CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kejariah

ROSES VII

   Close [Copy link]
Post time 21-2-2011 03:13 PM | Show all posts
Reply  spiderlily


    tq.. ...a'ah lily, saya guna racun lot 57 tu..lily punya pun ap ...
cikmaa Post at 21-2-2011 13:50



    wah.. kak.. lawo2 n sihat2 rose2 akak... tahniah..

bila ler rose sy nk sihat semula... ingat nanti ujung minggu ni nk cari kat kg racun trithane yg sifu cadang tu... harap2 jumpa ler..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2011 03:13 PM | Show all posts
berbunga lagi..yg ni tak tau nama ape.. sifu, mana sifu ni..tlg saya sifu..apa nama yg ni ye?


...
cikmaa Post at 21-2-2011 13:52



    yg ni memang lawo... {:2_76:}
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 03:14 PM | Show all posts
ros merah dh mula berkembangan.. kali ni x kembang serentak...


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 03:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 03:27 PM | Show all posts
Reply 220# spiderlily


    yg ni jenis lain dari merah yg kat atas tu..pkk kecik lagi..baru beli..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 03:30 PM | Show all posts
Reply 225# cikmaa


    ooo... lain.. dua2 pon cantik.. suka sesangat... nasib baik sy dh xde ruang nk taruk ros.. kalo idak ada jugak sy gi mencari yg cam ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2011 03:32 PM | Show all posts
Reply 221# spiderlily


    tq tq tq lily...hehe... racun trithane tu utk ape lak? bnyk sgt racun utk mencantikkan ros ni kan.. skrg saya guna satu racun je..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 03:34 PM | Show all posts
Reply 222# spiderlily


    hehe.. ..yg ni bln 6 ni cukup setahun usia dia... ..skrg dah makin sihat dan tak putus berbunga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2011 03:36 PM | Show all posts
Reply 226# spiderlily


    cari jgn tak cari... ..saya beli tu rm6 je..kuat tul tabur racun..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 03:38 PM | Show all posts
baca x sisipan akbar berita minggu semalam??? ada tips2 penanaman rose..

Ros Ratu Bunga

2011/02/20




BUNGA ini begitu popular sekali kerana sering digunakan bagi menyerikan lagi pelbagai majlis seperti perkahwinan, hari jadi dan keraian lain. Malah pokok yang mana bunganya simbolik kasih sayang kepada insan tersayang ini juga popular sebagai pokok sempadan, pagaran dan turut dilatih pemanjat pergola dan tembok sebagai penyeri laman. Ikuti paparan menarik mengenainya...

Petua biak mawar

Apa saja gelarannya - ros, mawar dan rosa adalah merujuk kepada sejenis bunga yang sangat popular, cantik dan menarik. Ia terkenal sebagai bunga lambang (simbolik) cinta, kasih dan sayang. Orang Inggeris mengenalinya sebagai rose manakala masyarakat Melayu pula memanggilnya sebagai bunga mawar atau ros. Namun nama saintifiknya ialah Rosa dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Rosaceae.

Pokok berbunga cantik dan menarik ini sudah lama popular dan ditanam sejak beratus-ratus tahun dulu lagi. Ada pelbagai bentuk dan warna bunga ros seperti putih, merah terang, merah tua, merah muda, oren serta pelbagai warna baru dan unik hasil kacukan.

Hasil kacukan atau hibrid ini juga menghasilkan banyak pokok renek yang senang dijaga untuk dijadikan pokok spesimen sebagai tanaman dalam pasu, pokok sempadan, pokok pagaran dan pemanjat untuk dilatih memanjat dinding, tembok, pergola, para-para (trellis) dan sebagainya. Pokok Ros senang ditanam dan dijaga serta tidak cerewet dari segi penjagaannya.

Penanaman:
Ros senang ditanam menggunakan keratan batang atau rantingnya yang matang. Ikuti langkah menyemai dan menanamnya seperti berikut:
  • 1) Potong batang atau ranting matang secara menyerong kira kira 4 inci panjang (foto 1).
  • 2) Celupkan bahagian bawah keratan tadi dalam hormon penggalak akar untuk mempercepatkan pertumbuhan akarnya (foto 2).
  • 3) Semai keratan tadi dalam medium pasir sungai atau campuran tanah untuk pokok berpasu dan jangan lupa untuk menyiramnya. (foto 3).
  • 4) Letakkan bekas semaian tadi dalam beg plastik bagi mengekalkan kelembapan medium semaian, juga bagi mempercepatkan pertumbuhan akarnya (foto 4).
  • 5) Selepas tunas dan akarnya tumbuh tanggalkan beg plastik (foto 5).



Siram anak pokok dan jangan biarkan medium semaiannya kering. Apabila tunasnya sudah tumbuh kira kira tiga inci, pindah dan tanam dalam medium tanaman kekalnya seperti di bawah. Ia juga boleh dibiakkan menggunakan biji benih yang diimport dan boleh dibeli dari pusat tanaman dan sebagainya. Namun begitu untuk mendapatkan pokok yang cantik dan segera, beli saja dari pusat tanaman yang banyak menjualnya.

Medium tanaman : Pokok ros memerlukan medium tanaman berasaskan tanah yang subur, lembap tetapi mempunyai saliran yang baik supaya air siraman senang mengalir keluar. Campuran tanah untuk pokok berpasu iaitu dalam nisbah 3:2:1 (tanah peroi: baja kandang: pasir sungai) adalah sesuai untuk penanaman.

Air : Siram dua kali sehari pada hari panas iaitu pada waktu pagi dan petang. Siram bila perlu pada hari hujan dan elakkan air bertakung di dalam medium tanamannya.

Cahaya: Pokok Bunga Ros suka kepada banyak cahaya matahari bagi pengeluaran bunga yang banyak dan cantik warnanya.

Pembajaan : Sebaiknya gunakan baja yang dikhususkan untuk pokok Ros. Namun baja organik seperti najis ayam atau kelawar dan baja kimia adalah juga sesuai untuknya. Gunakan baja kimia berwarna hijau untuk daun dan pertumbuhan pokok yang subur manakala baja berwarna merah adalah untuk pengeluaran bunganya. Gunakan baja seperti arahan yang tertera pada pek baja yang digunakan bagi mendapatkan pertumbuhan bunga yang cantik.


tengok gambonya.. dia balutkan keseluruhan cutting tu dgn plastik... kiranya kena tebuk lubang ke kat plastik tu??? xde pulak dijelaskan kat situ.. mushykil....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 03:39 PM | Show all posts

sofiera Post at 19-2-2011 02:44


cantik2.... !! ni saya panggil medina...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 03:41 PM | Show all posts
Reply  spiderlily


    tq tq tq lily...hehe... racun trithane tu utk ape lak? bnyk sgt rac ...
cikmaa Post at 21-2-2011 15:32



    sifu raf kata elok utk spidermite... rose2 sy semuanya kena serangan spidermite... nyampah tol...

tp ingat nk beli gak racun kat lot 57 tu.. coz rasanya racun lot 57 dia campur pelbagai jenis racun utk pelbagai jenis penyakit kan?? kalo thrithane tu rasanya utk spidermite je...

hee..hee.. sy cadang nk sembur 2-2 racun sekaligus... (hee..hee.. betul x sifu raf.. boleh ke kalo sy sembur 2-2 racun sekali?? ke kojol pulok pokok2 tu..)
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 03:42 PM | Show all posts
Reply  spiderlily


    hehe.. ..yg ni bln 6 ni cukup setahun usia dia... ..skrg d ...
cikmaa Post at 21-2-2011 15:34



    wah.. bestnya... boleh buat majlis ulangtahun haribeli nih..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 03:44 PM | Show all posts
Reply  spiderlily


    cari jgn tak cari... ..saya beli tu rm6 je..kuat tul tabur racun..hehe ...
cikmaa Post at 21-2-2011 15:36



    hee..hee.. kalo ikut ati memang nk beli.. tp oleh kerana sy kena ukur baju di badan sendiri.. ukur pasu di laman kuarters.. jadik terpaksa cancelkan niat di ati tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 03:46 PM | Show all posts
Reply 230# spiderlily


    ade gambonya tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 03:52 PM | Show all posts
Reply  spiderlily


    ade gambonya tak?
arabella_8 Post at 21-2-2011 15:46



    dlm hardcopy ada... tp bila nengok online punya xde pulok gambonya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2011 04:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 04:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 04:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 04:41 PM | Show all posts
Reply 239# Hasni_Harum


ade main farmville tak kat facebook? kita dulu active jugak...tp sekrang dah malas nak join...
semua tempat tanam rose..tp cuma ade merah ngan putih ja...kekononnya nak wat rose garden la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.080865 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list