bertuah minik che hubby.......
ciksurie Post at 17/7/2011 09:27
jangan terpedaya surie..dia masih single tuhh..
ID tue sbg preparation...dibuat supaya bila dia dah kawen nnti org kat porum ni tau dia suami orang..
takyah buat ID lain...
Adrenalin – Faizal Tahir
susahnyer lagu nie...................
Kata mula pendahuluanku
Salam mula cara kita
Sejahtera semua
Rasernyer dier buat macam ucapan.... ucap selamat sejahtera utk pendengar lagu nie... elok jugak kan pandai dier berbudi bahasa
Jangan banyak jangan sikit
Sederhana cukup
Cara aku cara kamu
Sama tak serupa
dier cerita tentang kehidupan manusia, masing-masing dengan cara-cara sendiri.. tak sama, bagi dier...kesederhanaan itu penting jadi pedoman hidup dier tapi orang lain tue.. depend pada mereka sendirilah
Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi
Tampil matahari berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu
rasernya dier nie jenis seorang yg berpikiran jauh bila ditimpa satu-satu musibah tue, dier tabah menghadapi pastu, sabar dan berusaha utk melawan musibah itu dan seorang yang tak berputus asa macam2 mana pun dier ada cita-cita dan akan berusaha mencapai cita-citanya
Siapa bilang siapa kata
Bulan itu jauh
Siapa sangka siapa tahu
Naik turun aku
dier tak menghiraukan pandangan orang mungkin orang mengutuk dier tapi dier tak kisah... aper orang nak kata sbbnya...berjaya atau tidak pada pandangan dier adalah bergantung pada diri sendiri walau angan2 tinggi menjulang asal ada daya usaha....tuhan akan permudahkan
Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi
Tampil matahari berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu
Kau juga aku bukan tak biasa
Dah jatuh dan bangun semula walau macam mana pung mmg lumrah kehidupan... kejayaan itu bukan datang bergolek sesekali tersungkur boleh mematangkan diri agar tidak cepat melatah dan bangkit meneruskan perjuangan
Semua tahu semua tipu
Benar jadi palsu
Makin dekat makin mahu
Adrenalin laju
Berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu
dalam mencari dan mengejar itu, tidak lepas dgn pancaroba yg terbentang kekadang tidak dapat membezakan benar atau palsu macam mana pung... jantung duk debar2...keinginan meruap-ruap bila kejayaan itu makin menghampiri makin cepat ingin diraihkan
kesimpulanya...setiap insan itu berbeza2 cara dalam mengejar cita-citanya
Rasernyer dier buat macam ucapan....
ucap selamat sejahtera utk pendengar lagu nie...
elok jugak kan pandai dier berbudi bahasa
ciksurie Post at 17-7-2011 21:13
hahahaha...nak gelak..tak boleh bla
rasanya elok letak 'assalamualaikum' jew