CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Magika

[Tempatan] Wartawan RTM diserang penyokong PAS di Kelantan (Laporan polis page 7)

[Copy link]
Post time 23-4-2013 09:55 PM | Show all posts
bila orang munafik bawak khabar berita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2013 10:42 PM | Show all posts
kasihan macai.. dengar2 dari sumber, benang kalu kantoi kena potong elaun..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 01:40 AM | Show all posts
walaupun TT dah kantoi,
tapi tetap bagi aku owner hilux tu celaka, perangai lagi hina dari binatang...
kalau dah menghalang jalan orang, apa salahnya celaka tu minta maaf ja, lepas tu alihkan kereta..
dah buat salah, sentap pulak...cari gaduh dengan oran lain..setan...
malunya aku kalau dapat ayah berperangai hina macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 01:51 AM | Show all posts
Al Fatihah..

Dah tau sakit jantung awat pi layan lobai gedebe?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 02:00 AM | Show all posts


Isteri mangsa, Wan Tharirah Wan Ibrahim, 52, bersama anak sulungnya NurSyafran Mohamed, 27, menunjukan kad pengenalan suaminya Mohamed Yaakub yang maut di hadapan rumah.


Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan meninggal dunia dipercayai serangan jantung selepas berlaku pertengkaran mulut dengan seorang penyokong Pas di luar rumahnya, di hadapan markas parti, di Bandar Lama di sini, awal pagi tadi.

Mohamed Yaakub, 61, yang berkhidmat dengan RTM lebih 20 tahun sebagai jurukamera sambilan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang kira-kira jam 1 pagi selepas sesak nafas.

Kejadian itu berlaku di hadapannya isterinya, Wan Thahirah Wan Ibrahim, 52, yang menyedari selepas mangsa menekan hon kereta beberapa kali sebaik tiba di hadapan rumah kira-kira jam 12.45 pagi sebelum berlaku pergaduhan berkenaan.

Wan Thahirah berkata, beliau yang terkejut bunyi hon kereta suaminya itu bergegas membuka tingkap untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku sebelum ternampak halangan sebuah kenderaan pacuan empat roda milik calon Pas Dun Galas itu berada di hadapan rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 02:14 AM | Show all posts
Perang mulut pulak.. sebelum ni kata ditumbuk...

Jurukamera RTM mati dipercayai diserang penyokong parti

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU 23 April - Jurukamera sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini kira-kira pukul 1.15 pagi ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas Allahyarham membunyikan hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh seorang penyokong parti berkenaan.

Menurut sumber, seorang lelaki yang berada di pejabat parti Gua Musang itu telah datang ke arah mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum beliau ditumbuk.

"Isteri mangsa yang berada di rumah terkejut dengan kejadian itu dan terus menjerit meminta pertolongan, tiga lelaki yang berada di pejabat parti telah datang dan menyuraikan keadaan.

"Mangsa yang lebam di muka kemudiannya di bawa masuk ke rumah dan mangsa kemudiannya meminta ubat daripada isterinya sambil mengadu sakit dada, beliau kemudian di bawa ke Hospital Gua Musang dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Allahyarham sebelum ini telah disahkan menghidap sakit jantung dan darah tinggi.

Sebelum kejadian Mohamed dikatakan membuat liputan program calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan daripada pihak polis. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... parti#ixzz2RJMmRiQY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2013 02:55 AM | Show all posts
So kereta tu milik calon pas dun galas? siapakah itu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 03:12 AM | Show all posts
PitMie posted on 23-4-2013 06:42 PM
HAAAA...........KAN DAH KENAAAA!!!!!!!!!!!!!!

yeke....mcm la ketua polis tu ada kat situ..spe yg tau...yg pertengkaran mulut tu pasaipa...tkde gaduh tu,arwah mesti hidup sihat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 03:13 AM | Show all posts
highcastle posted on 23-4-2013 06:48 PM
Salah tetap salah.. tapi dari apa yg aku baca dlm laporan polis tu kata mamat yg menghalang tu yg  ...

tulah pasal kan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 03:14 AM | Show all posts
thessailly posted on 23-4-2013 06:51 PM
kenapa mangsa kata "inikah cara islam di hadapan rumah orang" pada pemilik hilux underpower??

-se ...

betul kata hang tu...conclusion nye takde gaduh,takda arwah ehhhh

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 03:15 AM | Show all posts
addamnor posted on 23-4-2013 06:59 PM
Mati sbb sakit jantung derrr bukan kena pukul henjut hentai tibai bagai..

pertengkaran mulut mu ...

tu maksudnya membunuh dalam 'SENYAP' LOL!!!

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 03:19 AM | Show all posts
duritajam posted on 24-4-2013 02:00 AM
Isteri mangsa, Wan Tharirah Wan Ibrahim, 52, bersama anak sulungnya NurSyafran Mohamed, 27, menu ...

Haaaa kau nampak tuuu milik calon pas..

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 06:01 AM | Show all posts


jenazah jurugambar rtm
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 08:23 AM | Show all posts
sepaileman posted on 23-4-2013 09:55 PM
bila orang munafik bawak khabar berita

Pelik teman dengan deme ni. Muka tak tau malu.
Ngelenyor sgt nak menangkan BN sampai bangga diri dok heboh citer2 pitenah.
Aje ngan ga mim pa nga
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 08:29 AM | Show all posts
tulis laa utusang........yang boleh baca tu baca laa selagi termampu.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 08:40 AM | Show all posts


masyaallah...ini bukan sandiwara....tak mencerminkan orang Islam langsung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 08:41 AM | Show all posts
Hot tempered punya pasal ni.....

ramai org2 pantai timur yg hot tempered nih...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 08:42 AM | Show all posts
sampai dtg sabah pun pandai tunjuk2 hot tempered nih....siap bawa parang lagi....peh.....siap maki adik sendiri lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 08:44 AM | Show all posts
harap jika BN menang di Kelantan dapat mengurangkan penggunaan gula di Kelantan yang mana hanya menyebabkan keburukkan kepada diri manusia itu sendiri, gula putih hanya menyebabkan merana.....orang Kelantan patut kurangkan pengambilan gula baru boleh pikir dengan matang
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 08:46 AM | Show all posts
dah 2 org wartawan rtm kan..sorang kat kedah sorang kat kelantan....innalillah.......dlm laporan polis tulis bergaduh dan bertengkar...tak nampak ditulis keganasan fizikal bertumbuk ke ape
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.057336 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list