CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: solstice

4 terbaik Piala Malaysia 2013: TRW, ATM, Sarawak & Pahang

[Copy link]
 Author| Post time 23-9-2013 12:54 PM | Show all posts
axl_bach posted on 23-9-2013 12:30 PM
tu laaa, skang nih kalo takat menang satu piala memang x berbaloi kalo dah melabur besar2an cam JD ...

JDT tu patut tunjuk gah kat AFC
Baru aku tulun sapot
Setakat hebat liga Msia jer... tapi lawan peringkat asean pon ala2 mintak nyawa.. sedih jer
Kalau JDT menang piala msia leh lah kut join AFC
Tp x nak lah JDT menang piala msia tahun ni

Rugi, patut JDT ganti selangor utk tket ke AFC next year
Selangor di ambang kegelapan
Next season, 8 star depa dah kena pancing ngan JDT/Felda
Misi 33 memang bawak badi

8 angkat kaki!2013/09/23 - 08:22:29 AM Oleh Wan Fakhrul Bakar






Baru saja tersingkir daripada saingan Piala Malaysia, Selangor kini hampir pasti terpaksa pula melepaskan lapan tonggaknya ke pasukan lain, musim depan ekoran penajaan RM8 juta setahun daripada Menteri Besar Incorporated (MBI) tidak mampu menandingi tawaran gaji lumayan oleh dua kelab berbelanja besar, Johor Darul Takzim (DT) dan FELDA United.

Johor DT dilaporkan menawarkan Amri Yahyah gaji RM1 juta setahun atau RM85,000 sebulan manakala tiga lagi pemain - penjaga gol Norazlan Razali, Mahalli Jasuli dan kapten Asraruddin Putra Omar - dikatakan bakal mendapat gaji antara RM40,000 hingga RM60,000 sebulan bersama kelab Harimau Selatan itu.


Empat pemain iaitu Nasriq Baharom, S Kunanlan, Solihin Kanasian dan Adib Aizuddin Ab Latif pula dikhabarkan bakal mengikut jejak bekas jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim apabila turut ditawarkan gaji lumayan bersama FELDA United yang berhajat besar naik semula ke Liga Super 2015.


Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2013 12:58 PM | Show all posts
stillen posted on 23-9-2013 12:45 PM
Setahu aku dulu scene bola time lwn Johor mmg xde org tgk..sejak akhir2 nie ja..
Adakah scene nie a ...

Selagi TMJ minat melayan
Shiny new toy
Bila dia dah bosan.. bye bye lah
Macam x lamaaa jer

Tapi, sejak kelantan naik
Semua org politik/pemimpin nampak bahawa bola adalah satu cara promot diri
Buktinya, Nuar musa menang parlimen
Pas tu, TMJ pon makin  disukai oleh org Johor
Dengarnya KM melaka pon nak up kan tim melaka next year

Polis... x tau lah
Setau aku depa memang bersaing ngan atm
Takkan nak tengok jerr ATM gah dalam bola
Malu lah geng polis
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach posted on 23-9-2013 12:29 PM
macam ko tau sgt pasal bola....HASSAN MISKAM pun ko x kenal?

set2 since 2013 jer nih.....alaaaa ...

Ms era anak wak miskan tu.. Takde fans bakar flare ms kalah, xde fan berlari2 anak dipadang tendang ref dan xde president dia sentap hanya mampu tunjuk samseng kat ref
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
solstice posted on 23-9-2013 12:49 PM
Walao pon next season JDT makin banyak bintang & tahi bintang
Harap tim depa flop lagi
Bole wat  ...

Thn ni bukan jdt dibintangi star gak ke??? Sama jerrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 01:05 PM | Show all posts
peYno posted on 23-9-2013 01:03 PM
Thn ni bukan jdt dibintangi star gak ke??? Sama jerrr

Bintang ramai... tahi bintang on ramai gak

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
solstice posted on 23-9-2013 12:54 PM
JDT tu patut tunjuk gah kat AFC
Baru aku tulun sapot
Setakat hebat liga Msia jer... tapi lawan p ...

Bagus wartawan ni.... Dia sebut bukan tim byk duit... Tapi tim berbelanja besar aka tim boros

Berbelanja besar x semestinya byk duit... Cuma x bijak membelanjakan duit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2013 01:08 PM | Show all posts
peYno posted on 23-9-2013 01:00 PM
Ms era anak wak miskan tu.. Takde fans bakar flare ms kalah, xde fan berlari2 anak dipadang tendan ...

nampaknya kenyataan abg peyno ni menunjukkan abg peyno peminat tegar team johor era 90an. abg peyno selalu ke pergi stadium larkin masa zmn kanak2 dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 01:27 PM | Show all posts
haku predik pkns juara piala mesia kali ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 01:47 PM | Show all posts
solstice posted on 23-9-2013 12:48 PM
Perlu kah JDT asyik nak curi star2 kelantan
Mentang2lah banyak duit
Piya pon di curinya

da comfirmn ke piya gi johor..smlm aku borak ngan ank pengerusi klb peminat rw..aku ckp piya nk gi johor..aku lak kena...piya blm komen apa-apa pun lg.jgn buat fitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 01:52 PM | Show all posts
pemain top ni dipancing ke JDT untuk memastikan pasukan lain tiada player bagus je....kebanyakkan palyer yg dibeli akan disimpan je nanti...lama tak main skill out la...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 01:54 PM | Show all posts
baca kat pesbuk tadi cakap persatuan bola sepak perak gantung semua pegawai dan pemain selama 2 minggu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
benzo33 posted on 23-9-2013 01:08 PM
nampaknya kenyataan abg peyno ni menunjukkan abg peyno peminat tegar team johor era 90an. abg peyn ...

Ms era tu... Anak raja president since 2013 tu tgh buat apa???
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 01:56 PM | Show all posts
stillen posted on 23-9-2013 12:45 PM
Setahu aku dulu scene bola time lwn Johor mmg xde org tgk..sejak akhir2 nie ja..
Adakah scene nie a ...

diorang g stadium sebab nak tengok JDT kalah je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 02:18 PM | Show all posts
cupu posted on 23-9-2013 01:47 PM
da comfirmn ke piya gi johor..smlm aku borak ngan ank pengerusi klb peminat rw..aku ckp piya nk gi ...

Mana boleh komen lagi uolss
Saingan piala malaysia x abes lagi
JDT dah lama berunding nak amik player2 depa suka dari mana2 tim melalui pintu belakang
Biasa lah perangai caprut JDT khennnnnn.....

Jangan abai tanggungjawab
Oleh HASHNAN ABDULLAH
[email protected]


PUTRAJAYA - Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengingatkan semua pemain The Red Warriors (TRW) agar memberi sepenuh hati dan tumpuan kepada pasukan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia 2013, biarpun sebahagian besar daripada mereka bakal berhijrah, musim depan.

Annuar sebelum ini mengakui, majoriti tonggak utamanya mahu beralih angin musim depan, malah ada beberapa pemain yang sudah menemuinya sendiri untuk menyuarakan mengenai hasrat meninggalkan pasukan.

Beliau tetap dengan pendirian untuk tidak menghalang pemain daripada pergi, namun itu tidak bermakna kesemua pemain tersebut boleh bersikap sambil lewa dalam kempen Piala Malaysia yang bakal memasuki peringkat suku akhir, minggu ini.

Kelantan, juara treblemusim lalu akan menentang Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (Johor DT) pada suku akhir pertama, Sabtu ini.
“ Pada masa ini, semua pemain terlibat sedang mengadakan rundingan sama ada secara terang atau sembunyi.

“ Pesanan saya kepada pemain berkenaan, walaupun mereka akan menerima tawaran tersebut, tetapi sekarang ini saya minta mereka menumpukan terlebih dahulu sehingga saingan Piala Malaysia tamat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-10 UniKL di sini, semalam.

Kelmarin, Kelantan mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia selaku juara Kumpulan C selepas membelasah Pahang 4-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Biarpun bakal kehilangan ramai tonggak penting, Annuar tetap melahirkan rasa bangga kerana banyak pasukan lawan yang mahu memancing pemain TRW untuk saingan musim depan.

Beliau berkata, senario itu menunjukkan keberkesanan pelan pembangunan pemain yang digunapakai oleh KAFA selama ini.
‘‘ Pemain yang saya ambil dahulunya bernilai sekitar RM3,000 hingga RM4,000 tetapi sekarang ini, nilai mereka sudah melebih RM30,000 hingga RM40,000.
‘‘Sudah tentu, kita galakan mereka menerima tawaran itu dan KAFA sendiri sudah bersedia untuk terima situasi tersebut," katanya lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130923/su_02/Jangan-abai-tanggungjawab#ixzz2fh5RIeGd
© Utusan Melayu (M) Bhd

Last edited by solstice on 23-9-2013 02:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 02:23 PM | Show all posts
solstice posted on 23-9-2013 12:54 PM
JDT tu patut tunjuk gah kat AFC
Baru aku tulun sapot
Setakat hebat liga Msia jer... tapi lawan p ...

perrghhhh,dahsyat btol nilai Amri Yahyah,RM85 sebulan dollllll.....baru dgr semalam dlm berita di radio Amri kata dia cam berat ati nak tinggalkan The Red Giant n masih berhasrat utk kekal di Shah Alam, x tau laa kot2 tawaran terhebat di pasaran tu wat hati dia berubah...apapun pilihan Amri aku rasa dia dah pikir semasak2nya n itu yg dirasakan terbaik utk diri dia......

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 02:25 PM | Show all posts
cak! posted on 23-9-2013 01:27 PM
haku predik pkns juara piala mesia kali ni

aku lak rasa cam Sarawak akan wat kejutan terbesar dgn menjuarai Piala Msia tahun nih biarpun digelar cap ayam oleh JoHaRa bodoh nak mampus tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 03:18 PM | Show all posts
solstice posted on 23-9-2013 02:18 PM
Mana boleh komen lagi uolss
Saingan piala malaysia x abes lagi
JDT dah lama berunding nak amik p ...

management JDT memag tak tahu peraturan musim belum habis dah sebok menganggu pemain sepatutnya habis piala malayisa baru boleh kontek pemain yang dia nak ini telah menggangu focus coach team lain . FAM tak buat apa2 ke pasal ni ke telur kecut jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 03:30 PM | Show all posts
razzmat posted on 23-9-2013 03:18 PM
management JDT memag tak tahu peraturan musim belum habis dah sebok menganggu pemain sepatutnya ha ...

Depa pura2 x tahu jerr tu
Tambah2 pulak boss anak raja
Harus lah FAM pon wat dono jahs
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tensic~ posted on 23-9-2013 01:54 PM
baca kat pesbuk tadi cakap persatuan bola sepak perak gantung semua pegawai dan pemain selama 2 ming ...

gantung panama?dah out,cuti laaa..ke gantung=x bayar 2 mggu gaji?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 03:37 PM | Show all posts
razzmat posted on 23-9-2013 03:18 PM
management JDT memag tak tahu peraturan musim belum habis dah sebok menganggu pemain sepatutnya ha ...

silap2 FAM takde peraturan/klausa yang menghalang mana2 pasukan memancing pemain dari pasukan lain semasa musim belum berakhir. maklumlah, sebelum ni persatuan bola negeri mana ada modal besar. Semua tahap kewangannya lebih kurang je.
tiba2 wujud pulak team sejak 2013 yg ada dana besar. suka suki pulak memancing2.

FAM perlulah bertegas. peraturan yg ada kena kuatkuasakan tanpa ada pilih kasih. kalau takde peraturan, buat peraturan. Ni nilai pemain yg ada pun bukanlah setaraf dgn nilai yg dilaburkan. goyang bontot je lebih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.636848 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list