CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HUSSAINTAHIR

UMRAH IV, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 7-4-2009 08:59 AM | Show all posts
Originally posted by zeed at 7-4-2009 08:49
thread ni laju betul.. kalah thread gosip.. heheh..

you pergi umrah bila? macam dah dekat jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2009 09:02 AM | Show all posts
TRAVELOG UMRAH SAYA - BHG 3
24 MAC 2009

KOTA MADINAH AL MUNAWARRAH

MENJEJAK KAKI KE MASJID NABAWI

Kami tiba di Madinah sekitar jam 3.30 pagi. Turun bas aje terasa angin dingin Madinah tiup sepoi2 bahasa. Saya tarik nafas menghidu bau udara Madinah, baunya sama seperti saya datang buat pertama kalinya beberapa tahun lalu. Memang betul, Madinah memang ada bau yang uniknya tersendiri dan bau itu akan melakat diingatan sampai bila2. Kalau tak percaya, kalau pergi Madinah dan hidu udaranya.

Kami menginap di hotel Feyroz yang terletak di belakang Hilton, sekitar 200m dari pagar masjid. Selama 3 hari ini kami akan berkampung di sini. Sibuk menguruskan beg, tak sempat untuk berehat kerana hendak mengejarkan waktu subuh. 3.55pagi azan pertama berkumandang menandakan sejam lagi akan masuk waktu subuh. Kami siap dan terus turun untuk menziarahi Rasulullah.

Mulut kami tidak berhenti berselawat ke atas Baginda SAW. Istimewanya di sana, jika kita berselawat, selawat itu akan pergi ke Rasulullah terus tanpa perantara. Jika kita di Malaysia atau di tempat lain, para malaikatlah akan membawa segala selawat itu kepada Baginda SAW. Jangan lepaskan peluang ini, selawatlah selagi mungkin.

Setibanya di pagar masjid... maka tak semena2 terkenang memori indah kali terakhir di sana hampir setahun 2 bulan lalu. Terkenang pergi ke masjid harian dengan pakcik2 Jawa Tepi, teman sebilik semasa haji dulu. 9 hari kami berkampung di Madinah waktu itu. Terus berdoa agar pakcik2 Jawa Tepi agar dikurniakan rezeki untuk kembali ke tanah suci ini. Perubahan ketara yang saya nampak adalah payung-payungan di dataran masjid. Dulu setakat tiang je, sekarang sudah ada payung. Cantik!



Masuk pintu masjid sambil berdoa dan sambung selawat. Tiba2 terukir senyuman terkenang kenangan lalu. Saya terus mengorak langkah laju dengan harapan agar Raudhah masih ada tempat lagi. Harapan meleset apabila kelihatan bahagian masjid asal hampir penuh. Saya pun mencari tempat yang hampir dengan makam Rasulullah, di tempat ahli Sufi. Assalamualaika Ya Rasulullah, Assalamualaika Ya Habibullah, Assalamualaika Ya NabiAllah. Salam juga kepada Saidina Abu Bakar AsSiddiq dan Saidina Omar AlKhattab. Hati tiba2 menjadi sayu mengenangkan Rasulullah SAW hanya beberapa meter saja dari kita. Segala pujian bagi Allah, bersyukur saya dapat menziarahi Rasulullah sekali lagi. Sebak

Tanpa berlengah, saya terus solat Tahyatulmasjid. Rasulullah SAW pernah berpesan agar solat sunat 2 rakaat sebelum duduk di dalam masjid, di mana2 masjid pun. Memandangkan ada 30minit lagi sebelum azan subuh berkumandang, maka solat sunat itu diteruskan. Dimulakan dgn sunat taubat utk menyucikan diri dari dosa2 kecil & beristighfar selepas itu. Diikuti dengan sunat hajat agar urusan utk hari itu dipermudahkan dan dilindungi dari sebarang keburukan. Diteruskan lagi dengan solat tahajud, solat sunat yang paling disukai oleh Allah. Akhirnya dilengkapi dgn solat witir sebagai penutup amalan solat sunat sebelum azan subuh berkumandang.

Setelah selesai solat subuh saya masuk ke dalam Raudah, hanya untuk berdoa sahaja. Saya memang tidak solat sunat kerana selepas subuh adalah waktu HARAM untuk solat sunat kecuali - solat tahyatulmasjid, solat gerhana, solat jenazah dan solat qada'. Namun ramai yg bersolat di Raudhah masa itu. Solat qada' agaknya.

Keadaan sesak di Raudhah. Saya berada di Raudhah sekitar 15 minit, bukan untuk duduk, tapi untuk lalu sahaja untuk pergi ke hadapan makam Rasulullah. Sambil tu tangan menadah mendoa apa yang terhajat. Jangan lepaskan peluang ini. Kalau tak dapat solat di Raudhah, sekadar dapat berdoa pun sudah memadai. Berdoa di Raudhah tu!

Akhirnya tibalah saya dihadapan Makam Rasulullah. Sekadar beri salam saja dan sampaikan kiriman salam dari keluarga, sahabat2 dan jiran2 di Malaysia. Assalamualaikum Rasulullah, Assalamualaikum Kekasih Allah, Assalamualaikum Nabi Allah. Salam juga kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar. Lepas tu terus keluar melalui Pintu Bake'. Saya berdiri di tiang luar mengadap kiblat dan berdoa utk Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar. Selesai doa saya menyusul ke Perkuburan Bake'. Terlampau sesak saya sekadar beri salam ya ahlil kubur dari jauh je. Alfatihah buat mereka.

Saya kemudian mengorak langkah ikut tepi masjid untuk pulang ke hotel. Langkah saya perlahan sahaja. Melihat keadaan sekeliling sambil mengimbau memori silam. Terkenang sorang2 muka pakcik2 Jawa Tepi. Mulut masih tak berhenti berselawat....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 7-4-2009 08:28

makcik dah insaf..tak tulis nama dah heheh

nak tulis nama..calon takde..tak best tulis satu nama jer...


Untuk bakal jemaah, saya nasihatkan JANGAN tulis nama atas batu.
Sekadar untuk berdoa sudah memadai...

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 09:07 AM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 7-4-2009 08:59

you pergi umrah bila? macam dah dekat jer..



insyaAllah 30 April ~ 13 Mei... nenek + mak + 4 siblings.. kami 4 beradik 1st time nak pegi sana..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 09:12 AM | Show all posts
seronoknya baca travelog ustaz.. dapat rasa jugak keseronokan tu.. Subhanallah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by zeed at 7-4-2009 09:07

insyaAllah 30 April ~ 13 Mei... nenek + mak + 4 siblings.. kami 4 beradik 1st time nak pegi sana..


zeed... jadikanlah pengalaman pertama anda ini pengalaman paling indah dan bermakna...
perbanyakkan istighfar dan berdoa agar anda mendapat hidayah menjadi seorang muslim yang lebih baik selepas ini...
penuhkan ilmu di dada sebelum pergi agar ibadah anda sempurna dan tidak rosak...
jangan segan bertanyakan sebarang kemusykilan...
hussain sedia menjawab segala kemusykilan... dia pun baru balik, fresh dari haramain...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2009 09:20 AM | Show all posts
Doa di Tanah Suci


Allah kepenuhi panggilanmu
Allah tanda syukurku padamu (kubersyukur padamu)
Padamu YA Allah sucikan niat di hatiku
Untukmu ku berseru ( Aku berseru)

Allah (Allah)
Kurindu ingin bertemu
Dalam kehangatan cintaku pada-Mu
Alllah (Allah allah allah)
Nyalakan sinar cahyamu
Untuk menerangi jalan hidupku
Bimbinglah langkahku slalu.....

(puisi)
Allah...
Ya Allah Sadarkan kehilafanku
Pupuskanlah noda dan dosa di kalbuku YaAllah
Di sisi baitullah hamba mengharap magfirahmu

Allah
YA Allah sambutlah kehadiranku
Di sisi baitullah aku berseru
Teguhkan imanku slalu bersamamu (bersamamu)
Teguhkan imanku slalu bersamamu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 09:21 AM | Show all posts
assalamualaikumm..

ermmm meriahnya umah hussain ni...
smlm sempat selak2 page belakang tu, tgk gmabar2 hussain kat sana. Tapi x sempat nk quote/reply..
ustaz pun dh siapkan travelog ye?
hanni nk baca jap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2009 09:22 AM | Show all posts
Hanni... kalau nak baca kena start dari BHG 1... sekarang dah BHG 3 dah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 09:27 AM | Show all posts
Assalamualikum Azie, rasa x terlambat mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci.Semuga di permudahkan segala urusan..dan doa2kanlah kami di benang umrah ni.. g kesana lagi ye...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 09:37 AM | Show all posts
Sain

Semasa ketiadaan acikjie, mungkin Sain dapat updatekan dan warwarkan sape lagi ahli kita yang nak pegi Umrah selepas ini untuk keberkatan kita bersama...remeh kalau nak check kat belakang-belakang  tu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 09:42 AM | Show all posts

Balas #2408 haziq_97\ catat



Terima kasih haziq..
Insyallah akan didoakan agar semua yg berada di Thread ni dpt pi Umrah..
Dan kalau dapat buat Rombongan Forumer Thread Umrah..
Husain n Ustaz Ketua Mutawifnya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 7-4-2009 09:05


Untuk bakal jemaah, saya nasihatkan JANGAN tulis nama atas batu.
Sekadar untuk berdoa sudah memadai...

http://i6.photobucket.com/albums/y229/Ustaz2/CIMG2519.jpg


Assalamualaikum Ustaz..
Tulis nama atas batu kira ok lagi..
Ada tu siap ..pasangan...suami isteri agaknya solat menghadap batu tu...
Astaghfirullah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 09:48 AM | Show all posts

Balas #2400 ustaz\ catat

Seronok baca Travelog Ustaz..
Sekurang kurangnya bpleh menjadi panduan kepada firstimer..
Hotel Fayroz tu dekat dgn Hilton ke...atau Medina Oberoi..
Coz ada orang tanya saya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 09:50 AM | Show all posts
sempat lagi tu acik jie menjengah kitorg kat sini.. selamat pergi dan selamat kembali.. sampaikan salam kepada Rasulullah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 7-4-2009 09:48
Seronok baca Travelog Ustaz..
Sekurang kurangnya bpleh menjadi panduan kepada firstimer..
Hotel Fayroz tu dekat dgn Hilton ke...atau Medina Oberoi..
Coz ada orang tanya saya...

gawharat fayroz n durrat fayroz..yang besar n baru tue..opposite hitlton

kalau fayroz shatta..nx to taiba commercial centre..sebelah food court yang ada ice movenpick...kebab dia superb...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2009 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 7-4-2009 09:05


Untuk bakal jemaah, saya nasihatkan JANGAN tulis nama atas batu.
Sekadar untuk berdoa sudah memadai...

http://i6.photobucket.com/albums/y229/Ustaz2/CIMG2519.jpg

jangan lupa berdoa jgn menghadap batu..berdoa menghadap kiblat...

ye;ah dulu 1 st timer...orang tulis..kita pun tulis...
tulis nama sorang jer..hehe

sampai naik hitam batu tu..
jenuh saudi dok pi cat...heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 7-4-2009 09:42
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/ws.gif

Terima kasih haziq..
Insyallah akan didoakan agar semua yg berada di Thread ni dpt pi Umrah..
Dan kalau dapat buat Rombongan Forumer Thread U ...

ustaz ketua mutawif

hussain muzawwir boleh ( bawak ziarah jer) hehhe
mutawif...karang ada yang tergelak hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by zeed at 7-4-2009 09:07



insyaAllah 30 April ~ 13 Mei... nenek + mak + 4 siblings.. kami 4 beradik 1st time nak pegi sana..

1 st time ..is the best experience..

you will never forget about it..trust..me..i can still recall my memory on my 1st visit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by IDB at 7-4-2009 09:37
Sain

Semasa ketiadaan acikjie, mungkin Sain dapat updatekan dan warwarkan sape lagi ahli kita yang nak pegi Umrah selepas ini untuk keberkatan kita bersama...remeh kalau nak check kat belakang ...

nanti saya tolong update hehe..kena cari balik yg makcik tulis...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.227124 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list