CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyanah

Untold Story.

  [Copy link]
Post time 29-6-2010 04:31 PM | Show all posts
next...next n3 baby
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 06:32 PM | Show all posts
hahaha... puas c hafizz kenakan ika ek.... ika ni sebenarnya kawin ngan hafizz kan????
cepat baby... xsabar ni.. gabara gak mcm ika...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 02:55 AM | Show all posts
Reply 218# wwannurr


    sekali lagi minta maaf, month-end.....busy....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 02:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 30-6-2010 12:24

Episod 27


Pagi-pagi usai solat Subuh aku sudah tercangak kat taman permainan kanak-kanak bersaiz kecil yang disediakan oleh pihak pemaju untuk kemudahan penghuni SD Apartment yang aku duduki. Tak ada sesiapa pun yang tiba kat situ sebelum aku. Bukanlah subuh sangat pun, hampir ke jam 7 pagi gitu. Lagipun hujung minggu, agaknya penghuni-penghuni kat sini masih enak melayari mimpi di bawah selimut masing-masing.   

“Hah?! Nama bakal suami sendiri pun kau tak tahu?”

Aku teringatkan kembali pertanyaan Hafizz tempohari. Hai! Aku mengeluh kecil. Sebenarnya aku memang tak ada hati pun nak ambil tahu apa-apapun tentang bakal suami aku itu. Serba-serbi dirinya, asal-usul, bentuk rupa dan segala-galanya. Tapi pelik juga aku, tak pernah sekalipun bakal suami aku itu berhubung dengan aku melalui telefon ker apa ker. Agaknya dia pun macam aku kut, pasrah dengan ketentuan jodoh ataupun ini semua berlaku atas sebab family arrangement.   

Lama aku bermenung sambil mengayun buaian setelah melabuhkan punggung ke atasnya. Perlahan lepas tu lama-lama terhenti.

“Buat apa tu?” Tiba-tiba satu suara menerjah pendengaran serentak dengan goncangan lembut pada buaian yang sedang aku duduki.
“Mak!!” Aku terjerit kecil. Nasib baik aku tak jatuh dari buaian dek teguran si Hafizz.  Dia ni kan, tau jer aku kat mana. Menghendap aku ker apa?
“Lain kali bagi salam, boleh?”
“Sorry, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Balasku kemudian melunjurkan kaki.

“Kau buat apa kat sini?” Dia segera duduk dalam buaian bersebelahan dengan aku. Kelakar jer sebab buaian tu rendah, kaki dia pulak panjang. Dah nampak macam gergasi tapi gergasi yang handsome.  
“Saja, ambil angin pagi.”
“Bukan berembun?”
“Matahari dah nak terbit laa…” Memang matahari sudah memunculkan diri, bahangnya belum terasa tapi cahayanya sudah pun menyinar.   

“Kau dah buat apa-apa untuk persediaan majlis perkahwinan kau nanti?”
“Belum.”
“ Jom kita pergi survey sama-sama?” Aku pandang dia semacam. Setahu aku yang teruja bila tiba bab-bab membeli-belah untuk barang-barang nikah-kahwin ni pihak pengantin perempuan. Kalau pihak pengantin lelaki, biasanya adik-beradik perempuan, takpun sepupu-sepapat, makcik-makcik sedara yang akan mengendalikan segala urusan berkaitan. Pergi survey butik dan kedai barang-barang pengantin nun di sebelah sana, dah habis kat sana, survey kat sini pulak sampai puas hati. Kadang-kadang sampai tak cukup seminggu untuk sesi survey sahaja.

“Malaslah.” Balasku pendek.  
“Kau nape?” Aku sekadar angkat bahu.
“Ada masalah ker, muka cam tikus mondok jer ni?”
“Entahlah.” Aku tongkat dagu pada kepala lutut.
“Pasal perkahwinan kau ker?”
“Hmm…adalah bersangkut-paut jugak.”
“Pasal malam pertama ker?” Jatuh terus lengan aku dari lutut mendengarkan olah si Hafizz. Terangkat kening aku, dengan kelopak mata sekali. Kurang asam si Hafizz ni. Ada jer akal dia nak menyakat aku.  
“Bab-bab camtu bakal suami kau mesti boleh handle kau punya!” Dia mengusik lagi. Terseringai menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik.
“Wei!!” Pap!! Aku sepak kaki dia. Ke situ pula fikiran dia. Hish!! Orang tengah susah hati dia boleh buat lawak antarabangsa pula. Dia tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Aku tak sampai lagi bab-bab tu, okey.”
“Okay! Okay! Aku minta maaf. Kau janganlah buat muka empat-belas. Aku tak happylah tengok kau macam ni.”
“Hmmm…” Sejenak masing-masing mendiamkan diri.

“Janganlah dilayan perasaan tu sangat. Aku pasti semuanya akan berjalan lancar nanti.” Hafizz berkata memecahkan keheningan yang tercipta sebentar tadi.
“Jom arr….daripada kau layan menda-menda yang entah apa-apa kat fikiran kau tu baik kau layan aku. Kita pergi jalan-jalan.” Sebab layan kau lah aku jadi begini. Uh!

**********************************************************

Kalau diikutkan memang aku tak berapa berkenan sangat dengan shopping ala-ala redah dan terjah tanpa membuat perancangan terlebih dahulu. Bimbang ter’over’ budget. Aku ni jenis yang berkira-kira jugak. Lainlah macam si Hafizz, poket penuh. Business man lah katakan.  

“Dah tempah kad kahwin tak?” Soalan pertama keluar dari mulut Hafiiz ketika menjejak destinasi. Hari ini punya itinerary, Jalan Masjid India, Jalan TAR dan yang akhir sekali Jalan Ipoh. Kawasan-kawasan yang tak boleh miss kalau nak cari semua benda yang berkaitan dengan majlis perkahwinan.   
“Nak tempah camana? Nama laki aku pun aku tak tahu lagi. Opps! Pembetulan, bakal suami…” Aku menutup mulut.
“Tak apalah, kita beli kad aje…lepas tu kita suruh arr si Adli tu printkan…dia kan suka buat benda-benda camtu.”
Kita, kita, kita…. Huh, sejak bila pula ada kita ni… kau dan aku, lain-lain pasangan pengantin ekkk…
“Kau pun nak minta tolong si Adli tu jugak ker?” Tanya aku, musyhkil.
“Err…ar…apa salahnya…”

“Bila majlis kau akan dilangsungkan?”
“Emmm…..26hb Disember, kalau tak silap aku…”
“Macam tu, bolehlah aku pergi ke majlis engkau sebab aku punya 12hb Disember…dua minggu sebelum majlis kau…”

Mak aku telefon dua hari yang lepas, bagitahu tarikh akad nikah telah dimuktamadkan tanpa perbincangan dengan aku pun. (sama jer, sebab aku memang tak kisah lagipun aku dengan redhanya menyerahkan segala keputusan ditangan mak aku dan pihak pengantin lelaki). Seperti yang mak aku katakan pada pagi Sabtu, 11 Disember majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Kota Kinabalu manakala keesokkan harinya untuk kenduri dan persandingan akan diadakan di rumah keluarga aku. Sekarang tugas aku, mencari barang-barang hantaran dan keperluan-keperluan seperti yang diarahkan oleh mak. Mak kata soal kenduri-kendara aku tak perlu susah hati, pengantin lelaki akan support. Tapi mak tak cerita pun tentang kenduri di sebelah pihak pengantin lelaki ada ker tak ada.  

“Kurang dari empat bulan lagi kita boleh jadi kawan..” Tiba-tiba Hafizz bersuara.
“Nape kau cakap macam tu?”
“Sebab lepas tu kau akan jadi isteri orang dan aku akan jadi suami orang…”
“Ooo…”
Betul juga….bila dah kahwin nanti, dah tak boleh keluar sama-sama. Maklumlah, hubungan kawan-kawan ala-ala best friend ni tidak akan selamat di mata orang yang berfikiran negatif. Lebih-lebih lagi yang melibatkan suami dan isteri orang.

“So, masa ini ajalah kita ada untuk dihabiskan sebagai kawan… sebelum status bertukar…” Aku mengangguk… memikirkan betapa sukarnya melepaskan seorang sahabat…(yang aku cintai)…..

“Apa tema majlis kau nanti?”
“Mak kata purple dengan putih.”
“Kau?”
“Silver dengan light blue.”
“Jom masuk butik pengantin ni.” Hafizz menolak daun pintu kaca butik yang dimaksudkan sebelum memberi laluan untuk aku masuk terlebih dahulu.

Ada seorang jer pekerja yang bertugas ketika itu. Maklumlah lunch hour kut. Nasib baik tak ramai pelanggan, senang sikit dia menguruskan. Aku dan Hafizz duduk diatas sofa yang disediakan dalam satu ruangan khas yang santai untuk kemudahan para pelanggan.

“Kami ada menawarkan beberapa pakej, kalau encik dan cik berminat. Nanti saya bawakan album dan brochure yang berkenaan.” Pekerja yang memakai slack hitam dengan blaus kuning itu berlalu pergi.

Sebentar kemudian, pekerja tadi, Wani namanya (aku perasan sebab dia pakai name-tag) datang semula dengan membawa beberapa buah album gambar yang memuatkan pelbagai bentuk fesyen dan pakaian pengantin serta beberapa helai brochure yang memberi maklumat tentang pakej yang butik itu tawarkan.  

Aku dan Hafizz berebut-rebut mengambil album yang sarat dan berat itu. Ish! Ish! Ish! Album yang dibawa oleh Wani bukankah ada dua-tiga? Akhirnya Hafizz mengambil album yang berkulit tebal dan kelihatan seperti diperbuat daripada kayu manakala aku memilih album yang lebih nipis dan ringan sedikit.

Setelah lebih kurang lima minit menilik album tersebut Hafizz menggamit Wani agar datang lebih dekat. Cepat sungguh si Hafizz ni memilih sedangkan mata aku masih terpaku pada gambar-gambar dalam album tersebut. Semuanya kelihatan cantik-cantik belaka.

“Boleh tolong bawakan sample untuk dua pakaian yang ini.” Pinta Hafizz sebelum membelek-belek semula helaian album tersebut dan menunjukkan pada Wani.
“Yang ini dan ini juga.” Aku mengerling dia. Amboi!! Sampai 3-4 pasang sekali. Melaram sakan mamat ni.

Sebentar kemudian Wani datang semula dengan membawa pakaian-pakaian yang diminta Hafiz tadi.  

“Bagi kat dia.” Hafizz mengarahkan Wani sambil memandang kearah aku yang masih leka menilik album tadi. Serta merta aku menegakkan badan.
“Pergilah cuba.” Katanya pula dengan mata masih melekat pada wajah aku.
“Eeii…apasal aku pula?”
“Ala…bakal isteri aku tu, badannya sebijik macam engkau.” Seakan berbisik dia memberitahu aku.  
“Pergi…pergi…masuk kat dalam fitting room tu.” Suara dia jadi normal semula.
“Lepas pakai, tunjuk kat aku tau..” Aku mencemik sebelum berdiri dan mengambil pakaian-pakaian itu dari Wani. Aku mengira, ada empat helai semuanya.
  
“Encik, cubalah tengok mana-mana yang berkenan. Saya kat kaunter depan kalau-kalau diperlukan.” Wani memberitahu sebelum berlalu pergi.

Aku masuk ke dalam fitting room yang dindingnya dipenuhi dengan cermin di kiri dan kanan. Terletak berhampiran jer dengan ruang khas tadi. Untuk memudahkan acara yang sebeginilah kut.

Baju pengantin yang pertama, warna biru laut dengan lace dan veil berwarna putih. Cantik jugak!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 08:32 AM | Show all posts
ushhh lamanya NNN333, poning deng nunggu ni ahh
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 09:54 AM | Show all posts
tq baby
best nak tunggu ari nikahnya
hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2010 11:44 AM | Show all posts
umah ika 12hb, umah hafizz 26hb. ok la kan? ika ni xkan xnak tau langsung sapa bakal suami dia? risik2 la dgn mak dia ek!! kalu dia tau sapa, mau dihempuknya c hafizz  tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2010 12:18 PM | Show all posts
nak lagi baby..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2010 11:39 AM | Show all posts
lum ada n3 ke?huhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 03:05 PM | Show all posts
hi tak da entry lagi ke....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 05:11 PM | Show all posts
nak lagi n3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 11:32 PM | Show all posts
Reply 225# wwannurr


    sorry wwannurr, month-end kiter busy....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 11:33 PM | Show all posts
Reply 227# merahsilver


    betul3x.....ehehehe....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 11:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 1-7-2010 23:43

Episod 28

Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir dua minggu umat Islam berpuasa. Lagi dua minggu lagi sudah nak raya. Aku tak tempah pun baju raya lagi. Kalau tempah sekarang memang tak sempat, aku dah tanya dua tiga kedai jahit berdekatan tempat tinggal aku. Semua memberikan jawapan yang serupa.

“Minta maaflah dik, akak dah tutup tempahan.” Harapkan mak jer untuk menjahitkan aku sepasang. Lagi sepasang aku nak beli yang dah siap. Aku ada berkenan dengan sepasang baju kebaya siap yang aku nampak semasa merayau tanpa tujuan (menghabiskan setengah jam masa makan yang diperuntukkan oleh syarikat sewaktu bulan puasa) dua tiga hari yang lepas dekat Bazaar Ramadhan, Jalan TAR. Kenapa setengah jam? Sebabnya, untuk memudahkan dan memberikan kelonggaran kepada pekerja-pekerja yang beragama Islam agar boleh balik awal setengah jam dari yang biasa dan tak perlu berkejar-kejar menyediakan juadah berbuka.

Malasnya aku hari ini. Cadangnya nak pergi ke Bazaar Ramadhan, nak rembat (rembat kat sini bukan maksudnya curi ekkk) baju kebaya tu sebelum dapat ke tangan orang lain. Pagi-pagi sabtu ni, boleh pula aku bangun awal. Sudah terbiasa dengan rentak si Hafizz, pagi-pagi lagi dah kejut aku. Pergi jogging, pergi sarapan pagi, pergi gym, ada jer aktiviti pagi dia. Semua dia nak libatkan aku. Kalau dulu, jangan harap ler aku nak buat menda-menda tu semua. Lepas Subuh jer, melingkar balik kat tilam macam ular sawa yang sarat kekenyangan.

Telefon bimbit aku kedengaran sayup-sayup berdering. Makin lama makin kuat. Aku yang tengah lepak kat balkoni bergegas masuk ke dalam, lalu menggapai telefon bimbit yang tersadai kat meja solek.

“Assalamualaikum.” Suara Hafizz dihujung talian. Panjang umur.
“Waalaikumsalam.”
“Puasa ker hari ini?” Macam budak-budak pula tanya aku soalan macam itu.
“Puasa.”
“Jom pergi shopping.” Pucuk dicita ulam mendatang. Senyuman aku naik hingga ke pipi.
“Okey.” Tanpa berlengah, aku terus bersetuju. Bazaar dah buka ker awal-awal pagi ni? Jam didinding aku jengah, awal apa? Dah pukul 9.30 pagi.
“Pukul 10 pagi on the dot, kat bawah ekkk?”  
“Roger, boss.” Balasku.

***********

“Ke mana arah tujuan?” Hafizz bertanya semasa memandu keluar dari perkarangan SD Apartment.
“Aku tak kisah, aku ikut jer. Tapi, aku nak singgah kat Jalan TAR sekejap, boleh?” Kena tanya driver juga walaupun dia macam sudah memberi lampu hijau bila bertanyakan arah tujuan tadi.
“Boleh, no problemo.”

“Tak ada plan nak buat kuih raya ker? Biskut raya ker?”
“Beli jer la…mana aku ada masa nak buat semua tu.” Sebenarnya jawapan yang betul, aku tak reti nak buat semua itu. Tak ada masa itu alasan jer. Alasan antarabangsa menggantikan perkataan malas dan tak tahu. Ahaks!
“Hujung minggu ‘kan ada dua hari….” Macam perli jer bila dengar ayat tergantung dari Hafizz.
“Kau nak makan kuih raya yang mana satu?” Aku tahu sangat yang aku tengah cari nahas bila keluarkan ayat tanya yang macam itu. Tapi entah kenapa, rasa macam tercabar jer. Lagipun inilah masanya nak guna microwave yang dah jadi macam display jer kat dapur aku tu.
“Apa-apa, tak kisah, janji yang kau masak.” Aku cuba mengingatkan kembali nama-nama kuih dan biskut yang biasa orang buat bila tiba untuk menyambut Hari Raya. Kalau rumah aku, biasanya ada kuih bangkit, kuih siput, kuih cincin, bahulu, dan yang paling famous kuih makmur (kuih-kuih tradisional) tapi bukan aku yang buat. Aku tau makan jer.. nampaknya aku kena menuntut ilmu dari mak aku dan sesiapa yang berkenaan. Hmm…. Tapi aku memang tabik kat sesiapa yang boleh masak kuih tradisional macam kacang jer, bagi aku masak-masak yang kacang tu pun aku masih terkial-kial.  

Itu kira bernasib baik si Hafizz tak letak nama. Buatnya dia minta buatkan kuih bepang badam, batang buruk, dodol  ker atau biskut yang namanya panjang berjela-jela atau pelik macam Harvana Sparkles, Royal Chocolate Cookies,Orange Galore Biscuits (sekadar menyebut beberapa jenis biskut moden yang aku teringat, semua tu dalam list teman-teman sepejabat aku yang mencari pendapatan lebih apabila menjelang hari raya) …….  Tak ker aku guling-guling menyesal bagi idea yang aku ni pun kira macam terror dalam bab-bab buat kuih ni. Dah jadi satu kerja untuk aku pula hendak memikirkan biskut istimewa jenis yang macamana sesuai buat si putera idaman. Baru fikir jenis kuih dah menggelabah, belum ke langkah yang berikutnya. Aku tepuk dahi, di luar sedar. Masak! Masak!

“Kenapa?” Ei…perasan pula si Hafizz ni. Aku tersipu-sipu sebelum mengukir senyuman ala-ala puteri yang tengah bersanding di atas pelamin dengan mata yang sengaja disepetkan. Cover malu.
“Tak ada apa per.” Dia angkat kening. Aku risau gak dengan si Hafizz ni sebab dia macam ada sixth sense, lepas tu dia punya serkap jarang selalu jer mengena. Paling tak best, aku tak mampu nak tepis. Aku tunggu juga kalau-kalau ada ayat seterusnya keluar dari dua ulas bibirnya yang merah menawan. Walaupun merokok tapi bibir dia tak menunjukkan dia seorang perokok. Dia pakai lip gloss ker? Hmmm… nampaknya dia senyap jer, agaknya tak ada episod kena-mengena atau kutuk-mengutuk kut hari ini. Huh! Selamat aku! Mungkin sebab bulan ni bulan puasa, bukankah tak baik mengenakan orang. Senang hati aku memikirkannya.

Aku ke gerai menjual baju kebaya yang aku berkenan sangat-sangat hari itu. Wah! Beruntungnya aku, baju tu masih ada tergantung elok lagi …yeah! …..Seronok bukan main aku walaupun duit aku terbang RM150.00. Harga sebenar baju kebaya itu RM180.00 (itu yang tertera pada tanda harga), selepas tawar-menawar dengan tokey gerai itu dapatlah harga RM150.00. Syukur. Beraya dengan baju baru juga aku tahun ni.

Sekarang nak cari buku pulak. Ye-lah! Tukang masak nak mengadap anak raja, kenalah sediakan resepi istimewa sebelum kena pancung. Tapi aku tukang masak yang belum diluluskan dan digredkan lagi. Takde cop sirim atau iso untuk mengesahkan. Ehehe….memandai jer aku. Hu-hu, berjaya kah aku melepasi ujian yang ini?

“Kedai buku boleh?” Dia mengangguk. Nampaknya hari ini Encik Hafizz jadi supir aku yang tak rasmi. Ehehehe…. berangan ! Aku kutuk diri sendiri.

Masuk jer kat kedai buku, aku ke bahagian novel dulu. Setelah puas menilik dan membelek-belek, aku memilih sebuah novel yang aku rasa menarik sipnosisnya sebelum beralih ke bahagian stationeries pula. Lepas itu, aku cepat-cepat ke bahagian buku masakan. Itupun setelah aku lihat si Hafizz leka dengan majalah-majalah automobil, kereta dan yang seangkatan dengannya. Sebenarnya aku cari peluang nak cilok (sekali lagi, cilok kat sini bukan maksudnya curi ekkk….) sebuah buku resepi biskut tanpa pengetahuan si Hafizz. Nanti tembelang aku pecah kalau dia dapat tahu.

Aku tertunduk-tunduk membaca heading majalah dan pelbagai buku masakan yang bersusun kemas di atas rak. Macam-macam jenis ada dengan macam-macam saiz. Ada yang kecil, besar, lebar, medium. Mata aku berlari atas tajuk-tajuk yang terpapar di dada buku. Pelbagai Resepi Ayam, Masakan Minang, Aneka Rasa Ramadhan (menarik gak ni, tapi aku nak yang lain), Resepi semasa Pantang (untuk orang yang baru lepas bersalin kut) dan macam-macam arr…  Huh! Tapi aku belum jumpa lagi apa yang aku perlukan. Sedang aku tercari-cari buku resepi yang berkenaan, suara Hafizz datang mencelah mengganggu kosentrasi.

“Cari buku yang ini ker?” Aku jadi tegak dan terus berpaling pada si pemilik suara. Pantas mata aku beralih pada tajuk buku bersaiz A4 yang dipegang olehnya. ‘Pelbagai jenis kuih dan biskut raya.’ Kantoi! Aduhai, belum pun sempat aku nak tunjuk betapa terrornya aku, dah kena pancung terlebih dahulu. Huh! Ingatkan dah taubat dari mengenakan aku. Aku ambil buku itu dari pegangan dia.
“Ingat orang koman sangat ker?” Gerutu aku perlahan, tapi aku rasa dia masih boleh menangkapnya dengan jelas. Sebab dia dok tersengih-sengih dibelakang aku.

Aku ke kaunter bayaran bersama dengan buku-buku tadi. Hafizz mengikut dari belakang. Ketika hampir ke kaunter yang berkenaan, pantas dia mengambil buku-buku dari peganganku dan meletakkannya di atas kaunter bersama dengan majalah-majalah yang dia bawa. Tiga-empat buah, pasti semua majalah yang berkenaan dengan kereta.   
“Tak apa, aku belanja.” Katanya memandang aku bersama sebuah senyuman yang manis macam gula. Nak ambil hati ler tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 09:43 AM | Show all posts
best sgt baby
tp nak lg hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 10:13 AM | Show all posts
baby...
lagi.. ika nak wat kuih apa tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2010 12:13 PM | Show all posts
dah ada entry best nya, tks
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 12:32 PM | Show all posts
x puasla.. nak n3 lg
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 10:54 PM | Show all posts
halamak!!!..dah nak puasa la kan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2010 11:04 PM | Show all posts

n

Post Last Edit by babyanah at 5-7-2010 23:09

Episod 29

Ting! Ketuhar gelombang mikro dah berbunyi menandakan masa yang aku dah set tadi sudah cukup. Aku keluarkan dulang yang berisikan biskut tadi. Huh! Tu dia aroma dia!

Laa…hangus lagi! Kwang! Kwang! Kwang! Rasa naik fed-up pun ada. Eh! Jangan! Jangan! Nanti dulu, karang si Hafizz tu ada jer bahan nak mengenakan aku. Masuk yang ini dah tiga kali biskut yang aku letak dalam dulang dan masukkan ke dalam ketuhar bila keluar jadi arang lepas tu keras macam batu. Aku garu-garu kepala tak faham tang mana salah dan silap aku dalam proses menyiapkan misi hujung minggu aku nih. Aku rasa aku dah ikut setiap arahan dan langkah yang diberikan dalam buku resepi itu dengan betul. Sukatan bahan-bahan pun ngam-ngam (tak lebih tak kurang), aku siap beli alat penimbang tuh demi menjayakan misi aku ni. Jangan lepas ini, alat penimbang itu terperap dalam kotak sudah! Aku baca sekali lagi resepi ‘Tart Gulung’ aka ‘Tart Nenas’ itu. Kut-kutlah tertinggal sesuatu, walaupun rasanya aku akan baca resepi itu setiap kali aku sediakan bahan. Bila tak confident macam gitulah. Sekejap-sekejap tengok resepi.  

Bahan-bahannya.
60 gm butter
190 gm majerin
70gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

gaulkan butter, majerin dan gula supaya rata
masukkan kuning telur dan esen vanilla kemudian gaul hingga rata
masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayakkan
gaulkan sehingga rata dan sebati
pamkan adunan
kepalkan jem nenas sebesar biji kurma
letakkan jem nenas di atas adunan dan gulungkan
sapukan dengan kuning telur
bakar dalam oven suhu 180’C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.


Jem nenas:
4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanila
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Daun pandan

Parut nenas. Jangan dibuang airnya.
Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.

Jem nenas tu aku dah buat terlebih dahulu, lepas tu baru aku buat doh @ pastri. Mungkin silap kat microwave tu kut, sebab aku punya microwave tak pakai darjah selsius. Ada low, medium low, high, medium high jer. Hmm….kita cuba tukar medium low pergi ke low…pastu set masa dari 20 minit ke 15 minit….harap-harap lepas ni menjadilah tart aku tu…Amin… (Siap berdoa lagi tu)  

Selang 15 minit kemudian, microwave aku berbunyi. Cepat-cepat aku keluarkan dulang biskut dari dalam microwave untuk melihat hasilnya. Yahoooo……!! Akhirnya menjadi jugak….. walaupun tak secantik dan sekemas tart yang aku pernah lihat tapi sekurang-kurangnya ada rupa tart menandakan aku sudah berjaya. Yes! Bahagian pertama sudah settle…. Sekarang bahagian kedua pula, iyelah rupa bentuk dah cantik (tak pecah tu…consider boleh diterimalah ekkk), tapi kalau rasanya macam hampeh…kira gagal ler juga, kan? Sekarang kena panggil taster pula.

Tengah hari di bulan-bulan puasa ni mana nak cari taster? Hmm….takkan nak panggil Hafizz rasa, dahlah hari ni senyap jer tak dengar khabar berita. Kalau tak, pagi-pagi dah calling-calling. Tak naklah aku gatal tangan telefon dia, buatnya aku telefon dia tengah emergency. Tak pasal-pasal aku kena sedas. Hmm…. Meh aku risik anak-anak Kak Anis puasa ker tak puasa hari ni.  

Aku tekan loceng apartment Kak Anis, dua tiga kali tak ada orang yang datang. Tapi pintu grill tak kunci pun, selipar dan kasut bersepah-sepah, aku buka grill lepas tu aku ketuk pintu apartment pula. Bila pintu terbuka jer, macam-macam aroma masakan menusuk ke hidung. Meleleh air liur. Wah! Nampaknya rumah Kak Anis macam meriah jer, ada tetamu nak datang berbuka puasa petang nanti kut. Kelihatan wajah Daniel tersembul di muka pintu, dengan Sarah dibelakang.
“Mak mana?” Aku bertanya.
“Mak tengah sibuk memasak.”
“Daniel puasa tak?”
“Puasa.”
“Sarah?”
“Puasa, tapi…”
“Tapi apa?”
“Sarah puasa yangyuk.” Terus aku cuit hidung dia.
“Kenapa Zulaikha?” Tiba-tiba suami Kak Anis muncul disebalik pintu.
“Tak ada apa, Abang Karim. Ni…nak pinjam bebudak kejap nak tolong rasa biskut yang Zulaikha buat tadi.” Daniel dan Sarah pandang ayah mereka seolah-olah meminta kebenaran.
“Pergilah. Lagipun Kak Anis kamu tu tengah sibuk.”
“Ada jamuan ker?”
“Adalah sikit, nanti Zulaikha datang ler berbuka puasa sekali nanti.”
“Tak apa ker? Tak menganggu ker?”
“Tak. Jamuan untuk ‘kita-kita’ jer.”
“Okey.” Senang hati aku, petang ni tak perlulah aku bersusah payah menyediakan juadah berbuka puasa.

******

“Macamana? Sedap tak?”
“Sedapnya…”
“Sedap ker?” Tanya Daniel pula.
“Nyum…nyum…delicious!” Aku tergelak mendengar ayat Sarah yang meniru iklan makanan ringan kat televisyen.
“Bagilah kat abang sikit.”
“Tapi abang posa.” Muka Daniel dah bertukar sememeh mendengar kata-kata adiknya..
“Takpe…takpe…nanti Auntie Zulaikha masak dan simpan untuk Daniel, okay?” Aku memujuk.
“Hoooray…nanti abang pun dapat juga.” Dia menyengih kat Sarah.

Setelah menghantar Daniel dan Sarah balik, aku sambung semula projek ‘Tart Gulung’ aku yang terbengkalai tadi. Tinggal dua tiga dulang jer sebelum semuanya selesai. Cukuplah untuk Hafizz sedikit dan untuk keluarga Kak Anis sedikit. Letih juga buat benda-benda nih. Macamana kengkawan aku yang ambil tempahan sampai dua tiga ratus biji (malah lebih dari itu) larat nak buat semua nih. Bukan sejenis kuih jer tapi sampai berbelas-belas jenis. Huh! Respectlah kat dorang!  


********

Sepuluh minit sebelum berbuka puasa, Daniel dan Sarah datang memanggil aku untuk turut sama dalam jamuan yang diadakan di rumah mereka. Ketika memberi salam dan melangkah masuk, Hafizz sudah pun berada di sana. Dia melemparkan senyuman kepada aku. Aku membalasnya.   

Tanpa aku sangka, rupa-rupanya Hafizz telah berpakat dengan Kak Anis dan Abang Karim untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir aku cum jamuan berbuka puasa. Patut arr…Kak Anis sibuk memasak ‘bagai’ petang tadi. Patut arr… Abang Karim kata majlis untuk ‘kita-kita jer’. Patut arr…Hafizz tak call pun aku hari ini! Rupa-rupanya dorang semua sibuk menyediakan majlis untuk aku. Pandai pula si Daniel dan Sarah menyembunyikan semua itu dari aku. Mesti dah kena rasuah dek si Hafizz nih. Hu-hu… terharunya aku! Dan aku.., boleh lupa pula hari ini hari lahir aku! Maklumlah, dua tiga tahun kebelakangan ini hari lahir aku asyik jatuh dalam bulan puasa. Nama pun bulan puasa ‘kan, jadi keinginan untuk meraikannya tidak timbul dalam kepala aku.

“Untuk Sarah tak der ker?” Tanya Sarah bila melihat Hafizz memberikan aku sebuah beg kertas bersaiz sederhana.
“Untuk Daniel?” Pantas ajer si Daniel mencelah siap dengan telapak tangannya disuakan.
“Mana boleh takde…. Nah ini untuk korang berdua.” Hafizz memberikan dua lagi beg kertas bersaiz sederhana masing-masing untuk Daniel dan Sarah.
“Yang ini untuk Daniel.”
“Yang ini untuk Sarah.” Kedua-dua mereka menjerit kesukaan.
“Susah-susahkan kamu jer Hafizz…”Ujar Abang Karim.
“Tak susah mana pun abang Karim, lagipun saya memang berhajat nak belikan untuk mereka.” Balas Hafizz seraya mengukirkan senyuman.
“Tengok ar…” Daniel dan Sarah tanpa berlengah menjengah apa kebendanya yang berada di dalam beg kertas tersebut.
“Yeah! Daniel dapat baju Ben-10!”
“Dan seluar ni…” Suka jer Daniel.
“Sarah pula dapat baju kurung…” Sarah menayangkan baju yang diberikan Hafizz. Sepasang baju kurung berwarna ungu cair dengan cekak rambut berwarna senada, siap ada reben kecik melekat kat atas cekak tu. Comel jer..  
“Cakap apa kat Uncle Hafizz?” Tiba-tiba Kak Anis datang dari arah dapur mencelah.
“Terima kasih, Uncle Hafizz!” Serentak Daniel dan Sarah mengucapkannya.

“Ika, bukak lah sekali…” Ewah! Tak der kau, kau, aku, aku, ker? Segan kat abang Karim kut.
Perlahan aku keluarkan dari beg kertas, sepasang tudung untuk matching baju yang aku beli hari sabtu lepas…huhu….ada lagi, sehelai selendang berwarna ungu. Cantiknya amat! Aku suka! Aku suka! Nak jer aku melompat-lompat kesukaan tapi akal warasku menahan. Control! Control!
“Ini hadiah hari lahir tau….bukan hadiah hari raya…”

“Yang ini pula untuk Kak Anis dan Abang Karim.” Hafizz menghulurkan dua beg kertas lagi pada Abang Karim.
“Untuk kitorang pun ada juga?” Abang Karim terkejut.
“Tanda terima kasih untuk susah payah Abang sekeluarga menjayakan majlis untuk Ika.” Balas Hafizz sambil mengenyitkan mata pada aku. Eh-eh! Sempat lagi tu.

*********
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.340834 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list