salam 15 safar 1433 semua
Hari dan hikmahnya dalam Islam
Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh , Sabda Nabi : Jumaat – Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan . Sabtu – Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya , kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah . Ahad - Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan , kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya . Isnin - Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga , kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya . Selasa - Hari Selasa adalah hari berdarah , kerana pada hari itu , bermulanya Siti Hawa berhaid , dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil . Rabu – Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan , kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir’aun bersama kaumnya . Kaum Samud dan kaum ‘Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh , juga d ibinasakan oleh Allah pada hari Rabu . Khamis - Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat , kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah . Wallahhu’alam ~ Nota : monday mood arr rini. |