CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] AMBOI-AMBOIII:Penjawat Awam Ditangkap Sarap & Beli Belah Waktu Kerja!

[Copy link]
Post time 16-2-2015 04:34 PM | Show all posts
Jabatan mana bole senang2 ngular ni......sorang wat taik,sume kena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2015 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin didikan agama tak berapa nak kuat...harap sembahyang aje kot...tapi halal haram tak faham-faham.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2015 04:47 PM | Show all posts
Gambar hiasan
[url=][/url]



SIKAP segelintir kakitangan awam curi tulang waktu bekerja ibarat kudis lama yang masih tidak pulih dalam sektor perkhidmatan awam.

        Melihat kelibat mereka menghisap rokok selepas sarapan, walaupun jam menunjukkan 10.30 pagi di gerai-gerai bukanlah perkara asing.

        Malah ada yang sanggup ke luar kawasan, semata-mata mahu menikmati makanan kegemaran mereka tanpa menghiraukan waktu bekerja.

        Ada juga yang mengambil kesempatan berniaga dalam pejabat, melakukan urusan peribadi, urusan ke bank, mengambil dan menghantar anak ke sekolah dan pelbagai lagi kegiatan yang sinonim dengan budaya kerja segelintir penjawat awam.

        Ini belum dikira dengan kedatangan lewat tetapi menuntut kerja lebih masa apabila pulang lambat.

        Baru-baru ini juga, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi turut menegur penjawat awam di Selangor yang culas dan gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

        Namun, kebanyakan mereka terus berasa selesa dengan pelbagai imbuhan tetapi mutu kerja yang diberi tidak setimpal.

        Disebabkan segelintir perangai jelik penjawat awam ini, masyarakat terus memandang serong terhadap sektor awam walaupun yang melakukan perkara itu bukanlah semua.

        Ikuti kupasan Sinar Harian dalam isu membabitkan segelintir kakitangan awam yang dilihat seolah-olah makan gaji buta dan tidak komited dalam menjalankan tanggungjawab hakiki mereka.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/penjawat-awam-culas-kena-terjah-1.360898

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 04:48 PM | Show all posts
fredbok87 replied at 16-2-2015 04:31 PM
hehe... mesti penah sopping time keje kan....

aku pernah kursus..kursus habis awal...pukul 4.30 kot aku dah terpacak kat Carrefour..terserempak staf lain...hahaha...salah aku ke?? kalau dari tempat kursus aku nak masuk balik kerja, dalam pukul 5 gak sampai...serupa tak masuk kerja gak...tapi bila sampai info kat orang atasan, depa bukan tanya aku macam mana boleh sampai situ in detail, depa terus query indirectly kenapa aku pergi kursus berminggu-minggu..betul ke aku pergi kursus? dah orang atasan lain panggil aku pergi kursus..aku pergi ajelah..kalau pergi sendiri berpuluh ribu kos ooo...baik aku tumpang je kursus tu...alhamdulillah..tq pada bos2 yg panggil aku ke kursus tu...bnyk ilmu dpt..cuma sekarang dah lupa lah kot sebab jarang praktis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2015 04:50 PM | Show all posts
Tidak rasa terancam punca buat kerja sambil lewa

PENGANALISIS ekonomi berpendapat punca utama kakitangan awam culas ialah sistem kerja yang tidak mendesak untuk bersaing sehingga membuatkan mereka selesa dan tidak mementingkan prestasi.  

        Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, meskipun penjawat awam diberikan imbuhan dan bonus yang besar namun masih tidak menjamin kualiti kerja yang diberikan kepada orang ramai.

“Sewajarnya bayaran bonus diberikan berdasarkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditampilkan setiap penjawat awam.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu kaji semula kaedah mengukur kualiti pekerja. Malah jabatan itu juga wajar lebih telus dan fokus kepada kualiti kerja yang boleh diukur,” katanya.

        Menurut beliau, penjawat awam yang tidak mencapai KPI yang disasarkan hanya layak menerima gaji bulanan seperti biasa tanpa bonus.

“Setiap pekerja perlu ada KPI untuk menentukan pemberian bonus dan kenaikan pangkat kena ada KPI yang jelas.

“Sekiranya gagal menampilkan kualiti dan prestasi kerja penjawat awam tidak menerima imbuhan, dengan garis panduan baru ini penjawat awam lebih peka,” katanya.

        Abdul Rahim berkata, negara kita berdepan masalah keculasan penjawat awam ini kerana saiz jumlah perjawatan yang ramai.

“Situasi ini misalnya dalam satu jabatan memerlukan 10 orang kakitangan tetapi terpaksa lantik 20 orang kerana terdapat pekerja yang curi tulang.

“Perkara tidak sihat ini telah menyebabkan negara mengalami kerugian dalam bajet perbelanjaan operasi,” katanya.

        Beliau berkata, negara berdepan kerugian kerana perlu lantik ramai kakitangan namun pada hakikatnya bilangan pekerja yang besar itu bertindih buat benda sama sebab dalam jumlah tersebut terdapat yang curi tulang.

“Sebelum ini pembayaran bonus kepada semua penjawat awam semua membuatkan mereka berasa selesa walaupun tidak menunjukkan prestasi kerja memberangsangkan.

“Pemberian bonus pada masa depan tidak boleh bayar satu bulan untuk semua. Berlaku pembaziran kerana penjawat awam yang cekap dan juga tidak cekap menerima insentif yang sama,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tidak-rasa-terancam-punca-buat-kerja-sambil-lewa-1.360903
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lina66 replied at 16-2-2015 08:26 AM
tapi mmg ramai la kat sane yg time keje bleh kuar shopping kejap.. makan2 mcm company mak ayah d ...

Khenn sis. Dah kenyataan. Yg shopping terus tak masuk pon ada. Terutama hari jumaat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2015 04:53 PM | Show all posts
hahh kan da kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 04:57 PM | Show all posts
bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2015 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
elmen replied at 16-2-2015 10:39 AM
kadang i yg kuar ade urusan, tgk bsepah org gomen melenggang kat shopping complex..dgn pakai nametag ...

Bodoh kan stok yg ngular dah lebih waktu, tp dok gayut pas kerja kat leher...akai letak kat lutut...

Stf telekom pun sama...kalu aku naik lrt pi keje...ramai je stf jm berbondong2 dlm lrt nak turun kat kerinchi?...walhal jam dh tnjuk kul 3pm...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 05:11 PM | Show all posts
macai replied at 16-2-2015 06:50 PM
Khenn sis. Dah kenyataan. Yg shopping terus tak masuk pon ada. Terutama hari jumaat.


Untuk org2 yg champion bab ugama dlm porem ni.. ttg halal haram... dorang mesti tau perkara yg dorang buat salah..
mencuri tulang waktu keje... dapat gaji dgn hasil menipu.. berkat or tak berkat tu rezeki   


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 05:11 PM | Show all posts
ha kan dah kene.........dan muka
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 05:16 PM | Show all posts
kwn aku cite staff telekom aritu kene sound ngn ceo dorang...ceo trun wt sportcheck gak..
kantoi tgk ramai g minum kt cafe bwh menara tu kul 10 pg...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 05:17 PM | Show all posts
MengkuduMasam replied at 16-2-2015 10:57 AM
kat tpt aku aritu pun CEO ade dtg ziarah kantin... esknya kuar memo...

tp yg kesiannya.... yg tgh ...

staff tm kan?kwn aku bdk tm cite benda yg sama gak..heheee
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 05:19 PM | Show all posts
Penyakit pekerja negara tak brapa nak maju...

Ngulor lebih dr kije...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 05:23 PM | Show all posts
bukang kat situ ajoh....semua daerah.....adoh guno kenderaan pejabat hantar anka cekolah....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 05:25 PM | Show all posts
Benda ni patut dijadikan pengajaran... Klu skali skala ker darurat...msh Boleh diterima...klu yg x sempat bfast..gi kafe jp..tapaw n naik opiz pun ok lagi...

Ni dh Mcm budaya...kadang2 kul 9 lebih msh btepek lepak Gelak borak kat cafe...bila kena tegur...bising...nk ajar Mcm mn pun dh x tau lg....peringatan utk diri sendri gk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2015 05:27 PM | Show all posts
skymania replied at 16-2-2015 05:03 PM
Bodoh kan stok yg ngular dah lebih waktu, tp dok gayut pas kerja kat leher...akai letak kat lutut. ...

eh mmg sakit hati ok sekaiiii.. ketawa n sembang punye kuat.. kdg kite tgh bincang dengan client, mengganggu sgt lah sbb dorang cakap kuat2.. bile kite tgk, tau pulak engkau nak menjeling..

ari tu dah kantoi staf laki aku mengular waktu keje.. tserempak, tau ko nak senyih2, dtg salam2, terus bgtau apehal pegi shopping complex pukul 11pg.. ade aku tanye? xpyh nak justify, aku report terus kat laki aku.. org lain keje mcm nak pitam2, ko bsenang lenang.. cukup bulan amik gaji.. bagi keje lebih skit merungut.. rase nak tonyoh kpala yg mane2 bengap sgt org gomen ni..




Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat negara maju mcm jerman contohnya masa berkerja diaorg pendek...tp produktiviti pekerja kat sana berlipat kali ganda dari pekerja negara kira
Kita nak waktu kerja pendek...kerja 4-5 hari seminggu...tapi boleh tak kita produktif mcm diaorang?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry ye...
Esok anya dah mula cuti... kalau nampak anya jalan2 shopping kasut. .. anya bukan mengulor...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 05:31 PM | Show all posts
ramai jer kat soppimg kompleks tu.. siap pakai nametag tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.081355 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list