CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kambeng_masam

ZULAIKHA [U] Last updated was on 7/7/2013

[Copy link]
Post time 15-11-2012 03:12 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 9-11-2012 08:14 AM
ohhh..yang itu....kalau nak kaitkan football player playboya...kaitkanlah dengan player english le ...

Ala beng...mentg2 la dok jauh nunnn sn...
Lenkli kasi la nm model omputeh gk baru bleh nk byg player omputeh gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2012 03:22 AM | Show all posts
Suasana di dalam kelas tingkatan empat; 4K1 agak hingar-bingar sekali dengan suara para pelajar yang bebas riang ke sana-sini sementara menanti guru kelas mereka masuk mengajar. Walaupun di dalam suasana yang bising sebegitu Amir masih boleh menumpukan sepenuh perhatiannya membaca novel fiksyen triller karya Sidney Sheldon bertajuk ‘The Doom's Day Conspiracy’ yang baru diterbitkan pada awal tahun itu.

Sedari tadi dia khusyuk membaca, kini tumpuan Amir kepada baris-baris ayat di dalam novel tersebut mulai kabur apabila gegendang telinganya menangkap nama ‘Zulaikha’ disebut-sebut oleh sekumpulan pelajar perempuan di meja berdekatan.

        “Iyerrr…Harris tu tampar muka budak pompuan form one tu tadi!” salah seorang pelajar perempuan yang menjadi tumpuan kumpulan gossip itu sibuk bercerita.

Amir memasang telinga menambah minat untuk mendengar apayang disampaikan oleh Rina. Tidak cukup dengan itu, dia bangkit lalu terus daribelakang mendekati Rina yang sedang leka bersembang. Tidak betah menunggu Rina selesaidengan cerita-cerita gossipnya, Amir terus sahaja menarik pergelangan tanganRina. Dia menuntun gadis itu hingga ke tepi tingkap.

          “Rina, betul ke ko cakap Harris tampar muka budak pompuan tu?” Amir beriya-iya bertanya dengan wajahnya yang kelihatan serius.
         
Eyhh…Amir, kalau nak romen aku pun berilah salam dulu.Ni tiba-tiba main tarik je ke tepi. Ingat aku anak ayam ke?” Rina mendengussambil membetulkan tudungnya
  
          “Sorry.Anyways…aku curious ni. Betul ke Harris buat macam tu tadi?” Amirmengulangkan soalannya.

          “Hmm!”Rina dengan mata bulatnya hanya mengangguk laju mengiyakan.

Amir diam sebentar sebelum bertanya lagi, “Ko kenal tak siapabudak pompuan tu?”.

          “Entah! Budaktu muka macam Chinese, tapi aku tengok kat name tag, nama dia Zulaikha.”Rina cuba mengingatkan kembali saat di mana dia berselisih dengan Zulaikhaselepas peristiwa gadis itu ditengking Amir pagi tadi.

Amir terdiam seketika sebelum dia berundur kembali ke tempatduduknya. Anak matanya tidak berhenti bergerak sekejap ke kiri, sekejap kekanan melihat permukaan meja tulisnya seperti sedang berfikir sesuatu. Bukunovel disimpan ke dalam meja. Dia melepaskan nafas deras dan mengeluh.

Rina masih berdiri di tepi tingkap kelas hanya memerhatikan perilakudan menunggu reaksi seterusnya dari Amir. Dia merasakan ada sesuatu yang tidakkena apabila melihatkan perilaku Amir yang resah sebegitu rupa. Sedang leka diamemerhatikan Amir, datang pula seorang rakan sekelas yang dari tadi mencuridengar perbualannya dengan Amir.

          “Weh Rina,manade Harris tampar muka budak tu.” Bisik budak perempuan itu perlahan ketelinga Rina cuba memperbetulkan cerita.

Secara spontan Rina mencubit bahu rakannya itu dan juga membalasbisikan tadi dengan nada yang keras.

          “Ish! Diamla ko! Jangan menyibuk! Biar padan dengan muka si Harris berlagak tu!”

          “Ouhhhh…nimesti kes Harris siat surat cinta ko arituh kennnnn?” gadis itu tergelakkecil mengejek Rina.
Dengan pantas Rina berpaling memandang Amir yang masihtermenung. Dia memastikan Amir tidak terdengar perbualan mereka berdua.

          “Ehh…ko dukdiam-diam je bleh tak? Makan lempang jugak karang pipi tu! Bukan Harris yangreject aku hokehh? Aku yang tanak kat dia.” Rina cuba mengawal keadaan danberlagak tenang.

           Ko jangannn…nanti karang tau dekHarris ko yang bawak mulut, pipi ko yang kena lempang nanti.” Gadis itumemberi peringatan.

          “Hefhh…kitatengok ar nanti…saper lempang saper.” Secara sinis dan mencebik, mata Rinamenjeling tajam ke luar tingkap memandang ke bangunan bertentangan melihatkalau-kalau ada ternampak kelibat Harris.

Untuk menyedapkan lagi cerita menjadi lebih sensasi, Rinatelah menokok tambah dengan adegan menampar untuk memburukkan repotasi TengkuHarris. Bagi Rina, sekurang-kurangnya geram terhadap Tengku Harris berbalasjuga akibat tidak mengendahkan surat darinya ingin berkenalan rapat tempohari.Surat yang dikarang berjela dengan ayat-ayat indah nan romantis meminta agarTengku Harris menimbangkan dirinya menjadi kekasih telah dikoyak dandisiat-siat dek remaja lelaki itu setelah membacanya sambil lalu.

Otak Rina memutarkan kembali peristiwa yang masih segarwalaupun berlaku pada hujung tahun lepas. Ketika itu dia masih sekelas denganHarris.
Sorry ar Rina, ko bukan tasteaku. Muka ko memang cun..anak orang kaya…tapi perangai…. nau’zubillah. Aku relatakde girlfriend la daripada orang mengata aku couple dengan awek bohsia.
Harris dengan celuparnya berkatasambil mengoyakkan surat cinta karangan Rina.
                                                                                                         “
Ketika itu Rina merasakan dirinya amat terhina. Kini diamendekatkan dirinya dengan Tengku Amir pula.
Rina melangkah mendekati Amir yang masih duduk termenung.

          “Kenapa kotiba-tiba berminat Tanya pasal tadi? Ko kenal ke budak pompuan tu? Semacaaam jeaku tengok ko ni? Biasanya tak pernah pulak kisah dengan gossip-gossip ni?” Rinacuba mengambil tahu.

Amir hanya diam. Soalan Rina itu tidak dijawab. Malah diamembiarkan Rina terus ternanti-nanti sepatah dua kata dari mulutnya
Rina mendekati Amir dan sedikit menunduk. Dia mendekatkanmukanya dengan Amir sambil tersengih-sengih.

         “Amir…hihi.Jom kita dating petang ni?! Nak?” Rina menjungkit kening matanya mengusikAmir yang kelihatan tidak tenang itu.

Amir memandang Rina dengan muka bersahaja dan berkata, “Tak boleh. Nanti awek aku marah.

          “Hmfhh! Alahhhh! Macam la aku tak tau kau takde awek!” Sambil berdiri kembali Rina mencebik.
Memandang wajah Rina dengan sinis Amir membalas, “Ko ngorat jelah Harris tuuu..ko ngorat aku nak watpe?”

         “Hishh! Taknak ah aku! Cousin ko tu ramai awek ar. Kat sekolah ni je berapa ramai admirer dia. Malas ar aku jadi penambah statistik peminat dia tu! Mat Over! Kalau dengan engkau taaak. Ko budak baiiiik. Kan? Kan? kannnnn?” jawab Rina sambil meniru gaya lakonan Yusni Jaafar dalam filem Mr. Os yang cukup popular ketika itu.
  
        “Dah, dah,dah!” Amir menghentikan perbualan.
Amir tersengih mencebik sambil tangannya membuat isyarat menghalau Rina dari pandangannya tatkala guru kelas mereka mulai melangkah masuk.
         
^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Last edited by kambeng_masam on 5-12-2012 09:53 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2012 03:24 AM | Show all posts
Tengahari itu setelah tamat waktu sekolah, Zulaikha dan Watie terus meluru keluar dari kelas menuju ke tempat menunggu bas di luar kawasan sekolah. Semenjak bermulanya persekolahan, Zulaikha dan Amir yang tinggal serumah menaiki bas sahaja ke sekolah. Namun apabila waktu pulang, mereka akan menaiki bas secara berasingan. Amir akur dengan permintaan Zulaikha itu yang mahukan ruang untuk dirinya.

Ketika mereka berdua melintasi jalan yang berhadapan bangunan kelas-kelas pelajar tingkatan empat dan lima, pandangan mata Zulaikha memanjat ke tingkat-tingkat atas. Matanya bersilau sebaik sahaja ternampak kelibat Harris dan Amirul juga baru hendak keluar dari kelas mereka di tingkat dua bangunan.

        “Watie, awak jalan dululah ke bus stop eh? Sakit perutlah pulak…saya nak gi ‘poopoo’ kat toilet bangunan ni kejap.” Zulaikha berhenti melangkah dan tangannya diletakkan di perut.

        “Takpelah, saya tunggu awak kat sini je. Nanti kita jalan la sama-sama.” Watie turut berhenti melangkah.

        “Errr…Takpe! Takpe! Awak jalan la dulu eh?!” Zulaikha berkeras sambil matanya sesekali sempat menangkap pergerakan Harris tadi.

        “Hmm..yelah.”

Dengan tanpa sebarang bicara lagi Watie pun menyambung langkah ke arah tempat menunggu bas berseorangan. Zulaikha tanpa berlengah terus sahaja meluru ke arah anak tangga bangunan tadi. Dengan pantas kakinya melangkah menaiki tangga itu hendak menuju ke tingkat dua. Namun baru beberapa anak tangga dinaikinya, dia berhenti. Menggigit bibirnya dan berfikir sejenak, lalu dia berpatah turun kembali. Zulaikha mengintai-ngintai dari sisi bangunan akan kelibat Watie yang semakin menjauh dari tempatnya berdiri. Dia ingin memastikan Watie benar-benar meninggalkannya buat sementara. Zulaikha berdiri di tepi kaki lima berdekatan dengan anak tangga tadi. Sementara itu pelajar-pelajar tingkatan tiga dan ke bawah dari bangunan lain sedang berpusu-pusu keluar dari kelas mereka menuju ke pintu masuk dan keluar utama sekolah itu. Zulaikha ternanti-nanti di situ apabila dia terdengar suara Harris dan Amirul sedang bercakap-cakap di ruangan anak tangga di tingkat atas.

^^^^^^^^^
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 10:33 AM | Show all posts
bengggggggggggggggggggggggg
mohtippppppppppppp stop kat tempat yg saspen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2012 02:46 AM | Show all posts
Selingan...


"Insyaallah kita jumpa lagi di 'sana' nanti ye sayang.."

Itulah antara kata-kata terakhir seorang sahabat beng kepada isterinya yang sedang nazak sebelum meninggal pada pagi tadi. Isterinya meninggal kerana kegagalan buang pinggang berfungsi...manakala pada masa yang sama juga di ICU yg sama...anak bongsunya masih lagi dalam rawatan penyakit jangkitan kuman di paru-paru.

p/s: Sorry...beng tengah tumpang sedih untuk kawan beng yang tak dapat beng nak bersama tenteramkan hati dia di kala beng duk jauh beribu batu gini....semoga arwah isterinya dirahmati Allah....amiin.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 08:02 AM | Show all posts
tumpang sedih dgn beratnya ujian yang Allah bg pada kawan Beng...
semoga mereka akan bersatu jua 'di sana' nanti...insyaAllah...
memg x dpt nk bygkn kehilangan org tsayang, tambah2 lg ada lg insan tsayang yg lain pun sdg meniti pjalanan yg sukar...bertabahlah hendaknya...
ada hikmah yg besar menanti kepada hamba2 Allah yang tinggi kesabarannya, insyaAllah!



* i nak zulaikha bg penampar berdas2 kt harris boleh?   
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-12-2012 01:43 PM | Show all posts
just for info.

N3 at posting #190 telah di edit dan ditambah lagi. http://mforum.cari.com.my/forum. ... ;extra=#pid50613442

banyak gak posting yang lepas2 beng dah edit dalam MS word. tapi tak lah update kat sini.

Skang sambil edit sambil sambung lagi next n3. Last edited by kambeng_masam on 1-12-2012 08:45 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2012 01:53 PM | Show all posts
Dah sekarang ni perangai awak suka menengking pulak dah?!Hah Yang Mulia Tengku Harris?” Zulaikha membulatkan matanya.

Harris melarikan pandangannya ke arah lain dan berpura-puratidak mendengar soalan Zulaikha tadi. Giginya digertap kemas. Suasana senyapsebentar.

          “Err…haiIka!”

Amirul melambai-lambaikan tangannya dengan pantas. Zulaikhahanya memandangnya namun tiada sebarang balas daripada gadis itu. Lambaiantangan Amirul semakin perlahan. Dia hanya tersengih-sengih. Namun gadis itu kelihatan langsung tidak mengendahkannya. Sebaliknya Zulaikha merenung tajam kepada Harris.

Harris tersenyum sinis menjeling kepada Amirul seraya berkata, “Dah sekarang ni aku ada pulak admirer baru sampai stalking nunggu kat tangga?”

Zulaikha membulatkan matanya sambil menarik nafas geram.

          “Apa yang awak nak marah sangat sampai kawan baik awak pun awak nak tengking-tengking jugak tu?!” Zulaikha memecahkan suasana yang agak janggal itu.

          “Ehhh..takde..takde Ika! Kitorang bergurau je tadi tu. Kan Harris? Kan?” Amirul meluru turun melepasi Harris dan berdiri di tengah-tengah antara kedua-dua remaja yang sedang bertegang urat itu.

Amirul cuba menyejukkan atmosfera di situ. Dia merasakan kata-kata Zulaikha itu tadi mampu mencabar lahar api kemarahan si Harris untuk terus meledak lantaran Harris itu sememangnya jenis panas baran dan bermulut celupar. Risau juga dia kalau-kalau Harris itu memberi respons untuk memburukkan lagi keadaan dengan kata-kata nistanya.

          “Hmfhh! Awak nak apa cari saya?!” Harris mengawal riak wajahnya dan mencebik ketika bertanya.

Amirul yang terdengar perkataan ‘awak’ dan ‘saya’ dari mulut Harris dan Zulaikha membuat muka keliru dan menggaru-garu kepalanya. Masakan abang dan adik menggunakan kata ganti nama diri yang janggal sebegitu?

          “Ideserved an apology from you!” Zulaikha membalas sambil jari telunjuknya menunjuk ke muka Harris.

          “Hefhh! Okaymaaf diterima.” Dengan yakin Harris menepis jari Zulaikhadan segera dia menuruni anak tangga.

Separuh ternganga mulut Zulaikha mendengarkan itu, dia memproses semula apa yang didengari tadi, adakah dia yang tersalah dengar atau Harris itu cuba bermain-main kata. Atau mungkin juga Harris itu tidak begitu memahami bahasa Inggeris.

          “You! Awak yang patut mintak maaf dengan saya!” tegas Zulaikha sambil melihat Harris menuruni tangga menuju ke arahnya.

Namun Harris yang tidak mengendahkan Zulaikha terus sahaja melangkah turun dan cuba melintasi gadis itu. Dengan reaksi spontan akibat kegeraman yang membara, Zulaikha terus menendang tulang kering di kaki kanan Harris.

          “AAAISHSHHHH!!!” Harris terjerit kesakitan.

Secara refleksi Harris mengangkat kaki kanan dan sambil sedikit terlompat-lompat dia menggosok-gosok di bahagian tulang keringnya itu.

          “ADUUUHHHH!”
Keperitan itu terasa berpanjangan buat Harris. Zulaikha hanya menggertap bibir. Dia sendiri juga tidak menyangka akan
bertindak seganas itu kepada Harris.

Harris segera berdiri dengan wajahnya yang kemerahan menahan pedih di kaki. Diangkat jari telunjuknya kepada Zulaikha.

          “That’s enough!” Harris memberikan amaran.

Merasai dirinya dicabar, Zulaikha sekali lagi menyepak bahagian tulang kering Harris di sebelah kiri kaki pula.

          “OUUUUHHHHHHSSH!!”
Sekali lagi Harris terjengket-jengket menggosok tulang kering nya yang perit disepak Zulaikha.

Sibuk dengan urusan mereka berdua, Harris dan Zulaikha tidakmenyedari beberapa kumpulan pelajar yang berjalan di antara kedua-dua bangunan itu turut sibuk memerhatikan pertelingkahan itu. Sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan yang berada tidak jauh dari situ mula bergossip sesama mereka mengulas apa yang sedang berlaku.

Sementara itu, di bangunan yang bertentangan, Amir berjalan di sepanjang koridor. Dia turut diekori Rina. Amir tidak perasankan hal pertelingkahan antara Zulaikha dan Harris itu sehinggalah Rina mencuit bahunya.

          “Amir! Tuhaa! Budak pompuan tulah tadi!” beritahu Rina dengan menunjukkan jarinya kearah bangunan di mana Harris dan Zulaikha berada.

Amir membeliakkan biji matanya melihat dari jauh akan Harrisyang terjengket-jengket menggosok kakinya di hadapan Zulaikha yang sedang bercekakpinggang. Amir menoleh ke kiri dan ke kanan. Dia memerhatikan beberapa kumpulanpelajar turut sama menyaksikan apa yang berlaku. Faezah yang turut berada dikawasan itu terpinga-pinga melihatkan Zulaikha yang sedang berkonfrontasi dengan Tengku Harris.

          “Waaa…gaduh macam girlfriend-boyfriend tuuuu! Hahahaha!” komen Rina kepada rakan-rakan yang melintasinya.

Amir tidak betah berdiam diri sahaja mendengarkan kata-kata Rina itu. Dia terus meluru ke arah Harris dan Zulaikha meninggalkan Rina yang masih sempat bergossip dengan kawan-kawannya yang lain.

Kembali kepada Harris dan Zulaikha;

          “Say sorry!” Zulaikha masih tegas meminta Harris itu meminta maaf darinya.

          “Stop! Stop!” Harris menudingkan jari telunjuknya kepada kaki kanan Zulaikha yangmenyepaknya tadi.

Bulat mata Harris melihat wajah geram Zulaikha. Takdisangkanya pula gadis itu mampu memberikannya kesakitan yang sebegitu.

          “Say sorrydulu!” Zulaikha masih bertegas dengan kebenarannya.
          “Sorrypebendenya?!” Harris membalas menafikan.
          “Chhkk!”Zulaikha mendengus seraya dia mengangkat kaki hendak menyepak lagi kaki Harris.

Namun dengan tiba-tiba lengan kanan Zulaikha ditarik dari tepi. Sepakannya terbantut. Gadis itu yang sedikit kaget, memandang Amir yangsedang memaut kemas lengan kanannya.

          “Ishh! Lepaslah Amir!” Zulaikha meminta tidak sabar untuk kembali menyepak Harris.

Kembang kempis hidung Amir menahan marahnya. Segera ditarik lengan Zulaikha dan dituntun gadis itu pergi meninggalkan tempat yang mulai menjadi tumpuan ramai itu.

Zulaikha masih cuba melawan pegangan kemas Amir namun sia-sia.

          “Jangan cuba jadi bodoh boleh tak?!” Amir sedikit menengking memarahi Zulaikha.

Zulaikha terdiam. Tidak pernah dia dimarahi Amir sebelum ini. Amir terus menuntun gadis itu sehingga keluar dari pintu pagar sekolah. Harris terpinga-pinga apabila Amir masuk campur urusannya dengan Zulaikha.


Dalam masa yang sama, Faezah yang memerhatikan dari tadiakan drama itu tertanya-tanya sendiri akan gerangan apakah yang berlakusebenarnya di antara rakan baiknya; Zulaikha dan si berlagak; Tengku Harris.Dia menjadi lebih teruja apabila melihat Tengku Amir yang kurang sedikit tahap popularitinyaberbanding Tengku Harris turut masuk campur. Faezah meneka-neka sendiri tanpasebarang klu.
Last edited by kambeng_masam on 5-12-2012 09:23 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2012 02:38 AM | Show all posts
Zulaikha terus diheret dengan kasar oleh Amir sehingga ke sebuah pokok ara berdekatan dengan bucu tembok sekolah dan mereka berhenti disitu.

         “Lepaslah tangan tu!” Zulaikha merengek sambil cuba menarik tangannya.
Amir melepaskan pegangan kemasnya dari lengan Zulaikha. Gadis itu menggosok-gosok lengannya.

          “Tak malu ke buat macam tu depan-depan orang ramai tadi?” Amir mengerutkan keningnya menampakkan lagi riak kemarahan di wajahnya.

Zulaikha hanya diam mengembungkan pipi sambil memuncungkan mulutnya dan memandang ke batu-batuan di pinggir jalan. Dia buat-buat merajuk dengan harapan Amir berhenti memarahinya. Terkejut juga dia tadi dengan tengkingan Amir yang datang secara mendadak. Tidak berani dia memandang wajah Amir yang sedang marah itu.

          “Harris tu yang…”

Belum sempat Zulaikha hendak mengadu,

          “Harris tu tetap Harris! Yang Ika tu nak buat jugak macam perangai dia tu kenapa?!” marah Amir lagi.

Zulaikha hanya menggumam tidak meneruskan niat hendak menjawab akan leteran Amir.

          “Kata rituh nak low profile. Kononnya! Sampai naik bas pun kena naik asing-asing. Punyalah nak jaga identiti tu. Dah skang? Tak malu pulak bergaduh dengan Harris depan orang ramai macam nak kasitau kat semua; ‘Aku ada kena-mengena dengan Yang Mulia Tengku Harris’! “ Amir membuat mimik muka apabila menyebut ayat terakhir itu.

Zulaikha sudah hilang sabarnya dari menahan mulut.

          “Dah kenapanya? Apa yang nak marah orang pulak? Ikut suka orang la nak buat pe pun. Dahlah kena tengking dengan Harris pagi tadi, skang Amir pun nak tambah lagi? Kenapa? Jeles?! Tarik lengan orang depan orang ramai macam nak kasitau kat semua; “Zulaikha duk menumpang rumah aku!” Dengan turut membuat mimik muka, Zulaikha melepaskan apa yang tertahan dalam mulutnya sejak tadi.

          “Heeeeesh…budak degil nih! Dah! Meh balik!” Sambil mula melangkah Amir mengajak. Dia tidak mahu berpanjangan lagi berkelahi mulut di situ.

          “Baliklah sendiri-sendiri.” Zulaikha mengomel bengang tidak berganjak dari situ serta memalingkan mukanya dari Amir.

Amir menggeleng-gelengkan kepalanya cuba bersabar dengan kerenah Zulaikha. Lalu dia menyambung langkah menuju ke stesen bas meninggalkan gadis itu. Zulaikha mengerlingkan hujung matanya memastikan Amir sudah melangkah pergi. Selang beberapa minit kemudian barulah Zulaikha turut menapakmenuju ke stesen bas yang sama. Watie sudah lama menunggunya di sana.

Rina yang dari tadi secara sembunyi-sembunyi mengekori Zulaikha dan Amir kini masih menyembunyikan diri di tepi tembok sekolah berdekatan dengan pokok ara di mana Amir dan Zulaikha berbalah tadi. Tindak tanduk Amir yang mencurigakan tatkala mereka melihat Harris bergaduh dengan Zulaikha tadi telah membuakkan perasaan ingin tahunya. Dari awal lagi dia memasang telinga. Dan kini dia sudah mendapat tahu suatu perkara yang baru.

Rina mengintai-ngintai dan melihat Zulaikha yang baru beredar dari situ. Dia mencongak-congak sesuatu sedang memproses maklumat terbaru di dalam kepalanya. Dia melirikkan pandangan tajamnya ke arah belakang Zulaikha dan tersenyum dengan penuh makna.

^^^^^^^^^^^^^

Last edited by kambeng_masam on 5-12-2012 09:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 03:40 PM | Show all posts
Hukaloh Ika... Ganeh mu nih...

Next Beng....

P/s: Salam takziah untuk sahabat Beng yang baru kehilangan isteri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 07:27 AM | Show all posts
Ketika Zulaikha sampai di stesen bas, Watie yang semenjak tadi menunggu terus melambai-lambaikan tangan memanggilnya. Belum sempat Zulaikha hendak duduk Watie dengan tidak sabar berbicara.

          “Awak pergi mana tadi Ika? Puas saya tunggu!” Watie tidak memberikan peluang Zulaikha menjawab sebaliknya dia berkata lagi,

          “Ehh..awak nak tau tak… Tadi Edika Yusof tu tunggu bas kat sini jugaklah! Tadi dia lalu kat sini sorang-sorang. Pelik jugak apsal lak dia tunggu bas kat sini? Kenapa tak tunggu bas kat sekolah dia je? Kan selalunya bas akan lalu kat depan sekolah dia?” Watie menggulingkan bola matanya ke atas dan menggigit jari sedang meneka-neka.

          “Err? Siapa?! Edika Yusof mana pulak?” jujur Zulaikha tidak memahami apa yang disampaikan oleh Watie yang kelihatan beria-ia tadi.

          “Chhkk!” Watie mendecit sambil menepuk peha Zulaikha dan hujung matanya menjeling tajam kepada gadis naïf itu.

          “Abang hensem yang kasi awak kain buat kesat darah tadi tulahhhhhh!” Watie mendengus.

          “Ohhh…” Zulaikha terhangguk-hangguk mengingati semula kejadian pagi tadi.

          “OH! OH! Saya lupa la nak pulangkan balik kain dia tadi!!!”, Zulaikha tercengang-cengang apabila teringatkan tentang kain itu.

Cepat-cepat dia membuka poket sisi beg sandangnya dan membelek-belek. Dikeluarkannya sehelai kain bandana dari dalam poket itu. Terdapat sedikit kesan darah di beberapa bahagian kain tersebut. Zulaikha terus bangkit berdiri memerhatikan sekeliling stesen bas. Dia cuba mencari kelibat remaja lelaki tinggi lampai yang digelar ‘Edika Yusoff’ oleh Watie dan Faezah itu. Namun agak sukar baginya untuk berbuat demikian dengan pandangan mata yang terhad lantaran tempat itu kini agak sibuk dengan pelajar-pelajar sekolah lain yang juga baru pulang dari sekolah-sekolah berdekatan.

          “Jap eh Watie!” Zulaikha memberikan isyarat kepada Watie untuk tunggu disitu menjaga beg-beg mereka.

Zulaikha memanjangkan leher sambil matanya liar tercari-cariakan tuan punya bandana tersebut. Dengan tangannya menggenggam kain yangtercemar dengan kesan darah itu, dia berjalan mundar-mandir ke sekelilingstesen bas meninggalkan Watie. Matanya memerhatikan satu persatu remaja-remajalelaki yang memakai uniform sekolah namun tetap tidak ketemu. Tanpa disedarinyayang dia sebenarnya baru sahaja melintasi sisi “Edika Yusoff” yang ketika itu hanyamemakai sut sukan yang lengkap. Kerana itulah dia tidak perasankan lelaki itu.“Edika Yusof” ketika itu sedang rancak berborak dengan seorang pelajarperempuan. Namun dalam kerancakan berborak dia terperasankan kelibat seoranggadis berkulit putih melepak berambut panjang melepasi bahu diikat tocangmelepasinya sebentar tadi. Yang membuatkan “Edika Yusoff” menjenguk semulaadalah kerana terlihatkan kain bandana miliknya berada di tangan gadis yangmundar-mandir tadi itulah. Jikalau tidak kerana itu sekalipun matanya tetapakan secara automatik tergerak untuk melihat gadis menarik tersebut.

Sebuah bas mulai tiba untuk memasuki ruang terminal yangdisediakan bagi mengambil para penumpang. Hampir kesemuanya adalahpelajar-pelajar sekolah. Berpusu-pusu mereka berasak menuju ke arah birai terminalbas itu walaupun bas itu baru sahaja memasuki ruangnya dan belum pun berhentibergerak. Tiada sesiapa pun yang membuat usaha untuk beratur dengan tertib.
Pada waktu yang sama, Zulaikha sedang berjalan betul-betuldi birai terminal tersebut. Bas bergerak menghampiri ruangan itu. Para pelajaryang masing-masing berebut hendak menaiki dahulu bas demi mendapatkan tempatduduk yang terhad, kelihatan sudah tidak memperdulikan lagi perkara lain.

Akibat diasak, Zulaikha yang berjalan di birai ruangmenunggu itu mulai hilang keseimbangan badannya. Dirinya mulai tergelincir keluar dari birai terminal yang tidak dilengkapi penghadang keselamatan. Kepalabas semakin bergerak hampir dengannya. Pemandu bas ketika itu langsung tidakmenyedari akan potensi bahaya di hadapan haluannya kerana sibuk melihat ke sisikanan bas melalui cermin sisi untuk memerhatikan takut-takut bas itu bergesel puladengan binaan terminal tersebut. Tatkala itu, tubuh Zulaikha mulai hendak jatuhbetul-betul di hadapan haluan bas yang semakin menghampiri. Untuk mengelakkandirinya dari terjatuh dan dilanggar bas, Zulaikha dengan cemas menggapai-gapaikantangannya cuba berpaut kepada sesuatu atau sesiapa. Namun kegilaan para pelajaryang langsung tidak menyedari akan situasi hidup dan mati Zulaikha ketika itutidak membantu. Zulaikha terjerit dan memejamkan matanya rapat-rapat menantisaat-saat tubuhnya dilanggar bas.

Di saat Zulaikha sudah menyerahkan dirinya kepada takdir, tiba-tibaentah dari mana muncul sepasang tangan yang tegap menangkap pergelangan tangannyayang masih terkapai-kapai dan menarik pantas gadis itu kembali ke atas biraiterminal. Kelopak mata Zulaikha masih terpejam rapat ketika merasakan dirinyaseakan sedang dipeluk dengan kemas. Mukanya terasa melekap di dada seseorang.Bau pewangi kolon memasuki ruangan nafasnya. Berbau maskulin. Tentu ianyalelaki.
Walaupun terkepung dek suasana yang hingar-bingar sebegitu,segala tumpuan telinganya hanya mendengar bunyi degupan jantung yang gagah didalam dada lelaki tersebut. Merasakan dirinya sudah selamat, Zulaikha dengan perlahanmembukakan mata sambil menjarakkan mukanya ke belakang. Dia terpinga-pinga. Perkarapertama yang dilihat oleh anak matanya ialah sulaman corak jenama sukan di bahagiandada baju lelaki itu. Jelas, tubuh lelaki itu agak tinggi. Pandangan matanyakini memanjat ke atas mencari wajah hero tersebut.

          “EdikaYusoff!” mulut Zulaikha sedikit ternganga mengeluarkan suara perlahan.Matanya membulat tercengang tidah berkerdip.

Ini adalah kali kedua di dalam satu hari Zulaikhabertentangan mata dengan lelaki itu.

          “Haa?Edika?!” lelaki itu bertanya kembali tidak memahami.

Menyedari keadaan mereka itu agak janggal, lelaki itu mulaimelepaskan pelukan kemasnya tadi. Zulaikha yang masih berdiri kaku itu tidak segera menjawablantaran masih tergamam dan trauma dengan peristiwa cemas yang boleh mengancamnyawanya tadi. Pasangan anak matanya tidak berganjak dari merenung mata remajakacak itu. Beberapa pelajar yang kebetulan melihat kejadian tadi itu juga kiniturut memerhatikan mereka berdua. Mereka hanya bercakap-cakap sesama mereka.

          “Errr….awakokay? Awak yang berdarah hidung kat padang tadi kan?” lelaki itu bertanyasambil melihat bandana miliknya yang masih berada didalam genggaman tanganZulaikha.

Zulaikha hanya mengangguk perlahan. Diangkat bandanatersebut dan dihulurkan kepada lelaki itu. Kain itu diambil dari tanganZulaikha.

          “Terimakasih.” Ujar Zulaikha seraya cuba melangkah perlahan hendak meninggalkantempat itu.

Dengan tiba-tiba Zulaikha hampir rebah namun ‘Edika Yusoff’dengan segera memaut kedua-dua bahunya untuk menahan dari jatuh terduduk.Lelaki itu memapah Zulaikha ke tempat duduk yang berdekatan dan memintanyaduduk disitu. Lutut Zulaikha masih menggeletar akibat trauma dan itu membataskansedikit pergerakannya.

Lelaki itu dudukbertinggung di hadapan Zulaikha. Melihatkan Zulaikha masih tergamam dia leka memerhatikanrambut gadis itu yang jatuh ke dahi dan beralun-alun ditiup lembut dek anginyang sepoi-sepoi bahasa. Wajah comel persis gadis cina itu tidak menunjukkansebarang reaksi. Tidak menunggu dengan lebih lama, lelaki itu bersuara.

          “Nama sayaZaini. Bukan Edika. Panggil saya Zack.” Zack tersenyum menampakkan barisangiginya.

          “Ika.”Pendek sahaja balas Zulaikha.

          “ZulaikhaAbdullah?” Tanya Zack sambil memerhatikan tag nama Zulaikha di baju uniformnya.

          “Eh? Manatau?!” Bulat mata Zulaikha kehairanan bagaikan melihat aksi ahli silap matayang menakjubkan.

Zack hanya tersengih dengan kenaifan Zulaikha dan memandangke dada gadis itu yang terletak dengan jelas tag nama “ZULAIKHA ABDULLAH”. Zulaikha turut memeriksa tag nama di dadanya dan dia sedikit tersenyum malu kerana perkara semudah itu pun baginya menjadi terlalu hairan.

          “Bilamasuk Islam?” Zack tersengih-sengih.

Zulaikha memandang Zack dengan muka yang pelik mendengarkansoalan itu.

          “Sorry…gurauje.” Zack menyedari jenakanya tadi tidak mendapat sebarang respon. Mungkinkerana tidak sesuai. Dia hanya berniat cuba menenangkan Zulaikha yang kelihatanmasih dalam keadaan terkejut.

Masih tersenyum, Zack bangkit berdiri sambil memerhatikanwajah Zulaikha. Zulaikha turut mengangkat wajahnya namun hanya membiarkandirinya dipandang.

          “Nampaknyahari ni memang nasib malang awak kan, Ika?” Zack cuba memecah tembok halimunandi hadapan mereka untuk memulakan perbualan. Senyumannya masih terukir dibibir.

          “Sorry,kain tu kotor kena darah saya.” Lain yang ditanya lain pula jawapan balasdari Zulaikha. Wajahnya memberikan ekspresi kesal.

          “Hmm…apakata..awakbawak balik dulu kain ni…basuh wangi-wangi..then hari lain kita jumpa kat siniawak pulangkan balik kat saya. Hmm? Nah.” Zack menghulurkan semulabandana itu.

Belum sempat Zulaikha menyambutnya, tiba-tiba seorangpelajar perempuan tergesa-gesa datang menghampiri.

          “Zack?Yang tadi tiba-tiba je berlari laju ke sini tu apesal?” gadis itu bertanyasambil memerhatikan tangan kanan Zack sedang menghulurkan bandana kepadaZulaikha.

Zack hanya memandang kepada gadis itu sambil sedikit ketawa.

          “Hari niZack jadi Superman! Saving the day!” kata Zack sambil mengalihkanpandangannya kepada Zulaikha tanpa menghentikan tawanya.

Dengan cepat-cepat Zulaikha mengambil kain bandana itusetelah menyedari, memang benarlah dia seharusnya memulangkan barangan orangitu dalam keadaan bersih sepertimana keadaan asalnya.

Gadis yang baru tiba itu melihat kepada Zulaikha yang jugaturut memandangnya. Dia melemparkan senyuman kepada Zulaikha yang tidakmemberikan sebarang reaksi. Namun di sudut fikiran Zulaikha gadis itu memangcantik. Penampilannya yang berambut berwarna sedikit perang agak gah dengan jamtangan dan beg sandang berjenama. Kelihatannya seperti anak orang kaya.Zulaikha tidak mengenali gadis cantik itu namun diperhatikan lencana di uniformsekolah gadis itu serupa dengan yang dipakainya. Tag namanya tertulis “Suria Ahmad”. Ya, teknik ajaib untuk mengetahui nama orang yang baru dikenali itudipelajarinya dari Zack tadi.

          “Okaylah!Take care lah ya? Hari ni Ika balik and duduk je kat umah diam-diam. Jangankeluar…karang nasib malang apa lagi datang kat awak. Bye!” habis berpesanseraya dengan itu juga tangan Zack yang berwajah ceria itu ditarik oleh gadis bernamaSuria tadi meninggalkan Zulaikha.

Mereka berselisih pula dengan Watie yang berjalanmenghampiri Zulaikha. Watie berkali-kali berpaling semula ke belakang melihatkembali akan pasangan remaja yang ibarat sama cantik sama padan itu. Watie kiniberdiri di sebelah Zulaikha yang masih duduk. Gadis itu langsung  tidak tahu akan hal Zulaikha yangnyaris-nyaris dilanggar bas tadi.
Sambil masih memerhatikan Zack dan pelajar perempuantersebut Watie memuncungkan mulutnya.

          “Ohhhhh….rupa-rupanya dengan akak tu lah abang Edika tu ber-couple yerrrr.” Watie telah melengkapkanlagi pengetahuan amnya.

“Zack...”bernada perlahan Zulaikha menyebut nama itu.
          “Apadia?”Watie menyambung lagi, “Nama ‘Edika’ tu… Zack?
Zulaikha hanya mengangguk perlahan sambil melihat bandana milik lelaki itu di tangannya.

Last edited by kambeng_masam on 5-1-2013 02:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ana xde idea nk komen cuma hrp beng dpt hupdate selalu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2013 01:07 AM | Show all posts
fatehana posted on 5-1-2013 01:13 PM
Ana xde idea nk komen cuma hrp beng dpt hupdate selalu

Ana takde idea nak komen...beng takde idea nak hapdet!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kambeng_masam posted on 6-1-2013 01:07 AM
Ana takde idea nak komen...beng takde idea nak hapdet!!!!

Alah beng nie ~~~~~~ nanges ana jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 06:49 PM | Show all posts
perghhhh beng... pueh ati dapat baca sambungan..
tp masih tak puas ati, sbb tak cukupp...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2013 04:12 AM | Show all posts
“Assalamualaikum!”
Sebaik sahaja Zulaikha melangkah masuk ke ruang tamu rumahsekembalinya dari sekolah, Amir yang sedari tadi berbaring di sofa ruang tamuterus sahaja bangkit duduk memerhatikan dirinya membuatkan gadis itu terhentiseketika. Nenek mereka; Tengku Aisyah duduk berdekatan dengan Amir sedang leka menyulam;terperanjat dengan kelakuan Amir yang secara tiba-tiba bangkit itu.

“Hish! Budak bertuah ni buat aku terperanjat je!” getusTengku Aisyah. Wanita berumur separuh abad itu menepuk belakang bahu Amirkerana membuatkan dirinya terperanjat.

“Sorry wan..” Amirtersengih-sengih meminta maaf namun matanya tidak lepas memandang Zulaikha.

“Waalaikumussalam Ika. Buat apa tercegat lagi dekat pintutu? Masuk dalam salin baju lepas tu makan nasi. Balik lewat pulak awak hari ni?”Tegur Tengku Aisyah kepada cucu perempuannya.

“Tertinggal bas tadi wan.” Jawab Zulaikha acuh tak acuhsahaja sambil meneruskan langkahnya menuju ke bilik tanpa menunggu soal balasdari neneknya—juga tidak memberi perhatian kepada Amir. Remaja lelaki itu bingkas berdiri dan terusmengekorinya dari belakang, naik ke tingkat atas sehingga ke pintu bilik. MenyedariAmir membontotinya, Zulaikha tiba-tiba berhenti melangkah dan terus berpalingke belakang membuatkan Amir turut tersentak.

          “Stop! PleaseAmir, Ika tak nak cakap apa-apa lagi dah pasal tadi, boleh tak?” gesaZulaikha menunjukkan tapak tangan kanannya tanda berhenti kepada Amir.

Mulut Amir terus diam terkunci tidak sempat berkata apa-apa.Zulaikha terus membuka pintu biliknya dan masuk ke dalam. Pintu ditutup rapatkembali dan dikunci. Dia melangkah terus menuju ke meja tulis yang diletakkanbetul-betul di hadapan jendela bilik. Sambil menarik kerusi dia meletakkan beg keatas meja dan terus melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.  Suasana di dalam bilik berdinding merah jambucerah itu kelihatan lebih menyerlah disinari pancaran matahari dari luar. Menyedaridia lewat sampai ke rumah hari itu dilihatnya jam di meja tulis yang menunjukkansudah pukul dua setengah petang. Sedikit lewat hari ini dia sampai ke rumahlantaran ingin mengelak dari menaiki bas yang sama dengan Amir. Malah insidendi stesen bas tadi juga menjadi penyebab utama. Sehingga sekarang Zulaikhamasih cuba mengimbas kembali bagaimana kepantasan  “Edika Yusof” yang muncul entah dari manatiba-tiba menyelamatkan dirinya dari dilanggar bas. Dia tersenyum sendirianapabila mengingati dirinya dipeluk kemas oleh remaja lelaki bernama Zack tadi.

Zulaikha dengan segera mengeluarkan semula kain bandanamilik heronya. Kalau tidak kerana berasa geli dengan kesan darah yang  tercemar di kain itu mahu sahaja dia menciumkain itu tanda terima kasih kepada pemiliknya. Dibelek-belek kain itu yangbercorak kumpulan rock Metallica. Sekurang-kurangnya perasaan marah dan tidaktenteram terhadap Harris sepanjang hari kini sedikit terubat dengan kehadiran Zack;bukan sekali, malah dua kali berturut pada hari yang sama. Memikirkan hal itudia teringatkan pula hal Harris menjerkahnya di padang pagi tadi. Perasaanmarah dan geramnya terhadap Harris meluap-luap sepanjang waktu persekolahantadi. Sudahlah saudara angkatnya itu langsung buat-buat tidak kenal semenjakdia berpindah rumah, malah boleh pula memalukannya di hadapan orang ramai disaat dia memerlukan bantuan. Bahagian mana yang tidak kena dengan si Harrisitu, fikirnya. Kalau sebelum ini bukan main lagi Harris yang bersikap periang teramatitu selalu mengusiknya; maklumlah budak nakal yang ‘hyperactive’. Namun sekarangsemenjak beberapa bulan ini agak pelik pula apabila memikirkan sikap Harristerhadapnya yang jauh berubah menjadi dingin sekarang. Pada mulanya semenjakdia berpindah meninggalkan rumah Tengku Sulaiman, dia berasa selesa dengan suasanatenang tanpa diganggu Harris baik di rumah mahupun di sekolah, namunlama-kelamaan keadaan itu mengundang perasaan yang tidak senang pula baginyakerana kerap membuatkan dia tertanya-tanya; gerangan apakah yang mengubah terussikap Harris terhadapnya. Walaupun begitu, tidaklah dia mengharapkan Harrisberperangai kembali seperti monyet yang suka menyakatnya dengan pelbagaiperkara bodoh seperti dahulu. Zulaikha mengeluh, malas mahu berfikir lagi hanyauntuk membuatkan otaknya mejadi serabut.

Pasangan anak matanya dilontarkan ke luar jendela memerhatikansebuah sarang burung tempua bergayutan di celah ranting dan dedaunan pokok.Sarang itu bergoyang ke kiri dan kanan mengikuti haluan angin yang lembut. Sepemerhatiannya,sudah hampir tiga minggu sarang itu siap dibina. Mungkinkah ada telur burungyang baru menetas sepanjang tempoh itu, benaknya tertanya sendirian. Mahusahaja dia memanjat pokok yang sama tinggi dengan rumah dua tingkat itu demimendapatkan jawapan.

Dia bangkit berdiri lalu menjengahkan muka ke cermin jendelacuba mengagak ketinggian pokok itu sambil matanya mencari-cari jika ada dahanpokok yang mudah untuk dipanjat. Setelah diteliti, agak mustahil baginyajikalau cuba untuk memanjat dari bawah pokok kerana tiada dahan yang rendahuntuk berpijak. Bukan itu sahaja malah batang pokok itu membesar secara menegakbetul-betul bertentangan dengan rumah dan berjarak lima meter. Untuk memanjatdari bawah tanpa tangga adalah agak mustahil bagi sesiapapun melainkan jikadirinya adalah seekor monyet. Zulaikha tersenyum sendirian memikirkanperbandingan itu kerana mungkin hanya Harris sahaja yang mampu memanjat pokokitu seperti monyet. Fikir Zulaikha, ironinya ialah Harris itu manusia yangberperangai seperti monyet; perangai yang tidak boleh dijangka orang. Berbezadengan Amir yang fikirannya mudah dibaca malah bersikap tenang. Tidaklah pulabermaksud dia suka menilik perangai orang, tetapi memang benar sikap danperangai Harris amat sukar difahaminya walaupun mereka membesar bersama; secarateknikalnya. Zulaikha mengeleng-gelengkan kepalanya cuba untuk tidak berfikirlagi akan hal Harris. Makin difikir makin menyampah dan geram terhadap saudaraangkatnya itu. Abang angkat yang tak boleh diharap.

Dalam pada itu, matanya tertumpu kepada sebatang dahan yangmenganjur betul-betul menghadap ke jendela biliknya itu. Dia berfikir mungkinitu satu-satunya jalan yang termudah; hanya buka daun jendela, dan melangkahkeluar memijak dahan tersebut lalu meniti sampai ke batang pokok dan jenguk apayang ada di dalam sarang burung tersebut. Baru hendak menolak daun jendelatersebut dia teringat pula akan pesanan neneknya kepada Amir menyuruhnya memotongdahan yang sudah agak tua dan rapuh itu sejak beberapa bulan sudah. Kataneneknya, kalau dibiarkan sahaja dahan itu lama-kelamaan akan menimpa kepalasesiapa yang lalu-lalang di bawah pula jika tiba musim tengkujuh dan angin kuat,maka lebih baik jika dipotong segera. Namun Amir yang selalunya rajin melayankehendak neneknya itu hanya bersikap acuh tak acuh sahaja dengan arahantersebut. Bila diingatkan oleh nenek mereka, Amir sengaja melengah-lengahkandan mencari alasan. Manakan tidak, mahu dipanjat adalah mustahil, inikan pulamahu dikerat dahan yang tinggi sebegitu.

Zulaikha memerhatikan dahan yang besar itu dengan teliti.Fikirnya mustahil pula dahan sebesar itu boleh mereput sedangkan pokok itu jugamasih hidup segar bugar sahaja. Cuma kelihatan ada lumut yang tumbuh menghijaudi sekeliling dahan namun tiada pula tanda-tanda ianya sudah reput. Diaberanggapan neneknya kadang-kadang memang tidak boleh tengok orang duduk goyangkaki, ada sahaja perkara yang mahu suruh dibuatnya. ‘Dahan reput’ itu mungkinhanya dijadikan sebab oleh neneknya untuk menyuruh Amir membuat kerja-kerjarumah.

Dia terus menyelak jendela luas-luas kemudian terus naik keatas meja dan duduk bertinggung. Dengan masih ebrbaju kurung sekolah, kaki kanannya dihulurkan ke luar jendela menampakkan betisnya yang putih melepak. Tapak kakinya menjamah permukaan dahan itu. Dia perlahan-lahan keluar dari tingkap biliknya. Ini bukanlah sesuatu yang  baru atau sukar bagi Zulaikha; memanjat dan meniti di atas dahan pokok, namun keluar dari tingkap dan meniti dahan pokok adalah perkara yang dirasakan hebat dan tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Kini kedua-dua kakinya berada di atas dahan dan dia sudah sepenuhnyakeluar dari tingkap bilinya. Dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasamembuatkan dirinya cukup berasa selesa berada di luar sebegitu. Dahan pokok itu sedikit bergoyang akibat ditiup angin. Zulaikha memberanikan dirinya mulai melangkah setapak ke hadapan memijak ke atas dahan yang berlumut namuntiba-tiba kakinya tergelincir sedikit. Cepat-cepat tangan Zulaikha berpautkepada tulang tingkap. Matanya membulat akibat kejutan itu. Sekarang baru diaterfikir dahan itu menjadi licin akibat lumut tebal yang menghijau. Cukuplah satu insiden dalam satu hari; dengan perasaan berdebar Zulaikha kembali masuk ke dalam biliknya.

             ^^^^^^^^^^^^^^
Last edited by kambeng_masam on 17-6-2013 09:03 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2013 10:55 PM | Show all posts
Next!

Update byk2...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2013 09:13 PM | Show all posts
Haahaa..baru khatam 2 hari bace...beng.. cpt2 skit sambung yer...laju2 taip..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 09:35 AM | Show all posts
best... sambung2........
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 12:18 PM | Show all posts
bekk..bek... bekk.. biler nak sambung nie.. dah berabad dah nie..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.083377 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list