayama nak perhatikan keadaan...Shintani tanya macam2 kat Ayaka, semuanya Ayaka tipu...Aoi cakap Ayaka tu memasak pun tak tau...Ayaka guna macam2 taktik nak 'pancing' Shintani...masa tu ada orang kelab lalu dan cakap yg Ayaka bawak orang lain hari ni...Ayaka bagi alasan yg ada orang baru kat syarikat asyik kacau dia...Shintani yg dah terpikat pada Ayaka janji akan tolong Ayaka...kalau Shintani dapat tau siapa orang tu, dia akan pecat orang tu...Hayama dah naik risau...dia cakap keadaan dah jadi makin teruk pulak tiba2...
lepas tu, Haruki melawat mak dia kat hospital...Aoi pun ikut sama...Sachiko pun dah ada kat situ...Aoi boleh berbual mesra dengan mak Haruki...Aoi boleh lagi cakap yg memang membazir Haruki ada mak yg sebegitu baik...Aoi pergi tolong Sachiko letakkan bunga dalam pasu kat toilet...masa tu mak Haruki usik Haruki, dia tanya yg mana satu Haruki nak...mak Haruki cakap gadis yg comel macam Aoi semenstinya jenis yg Haruki suka, tapi Haruki cakap Aoi tak secomel tu...balik dari toilet, Aoi tegur yg Sachiko tak pakai cincin...Sachiko cakap sebab lepas ni kena kerja, masa tu Sachiko dah tersedar yg Aoi dah tau rahsia dia...Aoi cakap dia dah nampak Sachiko dengan suami dia, tapi dia tak bagi tau apa2 pada Haruki...Sachiko cakap dia dah kahwin selama 3 tahun...pada mulanya memang bahagia, tapi percintaan diorang mula jadi 'tua'...Sachiko cakap mungkin Aoi tak faham, tapi Aoi cakap dia faham sebab dia pun pernah bercerai... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Episode 3...
lepas tu, Haruki dan Aoi hantar Sachiko ke stesen radio...Sachiko ucapkan 'bye-bye, senpai (senior)' pada Aoi...Haruki rasa pelik sebab Sachiko panggil Aoi 'senior'... Haruki cakap diorang akan berkumpul untuk uruskan pameran Ritsuko lepas ni...Haruki tanya Aoi tentang pandangan Ritsuko pada Higaki...Aoi cakap dah 4 tahun pun memang takde apa2...tapi Haruki rasa agaknya Ritsuko tak dapat maafkan diri sendiri sebab dah jatuh cinta pada lelaki lain...Haruki cakap mungkin selama ni Higaki dah wujud dalam hati Ritsuko...tiba2 Haruki terperasan yg Aoi mungkin kecik hati dia cakap macam tu, so Haruki suruh Aoi cepat2 luahkan perasaan pada Higaki...tapi Aoi takut Higaki ketawakan dia...tapi Haruki cakap Aoi kena ada keyakinan diri, lagipun air muka Aoi semasa luahkan perasaan takde la teruk sangat...Aoi dah tersenyum bila dipuji Haruki...
kat office esoknya, Aoi terserempak dengan doktor dia yg buat pemeriksaan mingguan kat syarikat Heart Sports...bila doktor tanyakan keadaan Aoi sekarang, Aoi cakap dia OK...doktor tu cakap staf wanita tak ramai yg datang jumpa doktor, staf lelaki yg ramai sebab doktor perempuan diorang wanita cantik walaupun diorang tak sakit...memang betul pun ramai staf lelaki yg datang jumpa doktor lawa tu termasuklah Haruki, Shintani dan Hayama...Shintani beritahu Haruki yg dia rasa Ayaka memang boleh tahan...Shintani tunjukkan lukisan lelaki yg kononnya kacau Ayaka tu pada Haruki...lukisan tu memang ada serupa dengan Hayama, tapi Shintani langsung tak perasan...
Ritsuko datang serahkan kad jemputan pameran pada staf syarikat...Aoi tanya pasal Higaki, tapi Ritsuko cakap yg Higaki tak berminat dengan karya orang yg dah nak letak jawatan...lepas tu Aoi pergi cari Higaki dan tanya kenapa tak nak pergi pameran tu...Higaki cakap dia pergi pun Ritsuko takkan batalkan perkahwinan...Higaki cakap dia nak kembali pada rupa asal, waktu takde sesiapa pun yg dicintai...Higaki cakap semasa bergaul dengan Aoi lebih gembira sebab kedua2 orang tanpa perasaan cinta...Aoi cakap dia tak dapat buat macam tu...Aoi tenung Higaki seolah2 nak luahkan perasaan, tapi Higaki potong cakap dia...Higaki cakap bila dia pandang Aoi langsung tak rasa apa2, jadi rasa sangat relaks...tapi bila dia pandang Ritsuko, jantung dia berdegup dengan cepat...masa tu Aoi dah tahu tak guna pun kalau luahkan perasaan pada Higaki...Aoi yg dah putus harap cuma mampu pandang Higaki dari belakang...
malam tu kat Desperado, Aoi datang melawat persediaan untuk pameran Ritsuko esoknya...sebelum tu, Ritsuko tunjukkan lelaki yg dia akan kahwini pada Haruki...masa Aoi melihat2 karya Ritsuko, dia ternampak satu karya yg menarik perhatian dia...ada satu karya lukisan yg sangat menyerupai pandangan belakang Higaki...Aoi tanyakan Haruki maksud ayat 'forget me not' pada lukisan tu, yg bermakna 'jangan lupakan aku'...masa tu Aoi dah sedar keadaan sebenar...Aoi cakap memang betul apa yg Haruki beritahu dia dulu...
Aoi pergi jumpa Ritsuko lepas tu...Aoi cakap Ritsuko sememangnya sukakan Higaki...Ritsuko tak dapat maafkan diri sendiri sebab jatuh cinta pada Higaki, sebab tu buat keputusan nak kahwin dengan orang lain...Ritsuko rasa bersalah pada orang yg dah mati...tapi Ritsuko nafikannya, katanya selama ni dia cuma cintakan cikgu dia...jadi Aoi tanya apa maksud lukisan tu...kalau Ritsuko berani, cubalah lukis bahagian depan dan tnjukkan pada Higaki, sebab Higaki tengah menunggu Ritsuko...
kat rumah, Haruki ketuk pintu tengah dan ajak Aoi minum kat balkoni...Aoi bawak lapik gelas yg ada lukisan dia dan asyik tengok lapik tu...Aoi cakap mungkin Higaki ambil masa 5-10 minit untuk lukis dia, masa yg paling lama Higaki pernah betul2 tengok dia...tapi Aoi pulak tidur dalam masa 10 minit yg hebat tu...tiba2 Aoi buang lapik tu ke bawah dan cakap akhirnya dia rasa lega...Aoi cakap sepatutnya dia kena beritahu Higaki awal2 kalau dah suka, tapi sekarang dia dah habiskan banyak masa untuk Higaki...Aoi cakap nampaknya Ritsuko akan betul2 kahwin...tapi bagi Aoi, kenangan tetap kenangan, walaupun dah jatuh cinta pada orang lain, takkan cemarkan kenangan tu...Higaki pulak ditinggalkan kerana kenangan tu...sekali lagi Haruki cakap lebih baik Aoi berterus-terang pada Higaki...kalau tak cakap, macam mana nak ada permulaan...
esok paginya sebelum pergi kerja, Haruki nampak Aoi tercari2 sesuatu kat bawah bangunan...Haruki tahu yg Aoi tengah cari lapik gelas tu...Haruki tegur Aoi...Aoi cakap contact lens dia terjatuh, jadi Haruki uji Aoi...sebenarnya Aoi memang nampak jadi tipulah kalau contact lens dia jatuh...lepas tu kat office, Shintani tanya Hayama sama ada dah jumpa orang yg kacau Ayaka...Hayama tanya Shintani betul2 ke serius dengan Ayaka...lepas tu diorang bincang pasal parti Ritsuko, diorang kena buat penyamaran 'one-point' (satu tempat saja, telinga, kepala atau bahagian badan yg lain)...Shintani cakap pasti dia akan jadi perhatian lagi dalam parti tu nanti...kat office Higaki, Higaki dah nampak Ritsuko tapi dia pusingkan badan...Ritsuko pulak cuma dapat perhatikan belakang Higaki dengan rasa serba salah...
dalam parti Ritsuko malam tu, Shintani datang sebagai Elvis Presley...sahlah Shintani tak baca betul2 kad jemputan tu...Shintani ucap selamat pada Ritsuko dan tanyakan bakal tunang Ritsuko, tapi Ritsuko cakap bakal tunang dia tak datang...Aoi dah rasa pelik...Aoi perasan yg rantai yg cikgu dia bagi tu Ritsuko dah tak pakai...Aoi terus pergi tengok lukisan tu dan air muka dia berubah...Haruki yg perasan kelakuan Aoi tu pun pergi tengok lukisan tu dan dia rasa terkejut...rupa2nya Ritsuko dah ubah lukisan tu kepada bahagian depan yg menyerupai Higaki...Aoi pulak telefon Higaki dah suruh Higaki ke parti Ritsuko sekarang jugak...Aoi tanya pernah ke dia merayu Higaki apa2...Aoi cakap dia layak suruh Higaki buat macam tu, sebab dia sukakan Higaki...jadi untuk sekali ni, Aoi minta Higaki dengar rayuan dia dan datang ke parti Ritsuko...
lepas tu, Haruki nampak Higaki dah datang...Aoi suruh Higaki pergi tengok lukisan tu...Haruki cuma dapat tengok Aoi dengan risau...bila Higaki dah tengok lukisan tu, tahulah dia isi hati Ritsuko yg sebenar...Higaki pergi ke arah Ritsuko dan peluk dia...muzik tiba2 berhenti bila diorang tengah berpeluk...Haruki nampak Aoi dah mula bersedih bila nampak Higaki menari dengan Ritsuko...Aoi nampak Haruki tengah pandang dia, jadi dia ambik satu kad dari dalam kotak yg tertulis 'sila ketawa'...bila Aoi keluar, Haruki nak kejar dia tapi Aoi suruh dia jangan dekat...lepas tu bila Hayama tengah kemaskan kotak, Ayaka beritahu yg dia dah buat keputusan nak kawin dengan Shintani...tapi sekarang belum boleh lagi, jadi masih perlukan bantuan Hayama...Ayaka nak ambil duit dari Hayama tapi Hayama cakap dia dah takde duit...
masa tengah tunggu teksi, Haruki dah beritahu Sachiko pasal Higaki dengan Ritsuko...Sachiko cakap rupa2nya Higaki dan Ritsuko dah ada sejarah selama 4 tahun, tapi tak boleh dibandingkan dengan dia dan Haruki yg dah kenal selama 18 tahun...Sachiko cakap dia tak bergurau dan tiba2 peluk Haruki...Sachiko seolah2 nak cakap sesuatu pada Haruki tapi tak jadi...
bila dapat tahu yg Hayama tengah kelaparan, Ayaka bawak Hayama balik rumah dia...Hayama nampak basikal budak dan barang permainan kanak2 kat luar rumah Ayaka...bila dah masuk rumah, ada 3 orang budak sambut Ayaka dan panggil dia 'kakak'...Ayaka kenalkan Hayama sebagai oang yg bagi budak2 tu makan sushi hari tu...tengah duduk kat ruang tamu pulak ayah Ayaka yg ada sakit pinggang dan tak mampu bangun...masa tu barulah Hayama tahu keadaan hidup Ayaka yg sebenarnya dan kenapa dia beria2 nak jadi pisau cukur...Ayaka cakap rumah diorang takde makanan mahal dan mula memasak...masa ni, Hayama cuma mampu pandang Ayaka...
Haruki bawak Shintani yg dah mabuk ke rumah dia...Aoi pulak tengah makan mee sambil tengok TV...masa tu Haruki hantar sesuatu dari bawah pintu tengah...rupa2nya Haruki dah dapat cari lapik gelas tu...Aoi cepat2 buka pintu tengah dan nampak Haruki tengah kelam kabut susun kertas...bla Aoi tanya, Haruki tak cakap apa2 dan cuma tunjukkan beberapa keping kertas yg dia dah tulis: 'itu barang kesayangan awak, kan?' 'rasa sangat hebat setelah jatuh cinta, betul tak?' 'Aoi dah lakukannya dengan baik sekali' 'memang sangat hebat' 'pingat emas'...setiap kali Haruki tunjukkan kertas tu, Aoi rasa makin terharu...Haruki senyum dan tepuk tangan untuk Aoi...Aoi beritahu yg dia dah luahkan perasaan pada Higaki...Aoi cakap memang betul2 dah tamat lepas luahkan...Aoi cakap Harukilah yg tolong dia, kalau tak, sampai sekarang pun dia takde perubahan...disebabkan Haruki tinggal di sebelah, Aoi takkan rasa keseorangan...lagipun baru2 ni dah takde lelaki datang ke rumah, jadi Haruki memang berguna pada Aoi...dengan tiba2 je Aoi cium pipi Haruki...Aoi ucapkan terima kasih dan cakap itu adalah ciuman hadiah...Haruki bergurau, katanya dia ingatkan tu adalah ciuman hukuman...
Aoi letakkan balik bendera dia pada titik permulaan...tiba2 loceng pintu rumah Haruki berbunyi...Shintani yg dalam sedar tak sedar bangun dan pergi buka pintu...Haruki cakap dia pun dah terlupa Shintani ada dalam rumah...orang tu tanya pasal Haruki...Shintani pulak masih mabuk dan blur masa tu...Aoi nampak lelaki tu dan rasa terkejut sebab tulah suami Sachiko/Sally...dengan selambanya lelaki tu yg dah salah faham tumbuk Shintani... |
|
|
|
|
|
|
|
Screencaps from Episode 3...
|
|
|
|
|
|
|
Last Christmas Episode 4 (17 Disember 2005)
Guest star:
Sachiko Sakurai as HITOMI
kat office, Haruki (Yuji Oda) dan Hayama (Mirai Moriyama) berbincang pasal superstar sukan yg akan datang dari Itali...lepas tu Shintani (Tsuyoshi Ihara) datang dengan mata kirinya berbalut...bila Hayama tanya, Shintani cakap bila bangun pagi ni kat rumah Haruki dah jadi macam ni...
flashback malam tadi, suami Sally/Sachiko (Ryou) tumbuk Shintani sampai pengsan...suami Sally cakap dia tak sengaja dah tertumbuk, tapi yg melampau adalah Haruki...Aoi (Akiko Yada) tolong cover konon2nya Shintani tu adalah Haruki...suami Sally cakap Sally nak bercerai dengan dia dan kawin dengan Haruki...Aoi suruh Haruki berlakon jadi suami isteri yg tinggal bersebelahan...suami Sally suruh cakap kat Haruki, kalau bertindak lagi ke atas isteri dia, dia takkan berdiam diri...
lepas tu kat office, Haruki ternampak Aoi bercakap dengan doktor dia...diorang bercakap pasal pemeriksaan hari Isnin depan...bila Haruki tanya pasal tu, Aoi tukar topik dan bawak Haruki ke bilik simpan dokumen...Aoi minta tolong Haruki kemas sama2...Aoi cakap kalau nak hilangkan kegelisahan bercinta, mestilah kerja dengan rajin...Haruki cakap dia tak ada kegelisahan bercinta, semuanya salah faham je...Aoi terus telefon Sally dan suruh Haruki bercakap dengan Sally...Sally cakap dia dah dengar pasal suami dia pergi cari Haruki...Haruki cakap sebagai senior, dia nak beritahu macam ni kat Sally...pertama, Sally jangan berbohong lagi...kedua, Haruki nak bincang pasal ni jadi Sally kena belanja dia makan...lepas habis telefon, Aoi cakap macam ni baguslah, belum mula lagi dah tahu...kalau baru tahu bila dah mula, akan jatuh dengan teruk macam main gelongsor...Haruki dah geram dan cakap kenapa Aoi asyik buat kesimpulan macam tu...Aoi cakap jangan jadi macam dia dahlah...Haruki teringatkan kesedihan Aoi masa Higaki (Hiroshi Tamaki) mula bercinta dengan Ritsuko (Nana Katase)...Haruki cakap peluncur kegemaran dia selalu bermain dengan mengikut hati, jadi selalu jatuh dan tak dapat teruskan pertandingan...tapi setiap kali, dia pasti akan teruskan dan akan cuba habiskan pertandingan...katanya, kalau dapat teruskan pertandingan, suatu hari nanti pasti akan menang...Aoi cakap dia mesti nak bercinta sebelum Krismas tiba, lepas tu dia tinggalkan Haruki buat kerja tu sorang2...
superstar sukan dari Itali dah tiba di Jepun...masa lihat sambutan untuk pemain tu, Higaki datang jumpa Aoi...Aoi tanya perkembangan Higaki dengan Ritsuko, lepas tu Aoi cakap Higaki dapat bersama Ritsuko kerana Aoi, jadi Higaki kenalah perkenalkan lelaki pada Aoi...Higaki cuba nak cakap sesuatu pada Aoi, tapi Aoi cuma suruh Higaki hargai Ritsuko dan tinggalkan Higaki dengan senyuman...
bintang sukan tu buat interview kat J-Wave...lepas interview tu, Sally ajak Haruki pergi makan tapi Haruki sangat sibuk sebab kena ikut bintang sukan tu...Sally cakap dia akan tunggu Haruki kat rumah, jadi dia minta kunci dari Haruki...Higaki pulak balik rumah dan serahkan buku pada Ritsuko...dah lama Ritsuko nak buku tu dan Higaki dapat cari kat kedai buku2 lama...Ritsuko nampak lain macam...sebenarnya tadi ada sorang perempuan datang dan cakap tak nak berpisah dengan Higaki...tapi bila Higaki tanya, Ritsuko cakap takde apa2...
Haruki balik rumah dengan letih, tapi baru dia teringat yg dia dah bagi kunci rumah pada Sally...Haruki terdengar Sally dan Aoi rancak berbual kat dalam...Sally dah cerita macam2 pasal Haruki kat Aoi...Sally pulak mengaku pada Haruki yg dia dah kahwin...Sally minta maaf pada Haruki sebab tak beritahu...Sally cakap bila bersama Haruki, rasanya seolah2 balik ke masa lampau sebab tu tak dapat cakap...Haruki dah maafkan Sally...Sally cakap dia tak nak balik ke rumah tu dan nak bercerai...jadi dia mintak Haruki benarkan dia tinggal kat situ...masa tu suami Sally datang...Aoi bawak Sally masuk ke rumah dia...suami Sally tanyakan Haruki, dia nak tunggu Haruki balik...suami Sally dah bawak anjing diorang sekali...
suami Sally nampak banyak gambar Haruki dengan Shintani...lepas tu Aoi tanya pasal Sally...suami Sally cakap dia pun tak tahu, tapi hubungan diorang dah tak macam hubungan lelaki dengan perempuan...Aoi cakap tak boleh macam tu sebab perempuan nak suaminya layan dia seperti masa bercinta...tapi suami Sally cakap Aoi dengan suaminya pun macam berjarak jauh, jadi Aoi sengaja pegang lengan Haruki dan cakap yg diorang berdua selalu bermesra walaupun dah kahwin...Haruki cakap takkanlah Sally larikan diri sebab ni je...suami Sally akhirnya mengaku yg dia ada hubungan dengan sorang pekerja wanita kat syarikat...Aoi tuduh dia curang...suami Sally cakap semua lelaki memang macam tu...tiba2 Sally keluar dari rumah Aoi dan marah suami dia...suami Sally ajak dia balik tapi dia tak nak...Sally cakap suami dia nak dia balik sebab takde orang memasak dan kemas rumah je...Sally cakap suami dia tak sedar pun bila masa dia tukar fesyen rambut dan diorang pun dah tak keluar makan sama2...Sally cakap suami dia dah lupa semua kenangan diorang termasuk lagu diorang...Sally cakap dia nak tinggal di situ, jadi suami dia cakap dia pun nak tinggal di situ...
malam tu Sally tidur kat rumah Aoi...suami Sally pulak tidur kat rumah Haruki...anjing Sally asyik kacau Haruki...Sally beritahu Aoi yg sejak sekolah dah macam ni, tiap kali dia dibuli lelaki, Haruki akan campur tangan dan tolong dia...dah 20 tahun berlalu pun masih tak berubah...Aoi tanya lain kali macam mana, cuma nak Haruki tolong Sally atau Sally memang serius nak bersama Haruki...bila Sally cakap dia pun tak tahu, Aoi cakap macam mana pun Haruki akan tetap terima Sally...kat rumah Haruki pulak, Haruki cuba nak beritahu identiti sebenarnya pada suami Sally tapi suami Sally dah tahu, dia dah nampak kad pekerja Haruki...suami Sally cakap dia dan Sally memang tak boleh bertahan kalau terus macam ni, jadi dia minta tolong Haruki jaga Sally...masa tu suami Sally asyik berfikir lagu apa yg dimainkan kat kedai pada suatu hari dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Episode 4...
esok paginya kat luar rumah, Haruki suruh Sally fikir baik2...bagi Haruki, suami Sally tu takde la teruk sangat orangnya...lepas tu Haruki beritahu Aoi yg Sally cuma mahukan kebahagiaan dan keluarga yg biasa...mak ayah Sally dulu tak bahagia, jadi Sally selalu cakap yg makan bersama keluarga adalah impiannya...suatu hari masa makan kat rumah kawan, Sally terkejut sebab kat rumah tu ada 'penyepit pasangan', jadi Sally semasa kecil fikir yg rumah dia takde 'penyepit pasangan', sebab tulah keluarga dia tak bahagia...jadi sepatutnya Sally tak nak bercerai...Sally dan suami dia dah tertinggal anjing diorang kat rumah Haruki...
lepas shooting bintang sukan tu, Haruki hampir2 nak terserempak dengan Hitomi (Sachiko Sakurai)...masa tu Hitomi tengah pujuk junior dia supaya jangan putus asa...junior dia ingat kata2 Hitomi, kalau meluncur hingga habis, suatu hari nanti akan menang dalam pertandingan...kata2 tu serupa dengan kata2 Haruki...tapi akhirnya, Haruki dan Hitomi tak berjumpa...
kat Desperado, Haruki tengah cuba nak control bintang sukan tu bila tiba2 Sally telefon dia...Sally ajak Haruki berjumpa lepas siaran malam tu...Haruki kata dia akan masak dan tunggu Sally kat rumah dia...Aoi pulak asyik batuk2 masa berjalan balik...Aoi nampak Haruki keluar dari kedai dan nampak 'penyepit pasangan' dalam beg kertas Haruki...lepas tu Aoi ikut Haruki ke supermarket...Aoi nak ketam dan tak nak daun bawang, tapi Haruki pulak nak daun bawang dan tak nak ketam...Aoi cakap kalau takde ketam tak boleh dipanggil stimbot, Haruki pulak cakap kalau takde daun bawang pun tak boleh dipanggil stimbot...Aoi dah geram dan cakap dia sengaja temankan Haruki shopping, tapi Haruki cakap dia takde pun suruh Aoi temankan dia...
masa Haruki tengah buat stimbot, Aoi asyik kacau dia...Aoi asyik cakap kalau takde ketam tak sedap...lepas tu Haruki bukak radio, katanya siaran Sally akan habis pukul 10...Sally dapat satu email dari Bobby...Bobby tu adalah nama anjing dia...Aoi dapat agak yg email tu ditulis oleh suami Sally sendiri...
Sally: "Selamat malam, Sally. Saya nak beritahu pasal suami isteri yg memelihara saya. Percintaan mereka biasa saja, bermula dari kawan dan kemudiannya bercinta. Tapi kadang-kadang, keajaiban akan muncul. Satu hari, kedua2nya berada di kedai kopi. Pertemuan itu sepatutnya yg terakhir dan mereka akan berpisah. Walaupun tak cakap apa2, tapi itulah yg mereka fikirkan. Tak kira sesiapa pun yg ambil bil, saat itulah mereka akan berpisah. Akhirnya lelaki tu buat keputusan nak ambil bil tu, tapi tiba2, angin bertiup. Bil tu ditiup ke meja sebelah. Ada seorang tua sedang duduk di sana. Bila lelaki tu nak ambil bil tu, lelaki tua cakap, inilah takdir. Biarlah dia yg belanja kali ni. Lelaki tua tu ambil bil tu dan terus pergi. Jadi tinggallah mereka berdua je di situ. Lelaki tu fikir, inilah peluangnya yg terakhir. Lelaki tu cakap pada perempuan tu, kahwinilah saya. Perkara ni berlaku pada hari Krismas 3 tahun yg lalu. Mungkin hanya kebetulan, tapi lelaki tu terkenang semula selepas beberapa tahun. Bukankah itu keajaiban? Bukankah itu takdir? Yang paling dikesalkan, lagu yg diputarkan di kedai tu pada masa tu masih diingati perempuan tu, tapi lelaki tu sudah lupa."
Sally dah mula menangis lepas bacakan email tu...masa tu pulak kebetulan suami Sally datang ke rumah Haruki nak hantar barang2 Sally...masa tu suami Sally dah terdengar suara Sally kat radio...Sally cakap Bobby dah terlupa nak minta lagu, jadi dia akan telefon Boby dan tanyakan lagu apa yg Bobby nak...sebenarnya Sally telefon suami dia...Haruki suruh dia cepat2 jawab telefon tu...bila suami Sally dah jawab telefon, Sally tanya suami dia nak request lagu apa...suami Sally beritahu Sally lagu yg diminta, iaitu lagu yg dimainkan di kedai 3 tahun lalu...Sally dah rasa terharu dan mula menangis lagi...Sally ucapkan terima kasih atas surat yg hebat tu...kata Sally, dia pun rasa itu adalah takdir...
Haruki ajak suami Sally pergi jumpa Sally dan bawak 'penyepit pasangan' tu sekali...Aoi dan anjing tu pun dibawa sama...Sally yg dah habis siaran tengok ke luar tingkap dan nampak suami dia dan anjing dia kat bawah...Sally lari turun ke bawah dan peluk suami dia, masa tu suami dia tengah pegang 'penyepit pasangan' tu...Haruki cuma tersenyum sambil Aoi perhatikan reaksi Haruki...
kat rumah Haruki, Haruki ajak Aoi makan stimbot tu...Aoi tanya apa yg Haruki fikirkan sebenarnya...Aoi tanya sama ada penyepit tu memang dibeli demi Sally dan suami dia, ataupun demi Haruki dan Sally...Haruki cakap demi Sally dan suami dia, tapi Aoi tak percaya...Haruki cakap kalau Aoi nak ketawa, ketawa jelah...Aoi cakap dia takkan ketawa, sebab masa dia ditinggalkan pun, Haruki tak ketawakan dia...kata Aoi, percintaan bukannya macam meluncur salji...kalau ada orang papah semasa terjatuh kan lebih baik...masa nak ambil bir kat rumah dia, Aoi tengok peta tu dan nak gerakkan bendera Haruki ke titik permulaan...tapi belum sempat dia gerakkan bendera tu, dia rasa pening dan terjatuh...Aoi cuba nak telefon doktor dia tapi tak mampu...Haruki nampak Aoi dah jatuh dan bergegas ke arah Aoi...Haruki rasa Aoi dah demam, tapi dia nampak Aoi cuba telefon doktor peribadi dia...
kat hospital, Haruki tunggu Aoi dengan risau...masa tu Haruki teringatkan videotape Aoi pasal dia akan mati...lepas tu doktor beritahu Haruki yg Aoi cuma demam selsema...Aoi akan berehat di hospital malam tu, jadi dia minta Haruki balik rumah dulu...Haruki tanya kenapa telefon doktor jugak walaupun cuma demam selsema, tapi doktor cakap sebab dia doktor peribadi Aoi jadi dah terbiasa...Haruki tanya kemungkinan ada kaitan dengan penyakit lain tapi doktor cakap cuma demam biasa je...lepas tu doktor jumpa Aoi...Aoi cakap kebelakangan ni dia tak demam, sebab tulah dia rasa terkejut dan telefon doktor...doktor cakap Aoi memang dah banyak berusaha dalam 5 tahun ni, jadi selepas 2 kali lagi pemeriksaan, Aoi dah boleh rasa lega...
esoknya, Aoi ambil cuti kerana demam...Ayaka (MEGUMI) beritahu Hayama (Mirai Moriyama) yg dia mungkin akan ditukarkan ke bahagian setiausaha...Ayaka cakap mungkin dia perlukan cara lain untuk dapatkan Shintani, iaitu cara yg digunakan ke atas Hayama dulu...Hayama yg dah mula sedar sifat sebenar Ayaka beritahu dia supaya jangan buat macam tu, tapi Ayaka tetap nak buat...Haruki pulak risaukan Aoi yg tak datang kerja...bila sampai rumah, Haruki ketuk pintu tengah dan tanyakan keadaan Aoi...Aoi cakap dia takde apa2...Haruki cuba nak tanya pasal penyakit Aoi, tapi Aoi cakap kalau Haruki tanya lagi, dia takkan bercakap dengan Haruki...
Haruki jumpa doktor kat syarikat esoknya...doktor kata dia takkan beritahu apa2, cuma Aoi seorang yg periang dan tabah...Aoi dapat selalu senyum sebab Krismas tahun ni adalah yg paling dinantikan dalam masa 5 tahun ni...doktor tu bergurau dan tanya sama ada Haruki adalah 'pesaing cinta' dia, sebab Haruki asyik ambil berat pasal Aoi...lepas tu Haruki melawat mak dia kat hospital...Haruki tanya apa perasaan mak dia bila pertama kali tahu dia sakit...mak dia cakap memang sangat cemas bila dapat tahu, dan rasa paling terseksa semasa menunggu laporan pemeriksaan...mak dia cakap kalau menunggu terlalu lama, mesti dia tak boleh tahan, seolah2 berada dalam bilik yg gelap...
hari Isnin dah tiba dan Aoi pergi jalani pemeriksaan kat hospital...Haruki pulak hantar bintang sukan tu balik ke Itali...Hayama kata seolah2 baru lepas dilanda taufan...Aoi menunggu dengan debaran kat hospital, Haruki pulak teruskan kerja macam biasa tapi dalam masa yg sama dia risaukan Aoi sebab dia tahu Aoi ada checkup hari tu...lepas habis kerja, Haruki berlari balik ke rumah nak tahu keadaan Aoi...
sampai je kat rumah, Haruki cepat2 ketuk pintu tengah...Haruki dengan cemasnya tanya Aoi pasal keputusan pemeriksaan...Aoi masuk balik dalam rumah dia dan tutup pintu...sebelum tu dia cakap kenapa mesti dia beritahu Haruki apa2...tapi akhirnya Aoi cakap dia selamat, takde tanda2 penyakit akan melarat...bila Haruki tak jawab, Aoi bukak balik pintu dan nampak Haruki tundukkan kepala dan air muka dia macam sangat lega...Haruki pegang lengan Aoi dan cakap memang bagus Aoi takde apa2...Aoi dah rasa terharu dan bersandar pada bahu Haruki...Haruki tanya sama ada Aoi rasa takut...Aoi cuma anggukkan kepala...Aoi cakap sekarang cuma tinggal satu pemeriksaan je lagi, lepas tu dia dah boleh hidup dengan tenang...Aoi cakap rasanya bagus macam ni, ada orang yg begitu dekat boleh dia bergantung... |
|
|
|
|
|
|
|
Last Christmas Episode 5 (18 Disember 2005)
Guest star:
Sachiko Sakurai as HITOMI
team Haruki (Yuji Oda) buat perbincangan kat Desperado...tempat meluncur salji yg dipilih kali ni nak buat parti Krismas, jadi diorang sendiri akan ke tempat tu kemudian nanti...lepas tu bila Haruki nak bayar bil, Sachiko/Sally (Ryou) telefon dia...Sachiko berterima kasih pada Haruki sebab satukan semula dia dengan suami dia...Sachiko minta tolong berterima kasih pada Aoi (Akiko Yada), tapi Haruki cakap Aoi tak tolong apa2 pun...Sachiko cakap Haruki dan Aoi memang suka main2...Sachiko cakap jangan2 Haruki sukakan Aoi, tapi Haruki suruh dia jangan cakap perkara yg tak mungkin...
diorang semua ke tempat meluncur salji tu kemudiannya...Haruki kena naik kereta kabel dengan Aoi...keadaan jadi senyap pulak kat atas kereta kabel...Haruki teringatkan kata2 Sachiko tentang kemungkinan dia sukakan Aoi...Haruki cakap yg pelik2 je kat atas kereta kabel...Aoi kata dulu dia selalu jugak datang ke sini semasa dalam geng bermotosikal...Aoi suruh Haruki jangan simpan dalam hati hal dia bersandar kat bahu Haruki malam tu...Haruki cakap dia tak ambil kisah pun...Aoi cakap mesti Haruki gembira sebab ada gadis cantik kat situ, tapi Haruki buat2 tak faham...
lepas makan malam, Higaki (Hiroshi Tamaki) keluar bersiar2 dengan Ritsuko (Nana Katase)...Higaki cakap masa kat universiti dulu, dia pernah melancong kat US dari barat ke timur, seolah2 pelancongan selepas ditolak oleh Ritsuko...Higaki menunggang motosikal sepanjang perjalanan dan jumpa macam2 perempuan...Higaki nak lupakan semuanya, jadi nak buang satu barang...Higaki tarik Ritsuko duduk dekat dia dan buang barang dalam tin tu kat atas tangan Ritsuko...Higaki cakap dia dah patah balik untuk cari barang tu kat tengah2 padang pasir...dia akan berputus asa kalau tak dapat cari, tapi kalau dapat cari, dia nak kahwin dengan Ritsuko...dalam tin tu rupa2nya ada cincin...Higaki cakap Ritsuko tak payah jawab sekarang, tapi kalau Ritsuko setuju, dia harap Ritsuko akan pakai cincin tu...
Hayama (Mirai Moriyama) pulak tengah mandi kolam air panas bila Ayaka (MEGUMI) masuk dalam kolam tu...Ayaka cakap malam ni adalah peluang untuk dapatkan Shintani (Tsuyoshi Ihara)...Ayaka suruh Hayama buat sesuatu yg romantik untuk dia dan Shintani...lepas tu Hayama panjat pokok kat tepi jambatan dan pasang macam2 jenis lampu...masa tu dia nampak Ayaka dah datang dengan Shintani...Shintani cerita pasal dia pernah dapat tempat kedua dalam pertandingan...masa tu Ayaka dah nampak Hayama kat atas pokok...Ayaka buat2 terjatuh dan Shintani tolong dia...masa Shintani nak cium Ayaka, masa tulah sepatutnya Hayama tekan butang, tapi Hayama tak dapat buat macam tu dan cuma pandang diorang dengan semacam...kebetulan pulak ada orang syarikat datang cari Shintani masa tu...
Haruki pulak main ping pong dengan Aoi...sambil main ping pong, Aoi masih ungkit hal malam tu...Aoi cakap dia rasa pelik sebab biasanya kalau dia buat macam tu, lelaki akan jatuh cinta...Haruki bertegas cakap dia tak macam tu...Haruki tanya pernah tak Aoi menggoda lelaki macam tu, tapi Aoi cakap tak pernah pun...Aoi cakap dia dah berhenti buat macam tu...Aoi cakap kalau berhenti sekarang, mungkin masih sempat patah balik...Aoi cerita masa dia masih seorang pekerja kontrak, dia pernah ke bahagian setiausaha...walaupun sebenarnya biasa je, tapi diorang tu macam Cinderella dalam mata Aoi... kadang-kadang bila tinggal dia seorang, dia akan duduk di meja sesuka hati dan berangan nak jadi macam tu...Aoi cakap walaupun Shintani dah berikan peluang tu, tapi dia masih nak buat dengan lebih baik dan tunjukkan keupayaan diri suatu hari nanti...Aoi nak mara ke depan dengan keupayaan diri dan tunaikan impian...Aoi cakap dia pun nak bercinta juga, lagipun Haruki yg akan keluarkan duit belanja...Aoi cakap kalau dah dapat teman lelaki dan berpindah, mesti Haruki akan rasa sunyi...Haruki cakap tak mungkin, lagipun lepas Aoi pindah masuk, banyak hal yg tak baik berlaku...Aoi cakap kalau macam tu dia akan pindah, tapi sebenarnya dia tak nak...Aoi cakap lepas dia pindah masuk, dia dah jumpa banyak perkara yg baik...kalau tak bertemu Haruki, mungkin sekarang ni dia masih sorang perempuan jahat...
bila Aoi tanya pendapat Haruki pulak, belum sempat Haruki jawab, Aoi dah terpukul bola ping pong sampai ke luar tingkap...masa nak ambil bola, Haruki nampak Shintani tengah cuba nak mengendap perempuan mandi...Shintani cakap dulu dia dan Haruki kan selalu buat macam tu, tapi Haruki cakap dah dewasa ni jangan la buat lagi...Aoi dengar dengan senyap2 pasal tu dan tergelak...
kat office, Hayama tunjukkan satu faks pasal Aoi...masa tu Aoi temankan Shintani jumpa pelanggan...lepas perjumpaan tu, Shintani ternampak Hitomi (Sachiko Sakurai)...Shintani beritahu Aoi yg Hitomi adalah bekas tunang Haruki...Shintani berbual2 dengan Hitomi dan Aoi tengok je diorang...faks yg Haruki baca tu pulak pasal Aoi yg ada banyak teman lelaki dalam masa yg sama...Haruki suruh Hayama siasat faks tu...Aoi pulak dah balik ke office dengan Shintani...masa tu Aoi rasa pelik bila semua orang tengok dia semacam dan berbisik2...
Aoi ke office Haruki untuk ambil maklumat mesyuarat...masa tu Haruki tengah bercakap kat telefon...lepas Aoi keluar, Haruki kejar dia nak beritahu pasal faks tu...Aoi pulak cakap dia dah bertemu dengan Hitomi yg diperkenalkan oleh Shintani...belum sempat Haruki beritahu pasal faks tu, ada sorang setiausaha panggil Aoi, katanya Shintani nak jumpa...
masa Aoi hantar maklumat mesyuarat pada Shintani, Shintani tunjukkan faks tu pada Aoi...Aoi minta maaf sebab dah berikan masalah pada Shintani, tapi Shintani cakap dia tak apa2, cuma lepas ni, Aoi dah tak payah ikut dia lagi...Shintani akan beritahu keputusannya pada Aoi nanti...lepas tu Haruki datang jumpa Shintani...Shintani cakap presiden nak dia tukarkan Aoi ke cawangan syarikat...dalam keadaan macam ni, susah untuk Aoi kerja kat ibu pejabat...Haruki cakap Aoi bukan perempuan macam tu, jadi Shintani tak boleh bergantung pada faks tu je...tapi Shintani cakap kalau nak teruskan siasatan, Aoi jugak yg akan susah...
semua orang kat syarikat dah pandang Aoi semacam...Ayaka (MEGUMI) tanya sama ada Aoi tak apa2, tapi rakan sekerja dia panggil dia...rakan sekerja dia cakap kalau Ayaka bersama Aoi, Ayaka pun akan dicurigai...Aoi suruh Ayaka pergi je sebab takut Ayaka akan dapat susah...kat lobi syarikat, tumit kasut Aoi patah dan barang2 dia habis berterabur tapi takde sorang pun nak tolong dia...Aoi dah rasa sedih hinggalah Haruki datang tolong dia...diorang terdengar orang cakap Haruki pun salah sorang dari teman lelaki Aoi...Aoi suruh Haruki jangan dekati dia...Aoi bertegas nak bangun sendiri dan jalan sendiri, tapi Haruki setia temankan dia berjalan keluar dari bangunan pejabat... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Episode 5...
Aoi termenung kat balkoni rumah Haruki...Haruki bawak keluar makanan untuk Aoi...Aoi cakap tak dapat minum dengan gembira kalau fikir banyak sangat...Haruki cakap esok dia akan temankan Aoi buat penjelasan sebab kalau terus macam ni, Aoi akan ditukar ke tempat lain...tapi Aoi cakap dia nak letak jawatan dan pindah rumah...Aoi takkan dapat bayar sewa rumah kalau tak kerja, lagipun dia nak balik kampung je cari kerja...Haruki cakap kalau balik ke tempat permulaan, apa ertinya usaha Aoi selama ni...Aoi cakap dia memang akan rasa sunyi kalau tak dapat lihat pemandangan dari balkoni tu...Haruki cakap dia akan cari peluang untuk jelaskan pada presiden esoknya...tapi Aoi cakap memang sejak dulu dia dah macam ni, dia mendekati Shintani pun ada maksud...Haruki cakap Aoi buat macam tu dengan alasan...
Haruki suruh Aoi jangan putus asa...katanya dia pun pernah ada masalah kat syarikat tu...tapi Aoi cakap semua orang kat syarikat dah tahu dan sedang bercakap pasal tu...jadi Haruki ajak Aoi pergi buat penjelasan, tapi Aoi cakap dia akan pergi sendiri...Haruki cakap dia akan melindungi Aoi...Haruki cakap dia pun dah jumpa banyak perkara yg baik sejak Aoi pindah masuk...walaupun sesuka hati masuk dalam rumah masa mabuk, leburkan ais dia, pagi2 beritahu dia takde air nak mandi, minta tolong dia bunuh lipas, dan dia dah jadi lebih sibuk sejak kehadiran Aoi, tapi Haruki rasa gembira...kalau bersama Aoi, dia akan lebih bersemangat...sebab tulah dia tak nak Aoi pergi...kalau Aoi dah pergi, Haruki akan rasa susah hati...jadi tak kira apa yg berlaku, dia akan melindungi Aoi...Aoi tanya sama ada itulah luahan hati Haruki yg sebenarnya...Aoi menitiskan air mata dan cakap dia bukanlah perempuan seperti yg Haruki fikirkan...Aoi rasa kecewa bukanlah sebab kena letak jawatan, tapi sebab dah mengecewakan Haruki...Aoi lari balik rumah dan tinggalkan kasut dia kat rumah Haruki...
esoknya, Aoi serahkan kerja dia pada setiausaha baru...Haruki datang dan minta jadual Shintani...Aoi serahkan jadual tu pada setiausaha baru Shintani...Haruki tengok je masa Aoi kemaskan barang2 dia...Haruki pergi jumpa doktor peribadi Aoi lepas tu...doktor cakap dia dah beritahu Aoi supaya fikir masak2 sebelum masuk syarikat besar sebab Aoi masih perlu selalu buat pemeriksaan...tapi Aoi masih bertekad nak kerja...bila doktor tanya sebabnya, Aoi cakap sebab kalau masuk syarikat besar, ada orang boleh ganti kalau dia tak ada...tapi kalau masuk syarikat kecil mungkin akan mendatangkan kesusahan...Haruki faham maksudnya...bila Haruki balik rumah, dia nampak Aoi dah sediakan kotak untuk pindah...
kat office esoknya, setiausaha baru tu asyik buat silap dan jatuhkan barang...Haruki datang jumpa Shintani dan serahkan sesuatu pada Shintani...Aoi pulak tengah kemaskan barang kat rumah bila ada orang telefon dia...Aoi terus ke syarikat lepas tu dan jumpa Shintani...Aoi cakap walaupun dia hormati pandangan Shintani, tapi dia dah serahkan surat letak jawatan...Shintani cakap Haruki suruh dia jangan beritahu apa2 tapi dia tak dapat buat macam tu...Shintani tunjukkan surat letak jawatan dari Haruki...Shintani cakap Haruki akan bertanggungjawab kalau berlaku apa2 nanti, cuma dia minta kembalikan jawatan Aoi...Shintani cakap surat2 tu dah jadi satu, kalau Aoi letak jawatan, Haruki pun akan letak jawatan...Haruki cakap kat Shintani yg dia nak beritahu Aoi bahawa tak ada orang yg boleh gantikan Aoi...kalau Aoi tak ada, ada orang akan rasa susah...Aoi terus keluar bilik nak cari Haruki...Aoi nampak Haruki dah naik kereta dan tak sempat nak kejar Haruki...Hayama beritahu yg Haruki dah ke tempat meluncur salji yg diorang pergi hari tu dan takkan balik beberapa hari...
Hayama pulak nak keluar dengan Kyoko...masa Hayama nak naik lif nak ambil beg kat atas, dia terserempak dengan Ayaka...Hayama tanya Ayaka nak pergi mana tapi Ayaka tak cakap apa2...Hayama dah rasa semacam dan akhirnya tak naik lif tu...rupa2nya Hayama nak pergi jumpa Shintani...Hayama cakap dia ada hal penting nak beritahu Shintani...Hayama cakap Ayaka adalah perempuan jahat dan cuma pentingkan duit lelaki...tapi Shintani cakap masa silam tak penting, yg penting adalah sekarang...Shintani belajar tu dari seseorang...lepas tu Ayaka datang...rupa2nya Shintani tengah tunggu Ayaka...Hayama tarik Ayaka dan cakap Ayaka tak boleh pergi...Ayaka ugut nak beritahu hubungan diorang pada Kyoko, tapi Hayama cakap dia tak kisah kalau Ayaka nak beritahu...sebabnya orang yg Hayama suka bukannya Kyoko, tapi Ayaka...Hayama minta bermula sekali lagi dengan Ayaka...tapi Ayaka cakap Hayama masih kekurangan sesuatu dan terus naik ke atas jumpa Shintani...
Ritsuko pulak asyik senyum bila tengok cincin dari Higaki...masa dia cuba nak pakai, pembantu dia datang serahkan surat...dalam surat yg banyak2 tu, ada sepucuk surat dari cikgu dia...masa tu Higaki datang jadi Ritsuko tak sempat nak baca surat tu...Aoi pulak balik rumah dan nampak ada beg kertas kat luar pintu rumah dia...dalam beg tu ada kasut dia yg dah dibaiki...Aoi ketuk pintu tengah dan sememangnya Haruki tak ada...esoknya Aoi balik kerja jadi setiausaha Shintani...lepas kerja, Aoi cuba nak telefon Haruki tapi dia rasa pelik sebab nombor telefon Haruki takde...akhirnya Aoi telefon Sally...masa tu Sally ada kat hospital melawat mak Haruki...
Aoi terus ke hospital...Sally cakap dia memang selalu ke situ sebelum ke tempat kerja sebab dekat dengan stesen radio...mak Haruki baru je habis kait mafela untuk Haruki sempena harijadi Haruki...Sally cakap sekarang cuma tinggal 3 jam, tapi memang tak boleh buat apa2 sebab Haruki kena kerja...Aoi offer nak hantarkan mafela tu pada Haruki, jadi Sally pinjamkan kereta dia pada Aoi...
Aoi bawak kereta dengan laju, maklumlah dia dulu geng bermotosikal...Haruki masih bekerja kat tempat meluncur salji...Aoi dengar siaran Sally dalam kereta...Sally cakap dia nak beritahu hal peribadi sikit hari ni...hari ni adalah harijadi kawan dia yg sangat penting...sekarang ada seorang gadis sedang bergegas ke arahnya, gadis tu jugak adalah kawan Sally yg penting...Sally cakap dia pun tak jelas tentang perasaan diorang terhadap satu sama lain, tapi pasti ada sesuatu...tapi Sally yakin sesuatu yg berlaku antara diorang tu adalah cinta...Aoi cuma senyum bila dengar Sally cakap macam tu dan makin laju bawak kereta...walaupun jalan tu berbelok2 tapi Aoi langsung tak perlahankan kereta...Aoi sampai ke satu jalan kecil dan nak cuba nasib ambil jalan pintas sebab nak kejar masa...Haruki pulak berjalan balik ke tempat penginapan...
bila Haruki lalu jambatan, dia nampak ada sebuah kereta tersadai kat situ...rupa2nya tayar kereta tu dah masuk dalam lopak dan tak boleh keluar...Aoi datang dan panggil Haruki pencuri...Haruki tak sangka Aoi boleh ada kat situ...Aoi serahkan mafela yg mak Haruki kait pada Haruki...Haruki nampak Aoi macam kesejukan jadi dia pakaikan mafela tu pada Aoi...Aoi cuma takut mafela tu kotor...Aoi suruh Haruki telefon handphone dia, tapi bila Haruki cuba, dia tak jumpa pun nombor telefon Aoi...Aoi cakap dia pun tak ada nombor telefon Haruki...diorang memang tak pernah bertukar nombor telefon sebab terlalu dekat...
Aoi ucapkan terima kasih sebab Haruki sukakan dia, tapi Haruki nafikan yg dia pernah cakap macam tu pada Aoi...Aoi cakap dia tak boleh terima kalau macam tu...Aoi dah naik marah dan nak jalan kaki balik rumah....Haruki sempat kejar Aoi sampai ke bawah pokok...Aoi cakap dia sengaja datang ke situ sebab dia sangka Haruki berperasaan sama macam dia...masa tu Haruki terpijak butang dan lampu2 pada pokok tu menyala...rupa2nya tulah pokok yg Hayama hiaskan hari tu...Aoi senyum dan ucapkan 'happy birthday, Kenji' pada Haruki...Aoi minta maaf sebab tak sediakan hadiah...Haruki dah banyak bagi 'hadiah' pada dia, jadi dia pun nak bagi hadiah pada Haruki...Haruki cakap dia dah terima dah pun hadiah dari Aoi, iaitu tiket untuk tengok aurora di Yellowknife...Aoi cakap itu cuma bila salah seorang dah bercinta, tapi Haruki cakap biarlah diorang pergi bersama...Aoi senyum gembira dan setuju...lepas tu Haruki kiss Aoi dan tertutup butang lampu...
bila lampu tertutup, Aoi tolak Haruki...Aoi cuba cari sesuatu dengan kaki dia dan akhirnya terjumpa butang tu...Aoi tekan balik butang tu dan lampu2 terpasang semula...lepas tu Aoi suruh Haruki cium dia lagi sekali...Haruki jauhkan butang tu dan cium Aoi lagi...lepas tu diorang berdua cuba tolak kereta tu keluar dari lopak... |
|
|
|
|
|
|
|
Screencaps from Episode 4...
|
|
|
|
|
|
|
Screencaps from Episode 5...
|
|
|
|
|
|
|
tadi aku gi watson ampang point
hari ni kan xmas so suma kedai pasang lagu xmas
kat watson tuu tetiba jerr telinga aku menangkan satu lagu
rerupanya lagu last xmas nih
sedap jerrrr tinga aku dgr
rasa klako lak tgk mak hero tuh(x ingat nama hero)
yelah dlm hyd jadi jahat
tapi dlm ni jadi baik2 sket
adakah doktor tuh last skali ngan mak die???
:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
aisey...apersal la aoi nk berpisah. punyela susah haruki terus terang kat hitomi die suke kat aoi, aoi plak cakap camtu kat die... isk.. sedih a camnih... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by acquiller at 25-12-2005 07:10 PM
aisey...apersal la aoi nk berpisah. punyela susah haruki terus terang kat hitomi die suke kat aoi, aoi plak cakap camtu kat die... isk.. sedih a camnih...
x kot... mula2 mmg nak break up sbb konon nk bg line kat ex-gf haruki..
tp nnti haruki x setuju n pujuk aoi... yg bestnye aoi pun tarik balik niat dia tu...
bestnye lagu last xmas ni... tiap2 hari aku dgr... haha.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|