CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wacayasamalula

Jogjakarta, Indonesia [merged Syd]

 Close [Copy link]
Post time 28-1-2010 05:05 PM | Show all posts
senja di pantai parangtritis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2010 05:06 PM | Show all posts
2381# lilyflower

kitaorg tak buat salah pun sbnrnye..tp dia saja tahan sbb nak makan suap..
pas hulur skit dia lepaskanla..terbangla dlm rm10 tak silap..kitaorg ckp kitaorg miskin, student..walhal..wakakaka~
surat saman dia tulis..tp takde pendua..pastu bila mintak dia takmo bagi..
mmg makan suap
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 05:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by lilyflower at 28-1-2010 17:40

2385# nenektua

wah terpegun cucu tgk... suka gambar tu semua... nak pegi jugak... nak pegi jugak.. tak kira... bln depan AA buat fair nak rembat... itu pun kalu ada 0 fare lah... hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 05:43 PM | Show all posts
2384# nenektua


nenek
kalu x keberatan share ler ngan cucu.. guna lens apa?? apenture, iso..etc...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 06:19 PM | Show all posts
2384# nenektua

wow cantiknya view, anak kecil tu cucu ke anak nenek... heeee

{Kemudian kami di bawa ke tempat barangan silver, tempat jualan tshirt, pembuatan batik dan lukisan/wayang}

nenek , cucu nak tumpang tanye tmpt kat atas tu worth pegi ke tak? sbb masa terhad kat sane cuma 3 hari aje.
tmpt shoppingnya mcmna ya nek...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 08:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by lilyflower at 28-1-2010 17:40

2385# nenektua

wah terpegun cucu tgk... suka gambar tu semua... nak pegi jugak... nak pegi jugak.. tak kira... bln depan AA buat fair nak rembat ...
lilyflower Post at 28-1-2010 17:36


hehehe pegi la lily. best tau jogja ni.
tapi kalau u kaki soping, jogja bukan tempatnya.

bandarnya tenang. dan tidak sibuk.
takde la hon2 keta. kekekek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2010 08:08 PM | Show all posts
2384# nenektua


nenek
kalu x keberatan share ler ngan cucu.. guna lens apa?? apenture, iso..etc...
lilyflower Post at 28-1-2010 17:43


nenek guna camera canon.
lens guna 18-55mm dan 50mm.
aperture, iso tu kena tengok gambar yang mana.
selalunya waktu siang tu, kalau cahaya cukup, nenek guna iso 100 or 200 je.
kalo tempat gelap tu guna iso 800.

aperture tu tengok gak pencahayaannya. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 08:10 PM | Show all posts
2384# nenektua  

wow cantiknya view, anak kecil tu cucu ke anak nenek... heeee

{Kemudian kami di bawa ke tempat barangan silver, tempat jualan tshirt, pembuatan batik dan lukisan/wayang}

nen ...
rosequeen Post at 28-1-2010 18:19


rosekueen,
barangan silver, dan tshirt tu biasa-biasa je la.
kalo tak suka, tak pergi pon takpe.
kat sana just tengok je tempat buat, dan saja cuci2 mata.

tempat jualan tshirt tu kalo tak pegi pon takpe.
kat malioboro ada banyak tshirt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2010 08:11 PM | Show all posts
day 2 (24 Januari 2010)

Keluar dari hotel lebih kurang jam 7.30am. Menuju ke Candi Borobodur. Perjalanan adalah lebih kurang sejam lebih gitulah. Sempatlah tengok Gunung Merapi sepanjang perjalanan tu.

Sempat singgah kat Candi Mendut sebelum ke Borobudur tu. Kira okeylah. Pusing-pusing kejap dan teruskan perjalanan ke Borobudur.

Nizam tolong belikan tiket untuk local (IDR 17,500). Tapi masa sampai kat tempat nak check tiket tu, ada dua orang yang jaga. Yang part perempuan tu kami lepas la bila kami cakap kami org tempatan. Tapi part kat lelaki lepas tu, mcm dah tak terlepas. Mungkin silap nenek yang bawak beg ada tulis url dotcomdotmy tu. Terdengar ada org cakap

kat belakang, ini dari Malaysia ni. Nenek cepat-cepat blah dari situ dan buat tak tahu. Hampir-hampir nak kena bayar international tiket punya. phew! Lega! lega.

So naik ke candi borobudur tu, banyak anak tangga. kalau rasa mcm tak larat nak terus naik ke tingkat 8 tu, berhentilah kejap kat tingkat 2 or 3. ambik nafas dulu, pehtu naik balik. tangga dia mcm tinggi dan curam gak. ehehe.

Lepas dah posing2 kat borobudur tu, sempatlah soping sikit masa nak jalan keluar tu (ada deretan kedai2). Kemudian kami ke Ketep Pass untuk tengok view Gunung Merapi. Ketep Pas ni mcm kawasan tinggi gitu. sejuk. Tapi kami tak nasib baik sebab Gunung Merapi diseliputi awan. so lepak2 makan soto dan jagung bakar kat sini.

Kemudian kami pon bertolak balik ke bandar jogja. Sempatlah singgah kat  Salak Pondok (tempat jual buah salak).

Singgah jap di FO Kosmo. Disebabkan nenek tak berapa suka soping, maka biasa-biasa saja la. Tunggu kawan nenek soping je. hehe

Pehtu kami ronda-ronda sekitar bandar jogja. Singgah ke Universitas Gajah Mada. Kemudian balik hotel. Rest.

Dalam jam 8am. kami keluar semula. Pegi makan Gudeg (makanan dari nangka). Kat situ punyalah banyak deretan kedai jual gudeg. Not bad la rasanya. Sebab dah laparkan, redah je.

Pehtu kami ronda-ronda lagi bandar jogja. Tengok kawasan di Malioboro dan sekitarnya.

Balik hotel dan tido.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 08:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 08:19 PM | Show all posts
candi borobuddor

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 08:31 PM | Show all posts
day3 (25 Januari 2010)
pagi keluar hotel dalam lebih kurang jam 8.45am. Nizam datang dengan kereta kuda (andong). So kami pun naik la keta kuda dan pusing sekitar bandar jogja. Kemudian kami berhenti di Pasar Beringharjo. Kat sini banyak jual baju2 batik jawa dan juga ada jual barang2 perkahwinan.

Kemudian kami ke Jalan Malioboro (depan je dengan pasar tu). Kalau nak cari FM, cari di kedai Minota (kalau tak silaplah, nizam tolong betulkan). Kemudian kami pun menyusuri jalan Malioboro tu. Banyak jual tshirt, baju2 jawa. dan handycraft la. Kami lunch di KFC. Dan tunggu Nizam kat situ.

Dalam jam 12 lebih, Nizam pun datang ambik kami dan bawa ke Amanda Brownies. Kalau sapa yang pernah pergi Bandung, sure tahu brownies ni.  Kemudian kami ke galeri lukisan. sempatlah kawan nenek sambar 3 keping lukisan. Kemudian kami ke Afandi Galeri lukisan. Afandi ni pelukis fofuler di Indonesia.

Kemudian kami sempat singgah di Kosmo FO. Okeylah gak. Kemudian keadaan pun hujan turun. Konon plan nak ke Pantai Parangtritis lagi. tapi kansel. So, kami dah mula lapar. Makan di sebuah gerai soto.  Soto kat kedai ni terbaik! sedap dan memenuhi piawai. Tengah makan tu, tengok hujan pun dah berhenti. Maka kami pun terus ke Pantai Parangtritis.

Sampai sana, dekat2 jam 6.15am. Sunset pun tak berapa nak ada sangat. Kami lepak sambil makan jagung bakar. sedap.

Lepak2 jap. pehtu kami terus balik ke bandar jogja. Pusing2 bandar jogja untuk malam terakhir. Sempatlah beli vcd.

kemudian balik hotel dan packing barang. dan tido.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 08:34 PM | Show all posts
day 4 (26 Januari 2010)

check out hotel jam 4.30am. Kami menuju ke candi prambanan. Tunggu sunrise di situ. tapi matahari macam malu2 nak keluar. Oleh kerana kami dah lapar, maka kami pun terus ke epot. ucapkan selamat tinggal pada nizam. kami lepak2 di situ dan bfast.

flait jam 8.55am. tapi delay. dalam jam 9.10am kot baru bertolak meninggalkan bandar jogja.

Overall, kami sangat berpuas hati dengan bandar jogja dan juga perkhidmatan pak supir kami, Nizam yang telah dihuru-harakan oleh kami. Ekekeke.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 10:50 PM | Show all posts
day 4 (26 Januari 2010)

check out hotel jam 4.30am. Kami menuju ke candi prambanan. Tunggu sunrise di situ. tapi matahari macam malu2 nak keluar. Oleh kerana kami dah lapar, maka kami pun terus ke  ...
nenektua Post at 28-1-2010 20:34

Nizam tak bawa hampa minum teh jahe ke......post la gambar Nizam bawa Andong....(ke dia kelindan jer?)
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 11:36 PM | Show all posts
2397# nenektua

nenek ada try tak makan kat lesehan kat jln malioboro tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 01:26 AM | Show all posts
nenektua#

luar biasa hikayat cite 1001 malam nya nenek di jogja.

mirota batik=oposite from the pasar beringharjo(malioboro selatan) nak cari FM
Numani restoran=kira nak makan dengan lauk ikan talapia/gurameh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2010 01:29 AM | Show all posts
jone# 2398

nizam spy dari belakang je naik motorcycle....nenek tua n the gangs (4 orang) yang naik andong.
Jone...bukan wedhang jahe tapi wedhang ronde...kita tak sempat minum wedhang ronde..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 11:11 AM | Show all posts
2397# nenektua

nenek ada try tak makan kat lesehan kat jln malioboro tu?
cmf_fatt Post at 28-1-2010 23:36


tak makan pon lesehan kat jln malioboro tu.
tapi pi makan gudeg dengan style lesehan. kekkeke
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 11:13 AM | Show all posts
nenektua#

luar biasa hikayat cite 1001 malam nya nenek di jogja.

mirota batik=oposite from the pasar beringharjo(malioboro selatan) nak cari FM
Numani restoran=kira nak makan dengan lauk ikan t ...
nizamjogja Post at 29-1-2010 01:26


yerlah nizam
pi jogja mmg luar biasa.
sebab sinonim gitu. ahhahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 11:15 AM | Show all posts
gambar mahal ni utk nenektua. kekekek.
pemes di epot jogja

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.070103 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list