CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: totokreturn

[Tempatan] V23: MH37 - PETUNJUK BARU KEPADA PENEMUAN MH370 ADAKAH BENAR..??

 Close [Copy link]
 Author| Post time 28-3-2014 07:41 PM | Show all posts
Juruterbang MAS jalani pemeriksaan kesihatan tahunan

Juruterbang Malaysia Airlines (MAS) melalui pemeriksaan kesihatan, termasuk ditemubual untuk memastikan keadaan psikologi yang stabil sekurang-kurangnya setahun sekali, kata MAS.

“Berhubung ujian psikologi, apabila kami ambil juruterbang baru kami biasanya memeriksa secara tahunan dan setiap enam bulan, bergantung kepada umur dan (pemeriksaan) kesihatan...," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Menurutnya, ia dilakukan melalui temubual dengan doktor bidang penerbangan.

Beliau memberitahu pemberita demikian dalam sidang media harian di Kuala Lumpur hari ini berhubung perkembangan usaha mencari MH370.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2014 07:42 PM | Show all posts
aurora273 posted on 28-3-2014 07:36 PM
Tak la sekaya adam milenerr..

orang ada2 lah tuhh..

adam tuh koya billion2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2014 07:42 PM | Show all posts
Hisham: 'Sejarah akan menghakimi kita...'

Sejak pesawat MH370 hilang pada 8 Mac, pihak berkuasa Malaysia telah dikritik oleh pelbagai pihak kerana didakwa lemah dalam mengendalikan krisis tersebut.

Di China, keluarga penumpang penerbangan itu, menuduh Malaysia menyembunyikan maklumat.

Bagaimanapun, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia telah melakukan yang terbaik sejak dari hari pertama insiden itu berlaku.

Semasa taklimat hariannya, beliau diminta mengulas apa yang boleh dilakukan secara berbeza untuk menangkis kritikan seperti itu.

"Saya tidak fikir kita akan melakukan apa-apa yang berbeza. Apa yang telah dilempar dan dilabel (pada kita), sejarah akan menghakimi kita sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab... Kita melakukan segala-galanya (dalam usaha mengesan pesawat itu).

"Kami telus dan konsisten. Tetapi oleh kerana emosi yang tinggi, maka (pertimbangan) rakyat menjadi kabur. Sejarah akan menghakimi kita untuk itu," katanya.

Hishammuddin juga memuji usaha Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2014 07:42 PM | Show all posts
Agensi pelancongan China henti jualan tiket MAS

Agensi pelancongan atas talian China menghentikan jualan tiket untuk penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

South China Morning Post melaporkan beberapa agensi popular China akan memulaukan MAS sehingga "kebenaran terserlah" dalam kes MH370.

Agensi yang tidak lagi menjual tiket penerbangan MAS sebagai pilihan termasuk agensi popular seperti eLong, LY.com dan Qunar.

Bagaimanapun, hariaj itu melaporkan Ctrip.com, agensi pelancongan atas talian terkenal, masih menjual tiket MAS ekoran “bantahan daripada jabatan jualan”.


Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ida88 posted on 28-3-2014 11:34 AM
Sape kah TT umah baru

sapa yg senyap2 tu tgh gigih la karang first page tu

ihihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2014 07:43 PM | Show all posts
China Southern juga bertanggungjawab'
Dengan kebanjiran dari Beijing gambar keluarga penumpang MH370 dari China yang menuduh Malaysia Airlines sebagai cuai dan pembunuh, ramai di Malaysia kini tertanya-tanya mengapa syarikat penerbangan China Southern tidak turut dipertanggungjawabkan di atas peristiwa itu.

Ini kerana MH370 juga dipasarkan sebagai penerbangan 748 (CZ748) China Southern Airlines, dengan sebilangan daripada penumpang terbabit memegang tiket China Southern.

Montreal Convention, satu ketetapan yang diguna untuk mentadbir penerbangan awam menyatakan bahawa pengendali sebenar dan pengendali kontrak boleh dipertanggungjawabkan di atas kecederaan, kematian dan kehilangan dalam penerbangan.

Dalam kes ini, MAS adalah pengendali sebenar manakala China Southern pula adalah pengendali kontrak, dan waris penumpang boleh menuntut gantirugi daripada kedua-dua syarikat penerbangan tersebut.


Konvensyen Montreal - secara rasmi dikenali sebagai Konvensyen bagi Penyatuan Peraturan Tertentu untuk Pengangkutan Udara Antarabangsa - telah disahkan oleh negara China dan Malaysia.

Dalam kes-kes perundangan sebelum ini di Amerika Syarikat juga

menyatakan bahawa kedua-dua syarikat penerbangan dalam perjanjian perkongsian kod, boleh dipertanggungjawabkan.

Dalam satu kes, seorang penumpang membeli tiket dari American Eagle Airlines tetapi menaiki penerbangan yang dikendalikan oleh Executive Airlines ekoran perkongsian kod tersebut.

Beliau jatuh dari kapal terbang itu ketika cuba menarik perhatian pengendali bagasi, untuk mendaftar masuk bagasinya yang didapati terlalu besar untuk dimuatkan di tempat barangan dalam kabin

Mahkamah mendapati dalam kes ini, kedua-dua syarikat penerbangan itu bertanggungjawab dengan syarikat pengendali kontrak itu di atas keseluruhan pengangkutan dan pengendali sebenar bagi bahagian yang dilaksanakannya.

Dalam kes MH370, terdapat sedikit atau tiada langsung berita bagaimana respon China Southern kepada keluarga penumpang yang telah membeli tiket melalui syarikat penerbangan itu.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2014 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn posted on 28-3-2014 11:42 AM
Agensi pelancongan China henti jualan tiket MAS

Agensi pelancongan atas talian China menghentikan ...

boikot lah percutian ke beijingnjugak okk korg!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2014 07:44 PM | Show all posts
Petunjuk baru operasi cari MH370, kata Abbot

Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata  terdapat satu petunjuk baru yang boleh dipercayai dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines  penerbangan MH370 yang hilang hampir tiga minggu lepas.
   
Laporan media Australia berkata Abbott telah diberi taklimat mengenai analisis data terbaru radar yang membuatkan pihak berkuasa memindahkan kawasan carian 1,100 km ke timur laut, berikutan makluman terbaru daripada pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.
   
Zon pencarian kini seluas kira-kira 319,000 km persegi dan 1,850 km ke barat Perth.
   
Analisis itu datang dari data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum perhubungan dengan MH370 terputus.
   
"Ini adalah petunjuk baru yang boleh dipercayai dan akan diperiksa dengan teliti," Abbott berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
   
Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, ia menunjukkan pesawat itu terbang lebih laju daripada anggaran sebelumnya, menyebabkan peningkatan penggunaan bahan api dan mengurangkan kemungkinan jarak perjalanannya ke selatan Lautan Hindi.
   
"Kemungkinan laluan penerbangan itu boleh menjadi subjek untuk dihalusi lagi sementara pasukan penyiasat antarabangsa yang membantu pencarian itu meneruskan analisis mereka," kata AMSA dalam satu kenyataan.
   
Australian Geospatial-Intelligence Organisation pula sedang menyusun semula tugas satelit-satelit bagi mendapatkan imej di kawasan baru itu.
   
Pencarian pesawat itu ditangguhkan dua kali dalam minggu ini kerana cuaca buruk tetapi keadaan cuaca bertambah baik pagi Jumaat dengan pesawat-pesawat mula berlepas dari Pangkalan Pearce Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dekat Perth, selepas pukul 6 pagi.
   
Operasi pada hari ini disertai sembilan pesawat tentera, termasuk dua P3 Orion RAAF, sebuah jet Pengawal Pantai Jepun, sebuah P3 Orion Jepun, sebuah P3 Orion dan sebuah C130 Hercules Korea Selatan, sebuah P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand, sebuah Ilyushin IL-76 China dan sebuah P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat.
   
Enam kapal sedang menuju ke kawasan pencarian baru itu, terdiri daripada HMAS Success dan lima kapal Cina.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2014 07:45 PM | Show all posts
lorelai posted on 28-3-2014 07:43 PM
boikot lah percutian ke beijingnjugak okk korg!!

rakyat nyer te4rlalu ramai... yg boikot tuh entah2 baru 2% ajerk dari population penduduk mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn posted on 28-3-2014 11:43 AM
China Southern juga bertanggungjawab'
Dengan kebanjiran dari Beijing gambar keluarga penumpang MH37 ...

sebenarnya salah sarekat dia
benarkan iran nek pesawat
mana nak tau iran tu spies
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 07:51 PM | Show all posts
totokreturn posted on 28-3-2014 07:45 PM
rakyat nyer te4rlalu ramai... yg boikot tuh entah2 baru 2% ajerk dari population penduduk mereka.. ...

yupp..n klau derang kata ada theori 4cina tycoon onboard....misti derang naik slalunye private jet n klau ye ada pun dh di hebohkan dari govmen sana
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 07:51 PM | Show all posts
nape semua senyap? x nak kasi rumah baru dibuka ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 07:53 PM | Show all posts
totokreturn posted on 28-3-2014 07:43 PM
China Southern juga bertanggungjawab'
Dengan kebanjiran dari Beijing gambar keluarga penumpang MH37 ...


klu mcm ni senanglah...mana2 penumpang yg beli melalui China Southern...biar CS yg bertanggungjawab
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 07:54 PM | Show all posts
cloudy_83 posted on 28-3-2014 07:36 PM
pencarian tt rumah baru bermula:

1. perlu ot di hujung minggu untuk update rumah.

Esok dh buzy, ahad dh sekolah ...

tahun nie nak spm
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 08:03 PM | Show all posts
lorelai posted on 28-3-2014 07:43 PM
boikot lah percutian ke beijingnjugak okk korg!!

definitely...
no more berangan2 nak g China...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2014 08:07 PM | Show all posts
jetrofa posted on 28-3-2014 07:53 PM
klu mcm ni senanglah...mana2 penumpang yg beli melalui China Southern...biar CS yg bertanggungja ...

sekarang nih china south nak tutup salah dia jual tiket tanpa chek detail penumpang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2014 08:08 PM | Show all posts


Chinese relatives of #MH370 passengers walk out of briefing, demand China inquiry


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2014 08:09 PM | Show all posts
lorelai posted on 28-3-2014 07:46 PM
sebenarnya salah sarekat dia
benarkan iran nek pesawat
mana nak tau iran tu spies

haaa.. betul lah tuh... dia nak tutup kesalahan dia... buat2 laa boikot mas... china kan.. pembelit..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 08:11 PM | Show all posts
monreyes posted on 28-3-2014 08:03 PM
definitely...
no more berangan2 nak g China...

Aku tak pernah verangan nak ke sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2014 08:11 PM | Show all posts
lorelai posted on 28-3-2014 07:51 PM
nape semua senyap? x nak kasi rumah baru dibuka ke

semua gi solat dulu kak..... malam skit sambung gosip...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.081133 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list