|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36
[Copy link]
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Aku terjaga sebaik mendengar azan Subuh. Aku keliru melihat keadaanku yang kusut masai itu. Aku melihat Ammar di sebelahku sedang lena dengan tangan kanannya memelukku. Apa yang terjadi? Aku bangun dari pembaringanku. Kepalaku bekerja keras mengingati apa yang terjadi. Ammar juga terjaga. Dia senyum kepadaku yang sedang terpinga-pinga.
“ Terima kasih sayang kerana menunaikan kewajipan sayang pada abang. Abang takkan sia-siakan saying selama kita menjadi suami isteri.. Abang cintakan awak Lily Dayana Binti Hamid. Sangat cintakan awak. Hanya sayang isteri abang dunia akhirat.”
Aku memeluknya. Aku sudah ingat apa yang terjadi. Aku menangis dalam pelukannya. Moga kebahagian ini akan berkekalan hingga akhir hayat kami.
“ Sayang, sudah jangan menangis lagi. Mari kita pergi mandi, kita solat Subuh bersama.”
Dia menarik lenganku. Kami menuju ke bilik air bersama tetapi aku menyuruhnya mandi dahulu. Takkanlah nak mandi sekali.
Kelihatan ayah mertuaku, Paklong dan Pak Udaku telah bangun dan menggerakkan yang lain. Geli hatiku melihat telatah keluargaku ini. Macam-macam ragam yang dipamerkan. Terasa bahagia aku saat ini. Kalaulah arwah mak masih ada, tentu seronok dia melihat keluarganya telah bersatu kembali.
Selesai mandi, aku bergegas ke bilik. Suamiku sedang menantikan aku untuk berjemaah bersama. Kali pertama kami berjemaah bersama. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan suami dan keluarga yang baik padaku.
********************
Last edited by wipers81 on 15-8-2013 05:08 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
“ Ish budak bertuah ni, awak tu nak jadi raja sehari. Bawak-bawaklah berehat, janganlah buat kerja sangat. Letak kat situ barang-barang tu dik! Dah nak pukul sebelas pagi ni. Ajak laki kau tu, pergi bersihkan badan. Sekejap lagi sampailah mak andam kau tu. Tak kuasa Maklong nak dengar dia membebel tau. Dah, pergi cepat…”
Maklong menolak badanku menjauhi dapur. Aku hanya menurut sahaja. Aku menggamit tangan kepada suamiku yang berada di luar. Memberi isyarat padanya supaya mendekati aku. Kelihatan dia berjalan menuju ke arahku yang sedang menanti di ambang pintu dapur atuk.
“ Ada apa sayang? Abang nak sudahkan goreng ayam tu. Seronoklah pula buat kenduri gotong-royong macam ni. Rasa dekat je dengan orang kampung. Sayang nak tahu tak, orang kampung awak ni ramah-tamah tau. Semua kata...”
Jari telunjukkku terlekat di bibirnya. Isyarat menyuruh dia berhenti bercakap. Becok juga suami aku ni. Sempat lagi laki aku ni nak bercerita mengenai kekaguman dia dengan semangat gotong-royong yang ditunjukkan oleh penduduk kampung ini.
“ Yelah tu, Maklong dah marah. Dia suruh kita siap. Tu, abang tengok jam dah pukul berapa? Karang Kak Rozi datang kena pot pet dengan dia, baru tahu. Sanggup ke abang nak dengar? Dah, jom lekas. Ramai lagi kat sana yang boleh goreng ayam.”
Aku terus berlalu. Tanpa membuang masa, aku masuk ke bilik air, membersihkan badan yang sedikit melekit. Sedang aku di dalam bilik…
“ Adik, Mak Uda suruh ambil baju laki kau sebab dia kena siap dekat rumah Tok Wan. Diorang akan berarak dari sana. Lekaslah dik. Kak Rozi pun dah sampai.”
Sedikit kalut suara kembarku. Tanpa banyak soal, aku menghulurkan semua kelengkapan suamiku padanya. Dia berlalu pergi. Tidak lama selepas itu, suamiku pula masuk ke bilik.
“Eh...mana baju abang sayang? Takkan nak suruh abang bersanding macam ni saja?” katanya sambil menayang badannya yang hanya dibaluti t-shirt dan tuala.
Apa salahnya kan? Barulah lain dari yang lain. Aku tergelak apabila membayangkannya. Hmm…bagus juga ni kalau masuk dalam berita…
Last edited by wipers81 on 15-8-2013 05:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
“ Ooo…gelakkan abangya. Jaga awak sayang. Dapat awak nanti abang takkan lepaskan awak.”
Aku berundur, cuba melepaskan diri darinya. Entah bagaimana, kaki aku tersadung sesuatu lalu aku jatuh terlentang di atas katil semasa cuba mengelak darinya. Dengan tidak sengaja, Ammar juga terjatuh di atasku.
Pandangan kami bersatu……masa terhenti seketika!!
“ Masha Allah budak berdua ni! Tak siap lagi ke? Sempat lagi nak bergurau senda pula. Yang kamu Ammar, apasal tak siap lagi. Kamu tu kena bersiap kat rumah sebelah. Hesy…dah macam perangai budak-budak kamu berdua ni.”
Puan Munirah melangkah keluar dari bilik pengantin itu kemudiannya. Dia tersenyumsebaik keluar dari bilik apabila melihat telatah anak menantunya. Dalam hatinyaberdoa semoga jodoh mereka berdua berkekalan.
“ Tulah abang ni, kan dah kena marah. Cepatlah siap, diorang dah tunggu awak kat rumah Tok Wan tu. Janganlah berlengah lagi, dah nak pukul dua belas ni. Cepatlah sikit pergi…”
Aku menolak sedikit badannya. Aduh…malunya aku dengan mak mertuaku yang nampak kami dalam keadaan begini. Terus aku bangun dari katil. Bukan boleh dilayan sangat perangai merenyam suami aku ni. Dia juga bangun tanpa diduga dia memelukku dari belakang.
“ Abang sayangkan awak dengan sepenuh hati. Abang sangat rindukan sayang…auch…sakitlah sayang”
Dia merintih kesakitan yang sengaja dibuat…..
Mana taknya, kandah kena siku dengan aku. Alah, bukan kuat mana pun, berlakon saja yang lebih.
“ Padan muka. Dah cepatlah, saya dah dengar suara kak Rozi kat luar sana tu…”
Tak sanggup pula aku nak kena bebel dengan kak Rozi nanti. Hesy…apa lagi yang suami aku ni tunggu…lagi teruk perangai merenyam dia hari ni. Nilah dia, dah bagi betis nak peha pula…..
“ Abang…..!!!” kataku.
“ Yelah, yelah….abang nak siap lah ni…” balasnya.
Tanpa membuang masa, dia menyarungkan seluar panjangnya. Dia menghampiri pintu setelah siap berpakaian lengkap. Aku memandangnya. Sempat lagi menghadiahkan flying kiss padaku. Layankan sajalah encik suamiku ini. Kalau tak, lagi lambat dia nak keluar.
Kak Rozi melangkah masuk ke bilik dan mula menghias aku……
Last edited by wipers81 on 15-8-2013 05:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
macam mana setakat ini...ok tak |
|
|
|
|
|
|
|
nallepooh posted on 13-8-2013 05:55 AM
biarlah dayana terus bahagia dgn Ammar..
dengan Ammar....mungkin tidak. ada bahagia lain menanti Dayana...tunggu bab yang seterusnya |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_picanto posted on 12-8-2013 12:52 AM
Nak lagi dan lagiiii...
saya dah tamatkan bab tamatkan bab 20. sudi-sudilah bagi komen pada karya saya ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
BAB 21
“ Wah...cantiknya kau dik. Macam pelakonhindustan dah akak tengok kau ni.”
Terkesima sebentar Liana sebaik melihat kembarnya yang telah siap dihias oleh kak Rozi itu. Memang cantik dan manis adiknya itu hari ini. Ikhlas pujian dari Liana. Dia akui yang adiknya kini, semakin cantik sekarang dan dia perasan yang kulit kembarnya juga semakin cerah. Bertuahlah kau Ammar.
“ Ada-ada saja kau kak. Mana ada aku cantik. Tak boleh lawan kaulah kak.”
Dengan rendah diri aku menyatakannya. Aku malu bila dipuji begitu.
“ Kau ni dik, janganlah merendah diri sangat. Dah memang kenyataan kau cantik. Eh…aku lupa pula. Ada orang nak jumpa kau dik. Ada kejutan untuk kau, sekejap aku panggilkan..” ujarnya melangkah keluar.
Liana ni suka sangat buat aku berdebar…..
“ Assalamua’laikum Dayana. Sampai hati kau dah lupa kat kitorang Yana.”
Kata suara itu. Aku berpaling sambil menjawab salam itu. Kemudian…..
“ Ya Allah kau ke Fara, Ecah, Enab,Fiza….Sofia…Azreena….rindunya aku kat korang…..”
Aku bangun dari kerusi lalu pergi mendapatkan mereka. Aku memeluk mereka seorang demi seorang. Menghilangkan rasa rindu terhadap mereka.
“ Siapa yang beritahu korang pasal ni?”
Mana mereka tahu tentang pekahwinan aku ini? Aku mengerutkan dahiku.
“ Sebenarnya Liana dengan abang sepupu kau datang ke JB hari tu. Diorang yang panggil. Kami naik bas tau datang sini. Orang kat sana, semua kirim salam pada kau Yana. Diorang terkejut dengar berita kau dah kahwin. Tak sangka, cepat betul kawan kita yang sorang ni kahwin.” Kata Fara.
Last edited by wipers81 on 16-8-2013 11:07 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Aku hanya tersenyum. Perlukah aku memberitahu mereka, apa yang telah berlaku padaku hingga terjadinya perkahwinan ini?? Kalaulah korang tahu peristiwa di sebalik pernikahan aku ni, sudah tentu korang semua terkejut. Aku hanya membiarkan semua persoalan itu tergantung begitu sahaja.
“ Yana, aku tengok kau dah makin cantiklah sekarang. Ini kalau Fahim tengok, mahunya angau lagi teruk dia. Bunga yang dipuja kini milik orang. Apa agaknya reaksinya kalau dia tahu?”
Air mukaku mula berubah. Aku tak menyalahkan kelancangan mulut Fara. Betul kata dia, bagaimana agaknya penerimaan Fahim andai dia tahu perkara ini? Azreena mencuit paha Fara. Fara menutup mulutnya kerana terlepas cakap.
“ Maaf Yana, aku tak sengaja. Kau jangan ambil hati dengan apa yang aku cakap tadi ya.”
Dia memohon maaf padaku. Bukan salah kau Fara….
“ Kau tak salah Fara. Apa yang kau cakap tu betul. Tapi, aku minta jasa baik korang, tolong rahsiakan perkara ni dari Fahim. Aku merayu sangat-sangat pada korang semua. Tolonglah ya!”
Beria-ia aku merayu pada mereka. Aku tahu Fahim masih lagi setia menungguku hingga sekarang.
“ Sampai bila kau nak rahsiakan dari dia, Yana. Kau tak kesiankan dia ke Yana? Sekurang-kurangnya kau lepaskanlah dia sekarang dari kau biar dia merana lama-lama. Tak baik Yana kau buat dia macam tu” kata-kata Azreena menusuk kalbuku.
Bukan salah aku. Aku langsung tak meletakkan apa-apa harapan padanya. Fahim sendiri yang berjanji mahu menunggu aku. Dalam setiap surat kepada Azreena aku berpesan, menyuruhnya memberitahu Fahim supaya melupakan aku. Kalau dia masih enggan melupakanku, apa yang boleh aku buat lagi.
“ Sudahlah, kita datang ke sini nak meraikan majlis kawan baik kita ni. Tengok, karang comot pula make-up kawan kita ni. Tak pasal-pasal lari laki dia nanti tengok muka serabai bini dia ni. Apasal pula kita nak buat dia sedih. Biarlah nanti aku cakap dengan Fahim. Aku akan nasihat dia. Puas hati semua.”
Tiba-tiba saja Sofia bersuara, cuba menceriakan keadaan.
Last edited by wipers81 on 16-8-2013 11:13 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Lantas, kami semua ketawa. Aku memeluk Sofia dan rakan yang lain. Terubat rinduku terhadap mereka. Dua tahun lamanya kami tidak bersua. Sambil menanti ketibaan rombongan pengantin lelaki, kami semua saling bertukar cerita.
******************
Jam sudah hampir ke pukul dua petang. Kedengaran bunyi paluan kompang di laman rumah atuk. Biar betul Maklong aku ni. Siap dengan kompang bagai. Mungkin, kerana aku merupakan cucu pertama yang berkahwin dalam keluarga ini maka sambutan kenalah meriah.
Aku rasa berdebar dihati sementara menantikan rombongan suamiku di pelamin. Ikutkan hati, aku mahukan pelamin yang serba ringkas sahaja. Namun, Maklong dan mak mertuaku beria-ia mahukan yang terlalu hebat begini. Aku hanya turukan sahaja.
Kawan-kawanku semuanya memuji aku. Kata mereka aku nampak sangat cantik dalam persalinan rajasehari itu. Kata mereka lagi, terserlah seri pengantin di wajahku. Aku hanya mendiamkan diri sahaja mendengarkan pujian-pujian itu. Yelah kot aku cantik???? Padahal, aku tetap aku…Lily Dayana @ Dayang Senandung….
Sebaik suamiku melepasi ‘tol’ yang ada sepanjang perjalanan menuju ke pelamin, kini sampailah untuk ‘tol’ terakhir iaitu kak Rozi yang sedang duduk di sebelahku di atas pelamin buatannya. Aku melihat kak Rozi menyambut sekeping sampul yang dihulurkan padanya. Dia membuka sampul itu dengan sebelah tangannya manakala tangannya yang sebelah lagi memegang kipas yang menutup mukaku.
“ Tak cukup ni. Ingat senang ke nak buat bini kau jadi lawa macam pelakon Hindustan.” Kata Kak Rozi.
Eh...eh...mata duitan sungguh mak andam aku ni. Macam-macam kak Rozi ni…
“ Amboi akak ni, tak cukup lagi ke? Nah lagi satu, kasilah peluang kat kawan saya ni nak tengok isteri dia. Tak kesian ke kat kami. Dari jauh kami datang ni?”
Aik…macam kenal saja suara mamat ni. Kelihatan kak Rozi menyambut sampul yang dihulurkan padanya. Dia membuka sampul itu dan kemudian tersenyum simpul.
Sukalah tu…..
Last edited by wipers81 on 16-8-2013 11:30 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
“ Macam nilah yang dikatakan urus niaga yang baik. Tunggu apa lagi, duduklah.” Katanya lalu bangun dari kerusi di sebelahku memberi laluan kepada suamiku pula.
Dia menurunkan kipas yang menutup mukaku. Sebaik kipas di mukaku diturunkan, aku tergamam melihat kumpulan manusia di hadapanku. Boleh dikatakan semuanya ada. Ayah Abu, Kak Long, Kak Ngah, Ibu Sarah, cikgu Wahid dan Rathi. Aku menoleh ke sebelah suamiku, Ramesh…memang aku dah agak bila dengar suaranya tadi. Aku senyum pada mereka.
Ammar seolah terpukau dengan kejelitaan isterinya. Sangat terserlah keserian wajah kesayangannya itu. Dia baru perasan, wajah isterinya iras-iras pelakon Bollywood Rani Mukherjee yang sedang popular dengan filem Kuch Kuch Hota Hai. Dia sudah banyak kali menonton filem itu sampaikan wajah isteri dia pun nak disamakan dengan watak dalamcerita itu. Ammar…Ammar, tapi bagus jalan ceritanya.
Nasib baiklah ramai orang kat sini, kalau tidak dah lama diterkamnya gadis itu. Hehehe…ada ke patut dia boleh fakir sampai macam tu. Janganlah gelojoh sangat Ammar. Ammar sudah nekad, bahawa gadis itu hanya untuknya dan dia tidak akan
mengizinkan lelaki lain mendekati apatah lagi menyentuh isterinya. Memang itulah sikap Ammar, dia tidak suka orang lain menyentuh barang miliknya.
Last edited by wipers81 on 19-8-2013 02:06 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Selesai majlis bersanding, kami berjalan beriringan menuju ke khemah makan untuk acara makan beradab. Ayah dan mak mertuaku memberi laluan kepada rombongan yang datang dari Segamat untuk makan bersama kami di meja pengantin. Di sebelahku, Kak Ngah, Kak Long dan Ibu Sarah manakala di sebelah suamiku Ayah Abu, cikgu Wahid dan Ramesh. Rathi lebih selesa memilih untuk bersama temanku dari JB. Cepat betul dia mesra dengan mereka.
“ Kamu sangat cantik hari ini Lily Dayana. Cikgu doakan semoga kamu berdua bahagia hingga ke akhir hayat. Ammar, jagalah isteri kamu dengan baik, jangan kamu sia-siakan dia pula nanti.” Ringkas nasihat dari cikgu Wahid.
“ Insya Allah cikgu, saya akan menjaganya ibarat menjaga nyawa saya. Terima kasih atas perhatian yang cikgu pernah berikan pada saya dan isteri saya.” balas suamiku lalu meraih tangan cikgu Wahid dan mencium tangan gurunya itu.
“ Cikgu, saya juga nak mengucapkan terima kasih pada cikgu kerana sudi datang pada hari ini. Saya agak terkejut bila lihat cikgu pun ada sama. Terima kasih juga kerana cikgu telah banyak menolong saya selama ini.” Aku menundukkan kepalaku sedikit sebagai tanda hormat padanya.
“ Apa sangatlah bantuan yang saya hulurkan pada kamu tu Yana. Eh…terlupa pula saya nak kenalkan isteri saya pada kamu. Mariam, nilah pelajar yang abang ceritakan tu. Mereka ni pelajar cemerlang tau." Kata Wahid pada isterinya.
Terus sahaja aku menghulurkan tanganku padanya dan dengan pantas dia meraih aku dalam dakapannya. Aku jadi tergamam!!
“ Baru hari ini akak dapat tengok tuan punya badan. Selalunya, akak hanya dengar cerita kamu dari cikgu kamu ni. Tapi, bila tengok orangnya terus akak rasa terpikat pula. Abang, saya teringinlah nak buat pelajar awak ni anak angkat saya, boleh ke bang?” soal Mariam kepada suaminya, Wahid.
Terkejut aku dengan pemintaannya. Takkan anak kot, nampak masih muda lagi isteri cikgu aku ni. Aku hampir nak tergelak, namun masih dapat mengawalnya. Lawaklah isteri cikgu Wahid ni.
“ Takkanlah anak, anggap adik angkat sudahlah. Tua sangat ke kita ni Mariam? Tanyalah dekat tuan punya badan dulu Mariam, abang tak kisah.” Balas Wahid.
Biar betul cikgu aku ni, macam boleh baca minda aku saja. Aku memandang suamiku, meminta izinnya. Dia menganggukkan kepalanya. Aku menganggukkan kepala kepada kak Mariam sebaik berpaling menghadapnya. Sekali lagi aku dipeluk olehnya.
Last edited by wipers81 on 19-8-2013 02:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Terasa letih seluruh badanku. Seharian melayan tetamu yang datang. Kini, aku duduk di khemah yang paling hadapan, melepaskan lelah sebentar. Sambil melihat mereka yang lain mengemas apa yang patut. Aku dan suamiku telah menukar pakaian. Kami sempat berjemaah solat Asar sebentar tadi. Tak sanggup aku nak pakai baju songket tu hingga ke petang. Berlengas rasa tubuhku kerana panas.
Banyak yang perlu dilakukan sebentar lagi. Orang-orang Segamat dan rakan-rakanku dari Johor Bahru telah lama pulang. Aku berasa sangat sedih kerana terpaksa berpisah dengan mereka. Semoga suatu hari nanti aku akan bertenu dengan mereka lagi.
Aku juga senang dengan perubahan Liana yang sedang belajar untuk berdikari sendiri. Mungkin aku yang terlalu memandang rendah akannya selama ini sedangkan dia lebih tabah dari yang aku sangkakan. Mak…kalaulah mak masih ada…??? Mak adik dah kahwin mak…aku memejamkan mata. Air mataku mula bergenang……
“ Kau bahagia ke dik?” Soal satu suara yang aku kenal.
Sedikit tersentak aku dibuatnya. Dalam hatiku berdoa, janganlah perangai ulat bulu dia tu masih ada buat masa ni. Teruk aku kalau Ammar nampak. Tidak mahu nanti dia salah anggap. Dia mengambil tempat di hadapanku. Aku cuba berlagak selamba.
“ Apa pendapat abang Iman dengan keadaan adik sekarang? Apa yang abang dapat tafsirkan?” soalku kembali.
Aku membetulkan tudungku yang senget sedikit di tiup angin. Kaca mata yang terlorot sedikit ku tolak naik. Aku memberanikan diri memandang wajahnya. Sejak sampai semalam, aku perasan dia langsung tidak menegur aku. Namun, aku biarkan sahaja dan adalah lebih elok sekiranya kami tidak bertegur sapa.
“ Entahlah, hanya tuan yang empunya badan yang lebih mengetahui. Kalau kau bahagia, abang tumpang gembira. Abang akan cuba menerima kenyataan yang adik dah jadi milik orang. Abang ada satu berita yang akan abang umumkan nanti. Hanya menunggu masa yang sesuai sahaja. Abang harap adik akan bersetuju. Jangan menolak seperti mana kau menolak abang dik.” Aku mengerutkan kening.
Tiba-tiba, tangannya menyentuh bahuku. Aku terkedu!! Ah…kacau ni. Dia seperti menguis sesuatu, rupanya…. sang kerengga. Ingatkan apalah tadi.
“ Maaf, boleh saya duduk sama? Rancaknya berbual. Topik apa agaknya yang disembangkan?” Sapa Ammar.
Ammar bersuara setelah dari tadi memerhatikan gelagat dua sepupu ini yang kurangmenyenangkannya. Dia sedang menahan amarah dalam hatinya. Rasa cemburunya meluap dengan insiden tadi. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja di tumbuk muka sepupu isterinya itu namun sedaya upaya cuba ditahannya. Berani kau sentuh isteri aku…
“ Takde apa yang menarik sangat pun, hanya sembang kosong saja. Okeylah dik, abang Iman minta diri dulu...” Dia kemudian berlalu pergi.
Last edited by wipers81 on 19-8-2013 02:20 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Aku memandang wajah suamiku yang duduk di sebelah. Kenapa ketat semacam saja muka dia? Apa yang tak kena pula dengan suami aku ni?
“ Apa yang sepupu awak buat tadi? Saya tak suka jika ada orang lain cuba menyentuh awak! Ingat Dayana, jangan kata saya tidak beri amaran pada awak andai ianya berulang lagi. Awak faham tak?!!” Sedikit tinggi nada suaranya.
Aku tersentak. Bekerut mukaku menahan kesakitan di lenganku akibat cengkaman tangannya yang agak kuat. Mana hilangnya perkataan sayang dan abang?
“ Kenapa dengan abang ni? Sakitlah tangan saya. Abang ingat saya suka ke orang sentuh saya tak tentu pasal!! Saya tak sempat nak elak tahu tak? Kalaulah saya tahu dia nak buat begitu, kan senang! Lepaslah tangan saya, sakit tahu tak?” aku merentap tanganku dari genggamannya.
Kelihatan sedikit merah pergelangan tanganku. Pantas, aku bangun lalu meninggalkannya sendirian di situ. Sebolehnya, aku enggan menangis di hadapannya. Kenapa sesuka hati dia memperlakukan aku begitu. Sedikit geram dengan kerenah suamiku itu. Hati aku sedikit demi sedikit mula menerima dirinya, tapi dengan insiden ini… entahlah. Aku melangkah masuk ke dapur. Air mata mula bergenang.
“ Dayana, mari sayang duduk sebelah mak.” Panggil emak mertuaku.
Aku pergi mendapatkan emak mertuaku dan duduk di sebelahnya seperti yang diarahkan. Ikutkan hati, mahu saja aku melangkah terus ke dalam bilik tetapi demi menghormati mak mertuaku, aku melangkah ke arahnya. Pergelangan tanganku terasa sedikit sengal.
“ Kenapa dengan tangan tu Dayana? Merah mak tengok? Apa yang terjadi ni?” Puan Munirah mengerutkan keningnya.
Sebenarnya, dia nampak kejadian tadi. Namun, sengaja dia ingin menduga menantunya itu. Ammar…Ammar… apalah nak jadi dengan kau? Dia maklum dengan sikap anaknya yang akan cuba mengawal dan menguasai apa yang menjadi miliknya. Dia tidak menyangka yang perangai anaknya itu turut ditempiaskan pada menantunya. Kasihan dia dengan menantunya itu.
“ Tak ada apa-apalah mak. Kena gigit kerengga tadi, tu yang merah. Saya masuk bilik dululah mak, nak sapu minyak sikit. Bengkak pula kalau dibiar lama.” Rasa bersalah kerana membohongi emak mertuaku mula bertandang di hati.
“ Yelah, pergi sapu minyak. Lambat sapu nanti, bengkak pula.” Kata Munirah lalu memeluk menantunya itu.
Aku terkedu dengan respon mertuaku itu. Aku hanya beriak bersahaja. Tidak mahu emak mertuaku mengesyaki apa-apa. Tanpa membuang masa, aku bangun dan terus sahaja berlalu ke bilik. Sebaik sahaja berada di dalam bilik, air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya laju sahaja mengalir. Apa salah aku? Tergamak Ammar melakukan aku seperti ini.
Last edited by wipers81 on 19-8-2013 02:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Bab 22
Ayah dan emak mertuaku telah lama pulang ke Segamat. Sejak kejadian dua hari lepas, aku sudah kurang mesra dengan Ammar. Aku sering mengelak darinya. Hati aku masih sakit dengan perbuatannya pada aku. Sehingga hari ini, hati aku masih sakit lagi dengan kejadian tempoh hari.
Malam ini, kami semua berkumpul di ruang tamu rumah atuk kerana abang Iman ingin menyampaikan sesuatu. Macam serius sahaja bunyinya. Ammar duduk di sebelahku. Dia memaut bahuku, aku hanya buat tidak tahu. Aku hanya berlagak selamba. Langsung tidak memandang wajahnya. Aku akan protes, biar dia tahu betapa sakitnya hati aku. Sesuka hati dia saja buat aku macam tu.
“ Eloklah semua sudah ada di sini. Iman ada berita yang nak disampaikan pada semua. Harap perkara ini mendapat restu dari semua. Sebenarnya, Iman nak melamar Liana. Kalau mak dan abah serta atuk izinkan, Iman nak kami bertunang secepat mungkin. Abang Iman harap adik setuju dengan lamaran ini.” sambil pandangannya dihalakan ke arah gadis yang pernah bertakhta di hatinya.
Terkejut aku dengan berita yang baruku dengar ini. Aku mengerutkan kening. Atuk dan Mak Uda ku lihat sangat gembira dengan lamaran ini. Aku sebenarnya tidak kisah, tapi agak keliru dengan motif sebenar abang Iman. Mengapa terlalu cepat dia membuat keputusan ini? Ikhlaskah dia melamar Liana ni? Tapi, kenapa aku yang lebih-lebih ni. Takkan cemburu pula aku ni. Ish….minta simpanglah. Mana tahu, memang dia ikhlas….
“ Kami tiada halangan Iman, asalkan kau berjanji akan menjaga Liana dengan baik. Maklong dan Paklong restui hubungan ini.” Kata Maklong. Dia juga turut kelihatan gembira dengan berita ini.
Last edited by wipers81 on 19-8-2013 04:18 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
“ Takkan tak nak tanya tuan punya badan dulu? Kak, kau setuju ke? Aku tak kisah kak, kalau kau suka aku pun tumpang gembira. Macam mana kak?” Tanyaku dan memandang ke arahnya.
Mengapa aku tidak dapat melihat sinar keikhlasan di wajah abang Iman? Namun, aku cuba buang jauh-jauh prasangka buruk terhadap abang sepupuku itu.
“ Liana tak kisah asalkan abang Iman ikhlas menerima Liana.” Ringkas jawapan dari Liana.
Dia sememangnya telah lama menyimpan hati pada abang sepupunya itu. Dia akui, kadangkala dia rasa cemburu dengan adiknya yang selalu mendapat perhatian abang Iman. Namun sekarang, dia sudah boleh menarik nafas lega kerana adiknya telah berkahwin dan dia bersyukur yang abang Iman sudi melamarnya. Padanya, sudah tiada lagi penghalang antara dia dan abang sepupunya itu.
“ Jadi, apa yang nak ditunggu lagi. Atuk pun tiada halangan. Cepatkanlah majlis pertunangan budak berdua ni. Tapi ingat, jangan biar lama-lama. Ko bila nak habis belajar Iman?” Soal atuk yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Sekurang-kurangnya hajatnya selama ini untuk menjodohkan dua orang cucunya ini termakbul jua.
“ Tahun ini juga atuk. Lepas Iman dapat kerja, kami akan berkahwin. Bagi Iman tempoh paling lama pun dua tahun.” Semua menganggukkan kepala. Kalau dah semua orang bersetuju untuk apa lagi aku membantah.
Aku tahu bahawa atuk telah mewasiatkan rumahnya kepada Liana cucu kesayangannya setelah dipersetujui oleh semua. Sudah pastilah kakak akan tinggal dengan atuk selepas ini kerana dia tidak berminat untuk sambung belajar lagi. Aku sempat bersembang dengannya sambil melepaskan rinduku pada kembarku di biliknya petang tadi.
Katanya, dia akan mula bekerja dengan Paklong tidak lama lagi. Cukuplah untuk menampung perbelanjaannya dengan atuk. Lagipun, bolehlah dia membantu Paklong dan menjaga atuk. Nampaknya, aku tidak perlu risaukan dia lagi kerana selepas ini kerana abang Iman akan menjaganya. Aku percaya abang Iman boleh membahagiakan kakak.
“ Wah, seronoklah kau Liana. Nampaknya tak lama lagi, kau pun akan berkahwin. Akak sajalah yang masih menunggu. Abang Eddy, bila nak beri kakak iparpada Ika?
Last edited by wipers81 on 19-8-2013 04:22 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Jelouslah dengan diorang berdua ni hah.” Sabar sajalah aku dengan kak Ika ni.
Kalau aku jadi dia, aku lebih suka habiskan pelajaran aku dahulu. Sebenarnya, itu adalah rancangan aku pada mulanya. Namun takdir penentu segala. Hakikatnya sekarang, terbuntang di depan mata ku. Status diri aku juga sudah berubah sekarang.
“ Iyalah tu, banyaklah kau punya kakak ipar. Kau ingat senang ke nak cari calon isteri sekarang? Ika ingat macam pilih ikan dekat pasar ke? Selagi abang tak jumpa yang berkenan di hati dan yang baik pekerti, jangan harap abang nak kahwin tau.” Balas abang Eddy. Kami semua hanya tergelak melihat telatah dua beradik itu.
“ Hai…lama lagilah mak dengan ayah ko ni nak rasa bermenantu. Jawabnya kena tunggu lagilah.” Keluh Maklong. Riuh suasana malam itu dengan hilai tawa kami semua.
“ Sabarlah Ida, kalau ada jodoh Eddy tu kahwinlah dia nanti.” Pujuk Paklong.
“ Adik minta diri dululah. Nak kemas pakaian sikit. Esok kami dah nak bertolak balik Segamat.” Terus sahaja aku meninggalkan mereka.
Biarlah mereka meneruskan perbincangan. Bukan apa, malas nak layan gelagat merenyam suamiku Ammar. Mana taknya, dari tadi lagi tangannya asyik merayap sekejap memaut pinggangku, sekejap meramas tanganku. Ei…lemas aku.
**********************
Selesai mengemas baju, aku berbaring sebentar di atas katil, menghilangkan lenguh-lenguh di badan. Rasa aman kalau aku dapat tidur seorang malam ni. Apakan daya, sekejap lagi mesti terjengul muka suamiku itu. Aku mengeluh…
“ Mengeluh panjang nampaknya isteri abang ni. Marahkan abang lagi ke? Abang minta maaf sayang. Abang tak berniat nak sakiti sayang. Tak tahulah apa yang jadi pada abang hari tu. Abang memang cukup pantang kalau tengok lelaki lain sentuh isteri abang. Abang harap isteri abang faham ya. Abang sangat sayangkan isteri abang ni. Janganlah seksa abang macam ni sayang? Tolonglah, cakap dengan abang.” Tiba-tiba sahaja kedengaran suaranya.
Eh… bila pula dia masuk ke bilik ini? Sedikit terkejut aku dibuatnya. Lalu dia mendekatiku dan kemudian mengambil tempat di sebelahku. Tanganku diraihnya dan kemudian dia meramas tanganku. Satu perasaan aneh mula menjalar di segenap urat sarafku. Hati aku hampir cair. Keliru, nak teruskan protes atau tidak?
Last edited by wipers81 on 19-8-2013 04:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
“ Bila masa pula saya seksa awak? Siapa yang seksa siapa sekarang?” Dia hanya tersenyum kecil. Boleh bayangkan sekecil macam mana senyumannya. Geramnya aku…
“ Nampak sangat isteri abang ni tengah marah. Baiklah sayang, abang janji takkan ulangi lagi. Percayalah.” Tangannya di angkat seperti orang nak baca ikrar.
Nampaknya tak jadilah aku nak teruskan protes. Cepatnya terpujuk hati aku ni. Kenapalah aku boleh jadi lemah bila berhadapan dengan lelaki bernama Ammar sedangkan aku selalunya bersikap tegas dengan lelaki lain. Teringat bagaimana tegasnya aku menolak cinta Fahim tetapi bukan dengan lelaki di hadapanku ini. Apalah rahsia dia yang mampu membuat aku mudah tunduk dengan setiap permintaannya?
“ Saya dah lama maafkan abang. Saya cuba pujuk hati saya mengatakan awak tak sengaja. Jangan cuba nak ulang lagi. Kalau awak nak tengok saya hilang dari pandangan awak, cubalah ya.” Sengaja aku mengugutnya.
“ Jangan sayang berani nak lari dari abang! Jangan sesekali cubaya kalau tak tahu akibatnya nanti. Jangan sesekali sayang cabar abang!!” Agak tegas nada suaranya.
Kecut juga perut aku dibuatnya. Takut jika Ammar benar-benar maksudkannya.
Dia tidak mahu kehilangan isteri yang amat disayanginya. Bukan senang untuknya mendapatkan gadis ini. Dia akan memastikan bahawa tiada sesiapa pun yang berani menyentuh isterinya. Dia akan sentiasa mengawasi isterinya. Dia bukan tidak percayakan isterinya, tetapi lelaki di luar sana yang dia khuatirkan.
“ Lily Dayana isteriku sayang, masih marahkah sayang dengan abang?” Soalnya dan ku rasakan tubuhku dipeluk dari belakang. Ingin sahaja aku meleraikan pelukan itu, namun seperti ada sesuatu yang menghalang. Sungguh, aku tidak tahu bagaimana mahu menafsirkan perasaan ini. Aku ingin sentiasa dilayan begini namun aku malu untuk mengatakannya.
“ Taklah, saya dah tak marahkan awak lagi. Apa guna saya panjangkan hal ni. Saya faham abang, cemburu tu tandanya sayang tapi janganlah sampai cemburu buta, takut nanti merana badan. Saya cuma ingatkan awak saja.” Itulah pesanan aku. Risau juga kalau dia obses sangat dengan cemburu dia pada aku.
“ Abang janji akan cuba kurangkan cemburu abang ni sayang.” Dibisikkan ayat itu ke telingaku.
Satu getaran kuat sedang melanda hatiku. Aku memejamkan mata. Cuba menarik nafas namun seperti tersekat-sekat. Terasa belakang leherku dikucup. Sungguh aku tewas dengan keadaan ini. Malam kian melabuhkan tirainya. Semoga sinar kebahagiaan semakin menerangi hidupku.
Last edited by wipers81 on 19-8-2013 04:35 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Aku terjaga di tengah malam. Terasa haus pula tekakku ini. Ku alihkan kepala ke sebelah kiri. Aku mengerling ke arah suamiku yang sedang terlena di sisiku. Perlahan-lahan aku mengalihkan tangannya yang memaut pinggangku. Takut jika dia terjaga pula. Aku turun dari katil dengan hajat menuju ke dapur. Tekakku harus dibasahkan.
Sunyi sungguh suasana rumah atuk malam ni. Kelihatan semua orang sedang lena diulit mimpi. Aku melangkah perlahan menuju ke dapur. Bimbang jika langkah yang ku atur di lantai papan atuk mengganggu lena mereka yang lain. Aku membuka pintu peti sejuk, mengambil botol minuman lalu menuangkannya ke dalam gelas. Sebaik selesai meneguk minuman itu…..tiba-tiba, terasa tubuhku dipeluk dari belakang………
“Ish...apa abang ni? Malulah kalau nampak dek orang.” Aku hanya membiarkan sahaja perlakuannya.
Kenapa pula dengan suami aku ni? Nak tunjuk romantik pun tengoklah tempat juga. Nak marah, merajuk pula nanti. Suami siapa??? Suami aku juga. Aku hanya membiarkan sahaja perlakuannya itu. Kemudian…
“Abang Iman!! Apa yang abang buat dengan adik, waktu begini?!! Apa semua ni abang? Tergamak kau dik buat aku macam ni?” Terkejut aku dengan kemunculan Liana.
Abang Iman?! Keningku bertaut. Sebaik aku berpaling, alangkah terperanjatnya aku bahawa susuk tubuh yang memelukku adalah abang Iman. Kenapa aku tak perasan dari awal? Ya Allah, apa yang telah aku buat ni. Mengapa aku boleh biarkan saja lelaki itu memelukku. Panas hatiku jadinya. Liana telah hilang dari pandangan. Liana, bukan salah aku.
“ Apa abang Iman buat ni?!! Abang Iman dah tak ingat dosa pahala ke? Sampai hati abang Iman buat adik macam ni. Adik dah jadi isteri orang tahu tak?” Agak tinggi nada suaraku.
Di saat seperti ini, sudah tentulah aku gagal mengawal nada suaraku. Aku menolak tubuhnya dengan kasar. Apa tanggapan Liana padaku?
Last edited by wipers81 on 19-8-2013 04:40 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
“ Shhh…adik nak semua orang bangun ke? Abang rindukan adik. Abang tak boleh lupakan kau, dik. Abang tak mampu menipu hati abang dik. Abang tak boleh terima reaksi bersahaja adik tadi masa abang melamar kakak. Tolonglah adik, abang sangat sayangkan adik. Kenapa kau seksa abang macam ni dik?” Ujarnya dan kelihatan dia mahu meluru ke arahku.
Aku cuba melarikan diri namun aku tersilap langkah dan aku hampir terjatuh. Namun, dia sempat memaut tubuhku terus sahaja dia mendakap aku. Tanpa sempat aku mengelak, dia telah mencium pipiku. Aku tergamam dan tiba-tiba….
“Kurang ajar…buk….”
Tepat tumbukan itu mengenai pipi kiri Iman. Tubuh Iman terundur sedikit ke belakang. Iman berang. Aku hanya diam terkaku dengan kemunculan suamiku secara tiba-tiba.
“ Kau jangan nak kurang ajar dengan aku Ammar!! Aku tahu, kau dapatkan sepupu aku ni dengan cara yang kotor. Kalau kau boleh, kenapa aku tak boleh? Aku terlebih dahulu kenal dengan bini kau tau dan aku memang mencintai bini kau sejak dari dulu lagi. Kau yang merampas diadari aku!!” Iman mula mengaruk.
Entah syaitan mana yang sudah merasuk badannya. Mengapa tiba-tiba perangai Iman berubah?! Terdengar riuh rendah di atas rumah.
“ Walau apa pun, dia dah jadi isteri aku dan kau takde hak nak sentuh isteri aku tahu! Kau ingat kau siapa? Aku ni suami dia tau! Hanya aku saja yang berhak sentuh dia. Kau jangan nak jadi kurang ajar…” Balas Ammar lalu dia menerkam ke arah Iman.
Mereka mula bergomol. Apa semua ni??? Nampaknya, aku perlu lakukan sesuatu untuk meleraikan mereka.
“Berhenti!!!” Jeritku sekuat hati.
Suasana sepi seketila…..
Last edited by wipers81 on 19-8-2013 04:44 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Mereka berdua dengan spontan berhenti lalu memandang ke arahku. Aku mengetap bibir menahan marah. Apa dah jadi dengan dua makhluk depan aku ni? Mengapa perlu mereka bergaduh hanya kerana aku? Betapa bodohnya mereka berdua ini….aku sudah tidak kira sekarang!!
“ Apa yang bising-bising ni hah?! Ya Allah Ammar, Iman…kenapa dengan kamu berdua ni.” Soal Pak Udaku.
Terkejut dia bila mendengar jeritan kuat tadi. Kelihatan ruang dapur atuk mula dipenuhi sanak saudaraku.
“Apa semua ni hah?!! Ya Allah, kenapa sampai berdarah bibir kamu Iman? Malam-malam buta begini apa yang kamu semua buat kat dapur atuk hah? Ish…apa nak jadilah dengan kamu berdua ni.” Marah atuk.
Tidurnya terganggu. Dia terjaga kerana terdengar esakan Liana ditambah pula dengan bunyi riuh rendah dari dapurnya lalu memaksanya bangun untuk memeriksa apa yang telah terjadi.
“ Lily Dayana, kenapa dengan mereka berdua ni?!! Apa punca mereka ni bergaduh? Tadi elok saja Pak Uda tengok mereka berdua. Apa semua ni Lily Dayana, cuba kau terangkan pada Pak Uda!!” Bertalu-talu soalan Pak Uda yang diajukan padaku.
Memang kalau dia sedang marah, nama penuhku akan disebut. Aku tidak mampu menjawabnya, aku menekup mukaku dengan kedua tanganku dan menangis. Bagaimana hendak aku terangkan pada Pak Uda?
“ Biar Liana beritahu Pak Uda apa yang terjadi….” Tiba-tiba sahaja kakakku muncul. Semua mata tertumpu padanya. Suasana sepi seketika…..
“ Liana tolonglah, apa yang kau nampak tadi semuanya hanya salah faham. Abang Iman, tolonglah jelaskan pada semua apa sebenarnya yang terjadi tadi. Tolonglah abang…” aku merayu padanya.
Aku sudah penat melalui situasi seperti ini. Cukuplah sekali dengan Ammar. Mengapa aku yang selalu menjadi mangsa?
“ Salah faham kau cakap dik!! Bukan main seronok aku tengok kau bila kena peluk dengan abang Iman tadi. Aku tahu dik, selama ni memang abang Iman ada hati kat kau. Tapi, kau tu dah jadi bini orang sekarang. Takkanlah dua-dua pun kau nak. Apa nak jadi dengan kau dik? Aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni.” Mengapa berat tuduhan kau pada aku kak? Kau tak tahu akan hal sebenar kak.
“ Kau dah salah faham kak. Aku tak tahu yang tadi tu abang Iman. Aku ingatkan suami aku kak. Sebab tu, aku biar saja dia peluk aku. Aku tak sengaja kak….pang…..” satu tamparan hinggap ke pipiku.
Suasana kembali sepi….masing-masing tergamam!!
Berpinar rasa pandanganku. Pijar ku rasakan pipi kananku. Terasa ada cecair panas mengalir keluar dari bibirku. Ku kesat, darah!!! Hampir menitis air mataku. Ku cuba untuk bertahan. Sampai hati Ammar menampar aku. Mengapa yang lain hanya mendiamkan diri sahaja?
Last edited by wipers81 on 19-8-2013 04:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|