|
Tqvm tuan d atas penjelasanya. Mungkn benar apa yg tuan jelaskan. Bila org yg d nasihati buat x peduli, kadang2 rasa nak give up. Cuba utk memesan diri sendiri utk jgn putus asa, tambahan pula ia membabitkan org2 yg kita sayang . Kadang2 smp satu tahap brkata2 dlm hati 'sukahati la nak buat apa2 pun, pandai2 la korang nak brjawab kat 'sana' nati' . So skrg hanya mampu brdoa ajelah, moga2 Allah berikan hidayah.
|
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 orang kata, buat apa kau nak nasihat orang lain, keluarga sendiri(contoh ) pun tunggang langgang....
hakikatnya begitulah,
boleh jadi ahli keluarga lah yg paling sukar dibendung....
ini terjadi pada ramai org.........
malahan nabi Allah Nuh sendiri gagal menasihati keluarga sendiri....
jadi teruskan sehingga hujung nyawa.....kerana semua usaha tetap dikira walaupun nasihat gagal....
dan seperti kata anda, berdoa.....itu senjata kita.
wallahua'lam.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bellaa at 16-3-2015 02:48 PM
assalamualaikum..
@ussopp @mnm77 @mbhcsf @ibnur
diharap dapat jawab soalan sy dgn segera.
sudah sekian lama isu ini bermain difikiran..
sy belum bernikah dan menetap bersama family...
sebagai contoh my dad income 4k, mum income 2k.
sy tidak pernah memberi wang bulanan kpd mereka disebabkan meraka mampu
utk membayar bil, makanan & etc..
ibu tidak pernah meminta tetapi ayah kadang kala ada mengungkit.
cakap sy kedekut.
persoalannya :
- adakah sy jatuh anak derhaka / tidak kenang budi?
- adakah wajib beri wang bulanan kepada mereka, walhal mereka mampu?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wa alaikum salam.
Alhamdulillah dengan sifat yang sedemikian menunjukan awak sangat mengambil berat tentang perkara tersebut.
Derhaka menurut definisi ialah menyalahi perintah ibubapa selagi perintah itu tidak menyalahi syariat. Kalau tidak memberi wang belanja kerana ibubapa masih dalam kemampuan dan tak pernah memerintah anak utk menaggung perbelanjaan, ini tak termasuk menyalahi perintah.
|
|
|
|
|
|
|
|
lega rasanya...
cuma sekali sekala ada lah belanja mereka makan..
kemas2 rumah bagi hati mereka lapang..
terima kasih for ur feedback...
|
|
|
|
|
|
|
|
Wa 'alaikum salam...
sy belum bernikah dan menetap bersama family...
sebagai contoh my dad income 4k, mum income 2k.
sy tidak pernah memberi wang bulanan kpd mereka disebabkan meraka mampu
utk membayar bil, makanan & etc..
ibu tidak pernah meminta tetapi ayah kadang kala ada mengungkit.
cakap sy kedekut.
persoalannya :
adakah sy jatuh anak derhaka / tidak kenang budi?
Saya rasa jawapan ibnur dah memadai dalam menjawab isu derhaka atau tidak.
Cumanya, kalau ada ihsan dari anak, yang mana jika tak menyusahkan si anak, elok juga beri wang bulanan walaupun jumlahnya bukanlah banyak. Kadang-kadang ibu bapa bukannya nak lihat jumlah pemberian, tetapi mungkin jauh di sudut hati mereka ingin melihat anak-anak murah hati kepada ibu bapa mereka.
adakah wajib beri wang bulanan kepada mereka, walhal mereka mampu?
Jika mereka ada 'hint' meminta, dan masih dalam kemampuan anak, itu mungkin petanda mereka nak rasakan pemberian anak dalam membantu mereka walaupun mereka sebenarnya mampu. Mungkin bukan isu 'mampu', tetapi lebih kepada sifat bantu-membantu.... pemurah....
Tak rugi bantu ibu bapa sendiri selagi kita mampu walaupun mereka sendiri berkemampuan... dapat banyak pahala INSYA ALLAH
Tak wajib beri, namun beri lebih baik. Jumlah tak banyak pun tak mengapa....
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih di atas pencerahan anda..
sy amat hargai nya..
akan mencuba lebih menjadi pemurah pada masa hadapan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum,
Seorang suami melarang /mengharamkan isteri dari berjumpa dan berhubung dengan adik beradiknya. Dalam erti kata lain, suami tak suka dengan keluarga sebelah isteri. Dengan alasan keluarga isteri mengajar isteri supaya tidak mentaati suami. (walhal tidak sekali pun)
Persoalannya di sini, adakah menjadi derhaka seorang isteri jika dia berhubung dengan ahli keluarganya? |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
1. hukum seorang lelaki mengakui seorang perempuan sebagai tunangannya..
2. hukum seorang lelaki memanggil sayang utk yg bukan muhrim..
3. hukum berhubung melalui chatting, sms or panggilan telefon bg yg bukan muhrim..
|
|
|
|
|
|
|
|
wslm.
mentaati suami adalah WAJIB kecuali perkara haram.
Termasuk perkara haram memutuskan silaturrahim .
hadis Nabi SAW "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam urusan menderhaka kepada Pencipta "
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
1. Kalau memang dah bertunang, tiada salahnya. Kalau bukan tunangnya, itu perkataan dusta dan dia berdosa kerana membuat pendustaan.
2. hukum seorang lelaki memanggil sayang utk yg bukan muhrim..
Istilah 'muhrim' digunakan untuk orang yang mengenakan Ihram ketika Haji atau Umrah. Istilah yang lebih tepat, ialah 'mahram'.
Panggilan 'sayang' pula bergantung kepada konteks dan cara guna dalam bahasa. Jika dalam batasan syarak, tiada masalah. Contoh panggilan 'sayang' atau 'adik comel', kepada anak saudara atau anak jiran, tidak menjadi kesalahan.
Kalau panggilan 'sayang' oleh lelaki bujang kepada kepada anak dara orang, kerana nafsu, yang macam ni tak boleh kerana ia boleh membawa kepada sesuatu yang lebih mudarat jika batas syarak tidak diambil kira.
3. hukum berhubung melalui chatting, sms or panggilan telefon bg yg bukan muhrim..
Tengok atas dasar apa chatting/sms/panggilan telefon tu. Kalau atas dasar nafsu semata-mata, memanglah termasuk dalam perbuatan yang berdosa...
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Saya nak puasa nazar minggu depan iaitu sama dengan 1 Rejab. Boleh ke saya puasa pada hari tu dan adakah pahala puasa Rejab tu dapat sekali ke macamana?
Terima kasih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
Boleh untuk puasa nazar pada 1 Rejab.
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 15-4-2015 05:17 PM
Assalamualaikum
heyya
sorry lambat reply
okay - masalahnya ayah mengungkit - kan bukannya ada siatuasi anda melanggari perintah atau menyakiti hati IBU dan bapa atau ibu tu sendiri terasa hati dengan anda atas perbuatan , perkataan atau etc etc, kan? sebab saya kena lihat pada konteks.
Tapi apabila ayah saudari mengungkit tu - saya tak pasti apa konteksnya ...
mungkin - sebab saya tak dapat nak kata atau sebelahai sesiapa , konotasi atau ujaran ayah tu lebih kepada mengingatkan anda may be agar berbuat ihsan ? as mnm77 nyatakan sebab - may be ayah anda berasakan anda sebagai their daughter boleh juga turut 'beramal jariah' dalam bentuk memberi sumbangan pada keluarga ( saya rasa lebih kepada sebegitu).
sebenarnya tiada istilah pun membalas budi - sebab jasa ibu yg melahirkan kita dan ayah kita yg menjaga keluarga ni memang tak boleh dan tak akan terbalas dan hanya apa yang kita boleh lakukan ialah bertanggungjawab pada mereka dalam dua keadaan ini
a) ketika depa masih hidup - ini more kepada perbuatan , perlakuan tutr kata , ihsan - sumbangan dalam apa juga 'bentuk'
may be bukan bduit tapi masa,? tenaga? tolong menolong , bagi gifts kat parents -ada my parenst tak mau terima duit anak depa - they have said that sebab depakesian pulak...ni parents yg amat penyayang ...they just want you to be happy .... that sorts
b) ketika mereka telah meninggal - kena tengok balik hutang ada ka kat sapa sapa , puasa depa okay ke sebelum meninggal ( see? sebab tu lah kena ambil berat hal hal macam ni dgn ibu bapa kita...)
i guess no lah bukan derhaka, kalau nak kira derhaka well : berkata ' aah....' kat ibu pun u knwo rasulullah SAW dah tegur , kan? ( rujuk hadis)
lagi satu kan...amat baik untuk juga ( sebagai peringata sajee tak ada kena mengena dengan anda ya - untuk buat baik dan amal jariah . U look at this way laa
u amal jariah , Allah sayang you , may be rezeki you diluaskan ...sebba Allah loves pada sesiapa yg berbuat kebaikan terutama kepada your parents ...
u know - tak rugi....dan doakan mereka selalu setiap solat 5 waktu. saya ingatkan ni juga dalam diri saya.
so dont you worry.
hope thsi helps
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum. Saya ada satu soalan berkaitan hutang. Abang saya behutang dengan saya dan tak bayar. Kebetulan ibu saya keluarkan duit EPF dan bercadang untuk bagi pada anak2 sorang sikit (abang saya tak tahu tentang plan ibu ni), kebetulan amount nya sama dengan amount hutang abang. Bila ibu tau abang berhutang dengan saya, ibu terus bagi bahagian abang pada saya. Soalannya, apakah hukum menuntut hutang dengan cara ni? Dibolehkan atau haram? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam... (jawapan salam yang panjang disebut dalam hati....)
Abang saya behutang dengan saya dan tak bayar. Kebetulan ibu saya keluarkan duit EPF dan bercadang untuk bagi pada anak2 sorang sikit (abang saya tak tahu tentang plan ibu ni), kebetulan amount nya sama dengan amount hutang abang. Bila ibu tau abang berhutang dengan saya, ibu terus bagi bahagian abang pada saya.
Nampak seperti ibu sangat memahami sifat abang anda.... kesukaran nak bayar hutang...
Soalannya, apakah hukum menuntut hutang dengan cara ni? Dibolehkan atau haram?
Pada saya, itu atas budi bicara ibu.... untuk 'bantu' abang langsaikan hutang. Pada saya, boleh terima. Yang penting, tidak berlaku desakan kepada ibu. Setakat memberitahu hutang abang kepada ibu, itu tidak salah... hanya sebagai luahan....
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 15-4-2015 05:14 PM
Assalamualaikum
heyya
waalaikumusalam..
sy akan cuba utk berbuat kebaikan di atas muka bumi.. Tapi, kadang kala lalai juga.
Terima kasih atas mengigatkan dan sy amat hargainya.. (:
sy akan lebih caring ttg hutang ibu bapa sesama manusia dan tuhan..
terima kasih sekali lagI atas pandangan anda.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam.. maaf jika pertanyaan ini tidak sesuai disini.. tp amat memerlukan pertolongan dari anda
nak tanya pasal ejaan nama bayi
sahabat yang dijanjikan syurga.. ejaan sebenar macam mana
talhah Atau tolhah.. sebab macam tolhah tp bile google macam byk keluar talhah..
yang kedua pasal perawi hadis..
tirmizi atau tirmidzi
lagi satu kena letak al- atau at- tak sebelum perkataan tu.. perlukan pertolongan saudara
|
|
|
|
|
|
|
| |
|