CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mat Kampong

Dakyah-dakyah kotor SYIAH sebenarnya memburukkan Ahlul Bayt!!

[Copy link]
Gapodio This user has been deleted
Post time 17-7-2003 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 2003-7-17 12:52 PM:
Gapodio... awak tahu kah apa yang saya tanyakan tu? Kalau tak tahu, tanya dulu lah... Soalan nya soalan objektif yang ada dua jawapan sahaja dan Nahzaluz tak jawab lagi... konon nya senang. Kalau s ...


Oh itu keee ... ini soalan trick ke apa?. Boleh ke aku bagi jawapan yang tak ada kat situ. Ikut fahaman aku,  al Quran dan Hadith/Sunnah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2003 05:37 PM | Show all posts
Haaa... itu le. Tak ade trick mende pun... soalan straight forward tapi kawan kamu si Nahzaluz tak nak jawab A atau B. Cuba tanya dia sebab apa? Gapodio pula kena lah bawakan hujah kenapa hadis/sunnah... apakah itu wasiat nabi? Ulamak mana yang kata macam tu? :bg:
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 18-7-2003 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 14-707-2003 15:46:
Setakat ini saya belum lagi menjawab persoalan ini secara direct.
Walau bagaimanapun, kalau boleh marilah kita tengok kes yang masyhur ini dahulu:

Saidina Ali telah kehilangan baju besinya di dalam peperangan Siffin. Beliau pada masa tersebut adalah seorang Khalifah bagi sebuah negara Islam. Setelah diselidiki, Saidina Ali mendapati bahawa baju besinya telah dicuri oleh seorang Yahudi. Maka dituntutlah Saidina Ali akan baju besi itu daripada orang Yahudi tersebut. Tidak mahu diberi oleh Yahudi tersebut. Maka dibawalah kes tersebut kepada seorang hakim bernama Syuraih. Maka Ali pun mengemukakan saksinya iaitu anaknya Hasan dan Husin. Tetapi hakim Syuraih mengatakan "Kesaksian anak sendiri terhadap ayahnya tidak boleh diterima sebagai bukti menurut hukum". Maka hakim Syuraih pun menjatuhkan hukum bahawa baju besi itu menjadi milik orang Yahudi yang mencuri tersebut. Terkejut Yahudi tersebut akan hukuman hakim Syuraih dan akan kepatuhan Saidina Ali terhadap hukuman yang dijatuhkan. Maka memeluk Islam lah orang Yahudi tersebut

Apa pandangan anda dan netters semua?

Wassalam...


Salam nahzaluz,

Kalau dah taksub.. depa takkan ambil iktibar tetapi akan bertanya adakah perawi ini dari golongan Syiah atau ASWJ... Kalau dari golongan Syiah.. depa akan tanya dari fahaman mana.. Depa hanya percaya dari golongan depa saja.. Imam yang takde anak bolih ada anak.. kan ajaib!! itu pun depa percaya... Siapa Imam Mahdi depa tu?? :re::re::re:

[ Last edited by Mat Kampong on 18-7-2003 at 11:45 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2003 12:12 PM | Show all posts
Originally posted by Mat Kampong at 2003-7-18 09:44 AM:
Salam nahzaluz,

Kalau dah taksub.. depa takkan ambil iktibar tetapi akan bertanya adakah perawi ini dari golongan Syiah atau ASWJ... Kalau dari golongan Syiah.. depa akan tanya dari fahaman mana ...


Jadi hang setuju lah tindakan kurang ajar ke atas Siti Fatimah dengan menunjukkan kekerasan ke atas Ahlul Bait Nabi dan kemudiannya kecintaan kamu menghalang Abu Bakar dari menyerahkan balik Fadak kepada Ahlul Bait Rasulullah s.a.w.? Hang lah yang  taksub menyintai 'sahabat-sahabat'... bengkok pun hang kata lurus.
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
Post time 18-7-2003 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 2003-7-18 12:12 PM:
Jadi hang setuju lah tindakan kurang ajar ke atas Siti Fatimah dengan menunjukkan kekerasan ke atas Ahlul Bait Nabi dan kemudiannya kecintaan kamu menghalang Abu Bakar dari menye ...


Apa le hang ni 'PERAK' sangat.. dah ler buat cerita rekaan dan dongeng.. kami nak setuju apa.. semua pembohongan... mana ada tindakkan KURANG AJAR dan KEKERASAN yang dilakukan olih para sahabat Rasulullah SAW yang lebih peka dan mengetahui mengenai hormatnya mereka kepada keluarga Nabi SAW dan lagi pun depa belajar Islam dari mulut Nabi SAW sendiri bukan macam tok-tok guru hangpa tu... penuh dengan dendam dan dakyah.. NA'UDZUBILLAHI MIN DZALIK!
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
Post time 18-7-2003 05:09 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 2003-7-17 12:52 PM:
Gapodio... awak tahu kah apa yang saya tanyakan tu? Kalau tak tahu, tanya dulu lah... Soalan nya soalan objektif yang ada dua jawapan sahaja dan Nahzaluz tak jawab lagi... konon nya senang.
Apakah wasiat Rasulullah s.a.w. dari hadis sahih yang digunakan?

A. Aku tinggalkan Al Quran dan Sunnah ku
B. Aku tinggalkan Al Quran dan Ithrah Ahlul Bait ku....


TP bersetuju dengan MK aje.. jawapannya ialah A

Sebabnya;
PANDUAN UTAMA IALAH AL-QURAN DAN JIKA IANYA KURANG JELAS PEMAHAMANNYA IANYA HENDAKLAH DIRUJUK LAGI PADA HADIS SAHIH.. CONTOHNYA RUKUN SEMBAHYANG.. KALAU TAK GUNA HADIS MACAMANA NAK TUNAIKAN SOLAT yang merangkumi perbuatan dan bacaan?

BAGI KAMI, AHLUL BAIT ADALAH SALAH SATU DARI SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW KERANA MEREKA ADALAH KETURUNANNYA - kerana Nabi SAW berkahwin dan mempunyai keturunan saperti manusia biasa. MEREKA (AHLUL BAIT) ADALAH MANUSIA BIASA YANG TIDAK MAKSUM SELAIN NABI DAN RASUL ALLAH SWT. AHLUL BAIT dijanjikan ALLAH SWT BAHAWA MEREKA AKAN DISUCIKAN SECUCINYA JIKA MEREKA PATUH DAN TAAT KEPADA PERINTAH-PERINTAH DAN SURUHAN ALLAH SWT, TIADA KEISTIMEWAAN YANG MUTLAK PADA SEGI KETURUNAN MEREKA. ALLAH SWT HANYA MELIHAT KETAQWAAN IMAN SESAORANG HAMBANYA BUKAN KEPADA darah KETURUNANYAN DAN KETAHUILAH BAHAWA KEIMANAN ITU TIDAK DAPAT DIWARISI....
KENAPA SYIAH IMAMAH HANYA SETIA KEPADA 'AHLUL BAIT' YANG TERDIRI DARI 12 ORANG IMAM-IMAM YANG DILANTIK SENDIRI OLIH IMAM-IMAM TERDAHULU?
KENAPA TIADA IMAM-IMAM DARI KETURUNAN SAIYIDINA HASAN BIN 'ALI R.A. dan MUHAMMAD AL-HANIFIAH BIN 'ALI (anak kahwin Mut'ah lagi)?
KENAPA?? KENAPA??... adakah kau orang ambil dan pilih yang memenohi citarasa sendiri kot? ADAKAH AHLUL-BAIT HANYALAH 12 + 1 ORANG SAHAJA KE?
WASSALAM


[ Last edited by Terong Pipit on 21-7-2003 at 03:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2003 11:09 PM | Show all posts
salam,
Kerana ia telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya,supaya manusia tidak sesat selepas kewafatan Rasul,dan sesat dengan penafsiran mereka sendiri.Kami telah menerangkan serba sedikit tentang dalil aqli dan naqli tentang dalil  Imam-Imam(ulul amri),dan Tanda2 mereka dari Al-Haqq Ta'ala di theread2 terdahulu dan tiada masaalah untuk mengulangnya kembali,InsyaAllah.
Kesimpulan yang dibuat ialah,laknat Allah kepada mereka yang mendustai dan menolak sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.Bahkan mereka yang memeranginya.Lihat tragedi khamis bagi menunjukkan sikap para sahabat tertentu terhadap kebenaran Allah Ta'ala melalui Rasul-Nya yang mulia.
wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2003 11:17 PM | Show all posts

sekadar pandangan

gambar doa

know the truth and you'll know the people of truth.certainly,you'll reconise  the truth from your sincere heart...because your heart and the truthness can't be seperated.They are both from The Almighty God to bring us to the safe.

[ Last edited by irfani on 19-7-2003 at 11:27 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2003 08:29 AM | Show all posts
Originally posted by Terong Pipit at 2003-7-18 04:54 PM:
Apa le hang ni 'PERAK' sangat.. dah ler buat cerita rekaan dan dongeng.. kami nak setuju apa.. semua pembohongan... mana ada tindakkan KURANG AJAR dan KEKERASAN yang dilakukan ol ...


:bg: Merampas Fadak... Siti Fatimah marah dan tidak bercakap dengan Abu Bakar dan Omar lagi selepas itu... Saiyidina Ali dalam keadaan dibelenggu leher nya dan sahabat-sahabat nya dipaksa membaiat Abu Bakar secara kasar, bahkan Omar memberi ugutan bunuh ke atas Saiyidina Ali Karamallah Wajhah... Siti Fatimah meninggal pada usia muda setelah sakit akibat dari keguguran anak akibat pukulan oleh Al Mal'un dari kumpulan Omar yang menyerang rumah Ahlul Bait... Aisyah memberontak dan mahu membunuh Khalifah Ar Rashidin Ali bin Abi Talib, sehingga 20,000 orang Islam mati... dan banyak lagi.... ini semua tak dapat dinafikan awang-awang ooi... kalau tak belajar, belajar lah...

[ Last edited by Laxamana. on 21-7-2003 at 08:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2003 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by Terong Pipit at 2003-7-18 05:09 PM:
Bagi MK senang aje.. jawapannya ialah A

Sebabnya;
PANDUAN UTAMA MK IALAH AL-QURAN DAN JIKA IANYA KURANG JELAS P ...


Sekurang-kurang nya Gapodio dan MK lebih jantan dari Nahzaluz dan berani menyatakan pegangan mereka mengikut ASWJ iaitu percaya bahawa A adalah jawapan nya.... Saya percaya Nahzaluz sendiri meragui jawapan A itu... sebab itu dia tak jawab. Kita tunggu komen dia sehari dua lagi...  
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 21-7-2003 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 2003-7-21 08:40 AM:
Sekurang-kurang nya Gapodio dan MK lebih jantan dari Nahzaluz dan berani menyatakan pegangan mereka mengikut ASWJ iaitu percaya bahawa A adalah jawapan nya.... Saya percaya Nah ...


So Laxamana nie pun penyokong kuat pegangan Syiah juga ke?. Hari tu cakap atas pagar.

Anyway apa maksud  "Ithrah Ahlul Bait", apa bezanya dgn sunnah/hadith.

[ Last edited by Gapodio on 21-7-2003 at 10:26 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2003 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by Gapodio at 2003-7-21 10:24 AM:
So Laxamana nie pun penyokong kuat pegangan Syiah juga ke?. Hari tu cakap atas pagar.

Anyway apa maksud  "Ithrah Ahlul Bait", apa bezanya dgn sunnah/hadith.

[ Last edited by Gapodio o ...


Saya tidak menyebut saya atas pagar... cuma mengatakan saya mencari kebenaran dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Itu ada beza nya dengan duduk atas pagar.  Duduk atas pagar sebelah mana pun tak masuk.... saya yang mana terbukti benar saya masuk dan sokong.:bg:

Ithrah Ahlul Bait akan saya huraikan, Insha Allah. Hairan jugak ASWJ tak tahu tentang ini... ini tanda nya ia telah disembunyikan. Saya nak juga tunggu Nahzaluz keluar dari persembunyian nya dan jawab A atau B...
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 21-7-2003 02:11 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 2003-7-21 01:10 PM:
Saya tidak menyebut saya atas pagar... cuma mengatakan saya mencari kebenaran dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Itu ada beza nya dengan duduk atas pagar.  Duduk atas pagar ...


Oooh OK.... Kalau macam tu kita pun sama2 lah. Jadi jaganlah too harsh or provoke kalau betul2 nak mencari kebenaran. Pegangan saya as long kepercayaan kita berlandaskan nas dan dalil insyaallah kita semua dibawah petunjuk Allah selagi kita masih tak jemu utk mencari Ilmu/kebenaran.
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
Post time 21-7-2003 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by Gapodio at 2003-7-21 10:24 AM:
So Laxamana nie pun penyokong kuat pegangan Syiah juga ke?. Hari tu cakap atas pagar.

Anyway apa maksud  "Ithrah Ahlul Bait", apa bezanya dgn sunnah/hadith.

[ Last edited by Gapodio o ...


Salam Gapodio..

You can't get a direct answer from this people because: One interesting element in Shi'i Islam is the permission to disimulate (taqiyya), that is to deny ones faith in public in order to aviod social problems, while one maintains it in private.

Lax juga kata: Insha Allah, Ithrah Ahlul Bait akan saya huraikan... kemudian sempat PULAK membuat TUDUHAN bahawa ASWJ menyembunyikan apadia Ithrah Ahlul Bait... Bagi ASWJ, Sunnah Nabi SAW merangkumi segalanya termasuk kata-katanya dan perbuatannya semasa berdakwah kepada umat manusia semasa hidup baginda termasuk kepada kaum keluarganya.

BUKTIkan wahai Lax.. apa dia yang ASWJ dok sembunyi... anda belum jawab lagi.. Adakah 'Ahlul Bait' itu bermaksud kepada 12 (12 Imam-imam) + 1 (Saiyidinatul Fatimah r.a.) sahaja?

[ Last edited by Terong Pipit on 21-7-2003 at 03:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2003 05:20 PM | Show all posts
Tak baik TP racun fikiran Gapodio dengan fitnah ke atas saya yang mencari kebenaran. Orang yang waras akan berpegang kepada kebenaran dan tidak mudah dikuasai nafsu. Apa yang saya kata tu betul... sebab apa ASWJ termasuk Mazhab Shafie kat Malaysia ni tak tahu akan Ithrah Ahlul Bait? Tidakkah saya berkata benar? Adakah ini fitnah? Kalau TP tahu, cuba terangkan dengan dalil sekali apa itu Ithrah Ahlul Bait? Sunnah pun TP tak kemukakan dalil atau jalur hadis mengenai nya. Selalu nya TP suka suruh orang lain jawab dengan dalil... bila kena kat diri sendiri... mana dalil nya? Banyak ke dalil nya? :bg:

p/s : Nahzaluz... kata pandai sangat? A atau B.... geng kamu semua dah tunjuk bahawa mereka pilh A. Kamu takut ye? Sebab kamu tahu apa apakah yang kamu sembunyikan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2003 06:08 PM | Show all posts
Salam.
Saudara Nahzalus
Kerana anda telah bersikap lunak kepada bill dalam perbincangan ini, maka bill juga akan bersikap lunak sesuai dengan perlakuan anda. Namun sekiranya ada terkasar bahasa dalam penyampaian, harap kita masih terus dapat berbincang dengan baik. Semoga Allah mengampuni anda dan saya.
Sudah berapa kali saya nyatakan kepada anda, S. Abu Bakar tidak merampas hak Ahlul Bait kerana beliau mendengar Nabi berkata yang baginda tidak diwarisi. Jadi S. Abu Bakar mahu menguruskannya sebagaimana ia diuruskan oleh Rasulullah s.a.w. S. Abu Bakar ialah seorang sahabat yang sangat-sangat mengikut Rasulullah s.a.w!

Al-Quran
Nahzalus, beginilah. Kami mengikuti al-Quran bahawa Ahlul Bait suci malah sesuci-sucinya. Khilaf, kesilapan dan kejahilan termasuk antara ketidak sucian dan kekurangan.  Maka kami mengatakan Ahlul Bait a.s benar dalam tuntutan mereka.
Hadis
Hadis Tsaqalain jelas menunjukkan Ahlul Bait a.s tidak berpisah dari al-Quran. Jadi hukum pewarisan adalah termasuk dalam al-Quran dan mustahil Rasulullah saaw akan bertentangan dengan al-Quran apabila menyerahkan fadak kepada Sayyidatina Fathimah a.s  



Saya juga sudah menyatakan bahawa maksum hanya ada pada para Nabi sahaja. Para AB dan sahabat kesemuanya tidak maksum. Ini dasar dalam akidah kita ASWJ. Inilah ia pegangan AB dan para sahabat. Tiada seorangpun dari kalangan mereka yang mendakwa mereka maksum.

saudara Nahzalus, itu adalah pandangan anda dan pandangan mazhab anda. Kebenaran Islam tidak bergantung kepada pendapat anda atau mazhab anda apabila kita berdalil dengan al Quran dan Hadis.
1- Buktikan bahawa maksum hanya milik para nabi dan Rasul sahaja, dan tidak selain itu.
2- Apa maksud ‘suci sesuci-sucinya’. Bukankah dosa dan kesalahan termasuk ketidaksucian? Lalu, apakah anda menafikan bahawa Ahlul Bait a.s  suci dan melakukan kesalahan Apabila al-Quran menyatakan sebaliknya? Bukankah tidak melakukan dosa, kesalahan dikira maksum?
3-Bukankah al-Quran suci? Lalu, apakah kembarnya (Ahlul Bait a.s) kotor?

Baiklah, kalaulah AB maksum, adakah keturunan AB sampai saat ini kesemuanya maksum? Adakah kesemua keturunan AB tidak berpisah dgn al-Qur'an?

AB sewaktu hayat Rasulullah saaw adalah Imam Ali, Sayyidatina Fathimah, Imam Hasan dan Husein, (a.s) kemudian 9 orang zuriat dari Imam Husein a.s. Inilah Ahlul Bait a.s yg maksum dan 12 mereka adalah Imam yang mendapat petunjuk.

Sudah berapa kali saya katakan kepada anda, ia adalah khilaf ijtihad. Masing-masing ada dalil. S. Fatimah semasa beliau menuntut haknya sebagai anak kepada Rasulullah s.a.w yang telah wafat berdasarkan ayat al-mawarith. Tetapi setelah S. Abu Bakar mengatakan beliau ada mendengar Rasulullah s.a.w bersabda bahawa para Nabi tidak diwarisi, beliau akur. Sbb itulah S. Abu Bakar tidak membahagikan harta peninggalan Nabi hatta kepada al-Abbas dan para isteri baginda. Maknanya, beliau juga ada dalil yang mengkhususkan atau mengeluarkan Nabi dari hukum umum tersebut. Atas sebab itulah, selepas itu S. Fatimah tidak lagi menuntut harta tersebut. Kemudian, 6 bulan selepas itu, beliau kembali ke rahmatullah, dalam keadaan redha kepada S. Abu Bakar.

Inilah pegangan saya wahai sahabatku bill

Nahzalus, khilaf dalam ijitihad sekiranya wujud sekalipun, ianya hanyalah pada pihak Abu Bakar! Bukankah begitu? Apakah anda akan sanggup mengatakan Sayyidatina Fathimah a.s salah dalam hal ini? Bukankah Allah telah menyucikan beliau, dan apakah kita ragu mengenai kesucian Sayyidatina Fathimah a.s daripada kesalahan? Jangan lupa juga, Imam Ali a.s juga bersaksi akan Fadak. Apakah imam Ali a.s juga salah? Apakah kedua2nya menuntut sesuatu yg memang bukan hak milik mereka dan bersikap keras utk mendapatkannya?
Malah Imam Ali a.s masih lagi menuntut hak fadak walaupun selepas Abu Bakar.

Soalannya, sekiranya ada khilaf, ianya daripada Abu Bakar bukan?

Adakah S. Abu Bakar mengambil fadak untuk kegunaannya sendiri?
Adakah S. Abu Bakar tidak memberi satu senpun dari harta lain sebagai ganti kepada Fadak?
Antara sifat perampas ialah membenci orang yang dirampas hartanya itu dan suka melihatnya hidup menderita. Kenapakah S. Abu Bakar mengatakan kepada S. Fatimah: Demi Tuhan yang diriku di dalam tanganNya, kaum kerabat Rasulullah s.a.w lebih suka aku sambung berbanding kaum kerabatku sendiri!

Sbb tu saya kata, tidak timbul isu perampasan hak AB!  


Nahzalus, samada Abu Bakar menggunakan Fadak utk keperluan sendiri atau tidak, apabila beliau mengambil sesuatu dengan paksa maka ia adalah merampas! Apatah lagi sesuatu yang dirampas itu ialah sesuatu yg telah diberikan oleh Rasulullah saaw. Apakah anda meragui Sayyidatina Fathimah a.s mereka2 cerita bahawa ayahndanya telah memberikan Fadak kepadanya?

Dan bijak pandai Islam telah meneliti akan tuntutan Fadak dan bahaya penyerahannya kepada Sayyidatina Fathimah a.s, dan ianya lebih bersifat politik.

[qupte] Anda tidak tahu apa yang akan saya perkatakan tetapi anda sebenarnya sudah ada maklumat ttg jawapan ulama' ASWJ sebab sebagai pencari kebenaran, ada pasti telah membacanya dari kitab karangan ASWJ![/quote]
ini mengenai Tragedi Khamis. Apapun jua yang datanganya dari anda, selagi ia bersifat perbincangan, maka bill akan menghormatinya. Silalah anda kemukakannya, dan kita berbincanglah dengan baik dan hati terbuka.

Saya seboleh-bolehnya mahu beradab dalam menjawab soalan anda ini wahai sahabatku Bill. Jawapan saya ialah semasa beliau memohon beliau tidak salah kerana beliau ada dalil. Dilihat kepada ijtihad siapakah yang lebih benar, ASWJ berpendapat ijtihad S. Abu Bakar lebih benar. Beliau dapat 2 pahala, S. Fatimah 1 pahala. Wallahu a'lam.

Nahzalus, sayyidatina Fathimah a.s tidak menuntut sesuatu yg tidak pasti, atau hak rakyat dan kerajaan Islam. Imam Ali a.s menguatkannya, ummu Aiman juga. Sedangkan kedua mereka ialah Ahlul Bait a.s yg Rasulullah saaw memerintahkan kita ikut. Jadi dalam hal ini, mengapa kita meninggalkan mereka dan mengatakan mereka tersalah dan dapat satu pahala ijtihad? Sekiranya mereka khilaf mengapa Rasulullah saaw menyuruh kita ikut mereka? Jadi siapa yg khilaf? Pasti ada seorang sahaja bukan?
[/quote]

mengenai Jabir.
Anda mengatakan tidak bersalah. Jadi soalannya kembali semula, iaitu mengapa Abu Bakar menerima kesaksian perseorangan Jabir tetapi menolak kesaksian Sayyidatina Fathimah a.s, dan Imam Ali a.s?

Bill, saya ingin bertanya kepada anda. Riwayat mana satukah sebenarnya yang anda pegang. Kalau tidak salah saya, anda pernah berhujah dgn saya menggunakan hadis Bukhari yang mengatakan S. Fatimah menuntut Fadak dari S. Abu Bakar atas nama harta pusaka. Kemudian anda menyoal saya ttg kesaksian S. Ali dan S. Ummu Aiman ttg Fadak dalam riwayat yang mengatakan Rasulullah s.a.w telah memberikan Fadak kepada S. Fatimah sebelum kewafatan baginda. Mana satukah pegangan anda sebenarnya?Btw, satu point yang saya nampak dalam kenyataan anda di atas (yang saya gariskan). Kalaulah AB dan sahabat yang pada mulanya menentang itu kemudian mengiktiraf pelantikan S. Abu Bakar selepas itu, dan S. Abu Bakar kembali ke rahmatullah dalam keadaan mereka semua redha beliau sebagai pengganti Rasulullah s.a.w, kenapa anda tidak boleh terima? Anda mahu mengambil kes pertama dan meninggalkan kes terakhir?  


nahzalus, bill selamanya tidak akan mempertikaikan kebenaran Sayyidatina Fathimah. Mengenai samada ia harta pusaka atau milik Sayyidatina Fathimah a.s, maka sebenarnya ianya tidak penting lagi kerana pokok pangkalnya ialah Fadak (apapun statusnya) telah dirampas oleh Abu Bakat. Namun beginilah, fadak telah diberikan kepada Sayyidatina Fathimah a.s semasa hidup lagi (seperti yg telah dikatakan oleh ulamak ASWJ sendiri), tetapi statusnya timbul semula selepas pemilihan Abu Bakar dan apa juga bentuk tuntutannya, tidak merubah bahawa fadak dirampas. Itulah isunya sekarang.

Mengenai baiah itu pula. Ahlul Bait memang tidak mengiktiraf Abu Bakar sebagai khalifah, Bukan Ahlul Bait sahaja malah kaum Ansar di bawah pimpinan saad bin Ubadah juga tidak mengiktirafnya. Itu belum termasuk sahabat2 lain lagi. Dan baiah dalam bentuk paksaan, apakah nilainya? Imam Ali a.s pernah mendapat tawaran ketenteraan dari Abu sufian utk memerangi Abu bakar tetapi Imam Ali a.s menolak kerana lebih pentingkan kesatuan Islam. Keran itulah Imam Ali a.s melantunkan kesedihannya di dalam Khutbah Syiqsyiqiyyah
(lebih kurang, akan bill perbetulkan semula)

“sedangkan kedudukanku dengan kekhalifahan adalah seperti poros pada penggiling, burung tidak dapat menghinggapiku (kerana ketinggianku), dan air bah tidak dapat mendekatiku, …… aku mendapati kesabaran adalah lebih bijaksana, maka aku memilih kesabaran sekalipun mata pedih tertusuk debu, tekak  perit rasa tercekik, aku melihat hakku dirampas sehingga yang kecil menjadi dewasa, dan yang dewasa menjadi tua renta” (hadis Syiqsyiqiyyah)
dan perlu anda ingat, Penghulu Wanita Syurga sayyidatina Fathimah a.s sampai ke akhir hayatnya tidak pernah menyetujui Abu Bakar. Dan imam Ali a.s pun hanya berbaiah selepas orang ramai mula berkelakuan menjauhi beliau. Apakah anda fikir ini sebagai baiah sukarela?  

Bill akan buktikan bahawa perlantikan Abu Bakar adalah sebuah kesalahan berdasarkan pengakuan umar al-Khattab sendiri.


Nahzalus, bill akan jawab pada posting yg khusus mengenai ini, insyaAllah selepas ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2003 06:11 PM | Show all posts
salam
Gapodio, begini. Soalan lax anda telah jawab dan dengan itu anda tidaklah berbeza dari kebanyakan ASWJ yang menolak hadis “al-Quran dan Ahlul Baitku” yang sahih, tetapi berpegang kepada hadis dhaif  “Al-Quran dan sunnah”

Mungkin akan timbul pertanyaan mengapa anda bertindak demikian, tetapi itu adalah pilihan anda. Tetapi secara umumnya akan bill katakan = sedangkan hak utk memilih sebenarnya telah tiada apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan pilihan.


"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mu'min dan perempuan yang mu'min apabila Allah dan RasulNya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata" (al-Ahzab:36)

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2003 01:47 PM | Show all posts
Lax, :bg:

1. Aapa yang hang cakap ni Nahzaluz... pusing punya pusing, dok situ jugak... Adakah kamu menolak Peristiwa Fadak? Jawab dulu... jangan belit-belit. Kalau lah ASWJ cintakan AB tak jadi lah penyerangan di rumah Saiyidina Ali dan Fatimah. Sifat pendusta adalah sifat munafik... awas lah. So, antra Sunnati dan Ithrati, yang mana satu ASWJ pakai? Susah sangat ke nak jawab???  

2. Soalan nya soalan objektif yang ada dua jawapan sahaja dan Nahzaluz tak jawab lagi... konon nya senang. Kalau senang jawab saja... A atau B. Ini tak jawab...berbelit-belit memberi alasan untuk tak jawab. Saya bawakan soalan tu ke sini yang awal nya pernah ditanyakan oleh Bill.

Apakah wasiat Rasulullah s.a.w. dari hadis sahih yang digunakan?

A. Aku tinggalkan Al Quran dan Sunnah ku
B. Aku tinggalkan Al Quran dan Ithrah Ahlul Bait ku.

3. Sekurang-kurang nya Gapodio dan MK lebih jantan dari Nahzaluz dan berani menyatakan pegangan mereka mengikut ASWJ iaitu percaya bahawa A adalah jawapan nya.... Saya percaya Nahzaluz sendiri meragui jawapan A itu... sebab itu dia tak jawab. Kita tunggu komen dia sehari dua lagi...  

4. Ithrah Ahlul Bait akan saya huraikan, Insha Allah. Hairan jugak ASWJ tak tahu tentang ini... ini tanda nya ia telah disembunyikan. Saya nak juga tunggu Nahzaluz keluar dari persembunyian nya dan jawab A atau B...  

5. p/s : Nahzaluz... kata pandai sangat? A atau B.... geng kamu semua dah tunjuk bahawa mereka pilh A. Kamu takut ye? Sebab kamu tahu apa apakah yang kamu sembunyikan...


Marah sangat nampak tu. Mungkin sebab tak jawab segera. Mmmm, tak tahulah apa nak kata. Tak jawab, orang kata kita dok sembunyi. Kalau jawab, tak kena dgn skima cikgu pulak! :bg:

Sebenarnya, soalan objektif anda tu saya dah baca. Cuma saya tgh kalut sekarang ni, isteri saya nak bersalin, tak sempat nak berforum, tak sempat nak bagi respon. Tapi hari ni saya akan tunaikan permintaan anda tu. Saya menghormati soalan anda. Kalau ada yang bertanya dan minta dijawab, saya akan jawab, Insya Allah.

Tetapi sebelum tu saya nak bagitau yang soalan anda ini berkait dgn posting Bill di thread ASWJ vs Syiah. Jawapan dan pendirian saya akan saya nyatakan di situ nanti.

Baiklah,

Jawapan saya ialah A dab B.

Ada persoalan dalam diri anda bukan? Cuba tanya diri anda: Adakah berlawanan A dgn B? Kalau anda menolak A, bukankah Syiah dan Sunnah kedua-duanya berpegang dgn Sunnah? Bezanya ialah jalan riwayat dari Rasulullah. Kalau anda menerima B sahaja., adakah A tertolak terus? atau boleh tak A duduk sekali dalam tu? Tentu boleh bukan? Kalau anda menerima A, adakah anda akan menolak hadis yang datang melalui jalan B?  
.... dll persoalan.
Ustaz kami pernah berpesan, antara perkara yang kena berhati-hati ialah ketika membuat soalan objektif. Pastikan pilihan jawapan yang diberi tidak ada kemungkinan betul lebih dari satu jawapan. Itu kata ustaz kami, betul ke salah, wallahu a’lam! :bg:

Walau bagaimanapun, bagi saya, perbincangan ttg hadis ni melibatkan perbincangan isu:
Siapakah mereka Ahlul Bait Rasulullah?

Sekian dulu. Komenlah dulu. Senang-senang nanti, saya lepak lagi.

Wassalam :bg:
Reply

Use magic Report

Terong Pipit This user has been deleted
Post time 22-7-2003 02:10 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 2003-7-21 10:11:
"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mu'min dan perempuan yang mu'min apabila Allah dan RasulNya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata" (al-Ahzab:36)

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)...


Berikut tafsiran yang kami fahami;
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (Quran 33:36)

[44] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.

[45] Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa dan mata dibalas dengan mata dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.  

[46] Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Mariam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayat dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.

[47] Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik
(Quran 5:44-47)
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2003 05:32 PM | Show all posts
salam
jadi, apa yg cuba anda sampaikan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.055140 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list