|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
Last edited by Nicki_Meow on 27-7-2012 08:38 AM \n\n
Episode 11
Fandi menghela nafas dan menghembuskan perlahan. Hingga saat ini, dia masih berkira-kira, apakah tindakkannya ini benar? Mengahwini seseorang yang tidak pernah dia kenali, perasaan cinta jauh sekali.
Pada mulanya, Fandi juga teragak-agak untuk menerima tawaran dari Datuk Yusuf. Tawaran yang datang secara tiba-tiba itu di anggap sebagai gurauan. Tetapi bila Datuk Yusuf membuat perjanjian berkontrak, Fandi sedar ini bukanlah permainan. Datuk Yusuf benar-benar memerlukan seseorang untuk menutup aib keluarganya sendiri. Datuk Yusuf ahli korporat ternama, sekiranya keluar berita yang anak bongsunya hamil luar nikah, sudah pasti itu akan memberi impak negative kepada Datuk Yusuf sekeluarga.
Kenapa aku?
Apakah mata dan hatinya sudah di kaburi dengan wang ringgit?
Mengapakah dia rela memperjudikan nasibnya demi sesuatu yang dia pun tidak pasti apa?
Satu demi satu persoalan menerjah mindanya. Fandi pun tidak tahu mengapa dia yang menjadi pilihan Datuk Yusuf. Sedangkan, dia langsung tidak mengenali ahli korporat ternama itu secara rapat. Perkenalan mereka juga adalah secara tidak sengaja.
Dia bukanlah seorang mata duitan. Malah dia sentiasa bersyukur dengan hidupnya. Gaji bulanan yang diterima tidaklah mewah tetapi cukuplah untuk menampung hidupnya di kota lumpur ini. Tetapi duit adalah satu keperluan, apatah lagi di zaman dimana serba serbinya berbayar hatta ingin ke tandas sekalipun. Tiada lagi yang percuma. Dan bila kesempatan itu datang, salahkah dia kerana mengambil peluang?
Fandi cuba merasionalkan tindakkannya. Bukan dia yang menawarkan diri, tetapi Datuk Yusuf yang mahukan pertolongannya. Dan ini kerja mudah. Apa yang dia perlu lakukan, hanyalah bernikah dengan gadis bernama Sofea Raihana dan menjadi suami kepada gadis itu sehinggalah dia melahirkan anak. Yang pasti, anak itu bukan anaknya. Dia hanya menjadi seorang ‘pak sanggup’ untuk menutup mata dan mulut orang keliling. Selepas itu, terpulang kepadanya sama ada untuk terus bersama Sofea Raihana ataupun memilih untuk bebas.
Fandi meraup wajah. Hatinya terkenangkan Alya. Apa agaknya gadis itu sedang buat ketika ini? Mungkin juga sedang berdebar menunggu hari bahagianya. Tiba-tiba, segala kenangannya bersama Alya hadir di ingatan. Bermula dengan usik-mengusik, mereka menjadi rapat. Hubungan yang bermula sebagai rakan baik akhirnya membuahkan cinta. Tetapi kini, dia akur. Jodohnya bukan dengan Alya.
Fandi memejamkan mata. Senyuman Alya, wajah Alya hadir di kotak ingatannya.
Aku harap kau bahagia, Alya.
Fandi menarik nafas dan membuka mata. Bayangan Alya hilang.
Fandi memandang keliling. Hanya sedikit tetamu yang di jemput hadir. Di pihak pengantin perempuan, hanya keluarga terdekat Datuk Yusuf yang hadir. Manakala di pihaknya, hanya ibu, ayah dan kakaknya, Nazirah. Jauh di sudut hati, Fandi tahu Nazirah tidak setuju dengan pernikahan ini tetapi tidak pula mahu meluahkan.
Tiada hantaran dari kedua-dua belah pihak. Fandi hanya menyediakan mas kahwin yang di persetujui sebanyak lima ratus ringgit. Malah, cincin perkahwinan juga dia beli sendirian mengikut citarasa dan kemampuannya. Datuk Yusuf cuma memberinya sebentuk cincin kepunyaan Sofea Raihana sebagai contoh.
Sofea Raihana...
Matanya terpaku kepada pengantin perempuan yang duduk bersimpuh tidak jauh darinya. Wajah itu di renung. Ini kali pertama Fandi melihat wajah bakal isterinya. Berkulit kuning-langsat, mukanya bujur sireh. Agak manis di pandang mata. Sekali imbas, tidak kelihatan yang Sofea Raihana mengandung. Mungkin sebab dia memang bertubuh kecil molek.
Lama wajah itu di renung. Sofea Raihana hanya memandang ke bawah. Tiada riak yang di tunjukkan. Tidak sedih, tidak gembira, tidak marah. Wajahnya kosong dan sukar di mengertikan. Terdetik di hati Fandi, adakah Sofea Raihana juga menerima pernikahan ini dengan hati terbuka? Ataupun menurut saja kemahuan Datuk Yusuf semata-mata ingin menutup malu?
“Menikahi wanita yang mengandung luar nikah adalah sah dari segi hukum syarak. Tapi kamu kena ingat, anak dia tak boleh di nasabkan dengan keturunan kamu”
“Bukanlah sesuatu yang hina sebenarnya bila menikahi perempuan yang mengandung luar nikah. Sekurang-kurangnya, aib seseorang itu sudah tertutup. Cuma saya harap Fandi ikhlas” Kata-kata Ustaz Fadzil terngiang-ngiang di telinga Fandi.
Ikhlaskah aku? Fandi menarik nafas.
Tiba-tiba Sofea Raihana mengangkat mukanya.
Mereka bertentangan mata.
Terasa ada getaran melanda jiwanya secara tiba-tiba.
***************************************************** |
|
|
|
|
|
|
|
lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Fifi terasa gelisah duduk di situ. Seakan-akan semua mata memandang ke arahnya. Dan akhirnya, anak mata Fifi tertancap kepada lelaki yang duduk tidak jauh darinya. Fifi membalas renungan Fandi, tajam. Buat pertama kali, Fifi melihat wajah Muhammad Affandi, lelaki yang akan menikahinya sebentar lagi. Fifi menarik nafas. Dia kembali menundukkan wajah.
Terdetik persoalan di hati Fifi, mengapa begitu mudah lelaki ini menerimanya. Pasti bersebab! Jika tidak, masakan lelaki ini sanggup menikahinya yang hamil luar nikah. Sedangkan, mereka tidak pernah mengenali sebelum ini. Apa yang Fifi tahu, lelaki itu adalah kenalan papa.
Fifi mencuri pandang lagi ke arah Fandi. Lelaki itu pula yang menundukkan wajah. Matanya terpejam, seperti memikirkan sesuatu. Fifi cuba mencari keistimewaan lelaki itu. Sekadar mencari sebab kenapa Fandi yang dipilih oleh papanya. Melihat dari gayanya, Fifi yakin Fandi bukanlah dari golongan berada sepertinya.
Entah mat rempit mana yang papa kutip! Fifi merengus.
Ah, begitu mudah kau mengadili seseorang, Fifi. Sedangkan kau sendiri telah hanyut sehingga mengandung anak tak berbapa. Bapa anak ini langsung tidak mahu bertanggungjawab. Fifi menarik nafas.
Fifi merintih dalam hati. Sehingga saat-saat terakhir, dia masih memikirkan Shah. Dia benar-benar berharap bahawa lelaki yang akan menikahinya sebentar lagi adalah Shah, bukan Fandi.
“Assalamualaikum w.b.t” Terdengar suara memberi salam. Serentak itu, semua yang ada di situ memandang ke arah suara yang memberi salam.
“Alhamdulillah. Pada hari ini, kita bakal meraikan majlis pernikahan diantara Muhammad Affandi Bin Omar dan Sofea Raihana Binti Yusuf. Di harapakan kedua-dua mempelai ini akan bahagia dan rumahtangga mereka di berkati” Ringkas mukadimah yang di berikan oleh Imam Ahmad
“Boleh kita mulakan?” Tanya Imam Ali kepada Datuk Yusuf dan juga Fandi. Kedua-duanya hanya mengangguk.
“Bismillahhirahmanirrahim”
Nafas Fandi mula tidak teratur.
*********************************************** |
|
|
|
|
|
|
|
“Aku terima nikahnya, Sofea Raihana Binti Yusuf dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai”
Dengan sekali lafaz, Sofea Raihana sudah sah menjadi isterinya. Para tetamu bersama-sama mengaminkan doa yang di baca, agar kedua-dua mempelai ini diberkati dan dirahmati. Tetapi, benarkah pernikahan seperti ini akan diberkati dan dirahmati? Tidakkah ini satu pembohongan? Pernikahan ini sah mengikut hukum syarak tetapi hakikatnya, perkahwinan ini adalah berlandaskan kontrak semata-mata.
Fandi menarik nafas. Sekarang, dia tak akan boleh berpatah balik. Menurut kontrak, sekiranya dia menceraikan Sofea Raihana sebelum gadis itu bersalin, dia pula yang harus membayar seratus ribu ringgit kepada Datuk Yusuf. Tiba-tiba dia bingung, bagaimanakah harus dia menjalankan tanggungjawab sebagai suami kepada Sofea Raihana?
Usai doa di baca, Puan Sairah, ibu Fandi menyuakan cincin kepada Fandi. Fandi teragak-agak namun cincin itu di ambil juga. Perlahan-lahan, Fandi bangun, menghampiri Sofea Raihana yang masih menundukkan wajah.
“Fifi” Datin Haryati menegur perlahan. Fifi mengangkat muka memandang Fandi. Tangannya kanannya di hulurkan lalu Fandi menyarungkan cincin, sebagai tanda simbolik yang Fifi itu adalah isterinya yang sah.
Shah, I wish it was you. Fifi memejamkan mata.
“Salam, Fifi” Datin Haryati berkata lagi. Sekali lagi, Fifi menghulurkan tangan kepada Fandi lalu tangan suaminya itu di cium. Secara tiba-tiba, Fandi mencium dahinya. Fifi terpempan, sungguh dia tidak menyangka yang Fandi akan berbuat begitu. Air matanya turun tanpa dapat di tahan.
********************************************************** |
|
|
|
|
|
|
|
Fandi hanya memerhatikan suasana di banglo mewah itu. Majlis pernikahan sudah lama berakhir, di akhiri dengan sedikit jamuan ringkas. Jam juga sudah hampir menunjukkan pukul sepuluh malam. Semua tetamu sudah pun pulang termasuk emak dan abahnya. Mereka bermalam di rumah Nazirah yang terletak di Cheras dan akan berangkat pulang ke Kluang pada hari Ahad. Sofea Raihana pula sudah lama menghilangkan diri. Mungkin mengurung diri di dalam biliknya.
“Jaga diri Fandi. Ingat, kamu dah jadi suami orang sekarang. Walau buruk macam mana pun masa silam isteri kamu, kamu harus terima dia seikhlas hati. Kamu yang pilih Sofea sebagai isteri, jangan sekali-kali kamu abaikan tanggungjawab kamu sebagai suami ” Nasihat Puan Sairah masih terngiang-ngiang di telinganya.
Mak..mak. Kalaulah mak tahu…
“Meow” Tiba-tiba Fandi terasa ada sesuatu yang berbulu. Fandi memandang ke bawah. Seekor kucing bertompok hitam putih sedang enak menggeselkan diri di kakinya. Fandi tersenyum lalu membelai kepala kucing itu.
“Itu kucing Fifi, namanya Nicki” Fandi menoleh pula ke belakang. Datin Haryati sedang berdiri sambil memerhatikannya. Fandi terasa segan.
“Comel” Fandi menjawab.
“Jarang si Nicki tu nak dekat dengan orang lain. Tapi, sejak akhir-akhir ni, dengan semua orang dia manja. Rindu dengan tuan dia kot. Tuan dia asyik berkurung dalam bilik” Datin Haryati berkata lagi, seperti meluahkan perasaan. Fandi hanya tersenyum sumbing, tak tahu apa yang perlu di katakan.
“Kenapa termenung kat luar ni?” Datin Haryati bertanya lagi. Dia cuba untuk mengenali anak muda ini dengan lebih dekat walaupun terasa janggal dengan Fandi yang tiba-tiba sahaja telah menjadi sebahagian dari keluarganya.
“Saja je, makcik” Fandi menjawab.
“Dah nikah pun, Fandi. Tak payah panggil pakcik ke.. makcik ke. Panggil papa dengan mama” Datuk Yusuf pula berkata. Dia kelihatan jauh lebih mesra dengan Fandi berbanding Datin Haryati. Fandi hanya tersengih dan kembali mendiamkan diri.
“Dah malam Fandi. Masuklah rehat” Datin Haryati berkata lagi.
“Baiklah..makc..mama..… papa. Saya masuk bilik dululah” Fandi berkata, tersekat-sekat. Sungguh dia terasa lidahnya amat kelu untuk membahasakan papa dan mama pada ibu bapa mertuanya sendiri.
“Fandi” Beberapa tapak melangkah, namanya di panggil lagi
“Mama minta maaf pasal Fifi tadi ya. Fandi jangan ambil hati” Datin Haryati berkata dengan nada perlahan. Ini di sebabkan petang tadi, hampir semua isi rumah banglo itu dapat mendengar suara Fifi menjerit.
“You, listen to me! Don’t you ever dare to get into my room! Kalau tak, I patah-patahkan tengkuk you!” Teringat-ingat kata-kata Sofea Raihana apabila mereka bertembung di tangga petang tadi. Bagai harimau betina lagaknya.
“Tak ada apalah mama. Saya faham” Fandi menjawab.
“Saya masuk bilik dulu” Fandi meminta izin sekali lagi.
Fandi melangkah meninggalkan Datuk Yusuf dan Datin Haryati, menuju ke tingkat atas ke arah biliknya. Mulai dari hari ini, banglo mewah ini akan menjadi tempat tinggalnya yang baru. Bilik Sofea Raihana cuma bersebelahan saja dengan biliknya. Pintu biliknya di buka, suis lampu di hidupkan. Fandi termenung sendiri di atas katil, agak lama.
“Sofea Raihana” Fandi berkata perlahan.
Nasib kaulah Fandi oi. Orang lain lepas nikah, boleh peluk bini. Kau peluk ajelah bantal peluk tu...
Fandi menarik nafas dan di lepaskan perlahan. Lampu biliknya di matikan lalu dia berbaring di atas katil. Tangannya di letakkan di atas dahi, memikirkan apa saja kemungkinan yang bakal terjadi selepas ini. |
|
|
|
|
|
|
|
nangis tharu ke apa fifi nih?
nicki sambung... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 10-7-2012 15:49
Okay...now....Introducing...
Drum Roll....
Nicki the Cat! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 219# rafflesia76
Awat muka Zul Huzaimy dah ghupa mat salleh? |
|
|
|
|
|
|
|
nicky......mane sambungan nyer??? |
|
|
|
|
|
|
|
mane sambungannyer? ape jd ngan shark sol itu? |
|
|
|
|
|
|
|
english heols pn tonggang terbalik gak .....dlm OME tu pn ikut skrip kn.....tp heol ...
rafflesia76 Post at 10-7-2012 16:20
Siapa Raf? lady masih nampak abe zul fareez kat avvy Raf tu.
Sir dlm OME ke yg Raf kata sedara tu? (mood bz body) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rafflesia76 at 10-7-2012 16:46
Siapa Raf? lady masih nampak abe zul fareez kat avvy Raf tu.
Sir dlm OME ke yg Raf kata sedar ...
ladyFinger12 Post at 10-7-2012 16:36
jgn kecoh2....sir henry middleton tu ler....raff xbole ckp lebih2 nt mak sedara kt n9 tu sume moyan melahar raff kang..... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi.. lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Okay...now....Introducing...
Drum Roll....
Nicki the Cat!
Nicki_Meow Post at 10-7-2012 15:45
pomot diri sendrik nampakkk???
sambunggg.... sambunggg.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Menyambung episod untuk hari ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 12
Sudah seminggu pernikahannya dengan Sofea Raihana. Namun, tiada apa perubahan yang ketara pada Fandi. Hidupnya masih seperti dulu, sama seperti ketika dia belum berkahwin. Keluar bekerja di waktu pagi dan pulang apabila jam menghampiri tujuh malam. Cuma yang berbeza, dia kini tinggal di rumah Datuk Yusuf, sebagai memenuhi salah satu syarat di dalam kontrak. Untuk apa dan mengapa, Fandi tidak pernah bertanya. Mungkin juga Datuk Yusuf mahu mengawasi tindak tanduk Sofea Raihana, ataupun mengawasi dirinya? Entahlah, Fandi tidak pula berminat untuk mengambil tahu.
Rakan-rakan di tempat kerjanya juga kebanyakannya tahu yang dia sudah bernikah. Ada yang meragui kerana cuti kahwinnya hanya sehari. Ada yang menyindir dengan mengatakan dia kedekut, tidak di jemput ke majlisnya. Ada juga yang memandang serong di sebabkan majlisnya di jalankan secara tergesa-gesa dan tiba-tiba. Tapi Fandi tidak mempedulikan semua itu. Biarlah apa orang nak kata, dia lebih suka mendiamkan diri. Bila di tanya, dia memberikan jawapan paling klise iaitu kehendak orang tua. Bohong sunat!
Sofea Raihana. Nama itu kerap kali meniti di bibirnya kini. Walaupun biliknya dan bilik isterinya bersebelahan, Fandi jarang berjumpa. Sofea Raihana lebih suka mengurungkan diri di dalam bilik. Sesekali ada juga Fandi bertembung dengannya di tangga, atau di dapur atau di ruang tamu. Tetapi, Sofea Raihana sering melarikan diri apabila berjumpa. Peluang untuk bercakap atau bertegur sapa langsung tiada. Dan mukanya, mukanya selalu masam, tidak pernah tersenyum.
Kalau senyum mesti comel. Fandi meneka sendiri, dan tiba-tiba tersenyum sendiri. Wajah Sofea Raihana yang selalu muncung hadir di fikiran.
“Di” Fandi menoleh ke arah suara yang memanggil.
“Dari tadi aku peratikan hang. Mula-mula termenung. Lepaih tu, senyum sorang-sorang. Hang dah gila ka apa?” Azwan, bekas teman serumahnya menegur dan sudah pun mengambil tempat di sebelahnya.
“Tak ada apalah” Fandi menjawab, segan.
“Orang lain lepas kahwin, muka ceria. Hang pulak termenung 24 jam, pasai apa?” Fandi diam, hanya memusingkan spanar di tangan.
“Aku tahu, hang pening kepala pasai bini hang kan?” Fandi hanya tersengih. Tidak ramai yang tahu sebab dia berkahwin secara tergesa-gesa, hanya beberapa orang saja, Azwan salah seorang darinya.
“Awat? Bini hang tak suka kat hang?” Mudah saja Azwan meneka masalahnya.
“Bukan setakat tak suka, tengok muka pun boleh dikira berapa kali. Bercakap, baru sekali” Fandi menjawab.
“Lagu tu ka? Bawak bersabaqlah no. Hang yang pilih jalan ni, hang kenalah terima” Fandi mengangguk. Mereka terdiam.
“Aku nak tanya hanglah. Hang kahwin dengan bini hang, takkan hang tak ada rasa sikit pun?”
“Rasa? Rasa apa?”
“Rasa sayang ka… rasa macam nak try bini hang ka. Rasa nak ngurat dia ka?”
Rasa sayang? Jari Fandi sudah berhenti memusingkan spanar.
“Bini hang lawo dak?” Fandi mengangkat kening memandang Azwan. Azwan cuma tersengih.
“Cun gak lah…” Isteri sendiri, haruslah di puji. Fandi tersengih lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 11-7-2012 17:03
“Alang-alang hang dah nikah ni, apa kata hang ngurat ja bini hang tu. Bukan orang lain pun. Bini sendiri…”
“Ngurat…apa?” Kening Fandi berkerut.
“Yalah. Sebelum ni pun bukan hang kenai dia. Apa kata la ni, hang cuba berbaik dengan dia. Ambil tahu pasai dia. Kenai hati budi dia. Mana tau, dia sangkut dengan hang?”
“Mengarutlah kau ni. Gila apa ngurat bini sendiri?”
“Hang tu yang mengarut. Cuba hang fikir, Di. Hang dah bernikah pun dengan bini hang tu. Takkan seumur hidup hang nak macam ni? Bercakap tidak, jumpa pun boleh bilang dengan jari. Lainlah hang fikir nak ceraikan dia lepas dia bersalin nanti” Azwan membalas.
Bercerai? Fandi terdiam.
“Ni aku nak tanya hang betui-betui. Hang sayang dak kat bini hang? Ke hang memang nikah pasai duit ja?” Soalan serius di kemukakan kepada Fandi. Agak lama Fandi terdiam. Sayang? Sungguh, dia sendiri tidak tahu untuk menerangkan bagaimana perasaanya pada Sofea Raihana. Sayang…atau kasihan?
“Kalau hang sayang kat dia, hang kenalah bimbing dia, ajaq dia. Jangan biar dia hanyut dengan perasaan dia. Walaupun hang nikah dengan dia bukan pasai sayang ka, cinta ka, dia dah jadi tanggungjawab hang. Hang kan laki dia. Kalau bukan hang yang buat semua ni? Siapa lagi?” Azwan menyambung kata apabila Fandi masih mendiamkan diri.
"Itu kalau hang sayanglah kat bini hang. Kalau niat hang memang pasai duit, aku taknak masuk campuq" Fandi mengerutkan kening. Kata-kata Azwan mula masuk ke dalam kepala Fandi sedikit demi sedikit.
“Tapi, macam mana nak ngurat dia?”
“La…dulu hang ngurat si Alya tu lagu mana?”
“Alya tu lain. Aku kenal sejak sekolah lagi. Sofea ni lain. Jangan kata nak ngurat, nak tegur pun aku fikir tiga, empat kali. Garang macam singa”
“Mai sini, aku ajaq hang camna nak usha anak singa. Tapi pengeraihnya, hang kena belanja aku makan tengahari…lapaq dah ni” Azwan berkata sambil melihat jam.
“Kau nak ajar aku usha awek? Awek pun hang takdak, macam mana nak ajaq?”
“Aku takdak marka pasai aku tahu teori ja. Praktikal aku tak gheti…”
“Mengong hang ni…”
Azwan hanya tersengih. Mereka mula bangun untuk menuju ke Gerai Kak Milah di seberang jalan untuk makan tengahari. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|