CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: djflux2000

[Tempatan] Gempa di Kota Kinabalu

 Close [Copy link]
Post time 11-6-2015 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 11-6-2015 11:47 AM
apa aktiviti pekerjaan lain yang boleh buat kat sana ye?

tu area gunung tutup 3 bulan

Bertani

Berniaga

Bertukang

Join MLM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2015 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 11-6-2015 11:48 AM
So Adakah ketinggian rasmi Gunung Kinabalu juga turut berubah??  x salah aku dulu yg rasmi adalah  ...

Mungkin. Tunggu official report la.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 11-6-2015 12:11 PM
Mungkin. Tunggu official report la.

Maksudnya runtuhan melibatkan bahagian kemuncak tertinggi??....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 12:19 PM | Show all posts
suesz replied at 11-6-2015 12:59 AM
Anty ko area Maang ka? Drg sana nda dgr.. cuma deblang area drg bergoyang betul satu rumah.

...

Ko tgk ni mandak. Artikel ni guide bilang dia pun dingar itu bunyi hon kapal mcm ko ckp. jd betullah tu.


http://www.theborneopost.com/2015/06/09/guide-says-premonition-saves-her-from-quake/

@Sunshine81
@pittjie
@NURMIMIE
@Chazey
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dah nk katup ke benang ni @chazey??

all the best  tuk warga sabah amnya, tuk warga ranau kundasang dan kaw sekitar akinabalu khasnya. moga panjang umur dan ada rezeki dpt aku menjejakkan kaki lg ke daerah itu.

semoga semuanya akn back to normal dgn kadar segera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 12:23 PM | Show all posts

ok...3-4 bulan nehh...
buat kije2 kg je laaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2015 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 11-6-2015 12:17 PM
Maksudnya runtuhan melibatkan bahagian kemuncak tertinggi??....

Tak pasti la nok. Puncak tertinggi adalah Low's Peak - tak tau affected ke tak.

Semalam pun Kinabalu runtuh lagi tapi bahagian yang menghadap Kota Belud, bukan Ranau. Masuk berita dah - kuat bunyinya kata orang2 kampung, yang tinggal kat Kg. Kiau paling dengar. Tapi gambar tarak, berkabus.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 12:25 PM | Show all posts
Gempa bumi lemah di Ranau



11/06/2015 12:06pm

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.0 skala Richter telah berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 7:41 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di latitud 6.2 utara dan longitud 116.8 timur serta 20 kilometer di timur laut Ranau.

Gegaran telah dirasai di sekitar kawasan Ranau. - KOSMO!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2015 12:30 PM | Show all posts
chazey replied at 11-6-2015 12:24 PM
Tak pasti la nok. Puncak tertinggi adalah Low's Peak - tak tau affected ke tak.

Semalam pun Kin ...

Batu-Batu Gunung Kinabalu Runtuh Didengari Penduduk Kg Kiau Nuluh
Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 8:54 PM

Sebahagian penduduk Kampung Kiau Nuluh memerhati keadaan lereng Gunung Kinabalu yang mengalami kejadian runtuhan petang Rabu.-fotoBERNAMA

KOTA BELUD: Kira-kira 750 penduduk Kampung Kiau Nuluh di sini terkejut dan panik apabila tiba-tiba terdengar dentuman kuat seperti guruh tidak henti-henti dari arah lereng Gunung Kinabalu hampir sejam hingga akhirnya kesemua mereka meninggalkan rumah masing-masing pada Rabu.

Menurut penduduk kampung itu, Lucy Suin, 32, kira-kira pukul 1.00 tengah hari Rabu dentuman kuat berserta bunyi seperti helikopter berlegar itu menyebabkan beliau, yang masih trauma dengan kejadian gempa bumi 5 Jun lalu, segera ke kawasan lapang.
"Ingatkan helikopter sedang berpusing, rupa-rupanya batu-batu sedang jatuh dari atas gunung dan kami dapat melihat banyak perubahan di kaki gunung yang dahulunya penuh dengan hutan kini sudah berubah (gondol).

"Pada 5 Jun tidak ada macam ini. Sekarang memang kita boleh lihat dengan jelas (botak)," katanya kepada Bernama di kampung berkenaan.
Kampung Kiau Nuluh, 10 kilometer dari Taman Kinabalu, terletak berhampiran dengan bahagian selatan gunung itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kiau Nuluh, Sadib Miki, 47, berkata beliau yang baharu sahaja balik dari tugasan luar terkejut apabila penduduk kampung sudah berkumpul di rumahnya.

Sadib berkata, penduduk kampung memberitahunya terdapat gegaran kecil yang dirasai serta kedengaran bunyi dentuman kuat yang menakutkan.

"Saya pun terkejut...mereka kata mereka terlalu takut dengar bunyi runtuhan dan ada sedikit gegaran," kata beliau.

Katanya melihat kepada kejadian hari ini serta gempa bumi pada 5 Jun lalu yang menyebabkan lebih 40 buah rumah mengalami kerosakan, beliau memohon pihak berkuasa agar menjalankan siasatan sama ada kawasan kampung mereka masih selamat didiami.

Menurutnya pihak penduduk bersikap terbuka dan akan menerima apa sahaja saranan para pakar kaji bumi berhubung masa depan kampung berkenaan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Sinail Dunsun, 46, menceritakan bahawa sebaik kedengaran runtuhan batu-batu yang kuat, beliau terus keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa.

Katanya, kejadian seperti ini tidak pernah dialaminya sejak lebih 40 tahun menetap di kampung ini.

"Memang sangat menakutkan dan apabila saya melihat Gunung Kinabalu seolah-olah telah digondol, dahulunya di bawah gunung itu banyak hutan-hutan tetapi sekarang nampak tanah sahaja.

Dalam pada itu, wartawan Bernama yang berada di lokasi ini masih dapat merasakan beberapa gegaran kecil yang menggoncang atap zink gereja Katolik St.
Ireneus.

Pihak bomba dilihat sudah berada di kampung ini untuk memantau situasi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 12:30 PM | Show all posts
asyriqa replied at 10-6-2015 11:11 PM
Muahahaaa..trimakasih pijie tolong jawab...mmg inesen sgt yer soklan tuh...tak jadi la mau pnjat nab ...

mai kaka bel jawab soalan inesen ko ni... walaupun nampak mcm insane tapi mmg ada berlaku juga....bukan ada tapi mmg berlaku pun..
ni pengalaman kaka bel naik gunung kinabalu sebanyak 3 kali...1st time naik tahun 2005 tu masa baru kawin...utk pegetahuan semua kaka bel org Sabah asal Sandakan so every year especially during Kaamatan mesti la balik... hubby org semenajung tapi sejak kenal Sabah...dia lagi terror dgn selok belok Sabah sampai dia skrg ni klu ada org semenajung kawan2 dia nak ke Borneo (sabah or sarawak) dia yg akan uruskan...

setiap pendaki...ko pegi solo ke org ramai2...mesti kena ada seorg guide. x bole nak suka hati nak mendaki...even porter pun (yg bawa barang turun naik) mesti kena register mksd kaka bel... siapa2 yg naik mesti ground kat check point tu tau.

Sebelum pendakian...makan heavy disyorkan dan minum air byk2 juga... pastu semua kena berkumpul kat check point tapi sebelum tu.. ko org kena timbang badan dulu...kena tau berapa berat badan sebelum naik... nak naik tu beli lar kayu stick yg diorg jual...benda ni sgt...sgt...sgt berguna bila ko org sampai step yg mencabar utk naik dan turun... kasut x yah la pakai yg canggih2...pakai yg murah ja sbb klu hujan turun masa nak turun dari gunung tu...by the time ko org sampai kat pertengahan gunung...kasut dah lunyai tapak dia...hancur x berguna...( terjadi kat kita org masa 1st time mendaki... kasut dah koyak rabak kita org teruskan perjalanan dgn berkaki ayam.... mmg Tuhan aje la tau keadaan masa tu...asyik airmata mengalir menahan kesakitan dgn bertemankan hujan yg lebat...)

Oke berbalik kat soalan ko tu... setiap 1KM or 2KM mmg ada hut...tapi bukan semua ada toilet.. cuma ada utk stop utk berehat... tapi guide mmg x galakkan kita org utk berhenti...terus berjalan...dan klu bole setiap 3 or 4 KM baru berehat utk 3 or 5 minit...

baik la napa kaka bel kata kena makan byk time breakfast...??? sbb sepanjang jalan dari checkpoint sampai ler Laban Rata... x de makanan ye... jadik klu x heavy breakfast jgn ler pulak nak pandai2 merungut komplen lapar tgh jalan... mmg kena pelempang dgn org lain.... Air pula... jgn la bila haus sikit nak minum...klu bole kena ler tahan sikit...sbb air botol tu kecik ja kita bawak ye...

dan soalan ko psl nak terkucil time mendaki tu sebenarnya...klu betul2 x tahan dan x sempat nak sampai hut yg ada toilet... ko kena bagitau guide yg ko nak buang air kecil so dia akan tolong carikkan spot yg sesuai utk ko melepas hajat.... tapi sebelum tu ko mesti ckp minta maaf dan minta kebenaran utk melepaskan hajat kat tempat tu dan time nak petik daun... (daun besar digunakan utk bagi mereka yg membuang hajat besar...lap pantat kata org sabah..) pun minta kebenaran dulu utk memetik...

Lagi satu psl nak terkuncil ni... sebenarnya bila start berpeluh lebat sbb mendaki tu secara automatik... ko x akan rasa terkencing... sbb secara automatik air dlm badan keluar melalui peluh.... dan percaya la mmg x akan rasa nak buang air kecil punya.... Tapi bila ko berada di tempat sejuk kat Laban Rata tu... ko x minum air pun akan rasa sentiasa nak buang air kecil sbb peluh x keluar dan ianya keluar dgn kencing je...

Masa kaka bel naik gunung tahun 2005... Laban Rata cuma ada 2 resort... satu yg mempunyai hater dan air panas dan satu lagi langsung x ada apa2 cuma tempat tido je... dan makan pun cuma ada disediakan minuman panas dan menu biasa... sampai Laban Rata pun dah kul 4 pm dan terus terang bila sampai tu mmg langsung habis tenaga.. mula2 tu bawa bag pack sendiri tapi last2 hubby yg terpaksa bawa... guide kita org lak... dia dah tlg bawa 2 bag pack kwn kita org (time tu pergi berempat). 1st naik...terus terang kaka bel masa tu agak arrogant... ckp sya org sabah...boli bah bawa juga... boli bah sampai tanpa org lain tolong... nah satu pengajaran... jgn sombong bongkak dgn alam sekeliling...dgn alam semulajadi... tu akan kena balik kat batang hidung sendiri... kaka bel hampir2 putus asa nak naik sampai Laban Rata...tapi guide tu dia akan guide dan bagi semangat kat kita x henti2... sampai bila nak putus asa dia akan tarik tangan kita x lepas... mcm seorg kawan kita ni pompuan... dia dah nak pengsan..guide tu tarik dia dan tgk... org yg nak pengsan tu ler yg sampai dulu tau kat Laban Rata... siap masa kita org sampai dia dok lambai2 sambil minum coffee panas... huhu...mmg bikin panas tul... kaka bel pula hubby ler yg tlg tarik tangan.. dia pun x larat tapi terpaksa laratkan diri sbb isteri tercinta...kekeke... (tapi terus terang... klu bukan guide mmg kita org xkan sampai...dia akan terusan bercerita itu ini psl gunung la psl keluarga la psl diri kita la...mcm2 utk bagi kita org lupa dgn penat...)

Sampai Laban Rata mmg katil yg terus dicari... guide juga yg paksa kita org pegi dinner.. dan bagi penerangan itu ini during our dinner... which is only maggie time tu dan coffee..kena minum within 2 minute sbb cepat sejuk x ingat... Kul 7 mlm kita org semua dah tidur... dan bangun kul 2 pagi utk get ready teruskan pendakian ke peak start kul 3 pagi... teruskan perjalanan dlm gelap...hanya guna torch kat kepala... utk pertama kali naik tu x nampak apa2 cuma tali utk naik kat dpn mata so ko org xkan rasa apa2 takut ke apa bagaimana keadaan sekeliling masa tu... sampai kat Sayat-Sayat checkpoint terakhir.. register lagi... ni utk mendapatkan sijil..( sijil terbahagi kepd 2...sijil berwarna...membuktikan ko org berjaya sampai ke peak. manakala black and white pula utk mereka yg cuma sampai Laban Rata je..) so ko org x leh nak klentong ckp...oh saya dah sampai kat peak...pada hal cuma mampu sampai kat Laban Rata je...

Nak ke peak tu pun satu hal...Tuhan je tau betapa sengsara... sejuk satu hal...semakin mendekati peak... oksigen juga akan berkurangan... bole black out tanpa sedar klu kekurangan oksigen... Sejuk....??? mmg ler kita biasa dgn cuaca sejuk... biarpun dah biasa dgn cuaca sejuk dgn Europe.... tapi sejuk ni.. sejuk disbbkan air.. masa nak panjat gunung cuma dgn tali...tali tu basah dgn embun yg turun mcm geremis... bila sarung tangan kita tu sarung tangan yg biasa bukan kalis air... mmg jari akan sejuk dan beku...

Bila berjaya sampai ke peak... masa tu juga la nangis happy dan masa tu dlm kul 6 pagi... langit cerah tanpa setompok awan pun...matahari terbit jgn cerita... ya Allah indah sungguh ciptaan Tuhan... dari peak tu seluruh Kundasang sampai ke Ranau bole nampak... dan masa tu akan rasa bertapa bertuahnya dpt melihat suasana indah sampai rasa x nak turun nak duduk situ je... tapi apakan daya... masa diberi plg lama 10 minit dah dikerah turun oleh guide... nak ambik gambar kat papan tanda kena ambik turn...cepat..snap cepat pastu group lain lak nak ambik gambar... Satu pengalaman ngeri juga ada berlaku masa tu...kaka bel sambil berlengang nak turun...tergelincir dan Allah masih nak bagi nyawa...selamat sbb masa tu hubby kat depan sempat halang dgn kaki dia... time tu juga kena marah dgn guide suruh hati2 bila turun jgn turun dgn pentas dan laju...turun perlahan2 dan make sure cari turunan tu yg kering sikit... dan masa turun ke Laban Rata tu baru terasa ngeri sbb baru nampak mcm mana keadaan jln tu.....nak turun...sampaikan ada seorg dua climber perempuan...menangis2 x mau turun...terpaksa ler guide gendong bawa turun...

Pengalaman yg lagi x leh lupa adalah lepas check out dari Laban Rata kul 11 pagi dan start turun... dlm 5 KM lepas tu.. hujan turun dgn lebat... lebih mencabar ketahanan stamina.... dgn air deras yg turun kena byk berhati2... perjalanan kita org agak perlahan sbb hubby dah injury lepas selamatkan kaka bel kat peak... apa lagi kwn seorg lagi tu terjatuh tergelincir masa turun tu lagi bertambah lambat.... time tu kaka bel dan seorg lagi dah menangis2... sekali lagi guide gendong kwn lelaki kita yg tergelincir tu sbb angkle dia dah bengkak... guide juga terpaksa msk hutan dan potong kayu untuk stick kita org sebagai penahan jgn tergelincir lagi.. bila ada seorg guide lalu dgn climber lain...dtg tlg papah my hubby... guide kita org tu dah ler gendong kwn kita org...dia sekali lagi jadi tukang tarik kwn perempuan yg seorg lagi... bila ada guide yg lalu offer nak tlg... tapi kaka bel tolak dan lebih rela guide tu tlg papah my hubby dan kaka bel ikut dari belakang dgn angkat beg pack kita org berdua... sbb kaka bel agak dah terbiasa dgn sungai dan batu...so masa turun tu pijak batu yg dialirkan dgn air biar sakit kat buku lali kaki reda sikit kena air yg sejuk...apa lagi bila kasut kita org koyak rabak so mmg semua jalan berkaki ayam je turun tu...

Sampai kat Timpohon Gate tu kul 8 mlm... airmata kaka bel lagi deras mengalir dibawah hujan lebat... sbb akhirnya berjaya dan happy sbb sampai... apatah lagi group kita org adalah group ke-dua terakhir sampai.. Tapi bas menunggu kita org dgn sabar sekali...

Ni pengalaman kali pertama... selepas tu kaka bel dan hubby (bawa 3 org dari semenajung utk Kinabalu Trip) semua dah ready... apatah lagi lepas Kinabalu dah di isthar sebagai salah satu World Heritage maka nak naik gunung kena ambil package 2 hari 1 malam so semua lengkap... so ada breakfast, lunch pack disediakan utk mkn masa mendaki, dinner juga supper... kasut pun kita org pakai kasut getah jew... murah, ringan, tahan dan kuat grip tapak dia... terus terang kasut getah ni lebih bagus dgn segala kasut hiking yg mahal2 ya...  lepas dah pakai buang je la...




Berkenaan dgn tragedi ni... kaka bel dgn hubby betul2 sedih... dan kita org follow semua news and update...sepatutnya tahun ni hubby bakal nak bawa group lagi tapi nampaknya terpaksa cancel. Walaupun terjadi mcm ni... kita org x akan give up... utk naik gunung lagi ... dan berharap upacara 'sogit' tu akan cepat dijalankan sebelum kerja2 pemulihan dimulakan utk membina trail baru.


Kepada ko org yg 1st timer bercadang nak mendaki gunung kinabalu.. ingat dan ikut setiap pesanan guide.. hormati la peraturan yg sedia ada...jgn sesekali bongkak dan bermegah... oh saya sgt fit utk mendaki... kacang ja ni... ko org x tau byk cerita terjadi.. tapi semuanya disimpan ketat oleh para guide.. diorg bukannya org yg suka menjajah cerita apa tah lagi nak menceritakan keburukan org lain dan diorg x de masa nak menjadi keyboard warrior dlm internet ke atau bermain2 dgn handphone canggih... bagi mereka.. dunia mereka adalah gunung kinabalu... dan para pendaki yg diorg bawa.. pekerjaan sebagai mountain guide ni bagi mereka adalah pekerjaan mulia sejak turun-tumuran. Bila ko org melihat nama mountain guide or porter ni nama Islam tapi jgn keliru mereka adalah org dusun kadazan tapi yg beragama islam. Di Kundasang dan Ranau mmg ramai yg beragama Islam.. Guest house atau home stay disekitar Kundasang ramai yg dijalankan oleh pemilik rumah yg beragama Islam.. Jadi jgn risau tentang makanan bila anda berada di Kundasang atau Ranau. Bila kat Ranau area kampung... bila ko org ternampak babi hutan terutama anak babi hutan merayau sbb terpisah dari ibunya...jgn lak pulak ko org lari lintang pukang sbb mesti org kampung pasti akan gelak sakan tgk... rilex je ler..  


Oke sekian dari sudut pengalaman Aku anak Sabah yg menetap di Semenajung...

P/S : calling for Borneo... kaka bel ada project nak bincang dgn ko org...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 12:34 PM | Show all posts
Tolong bukan benang baru Part 2 utk Gempa di Kota Kinabalu

@Syd

Ko kan suka dgn malim malim gunung yg sado. Gi buka cepat
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
isabel replied at 11-6-2015 12:30 PM
mai kaka bel jawab soalan inesen ko ni... walaupun nampak mcm insane tapi mmg ada berlaku juga.... ...

MustI kaka teringat2 Laban Rata kan.

Kata orang separuh Laban Rata dah hancur kena hempap batu, huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 12:41 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 11-6-2015 12:34 PM
Tolong bukan benang baru Part 2 utk Gempa di Kota Kinabalu

@Syd

nak bukak pung kena tengok berita jugak..

hmm..tengah pikir..

bagus jugak kalau posting kak bel tuh displit ke thread yang baru

calling for @spiderman80 for advice
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
isabel posted on 11-6-2015 12:30 PM
mai kaka bel jawab soalan inesen ko ni... walaupun nampak mcm insane tapi mmg ada berlaku juga.... ...

best nya kak bel baca citer ni..ai teringin jugak nak naik g.kinabalu..

mental ai memang kuat tapi takut diri sendiri yg tak kuat..ai naik bukit/gunung kutu hari tu pon time nak turun tu mcm nak give up je tapi terpaksa la..sapa nak bawak turun kalau bukan diri sendiri kan tinggal tak nanges kat atas tu je
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 12:42 PM | Show all posts
isabel replied at 11-6-2015 12:30 PM
mai kaka bel jawab soalan inesen ko ni... walaupun nampak mcm insane tapi mmg ada berlaku juga.... ...

@spiderman80

nak pinat banyak guni.


kak bel nak ajak makan ramai2


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 12:45 PM | Show all posts
isabel replied at 11-6-2015 12:30 PM
mai kaka bel jawab soalan inesen ko ni... walaupun nampak mcm insane tapi mmg ada berlaku juga.... ...

Thanx kaka bel, perkongsian yang amat bermakna, sebak n terharu betul...entah kenapa

ada hikmah disebalik semua kejadian, kalau tak kami tak tahu pun kehebatan, kejujuran, kegigihan malim gunung...respect



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2015 12:46 PM | Show all posts
ridz09 replied at 11-6-2015 12:45 PM
Thanx kaka bel, perkongsian yang amat bermakna, sebak n terharu betul...entah kenapa

ada hikmah ...

kuat nye fizikal mental Malim Gunung ni kan?


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 12:47 PM | Show all posts
isabel replied at 11-6-2015 12:30 PM
mai kaka bel jawab soalan inesen ko ni... walaupun nampak mcm insane tapi mmg ada berlaku juga.... ...

seronok baca pengalaman kaka bel mendaki... thank you for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 12:52 PM | Show all posts
Syd replied at 11-6-2015 12:46 PM
kuat nye fizikal mental Malim Gunung ni kan?

Betul3...memang respek giler lah

mohon KJ cari bakat2 dari Malim Gunung untuk diserapkan dalam sukan mewakili Malaysia semangat mental diorg selain fizikal amat diperlukan

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 12:54 PM | Show all posts
isabel replied at 11-6-2015 12:30 PM
mai kaka bel jawab soalan inesen ko ni... walaupun nampak mcm insane tapi mmg ada berlaku juga.... ...

seronoknya bace kaka...
memang hati kuat mountain guide ni..
tabah betul diorg. bleh angkut2 org gitu...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.825504 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list