|
selamat ptg amanda ari ni xde n3 ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
lor..lamanya xde n3 cite ni..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
morning semua..morning amanda...lamanya kami semua tggu n3 |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua... mana Amanda menghilang ??? |
|
|
|
|
|
|
|
amanda blm muncul...selalunya amanda yg selalu punch card awal kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
amanda...xde n3 ke???????? |
|
|
|
|
|
|
|
patutla amanda lama tak berkunjung ke rumah..kat rumah dia sendiri pun berkunci lama...errr..ok ke kat luar sana? |
|
|
|
|
|
|
|
hai amanda.....
keluarlah...... hantar n3 |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum dan salam jumaat smua. |
|
|
|
|
|
|
|
minta maaf coz lama x muncul.
amanda kurang sihat beberapa hari lepas. ambil mc. memang teruk juga sakit. smpai dehydrat. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam amanda... mana menghilang???? bercuti |
|
|
|
|
|
|
|
Sedang enak Balqis menonton saluran Star Movie, Sulaiman sudah datang dan mengambil remote tv yang ada di atas meja.
“Tengok apa ni?” soal Sulaiman.
Balqis hanya senyap menonton. Malas nak layan. Kalau Sulaiman benar-benar hendak tahu, pasti akan ditekan punat info. Lagipun remote itu berada di tangannya. Buat apa lagi dia bertanya.
Sulaiman alihkan pandangan. Dari kaca tv beralih kepada Balqis. Dia mengambil peluang duduk di sebelah Balqis.
Balqis mengengsot sedikit bila terasa ada henyakan di sebelahnya. Namun pandangannya langsung tak beralih dari kaca tv. Masih khusyuk menonton. Tak ambil pusing sekeliling. Apa taknya, hero pujaannya sedang beraksi. Walau sudah berkali-kali dia menonton cerita The Proposal ni, entah kenapa dia tak pernah bosan. Kalau filem itu dimainkan di tv ketika dia sedang menghadap tv, memang akan ditengok cerita itu. Walau dia sudah tahu jalan ceritanya macam mana. Kadang-kadang, dia yang jadi berdebar untuk aksi seterusnya. Padahal dia sememangnya sudah tahu apa yang bakal terjadi. Ish... ish, Balqis.. Balqis, suka sangat buat kerja yang tak berfaedah ya! Sahut Balqis dalam hati.
“Qis.”
“Balqis anak abah Harun...”
Sedikit kuat suara Sulaiman bila panggilannya tadi tidak mendapat sebarang balasan daripada Balqis.
“Kenapa? berkhayal? Berangan?” soal Sulaiman lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Balqis hanya mencebik. Malas nak layan. Dia sedang enak melihat drama sebabak ni. Saat-saat genting pula tu. jadi sebarang gangguan yang tidak berfaedah akan dibuang ke tepi dan tidak akan mendapat sebarang tindak balas.
“Dah tembus ke bulanlah tu. Atau ke bintang?” soal Sulaiman setelah keadaan tadi kembali senyap.
Setelah cerita The Proposal itu tamat, Sulaiman langsung tidak mengacau Balqis. Setia menemankan Balqis hinggalah dia terlihat perkataan the end, barulah dia berani tegur gadis di sebelahnya.
Balqis hanya mencebik memandang Sulaiman. Malas dia mahu melayan karenah Sulaiman. Dia mahu menukar rancangan, tapi dia perasan remote itu berada di sebelah Sulaiman. Tidak mungkin dia nak panjangkan tangannya menyeberang tubuh Sulaiman untuk mencapai remote control itu.
Puan Mariam datang ke ruang tamu membawa buah-buahan yang sudah di potong. Tadi sengaja Puan Mariam biarkan pasangan pengantin baru itu berdua menonton. Dia berharap semoga akan ada perubahan pada pasangan itu.
Puan Mariam juga perasaan kalau keadaan sepi lebih menguasai pasangan itu. Namun dia sengaja. Puan Mariam berdoa semoga pasangan itu sama seperti pasangan lain. Sama seperti dia dan suami. Juga seperti Salam dan Sarah. |
|
|
|
|
|
|
|
Puan Mariam tahu kalau pembinaan rumahtangga anak dan menantunya itu condong sedikit. Namun dia percaya, seandainya kecondongan itu dapat diperbaiki, akan berdiri sebuah rumahtangga yang teguh dan lurus. Bak sebuah masjid yang kerlipannya menjana hingga ke awan.
“Ni makan buah ni. Balqis ni, tadi ibu dah suruh potong buah, melencong pula dia,” Puan Mariam sudah mula membebel.
Balqis hanya tersenyum. Tadi selepas makan malam memang Puan Mariam ada memberi arahan agar memotong buah yang ada di dalam peti sejuk. tapi Balqis buat tak tahu. dah kenyang, takkan nak sumbat perut lagi. Nanti pecah, siapa yang nak tanggung. Mereka dan diri mereka juga yang susah.
Balqis mencapai buah limau yang sudah dipotong. Ceh... Balqis. Tadi dia juga yang tak nak potong, sekarang dia pula yang jadi peserta pertama yang ambil buah di atas meja. Balqis hanya senyum sendiri bila saling bertingkah dengan hatinya. Apa taknya, bauh epal, limau dan lai yang ada di dalam pinggan itu amat menyelerakan. Bagai memanggil untuk dijamah cepat.
“So, macam mana dengan kamu ni? Bila kamu habis cuti Man?” soal Puan Mariam.
Sudah seminggu anak dan menantunya itu berkahwin. Dah sudah seminggu juga mereka bercuti. Bila dicadangkan untuk honeymoon, dua-dua menolak. Alasan Sulaiman, dia belum dapat cuti panjang. Cuti seminggu memang khas untuk majlis perkahwinannya. Manakala Balqis sudah mula bekerja semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
“Man dah habis cuti. Nak balik esok,” jelas Sulaiman.
“Kamu nanti ni macam mana? Balqis ni kerja di sini. Takkan seorang ke hilir seorang ke selatan pula.” Tanya Puan Mariam.
Puan Mariam pandang aneh pada anak dan menantunya itu. Takkanlah mereka tak decide lagi pasal arah tuju rumahtangga mereka? Hairan Puan Mariam.
“Saya nak kerja kat sini,” pantas Balqis menjawab.
“Kamu jangan nak mengada Balqis. Isteri kena ikut suami. Pindah sahaja kerja. Kalau dah tak boleh, berhenti terus,” tiba-tiba sahaja abah sudah menyampuk. Encik Harun duduk berhampiran dengan Puan Mariam.
Balqis mencebik mendengar saranan tersebut. Saranan yang ditolak seratus-peratus. Langsung tak tersenarai untuk waiting list. Untuk tong sampah bolehlah. Ish... abah ni, bagi idea biarlah bernas sikit.
“Boleh juga tu Qis. Abang pun mampu lagi sara Balqis. Balqis ikut abanglah,” tiba-tiba Sulaiman bersuara. Dia merasakan cadangan yang diberi abah mertuanya itu boleh dipakai. |
|
|
|
|
|
|
|
Balqis menghumban bantal kecil yang ada di sofa itu. Ni lagi satu manusia yang tak faham bahasa. Geram dia dengan mamat yang ada di sebelahnya itu. Suka hati dia sahaja bagi cadangan. Macamlah bernas sangat. Langsung tak boleh pakai pun apa yang dikata.
Puan Mariam membuntangkan matanya melihat tingkah anaknya.
Balqis yang melihat signal dari ibu cepat-cepat memohon ampun. Tindakan refleks. Memang begitu habit Balqis. Kalau dia geram atau terkejut, orang sebelahlah yang jadi mangsa. Kalau tak kena cubit atau kena tumbuk, macam tadilah. Apa-apa yang ada di tangan jadi sasaran.
“Balqis nak kerja kat sini,” luah Balqis perlahan. Harap-haraplah manusia yang bernama Sulaiman faham akan kemahuannya.
Masa hari pertama mereka jadi suami isteri lagi Sulaiman dah pandai buat jantungnya tak tenang. Adakah patut nak suruh pindah? Bersungguh-sungguh dah Balqis pujuk Sulaiman untuk lepak di rumah orang tuanya sempenan cutinya yang masih berbaki lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|