Post Last Edit by shana85 at 22-4-2011 16:18
“Encik, saya pun tak nak kahwin dengan Encik Aizad,
Lagipun Encik Aizad kan dah ada pilihan sendiri,” Hanim bersuaraakhirnya. Semua yang berada di situ memandang hanim. Tak mahu kahwin. Berkerutdahi Aizad dan Tuan Farok. Puan Nora dan opah tersenyum.
“Tak boleh Hanim. Apapun terjadi kamu berdua kena kahwin.Majlis tu dua minggu lagi. Kamu tak perlu risau. Papa akan uruskan segalanya.Hanim dah ada sijil kursus kahwin? Kalau tak ada hujung minggu ni pergi denganAizad,” Tuan Farok bersuara tegas. Baginya Hanim wanita yang baik. Dia senangdengan pekerjanya itu. Yakin, suatu masa nanti opah dan Nora isterinya dapatmenerima Hanim.
“Tapi…” Hanim tak jadi meneruskan kata bila melihatjelingan tajam Aizad. Emak sekadar mengangguk. Bersetuju. Lagipun demi masadepan Hanim juga. Bimbang hatinya jika kisah ini tersebar. Biarpun hanim takbersalah, namun pada pandangan masyarakat anaknya tetap bersalah.
Setelah kata sepakat diambil, Hanim akur juga. Aizadhanya tersenyum. Senyuman yang penuh misteri. Entah apa yang lelaki itufikirkan. Bagai ada rahsia yang tersembunyi. Lelaki itu juga menerima segalanyatampa bantahan.Hairan hanim. Sedangkan dia tahu taste lelaki itu selama ini. Perempuansepertinya langsung tiada dalam senarai.
Senarai kekasih Aizad semuanya seksi, bergaya, jelita,sosfikated dan terdiri dari kalangan keluarga berada. Setaraf dengan kedudukankeluarga lelaki itu sendiri. Entah mengapa kini dia yang dipilih. Pening.Berharap benar Hanim, Aizad akan membantah. Hampa bila lelaki itu akur sahaja. Hendakatau tidak, dua minggu lagi dia akan bergelar isteri kepada lelaki itu. Mimpingerinya telah bermula. Doanya agar ada sinar dalam perkahwinannya nanti.
…………………………………………………………………………………………
Masa semakin menganjak. Hari yang dia takuti juga semakinhampir. Tiada sesiapa yang tahu. Sengaja Hanim minta perkara ini dirahsiakandahulu. Malas hendak melayan pertanyaan yang akan muncul nanti. Bukan Aizadyang akan diasak dengan beribu pertanyaan yang merimaskan. Tapi dia yang kenahadapinya. Hanya Salbiah yang tahu. Pada Salbiah dia meluahkan kegusaranhatinya. Sedar keluarga Aizad tidak menyenanginya. Hanya Tuan Farok sahaja yangberlembut.
Aizad? Memikirkan lelaki itu Hanim pening. Sikapnya sering berubah-ubah. Adakalanya lelaki itu amat mesra sekali sehingga diatergoda. Tetapi ada ketikanya lelaki itu lebih dingin dari kutub utara. Seringbuat Hanim serba salah. Sering buat dia terfikir apa yang ada di fikiran lelakiitu. Dimana letaknya kedudukannya di hati lelaki itu.
…………………………………………………………………………………………..
Zahir menghampiri Hanim. Wajahnya muram. Berita yangdidengarinya amat melukakan hati. Wajah hanim yang redup itu dipandang. Tiadalagi sinar pada mata Hanim. Sinar yang memukaunya selama ini. Yang ada hanyakekeliruan. Ketidakpastian.
Mengapalah ada sahaja musibah yang menghalang cintanya.Dia tiada pilihan. Terpaksalah dia melepaskan Hanim. Akhirnya Hanim akan jadimilik sahabat baiknya. Sedih, pedih hatinya biarlah dia tanggung. Doanya agarHanim bahagia. Itu sudah memadai baginya.
“Tahniah,” Ucap Zahir. Kotak yang berbalut cantikdiserahkan pada Hanim. Wajah Hanim kelihatan terpinga-pinga melihat Zahir.Sudah agak lama Zahir tidak muncul dihadapannya.
“Untuk apa?” Tanya Hanim kembali. Wajah Zahir yang sedihitu dipandang. Mata lelaki itu sayu merenungnya.
“Abang doakan awak bahagia… abang balik dulu. Kalau Hanimada masalah atau apa sahaja, hubungi abang. Abang akan tetap sokong Hanim,”ucap Zahir sebelum berlalu. Hatinya tidak kuat untuk terus berhadapan denganHanim. Ini akhirnya kisah cinta dia… |