|
JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)
[Copy link]
|
|
sambungan Episode 6...
masa bersihkan tandas, Masato asyik merungut dan nak tukar kerja lagi...Kazuya mula naik geram dan suruh Masato balik je...Kazuya cakap kerja diorang memang macam tu, jadi kalau tak nak buat, balik je...lagipun Masato bukannya buat kerja...Kazuya mula bergaduh dengan Masato...Kazuya cakap kerja sukarela bukannya semudah yg difikirkan, jadi tak boleh asyik fikir nak tidur dan makan je...Sakura cuba tahan Kazuya tapi Masato mula pukul Kazuya...Sakura sendiri pun kena pukul...Kazuya pukul Masato balik, nasib baik Dr. Junsuke Kouno (Daijiro Kawaoka) nampak adik dia dan cuba leraikan...
Dr. Hibiya beri air pada Kazuya...Dr. Hibiya cakap dia tak sangka Kazuya berani pukul volunteer...Dr. Hibiya tanya kenapa Kazuya buat macam tu, jadi Kazuya beritahu dia yg budak tu tak buat kerja dengan baik...Dr. Hibiya tanya sama ada Kazuya nak jadi doktor macam Junsuke...Kazuya cakap dia lain dengan abang dia sebab dia tak pandai belajar...Dr. Hibiya cakap kalau ada doktor macam Kazuya, barulah seronok...lepas tu dia suruh Kazuya jangan rasa rendah diri semata2 kerana abang lebih pandai...
Dr. Kojima terus cuba tanya pusat ambulans tapi tetap tak dapat...Dr. Shindo cakap Dr. Kojima tak perlu uruskan hal pesakit dan teruskan menelefon, lagipun dia dah maklumkan Dr. Kuroki...Dr. Shindo cakap demi parents Hiroki, Dr. Kojima mesti hantar Hiroki balik ke Okayama...Teraizumi pulak masih menelefon orang untuk minta bantuan lagi demi mempromosi diri...masa tu Aoki beritahu dia yg wartawan TV datang lagi...dalam interview, Teraizumi cakap kerajaan tengah cuba sedaya upaya menolong mangsa...masa tu tiba2 ada orang persoalkan sebab barang yg diorang mintak belum dapat...Teraizumi mula bergaduh dengan mangsa...Teraizumi suruh wartawan jangan rakam lagi, tapi diorang rakam senyap2...walaupun begitu, masih ada mangsa yg menyebelahi Teraizumi...Teraizumi cakap diorang tak boleh terus-menerus salahkan kerajaan sedangkan diorang sendiri pun tak buat persediaan menghadapi gempa bumi...Teraizumi cakap dia pun mangsa juga sebab isteri dia dah dimasukkan ke hospital...
Dr. Shindo nampak Dr. Kojima keluar ke wad untuk periksa Shougo...Hazuki (MEGUMI) cakap Dr. Kojima langsung tak tunjukkan kesedihan dia...masa tu ada panggilan kecemasan...masa keluar ambil mangsa, Dr. Shindo perasan yg ambulans tu dari Hiroshima, jadi dia tanya bila diorang tu nak balik ke Hiroshima...Dr. Kojima pun turut serta buat rawatan, tapi Dr. Shindo masih risaukan Dr. Kojima...
Teraizumi dan Aoki dah sampai ke hospital...Aoki minta Teraizumi minta maaf dengan mangsa, tapi Teraizumi tak nak...Aoki risau kalau2 interview tu disiarkan nanti...Teraizumi nampak Chihiro tengah bersedih...Chihiro beritahu Teraizumi yg Hiroki dah mati...Teraizumi pergi jenguk Dr. Kojima kat bilik pembedahan...masa tu Dr. Kojima buat silap dan lupa sambungkan tiub, nasib baik Dr. Shindo berjaya selamatkan mangsa tu...Aoki pulak tengok laporan interview dengan cemas, tapi pergaduhan Teraizumi dengan mangsa akhirnya tak disiarkan...
Teraizumi duduk kat luar dan teringatkan permintaan Dr. Kuroki tentang hal membaiki mesin yg rosak tu...Aoki datang cari dia dan beritahu yg pergaduhan dia dengan mangsa tak disiarkan...masa tu wartawan telefon Aoki dan nak bercakap dengan Teraizumi...wartawan tu cakap walaupun pergaduhan tu memang berita menarik, tapi tak semua orang menentang Teraizumi...lagipun Teraizumi satu2nya ahli parlimen yg turun padang membantu mangsa secara langsung...wartawan tu minta nak buat interview lagi dengan Teraizumi...walapun begitu, Teraizumi langsung tak gembira sebab katanya, diorang cuma boleh bantu sikit je...
Teraizumi datang cari Dr. Kuroki kat bilik staf...Teraizumi cakap disebabkan mesin tak sempat dibaiki, jadi tunang Dr. Kojima tak dapat diselamatkan...Teraizumi rasa bersalah dan minta maaf...Dr. Kuroki cakap tak boleh salahkan Teraizumi sebab keadaan Hiroki memang dah tenat...Dr. Kojima pulak cerita pasal kesilapan dia depan mayat Hiroki...Dr. Kojima cakap doktor pelatih pun takkan buat kesilapan macam tu...Dr. Shindo datang jumpa dia dan Dr. Kojima minta maaf pada Dr. Shindo...Dr. Shindo cakap sebuah ambulans akan balik ke Hiroshima hari tu, jadi dia dah minta ambulans tu tolong hantar Hiroki ke Okayama...Dr. Shindo suruh Dr. Kojima ikut sama temankan Hiroki...Dr. Shindo suruh Dr. Kojima berehat kat Okayama...Dr. Shindo cakap masa isteri mati pun, dia tak boleh buat apa2 kerja...
Dr. Shindo dan Dr. Kuroki hantar Dr. Kojima dan Hiroki ke ambulans...Dr. Kuroki suruh Dr. Kojima jangan risaukan hal2 kat hospital...Nozomi (Kotomi Kyono) tertanya2 sama ada Dr. Kojima akan balik semula ke hospital...Dr. Kojima pulak menangis lagi kat dalam ambulans bila dia pandang wajah Hiroki dan teringatkan kata2 terakhir Hiroki untuk pertimbangkan semula masa depan yg paling bahagia...Dr. Kuroki lekatkan lukisan yg Shougo lukis untuk Dr. Kojima kat dinding...suasana kat ER terus berjalan seperti biasa... |
|
|
|
|
|
|
|
:tq::tq::tq: whitedove .. akira baru je nak concentrate tgk hari ahd ari tu , ada sedara dtg plak dahlah ari sabtu x dpt tgk... nampak gaya kena cari cd jugak ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
:tq: :tq: :tq: time kacih .... baca synopsis whitedove tulis pun, bergenang air mata aku ..... kalau tengok, sah2 sebaldi air mata dapat dibazirkan .... |
|
|
|
|
|
|
|
tq ...:tq::tq::tq: tak sempat tengok hari ahad...baca sinopsis pun dah sedih rasanya...tq.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 16-11-2005 12:20 PM
:tq: :tq: :tq: time kacih .... baca synopsis whitedove tulis pun, bergenang air mata aku ..... kalau tengok, sah2 sebaldi air mata dapat dibazirkan ....
:hmmam kenal aje ayat baldi2 ni wakaka..akupun nangis gak....sodih siotttt... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by akira at 16-11-2005 08:49 AM
:tq::tq::tq: whitedove .. akira baru je nak concentrate tgk hari ahd ari tu , ada sedara dtg plak dahlah ari sabtu x dpt tgk... nampak gaya kena cari cd jugak ni..
no problem...
kalau around KL, kat S&M dah mula letak cd citer nih kat depan2, maybe sbb tengah main kat TV kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by akira at 16-11-2005 08:49 AM
:tq::tq::tq: whitedove .. akira baru je nak concentrate tgk hari ahd ari tu , ada sedara dtg plak dahlah ari sabtu x dpt tgk... nampak gaya kena cari cd jugak ni..
no problem...
kalau around KL, kat S&M dah mula letak cd citer nih kat depan2, maybe sbb tengah main kat TV kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Screencaps from Episode 5...
|
|
|
|
|
|
|
keluar air mata lagi ari ni ... siannye kat dr.kojima .... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 19/11/05 09:39 PM
keluar air mata lagi ari ni ... siannye kat dr.kojima ....
tak tengok la episod ari nie.. sedey na ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DaoMing_Si at 19-11-2005 11:31 PM
tak tengok la episod ari nie.. sedey na ke??
ep semalam sedih sbb kesian kat kaede ... ep ari ni dah tak sedih dah ...
makin lama tengok, makin hesem lak adik dr.kaono tu ... ;) |
|
|
|
|
|
|
|
citer nih bape episod????
ape ganti citer nih????? |
|
|
|
|
|
|
|
sinopsis episode minggu ni...
whitedove....tak ade ke sinopsis untuk minggu ni.?..tak dapat tengok asyik pegi beraya ... |
|
|
|
|
|
|
|
whitedove....tak poskan sinopsis minggu ni ke..?..tak dapat tengoklah..minggu ni pegi beraya lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Emergency Room 24 Hours 3 Episode 7 (19 November 2005)
hari kelapan selepas gempa bumi...
seorang lagi mangsa dimasukkan ke ER...mangsa tu walaupun dah tercedera tapi masih boleh marah2...isteri mangsa yg berdiri kat luar suruh dia berkelakuan elok sikit...Dr. Shindo (Yousuke Eguchi) perasan yg isteri mangsa asyik pegang perut dia...sementara tu, Dr. Kojima (Nanako Matsushima) dah sampai ke Okayama dengan mayat Hiroki (Ken Ishiguro)...ahli2 keluarga Hiroki dah menunggu kat Okayama...
kat pusat volunteer, Kazuya (Shun Oguri) tengah beri arahan pada volunteers baru...lepas tu dia perkenalkan diorang pada Teraizumi (Toru Nakamura) yg turut membantu kat situ...Kazuya beritahu diorang supaya jangan dekati tempat2 yg dah diletak notis merah sebab bahaya...
mangsa yg tercedera tu bukak kedai soba dan jemput Dr. Hibiya makan kat kedai dia tapi Dr. Hibiya tak suka makan soba...isteri dia cakap dia nak keluar dulu...masa tu Dr. Shindo nampak isteri mangsa tengah menahan kesakitan kat perut...mangsa tu beritahu Sakura yg dia dulu pekerja syarikat dengan gaji yg tinggi, tapi sengaja berhenti untuk bukak kedai soba...isteri mangsa pulak dah dibawa untuk pemeriksaan...dia tak nak suami dia tahu dia dapat sakit ulser perut...dia beritahu Dr. Shindo yg gempa bumi dah musnahkan rumah dan kedai, tapi suami dia still tak tahu pasal ni...
kat Okayama, majlis funeral Hiroki tengah berjalan dan Dr. Kojima turut membantu...waktu makan lepas funeral, orang2 semua tengah berbincang pasal gempa bumi di Tokyo...masa tu ada orang tegur Dr. Kojima sebab dia tunang Hiroki, jadi diorang bersimpati pada Dr. Kojima...tiba2 je Dr. Kojima pengsan...
seorang doktor kampung merawat Dr. Kojima, katanya Dr. Kojima terlalu letih sebab tu pengsan...doktor tu nasihatkan Dr. Kojima berehat baik-baik...kat hospital, Nozomi (Kotomi Kyono) beritahu semua orang yg isteri mangsa minta sampaikan hal rumah dan kedai pada suaminya sebab dia sendiri tak sampai hati nak beritahu...Dr. Hibiya dan Dr. Kuroki (Teruyuki Kagawa) cakap hal tu tak sesuai kalau diorang yg beritahu...Dr. Hibiya cakap ramai orang yg rumahnya musnah, takkan nak tolong satu demi satu...Dr. Junsuke Kouno (Daijiro Kawaoka) cakap Dr. Hibiya boleh la cakap macam tu sebab Dr. Hibiya balik rumah lepas gempa bumi...lepas tu Hazuki (MEGUMI) datang beritahu yg Dr. Shindo nak pindahkan isteri mangsa ke sebelah suami dia...
mangsa terkejut nampak isteri dia dibawak ke sebelah dia...Dr. Shindo beritahu yg isteri dia kena ulser perut...Dr. Shindo beritahu isteri mangsa yg sepatutnya isteri dia sendiri yg beritahu hal rumah dan kedai...isteri dia akhirnya beritahu yg semuanya dah musnah dalam gempa bumi...kat Okayama, Dr. Kojima termenung sambil renung gambar Hiroki...lepas tu Dr. Kojima nak membantu kerja kat rumah tu tapi disuruh berehat je...anak buah Hiroki tiba2 pasang TV tapi dimarah oleh keluarga Hiroki...diorang tak nak berita gempa kat Tokyo mengganggu perasaan Dr. Kojima...
orang2 kat hospital hairan kenapa Dr. Shindo letak suami isteri tu sebelah-menyebelah, malah sampai sekarang diorang masih tak bercakap...Sakura rasa risau, tapi Dr. Hibiya dan Dr. Kuroki cakap tak guna pun kalau risau...Sakura cakap diorang boleh tolong cari jalan, tapi chief nurse cakap doktor dan nurse tak sepatutnya masuk campur urusan pesakit...Dr. Junsuke tak faham kenapa mesti pisahkan hal2 doktor dengan pesakit...Dr. Hibiya naik darah dan cakap yg diorang bukannya tahu pun perasaan oang yg hilang tempat tinggal dalam gempa bumi...Dr. Kuroki suruh diorang jangan bergaduh lagi...
Dr. Hibiya bercakap dengan isteri dia dalam telefon...dalam perbualan tu, barulah dapat tahu yg mak Dr. Hibiya dah tercedera dan rumah diorang pun dah musnah...chief nurse beritahu Dr. Kuroki yg kata2 Dr. Hibiya tadi tak salah...diorang takde masa nak masuk campur hal pesakit...Dr. Kuroki cakap dia faham, tapi suasana sekarang terlalu tegang...kalau ada Dr. Kojima, mungkin akan lebih ceria...
malam tu, 2 orang volunteer dimasukkan ke ER, dibawak oleh Kazuya dan Teraizumi...Teraizumi marah2, Kazuya minta maaf pada dia sebab rasa bersalah...Dr. Junsuke pulak merungut pasal ni kat dalam bilik kecemasan...Dr. Hibiya tegur dia sebab salahkan adik dia, tapi Dr. Junsuke cakap Kazuya tu kan ketua volunteer...keadaan agak tegang dalam bilik kecemasan sebab tak diketahui punca kecederaan volunteer tu, tapi akhirnya Dr. Shindo dapat kesan... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Episode 7...
Dr. Shindo beritahu Kazuya dan Teraizumi yg kedua2 volunteer tu dah stabil...Kazuya minta maaf pada kedua2nya sebab dicederakan walaupun diorang tu volunteer...Aoki datang dan beritahu Teraizumi yg ramai wartawan dah berkumpul kat luar hospital...Dr. Shindo cadangkan beritahu je perkara yg sebenar...volunteer kena menanggung sendiri akibat, katil2 kat hospital tak boleh dibazirkan diorang...Teraizumi cakap kalau macam tu, dah takde lagi volunteer yg sanggup masuk ke Tokyo...kalau takde volunteer, macam mana nak bangunkan semula Tokyo...malah, hospital pun perlukan volunteer...Kazuya cakap kalau datang ke sini suka2 je, hanya akan bawa masalah pada diri sendiri...tapi Teraizumi suruh Kazuya diamkan diri...Aoki cakap kalau halau wartawan, seolah2 beritahu diorang yg Tokyo sangat bahaya...akhirnya Teraizumi terpaksa juga terima interview...
kat Okayama, Dr. Kojima tak tidur lena...dia menelefon Dr. Shindo kat Tokyo...Dr. Shindo tanyakan keadaan Dr. Kojima...Dr. Kojima cakap dia dah baring beberapa hari tapi tetap tak dapat tidur lena...Dr. Shindo suruh Dr. Kojima keluar jalan2, tapi Dr. Kojima cakap dia masih tak nak jumpa sesiapa...dia cuma nak temankan Hiroki dan tak nak buat apa2...Dr. Shindo cakap lepas isteri dia meninggal, dia pun dah gunakan masa yg banyak untuk pulihkan perasaan...Dr. Shindo cakap bukan masa yg boleh selesaikan masalah...Dr. Kojima kena bercakap dengan orang barulah boleh berasa sikit lega...dengan cara tulah Dr. Shindo boleh berada lagi di situ...Dr. Shindo nasihatkan Dr. Kojima supaya jangan kuncikan diri dan cuba cari jalan keluar...Dr. Hibiya pulak dah terdengar perbualan diorang...
Shougo tanya Dr. Shindo sama ada Dr. Kojima akan balik semula ke Tokyo...Dr. Shindo cakap kalau Dr. Kojima tak balik, Shougo dan Chihiro boleh pergi cari Dr. Kojima, jadi kedua2nya kenalah cepat2 sembuh...suami isteri tu pulak masih tak bercakap sesama diorang...esoknya masa buat pemeriksaan, Sakura tiba2 bercakap hal dia pada suami isteri tu, pasal dia dulu wakil pasukan besbol Hokkaido...jersi yg jadi kebanggaan dia tu dah musnah masa rumah dia terbakar, jadi kenangan besbol dan Koshien (pertandingan besbol antara sekolah peringkat negara) hilang macam tu je, tapi dia gembira sebab takde nyawa yg hilang...
Dr. Hibiya yg dah dengar pasal Sakura tadi tiba2 je bercerita pulak pasal hal dia...dia cakap yg dia balik rumah lepas gempa bumi, dan sememangnya rumah dia dah musnah...mak dia membeli-belah kat luar, nasib baik cuma cedera ringan...tapi mak dia nak duduk rumah tu hingga hayat terakhir, jadi Dr. Hibiya tengah fikir macam mana nak gembirakan mak dia sebab dia pun tak tahu nak mula dari mana...
Dr. Kojima pulak akhirnya keluar jalan2 dan lihat pemandangan Okayama...kat hospital, mangsa yg bukak kedai soba tu tak faham apasal semua orang asyik datang pada dia dan cerita hal rumah...diorang tu doktor dan nurse, ada lesen dan ada kelayakan, jadi pergi mana2 pun boleh dapat kerja...tapi Dr. Shindo cakap mi soba dia kan yg paling sedap, jadi mesti boleh cuba lagi...
masa berjalan2 kat pantai, Dr. Kojima perasan yg cincin dia dah hilang...Dr. Kojima mula mencari2 cincin dia kat dalam pasir...masa tu doktor kampung ternampak dia dan datang menolong...Dr. Kojima mencari2 cincin dengan cemas...kat hospital, akhirnya mangsa tu bercakap...dia cakap selama ni dia memang risau kedai tu akan musnah, dan dia berharap2 yg isteri dia takkan beritahu dia pasal tu...sekarang semuanya pun dah takde...isteri dia cakap yg dia paling risaukan bukannya kedai tapi suami dia...masa kedai tu musnah, yg dia paling risau adalah suami dia akan hilang ketabahan hati...mangsa tiba2 menjerit dan suruh panggil Dr. Shindo...mangsa cakap tak mudah dia nak mula balik dalam umur yg macam ni, tapi Dr. Shindo cakap manusia kenalah bangun balik bila dah terjatuh...
doktor kampung akhirnya dah jumpa cincin tu...Dr. Kojima menangis2 dan minta maaf pada Hiroki...masa Dr. Kojima ucapkan terima kasih, barulah dia perasan doktor kampung tu yg tolong dia...doktor tu cakap Hiroki selalu main2 kat pantai ni masa kecik, jadi dia takkan bagi barang yg penting pada Dr. Kojima hilang macam tu je...cincin tu akan sentiasa menemani Dr. Kojima...doktor tu cakap dia nak balik sebab ramai pesakit tengah tunggu dia...
malam tu Dr. Kojima bukak TV dan nampak interview Teraizumi...Teraizumi minta maaf sebab dah kali kedua kemalangan berlaku ke atas volunteer...Teraizumi cakap volunteer yg datang ke Tokyo mestilah faham tanggungjawab diorang ke atas keselamatan sendiri...kalau volunteer dah tak nak masuk Tokyo, memang dah tak boleh buat apa2...wartawan cakap kalau takde volunteer, macam mana nak bangunkan Tokyo semula...Teraizumi cakap kalau macam tu, kenalah diorang sendiri yg buat...Tokyo adalah tempat tinggal dan masa depan diorang, ada keluarga dan kawan2...walaupun Tokyo masih bahaya, diorang takkan tinggalkan Tokyo...Dr. Kojima seolah2 tersedar sesuatu bila tengok interview tu...
Dr. Kojima beritahu ayah Hiroki yg dia nak balik ke Tokyo...sebagai doktor, dia pun ada tanggungjawab supaya Tokyo boleh didiami manusia...ayah Hiroki cakap Dr. Kojima tak perlulah tergesa2 balik sekarang, tapi Dr. Kojima ceritakan mimpi Hiroki pada hari perkahwinan diorang...Teraizumi pulak dapat panggilan telefon dari ahli kabinet...ahli kabinet nak jemput dia menganggotai kabinet sementara...
suami isteri tu pulak dah dibenarkan keluar...Sakura dan Nozomi suruh diorang berusaha, sebab diorang pun takkan kalah...isteri mangsa ucapkan terima kasih pada Dr. Shindo...si mangsa pulak suruh Dr. Hibiya bawak mak dia makan mi soba bila keadaan dah pulih nanti...Dr. Shindo beritahu Dr. Hibiya yg pesakit macam suami isteri tadi akan semakin ramai, tapi Dr. Hibiya cuma senyum dan cakap yg semuanya terserah pada Dr. Shindo...Dr. Kuroki beritahu chief nurse yg elok juga kalau bercakap dengan pesakit, sebab masa sekarang, semua orang pun adalah mangsa...
tiba2 je pintu ER terbuka dan semua orang pandang ke pintu...rupa2nya Dr. Kojima dah balik ke ER...semua orang menyambut Dr. Kojima dengan gembira...Dr. Kojima nampak Dr. Shindo dan tersenyum...
[ Last edited by whitedove at 22-11-2005 04:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|