CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
 Author| Post time 28-4-2012 11:04 AM | Show all posts
Salam...

Sambung sikit lagi hari ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2012 11:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 5-5-2012 01:32

Part 2 - Episode 30

Oh Sayangnya hanya kaulah yang benar benar aku tunggu
Hanya kaulah yang benar benar memahamiku
Kau pergi dan hilang ke mana pun kau suka

Oh Sayang hanya kaulah yang pantas untuk kubanggakan
Hanya kaulah yang sanggup untuk aku andalkan
Diantara pedih aku selalu menantimu


“Tengah buat konsert ke? Satu rumah berdegang-degung..” Puan Arifah menegur. Dia masuk ke dalam bilik Lea lalu memperlahankan volume.

“Sorry” Lea hanya tersengih. Dia masih lagi berbaring-baring di atas katil.

“Ada orang nak jumpa” Lea mengerutkan kening.

“Siapa yang datang malam-malam ni?”

‘‘Kudin’’ Lea bingkas bangun.

‘‘Ibu, cakap dengan dia Lea tak ada, Lea dah keluar’’ Puan Arifah mengggigit bibir.

‘‘Itulah dia tu…’’

‘‘Itulah apanya ?’’

‘‘Ibu dah terlepas cakap Lea ada dalam bilik’’ Lea memutarkan biji matanya ke atas.

‘‘Dia tunggu kat luar. Ibu ajak masuk, dia tak nak’’ Puan Arifah berkata lagi sebelum keluar.

Lea menarik nafas. Telefon bimbitnya di ambil. Sepanjang hari Faiz menelefonnya tapi sengaja dia tak mahu menjawab. Hampir berpuluh-puluh juga kalau di kira.

Padan muka!

Sepuluh sms juga tidak di balas.

Marah ke?

Kenapa tak angkat phone?

Penat aku call, kau tak nak angkat.

Janganlah merajuk.

Lea…angkatlah phone!!!!!

Sampainya hati….

Pick up the phone, please…

Please please please, kamu jangan nakal…

Arrgggghhhhhh……  

Kalau kau tak nak angkat phone, malam ni aku datang rumah kau.

Lea mengaru-garu kepalanya. Ingat dia main-main?

Lea kemudian bangun, memandang bayangnya di cermin sekilas dan kemudian turun ke bawah. Dari balik pagar, dia melihat Faiz sedang bersandar di kereta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2012 11:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 28-4-2012 11:13

‘‘Assalamualaikum’’

‘‘Waalaikummusalam’’

‘‘Masamnya muka….’’

“Kenapa datang?”

‘‘Saja’’

Kau ingat, kau buat muka cute macam tu aku boleh cairlah?

“Eh, kenapa dengan muka kau ni?” Spontan Lea menyentuh muka Faiz yang bengkak.

“Hisk.. sakit” Faiz memegang jari Lea, menghalang Lea dari menekan pipinya dengan lebih kuat. Serentak itu mata mereka bertembung. Lima saat… sepuluh saat…

“Sorry” Lea tersipu-sipu. Faiz hanya memandang Lea.

Lepaslah tangan tu pakcik oi…

‘‘Ehek ehem’’ Lea berpura-pura batuk lalu Faiz melepaskan tangannya.

“Kenapa dengan muka kau?” Lea mengulang soalan.

“Kena tumbuk’’ Lea mengangkat kening.

“Kenapa kau tak nak angkat phone?” Lea diam, kembali masam.

Sebab merajuklah. Itu pun nak tanya. Lembab macam kura-kura!

“Marah lagi?” Lea tak menjawab.

“Comellah muka kau bila marah” Lea memutarkan matanya ke atas.

Ayat klise sangat!

“Errr…nah” Faiz menghulurkan sebuah kotak bersaiz sederhana.

“Apa ni?’’

“Bukalah”

“Chocolate?” Lea membelek isi kotak itu satu persatu. Bermacam-macam jenis coklat ada di dalam.

“Not sure which one is your favourite, so aku ambil je semua chocolate yang aku nampak dalam kedai tu” Faiz mengangkat bahu.

“FYI, its Kinder Bueno tapi tak ada pun dalam ni”

“Noted. Next time, satu kontena aku beli untuk kau” Faiz tersengih.

Hai lah mamat ni… Apa jampi kau pakai?

“Jom keluar”

“Pergi mana?”

“Kedai mamak kat atas tu”

‘‘Malaslah. Aku ngantuk’’

‘‘Sekejap je’’

‘‘Nanti-nantilah’’

‘‘Ala… jomlah. Dah le aku call sehari suntuk kau taknak angkat. Sms taknak balas. Aku pun terasa macam nak merajuk dah ni’’ Lea memutarkan biji matanya ke atas.

‘‘Aku salin baju kejap’’

‘‘Tak payah salinlah. Pakai macam ni je’’

‘‘Baju tidur ni’’ Lea membelek-belek T-Shirt dan tracksuit yang di pakai.

‘‘Kau pakai apa pun cantik. Jom’’ Lea terkedu.

‘‘Aku ambil purse jap’’

‘‘Tak payah, aku belanja’’

‘‘Kalau polis tahan minta IC macam mana ?’’

‘‘Aku cakaplah kau tu maid indon, baru sampai naik tongkang’’ Lea menjegilkan biji mata.

‘‘Jom, aku dah minta izin dengan mak kau nak ajak kau keluar pun’’

‘‘Yalah’’
*****************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 11:16 AM | Show all posts
cute!





tp hr ni sunyi jekkk...smo org ngadap BERSIH kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2012 11:17 AM | Show all posts
‘‘Macam itulah ceritanyaaaaaa…’’ Panjang ‘nya’ Faiz apabila dia habis bercerita. Lea hanya mengerutkan kening, dan kemudian menggelengkan kepala.

Emalin, Emalin, singkatnya pemikiran kau.

“Sakit ke kena tumbuk?”

“Nak rasa?” Lea tersengih.

“Tu lah kau, tak nak terima Emalin. Jiwa kacau dah minah tu…” Faiz mengangkat kening. Mukanya masam tiba-tiba.

“Kau suka ke aku couple dengan Emalin?”  

Errrkkk.. TAK!

Lea pura-pura membelek telefon bimbit di tangan, melarikan matanya dari pandangan Faiz yang merenung tajam.

“Mana kau kenal bouncer-bouncer disko tu?” Lea bertanya lagi. Sekali lagi, dia terasa Faiz seperti menyembunyikan sesuatu.

“Aku dulu sebenarnya….” Faiz menarik nafas, memandang muka Lea dengan serius.

“Bekas Abang Long kawasan Bukit Bintang…”

“Podachaiitttttt!” Faiz ketawa terbahak-bahak kali ini. Lea juga tidak dapat menahan tawanya. Kurang asam! Lama mereka ketawa.

“Main-main kau eh. Abang Long konon. Kepala hangguk Abang Long…” Faiz masih tertawa. Hatinya di usik bahagia bila melihat Lea begitu. Senyum dan ketawa.

“Aku kenal Farid tu lama dah. Sejak aku sekolah lagi. Biasalah, masa muda-muda dulu, aku bukannya baik sangat” Faiz berkata.

“Sekarang pun bukan baik sangat” Lea membalas namun Faiz hanya tersengih.  

“Tapikan, aku peliklah. Kenapa mama Emalin suka cari kau? Macam kau ni bodyguard dia pulak’’ Soal Lea lagi.

“Mungkin sebab kitorang dah rapat dari kecil kot. Aku ni macam abang dia”

‘‘Tapi, dia tak anggap kau abang pun’’ Faiz tersengih.

Cemburu ya…

‘‘Dia tak ada adik-beradik lain ke ?’’

‘‘Ada. Kakak dia dah kahwin. Stay dekat Sydney. Adik lelaki dia kat Dublin, sambung study”

“Oh” Lea terangguk-angguk.

“Lea” Faiz seperti serba salah untuk berkata.

“Apa?”

‘‘Err…kau marah tak kalau aku keluar dengan Emalin?’’ Lea terdiam.

‘‘Kalau kau marah, aku tak keluar’’ Lea menarik nafas.

Apalah hak aku Faiz, nak halang kau keluar dengan sesiapa pun.

‘‘Terpulanglah pada kau’’ Lea memberi jawapan selamat. Mereka kemudian terdiam agak lama.

‘‘Pelik kan, bila tiba soal hati dengan perasaan ni’’ Perlahan Faiz berkata sambil merenung Lea lagi.

‘‘Tu.. kau tengok tu.’’

‘‘Apa?’’ Faiz menoleh.

‘‘Mamak tu dari tadi jeling-jeling. Sebelum kena halau, baik kita order air’’

‘‘Yalah’’ Faiz berkata. Tangannya di lambai kepada seorang pelayan.

‘‘Bukan patutnya masa kita duduk, dia dah ambil order ke?’’Lea hanya tersengih mendengar ayat Faiz.

‘‘Mana aku tahu, macamlah aku tauke kedai mamak’’ Mereka ketawa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 11:39 AM | Show all posts
Salam...

Alamak.... senangnyalah si Faiz tu memujuk si Lea..... Lembutnya lak hati si Lea ni.... Adoiyai....

Nicki... asyik Lea jer yg makan hati... Buat ler adegan Faiz pulak yg cemburu... Baru fair & square...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-4-2012 11:49 AM | Show all posts
Reply 226# auntieagony

W/salam auntie.

Lea - Karektor dia cepat naik angin tapi cepat cool down. So dia takkan simpan rajuk lama-lama.


Tapi, this is calm before the storm gitu... Storm is coming, but not so soon
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 12:05 PM | Show all posts
Reply  auntieagony

W/salam auntie.

Lea - Karektor dia cepat naik angin tapi cepat cool down.  ...
Nicki_Meow Post at 28-4-2012 11:49


Faham..... cuma tak suka Lea cepat sgt mengalah.... Tak rela auntie baca yg kaum wanita senang dipermainkan jer... Mcm lembik semacam.... Faiz kenalah juga memainkan peranan menjaga hati Lea gak....

Ooooo.... ada storm brewing somewhere..... Ok... mintak2 ler takder typhoon pulak.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2012 12:18 PM | Show all posts
Reply 224# sarizu

BERSIH? Ke semua tengah bersihkan rumah?

Hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 12:22 PM | Show all posts
i bersih rumah + pantau BERSIH dr jauh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2012 12:22 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 31

Umurnya hanyalah sembilan tahun. Tapi tubuhnya diperlakukan sesuka hati oleh lelaki yang dipanggil ayah. Tiada langsung belas ditunjukkan, apatah lagi kasih sayang. Dia tiada tempat mengadu. Ibunya langsung tidak mampu berbuat apa-apa.

“Mak, adik takut mak. Kita keluar dari sini ya?”

Tiada jawapan. Yang ada hanyalah air mata yang tidak pernah kering turun dari mata ibunya.

“Mak, dengar tak? Kita keluar ya. Adik taknak tinggal sini lagi. Ayah jahat. Selalu buat adik” Dia merayu-rayu. Tangannya menyapu air mata di wajah wanita itu.

“Mak, adik sayang mak. Mak jangan nangis lagi ya? Mak…mak” Tangannya mengoncang-goncang lengan ibunya.

PANG. Pintu kayu rumah itu di tendang kuat. Wajah lelaki yang baru saja melangkah masuk di pandang. Matanya meliar tak tentu arah.

“Kau, ikut aku” Dia kaget, ingin melarikan diri saat ini.

“Sudahlah.. tolong jangan ganggu hidup kami lagi” Wanita itu segera memeluk anak kecil itu, ingin melindunginya tetapi hampa. Mana mungkin kudratnya mampu melawan tenaga lelaki itu. Tanpa belas kasihan, rambutnya di tarik kuat. Dia hanya mampu merayu minta di lepaskan.

“Sakit mak…. Sakit. Tolong adik mak…”

Matanya terbuka. Serentak itu, dia memegang kepalanya. Perit. Mimpi ngerinya berulang lagi. Semakin kerap kini hingga dia takut untuk tidur. Dia meraba pipinya, basah.

Dia menarik nafas dengan laju. Lalu memandang keliling.

Mana dia? Dia mencari-cari. Tiada

Entah kenapa, lelaki itu tidak lagi menemaninya seperti dulu. Semakin lama semakin menjauhkan diri. Tiada lagi kata-kata sayang dan cinta yang keluar dari mulutnya. Datangnya hanya sekejap, perginya terlalu lama. Dia merasa sangat kehilangan ketika ini.

“Oi” Dia menoleh ke arah suara itu. Mukanya masam.

“Apa kau nak?”

“Aku cuma nak tolong kau”

“Aku tak perlu pertolongan kau!” Ketawa berdekah kedengaran.

“Sedarlah sikit. Apa yang kau harapkan pada lelaki? Cinta? Kasih sayang? Jangan harap. Kau tak ingat apa yang dah bapak kau buat?”

“Diam!”

“Lelaki dalam dunia ni semua tak gunalah. Takkan kau tak faham lagi? Semua sama macam bapa kau. Memang patut dia mampus”

“Dia lain. Dia tak sama. Dia baik” Dia menjawab, cuba menghilang suara itu.

“Dia dah ada perempuan lainlah. Dia langsung tak pandang kau”

“Diam. Aku tak nak dengar apa-apa lagi” Ketawa mengejek kedengaran lagi.

“Kau tengok gambar-gambar tu. Aku dah kata, dia dah ada perempuan lain, kau tak percaya” Dia di ketawakan lagi.

Jantan semua sama! Dia merengus.

Dia bangun, menuju ke meja di sebelah almari, lalu duduk di atas kerusi. Gambar-gambar di atas meja di tatap lagi.

Aku benci kau! Perempuan sial! Perampas!

Tangannya pantas menconteng sesuatu pada gambar itu hingga hatinya puas. Lalu dia tersenyum sendiri. Sebilah pisau di ambil, menoreh gambar itu hingga koyak.

Inilah nasib kau nanti!

Tawanya memecah kesunyian malam itu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2012 12:29 PM | Show all posts
errkkk...emalin berhalusinasi...?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 09:29 PM | Show all posts
ape tue???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 10:33 PM | Show all posts
Salam...

Walaupun dah lambat, tapi cheq tetap jugak nak wish Selamat Hari Buruh
Sambung sikit malam ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 10:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 11-5-2012 07:59

Part 2 - Episode 32

“Morning Mira”

“Morning Boss” Mira membalas sambil tersenyum.

“Mana Nadia?”

“Nad mc” Faiz terangguk-angguk.

“Dia ada problem ke? Sejak dua menjak ni, selalu mc. Lepas tu, kat ofis pun macam selalu termenung?” Sebagai majikan, sedikit sebanyak Faiz mengambil berat tentang kebajikan pekerjanya. Tapi Mira hanya mengangkat bahu, tanda dia tidak tahu. Setahu Mira, Nadia tidak pernah bermasalah walaupun sikap Nadia kadangkala menjengkelkan.

“Anyway, tolong inform saya kalau Emalin datang. Suruh dia tunggu kat depan, tak perlu masuk bilik saya”

“Okay Boss” Faiz terus berlalu ke arah biliknya di bahagian belakang.

***************************************************

Lama Lea termenung mengadap komputer ribanya. Kadangkala, tetikus di gerakkan ke atas dan ke bawah, membaca dan melihat gambar-gambar yang terdapat di dalam blog itu. Sesekali dia tersenyum. Pendapat peribadinya, blog Fearless& Adventures itu sangat menarik untuk di baca. Ayat-ayatnya santai dantidaklah terlalu skema. Ada juga di selitkan dengan lawak jenaka

Mata Lea akhirnya terpaku kepada gambar pemilik blog itu. Dia menarik nafas dan di lepaskan perlahan. Hubungan mereka agak pelik. Sekejap bergaduh, kemudian berbaik semula. Kemudian bergaduh dan berbaik lagi. Walaupun terbit rasa cinta diantara mereka, mereka bukanlah pasangan kekasih. Perasaan itu lebih dikaburi dengan rasa persahabatan yang telah terjalin sejak dulu. Jauh di sudut hati, dia mengharapkan sesuatu yang lebih dari itu.

Bodoh ke aku tunggu Faiz macam ni?

Tak, Faiz tu yang slow.

Susah sangat, biar aku ajelah yang luahkan perasaan.

Mana ada perigi yang cari timba?

Zaman sekarang orang dah tak pakai perigi.

“Kau nampak apa dari balik dinding tu?”

“Apa dia, Yam?”

“Dinding tu, aku rasa kau tenung sampai tembus ke luar kan? Cuba cerita dengan aku, apa kau nampak dari balik dinding tu?”

“Perli nampak?” Baru Lea tersedar yang Mariam memerlinya.

“Kau tu, termenung dari tadi. Entah-entah, kau angaukan si Faiz tak?” Mariam berkata serkap jarang.

“Mana ada” Mariam hanya tersengih mendengar jawapan Lea.

“Kelakarlah kau dengan Faiz ni. Nak kata bercinta, tidak. Tapi kalau gaduh, macam laki bini. Tak faham aku”

“Kau tak faham?” Lea menyoal. Mariam menggelengkan kepalanya.

“Aku pun tak faham” Mariam memutarkan matanya ke atas.

“Malas nak layan kau” Lea ketawa.

Mariam kembali meneliti beberapa gambar hantaran di dalam majalah Pengantin. Mana-mana rekaan yang berkenan, di tandakan.

“Ad, kalau aku buat tema warna peach, okay tak?”

“Peach? Aku rasa kalau kau buat white & purple lagi ok kot?” Lea yang kini sibuk membalas email, hanya menjawab dari balik komputer ribanya.

“Haah kan, purple pun cantik” Mariam menyelak lagi majalah-majalahyang bersepah di hadapannya. Sengaja dia mengambil cuti hari ini, melepak dibutik pengantin Seri Mawar.

“Buat hantaran macam ni, cantik tak?” Mariam bertanya lagi.Dia bangun sambil membawa majalah itu ke meja Lea.

“Not bad” Lea melihat gambar yang ditunjukkan.

“Kau tolong aku buat eh?”

“Bukan ke kau kata hantaran kau nak buat sendiri?” Leamemandang Mariam tapi Mariam hanya tersengih lagi.

“Yalah. Tapi aku charge double”

“Macam ni ke kawan?” Lea ketawa mendengar ayat Mariam. Perlahan dia menggeliat, menghilangkan lenguh di badan.

“Lea” Kak Midah terpacul di depan pintu.

“Ada orang nak jumpa kau”

“Siapa?”

“Shafiq”

“Shafiq?” Mariam memandang Lea tapi Lea hanya diam.

“Kau tunggu kejap…” Lea sudah berlalu ke depan, membiarkan Mariam yang sedang berkerut keningnya. Tak lama kemudian, Lea kembali lalu duduk di depan Mariam.

“Yam, kau tunggu sini kejap eh… aku nak keluar. Sekejap je”

“Dengan Shafiq?” Lea angguk.

“Ad…” Mariam memanggil seperti memberi amaran.

“Sekejap je” Lea berkata lagi, mengambil beg tangannya dan terus berlalu.

Mariam hanya memandang, namun tidak berkata apa-apa. Setelah Lea hilang dari pandangan, tangannya pantas mengambil Blackberry dan terus menaip sesuatu. Dia membaca sekali lagi ayat yang telah ditaip lalu menekan butang ‘send’ dan menunggu balasan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 10:46 PM | Show all posts
next
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2012 10:47 PM | Show all posts
Reply 236# sarizu

Hi Cik Sarizu... online rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 10:49 PM | Show all posts
ha'ah...mata x ngantuk lg...
smbung la lg...i'm waiting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 10:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 1-5-2012 22:57

Gerai nasi ayam di Taman Melawati itu sibuk seperti selalunya. Waktu ini, memang ramai yang datang makan tengah hari. Nasib Shafiq dan Lea agak baik, apabila mereka sampai, ada satu keluarga baru sahaja habis menjamu selera. Dua pinggan nasi ayam di pesan beserta minuman.

“So, apa reason you ajak I keluar kali ni?” Tanya Lea.

“Rindu nak berbual dengan you. Kalau I call, you selalu mengelak. So, I datang jumpa you terus, senang. Depan mata” Shafiq menjawab sambil tersenyum. Dahi Lea berkerut mendengar kata-kata dari mulut Shafiq. Tak tahu sama ada Shafiq bergurau ataupun benar-benar maksudkannya.

“You kan dah tunang”

“Baru tunang, belum kahwin lagi kan?” Lea mengeluh.

“Fiq, I ada soalan nak tanya you” Lea berkata setelah terdiam agak lama.

“Tanyalah”

“Kenapa you tinggalkan I dulu?” Shafiq memandang tepat ke muka Lea. Sengaja mengambil masa sebelum menjawab soalan.

“You nak jawapan jujur ke, nak jawapan tipu?”

“Jujur, of course” Shafiq menarik nafas.

“Okay, let me explain and I harap you tak ambil hati dengan apa yang I nak cakap ni” Lea mengangguk.

“Enam tahun dulu, I tak nampak pun yang you ada wawasan nak majukan diri you. Dah banyak kali I cakap, kerja dengan I. Tapi you tak nak. You degil, nak juga kerja kat kedai makan tu. And honestly, I cannot accept that. You ada degree Lea, tapi you sia-siakan macam tu je. You tak ambil kisah pun dengan pandangan I, you tetap dengan kepala batu you”

Lea tergamam mendengar kata-kata Shafiq.

“I suruh you kerja dengan I, not just because I want to be with you. But I want both of us to excel together. Tapi you tak nampak semua tu. You cuma rasa I paksa you, tapi you tak pernah tanya kenapa. You buat I macam tunggul. Semua cakap I, semua pendapat I you buat tak kisah. I saja yang terhegeh-hegeh datang jumpa you, pujuk, nasihat tapi, ada you nak dengar? Langsung tak ada” Luahan hati Shafiq kali ini seperti peluru.

“I’m sorry Fiq. I tak tahu pula yang I dah sakitkan hati you” Lea berkata, perlahan. Tapi Shafiq diam, tidak berkata apa-apa.

“Tapi, cepat sangat you dapat pengganti I” Shafiq memandang Lea dengan muka tanda soal.

“I nampak you dengan perempuan lain, masa tu dalam Midvalley, holding hands”

“Ya ke?” Lea hanya menganggukan kepala. Shafiq menarik nafas lagi. Badannya di sandarkan ke kerusi.

“Ada satu postion dalam company papa, I purposely reserved untuk you. But since you tak nak, Suraya dapat kerja tu. I dengan Suraya can really get along very well”

“Suraya ke? Lainnya dia dulu” Shafiq mengangguk sambil tersenyum.

“Tapi kenapa you tak cakap terus terang? Kenapa you bagi alasan yang you perlukan ruang?”

“Memang masa tu I perlukan ruang. Disebabkan sikap you, I rasa kita semakin jauh. I rasa kosong. I kena fikirkan balik masa depan I, masa depan you. Masa depan I dengan you” Lea diam lagi, tidak bersuara.

“At the same time, Suraya datang, and she filled up the empty space” Perlahan Shafiq menjawab. Lea menarik nafas.

“So, kenapa you datang jumpa I sekarang?”

“Entahlah Lea. I rasa… I…. I rindukan you” Shafiq menjawab lambat-lambat. Tapi kali ini dia tidak kedengaran seperti bergurau.

“Fiq, you dah tunang. Kalau Suraya tahu you datang jumpa I, ajak I keluar, you tak rasa ke Suraya sakit hati?” Shafiq tidak menjawab, lama dia memandang wajah Lea di hadapannya.

“Kenapa you pun setuju bila I ajak you keluar?” Shafiq menjawab dengan soalan juga.

“Dah you ajak I keluar, I keluar ajelah” Lea membalas.

“I know you, Lea. You can say no at anytime but you masih lagi nak keluar dengan I. Isn’t that mean something?”

“What do you mean?”

“You should ask yourself that question” Shafiq merenung Lea tapi Lea hanya mendiamkan diri.

Makanan dan minuman yang di pesan telah sampai. Mereka pun menjamu selera tanpa berkata apa-apa lagi.

*********************************************************
“Nah” Lea meletakkan sebungkus nasi ayam di hadapan Mariam yang ketika itu, sedang bermain permainan komputer.

“Thanks. Memang aku dah lapar” Mariam berkata. Lea hanya tersenyum.

“Ad, kenapa Shafiq datang jumpa kau?” Sambil makan, Mariam menyoal.

“Saja. Kan aku dengan dia kawan lama”

“Faiz tahu kau keluar dengan Shafiq?” Lea hanya mengangkat bahu.

“Dia keluar dengan Emalin, aku tak kisah pun” Ego Lea tiba-tiba naik, lebih di pengaruhi dengan perasaan cemburu. Mariam hanya menggeleng.

“Ad.. Shafiq tu tunang orang. Nanti apa pula tunang dia kata kalau dia dapat tahu?” Lea menarik nafas.

“Aku tahu”

“Kalau tahu, kenapa kau keluar lagi dengan dia?” Lea diam. Dia sendiri tidak tahu jawapan kepada soalan itu.

“Anyway, pukul empat kita pergi Wangsa Walk. Dani ajak lepak” Mariam berkata. Dia sudah malas untuk bersoal jawab dengan sahabat baiknya. Makan lagi bagus…

“Kau kata Dani pergi Singapore?”

“Dah balik malam tadi” Lea mengangguk.

“Okay”
*******************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 11:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 6-5-2012 11:04

“Hi Yang” Sapa Dani kepada Mariam. Lea hanya tersenyum melihat kemesraan mereka. Pandangan matanya terarah pula kepada Faiz, berkerut sedikit keningnya.

“Hi Lea” Faiz pula menyapa sambil tersenyum. Lea membalas senyuman itu, tapi tidak berkata apa-apa.

Kenapalah kau tak cakap yang Faiz ikut sekali? Lea mengarahkan pula pandangannya kepada Mariam, tapi Mariam sengaja buat tak tahu.

“Sorry, lambat sikit. Jalam jam” Dani memberi alasan biasa. Mereka berdua mengambil tempat duduk dan kemudian membuat pesanan minuman.

“Bila kau balik dari Singapore?” Walaupun sudah tahu jawapannya, Lea bertanya lagi. Sekadar memulakan perbualan.

“Malam tadi”

“Apa best kat Singapore sekarang?”

“Biasa je. Tapi aku tak sempat masuk Universal Studios”

“Ala, dah kahwin nanti, kau dengan Mariam pergilah Singapore, honeymoon kat sana” Dani hanya tersengih mendengar ayat Lea.

“Buat masa ni, kita lupakan dulu soal honeymoon aku dengan Mariam” Lea ketawa kecil mendengar kata-kata Dani yang serius tapi lucu pada pendengarannya.

“Sekarang ni, kita fikir pasal Pangkor trip. Kau plan nak pergi bulan lepaskan? Sampai sekarang tak pergi-pergi lagi” Dani menepuk bahu Faiz ketika menghabiskan ayatnya.

“Pangkor trip?” Kening Faiz berkerut. Pandangan matanya dan mata Lea bertaut.

“Kau kata nak cari bahan nak update blog?” Mariam mengingatkan.

“Oh.. Yalah” Pendek jawapan Faiz. Matanya terarah pula pada Dani, biarpun tidak berkata apa-apa, jelas dia meminta penjelasan. Tapi Dani hanya tersengih, juga tidak berkata apa-apa.

“So, bulan depan bila free?” Dani pula bertindak seperti ketua.

“First week aku free” Akhirnya Faiz menjawab, setelah berfikir agak lama.

“First week…” Dani sudah menggagau telefon bimbitnya mencari calendar.

“Okay, cun. Empat hari tiga malam. Kita pergi dari 3 sampai 6 Julai” Dani sudah membuat keputusan bagi semua pihak.

“Kita? Aku pun kena pergi ke?” Kata-kata Lea menyebabkan tiga pasang mata memandang ke arahnya.

“Tunggu kejap. Aku call Kak Mona dulu” Lea akhirnya berkata, malas mahu berlaga mata dengan ketiga-tiga manusia di hadapannya. Dia kemudian mengambil telefon bimbit dan berjalan keluar untuk membuat panggilan telefon.

Dani dan Mariam kini memandang Faiz sambil tersenyum. Faiz mengangkat kening.

“Korang ni kenapa? Mula-mula beriya ajak aku datang sini. Lepas tu beriya plan pasal Pangkor trip?” Faiz menyoal.

“Nak tolong kau lah” Mariam menjawab.

“Tolong aku?”

“Hey, kenapalah kau ni slow sangat Encik Faiz? Ambillah peluang ni, rapat dengan Ad. Kau jangan tiba-tiba si Ad tu dah kena sambar dengan orang lain, baru kau nak ternganga” Mariam membebel.

“Ada orang nak tackle Lea ke?” Faiz bertanya, keningnya berkerut.  

“Okay, aku on” Lea sudah kembali, menghentikan perbualan Faiz dan Mariam. Tapi, ayat itu seolah-olah lebih di tujukan kepada Faiz dan mereka berbalas pandangan.

“Kalau macam tu, korang pergi berdua ajalah ya? Aku dengan Dani boleh pergi lepas kahwin” Perli Mariam apabila Lea dan Faiz saling merenung agak lama. Bagai terkena renjatan eletrik mereka segera kembali ke  alam nyata.

Mereka kembali berbincang, menyusun perancangan satu demi satu. Dalam diam, Lea merenung Faiz lagi. Tiba-tiba renungannya berbalas lalu Lea mengalihkan pandangannya ke arah lain. Hatinya berdebar tiba-tiba melihat Faiz merenungnya tajam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.056457 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list