CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 7-11-2008 11:21 PM | Show all posts
Jemaah Haji Diingatkan soal Cuaca Ekstrim di Saudi   

Jumat, 07 November 2008  
InfoHaji -
Departemen Agama ataupun Departemen Kesehatan mengingatkan jemaah haji  untuk mengantisipasi cuaca ekstrim di Arab Saudi.
Pasalnya, kota Jedah, Madinah, dan Mekah memiliki rentang suhu udara yang cukup bervariatif.
Media Center Haji Depag di Jakarta, Kamis (6/11), menyebutkan, di Jedah suhu udara pada malam hingga pagi hari berada
di kisaran 15-16 derajat Celcius. Sementara itu, pada siang hari 18-23 derajat Celcius.
Bahkan, hujan lebat turun pada satu dua hari terakhir ini.

Cuaca demikian tentunya berbeda jauh dengan kondisi rata-rata di Indonesia.
Itu sebabnya, selain pakaian seragam yang didapat, para jemaah juga perlu membawa pakaian hangat, seperti jaket tebal dan sweater.
Selain itu, jemaah yang tidak tahan dengan suhu dingin diminta untuk memakai pakaian dalam rangkap dua atau tiga.

Ketika jemaah haji bergeser ke Mekah, mereka akan menghadapi suhu yang berbeda.
Saat ini di Mekah suhu pada malam hingga pagi hari berada di rentang suhu 25-27 derajat Celcius.
Sementara itu, pada siang hari sekitar 27-30 derajat Celcius, sedangkan suhu udara di Medinah saat ini berada di kisaran 29-32.
Kondisi cuaca ini, baik di Mekah, Madinah, maupun Jedah diprediksi akan semakin dingin saat memasuki Desember.

Selain pakaian penghangat, jemaah juga diingatkan untuk tidak malu menggunakan pelembab bibir untuk menghindari bibir pecah-pecah
serta memakai pelembab kulit dan wajah untuk menghindari kering pada kulit, terutama pada bagian tumit, hidung, dan wajah.
Persoalannya, jika kulit di bagian tumit ini pecah-pecah, apalagi sampai berdarah, akan sangat mengganggu aktivitas ibadah
selama di Tanah Suci.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2008 07:42 AM | Show all posts
dah page 100 ni.... mana haji rezeki ya. buka la rumah baru
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 08:48 AM | Show all posts
Salam Semua

Untuk bakal bakal Haji


Rasa was-was sebahagian ujian di tanah suci


"CUKUP ke tidak pusingan tawaf aku ini? Aku rasa macam sudah batal wuduk...." Itulah sebahagian contoh keluhan dan rasa waswas di kalangan jemaah haji semasa melaksanakan ibadat haji.

Sikap ragu-ragu atau was-was sering kali dihadapi jemaah haji dalam menyempurnakan ibadat haji. Timbul was-was ini kadangkala semakin menjadi-jadi ketika di tanah suci. Inilah sebahagian ujian ketika menunaikan ibadat di tanah suci.

Ada juga jemaah haji yang dibelenggu sikap waswas setelah selesai melaksanakan ibadat haji iaitu pada saat akhir sebelum bertolak pulang ke tanah air. Contoh gangguan was-was yang berlaku di kalangan jemaah haji:

# Ketika tawaf atau sa'ie, tidak yakin pusingan ke berapa.
# Batal wuduk atau tidak.
# Tidak yakin bilangan lontaran anak batu ke dalam jamrah.
# Tidak yakin sudah berniat haji atau belum.

Jika timbul masalah was-was mengenai bilangan tawaf, sa'ie atau
lontaran anak batu ke dalam jamrah, hendaklah dilebihkan atau ditambahkan
bilangan itu. Ini sebagai mekanisme untuk meyakinkan diri. Jangan sama sekali selesai ibadat, baru rasa tidak yakin.

Menurut Wahid Abdul Salam Bali dalam bukunya Wiqayah al-Insan min
al-Jin wa Syaitan "kata Ibni Qayyum: Waswas ialah bisikan suara halus
tersembunyi yang tidak disedari sehingga tidak dapat dielakkan
daripadanya. Waswas itu adalah bisikan dalaman yang lahir dari seseorang
sama ada dalam berbentuk suara hati yang tidak didengar melainkan bagi
yang menghidapinya, ataupun waswas itu ditakrifkan sebagai bisikan
syaitan yang mengganggu perasaan dan hati seseorang manusia."

Imam Muslim meriwayatkan dalam sahihnya daripada Abi al-A'la
(bermaksud): Othman bin Abi al-As datang kepada Rasulullah SAW seraya
berkata, "Ya Rasullullah! Saya diganggu selalu oleh syaitan ketika
sembahyang dan ketika membaca bacaannya". Rasulullah SAW bersabda:
"Syaitan yang mengganggumu itu namanya Khanzab . Bila kamu terasa akan
adanya gangguan itu hendaklah kamu memohon perlindungan daripada Allah
dan ludahlah tiga kali di kirimu. Lalu aku perbuat apa yang disuruh
Rasullullah SAW, maka hilanglah waswas dari diriku."

Muhamad Ibrahim Salim dalam bukunya at-Tadawi bil-Qur'an, ketika
mentafsirkan surah an-Naas, ayat 5 menyatakan: "Waswas adalah suara
dalaman dan bisikan jahat yang tercetus dalam diri kata-kata buruk yang
tersembunyi. Tetapi akan segera hilang apabila seseorang mengingati
Tuhannya, manakala ia lupakan Tuhannya waswas itu akan datang semula."

Mereka yang terjebak dalam penyakit ini dan tidak berusaha untuk
menghindarkannya, maka ia pasti akan terjerumus ke dalam perangkap
syaitan.

Allah SWT menjelaskan bahawa syaitan yang menyebabkan manusia merasa
was-was itu namanya "Khannas". Oleh itu, orang yang berpenyakit waswas
hendaklah memohon perlindungan dan pertolongan dari Allah SWT sehingga
terpeliharalah ia daripada gangguan syaitan Khannas itu. Dan
terselamatlah ia daripada waswas yang mengheretnya kepada kesudahan yang
tidak baik."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ketahuilah bahawa dalam tubuh
badan seseorang ada seketul darah, apabila ia baik, maka baiklah seluruh
badannya, dan jika ia rosak maka rosaklah pula seluruh badannya.
Ketahuilah itulah hati."

Hati yang rosak, rapuh, tidak teguh benteng pertahanannya kerana kurang
takwanya, terlalu sedikit zikru Allah (mengingati Allah dalam hidup
sehariannya) akan mudah digoda, diganggu dan diwaswaskan oleh syaitan
kerana syaitan boleh menusuk ke dalam hati setiap seorang melalui
perjalanan darah ke hati (jantung), hingga dengannya akan roboh kota imannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bahawa syaitan berjalan dari
anak Adam pada tempat jalan darahnya. Maka sempitkanlah tempat jalannya
dengan lapar." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini membawa maksud bahawa syaitan berjalan keluar masuk ke dalam
hati yang menyebabkan was-was dan keraguan adalah melalui darahnya.
Kerana itu hendaklah dipersempitkan tempat ia berjalan itu dengan
berpuasa.

Tiga saluran atau cara yang dilalui syaitan bagi mewaswaskan manusia
iaitu:

# Pancaindera
# Hati
# Otak

Lima pancaindera adalah deria atau alat perasa yang lima (deria rasa,
bau, dengar, lihat dan sentuh) dengan alat iaitu lidah, hidung, telinga,
mata, tangan dan lain-lain.

Hati terikat dengan perkara dunia hingga mengganggu tumpuan. Apabila
hati hilang tumpuan pada sesuatu perkara menyebabkan ia kehilangan
pedoman dalam beramal lalu menimbulkan kesangsian waswas mengenai amalan
dilakukannya.

Otak atau akal tidak diisi dengan hikmah dan yakin. Bila akal tidak
diisi dengan hikmah dan yakin bahkan dibiarkan kosong akan mudahlah
was-was menyerang kerana tidak ada pengawal yang mengawasi.

Antara punca waswas:

# Beramal tanpa ilmu.
# Terlalu teliti pada sesuatu amal yang dilakukan.
# Pengaruh luaran melalui pancaindera.
# Hati tidak tenang, rasa sangsi, hilang konsentrasi.
# Hilang keyakinan diri dan tidak segera kembali kepada Allah (memohon
keampunan dan pertolongan Allah).

Terlalu mengikut rasa.

# Kurang Zikru Allah, membaca al-Quran, selawat ke atas Rasulullah SAW.
# Kurang membaca al-istiazah dan al-basmalah ketika melakukan pekerjaan.
# Bila terasa tumpuan mula terganggu, tidak segera berta'uz (aku berlindung dengan Allah SWT).
# Kurang mendekati ahli ilmu.

Program latihan terancang (cara mengatasi waswas):

# Hendaklah menyediakan diri mengikut perintah Allah
# Ingatlah Allah memberikan kemudahan dan keluasan hukum ke atas
hambanya bagi melaksanakan ibadat.
# Pada permulaan latihan bolehlah diikuti yang amal betul untuk
beribadat.
# Selepas penyakit was-was hilang mulalah beribadat mengikut hukum yang
betul.
# Laksanakan yang wajib dan ditambah yang sunatnya.
# Hendaklah sentiasa mendampingi guru yang murshid (diterima)

Mengubati penyakit waswas. Selain daripada dinyatakan, antara ikhtiar
mengubati penyakit was-was itu ialah :

# Mengekalkan membaca al-Quran. Apabila tiba ayat sujud yang ada pada
15 tempat di dalam al-Quran hendaklah dilakukan sujud tilawah.

# Amalkan sebelum tidur membaca surat al-Ikhlas, al-Falaq, al-Naas,
al-Fatihah dan ayat al-Kursi, tiga kali kemudian hembuskan ke tapak
tangan lalu diusapkan ke seluruh badan.

# Amalkan sebelum tidur, aku berlindung dengan kalimat Allah yang
sempurna dari kemurkaan dan balasan dan daripada kejahatan orang dan
kehadiran syaitan dan juga setelah bangun dari tidur.

# Bila terasa di dalam hati sesuatu yang mewaswaskan, baca: "Aku
berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui daripada
Syaitan yang direjam" tiga kali dan isyarat ludahlah di sebelah kiri.

# Bila memulakan sembahyang bacalah surah an-Naas.

# Baca surat Ghafir (al-Mu'min) sebelum tidur dan ketika berbaring dan
tidur banyakkan membaca selawat ke atas Rasulullah SAW hingga tertidur.

# Tidurlah dalam keadaan badan yang suci.

# Bangun tidur, puji dan ingatlah Allah serta pohonkan perlindungan
Allah daripada tipu daya syaitan.

# Amalkan membaca dua ayat akhir surah al-Baqarah, dua ayat akhir surah
at-Taubah dan empat ayat terakhir surah al-Hasyr, pagi dan petang.

# Tambahkan ilmu dan beramalah dengan ilmu yang dipelajari - ilmu itu
mestilah bersumber kepada al-Quran dan al-Hadis.

INTI PATI
Perasaan was-was

# Allah SWT menjelaskan bahawa syaitan yang menyebabkan manusia merasa was-was itu namanya "Khannas".
# Bisikan suara halus tersembunyi tidak disedari sehingga tidak dapat dielakkan daripadanya.

[ Last edited by  aily at 8-11-2008 08:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 02:44 PM | Show all posts

Balas #2494 aily\ catat

Inilah dia manusia..
Kadang kadang tu terpaksa buat Sujud Syahwi..
Kalau tak yakin rakaat berapa Solat..
Ambil yg kurang...sujud syahwi..
Subhanallah..

Utk keyakinan pada diri..
Bila tawaf saya akan bawa tasbih kecil yg 7 biji..
Insyallah yakin..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 04:53 PM | Show all posts
Etika menyahut lambaian Kaabah

Oleh Prof Madya Dr Anisah Abd Ghani


Pasangan perlu jaga batas pergaulan ketika beribadat di Tanah Suci

ISU mengenai hubungan suami isteri dan keluarga. Pengalaman menunjukkan banyak berlaku perkara tidak sepatut di kalangan pasangan suami isteri yang mengerjakan haji atau keluarga mereka.

# Perselisihan faham

Ada perselisihan dan kerenggangan antara suami isteri disebabkan perasaan cemburu. Pengamatan menunjukkan pada kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada jemaah wanita yang menumpang mahram dengan suami orang ketika melakukan ibadat atau dalam memenuhi pelbagai keperluan peribadi.

Hubungan dan interaksi antara suami dengan wanita terbabit ada yang menimbulkan perasaan cemburu kepada isteri. Keadaan ini banyak menimbulkan masalah. Oleh itu, dinasihatkan supaya masing-masing memelihara adab dan batas pergaulan yang diluluskan syarak, tidak terlalu rapat dengan suami orang yang ditumpang dan isteri pula dinasihatkan tidak terlalu prasangka buruk. Keadaan ini nampak kecil dan remeh, tetapi kesannya sangat negatif, ada yang terbawa-bawa sehingga pulang ke tanah air. Ia sepatutnya tidak berlaku.

# Isu remeh kesan besar

Kadang-kadang kelihatannya agak melucukan, tetapi kesannya buruk. Ada sebab yang menjadi punca perbalahan dan pertengkaran antara suami isteri hanya kerana salah faham mengenai tempat janji berjumpa selepas menunaikan ibadat di Masjid al-Haram, terutama selepas solat jemaah setiap waktu.

Keadaan ini biasanya berlaku apabila suami isteri tidak menentukan tempat tertentu untuk saling menunggu selepas solat di masjid. Keadaan lebih buruk apabila telefon bimbit yang diharapkan untuk berkomunikasi tidak berfungsi atau dirampas oleh pengawas masjid.

Di tengah lautan jemaah haji lain keadaan seperti ini amat mencemaskan, terutama kepada keselamatan jemaah wanita. Salah menyalah selalunya berlaku antara suami isteri yang akhirnya menimbulkan suasana tegang. Ada kalanya punca yang melucukan ini membuatkan suami tidak ambil kisah terhadap isteri. Akhirnya isteri menumpang suami orang lain untuk ke masjid atau lainnya. Ia kadangkala menimbulkan masalah pertama di atas.

Oleh itu, dinasihatkan supaya suami sentiasa menjadi pelindung kepada isterinya. Semua pergerakan mereka sebaiknya dilakukan dengan persefahaman dan mengerti bersama, termasuk menentukan tempat saling menunggu sekalipun masing-masing memiliki alat komunikasi mudah alih.

# Suami tidak ambil kisah isteri

Suami tidak ambil berat terhadap isteri. Amat menghairankan, sering berlaku suami tidak ambil berat keadaan isteri. Beliau hanya mengutamakan ibadat diri sendiri. Apabila bertemu rakan sebilik, beliau tidak lagi menghiraukan isterinya.

Isteri dibiarkan bergantung kepada rakan sebilik atau menumpang kepada mahram wanita lain dalam melakukan ibadat, terutama ketika berulang alik ke masjid untuk solat jemaah, di Madinah atau di Makkah, malah dalam melakukan umrah sunat.

Keadaan ini kadang kala membuatkan pihak lain yang ditumpang rasa terbeban atau keberatan, namun tidak sampai hati untuk menolak. Ia membuatkan isteri rasa tertekan yang akhirnya menimbulkan ketegangan hubungan dengan suami atau dengan wanita itu sendiri.

Dinasihatkan kepada suami supaya mementingkan semua keperluan isteri ketika melakukan ibadat, terutama ketika tawaf dan sai. Isteri sangat memerlukan bantuan dan perlindungan suami. Amat janggal seseorang suami tidak sanggup menyusahkan diri menjaga kepentingan ibadat isteri dan melepaskan tanggungjawabnya kepada orang lain.

# Waris pengiring tidak ambil kisah (ada terjadi masa Akak buat Haji jemaah sebelah bilik diabai oleh pengiring. Rakan sebilik yang banyak membantu)

Amat menyedihkan apabila ada anak yang diharapkan ibu untuk ditumpang dalam melakukan ibadat di tanah suci, terutama ketika melakukan tawaf dan sai, tetapi anak tidak membantu ibunya dalam melakukan ibadat, malah paling tidak diterima akal, makan minum, penjagaan kesihatan, kebersihan pakaian dan lainnya langsung tidak diambil peduli. Ibu terpaksa bergantung kepada rakan sebilik.

Keadaan lebih buruk ketika wukuf di Arafah, mabit di Muzdalifah dan melontar jamarat. Ibu terkapai-kapai, rakan sebilik terbeban sedangkan anak mengerjakan ibadat dengan tiada sebarang tekanan dan bebanan. Dinasihatkan supaya setiap mereka yang akan menjadi waris pengiring lebih bertanggungjawab kepada keluarga ketika mengerjakan haji, sama ada sebagai anak, suami atau lainnya.

Mereka terlebih dahulu perlu memastikan diri mereka benar-benar sanggup memikul semua kesusahan dan kesukaran ketika mengerjakan haji sebelum sanggup menjadi waris pengiring kepada keluarganya, terutama bagi jemaah uzur, tua atau nyanyuk.

Jika mereka tidak sanggup memikul semua kesukaran dan kesusahan, lebih baik dari awal lagi jangan sanggup menjadi waris pengiring. Anak atau keluarga yang sedia menjadi waris pengiring perlu berfikir banyak kali sebelum sanggup menjadi waris pengiring kepada ayah, ibu atau warisnya yang nyanyuk atau selalu hilang kawalan diri.

Ada kes keluarga menyembunyikan penyakit nyanyuk daripada pengetahuan doktor ketika pemeriksaan kesihatan untuk kelayakan mengerjakan haji, tetapi apabila sampai di tanah suci, mereka berlepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab kepada rakan sebilik atau petugas Tabung Haji.

# Hubungan rakan sebilik dan wanita

Kata pepatah Melayu, banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Lain padang lain belalang amat sesuai diguna pakai kepada jemaah yang tinggal di maktab jemaah haji.

Status sosiol mereka yang datang dari pelbagai peringkat, julat pengalaman hidup yang ibarat bumi dengan langit dan lainnya menyebabkan ragam mereka sangat berbeza. Falsafah amalan haji yang merangsang manusia berfikir darjat manusia tidak bernilai di sisi Allah, yang berulang kali disampaikan penceramah dalam kursus haji semacam tidak memberi sebarang keinsafan kepada sesetengah jemaah. Ia dapat dilihat dalam pergaulan mereka di maktab tempat mereka ditempatkan.

# Sikap pentingkan diri

Ada jemaah haji yang bersikap mementingkan diri sendiri dan tidak sedia bertolak ansur. Tidak rela bersusah, mahu jadikan bilik dikongsi seperti bilik di rumah sendiri. Keadaan ini menimbulkan ketegangan antara penghuni bilik yang kadang kala membawa kepada bermasam muka berpanjangan. Ia hanya selesai apabila masing-masing pulang ke tanah air selepas selesai mengerjakan haji. Keadaan seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Jemaah haji sepatutnya menginsafi keadaan yang dialami. Mereka sepatutnya membandingkan keadaan jemaah negara lain yang mengalami kesusahan jauh lebih berat daripada apa yang dialami. Malah sepatutnya mereka mengutamakan orang lain daripada diri sendiri.

# Sindir menyindir

Masih berlaku sindir menyindir, tidak menjaga perasaan orang lain. Malah ada keadaan sikap menunjuk-nunjuk status sosiol diri. Ada yang menuntut diberi keutamaan atau keistimewaan berdasarkan status itu. Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku. Ia sudah bercanggah dengan semangat ibadat haji yang mendidik manusia berasakan bahawa manusia ini setaraf di sisi Allah. Amalan haji sepatutnya dapat menghakis sifat angkuh dan sombong.

# Tidak peka isu aurat

Ketika menunaikan ibadat haji memang ketara sekali jemaah ingin melakukan sesuatu yang tidak bercanggah dengan tuntutan syarak. Antara lain ialah kewajipan menutup aurat bagi wanita. Namun kewajipan ini dalam banyak keadaan hanya dijaga apabila jemaah wanita keluar daripada bilik masing-masing. Tetapi apabila berada di dalam bilik, ia langsung tidak diamalkan oleh sesetengah jemaah.

Ada suami masuk ke bilik jamaah wanita di mana isterinya ditempatkan dengan tidak prihatin terhadap keadaan jemaah wanita di bilik terbabit, sama ada dalam keadaan menutup aurat atau tidak. Jemaah haji sepatutnya faham, sekalipun membuka aurat tidak dikenakan dam tetapi mereka yang mendedahkan aurat tetap berdosa.

Dalam menghadapi keadaan ini jemaah haji yang prihatin terhadap persoalan aurat akan rasa tertekan kerana suami rakan sebiliknya masuk bilik tanpa mengambil kira terhadap keadaan rakan kongsi isterinya. Mereka masuk tanpa minta izin, tanpa memberi kesempatan kepada teman sebilik isteri menutup aurat terlebih dahulu. Malah kadangkala mereka dalam keadaan berpakaian yang langsung tidak sesuai dilihat lelaki bukan mahram, sebab sesama wanita Muslim aurat mereka hanya anggota di antara pusat dan lutut.

Apabila suami terbabit masuk dengan tidak semena-mena, mereka terdedah kepada keadaan yang sangat memalu dan menjatuhkan maruah. Isteri pula membuka pintu dan membenarkan suami masuk tanpa menghiraukan keadaan rakan sebiliknya, tidak memberikan mereka kesempatan menyiapkan diri. Keadaan ini, selain bercanggah dengan kehendak syarak, membawa ketegangan dalam hubungan mereka. Kerana ada jemaah yang sangat prihatin persoalan aurat.

Dinasihatkan kepada suami supaya mengetuk bilik, minta izin dan memberi tempoh yang cukup untuk rakan sebilik isteri menyiapkan diri sebelum memasuki bilik. Isteri pula dinasihatkan supaya menunggu rakan sebilik menutup aurat terlebih dahulu sebelum membuka pintu dan mengizinkan suami masuk. Atau paling baik isteri itu yang keluar bilik menemui suami selepas beliau menutup aurat. Ada isteri yang keluar ke ruang siar hotel penginapan tanpa menutup aurat. Ia tidak sepatutnya berlaku. Aurat wanita bukan di luar bangunan maktab penginapan saja.

[ Last edited by  aily at 8-11-2008 05:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 04:54 PM | Show all posts
Sambung

# Isu aurat

Berkaitan isu aurat, ada satu keadaan yang sangat sukar difahami. Ketika menunaikan ibadat haji, jemaah wanita sangat mengambil berat terhadap masalah menutup aurat ketika dalam ihram. Amalan menutup aurat dipatuhi sehingga seolah-olah membuka aurat akan membatalkan amalan haji mereka, kerana itu ada jemaah haji wanita yang tidak membuka telekung dalam ihram sekalipun di dalam bilik.

Tetapi malangnya apabila selesai saja kerja haji dilakukan dengan melakukan tahallul sudah ramai jemaah yang tidak lagi sensitif terhadap amalan menutup aurat. Pakaian ketat yang menunjukkan susuk tubuh sudah mula dipakai. Keadaan tambah ketara ketika penerbangan pulang. Tudung dan telekung sudah terlondeh apabila sampai di Jeddah. Bagi sesetengah jemaah wanita, tudung tidak diperlukan lagi apabila sampai di Malaysia. Telekung hanya perlu apabila ingin menunaikan solat. Malang sekali, semangat amalan menutup aurat ketika mengerjakan haji tidak dapat berterusan sehingga ke tanah air, malah hingga ke akhir hayat.

Bagi sesetengah jemaah teriak tangis ketika sujud solat tahajjud di Masjid al-Haram tidak nampak kesannya lagi dalam memantau diri mematuhi perintah Ilahi ini.

Keinsafan ketika tawaf umrah yang dilakukan berkali-kali sudah hilang tenaga dalam menuntun diri melaksanakan kewajipan ini.

Titisan air mata ketika lambaian terakhir meninggalkan kaabah sudah tiada auranya dalam memangkin diri. Yang tinggal hanya gelaran 'hajah' setiap kali menulis nama diri. Mengapa? Sukar difahami, sukar dijawab.

Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH/JAKIM)

Penulisan yang sangat bagus untuk dihayati semua Jemaah tak kiralah untuk Jemaah Haji atau Umrah


[ Last edited by  aily at 8-11-2008 05:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2008 06:29 AM | Show all posts


Ole-ole Haji

Balik dari Mekah jangan hanya tamar dan zam-zam yang dibawa pulang

Lebih-lebih lagi tidak igal dan barang-barang mahal yang dibawa pulang

Bukan itu semua yang penting dibawa pulang

Tapi pengajaran dan hikmah yang patut dibawa dari sana

Ole-ole dari haji bukan bersifat material yang dibawa pulang

Tapi yang bersifat maknawiyah dan rohaniah yang lebih penting

Pengalaman yang luas, akhlak yang tinggi di dalam diri

Itulah dia buah haji yang mabrur lagi sejati

Buanglah perangai buruk, gantilah dengan perangai mulia

Tanamkanlah keinsafan di dalam diri dengan agama

Jadikanlah agama hidup mati kita

Sesuai dengan semangat haji kemuncak rukun Islam yang lima

Kebanyakan jemaah haji pulang ke tanah air tidak berubah

Sifat-sifat mazmumah yang lama masih dibawa pulang

Perjuangan tidak wujud, pengorbanan tidak bertambah

Yang bertambah cinta dunia, gila pangkat, suka glamour

Kalau itulah yang dibawa, tanda haji yang dibuat tidak berbuah

Mengikut haji yang tidak mengubah perangai, namanya haji mardud

Terbuanglah masa, habislah duit, sia-sia tenaga

Yang dapat hanya susah payah, letih badan, pahala tiada, berdosa pula

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 08:51 AM | Show all posts
Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia 9 November 2008

Haji, Suatu 'Perjalanan Kerinduan'


Jemaah haji Malaysia ketika berada di Padang Arafah.

IBADAH haji adalah ibadah yang paling fundamental atau asas dalam agama Islam. Ketika Nabi Muhammad SAW menyebutkan 'struktur' bangunan Islam, maka baginda meletakkan ibadah haji sebagai bahagian yang tidak terpisah.
Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud: "Padanya terdapattanda- tanda yang nyata (diantaranya) makam Ibrahim; barang siapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang- orang yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah". (Surah Ali-Imran ayat 97).
Haji dan umrah sememangnya menyimpan rahsia tersendiri yang sukardifahami secara lahiriah. Ibadah haji, sebagaimana erti harfiahnya adalah berjalan dengan tujuan tertentu, yakni kerana Allah. Satu'perjalanan kerinduan' untuk mencari dan menggapai keredaan Allah SWT. Meskipun tidak semua orang mempunyai tujuan yang sama dalam melaksanakan ibadah ini, namun biasanya orang yang melakukan haji tujuannya ingin 'bertemu' dengan Allah, dengan kapasitinya yang berbeza-beza.
Orang yang datang dengan iman tebal akan menemukan kebahagiaan tersendiri saat berada di sekitar Mekah dan Madinah, terutama saat-saat dia 'menyapa' Allah di hadapan Kaabah. Sementara orang yang kurang imannya juga mengalami pengalamannya tersendiri ketika berada di bawah naungan Allah di tirai Kaabah tersebut.

Banyak kisah yang kita dengar di mana seseorang mendapatkan jawapan dari kesulitannya saat dia menunaikan haji. Misalnya di mana sebelum ini mereka tidak mendapat anak, namun apabila pulang dari mengerjakan haji, mereka memperoleh anak. Ada sesetengahnya sulit atau sukar dalam menentukan pasangan hidupnya, namun pulang dari Tanah Suci mereka bertemu jodoh; malah ada yang sakit, kemudian sembuh dan sebagainya.

Bagi mereka yang imannya kuat, dia 'menemukan' Allah di sana. Doanya dikabulkan, hatinya diisi kegembiraan, dapat merasakan manisnya berdoa,nikmatnya melakukan solat, damainya jiwa dan segala bentuk kenikmatan psikologi dan spiritual yang tidak mudah untuk dikisahkan secara verbal. Namun, itulah berkat yang diperoleh daripada mengerjakan haji sama ada kecil atau besar, semuanya anugerah Allah.

Di antara 'rahsia' ibadah haji yang diperintahkan kepada kita adalah untuk mengingat kembali pengalaman Nabi Ibrahim as. yang begitu besar jasa dan pengorbanannya dalam menyebarkan fahaman tauhid.
Salah satu pengorbanan Ibrahim as adalah ketika baginda diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya Ismail yang amat dikasihi dan dicintainya, Meskipun perintah ini amat berat, namun demi melaksanakan perintah Allah, Ibrahim as bersedia mengorbankan puteranya dan menganggap segalanya itu adalah ujian daripada Allah SWT untuk menguji sejauh mana keimanannya terhadap Maha Pencipta.

Perintah

Setelah Ibrahim benar-benar ingin melaksanakan perintah dan Ismail telah dibaringkan untuk disembelih serta pisau telah diletakkan dilehernya, datanglah seruan daripada Allah yang bermaksud: Ibrahim, cukuplah, kamu sudah membuktikan dirimu sebagai orang yang setia kepada Tuhan! (Surah Al-Shaffat ayat 104-105).
Inilah sebesar-besar pengorbanan yang didasarkan pada keikhlasan kerana Allah SWT.

Kedalaman makna ibadah haji tidak dapat difahami dengan baik dan jelas, malah akan menimbulkan kekeliruan jika kita tidak memahami siapa Nabi Ibrahim as dan keistimewaannya. Hakikatnya ibadah tersebut amat berkaitan dengan pengalaman rohani Nabi yang mulia dan agung itu.

Haji seperti inilah yang disebut haji mabrur. Haji yang sangat mulia dan amat bernilai dan oleh hal yang demikian itu, ia menjadi harapan setiap orang yang beriman; yang secara umumnya, kata mabrur bererti baik. Dalam surah Ali-Imran ayat 92, al-Quran mengggunakan kata 'birr': Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (al-birr) kecuali kamu mendermakan sebahagian dari hartamu yang kamu cintai. 'Di sinilah kebajikan kepada sesama manusia. Inilah hakikat ajaran Islam, yang memang dirancang untuk memperkuat hubungan manusia dengan Allah dan sekali gus hubungan dengan sesama manusia.
Terdapat tiga keistimewaan Nabi Ibrahim yang tidak dimiliki oleh nabi dan manusia lain, yang sekaligus dicerminkan dalam ibadah haji.

Pertama: Ibrahim menemui Tuhan melalui pencarian dan pengalaman rohani.

Kedua
, melalui baginda, kebiasaan mengorbankan manusia sebagai tumbal (korban untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik) dibatalkan oleh Allah SWT. Ini bermaksud bukan kerana manusia itu terlalu mahal untuk pengorbanan itu. Justeru apabila panggilan Ilahi tiba, tiada satupun yang mahal. Ini semua kerana rahmat dan kasih Tuhan.

Dan yang ketiga, nabi Ibrahim adalah satu-satunya nabi yang bermohon agar diperlihatkan bagaimana Tuhan menghidupkannya yang mati, dan permohonan tersebut dikabulkan oleh-Nya.  Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 260 yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika nabi Ibrahim merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati." Allah berfirman yang bermaksud "Adakah Engkau belum percaya (kepada Kekuasaanku)?"  Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan(aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "Jika demikian, ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincangkanlah semuanya). Setelah itu letakkanlah diatas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu, nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah maha kuasa lagi maha bijaksana,''.

Allah Yang Maha Esa, kemanusiaan dan keyakinan akan adanya hariAkhirat adalah makna-makna yang amat dalam dari setiap amalan ibadah haji. Tanpa menghayatinya, ibadah tersebut tidak banyak erti dan maknanya bagi jiwa manusia. Dengan keyakinan itu, lahir keyakinan tentang persamaan dan bahawa semua manusia sama darjatnya dari segi kemanusiaannya. Ini dicerminkan melalui kewajipan memakai pakaian ihram, kerana 'pakaian biasa' seringkali menggambarkan status manusia.

Demikianlah, betapa besar janji Allah tentang ibadah haji ini danbetapa mulianya orang yang mendapatkan kesempatan melakukannya. Kita yang mampu memang diwajibkan berhaji sekurang-kurang sekali seumur hidup. Namun, disebabkan fadilat atau keutamaannya yang sedemikian besar, sebahagian kaum Muslimin yang mampu akhirnya melakukannya berulang-ulang lantaran ingin memperoleh pahalanya yang besar itu.

[ Last edited by  Rosputih at 9-11-2008 08:59 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2008 12:23 PM | Show all posts
Makin ramai jemaah Malaysia masuki Mekah

Daripada Zulkefli Salleh


Sebahagian daripada jemaah haji Malaysia yang tiba di Madinah baru-baru ini.
- Bernama

MADINAH 9 Nov. - Sejumlah 11,200 orang jemaah haji Malaysia telah tiba di Arab Saudi untuk menunaikan haji musim ini sehingga hari ini.

Pengurus Besar Perhubungan Korporat Lembaga Tabung Haji Malaysia, Rashid Hussein berkata, mereka terdiri daripada 26,000 jemaah haji negara yang bakal menunaikan haji tahun 1429 Hijrah di Mekah.

Katanya, kesemua yang sudah tiba, masuk ke Arab Saudi menerusi Kota Suci Madinah tempat Makam Nabi Muhammad SAW sejak 30 Oktober lepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, Pulau Pinang, Johor Baharu dan Kuching.

Penerbangan Haji terakhir yang dijadual tiba di sini akan berlepas dari KLIA pada 13 November dan tiba di sini 14 November, katanya yang juga Ketua Pasukan Media Tabung Haji terdiri daripada wartawan dan krew kamera dari RTM, TV3, TV9, dan Bernama.

Beliau berkata, selepas tarikh itu, semua penerbangan haji Malaysia akan masuk menerusi Jeddah dan langsung ke Mekah.

Jemaah haji Malaysia di sini bergerak masuk ke Mekah secara berperingkat mulai semalam menaiki bas ke kota Masjidil Haram yang terletak kira 400 kilometer dari sini.

Menurutnya, jemaah berkenaan bergerak masuk ke Mekah secara berkumpulan selepas genap sembilan hari tinggal di sini untuk melakukan solat 40 waktu di Masjid Nabawi dan menziarahi makam Rasulullah serta tempat suci lain di sini.

"Hari ini kira-kira 1,200 orang lagi yang menaiki penerbangan KT04, KT05, KT06, KT07 bergerak ke Mekah selepas kumpulan pertama semalam," katanya.

Mereka akan tinggal di Hotel Janadariah dan sebahagian di Hotel Abraj Khazidar.

Mengenai kesihatan jemaah, Rashid berkata, pada keseluruhan semua dalam keadaan sihat kecuali 11 orang yang menerima rawatan lanjut di Pusat Rawatan Tabung Haji di sini kerana masalah kesihatan biasa seperti demam dan batuk.

"Sanak saudara jemaah tidak perlu khuatir kerana cuaca di sini tidak sesejuk musim lepas, malah nyaman seperti di kawasan peranginan tanah tinggi," katanya.

Beliau berkata, jemaah dapat menjalankan ibadat dengan lancar.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 12:56 PM | Show all posts

Reply #2499 Rosputih's post

Kak Ros..Nampak gambar beg biru-kuning ....serupa dengan khemah masa pergi Haji lama dulu..sekeping 'carpet' yang menutup permukaan tanah, menjadikan badan kita berlekuk-lekuk apabila baring/bersandar... apa pun semua tu menjadi perkara kecil apabila tiba saat wukuf.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 05:25 PM | Show all posts
Originally posted by HarizAzhari at 10-11-2008 12:23 PM
Makin ramai jemaah Malaysia masuki Mekah

Daripada Zulkefli Salleh


Sebahagian daripada jemaah haji Malaysia yang tiba di Madinah baru-baru ini.
- Bernama

MADINAH 9 Nov. - Sejumlah 11,2 ...

AlhamdulilALLAH,sekurang2nya xlah beban sangat nak bawa baju tebal..dan jemaah haji lelakdan wanita  pd tahun xlah sedingin semasa kami g dulu.Teringat semasa kat Mudzalifah dulu kerna terlampau sejuk.. habis kotak2 minum dikumpul dan wat unggun api..mmg sejuk menusuk tulang.. dugaan kami pad masa tu.. Masih terbayang2 roomate diserang deman disitu mngigil yg teramat sangat...tln panadol  ubat x jln pun..mujur ada unggun api...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 05:30 PM | Show all posts

Reply #2502 haziq_97's post

Tapi nanti dekat Madinah sejuk jugak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 05:34 PM | Show all posts
Originally posted by HarizAzhari at 10-11-2008 05:30 PM
Tapi nanti dekat Madinah sejuk jugak kan?

Dingin mmg dingin tp xlah sedingin macam tahun 2006-2007...masa kat Madinahtu.. setokin/baju  3 -4 lapis beb...kenangan yg terindah... woooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 05:39 PM | Show all posts

Reply #2504 haziq_97's post

Baju sejuk je dah suku beg.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by haziq_97 at 10-11-2008 05:25 PM

AlhamdulilALLAH,sekurang2nya xlah beban sangat nak bawa baju tebal..dan jemaah haji lelakdan wanita  pd tahun xlah sedingin semasa kami g dulu.Teringat semasa kat Mudzalifah dulu kerna terlampa ...



Haziq, akak ada gambar kat unggun api tu entah entah ada gambar haziq sekali. Memang betul dek terlampau sejuk akak lepas je Mudzalifah terus kena batuk batuk
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 09:14 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 10-11-2008 05:44 PM



Haziq, akak ada gambar kat unggun api tu entah entah ada gambar haziq sekali. Memang betul dek terlampau sejuk akak lepas je Mudzalifah terus kena batuk batuk


really ? o'oo . macam dah kenal jee nii . cube kak download gamba tentah mmg betol . masa akk kat arafah , akk demam lagi kee ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2008 01:10 AM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 7-11-2008 03:10 PM


Ryeena,

Kalau free 15 Nov ni marilah datang sama ke rumah kakak.  Mungkin ryeena nak ke rumah ibu ryeena di Jalan Jujur tu, dah dekat sangat dah.  Seronok juga juga dapat jumpa ryeena.


insyaallah....
tapi segan pun ye juga....sebab saya ni baru lagi masuk thread ni...
sebab mak nak mengerjakan haji...

Sebenarnya saya gembira sangat....
bila mak tel tadi....
semalam mereka ke Mekah...
mak selesai buat umrah hari ni...

saya syukur sangat sebab mak kata perjalanan di permudahkan...
dan dapat buat umrah tanpa halangan...tanpa masalah kesihatan
katanya...dia bersyukur sangat apa yang di lalui

walau mak nampak sangat sihat....tapi mudah sangat penat
tambah bab bab berjalan ni...

saya ingat lagi....masa kursus perdana....
masa hari kedua tu.....walau kena jalan tak jauh
tapi masa balik....mak naik ambulan....(penat dan hampir pitam)....

semoga keadaan ni akan berterusan....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by ryeena at 11-11-2008 01:10 AM


insyaallah....
tapi segan pun ye juga....sebab saya ni baru lagi masuk thread ni...
sebab mak nak mengerjakan haji...

Sebenarnya saya gembira sangat....
bila mak tel tadi....
semalam m ...


Assalamualaikum ryeena dan semua,

Akak pm ryeena tapi tak valid. Harap ryeena dapat pm kakak ye
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 10:16 AM | Show all posts
Salam 11/11....

Face mask nak beli kat mana yer?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 10:30 AM | Show all posts
Originally posted by HarizAzhari at 11-11-2008 10:16 AM
Salam 11/11....

Face mask nak beli kat mana yer?


Boleh dibeli kat mana-mana farmasi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.594054 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list