|
PART 2. kisah benarku..U Trust Public Mutual
[Copy link]
|
|
1. nak beli UT? Pm me, yr contact no, nanti saya suruh consultant saya jumpa awak.
2, Nak jadi egent, sila jumpoa saya kat Public mutual bsr hari selesa jam 8-30 malam..utk sesi briefing.
3, account satu awak berapa dan sekarang umur berapa..? |
|
|
|
|
|
|
|
muninggggggggggggg
dah masuk page ke 100...so nnti thread nih auto locked.
boss kena bukak thread baru...PART 3 plak. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jelita at 21-4-2008 08:25 AM
muninggggggggggggg
dah masuk page ke 100...so nnti thread nih auto locked.
boss kena bukak thread baru...PART 3 plak.
iye ke jel..fuss...malasnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ahmedinejad at 19-4-2008 08:02 PM
takde ke yang jual unit trust ni jual takaful sekali? camne korang decide nak join agency mana satu?
Kalau dari group univest takde kot... sbb kami fokus pada public mutual je Kalau u tak fokus kat apa yg u buat sure susah nak success |
|
|
|
|
|
|
|
aik..lain macam je,,,,market hari ni...jel, kau tolong tiupkan sampai mececah 1300...
kau banyak energy..
|
|
|
|
|
|
|
|
TRAINING 7-30
1. MARKET ANALYSIS FROM NOVEMBER 2007 TO 22 APRIL 2007
2. ANALYSIS ON FUND PERFORMANCE
LOCAL PUBLIC MUTUAL FUNDS VS KLCI
3. ANALYSIS ON ISLAMIC OVERSEA FUNDS
4. ANALYSIS FUND PERFORMANCE PUBLIC VS MAJOR COMPETITORS
5. BRAINSTORMING SESSION.
BASIC PROTOCOL TO APPROCH STRANGERS FOR SALES AND RECRUITMENTS.. |
|
|
|
|
|
|
|
ptg nih rasa nak mkn maggi goreng laaaa nyumm nyummm nyummm |
|
|
|
|
|
|
|
mari kumpul dan makan minum dekat kedai mamak/melayu |
|
|
|
|
|
|
|
jom minum kat kedai mamak.......
keluar opis cepat cepat,.... |
|
|
|
|
|
|
|
adakah case ini berlaku lagi dalam masa terdekat?
sapa yang akan putus tunang bersedialah dengan saman......
Tunang tuntut ganti rugi
Oleh HISHAM IDRIS
AMRINA RUSYADA (kanan) ditemani ibunya, Hayati Ismail dan adiknya Damirah
Nursakinah ketika di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu semalam.
Gambar kecil, Mohamad Syukri Ismail.
KUALA TERENGGANU - "Saya tak sanggup melihat lelaki yang sepatutnya menjadi suami saya, berkahwin dengan jiran sebelah rumah."
Begitulah derita Amrina Rusyada Mohamad Safir, 26, apabila tunangnya memutuskan pertunangan mereka secara tiba-tiba pada hari sepatutnya mereka dijadual diijabkabul pada 17 Oktober tahun lalu.
Lebih menghibakan apabila cinta lelaki yang bekerja sebagai pegawai agama itu beralih arah kepada gadis sebelah rumahnya yang akhirnya berkahwin dengan bekas tunangnya itu pada 22 Disember lalu.
Gara-gara kesal dengan tindakan lelaki tersebut, Amrina Rusyada bertindak mengemukakan tuntutan ganti rugi di atas perbelanjaan pertunangan berjumlah RM3,604.30 di Mahkamah Rendah Syariah di sini, empat bulan lalu.
Semalam, Hakim Mahkamah Syariah, Wan Abdul Malik Wan Sidik memerintahkan defendan, Mohamad Syukri Ismail, (gambar kecil) 36, membayar kembali RM1,734.50 sebagai kos melepas atau kos hangus perbelanjaan pertunangan.
Bagaimanapun, baki RM1,869.80 yang terkandung dalam tuntutan kedua tidak dibenarkan mahkamah kerana bukan dianggap kos hangus.
Wan Abdul Malik bagaimanapun tidak hadir di mahkamah semalam.
Mengimbas semula kisah sedih itu, Amrina Rusyada yang merupakan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) berkata, beliau dirisik pada 20 Julai tahun lalu dan bersetuju dengan calon pilihan keluarganya itu.
Kedua-dua pihak telah bersetuju supaya majlis perkahwinan dilangsungkan pada 17 Oktober 2007.
Namun, katanya, pada 2 September bakal mertuanya datang ke rumahnya untuk menangguhkan perkahwinan selepas Hari Raya Aidiladha.
Tetapi jelasnya, semuanya berubah apabila bakal ibu mertua menghubunginya melalui telefon pada 17 Oktober untuk memutuskan tali pertunangan.
"Tiada alasan diberi kenapa putus dan saya telah menelefon tunang saya namun tiada jawapan," jelasnya ketika ditemui di pekarangan mahkamah.
Beliau begitu terkejut apabila secara tiba-tiba, bakal suaminya itu berkahwin dengan jiran sebelah rumahnya di Kampung Tok Kaya, Chabang Tiga di sini pada 22 Disember tahun lalu.
Ekoran tidak tahan menanggung malu dengan perkahwinan itu, beliau sekeluarga berpindah dan menetap di Kampung Losong Panglima Perang di sini.
Amrina Rusyada mengakui tertekan dan mengalami kemurungan sehingga gagal dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diambilnya penghujung tahun lalu.
Menurutnya, walaupun lega dengan keputusan mahkamah, beliau tetap akan mengemukakan saman malu ke atas bekas tunangnya dan telah melantik peguam bagi tujuan tersebut.
"Jumlah saman tersebut masih dibincangkan dan dalam tempoh seminggu lagi, saya akan failkan saman tersebut," ujarnya.
Apa yang menimpa Amrina Rusyada pernah berlaku di Muar apabila pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan disaman bekas tunangnya, Norlida Abdul Rahman bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM25,470 kerana membatalkan perkahwinan mereka sebelum pernikahan berlangsung pada 17 Disember 2004.
Norlida, 25, seorang jururawat, memfailkan saman malu terhadap Hasmawi, 25, di Mahkamah Tinggi Muar pada 23 Disember 2004.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Hasmawi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Norlida pada 27 April 2006.
Pembatalan perkahwinan itu dibuat Hasmawi hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) 19 jam sebelum pernikahan.
Hasmawi bagaimanapun, berkahwin dengan seorang petugas Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan, Noraini Abdul Razak pada 14 Julai 2005. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2496 kirawang's post
wa....kena ganti rugi tu.....kenapa ni boss? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|