|
[Tempatan]
Bintang WWE, Chyna Ditemui Mati Di Rumahnya Di LA
[Copy link]
|
|
CM Punk ai rasa pandangan mata, gerak badan tak sejahat Randy Orton.
|
|
|
|
|
|
|
|
kite dulu kan masa tgk wrestling ni suka sorang mamat ni, nama lupa tapi dapat je mic mesti dia akan cakap "hello ladiesss!"
masa tu menggeletis kite jawap "i am lady, i am lady" walopon usia dikira pedo jika bersama lelaki.
mamat tu slalu bawak towel kaler putih. |
|
|
|
|
|
|
|
minguk replied at 22-4-2016 05:38 PM
kite dulu kan masa tgk wrestling ni suka sorang mamat ni, nama lupa tapi dapat je mic mesti dia akan ...
Val Venis
|
|
|
|
|
|
|
|
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... tu dia... tq!
"HELLO LLLADIES!"
|
|
|
|
|
|
|
|
woiii korang... xde yg ingat si Khali ker.. iol paling menyampah kalau khali masuk ring...dah laa xpernah bercakap, pastu ak rase dia mcam orang zaman purba jer. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Great Khali neh yang paling potong stim
|
|
|
|
|
|
|
|
majalah tu mula2 namanya dunia gusti
pastu tukar jd arena gusti
|
|
|
|
|
|
|
|
Great Khali neh yang paling potong stim
hahaha...memang pun, iol kalo si Khali masuk mmg nak menyumpah je keje. Macam bodoh2 alang pun ye jugak. benci giler ngan Si katik manager dia tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
wrestling ni mcm kita tgk citer kartun
masa kecik2 dan awal dewasa kita suka tgk
bila dah tua bangka mcm korang smua , mmg dah tak amik tau lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Malang hidup sebagai penggusti
http://www.malaysiakini.com/sukan/338837
Hari ini, 4:58 petang  Hari ini, 5:25 petang
Kematian Chyna semalam memang mengejutkan ramai, terutama jika melihat kepada usianya yang belum pun menjangkau 50 tahun.
Dianggap masih 'muda' kematian Chyna, 46, sebenarnya satu lagi siri 'kejutan' dialami dunia sukan gusti.
Pada 8 April tahun lalu James Brian Hellwig menghembus nafas terakhir sebelum sempat meraikan usia ke-55. Hellwig adalah nama sebenar Ultimate Warrior.
Kemudian pada Ogos tiba giliran ajal Rowdy Roddy Piper - atau nama sebenarnya Roderick Toombs, 61.
Jika usia mereka dianggap sudah lanjut, lihat pula kematian dua penggusti ini - Curt Henning atau lebih dikenali sebagai Mr Perfect, dan Andre the Giant (gambar).
Mr Perfect baru berusia 44 tahun ketika meninggal dunia pada 2003, manakala Andre - atau Andre Roussimoff, berusia 46 tahun ketika menemui ajal pada 1993.
Bagi penggusti daripada kelompok WCW pula nasib yang menimpa juga tidak banyak bezanya.
Membelasah, dibelasah
Rick Rude meninggal dunia akibat kegagalan jantung ketika baru berusia 40 tahun; Brian Pillman pula lebih awal iaitu berusia 35 tahun akibat masalah jantung. El Gigante - pemain bola keranjang dari Argentina sebelum menjadi penggusti - meninggal dunia akibat kencing manis ketika berusia 44 tahun.
Sesetengah pihak berpendapat kegagalan jantung dan masalah kesihatan berkaitan sebenarnya disumbangkan oleh pengambilan dadah dan steroid di kalangan penggusti.
Pada masa sama pengambilan alkohol pula sesuatu yang lazim di kalangan mereka.
Dibelasah dan membelasah lawan di gelanggang, persembahan penggusti WWE memang menghiburkan ramai.
Bagi penggusti wanita watak mereka bukan sekadar mempersona sebagai kaki gaduh sebaliknya bagi sesetengah orang mereka adalah 'hiburan dari sisi gelap' - sesuai dengan penampilan mereka dengan pakaian yang minimum.
Chyna kemudian melepasi batasan itu dengan menceburi sektor lakonan filem lucah dan bergambar untuk majalah Playboy.
Sebelum itu WWE membentuk Chyna menjadi watak yang memberi inspirasi kepada ramai wanita.
Realiti di luar gelanggang juga 'ganas'
Dia dibebaskan WWE pada 2001 dan tanpa sokongan kewangan yang kukuh kewujudan Chyna semakin dilupakan.
Malah penggusti yang diberi nama sebenar Joan Marie Laurer itu sendiri mengaku dia tidak dibenarkan memakai nama Chyna atau sebarang watak itu selepas keluar dari WWE.
Sebabnya, WWE memiliki hak ke atas nama berkenaan.
Dalam keadaan begitulah dia akhirnya menjadi pelakon filem lucah.
Ia memang nasib yang malang. Menjadi Chyna sepanjang masa ketika bersama WWE, dia 'kehilangan' dirinya sendiri sekali gus dan sekelip mata.
Sebagai penggusti hidup mereka sebenarnya seganas aksi yang dipamerkan di atas gelanggang.
Selain kesakitan dialami ketika beraksi, penggusti juga terpaksa melalui perjalanan panjang dan kerap untuk mengadakan pertunjukan dari semasa ke semasa.
Tiada siapa peduli
Segalanya dilakukan demi wang. Isunya ialah, tiada mana-mana pihak yang benar-benar menjaga kebajikan mereka. Pada masa sama penggusti juga tidak pasti bilakah bayaran seterusnya akan diterima.
Gusti adalah sukan yang mempunyai cabaran dan persaingan sangat tinggi namun segalanya hampir dimonopoli oleh WWE.
Pada 2003 program Real Sports With Bryant Gumbel mendedahkan sejak 1997 lebih 60 penggusti di seluruh dunia mati pada usia 45 tahun atau kurang daripada itu.
Pada 2014, laman sesawang FiveThirtyEight meneliti siri WrestleMania VI yang diadakan pada 1990.
Daripada 14 siri perlawanan yang diadakan, hanya lima penggusti masih hidup 24 tahun kemudian.
Kes Chris Benoit (gambar) pula mungkin sedikit berbeza apabila kematiannya tidak bersendirian. Benoit, 40, membunuh isteri dan anak lelakinya yang baru berusia tujuh tahun sebelum dia sendiri menggantung dirinya di rumah mereka pada 24 Jun 2007.
Piper sendiri pernah membangkitkan isu kematian muda penggusti pada 2003.
"Semua orang akan mati tetapi penggusti semuanya mati muda dan tiada siapa peduli. Gusti memusnahkan mereka," katanya.
WWE memecat Piper sejurus selepas kenyataan berkenaan dibuatnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju....i suka Randy Orton & tak faham kenapa orang suka John Cena...kahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 22-4-2016 03:42 PM
adik bradik tu watak WWE jah
takde nye nak adik bradik hehe
Huk aloh! Mati2 iols igt undertaker dgn kane tu adik badik seibu sebapak.. Haha!
Skrg ni kat wwe ada wyatt family.. Geli tgk janggut2 tebal theyols tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
John Cena tu ala2 romantik laa gitu
King Of Kisses konsepnya
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa mcm nak hempuk jah sorang2.
dah laa kalau bercakap tu berjam-jam
bosan betul
|
|
|
|
|
|
|
|
Brayy Wyatt tu abang kandung Bo Live
I suka Brayy, watak dia best, skill pun best. Zaman dulu2 masa dia dgn team NXT (Wade Barret jadi leader) tak menyerlah sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
ai tak lalu ngan family tu.
kalau dorang kuar jah, ai terus bangun tak layan dah
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha.....i suka dia punya darkness side
macam pakcik Taker juga, setiap kali keluar zaman dulu dulu mesti rasa seram
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh sama pulak... ai kecik2 dulu kalo kat kpg selalu join nenek dan kakaknya aka nenek sedara ai layan gusti. Dia org siap baring2 lg depan TV, sambil jd pengulas hahahaa
|
|
|
|
|
|
|
|
err soklan ni dah tak releven utk ditanya pada zaman sekarang. smua org taw fight in a ring tu betui, BUT it just a show, a performance. nak buat sesuatu move dalam gelanggang tu kena kerjasama dua2 pihak, kalau satu pihak saja alamatnya takkan jadi. boleh tengok rancangan Tough Enough, betapa depa sangat menitikberatkan soal keselamatan bila buat sesuatu move kat opponent. nk tumbuk, bodyslamming bagai smua kena ada teknik dan kerjasama.
yg fake tu storyline..dalam gusti ada istilah kayfabe. iaitu stage act utk meyakinkan audience yg act tu adalah real. contoh kalau ada wrestler yang dah tak disambung kontrak, depa akan buat storyline kalau dia kalah kena blah dari company tu bagai. sama gak kalau wrestler tu cedera dan perlu berehat depa akan buat storyline mcm wrestler tu cedera masa in ring performance cthnya dia ada match lalu kena belasah teruk2. sampai cedera dan terpaksa berehat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|