|
|
Tanya saja sesiapa yang dah pernah menunaikan haji pasti mereka akan kata,
“Setiap hari mesti banyak berjalan.”
Bukan sekadar 2,000 atau 3,000 langkah…
kadang-kadang boleh cecah 10,000 hingga 20,000 langkah sehari.
Bayangkan, dari hotel ke Masjidil Haram, dari tawaf ke saie, naik turun tangga, berdiri lama sewaktu wukuf, dan menunggu giliran dalam lautan manusia.
Ibadah haji bukan hanya menguji rohani, tapi juga fizikal dan mental.
Sebab itu, Tabung Haji kini makin tegas.
Kalau BMI melebihi 37.5 atau HbA1c (gula dalam darah) lebih 10%, permohonan boleh ditangguh.
Bukan untuk menyusahkan, tapi untuk memastikan jemaah benar-benar mampu menunaikan ibadah dengan selamat.
.
Apa yang boleh bakal jemaah lakukan dari sekarang?
1. Turunkan berat badan.
Kurangkan nasi tambah, lebihkan sayur dan buah.
2. Kawal penyakit kronik.
Pastikan tekanan darah dan gula terkawal.
Ambil ubat secara konsisten dan jumpa doktor untuk pantauan berkala.
3. Jaga pemakanan.
Kurangkan makanan bergula, bergoreng, dan tinggi garam. Minum air kosong secukupnya setiap hari.
4. Latih stamina.
Biasakan berjalan di kawasan berbukit atau bertangga. Boleh mula dengan berjalan ke surau, pasar atau taman setiap hari.
5. Jumpa doktor sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum berlepas.
Dapatkan nasihat tentang vaksin, ubat rutin dan tahap kecergasan.
6. Berhenti merokok.
Kerana Mekah & Madinah adalah bandar bebas asap rokok.
.
Haji bukan sekadar soal mampu bayar,
tetapi soal mampu bertahan, berjalan, dan beribadah sepenuh hati. Mulakan persediaan hari ini supaya nanti, bila dijemput ke Tanah Suci, badan dan jiwa kita sudah benar-benar bersedia.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ANXIETY DI KALANGAN SURI RUMAH
Banyak kes anxiety kebelakangan ni datang daripada golongan yang kita sangka paling “tenang” suri rumah.
Tapi sebenarnya, tak ramai yang faham beratnya dunia yang mereka pikul.
Bayangkan…
Bangun awal pagi urus anak dan rumah.
Tak banyak ruang bersosial.
Kadang-kadang tak sempat pun rehat, apatah lagi me time.
Dalam masa sama, risau soal kewangan. Tak ada simpanan kukuh, bergantung pada suami, takut kalau sesuatu terjadi.
Risau anak demam, risau anak lambat belajar.
Risau suami berubah hati.
Dan paling menyakitkan, tiada tempat untuk meluah.
Anxiety tak semestinya datang dari kerja pejabat. Kadang datang dari kerja yang tak pernah habis tanpa penghargaan, tanpa gaji, tanpa cuti.
.
Kalau ada sahabat suri rumah, tanyakan khabar mereka. Kadang mereka nampak “ok”, tapi dalam hati sedang bertahan.
Hargai mereka.
Danger cerita mereka.
Kadang, itu saja yang mereka perlukan untuk terus kuat.
#PublicHealthMalaysia #KesihatanMental #SuriRumah #AnxietyAwarenes
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelip-kelip cahaya kecil yang menari di malam sunyi kini makin sukar dilihat.
Dulu, setiap kali senja menjelma, berkelip-keliplah cahaya di celah pokok dan rumput. Tapi kini, cahayanya makin pudar kalah oleh lampu jalan, racun serangga, dan hutan yang hilang sedikit demi sedikit.
Para penyelidik kata, semua itu buat kelip-kelip susah nak jumpa pasangan. Bila mereka tak dapat “bercakap” dengan cahaya, kitar hidupnya pun terhenti.
Tapi masih belum terlambat. Kita boleh bantu matikan lampu luar bila tak perlu, kurangkan racun di taman, tanam tumbuhan semula jadi.
.
Dan bila satu malam nanti kamu nampak cahaya kecil itu berkelip semula, pandanglah lama sedikit. Kadang, yang paling indah dalam hidup ni cuma perlu sedikit gelap untuk benar-benar bersinar.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya, bila kita tersedar, kita sebenarnya lebih baik daripada yang kita sangka.
Bukan sebab kita menang, tapi sebab kita dah berhenti menyakiti diri sendiri hanya untuk terus disukai.
Ada masa, kita terlalu sibuk membuktikan nilai diri pada orang yang tak pernah pun berniat untuk faham.
Kita bagi segalanya, masa, perhatian, tenaga, sampai lupa, diri sendiri pun layak dihargai.
Tapi bila satu hari kita berhenti kejar mereka, tiba-tiba semuanya jadi jelas.
Tiada lagi keperluan untuk menjelaskan, tiada lagi pertanyaan “kenapa kita tak cukup baik?”
Kerana kini kita tahu, tak semua orang mampu melihat cahaya yang tak ditujukan kepada mereka.
Dan itu bukan kelemahan kita, itu cuma cara semesta memisahkan kita dari tempat yang tak lagi sesuai.
Kesedaran itu datang perlahan.
Kadang selepas tangisan panjang, kadang selepas doa yang tak pernah dijawab.
Tapi bila ia datang, hati terasa ringan.
Kita mula maafkan, bukan sebab mereka layak, tapi sebab kita dah penat hidup dengan luka yang sama.
Akhirnya, bila kita tersedar yang kita sebenarnya lebih baik daripada mereka, itulah tanda penyembuhan sedang bermula.
Bukan lagi tentang siapa salah, siapa tinggal, siapa lupa.
Tapi tentang bagaimana kita memilih untuk tidak lagi menunggu pengiktirafan daripada orang yang tak nampak nilai kita.
Kita tak perlukan sesiapa untuk sahkan harga diri kita.
Kita dah cukup dengan semua bukti, bahawa kita pernah bertahan, walau disakiti.
Kita dah cukup baik, cukup berharga, cuma selama ini, kita tengok cermin yang salah.
Jadi kali ini, mari pandang diri sendiri dengan lembut.
Ucap terima kasih pada hati yang masih hidup walau berkali-kali retak.
Kerana dari situlah, cinta sebenar kepada diri sendiri mula tumbuh, perlahan, tapi pasti.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapai ialah makanan tradisional yang melalui proses fermentasi menggunakan ragi. Walaupun rasanya manis dan sedikit masam, ia sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat jika dimakan secara sederhana.
Jangan makan berlebihan, terutama bagi wanita hamil atau individu dengan masalah hati. Tapai yang tidak diperam dengan bersih boleh menyebabkan keracunan makanan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Asal usul Aladdin
Kisah Aladdin yang kebanyakannya semua orang tahu, cerita yang terkenal dipetik dari hikayat 1001 satu malam. Cerita Aladdin mengisahkan seorang pemuda miskin yang jatuh cinta pada seorang puteri jelita, tapi dari mana datangnya kisah Aladdin?
Kisah ini bermula apabila seorang lelaki Perancis yang bernama Antoine Galland yang merupakan seorang penulis yang ketika itu sedang mengalih cerita hikayat 1001 satu malam dalam bahasa Perancis.
Antoine dikatakan mendengar cerita dari seorang lelaki Syria yang bernama Hanna Diyab. Dari situlah munculnya latar belakang cerita Aladdin yang mengatakan cerita ini berasal dari China.
Himpunan hikayat 1001 satu malam sebenarnya merupakan himpunan cerita yang di himpunkan dari pelbagai negara dalam satu buku dan tidak semestinya dari negara Arab itu sendiri
Berbalik pada cerita Aladdin tadi, cerita yang disampaikan oleh Hanna Diyab pada Antoine tidak dapat dipastikan kalau dia mereka cerita atau berdasarkan pengalamannya sendiri. Terjemahan Antoine mengatakan Aladdin ini berlatar belakang negara paling jauh tapi mengamalkan budaya Islam.
Pengkaji mengetahui negara yang jauh ketika itu tidak lain tidak bukan, iaitu negara China. Tapi China ni ada ke orang Islam? Ya, Islam telah sampai ke sana berkurun lamanya melalui perdagangan di Laluan Sutera.
Malah terdapat juga beberapa lukisan yang menggambarkan kisah Aladdin ini dengan lukisan masyarakat China, satu etnik yang mengamalkan budaya Islam.
Mengikut cerita asal, Aladdin ni bukan lah seorang yang tiada ibu bapa tapi sebaliknya mempunyai ibu tetapi kematian bapa, bapanya merupakan seorang tukang jahit, malah Aladdin sebenarnya mempunyai 2 jin. Satu dari teko dan satu lagi dari cincin, ibunya merupakan orang yang pertama mengosok teko tersebut untuk mengeluarkan jin.
Jadi macam mana dalam cerita Disney boleh berlatar belakang negara arab? Alkisah bila syarikat Disney mahu membuat set filem yang berlatar belakang negara Iraq, lebih tepat lagi Baghdad pada 1992, tetapi ketika itu Amerika baru habis perang teluk, jadi pihak Disney telah menukar Baghdad menjadi Agrabah.
Ada ura-ura yang mengatakan pihak Amerika sebenarnya menukarkan Baghdad supaya ketegangan kawasan tersebut menjadi reda dan digambarkan sebagai tempat yang sesuai untuk diduduki.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Teruja dan bangga dengan berdirinya ikon global, Merdeka 118 yang merupakan menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa! Hebatnya negaraku Malaysia! Ia mencerminkan pengisytiharan kemerdekaan yang ikonik pada tahun 1957 oleh Tunku Abdul Rahman.
Merdeka 118 dibina di Bukit Petaling, sebuah bukit bersejarah di mana Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu di Stadium Merdeka pada tahun 1957. Rekaannya diilhamkan daripada imej ikonik pengisytiharan kemerdekaan oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Peristiwa bersejarah ini dicirikan oleh orang kanan Tunku Abdul Rahman yang dilantik semasa suara 'Merdeka' sebanyak tujuh kali pada 31 Ogos 1957. Intipati peristiwa bersejarah ini amat terpahat dalam senibinanya, melambangkan semangat dan kepentingan perjalanan Malaysia menuju kemerdekaan.
Bangunan Kedua Tertinggi di Dunia
Merdeka 118 dengan bangga menyandang gelaran sebagai menara tertinggi kedua di dunia, setelah Burj Khalifa di Dubai. Dengan ketinggian mencapai 644 meter dan 118 tingkat, menara ini akan menjadi lambang kemegahan dan kecanggihan Malaysia. Ia akan menjadi kesatuan keindahan seni bina tradisional Malaysia dengan unsur-unsur moden yang mencerminkan pembangunan negara kita.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
C&P Public Health Malaysia
Anak tidur, tapi tak sedar-sedar.
Dua hari pertama cuma demam.
Mak suap ubat, lap dahi, peluk anak yang menggigil.
Doktor kata influenza. Rehat cukup, nanti baik sendiri.
Tapi malam ketiga, semuanya berubah.
Anak senyap. Mata terbuka tapi tak menyahut bila dipanggil.
Lehernya kaku. Tangan mula kejang. Suhu makin tinggi.
Beberapa saat kemudian, sawan datang.
Jeritan mak bergema.
Nama anak dipanggil berulang kali, tapi tiada sahutan.
Dalam perjalanan ke hospital, doa mak cuma satu,
“Tolonglah, jangan ambil anak aku.”
Ramai ibu bapa tak tahu, virus influenza bukan sekadar jangkitan paru-paru.
Dalam kes tertentu, virus ini boleh menyerang otak dan selaput otak,
menyebabkan encephalitis atau meningitis, dua keadaan yang boleh meragut nyawa jika lambat dirawat.
Tanda-tanda bahaya yang perlu diperhatikan:
• Anak keliru atau terlalu mengantuk
• Sawan
• Sakit kepala kuat dan leher kaku
• Tak tahan cahaya
• Muntah berulang dan demam tinggi berpanjangan
Apabila virus sudah sampai ke otak, setiap minit yang kita tunggu boleh membawa akibat besar.
Anak yang tadi cuma demam, boleh tiba-tiba tidak sedarkan diri dalam masa beberapa jam.
Influenza bukan sekadar demam biasa.
Jika anak nampak lain dari biasa, segera ke hospital.
Lebih cepat dirawat, lebih besar peluang untuk diselamatkan.
Kerana dalam banyak kisah kehilangan, semuanya bermula dengan satu ayat yang sama
“Mak ingat demam biasa.”
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CnP Public Health Malaysia
Di gunung, yang penting bukan siapa paling laju, tapi siapa yang tak tinggalkan sesiapa.
Gunung Liang bukan gunung sempoi. Terletak di sempadan Perak–Pahang, gunung ini terkenal dengan laluan yang panjang, lembap dan curam.
Untuk menawan dua puncaknya Liang Timur dan Liang Barat pendaki biasanya mengambil masa 3 hingga 4 hari, melalui denai sempit, lintasan sungai dan tanjakan yang menguji tenaga serta mental.
Di puncak setinggi hampir 1,933 meter, suhu malam boleh turun ke sekitar 10–12°C. Dengan angin dan kabus tebal, suhu boleh terasa jauh lebih sejuk. Dalam keadaan begini, bahaya sebenar bukan hanya jatuh atau tersesat tetapi hipotermia, iaitu apabila suhu badan jatuh di bawah 35°C dan tubuh gagal mengekalkan haba.
Apabila kesejukan melampau, jantung mula perlahan, otot kejang, fikiran kabur…
dan seseorang boleh rebah tanpa sempat meminta tolong.
.
Itulah yang dipercayai menimpa Mustaqeem Mansoor, 34 tahun,pendaki yang memulakan ekspedisi bersama 10 rakan pada 10 Oktober melalui laluan Bukit Fraser.
Beliau berjaya menawan puncak Liang Barat,
namun tidak sempat kembali. Kali terakhir dilihat pada malam 14 Oktober,dalam keadaan keletihan dan sakit kaki, tertinggal di belakang kumpulan.
Menurut laporan media dua malim gunung yang mengiringi kumpulan tersebut berpisah di puncak Liang Barat seorang kekal menemani Mustaqeem yang keletihan, manakala seorang lagi membawa turun pendaki lain untuk mendapatkan bantuan. Namun selepas beberapa jam, kedua-duanya turun meninggalkan puncak, meninggalkan mangsa sendirian.
Apabila tidak muncul di bawah seperti dijadualkan, laporan kehilangan dibuat,
dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) digerakkan oleh pihak berkuasa.
???? Misi SAR: cabaran cuaca ekstrem
Operasi diketuai Jabatan Bomba Perak,
dengan penglibatan puluhan anggota daripada PDRM, APM, Jabatan Perhutanan,
Pasukan Sukarelawan Slim Village dan UPSI.
Pasukan menjejaki laluan hutan menggunakan kaedah LAST (Lost, Aware, Sound, Track),
berdepan cuaca berkabus, tanah becak dan laluan curam.
Pada 16 Oktober jam 3.30 petang, pasukan SAR menemui jasad Mustaqeem di puncak Liang Barat, masih lengkap berpakaian di kawasan dia dipercayai berehat kali terakhir.
Evakuasi melalui helikopter dilakukan pada keesokan harinya selepas cuaca mengizinkan.
Polis mengesahkan tiada unsur jenayah, dan hasil bedah siasat sedang menunggu pengesahan lanjut.
.
Polis mengesahkan bahawa dua malim yang terlibat turut ditahan atas dakwaan memasuki kawasan hutan simpan tanpa permit.
Gunung Liang kini menyimpan kisah tentang keberanian dan setia kawan,tentang seorang pendaki yang sempat sampai ke puncak tetapi tidak sempat pulang.
Gunung itu tak pernah kejam.
Ia cuma jujur mengajar kita bahawa dalam hidup,
yang penting bukan sampai ke atas…tetapi pulang dengan selamat bersama mereka yang kita sayang.
Kerana pendakian sebenar bukan siapa yang cepat ke atas, tetapi siapa yang sanggup menemani hingga ke akhir langkah.
???? Al-Fatihah buat arwah Mustaqeem Mansoor.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CnP Public Health Malaysia
Rasa Bebas Tu Datang Bila…
Bila kita dah penat jadi orang yang semua suka.
Bila kita mula pilih diam dan tenang, bukan drama dan penjelasan.
Bila kita berhenti kejar ‘sempurna’, dan mula syukur dengan ‘cukup’.
Bila kita tak lagi perlukan pujian untuk rasa berharga.
Bila kita boleh tengok cermin, senyum, dan rasa “Aku okey je macam ni.”
Kadang, tenang tu bukan sebab hidup kita mudah,
tapi sebab kita dah tak lawan diri sendiri lagi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CnP Public Health Malaysia
Generasi Strawberi: Lembut Tapi Sedar
Istilah “Strawberry Generation “ bermula di Taiwan. Ia dicipta oleh media dan majikan di sana untuk menggambarkan generasi muda yang lembut dan mudah ‘rosak’ apabila ditekan, seperti buah strawberi yang cantik di luar tetapi cepat lebam bila dipicit.
Cantik di luar, tapi mudah lebam bila ditekan begitulah simbolik istilah Generasi Strawberi.
Ia bukan hinaan, tapi cerminan perubahan nilai hidup zaman ini.
Kelebihan mereka
Generasi ini lebih berempati, berani menolak toksisiti, dan tidak takut menunjukkan emosi.
Mereka menghargai kesihatan mental, menuntut keseimbangan kerja dan hidup, serta berani berkata “tidak” pada budaya kerja yang menindas.
Kelemahan mereka
Namun di sisi lain, generasi ini kadang mudah berasa kecewa, cepat menyerah bila gagal, dan takut pada tekanan atau teguran.
Apabila dunia bergerak pantas dan penuh cabaran, sikap terlalu berhati-hati boleh menjadi beban jika tidak diimbangi dengan ketahanan diri (resilience).
.
Bagaimana kita berhadapan dengan mereka
Jangan terus label “manja” atau “lemah.”
Sebaliknya, dengar dan bimbing dengan empati.
Bantu mereka faham bahawa kegagalan bukan tanda bodoh, tetapi latihan untuk matang.
Kerana setiap generasi sedang belajar bertahan, cuma caranya berbeza.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CnP Public Health Malaysia
Jangan assume anak pendiam tak ada masalah.
Kadang diam itu bukan tenang. Diam itu tanda takut, kecewa, atau mungkin… dah terbiasa rasa sunyi.
Ada anak yang diam sebab tak mahu susahkan mak ayah. Ada yang diam sebab setiap kali dia cuba buka mulut, orang tak dengar. Dan ada juga yang diam sebab tak tahu lagi macam mana nak luahkan semua yang serabut dalam kepala.
.
Mulakan dulu perbualan.
Tak perlu soalan berat. Kadang cukup,
“Hari ni okey ke?”
Soalan kecil begini nampak remeh, tapi boleh jadi tali yang menyelamatkan.
.
Biar bising sikit rumah tu.
Biar heboh sikit rumah tu.
Kerana bising tanda masih ada cerita, masih ada tawa, masih ada kasih yang hidup di dalamnya. Kerana dari situ datangnya rasa hidup, rasa disayangi, rasa aman untuk jadi diri sendiri.
Rumah yang bising itu hidup.
Kalau rumah terlalu senyap, mungkin ada suara kecil yang perlahan-lahan hilang.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Air Tawar vs Air Masin
Tasik Baikal yang terletak di selatan Russia merupakan sebuah tasik yang paling dalam didunia. Tasik ini mempunyai kedalaman 1642 meter dan merupakan tasik yang paling banyak air tawar iaitu 23,615.39 km3, atau lebih kurang 23 peratus jumlah keseluruhan air tawar yang ada di muka bumi.
Kawasan ni mempunyai air yang sangat jernih, malah tasik ini juga merupakan tasik yang ketujuh terbesar didunia. Penduduk dikawasan ini yang dikenali sebagai suku kaum Buryat menjadikan tempat ini sebagai rumah mereka, kebanyakan daripada mereka membela biri biri, lembu dan juga kuda.
Suhu di tasik ini boleh jatuh sehingga -19 darjah celcius pada musim sejuk dan suhu akan naik hanya 14 darjah celcius pada musim panas.
Kawasan tasik baikal ini dikelilingi oleh gunung ganang, pergunungan Baikal di sebelah utara dan Barguzin di sebelah timur laut. Air pada tasik ini disalurkan melalui 330 buah sungai yang sentiasa mengalir untuk memenuhi tasik yang besar ni.
Jadi kita dah tahu dekat mana tasik paling dalam yang juga merupakan tasik yang mempunyai takungan air tawar terbesar didunia, mungkin semua dah tahu kot kat mana tasik paling masin.
Tasik yang paling masin didunia bukan laut mati tapi disebuah tempat yang bernama Gaet’ale. Ingat tak fakta pasal tempat paling kering tu? Gaet’ale ni berada hanya 4 kilometer dari Dallol tu, kawasan ni juga mengeluarkan gas toksik yang bahaya akibat aktiviti gunung berapi.
Gaet’ale ni mempunyai kepekatan garam sehingga 433 PPT ( Parts per thousand) senang cerita 12 kali ganda lebih masin dari air laut normal, manakala laut mati hanya mencapai 337 PPT sahaja.
Kawasan ni berbentuk seperti bulan sabit dan berdiameter hanya sekitar 60 meter. Tasik ini dikatakan terbentuk akibat kejadian gempa bumi pada tahun 2005
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CnP PublicHealthMaaysia
Dalam beberapa tahun selepas kita tiada, semua orang yang pernah kenal kita juga akan pergi satu persatu. Nama kita hilang dari bibir manusia, gambar kita luput dalam telefon yang akhirnya dipadam atau diganti.
Kita lahir, kita mati. Itu saja yang pasti.
Segala yang kita kumpul duit, rumah, kereta, pangkat satu hari nanti semuanya akan jadi milik orang lain.
Kita sibuk mengejar masa, tapi lupa menikmatinya.Kita kejar kemewahan, tapi abaikan hati yang perlahan-lahan penat.
.
Tapi anehnya, kita masih kejar semua itu.
Bangun pagi, fikir macam mana nak lebih berjaya,nak lebih disukai, nak lebih kaya.
Sampai lupa kita masih boleh berjalan,
masih boleh menelan makanan,
masih boleh bernafas tanpa rasa sakit.
Padahal cukup satu kemalangan kecil,
satu penyakit yang datang tanpa amaran,
seluruh hidup boleh terbalik. Dan semua benda yang dulu kita kejar, tiba-tiba hilang makna.
Mungkin sebab itu kita perlu ingat untuk belajar menghargai hidup.
Kerana akhirnya, yang kekal bukan nama di batu nisan,tapi kebaikan kecil yang sempat kita tinggalkan dalam hati manusia lain.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CnP Public Health Malaysia
Bila hormon kecil mula mengamuk Thyroid Storm
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian Lotter AF4, yang dilaporkan akibat komplikasi penyakit tiroid.
Nampak seperti penyakit kecil, tapi bila tiroid ‘meletup’, ia boleh merosakkan seluruh sistem badan keadaan ini dipanggil Thyroid Storm.
Dalam thyroid storm, hormon tiroid meningkat terlalu tinggi sehingga jantung, otak dan organ lain gagal berfungsi.
Pesakit boleh mengalami demam tinnggi, berdebar kuat, peluh berlebihan, gelisah, kekeliruan, malah boleh pengsan secara tiba-tiba.
Keadaan ini boleh membawa maut jika tidak dirawat segera di hospital. Ia sering berlaku pada pesakit hipertiroid yang tidak dirawat atau berhenti ubat tanpa nasihat doktor.
Kelenjar kecil di leher ini mungkin nampak tidak penting, tapi bila ia mula “marah”, seluruh tubuh boleh rebah.
Jika anda ada simptom seperti jantung berdebar tanpa sebab, peluh berlebihan atau turun berat mendadak segeralah berjumpa doktor.
.
Salam takziah buat keluarga Mendiang Lotter.
Semoga pemergiannya membuka mata ramai tentang bahaya penyakit tiroid yang sering kita pandang ringan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CnP Public Health Malaysia
Kalau tengok drama Melayu,scene meja makan mesti ada sebab kat situ lah keluarga selalu bersembang,kongsi cerita, bergurau, marah, pujuk.Itu detik paling manusiawi dalam sesebuah rumah.
Tapi sekarang dah lain.
Yang dulu tempat bercerita, dah jadi tempat sunyi. Anak kecil baru 2-3 tahun pun dah disogok dengan skrin.
Sunyi bukan sebab tiada orang,tapi sebab semua sibuk dengan dunia kecil dalam tapak tangan.
Telefon memang buat kita rapat dengan yang jauh,tapi jangan sampai ia menjauhkan kita daripada yang sepatutnya dekat keluarga sendiri.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CnP Astronomi & Sains
Benarkah ribut tropika Fengshen sedang bergerak ke arah perairan negara ?
1) " Ribut sedang bergerak ke arah perairan negara dengan kelajuan 30km/j, menurut MetMalaysia "
* Tajuk seperti ini mengelirukan dan tidak tepat serta boleh menimbulkan situasi panik.
2) Ketika ini terdapat satu sistem siklon tropika berstatus ribut tropika dengan nama timangan Fengshen sedang berpusar-pusar di perairan laut China selatan. Kelajuan purata angin berterusan yang dicerap berhampiran pusat sistem sekitar 45 knot manakala deruan angin langkisau yang datang secara tiba-tiba dan berlalu pergi mampu mencapai kelajuan 65 knot.
3) Nasihat ribut tropika yang dikeluarkan oleh pihak MetMalaysia pada hari semalam dan hari ini tidak menyatakan ribut sedang bergerak ke arah perairan negara dengan kelajuan 30km/j tetapi yang dinyatakan MetMalaysia adalah sistem itu ke arah Barat Laut dengan kelajuan 30 km/j. Jelas terbukti berlaku tokok tambah maklumat yang tidak tepat.
4) Berpandukan unjuran model ramalan setakat ini, Fengshen dijangka akan bergerak ke arah daratan Vietnam.
5) Berikutan kehadiran Fengshen, MetMalaysia ada mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Phuket dan Condore utara/selatan bermula hari ini, 20 Oktober 2025.
6) Lain-lain kesan yang terlalu signifikan terhadap Malaysia tidak dijangkakan berlaku.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|