CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farahanafarah

TAK SEINDAH SYURGA

[Copy link]
 Author| Post time 28-11-2012 01:06 AM | Show all posts
BAB 14

        Oleh kerana jam sudah menunjukkan ke angka 3 pagi, Tengku Dennis tidak mahu mengejutkan Lisa yang mungkin sudah lena. Dia menggunakan kad kunci hotel yang ada padanya untuk membuka pintu. Ternyata telahannya benar, Lisa sedang nyenyak tidur di atas katil. Barangkali gadis itu menyangkakan dia tidak pulang pada malam ini.
       
          Bila jam mencecah ke pukul 3 pagi barulah Tengku Dennis akan pulang. Sejak kebelakangan ini, bisnes sulitnya agak memberangsangkan. Permintaan diluar jangkaan, oleh kerana itu dia perlu meluangkan lebih masa untuk memantau sendiri. Serik dengan kejadian lepas.
       
           Badan yang melekit memaksa Tengku Dennis untuk mandi. Walaupun tidak elok mandi pada waktu begini, dia tidak punya pilihan. Masakan mahu tidur dengan badan yang melekit dengan peluh. Setelah membersihkan badan, t-shirt tanpa kolar disarung ke badan tegapnya. Boxer bercorak kotak-kotak berwarna biru turut disarung. Malam ini panas dirasakan walaupun aircond terpasang pada suhu yang paling rendah.
       
         Dia berdiri di balkoni bilik sambil menghisap rokok. Sliding door ditutup, bimbang asap rokok mengganggu lena Lisa. Sejak akhir-akhir ini dia mula mengambil berat akan segala yang berkaitan dengan gadis itu. Orang-orangnya sudah diupah untuk menyelidik siapa Lisa yang sebenarnya. Masih belum ada berita tapi dia yakin lambat laun segalanya tentang gadis itu akan diketahuinya.
       
         Teringat akan ejekan Lisa tentang rokok dan bau mulut menyebabkan Tengku Dennis segera mematikan api pada rokoknya yang masih lagi bersisa. Dia tersenyum sendiri, sikap Lisa yang kadang-kadang berani melawannya membuatkan Tengku Dennis tertarik. Sekejap nampak berani sekejap nampak takut. Tengku Dennis agak pelik, Lisa seorang yang agak menjaga solatnya tapi gadis itu berani tinggal sebilik dengannya di hotel ini. Sungguh misteri, gadis itu seolah-olah bergantung harap padanya. Seolah-olah dia sebatang kara.
       
           Malas membebankan otaknya, Tengku Dennis melangkah masuk ke dalam bilik dan mengunci sliding door. Langsir ditarik dan dia melangkah ke katil. Badannya penat dan dia perlu mendapatkan rehat yang cukup. Lisa yang secara tiba-tiba mengubah posisi tidurnya mengejutkan Tengku Dennis yang baru berbaring. Hampir lupa dengan kewujudan Lisa diatas katil yang sama. Biasanya gadis itu lebih senang tidur di atas sofa.
       
         Tengku Dennis mengiring ke arah kiri, menghadap Lisa yang mengiring ke kanan. Tidur gadis itu kelihatan sungguh nyenyak sehinggakan dia tidak sedar apabila jemari Tengku Dennis menyelak rambutnya yang menutupi wajah. Lama Tengku Dennis mengusap rambut Lisa yang panjang mengurai kemudian jarinya mengelus pipi gebu Lisa. Melalui lampu tidur yang samar-samar Tengku Dennis masih dapat melihat dengan jelas wajah gadis itu.

           Kulitnya licin tanpa sebutir jerawat, bibirnya merah basah, malahan hidung Lisa mancung terletak. Begitu sesuai dengan bentuk wajahnya. Lama Tengku Dennis merenung wajah itu sehinggakan lenanya datang dengan sendiri. Sempat bibirnya mengucup pipi gadis itu sebelum matanya dipejamkan. Kalaulah Lisa sedar, harus makan tapak kasut agaknya, fikir Tengku Dennis sebelum hilang dalam lenanya.

           Lisa tersedar apabila badannya sukar gerakkan. Haishhh…takkan lumpuh dalam tidur kot. Mata yang masih berat tetap cuba digagahkan untuk dibuka. Namun pandangannya tetap gelap. Dah buka mata pun gelap lagi ni kenapa, takkan buta pulak kot, getus hati kecilnya. Setelah beberapa ketika cuba menghilangkan rasa mamainya, Lisa membuka mata kembali sambil menggerakkan badannya. Alangkah terperanjatnya dia melihat tubuhnya sedang enak dipeluk Tengku Dennis.
       
          Siap dengan kepala berbantalkan lengan Tengku Dennis, wajahnya pula rapat melekap di dada bidang lelaki itu. Patutlah bukak mata nampak hitam je, baju si tengkujuh ni rupanya, omel Lisa. Bersusah-payah dia cuba melepaskan diri dari pelukan Tengku Dennis, namun makin dicuba makin kuat pula rangkulan itu. Berpeluh-peluh Lisa dibuatnya, sakit hati dengan perangai lelaki itu. Saja nak ambil kesempatan!
       
          “Eee…tepilah! Encik, bangun! Jangan nak menggatal sangat!” marah Lisa sambil tetap berusaha untuk melepaskan diri.
       
          “5 minutes please…mengantuk…” Tengku Dennis mengetatkan pelukan yang hampir longgar sebentar tadi. Makin mendidih hati Lisa dibuatnya. Laju saja dia menggigit dada Tengku Dennis, hanya tempat itu saja yang terdekat dengan mulutnya. Menjerit kuat Tengku Dennis dengan tindakan Lisa yang tanpa disangka-sangka itu.
       
           “Padan muka! Encik jangan nak ambik kesempatan ye. Ingat saya ni apa…saya ni belajar silat tau! Saya karate muka encik sampai terpelanting gigi tu baru tau,” marah Lisa lagi. Namun kali ini dia sudah berjaya melepaskan diri. Sejurus terlepas dari pelukan Tengku Dennis laju saja dia turun dari katil dan berdiri di tepi. Mencerlung matanya memandang Tengku Dennis yang masih baring. Tangan lelaki itu tidak putus-putus menggosok dadanya yang di gigit Lisa sebentar tadi. Kalah gigi pirana!
       
          “Ganas kau ni eh…belum apa-apa dah bagi love bite..hahaha,” sakat Tengku Dennis. Sakit juga penangan gigi gadis itu. Tentu lebam.
       
           Lisa yang berang dengan reaksi Tengku Dennis yang selamba, segera mengambil bantal dan memukul tengku Dennis bertubi-tubi. Tengku Dennis hanya membiarkan, malah mengekek ketawa. Lisa benar-benar menceriakan harinya. Kalau sebelum ini, bangun pagi sunyi saja biliknya. Sekarang, riuh sekali…
       
          “Stop it, okay…sudah-sudahlah tu…bukan aku buat apa pun, peluk sikit je. Tu pun nak kecoh.” Tengku Dennis berkata selamba dan merebut bantal dari tangan Lisa. Kalau tidak di ambil, mahu terkeluar segala isi dalam bantal itu dibuatnya. Turun naik nafas Lisa menahan amarah dan lelah sewaktu memukul tengku dennis. Dia tahu apalah sangat dengan tenaganya itu nak dibandingkan dengan tenaga Tengku Dennis tapi entah kenapa dia rasa puas dapat membelasah lelaki itu.
       
           “Huh! Sakitnya hati…” gumam Lisa perlahan namun masih mampu didengari oleh Tengku Dennis. Lelaki itu ketawa besar, lucu dengan reaksi Lisa. Lisa menjeling tajam ke arah Tengku Dennis yang masih galak ketawa. Dia melabuhkan punggung di atas katil, menghilangkan lelah. Jam tangan Tengku Dennis di atas meja tepi katil di ambil. Sudah jam 6.20 pagi, sudah waktu subuh. Lisa segera bangun dan mahu menuju be bilik air, mahu bersiap untuk bersolat.
       
           “Nak ke mana pulak tu sayang…?awal lagi ni, come…sambung tidur,” ajak Tengku Dennis dengan niat untuk bergurau. Dia tahu Lisa tak kan menerima ajakannya itu. Dia tahu gadis itu menjaga tingkah lakunya walaupun tinggal sebilik dengan lelaki, Cuma dia yang takut tidak mampu menahan diri.
       
           “Nak pergi solat subuh…jomlah sekali Tengku Dennis. Boleh kita berjemaah kan…” sindir Lisa geram. Padan muka, menggatal lagi. Dia tahu Tengku Dennis bengang, dari raut wajahnya sudah cukup jelas menggambarkan rasa marah. Belum pernah sekalipun dia melihat tengku dennis bersolat, tapi tengku dennis agak prihatin orangnya. Dia telah menyuruh pekerja hotel menghantar telekung dan sejadah untuknya. Prihatin tak tak sembahyang pun tak guna!
       
           “Jangan nak ajar aku,” ringkas sekali ayat yang dituturkan Tengku Dennis namun dalam maksudnya. Sedikit sebanyak menimbulkan rasa bersalah di hati Lisa. Tidak patut dia mengeluarkan kata-kata sebegitu terhadap Tengku Dennis, seolah-olah hanya dirinya yang baik dan Tengku Dennis saja yang jahat.
       
          “Maaf encik…saya tak sengaja.” Tengku Dennis hanya diam dan kembali memejamkan mata tanda tidak mahu di ganggu.
       
           Sewaktu Lisa selesai menunaikan solat, Tengku Dennis melintasinya dan menuju ke bilik air. Mahu bersiap untuk ke pejabat mungkin. Lisa menanti Tengku Dennis sambil menonton televisyen. Dia mahu memohon maaf atas keterlajuran katanya tadi. Wajah Tengku Dennis yang masih mencuka dijeling lewat ekor matanya. Berfikir waktu apakah yang sesuai untuk meminta maaf.
       
           Lisa berdiri dan perlahan-lahan menghampiri Tengku Dennis yang duduk dikatil sambil menyarungkan stoking. Dia berdiri tegak dihadapan Tengku Dennis, masih teragak-agak untuk bersuara. Tengku Dennis pula buat tidak nampak. Saja mahu mendera perasaan gadis itu.
       
         “Encik…saya nak minta maaf pasal tadi, saya tak sengaja. Pagi-pagi biasalah, mood tak berapa elok. Maafkan saya ye encik? Saya janji tak buat lagi.” Lisa melembutkan suaranya. Biasalah nak minta maaf kena lembut-lembut. Tengku Dennis hanya mengangguk.
       
          “Aku tak suka kau masuk campur dalam urusan hidup aku. Ingat sikit, kau hanya menumpang.” Lisa mencebik. Tahulah orang ni menumpang tapi tak payahla nak diungkit-ungkit selalu. Kecil hati yang sedia kecil ni.
       
          “Hmmm…okay…encik…kalau saya nak kerja boleh? Kerja apa-apa pun tak apa, saya nak cari duit untuk bayar balik semua duit yang encik dah belanjakan umtuk saya. Lagi pun, saya bosan duduk kat bilik tak buat apa-apa.” Tengku Dennis memandang Lisa yang masih berdiri di depannya.
       
         “Aku tak ada kerja kosong,” balas Tengku Dennis.
       
         “Takkan tak ada, encik jangan nak tipu…sebesar alam hotel ni, takkanlah langsung tak ada kerja yang sesuai untuk saya,” balas Lisa kembali. Nampak sangat Tengku Dennis tidak sudi mengambilnya bekerja. Kejam!
       
           “Nantilah…kalau ada aku bagitau kau. Apa kelulusan kau ada? Diploma, degree?” soal Tengku Dennis serius. Lisa menggigit bibir bawahnya, malu mahu menjawab. Kelulusannya tidak seberapa. Hanya SPM, walaupun keputusannya baik, Mak Nab dan Pak Mat tidak membenarkan dia menyambung pelajaran.
       
        “SPM je encik…” jawab Lisa sambil menunduk. Tengku Dennis mengeluh, SPM je…kerja apa yang boleh? Cleaner? Tak kan kot…
       
        “Tak pe…nanti kalau ada kerja kosong aku bagitau. Buat masa sekarang kalau kau bosan kau boleh keluar bersiar-siar kat kawasan hotel ni. Kat hotel ni macam-macam ada, gym, salun, spa, butik. Kau boleh pergi…kau bagi saja kad bilik tu kat kaunter spa atau salun, nanti dia akan caj dari situ.” Tengku Dennis menerangkan serba ringkas perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hotel Emperor.
       
        “Taukeh pun kena caj ke?” ejek Lisa.
         
        “Mana kau tau ni hotel aku? Siapa bagitau kau?” Tengku Dennis menyoal. Seingatnya dia tidak pernah menceritakan apa-apa pada gadis itu. Lisa hanya diam.
       
         Malas mahu menunggu bicara Lisa yang entah bila akan bermula itu, Tengku Dennis segera keluar dari bilik. Hari ini hari minggu, dia tidak akan masuk ke ofis walaupun ofisnya tetap beroperasi seperti biasa. Lisa hanya memandang tengku dennis berlalu. Dia duduk dibirai katil. Ingatan terhadap neneknya kuat menggasak minda, terlalu rindu untuk berada dalam dakapan neneknya. Tapi dalam keadaan sekarang, dia yakin amat mustahil sekali angannya itu menjadi kenyataan.
       
          “nek…lisa rindu sangat kat nenek. Lisa takut nak hadapi hari esok nek. Masa depan lisa masih gelap, lisa tak ada tempat bergantung. Lisa tak ada siapa pun kat sini, lisa ada lelaki tu je. Dia je tempat lisa bergantung. Nenek doakan lisa ye…doakan lisa supaya sentiasa dilindungi Allah. Lisa takut sangat…takut sangat nek,” bicara lisa sendirian.
       
         Air mata yang mula membasahi pipi disapu perlahan. Dia perlu kuat supaya tidak akan wujud lagi air mata duka dalam hidupnya melainkan air mata kegembiraan tapi bila?? Bila sinar bahagia akan muncul dalam dirinya? Hari ini? Esok? Atau…tidak untuk selamanya?
       
         “lisa sayang nenek…” ucapnya lagi bersama linangan air mata yang kembali membasahi pipi.


p/s : nah buat peneman...sori lambat sikit, mak busy yahamat noks...sori semua...tq sudi baca...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2012 08:34 AM | Show all posts
dop cukup   . jap jer abis baca.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 08:40 AM | Show all posts
TENGKU DENNIS ajak jelah LISA kawen...hihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 08:58 AM | Show all posts
sellie003 posted on 27-11-2012 01:19 PM
yup, exactly....huhu...masa tuh TD sentap sbb lisa bukan gadis2 yg senang2 diajak tidu suma bagai. ...

tue pun si TD dah curi2 cium tp Lisa teramat ganasnya
siap gigit dada TD lg
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 09:00 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 27-11-2012 05:27 PM
haha..takpe, tak de hAllah..hehe

ana nie kdg kala bila berangan terlebih akan mula imejinasi pun merapu
dan speku yg mengarut akan bertambah mengarut gak


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 09:02 AM | Show all posts
Lisa mmg x makan saman dan kdg kala terlupa akan kedudukan dirinya
dah cukup baik TD bagi perlindungan, menjaga dia tp dia ttp buka suka hati dia pulak
maap kata kdg kala karektar mcm tue agak menjengkelkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-11-2012 09:45 AM | Show all posts
fatehana posted on 28-11-2012 09:02 AM
Lisa mmg x makan saman dan kdg kala terlupa akan kedudukan dirinya
dah cukup baik TD bagi perlindun ...

betul2..memang menjengkelkan tapi itulah watak lisa...dia sebenarnya cuba untuk get rid segala kenangan pahit dan cuba untuk jadi lisa yang lain,yang tak mudah dimanipulasi oleh keadaan, masa dan orang lain...(haha, ye ye je explanation gue...)
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 09:49 AM | Show all posts
sambung la lagi.....cite ni best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2012 09:50 AM | Show all posts
shahrinas posted on 28-11-2012 08:40 AM
TENGKU DENNIS ajak jelah LISA kawen...hihihi...

tak leh tak leh...belum masanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 09:55 AM | Show all posts
BAB 15

        “Siapa tu? Cantik…guest baru ke?” soal Ahmad pada Tony yang tersengih-sengih sambil tangannya menyental meja yang sudah berkilat. Tony kelihatan tersipu-sipu malu manakala matanya leka memandang ke arah satu sudut. Ahmad yang pelik dengan tingkah Tony segera berdiri dihadapan lelaki itu, berniat mahu menghalang pandangan Tony pada apa yang menjadi halwa matanya.
       
            Tony apa lagi, naik berang la kawan. Pemandangan indah yang tersaji dihadapan mata terlindung oleh tubuh badak air Ahmad.
        “
          Tepi sikit! Ada jugak aku tolak dalam swimming pool karang…” marah Tony seraya menolak tubuh gempal Ahmad supaya menjauhinya. Ahmad mendecit geram.
       
           “Kau tengok apa Tony? Khusyuk sangat, sampai kau duk sental meja yang dah berkilat tu hah?” tanya Ahmad. Tony tersengih lebar.
       
            “Tu…kau nampak tu? Tu…yang kat hujung swimming pool tu. Cantik tak awek tu? Aku duk usha dia lah ni…” balas Tony dengan suara yang meleret-leret. Macam pasti saja awek tu akan dapat kat dia. Ahmad terjenguk-jenguk mencari susuk tubuh yang dikatakan rakannya itu.
       
         “Maksud kau tu? Yang baju t-shirt putih tu? Yang skirt warna pink tu?” soal Ahmad, Tony cepat-cepat mengangguk mengiakan.
       
          “Dey tambi! Yang tu lah aku tanya kau tadi, siapa dia. Guest baru ke…tak pernah nampak pun. Kau pulak duk syok tonyoh meja tu,” terang Ahmad. Perempuan itulah yang dipujinya tadi. Mereka sama-sama leka memandang gadis itu yang nampak seronok merendam kaki di dalam swimming pool. Masing-masing sedang berangan sehinggalah dijerkah oleh satu suara.
       
          “Kat sini awak berdua! Curi tulang ye?! Towel kolam tu semua bila nak letak kat laundry? Tahun depan? Gaji nak cepat, kerja lembab!” marah Salina, supervisor mereka hari ini. Salina dulunya setiausaha Tengku Dennis tapi turun pangkat jadi receptionist tapi entah sejak bila perempuan tu berangan jadi supervisor pula. Oleh kerana mulut Salina yang agak kurang ajar, tak ada siapa pun yang berani bertanya.
       
        “Dah lap semua meja kat sini?” soal Salina lagi. Nada suaranya tetap tidak berubah. Garang tak bertempat.
       
        “Sudah Cik Salina…” jawab Tony dan Ahmad serentak. Meluat dengan tingkah Salina, nak cuci mata pun tak sempat.
       
         “Apa Cik Salina…Cik Salina…Cik Sally okay!” marah Salina. Ahmad buat muka nak termuntah. Sally konon…muka jawa indo ada hati nak nama mat salih. Tony hanya diam, dalam hati penuh sumpah seranah untuk Salina.
       
         “Sudah! Pergi buat kerja!” arah Salina, kasar. terkedek-kedek Tony dan Ahmad berlalu dari situ. Salina menjeling geram. Pekerja bawahan tidak patut diberi muka, perlu bertegas dan berkasar. Tanpa dia sedari tindakannya itu hanya menimbulkan benci, bukan hormat.
       
          Mata salina melilau memerhati sekeliling kolam. Takut ada lagi pekerja yang curi tulang. Dia berjalan ke hujung kolam sehinggalah terserempak dengan seorang gadis yang masih leka merendam kaki dalam kolam renang sambil melihat beberapa anak muda mandi-manda.
       
         “Excuse me miss, kalau nak mandi kat sini kena pakai swimming suit,” tegur Salina. Lisa mendongak memandang wajah orang yang menegurnya. Lisa hanya tersenyum manis, disambut ala kadar oleh Salina.
       
          “Sorry…tapi saya tak mandi, saja duduk kat tepi ni sambil rendam kaki,” balas Lisa mesra. Salina mula mendengus.
       
          “Miss…ini policy hotel, kalau rasa nak pakai baju macam ni kat kolam renang. Balik main air kat rumah. Bukan kat sini,” balas Salina kembali. Walaupun nada suaranya masih dikawal, bunga-bunga kurang ajar tetap terserlah. Lisa ketap bibir, kurang ajar sungguh pekerja Tengku Dennis, macam bosnya.
       
        “Kalau saya tak nak beredar apa awak nak buat?” provok Lisa terhadap pekerja hotel yang bersuit hitam dan skirt paras lutut itu. Salina mula naik angin, mentang-mentang muka dia lawa dia ingat dia boleh kurang ajar.
       
        “Hei betina, aku cakap tak boleh tak bolehlah! Kau tak paham bahasa melayu? Sekarang sila beredar dari sini,” hambur Salina ke arah Lisa, perasaan marahnya sudah tidak mampu dikawal. Sudah tidak dipedulikan pada mata-mata yang mula memandang ke arah mereka. Lisa yang mendengar bicara kasar pekerja itu mula bangun dan berdiri. Tajam matanya menikam sepasang mata milik Salina yang berwarna biru. Orang melayu sekarang ni suka sangat pakai kanta lekap warna pelik-pelik, kalau berkulit putih masih boleh diterima akal. Ini kulit warna bontot kuali.
       
         “Awak jangan nak kurang ajar, cakap baik-baik kan boleh. Tegurlah elok-elok, perangai awak ni menjatuhkan imej hotel ni.” Lisa menasihati perempuan tersebut. Dia tidak mahu cari gaduh, lagipun dia di sini hanya menumpang. Tidak mahu mencela imej Tengku Dennis dengan sikapnya.
       
           Lisa segera berpaling mahu melangkah pergi. Makin lama dia di tepi kolam ini, takut masalah lain pula yang timbul. Salina yang masih tidak berpuas hati, menarik belakang t-shirt yang dipakai Lisa dan tanpa disengajakan gadis itu tergelincir ke dalam kolam. Salina yang terkejut terus berlari melarikan diri apabila melihat gadis itu terkapai-kapai meminta tolong.
       
          Mujurlah beberapa anak muda yang masih berada di dalam kolam cepat menyelamatkan Lisa dan dinaikkan ke tebing kolam. Beberapa pekerja hotel yang melihat kejadian itu segera berlari mendapatkan Lisa. Lelaki yang menyelamatkan Lisa tadi menepuk-nepuk belakang gadis itu yang masih terbatuk-batuk. Mujurlah air tidak sempat memenuhi peparunya, kalau tidak…
       
          “Are you okay miss?” soal lelaki itu. Agak terkejut dengan kejadian yang berlaku di depan matanya tadi. Masih di ingat gadis itu sedang bermain air di tepi kolam dan secara tiba-tiba bunyi benda terjatuh ke dalam kolam mengejutkannya yang sedang berenang. Dia dan rakannya yang lain segera membantu.
       
         Lisa menarik nafas panjang, berair matanya akibat perit ditekak kerana batuk tertelan air kolam.
       
        “Saya okay…terima kasih sebab selamatkan saya, kalau tak…tak tau lah apa yang akan jadi.”
       
        Ain yang turut berada di situ terkejut apabila melihat gadis yang lemas itu ialah girlfriend Tengku Dennis. Ain segera berbisik ke arah Yana yang berdiri di sebelahnya. “Itulah perempuan dalam bilik Tengku Dennis yang aku cakap hari tu.” Ain segera memberitahu Yana. Yana agak terperanjat.
       
          “Yeke…memang betullah cakap kau, cantik…habislah Cik Salina kali ni kalau Tengku Dennis tau,” balas Yana kembali. Dialah antara manusia yang paling gembira seandainya Cik Salina di kenakan tindakan tata tertib. Buang kerja terus, lagi bagus!
       
           Sehelai tuala kering dihulurkan Tony, namun yang menyambutnya ialah lelaki yang menyelamatkan gadis itu. Frust sekejap hati Tony dibuatnya, baru ingat nak tunjuk hero. Lelaki itu menyelimutkan tubuh Lisa yang basah lencun dengan tuala yang dihulurkan salah seorang pekerja hotel, dia membantu gadis itu berdiri.
       
         “Kat mana bilik cik? Biar saya hantarkan. Tapi cik duduk sini sekejap ya, saya nak salin seluar dulu,” ujar lelaki itu sambil berlari anak menuju ke bilik persalinan.
       
           “Cik tak apa-apa?” Ain mendekati gadis itu sambil bertanya, Yana hanya menurut. Orang yang tadinya ramai menjadi penonton mula bersurai. Yang tinggal hanya Ain, Yana, Tony dan Ahmad. Mereka berempat masih mengelilingi Lisa yang duduk di sebuah kerusi.
       
         “Saya okay…awak ni Ain kan?” soal Lisa cuba meneka dan tekaannya tepat.
       
         “Ye saya..cik ingat saya lagi?” kagum Ain dengan ingatan Lisa, baru sekali berjumpa sudah cam. Alah! Aku pun kira hebat sebab sekali tengok pun sudah cam juga…he..he..
       
         “Mari saya hantarkan cik ke bilik,” ajak Ain. Kasihan melihat gadis itu yang kesejukan. Pantas Lisa memberikan persetujuan, tidak tahan menanggung sejuk. Langsung dia terlupa dengan lelaki yang menyelamatkan dan yang menawarkan bantuan untuk menghantarnya ke bilik sebentar tadi. Lisa berjalan beriringan dengan Ain dan Yana yang juga mahu menemaninya ke bilik.
       
          Mikail yang tergesa-gesa menuju ke kerusi tempat gadis itu didudukkan kecewa apabila gadis itu sudah tiada di situ. Dia hanya mampu mengeluh. Tidak sempat mahu berkenalan dengan gadis itu. Rugi betul!
       
          Lisa berbungkus dalam selimut setelah membersihkan diri dan menyalin pakaian. Dia kesejukan, hidungnya juga terasa sedikit tersumbat. Hebat juga penangan jatuh kolam rupanya, terus terasa nak demam. Mujurlah sewaktu Ain dan Yana menghantarnya ke bilik, Tengku Dennis masih belum pulang. Kalaulah lelaki itu sudah di bilik, apa yang mahu dijawab kerana pulang dengan baju yang basah kuyup.
       
            Geram dengan pekerja yang bertikam lidah dengannya sebentar tadi, kalau bajunya tidak ditarik, tentu saja dia tidak akan terjatuh ke dalam kolam. Sudahlah tidak pandai berenang, nasib baik ada yang membantu. Apabila teringatkan jejaka yang menolongnya, Lisa berasa agak bersalah kerana terlupa bahawa lelaki itu mahu menghantarnya ke bilik dan dia tanpa berfikir panjang terus menerima ajakan Ain. Dia yakin pasti lelaki itu mencarinya.
       
             Matanya yang pedih terkena air kolam yang berklorin mula memberat. Badannya rasa letih. Lampu disebelah katil dimalapkan, mahu lebih selesa untuk tidur.


p/s : nah satu lagi..kerja elok2 ye...jangan curik tulang baca novel sampai kerja tak siap!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 09:56 AM | Show all posts
wardah75 posted on 28-11-2012 08:34 AM
dop cukup   . jap jer abis baca.

dah update 1 lagi...mari..mari
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 09:57 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 28-11-2012 09:45 AM
betul2..memang menjengkelkan tapi itulah watak lisa...dia sebenarnya cuba untuk get rid segala ken ...

yea ambo pehe bab tue
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 10:00 AM | Show all posts
redsentra posted on 28-11-2012 09:49 AM
sambung la lagi.....cite ni best

macih sudi baca...dah sambung lagi satu bab... layannn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 10:01 AM | Show all posts
fatehana posted on 28-11-2012 09:57 AM
yea ambo pehe bab tue

reti demo kecek kelate? ingat reti kecek arab jah...maklumla ado customer arab duk ngorat
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 10:02 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 28-11-2012 09:56 AM
dah update 1 lagi...mari..mari

ana x curi tulang tp curi masa aje
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 10:03 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 28-11-2012 10:01 AM
reti demo kecek kelate? ingat reti kecek arab jah...maklumla ado customer arab duk ngorat  ...

sikit2 buleh jo
xdok lancor mano pun kecek kelate
klu kat luar silap2 ore ingat ambo ore siam pulop
ambo tok seh nak ghoyak arab dgn pak arab nnt deme makin suko lak
x berahi ambo kat bangsa tue
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2012 10:08 AM | Show all posts
fatehana posted on 28-11-2012 10:02 AM
ana x curi tulang tp curi masa aje

oooo..ni lah salah sorang pekerja yang guna pc opis buat baca novel ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2012 10:09 AM | Show all posts
fatehana posted on 28-11-2012 10:03 AM
sikit2 buleh jo
xdok lancor mano pun kecek kelate
klu kat luar silap2 ore ingat ambo ore siam pu ...

hahahahaha..tak leh bayang kalau ana kawen dengan arab tu... masukkan watak pak arab gatal pun boleh jugak dalam novel ni..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 10:09 AM | Show all posts
sapa je yg nak bgth TENGKU DENIS...cpt bgth bio perempuan tue kena...
sian LISA...dah demam...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 10:10 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 28-11-2012 10:08 AM
oooo..ni lah salah sorang pekerja yang guna pc opis buat baca novel ye...

xper sbb ana bos kecik kat opis so no hal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.090968 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list