Reply 227# Jaza2008
Maaf Jaza, tulisan ini hanya untuk renungan bersama sahja.
HATI YANG KAU SAKITI Tahun ini genaplah 25 tahun usia perkahwinanku.
Selama ini aku kira akulah wanita yang paling bahagia sekali, mempunyai suami dan anak2 yang menceriakan kehidupan seharianku.
Namun aku lupa akan pepatah melayu “jangan sangka air yang tenang tak ada buaya” itulah istilah yang dapat aku kaitkan dengan peristiwa ini. Selama ini, aku tidak berkira tentang kewangan, aku kira perkahwinan adalah satu perkongsian antara suami dan isteri. Aku bekerjapun kerana untuk menaikkan lagi taraf kewangan keluargaku.
Namun kebaikanku diambil sambil lewa oleh suamiku.
Aku tak faham dimana silapku, walaupun selalu diingatkan oleh anak2ku “ini bukan salah ibu, ayah yang salah”. Dua tahun lalu, pada suatu malam, aku terdengar saperti sesaorang sedang berbisik disebelah tempat beraduku.
Ku kira suamiku sedang menonton tv, dengan berpura-pura tidur, ku dengar suamiku sedang berbual ditalipon bimbitnya.
Tetapi, bahasa yang digunakannya bukan bahasa melayu tetapi bahasa cina.
Selang beberapa hari lagi, kejadian yang sama terjadi lagi dalam jam 2 pagi dan seterusnya setiap malam atau pun menjelang subuh.
Bukan setakat itu sahja, aku kira suamiku sudah tidak saperti selalu, kini setiap sabtu, waktu petangnya mesti ada agenda tersendiri.
Memancinglah, tengok bolalah, kerja “overtime” dan sebagainya.
Setiap hujung minggu, ke pasar pun tidak bersama lagi.
Lagak dia saperti anak muda yang dilamun cinta. Kejadian ini berlarutan hingga pada suatu hari, adik iparku menalipon dirumah untuk mencari abangnya.
Aku serta anak2 cuba menutup aib suamiku yang sudah mula melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan juga ayah.
Aku katakan bahawa suamiku bekerja tapi dibalas dengan soalan pula, “hari cutipun bekerja kah?”
Akhirnya, dia memberitahuku bahawa anak perempuan serta keluarganya pernah ternampak dan menegur sapa dengan suamiku serta seorang perempuan cina
yang sedang berpimpin tangan di sebuah komplek membeli-belah.
Cuba bayangkan kesedihanku dikala itu.
Bila aku tanya pada suami, dia kata itu adalah kawannya. Allah itu memang maha berkuasa, mula2 aku terjumpa bill talipon bimbit suamiku dimana tertera nombor yang sama hampir kesemua muka surat.
Tidak cukup itu sahja, aku juga terjumpa resit2 ke “karaoke lounge” yang bila disiasat bukan sahja tempat menyanyi tetapi tempat maksiat. Bila bertanya ada sahja jawapan dia.
Suatu petang, aku dan anak2 bersemuka dengannya..
Akhirnya dia mengaku juga bahawa kawannya itu bekerja sebagai pelayan di karaoke itu.
Hancurnya hatiku dikala itu, hanya Allah sahja yang tahu. Tidak cukup dengan itu sahja, kejadian yang terlalu perit sekali bila aku terjumpa kamera digital beliau dan terdapat gambar dan video dimana beliau bersama seorang perempuan diatas katil di sebuah hotel sedang bergurau.
Itulah perkara yang terus membuat aku terfikir, haruskah aku terus mempertahankan mahligaiku?
|