CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
Post time 4-3-2013 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ladyFinger12 posted on 4-3-2013 04:16 PM
Dlm mana2 institusi selalu ada kepincangan disebabkan org di dlmnya bermasalah. Mcm sekolah, sepat ...

pnybb sgelintir bmsalh ni krn mnganggap tugas yg dipikul sbg pkerjaan smata2.hujung bln terima gaji..keikhlasan mbntu mungkin dh jd pkara no2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2013 09:19 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 4-3-2013 04:19 PM
Usu... kopi then pes kat word. kalau rajin print, bleh baca sambil golek2 atas katil sebelum hubby ...



haah..yelah..molek sgtlah idea lady tu...

kalo camtu..tak bergerak2 bab situ jelah...





Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2013 10:16 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 4-3-2013 04:16 PM
Dlm mana2 institusi selalu ada kepincangan disebabkan org di dlmnya bermasalah. Mcm sekolah, sepat ...

Kagumnya ngan lady...hasil penulisan lady ada buah fikiran, sokongan dan dorongan dr suami tercinta...bagus tuh...suami sumbangkn idea...lady garap lebih meluas dalm bentuk cerita...good job...

Mmg setuju ngan conan & lady...sepatutnya Islam utk semua...macm mana zamn Rasulullah terdahulu membela setiap kaum, puak & pelbagai anutan dgn syiar Islam...napa nak sempitkn jaln ukhwah Islam sedgkn Islam sangat menyeluruh & sarat dgn kasih sayang...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 10:46 AM | Show all posts
sellie003 posted on 5-3-2013 10:16 AM
Kagumnya ngan lady...hasil penulisan lady ada buah fikiran, sokongan dan dorongan dr suami tercint ...

Lepas tu dia klaim royalti

Sambung...


BAB 13

Kedai Kek dan Pastri Rose.
Seminggu kemudian.
  
“Saya faham puan rasa marah dan malu. Tapi Farah menyesal dengan apa yang telah dia lakukan. Sebagai ibu, puan cubalah beri sokongan kepada dia.” Aku bertutur lembut. Cuba untuk memujuk Puan Idayu yang tampak berkeras tak mahu mengambil tahu soal Farah lagi. Ternyata apa yang Farah ceritakan kepada aku memang benar. Aku tidak menyalahkan kedua ibubapa Farah. Mungkin hati mereka masih sakit dan sukar menerima apa yang telah dilakukan oleh anak mereka. Namun Farah berhak diberi peluang kedua. Farah darah daging mereka juga. Kalau bukan mereka siapa lagi yang boleh Farah harapkan?

“Awak nak kami terima dia dan tinggal di rumah dalam keadaan macam tu? Dia ada tiga orang adik lagi di rumah. Semuanya masih kecil dan bersekolah. Kami tak mahu Farah menjadi contoh tak  baik kepada adik-adiknya. Buat masa ini mereka masih tak tahu. Tapi lambat laun, mereka akan melihat perut kakak mereka yang semakin membesar. Saya tak mahu adik-adik dia melihat semua tu.” Encik Faisol pula bersuara.

“Kalau encik dan puan tak mahu Farah tinggal di rumah, Farah sedia tinggal di pusat pemulihan. Kita ada pusat pemulihan yang disediakan oleh kerajaan mahu pun swasta. Terpulanglah kepada encik dan puan nak hantar Farah ke mana. Saya ada bawakan senarai pusat pemulihan yang ada. Encik dan puan pilihlah. Insya-Allah saya akan uruskan segala kemasukan ke sana.” Aku menerangkan panjang lebar kepada kedua ibu-bapa Farah. Keduanya tampak lebih tenang sekarang.  

“Baiklah... Kalau kami hantar Farah ke pusat pemulihan, untuk berapa lama? Macam mana dengan anak yang bakal dilahirkan tu? Kami tak mahukan anak luar nikah tu. Itu bukan keturunan kami dan kami tak mahu adik-adik Farah tahu yang kakak mereka mempunyai anak luar nikah.” Tegas suara Encik Faisol menyatakan pendiriannya.

“Kalau boleh, biar Farah terus menetap di sana walau pun sudah melahirkan nanti. Kami tak mahu dia berada di rumah lagi.” Puan Idayu pula menyambung. Nampaknya kedua emak dan bapa ini mahu membuang terus anak mereka.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 10:47 AM | Show all posts
“Puan, encik... manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Saya tahu kesalahan Farah memang besar dan sukar dimaafkan. Tapi Farah sudah menyesal dan mahu berubah. Orang yang sesat dan mahu kembali ke pangkal jalan harus diberi peluang kedua. Apatah lagi Farah adalah darah daging encik dan puan sendiri.” Fahmi mencelah. Dia bagaikan tahu isi hati aku. Tak perlu aku menyatakannya kerana Fahmi sudah melakukannya.

“Farah memerlukan sokongan moral. Sokongan dari keluarga akan memberi lebih kekuatan kepadanya. Dia masih mentah dan belum matang. Berilah dia peluang dan bimbingan. Selain daripada sokongan moral, sebagai ahli keluarga, sokongan dari sudut kerohanian amat penting encik, puan.” Fahmi mereling aku sekilas. Aku hanya diam. Aku memberi laluan kepada pakar motivasi itu mengadakan sesi motivasi percuma.

“Kita doakan yang terbaik buat Farah. Semuga Farah dapat menempuh kehidupannya yang mendatang dengan lebih baik dan sempurna.” Fahmi mengakhiri bicara kami pada petang itu.

**********

Dari kedai kek dan pastri milik ibu bapa Farah, kami terus ke rumah Dona. Pada mulanya Fahmi mengajak aku pergi makan terlebih dahulu tapi aku tolak dengan baik. Aku cuba untuk tidak meluangkan terlalu banyak masa dengan Fahmi. Dona cintakan Fahmi. Dona memerlukan Fahmi lebih dari aku. Sebenarnya aku telah membuat perencanaan dari awal... ke rumah Dona!

“Terima kasih Fahmi sebab tolong aku tadi. Kau memang pakar motivasi yang hebat. Cepat saja orang terkesan mendengar kata-kata kau.” Aku memuji Fahmi ikhlas dari sudut hatiku. Fahmi hanya tertawa kecil. Dia tidak menoleh sebaliknya pandangan masih ke hadapan sambil tangannya memegang stering kereta.

“Semua itu dengan izin Allah. Aku menyampaikan saja... yang membukakan hati mereka adalah Allah.” Tutur Fahmi kemudiannya. Seperti biasa dia sering merendah diri. Itu yang membuatkan aku teruja dan semakin mengagumi lelaki ini. Ada ciri-ciri lelaki gred A.

“Kau ni memang pandai ambil hati orang.”

“Ye ke? Tapi dalam banyak-banyak hati, ada satu hati yang susah sangat aku nak ambil.” Aku tersentak dengan bicara balas dari Fahmi. Dengan gugup aku pandang wajah Fahmi. Fahmi hanya tersengih ketika dia menoleh ke arahku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 10:50 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 4-3-2013 04:39 PM
betul tuh.. bkn sume camtu..
mcm bank.. ada cawangan ok.. ada cawangan sgt tah hape2 servis die.. ...

And the bitter part is...

Bila yg dtg tu berpakaian biasa jekk... tak dilayannya. Sekali tunjuk business card... dan dan layanan mesra!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-3-2013 10:52 AM | Show all posts
“Cara kau bercakap tadi tu... Ada tokoh menjadi seorang ayah yang baik. Bertuah siapa yang jadi anak-anak kau tu nanti.” Aku berseloroh mengusik Fahmi, seolah-olah aku tak mendengar apa yang dituturkannya sebentar tadi. Namun dalam seloroh, aku ikhlas memuji. Itu hakikat.

“Ye ke? Kau tak mahu jadi emak kepada anak-anak yang bertuah tu?” Sekali lagi aku gugup. Berkejip laju kelopak mataku. Kutelan liur yang tersekat.

“Fahmi... Dona ada meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam.” Lekas lekas aku belok lagi hala tuju perbualan.

“Alhamdulillah!”

“Tapi...” Bicaraku tersekat apabila teringatkan pakcik Bala. Selama ini dia layan aku dengan baik, malah isterinya sendiri berbeza pegangan agama... jadi aku sangka pakcik Bala berfikiran terbuka tapi rupa-rupanya tidak dalam soal pegangan kepercayaan.

“Kenapa Jiha? Dona mendapat tentangan dari keluarga?” Fahmi meneka. Dia menoleh ke arahku sekilas sebelum kembali mengarahkan pandangannya ke depan. Aku mengangguk bagi membenarkan tekaannya.

“Inilah namanya ujian... Allah nak tengok sejauh mana kesungguhan Dona dalam menerima Islam.” Sambung Fahmi.

“Betul... kebanyakan mereka yang nak convert menghadapi pelbagai rintangan. Tapi Dona  mungkin tak cukup kuat untuk menghadapi halangan ini, Fahmi.” Aku belum sedia memberitahu Fahmi tentang penyakit Dona. Itu janjiku kepada Dona.

“Zaman Nabi dahulu lagi kuat ujian yang mereka terima. Kena siksa lagi...”

“Senangnya kau bercakap... Dona tak mahu melukakan hati emak dan ayah dia tapi dalam masa yang sama hatinya betul betul mahukan Islam. Dona memerlukan sokongan dari kita.”

Fahmi tidak menjawab kali ini. Dia meneruskan pemanduannya. Namun aku tahu jauh di sudut fikirannya memikirkan tentang Dona.

**********
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2013 10:59 AM | Show all posts
ari ni 3 bab terus ya laling !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2013 11:33 AM | Show all posts
wardah75 posted on 5-3-2013 10:59 AM
ari ni 3 bab terus ya laling !

3? uhuk.. uhuk... (batuk)

Ep 15, Rahul muncul. Jeng jeng jeng... Tapi x leh hari ni naaa!



Rumah Dona, Gombak.

Bukan main gembira Dona melihat kedatangan kami. Makcik Anushia juga menyambut kami dengan muka manis. Pakcik Bala bekerja shif malam lagi. Sejak kebelakangan ini aku juga jarang bertemu dengan pakcik Bala. Aku kerja shif, dia pun kerja shif... sebab itu kami jarang bertemu bila shif kami sering tak bertembung. Macam manalah kalau suami aku juga kerja shif? Masak! Bila masanya kami boleh bertemu dan menikmati masa berdua? Fuhh! Tiba-tiba angan aku melangkau jauh. Masuk bab kahwin terus. Eh, Mujahid kerja shif tak? Lupa nak tanya Lili. Haishhh!

“Apa mimpi kau orang datang ni?” Dona kehairanan. Matanya menjeling tajam ke arah aku. Tentu dia syak aku bocorkan rahsia penyakitnya kepada Fahmi.

“Datang nak berziarah tak boleh ke?” Aku sengaja menyoal sebegitu.

“Boleh... cuma aku terperanjat aje. Macam tak percaya.” Aku tahu Dona mesti terkejut dengan kedatangan kami. Aku sengaja tak memberitahunya. Malah dengan Fahmi pun aku tak beritahu. Aku cuma minta Fahmi temankan aku bertemu dengan ibu bapa Farah. Kebetulan kedai kek milik mereka letaknya di Gombak. Jadi, sekali harung bolehlah kami menyinggah ke rumah Dona.

“Fahmi ni... tiba-tiba dia kata rindu kat kau.” Aku segera mereka cerita. Aku reling wajah Fahmi sekilas. Fahmi bagaikan tercengang-cengang namun sedikit pun dia tak membantah.

“Kau sihat Dona?” Fahmi bertanya. Fahmi memang pandai mengambil hati. Pakar motivasilah katakan. Aku tahu dia sekadar nak berbasa-basi bagi mengiakan apa yang aku katakan kepada Dona tadi.

“Alhamdulillah... ok!” Dona kini semakin kerap mengungkapkan ayat-ayat yang biasa diungkapkan oleh orang Islam. Malah Dona juga memberi salam setiap kali menelefon aku. Sayangnya aku belum lagi boleh  membalas salamnya itu...

“Jemput minum.” Makcik Anushia tiba dengan sedulang air. Selepas menghidang, kami dipelawa minum.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 11:36 AM | Show all posts
“Terima kasih auntie.” Tutur aku kepada makcik Anu.

“Fahmi bekerja sepejabat dengan Jiha?” Makcik Anu bertanya sebaik sahaja dia melabuh duduk.

“Tak lah amma. Kami satu kursus semasa di universiti dulu.” Pantas Dona menjelaskan kepada ibunya.

“Ohh... sama-sama ambil jurusan kaunseling lah ya?”

“Ya auntie...” Fahmi mengiakan soalan makcik Anushia.

“Dona ni... baru jadi kaunselor kat sekolah dah selalu sakit kepala. Dia tak boleh handle masalah anak muridnya. Macam mana nak berdepan dengan pesakit yang lebih mencabar macam Jiha ni?” Kedua biji mata makcik Anu memandang tepat ke wajahku. Di wajahnya terukir rona ceria. Mungkin terlalu gembira melihat kedatangan kami.

“Kau jangan tension sangat Dona. Terlalu memikirkan masalah orang boleh membuatkan kau stress juga.” Fahmi menasihati Dona.

“Itulah Fahmi... kau nasihatkan dia sikit. Aku dah penat cakap. Kalau susah susah sangat kau pergi jumpa pelajar-pelajar dia yang selalu membawa masalah kepada Dona tu.” Aku sekadar membuat lawak. Fahmi dan makcik Anu tertawa.

“Tak agak agak kau... Ada ke suruh Fahmi datang sekolah pulak?” Dona memarahi aku. Fahmi tersengih cuma.

Petang itu kami berborak rancak. Kulihat Dona lebih banyak tertawa. Aku turut tumpang gembira melihat keceriaan Dona. Makcik Anu pula sibuk menjamu kami bertiga. Mungkin rasa rindu kepada Rahul terubat dengan kehadiran Fahmi.

Ya Allah! Berilah kegembiraan kepada Dona dalam mengakhiri kehidupannya di dunia ini. Dan semuga kegembiraan itu berpanjangan hingga ke syurga...

Done.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 03:27 PM | Show all posts
Salam all. Mood rajin hari ni...


BAB 14

Bilik pejabat, Kuala Lumpur.

Hmm... Tak ada juga. Aku bermonolog sendirian apabila email-email yang aku hantarkan kepada Rahul masih tak berbalas. Sejak berwebcam dengan Rahul hampir sebulan yang lalu, aku langsung tak menerima apa-apa berita darinya lagi. Lelaki itu terus senyap walau pun dua tiga email telah aku hantarkan kepadanya.

Jiha, boleh temankan aku malam ni? Mesej dari Dona kuterima.

Dona sakit kah? Aku mula risaukan Dona. Dengan segera aku menekan butang panggilan. “Dona. Kau ok tak?” Aku menyoal sebaik sahaja panggilanku disambut.

“Aku rasa tak tenteramlah Jiha. Sebenarnya ada perkara yang aku nak tanyakan dengan kau. Kau free tak?”

“Free! Lepas kerja aku terus datang ke rumah kau.”

“Kau nak aku fetch kau?”

“Merepek! Kau kan sakit? Macamlah aku tak reti nak pergi ke sana. Kau tunggu ajelah aku sampai. Suruh amma kau sediakan capati kuah dal tau!”

“Set. Nanti aku beritahu amma.”

**********
Last edited by ladyFinger12 on 5-3-2013 03:29 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 03:31 PM | Show all posts
Gombak.
5 jam kemudian.

“Lama tak jumpa uncle. Rindu dengan uncle.”

“Nasib baik uncle shif pagi, kalau tak, tak dapatlah uncle jumpa Jiha.”

“Itulah uncle... Jiha dah banyak kali datang sini tapi tak berkesempatan berjumpa dengan uncle. Hari ni nampaknya rezki Jihalah nak berjumpa dengan uncle.” Pakcik Bala tertawa mendengar kata-kataku.

“Apa nak buat Jiha... dah tua-tua pun uncle Bala masih kena kerja. Ada anak yang boleh diharapkan membantu, dah tak reti nak balik.” Makcik Anu menyampuk. Aku mereling Dona. Dona menunduk. Aku tahu apa yang Dona rasa ketika ini. Pasti Dona sedih.

“Sudah! Jangan diingat lagi budak tu... ” Pakcik Bala tiba-tiba meninggikan suara. Aku sedikit terperanjat.

“Awak tu... sengaja tak nak cuba pujuk dia. Saya nak call dia awak tak bagi.” Makcik Anu tak nak beralah nampaknya.

“Nak buat apa pujuk budak keras kepala tu? Dia dah tak sayangkan keluarga, nak tinggalkan agama nenek moyang saya, nak putuskan keturunan saya... Biarkan dia! Saya tak ada anak bernama Rahul. Sekarang saya cuma harapkan Dona.”

“Amma, appa... Boleh tak kalau jangan bergaduh pasal Rahul? Depan rezki ni... Terbantut Jiha nak makan nanti.” Dona menegur kedua ibu bapanya yang tiba-tiba berbalah soal Rahul. Aku hanya memandang Dona dengan mata yang berkejip. Aku langsung tak menduga mereka akan bertengkar depan aku.

“Sorry Jiha... Uncle tak berniat pun nak terperanjatkan Jiha.”

“Taklah uncle... Jiha faham.”

Suasana menjadi bening dan hening kemudiannya. Yang kedengaran hanyalah bunyi kami mengunyah makanan. Usai makan malam, aku membantu makcik Anu mengemas meja. Aku tak benarkan langsung Dona membuat sebarang kerja. Bila makcik Anu kehairanan aku berdalih dengan mengatakan aku sengaja nak bagi peluang Dona jadi mem besar.

“Macam-macamlah Jiha...” Makcik Anu ketawa mendengar alasan aku.

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 03:36 PM | Show all posts
Di dalam bilik Dona.

“Jiha... mati tu sakit tak?” Aku tak menjawab soalan dari Dona sebaliknya wajahnya kutatap sayu.

“Tapi tinggal dalam neraka lagi sakitkan?” Dona menyambung. Kata-katanya membuatkan aku  terkedu. Suasana hening seketika.

“Kau janganlah susah hati atau sedih atas apa yang berlaku kepada aku, Jiha. Sekarang ni, aku nak mendalami agama Islam supaya aku dapat mengucapkan kalimah syahadah dan mati dalam Islam.” Dona meneruskan bicaranya. Aku sebak dan terharu mendengar pengharapan Dona.

Ya Allah... Kau perkenankanlah hajat Dona.

“Jiha... Aku tak tahu macam mana nak beritahu amma dan appa tentang keputusan aku menerima Islam.” Bicara Dona terhenti. Aku tatap wajahnya yang suram dan muram. Aku tahu Dona kini dihimpit dilema. Dona mahu menjadi orang Islam tapi orang tuanya pasti tidak bersetuju. Setelah apa yang ditegaskan oleh pakcik Bala sewaktu di meja makan tadi, aku dan Dona yakin keputusan Dona untuk menganut Islam pasti mengundang perbalahan.

“Aku tak nak parents aku susah hati sebab itu aku tak mahu dia orang tahu tentang penyakit aku. Aku tak nak dia orang bersusah-payah cuba mengubati aku dan bersama-sama menanggung penderitaan aku... tapi akhirnya aku meninggalkan dia orang juga nanti. Itu akan menambahkan kesakitan kepada dia orang Jiha. Dan sekarang, kalau dia orang dapat tahu aku nak meninggalkan agama nenek moyang kami, tentu saja dia orang tak boleh terima.” Dona kemudiannya menghela nafas berat yang agak panjang.

“Kau sendiri dengar apa appa aku cakap tadi kan? Appa aku tak mahu anak-anak dia menukar agama. Disebabkan hal agama, appa buang Rahul. Sekarang appa mengharapkan aku. Kadang-kadang aku buntu. Aku sering memikirkan hal ini. Kau ada idea tak apa cara terbaik untuk tidak melukakan hati dia orang?” Dona mengharapkan pandangan aku. Sesungguhnya aku sendiri pun tak tahu jalan penyelesaiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2013 03:44 PM | Show all posts
nnt kot dah mati satu hal lagi.. berebut plak appa nak bakar, amma nak tanam.. hai laaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 03:45 PM | Show all posts
“Dona.... aku tak ada jawapan untuk itu. Aku simpati dengan kau. Kalau boleh aku nak bantu selesaikan masalah kau ni... tapi aku pun tak tahu macam mana. Kau sabar ya? Buat masa ni kau berdoalah banyak banyak. Kau mintalah kepada Allah untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik. Mungkin appa kau akan berlembut hati. Siapa tahu, kan?” Aku cuba mententeramkan hati Dona yang gundah.

Dona akhirnya tertidur dalam pangkuan aku. Wajah yang sedang lena dalam tenang aku tatap puas-puas. Sungguh aku sebak menatap wajahnya. Aku sendiri tak pasti berapa lama lagi mampu aku menatap wajah Dona. Menurut jangkaan doktor, Dona cuma ada enam bulan sahaja lagi untuk hidup. Tapi itu kata doktor kira-kira dua bulan yang lepas. Maknanya tinggal empat bulan! Mataku berkolam juga akhirnya. Setitis air jernih dari kolam mataku jatuh ke pipi Dona, lantas aku kesat perlahan-lahan dengan ibu jari.

Aku reling jam yang tergantung di dinding dalam bilik Dona. Hmm.. hampir pukul 12 malam. Penat juga melayan Dona tadi. Banyak perkara yang ditanyakannya kepada aku mengenai syurga dan neraka. Aku sudah tak berdaya menahan kantuk. Perlahan-lahan kepala Dona aku angkat dan letakkan ke atas bantal. Tubuhnya aku selimut.

Dari muka pintu, aku renung Dona sekali lagi. Hampir seminit aku tercegat di muka pintu sehinggalah mulutku mahu ternganga kembali. Lekas lekas aku menahan kuap dengan tangan kiri. Au'zubillahiminassyaitonirrajim....

Cantik macam ratu sekali pun akan jadi hodoh jika mulut menganga luas ketika menguap. Aku tersengih sendirian teringatkan teori emak. Langkah kuatur menuju ke bilikku... errr.... bilik Rahul. Rumah Dona kelihatan sunyi sepi. Pakcik Bala dan makcik Anu sudah lama berlayar dalam bilik peraduan mereka.

*********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 03:46 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 5-3-2013 03:44 PM
nnt kot dah mati satu hal lagi.. berebut plak appa nak bakar, amma nak tanam.. hai laaa

oh yes.... that will be another issue...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2013 03:56 PM | Show all posts
Dalam bilik Rahul.

Duduk di birai katil, aku memerhati sekelilingku. Kemudian mataku jatuh pada bingkai gambar yang sudah aku terbalikkan. Aku ambil bingkai yang berada di atas sekali. Wajah Rahul aku tatap pula. Lama aku merenung. Gambar saja.... kalau orangnya tentu tak berani aku berbuat begitu.

“You are selfish. Tak ada rasa kasih sayang langsung. Dah tahu adik sakit, jengah sekejap pun tak boleh ke?? Apa punya oranglah kau ni!” Aku membebel pada gambar milik lelaki tampan itu. Sejak perbualan webcam hampir sebulan yang lalu, dia terus senyap walau pun telah berkali-kali aku mengutuknya dalam email selepas itu.

“Eh, hello... Dona is dying ok! Faham ke tak? Dah bagi surat dari hospital pun masih tak percaya cakap aku?” Wajah lelaki tampan dalam bingkai kaca itu aku ketuk-ketuk beberapa kali. Geram aku dengan sikap kedegilan dan tak berhati perutnya itu.

Puas melepaskan kemarahan, aku letakkan kembali bingkai gambar atas meja. Kemudian aku membaringkan tubuhku ke atas katil. Menarik selimut dan cuba memejamkan mata setelah membaca doa tidur.

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2013 04:01 PM | Show all posts
Sunyi sepi rumah yang sudah lama ditinggalkan. Hmm... pukul 4 pagi... memang waktu manusia diulit mimpi. Kalau bukan kerana penerbangan yang tertangguh lebih dari lima jam tadi, pasti dia sudah tiba awal. Kerana tidak mahu menyusahkan amma dan appa, dia tidak mahu menelefon, lagi pun sangat mudah untuk mendapatkan teksi di lapangan terbang. Tak mengira waktu, sentiasa saja ada.

Nasib baik kunci pintu utama dan pintu jeriji masih tidak bertukar. Ok... tak perlu kejutkan. Esok, pasti semuanya terperanjat. Dia tersenyum sendirian memikirkan kejutan yang akan berlaku esok hari. Kaki diatur menaiki mata tangga, menuju ke bilik yang sudah lama terbiar sepi.

Sejenak dia berdiri terpaku depan koridor sambil matanya memandang ke arah pintu bilik kedua orang tuanya. Pasti keduanya sedang lena. Apa agaknya reaksi mereka esok? Kemudian, matanya beralih pula ke bilik Dona. Pintu tertutup rapat. Dari luar hanya kelihatan cahaya samar lampu tidur. Beberapa saat kemudiannya langkah kakinya diatur menuju ke bilik tidurnya pula.

“It's locked!” Pantas kuncinya dikeluarkan kembali dari kocek seluarnya. Nasib cuma ada tiga kunci, jadi tidaklah sesukar mana untuk dia memilih yang mana satu kunci bilik tidurnya.

TAP! Bunyi kunci tombol pintu terbuka. Perlahan-lahan daun pintu ditolaknya. Suasana bilik yang disirami lampu tidur memudahkan pandangan matanya. Pertama-tama matanya terarah pada katil.

Hmm... Dona? Sejak bila pula Dona ambil alih bilik? Kemudian beg bagasinya diletakkan di hujung sudut bilik. Matanya melilau memerhatikan sekeliling biliknya. Tiada sebarang perubahan cuma dua bingkai gambarnya yang biasanya tergantung sudah tiada. Last edited by ladyFinger12 on 6-3-2013 09:18 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2013 04:15 PM | Show all posts
aiyooooyoooooo!! ammaaaa appaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2013 04:21 PM | Show all posts
opss......memang surprise la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.052832 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list