CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lily_lyssa

Keliru...

 Close [Copy link]
Post time 26-11-2007 01:09 PM | Show all posts
erk..
besh.. besh..
lagi.. tp rs cam sdh ckit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2007 01:54 PM | Show all posts

Reply #221 ~elYna~'s post

sedeyh?
naper plak sedeyh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2007 01:57 PM | Show all posts

Reply #219 lindabehr's post

mmg sumer kat sini sker wana ngan iz....
lily jer....
ekekekekk
hahahahaha
tp camner ngan ending kalu lily sker putra ngan wana?
apakah ending dye?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 02:04 PM | Show all posts
lily..camne lak Putra boleh tau yekkk...mesti dia pi jumpa Izzat kan...Izzat pun satu kenapa lah nak rebut balik cinta Wanna
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 02:23 PM | Show all posts
biler cite psl wana ngan iz.. cian wana..cian iz gak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 02:27 PM | Show all posts
mslhnyerr iz nie..ms ada dpn mata xhargai..bl dh camnie br nk pikat blk..nasi dh bubur dh pon....huhuhu...huh!!..xsuka laki xde pendirian...:@ ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2007 02:36 PM | Show all posts
Lagi satu Putra ni, kenapalah nak mengamuk sampai sepah2 kan bilik...cam tak matang je. Patutnya dia tunggu Wanna dalam bilik dengan tenang..dengar dulu penjelasan Wanna...ni tak sepah2 bilik..kalau anak ummisha buat camtu mau dah kena babap tangan tu, biasa aje baling2 barang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2007 02:54 PM | Show all posts

Reply #227 ummisha1311's post

hahahahahahaha

Reply  #226 lembayungsenja's post

huhu...
cian iz kena marah dek lembayung.....
hahaha....

ni ader sambgn....

Bab 36

Usai solat Zohor,telefonku berdering,mengganggu ketenteraman surau berdekatan pejabatku..Aku merenung sekeliling.Surau itu agak sunyi mungkin kerana umat Islam sudah ramai yang selesai menunaikan sembahyang Zohor itu.Aku membelek beg tanganku.Izzat...Huh!Letih aku melayan dia ni!Tapi...Yang anehnya,aku berasa senang setelah mendengar suaranya...Perasaan apakah itu?

Aku mengeluh berat.Deringan berhenti.Aku menghembuskan nafas lega.Tetapi telefon bimbitku menjerit sekali lagi.Nama yang sama tertera di skrin telefon bimbitku.Tidak sampai hati pula membiarkan Iz menelefon berkali-kali.Lenguh tangannya,lenguh telingaku juga mendengar deringan telefon ini.

"Hello Iz...Naper call ni?"suaraku dibuat lemah.

"Tak...Aper ni...Wana tak lupa karang kan?"

"Tak..."aku mengeluh."Wana akan datang.Jangan risau..."

"Wana letih ke?"soal Iz menunjukkan keprihatinannya.

"Okey...Iz...Betul ke Iz takder pengganti?"soalku.

"Err...ader tapi...Iz rasa...Iz jer yang mencintai dia..."kata Iz.Sayu aku mendengarnya.Bodoh pula aku rasa perempuan itu sekiranya...Aku?Aku ke yang Iz maksudkan?Aku merenung kakiku sebentar dan mengukir senyuman.Sebentar lagi aku akan tahu!

"Wana?Are you still there?"soal Iz.

"Ye...Iz,I gotta go.Sorry,"kataku sebelum memutuskan talian.Aku mengeluh..Aku takut...Aku takut sekiranya aku masih menyintai Iz...Apa yang harus ku lakukan Ya Allah?

Aku menapak ke luar.Aku masuk ke lif.Di mejaku,aku termenung.Bagaimana kalau aku masih mencintai Izzat?Tak...

"Wana?"Aku tersedar apabila namaku dipanggil.Aku amat terkejut apabila sepasang mata benar-benar dekat dengan mataku.Kemudian mata itu jatuh ke bibirku.Aku dapat mendengar nafasnya tersekat.Aku segera mengalihkan mukaku.

"Apa Iz buat kat sini?Baru je kan Iz call tadi?"soalku tanpa memandangnya.Aku menunduk memandang beberapa kertas kosong.Aku menconteng-conteng sesuatu."Majlis tu petang ni,tapi mama tak sabar sangat nak jumpa Wana.Tu yang dia paksa Iz ambik Wana skang,"katanya."Tapi...Okeylah,"aku menurutnya ke kereta.

Dia membukakan pintu kereta.Aku tersenyum padanya.Tunggu jap!Aku terlupa...Mana ader,bukan ke aku dah bagitau nak kerja separuh ari?Takpelah...Ekekek mentang-mentang menantu kawan Dato' Amirul.

Aku termenung.Mataku leka memandang kereta di hadapan..Entah apa yang menarik pun,aku tak tahu.Aku pandang jer...Sehinggalah aku rasa ada satu tangan menarik tanganku lembut.Aku berpaling.Izzat tersenyum sambil menarik tanganku keluar dari kereta.Aku menurut.Mahu ditarik...Emm...Aku seperti dipukau!

"Wana!"mama menerpa ke arahku.Aku tersenyum dan bersalam dengan mama."Mama rindu kat Wana.Camner rumah tangga?Okey?"soal mama.Aku mengaangguk dengan senyuman lebar.

Aku dipelawa duduk.Aku memerhati mama yang berlalu ke dapur bersama Izzat.Tidak tahu mengapa kenangan 4 tahun dahulu hadir.Aku tergamam.Izzat benar-benar sedang memikat aku!Aku menelan air liur.bibirku digigit.Apabila aku mendongak,Iz sedang merenungku sambil menyandar di muka pintu dapur yang dekat dengan ruang tamu.Aku tersengih dan mengalihkan pandangan.

Izzat melabuhkan punggung di sebelahku.Terlalu dekat jarak kami...Aku mengengsot sedikit."Putra layan Wana baik?"soalnya.Aku mengangguk."Baik sangat cuma kadang-kadang...Cemburu,you know,"kataku.Dia mengangguk.

"Yelah,takkan tak cemburu isteri sendiri dengan laki lain.Lebih-lebih pulak isteri dia tu lawa cam Wana...Senang sangat laki terpikat dan nak pikat,"katanya sambil mengenyitkan matanya.Aku tergamam.Iz...Sudahlah kau mendera perasaanku.

Aku dan Iz ke meja makan selepas mama menghidangkan makanan.Mama duduk di sebelahku."Mama tengok tak baju jubah seluar yang Wana tolong Iz pilihkan untuk Azyan?"soalku.Iz yang sedang minum,tersedak.Mama memandangku aneh."Eh...Kitorang dah pakat beli barang kemas platinum.Ader dalam bilik Iz,"kata mama.Aku terkedu dan berpaling ke arah Iz.Habis tu,di dalam beg itu,apa dia?

"Iz,bukak pintu.Papa dah balik,"arah mama.Iz perlahan-lahan bangun dan membuka pintu.Papa Riz menuju ke ruang makan.Dia merenungku tajam kemudian merenung Iz.Dia melemparkan senyuman kepadaku.

"Wana...Makan jangan kenyang sangat!Nanti ader hidangan khas!"kata papa Riz."Hemm...Tinggal beberapa minit je lagi ni,diorang nak sampai!"tokok papa Riz lagi.

"Ah...Ada call...Sorry,"kata Iz sebelum berlalu ke dapur.Mama dan papa Riz berpandangan sebelum mereka berdua memandangku."Wana tolong ambik kotak barang kemas warna merah bawah bantal Iz dalam bilik dia,"arah mama.

Aku menaiki anak tangga.Aku memulas tombol pintu dan menguakkan pintu itu.Perlahan-lahan aku menapak ke katil Iz.Aku mengangkat bantal Iz.Aku terpempan.Satu kotak barang kemas berwarna merah,sepasang baju kurung dan sekeping gambar berada di bawah bantal Iz.Baju kurung itu adalah baju kurung yang aku suka di kedai hari itu.Barang kemas itu aku percaya hadiah untuk Azyan.Mataku tertancap pada sekeping gambar.Aku mengambil gambar tu.

Ini...Gambar 4 tahun lepas.Dia menangkap gambarku secara senyap-senyap pada majlis hari jadi mummy.Air mataku menitis,teringat kenangan gembira antara aku dan dia.Adakah dia...Benar-benar masih men...Ah,aku keliru!Kenapa aku harus merasa keliru sedangkan aku sudah buat pilihan.Aku yakin...Putralah yang paling tepat!

"Huh...Tu untuk kenangan jer...Jangan risau,"kata Iz lalu meletakkan gambar itu kembali di bawah bantalnya.Kotak barang kemas itu diambilnya dan juga baju kurung itu."Baju kurung ni Iz bagi kat Wana,happy birthday!"ucapnya sambil menghulurkan baju kurung itu.Dia berlalu.Aku kaku.Hari jadi aku...Aku sendiri pon lupa lusa adalah hari jadiku!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2007 03:02 PM | Show all posts
aahh..tension dengan Izz...rasa macam jatuh cinta semula lak dengan Izz ..tapi...sayang sangat dengan Putra...Lily keliru betullah dengan perasaan ni kan....  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2007 03:04 PM | Show all posts

Reply #229 ummisha1311's post

haah
kuikui....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 03:05 PM | Show all posts
kalau zety jadi izzat biar je wana dgn putra tu takkanlah nak ambil sisa orang kot. kalau brand new ok jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2007 03:07 PM | Show all posts

Reply #231 zetyaiman's post

ekekekekekk
kalu dah cinta....cinta itu kan buta.....
ekekekekk
lgpon kita berkawen bkn sbb nafsu....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 03:16 PM | Show all posts

Reply #232 lily_lyssa's post

memanglah lily kebanyakkan orang berkahwin bukan kerana nafsu tapi perfepsi orang melayu kebanyakkan mementingkan benda tu.

cuma kenapa dulu izzat nak tinggalkan wana utk ridzal sekarang ni bila ridzal dah nak tunang baru terhegeh - hengeh nakkan wana balik :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2007 03:36 PM | Show all posts

Reply #233 zetyaiman's post

sabau....
bacer bab 37...
nnt bleyh agak sbb aper dye tinggalkan Wana....
dan sbb aper bila Ridz dah tunang baru dia nak terhegeh-hegeh...
agak jela....
lily x wat terang-terangan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2007 04:03 PM | Show all posts
Bab 37

"Iz,papa dah cakap yang papa nak Iz stop apa-apa jer yang Iz nak buat skang ni,"kata papa Riz.Papa Riz,Ridzal dan Izzat berada di taman ketika ini.Aku dan Azyan pula curi-curi dengar.

"Tapi pa,Iz cintakan Wana,"jawab Iz.Jantungku bagai dilanda ombak ganas.Iz cintakan aku?"Salah Iz jugak...Yang gi putuskan Wana dulu kenapa?"kata papa Riz."Sebab Ridz cintakan Wana,"balas Iz.

"Hanya sebab Ridz?Abang...Dah 4 tahun,abang dengan Wana,abang tak bagitau pon kat Ridz.Lepas tu pulak,senang-senang lepaskan Wana hanya sebab Ridz?Kalau abang pertahankan cinta abang tu,mesti abang dah gantikan Putra skang,"kata Ridz.

"Abang cuma nak Ridz happy.Ridz tak ingat ke apa doktor kata?"soal Iz."Itu bukan alasan yang baik nak putuskan Wana.Wana bukan barang nak diberi kat orang senang-senang.Papa berharap sangat Iz ngan Wana akan kawen,tapi...Iz sia-siakan harapan papa.Iz sia-siakan peluang yang ada.Naper bila Wana dah kawen baru Iz nak dia balik?"soal papa Riz dengan nada yang tinggi.

"Iz tau Iz bodoh dulu..."balas Iz dengan suara yang sayu."Dah,Iz.Cari pompuan lain!"kata papa Riz.Aku tersenyum.Ya,Iz!Carilah perempuan yang lebih layak.Tapi aku tidak mengerti maknanya..."Ridz tak ingat apa doktor kata?"Apakah maknanya?

"Takder yang setanding dengan Wana.Wana sorang jer yang Iz pilih,"kata Iz."Habis tu abang ingat Azyan setanding dengan Wana ke?Abang ingat Ridz dah tak cintakan Wana sekejap je?Ridz masih cintakan Wana tapi,demi kebaikan dia,Ridz terima cinta Azyan.Ridz yakin Azyan boleh buat Ridz lupakan Wana.Jadi abang kena cari pompuan lain yang dapat melupakan Wana,"kata Ridzal pula.Aku tersentak mendengar kata-katanya.Aku memandang Azyan.Air mukanya aku sedar berubah.Aku tahu,hatinya terguris tapi...Bukan salah aku!Azyan menitiskan air mata dan berlalu.Aku ingin mengejarnya tetapi aku ingin mendengar lagi perbualan mereka.

"Iz...Wana tu isteri orang.Tak elok meruntuhkan masjid yang telah dibina,"pujuk papa Riz."Iz tau tapi...Salah ke Iz cintakan Wana sepenuh hati?Salah ke Iz?Salah ke Iz nak tengok Wana happy?"

"Iz,Wana dah happy ngan Putra sekarang.You don't need to do that!Not nescessary!"kata papa Riz."Wana tak happy dengan Putra.I can read her mind.I know from her eyes,"kata Iz."Abang mana boleh baca fikiran dia!"tegas Ridz."Ridz,I can.4 tahun abang bersama dengan dia,abang tahu macam mana nak fahami dia,"kata Iz.

"Tak semestinya Putra tak pandai baca fikiran dia,tak fahami dia!"kata papa Riz."Papa,bukan tu apa yang Iz cakap!Wana nak bersama dengan orang yang dia cinta dan Iz boleh nampak dia masih cintakan Iz!"tegas Iz."Iz...Kalau Iz tau dia masih cintakan Iz,kenapa Iz lepaskan dia?Naper tak pujuk dia sebelum dia kawen?"soal papa Riz."I have!Tapi dia jauhkan diri dari Iz.Bila Iz call,kadang-kadang dia biarkan,"kata Iz.

Cukup!Aku dah tak rela mendengarnya.Aku takut sekiranya aku jatuh cinta sekali lagi pada Iz!Aku takut mendengar keikhalasan cintanya padaku.Aku ke dapur membantu mama membasuh pinggan.

"Mama nak gi toilet jap.Wana tolong eh,"pinta mama sebelum berlalu.Aku mengangguk dan membasuh pinggan.

"Wana..."panggil Iz dari pintu dapur.Aku hampir tercampak pinggan di tanganku.Betapa berdebar-debarnya perasaanku mendengar suaranya sejak mendengar perbualannya dengan papa Riz dan Ridzal.Iz mendekatiku."Nak Iz tolong?"

Aku menggeleng pantas.Tapi Iz tetap degil dan menarik pinggan di tanganku dengan lembut.Tiba-tiba dapur menjadi gelap.Elektrik terputus!Aku pula takut gelap segera memaut leher Iz dengan erat.Aku benar-benar takut gelap.Tidak tahu mengapa.Iz yang terkejut dengan apa yang aku lakukan terlepas pinggan di tangannya.

Pinggan itu pecah dan serpihannya terkena kakiku."Kaki Wana,"aku terjerit kecil."Sori,sori.Iz tak ingat Wana takut gelap,"kata Iz.Iz mendudukkan aku di atas kerusi di dapur.Aku tak tahu macam mana dia boleh nampak  kerusi tu dalam keadaan gelap macam ni.Aku takut...Aku menggenggam tangan Iz,tidak mahu dia jauh darikuAku tak mahu keseorangan dalam keadaan gelap macam ni.Iz mengerti.Dia turut menggenggam tanganku erat.Manakala tangannya yang sebelah lagi,meraba-raba lantai untuk mengutip serpihan kaca tadi.

"Iz,Wana?"panggil Azyan.Azyan masuk ke dapur sambil membawa lilin di tangannya."Wana tak apa-apa?"soal Azyan apabila melihat aku berpeluh-peluh ketakutan sementara Iz mengutip serpihan kaca."Kaki Wana,"jawabku.Azyan merenung kakiku yang berdarah.Dia meletakkan lilin di atas kabinet di dapur dan berlalu untuk mengambil ubat.

Disebabkan dapur sudah cerah dengan cahaya lilin,aku melepaskan tangan Iz perlahan-lahan.Aku memicit-micit kakiku.Pedih!Iz yang sudah siap membuang serpihan kaca,mengambil tisu dan mengelap perlahan darah di kakiku."Sakit?"soalnya.Aku mengangguk perlahan."Sorry,Iz terkejut tadi.Tu terlepas pinggan,"kata Iz.Aku mengangguk mengerti.

"Wana pakai lagi,gelang kaki ni?"soal Iz sambil menunjuk gelang kakiku.Aku mengangguk.Dia tersenyum lebar.Aku menutup mata menahan pedih di kaki.Azyan datang dengan membawa ubat.

Iz mengambil ubat itu.Dia menyapu lukaku dengan ubat itu."Okey...Tahan eh,"katanya.Aku mengangguk.Aduh,sakit sangatlah.Kaca ni punya pasal!

"Dah,kita pergi kat luar.Boleh jalan?"soal Iz.Aku mengangguk perlahan.Aku bangun dan berjalan perlahan.Azyan menghulurkan bantuan dan membiarkan aku memaut bahunya.Di taman,papa Riz,mama dan Ridz duduk sambil berbual.Yalah,duduk di luar sejuk  sedikit.

"Naper dengan Wana,Iz?"soal mama.Papa Riz merenung Iz tajam."Pinggan tadi.Bila blackout,dia terpijak,"jelas Iz sambil melabuhkan punggung di sebelah Ridz.Azyan melabuhkan punggung di sebelahku.

"Aku rindu kau tau!Lama dah aku call kau?Naper tak boleh?"bisikku pada Azyan."Aku tukar number,"balasnya ringkas dan perlahan,tidak mahu mengganggu keasyikan mama dan papa Riz merenung langit malam."Naper kau tak call aku?"bisikku lagi."Tak nak ganggu kau dating ngan Iz.Lagipon,aku baru tahu yang kau dah putus ngan dia.Tak sangka kau dah kawin yek!Suami kau tu hensem?"soal Azyan.Aku mengangguk dan ketawa kecil.Azyan tersengih.

"Saper nama suami kau?Nama panuh..."soal Azyan perlahan."Putra Haikal Bin Putra Suffian.Nanti aku citer kat kau macam mana boleh jumpa,"kataku.Dia mengangguk.Lewat ekor mataku,aku dapat menangkap mata Iz yang merenungku...Iz...Cukuplah,aku tak mahu jadi isteri yang curang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 04:16 PM | Show all posts
.....
arghhhh.. nape begini jadi nyer..
uhuk.. uhuk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2007 06:06 PM | Show all posts
sedih lah Lily....sayu rasanya...cinta-cinta, mengapalah perlu ada sengsara jika benar cinta itu indah...erhmm
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 06:25 PM | Show all posts
iz,iz,iz.....jgnlh wt wana cm tu ,ksian kt wana ngan putra.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 09:25 AM | Show all posts
kesian nyer wana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2007 11:21 AM | Show all posts
Bab 38

"Sayang,kita makan kat hotel esok?"Wana berpaling dan melemparkan senyuman pada Putra."Naper plak nak makan kat hotel?Masakan Kak Mon kan sedap,"pujiku sambil memandang Kak Mon yang tersengih mendengar pujiannya.

"Bolehlah,sayang,"pujuk Putra sambil merangkul pinggangnya."Boleh..." jawabku. Putra tersengih.Kami berdua menghenyakkan punggung di atas sofa di beranda."Esok kira kali pertama kita makan kat luar lepas 5 bulan kita kawin,"kata Putra.Aku mengangguk.Kemudian,aku menepuk dahi.

"Naper sayang?"soal Putra."Kita pergi lusa boleh tak?Esok Ridz kawen,"kataku.Putra mengeluh."Okeylah.Lusa pon lusalah...Asalkan kita pergi jugak.Esok petang ke pagi?Petang I ader klien dari Sweden,"kata Putra."Pagi...Malam tu,I nak tolong diorang.Boleh?"

Putra mengangguk.Aku melentokkan kepalaku ke dadanya.Dia mengelus-elus rambutku."I tak nak you gunting rambut you...Biar panjang.Ayu sikit,"katanya.Aku tersenyum."Sikit jer ayu?"

"Ha'ah...Sayang tak ayu mana,lawa ngan cantik tu lebih banyak.Tapi...Paling banyak,comel!"katanya sambil mencuit hidungku.Aku menggaru hidungku."Gelilah!"aku menjerit kecil.Putra tergelak."Sayang...I laparlah,"kataku.Putra terkejut."Aik,baru jer tadi makan,lapar lagi?"

Aku mengangguk.Putra tersenyum."Nak makan apa?Kita keluar pergi beli,"katanya."Nak makan kek pisanglah,"kataku.Putra tersenyum."Pergi pakai tudung,kita gi cari,"katanya.Aku menjuihkan bibir."Naper?"soalnya lembut."Malaslah nak ambik tudung kat atas.Tolong ambikkan boleh?Yang colour putih dalam almari tu.Dah digantung,"arahku.Dia mengangguk dan memanjat tangga.

"Nah,kek pisang,"Putra menghulurkanku piring berisi sepotong kek pisang.Aku merenung pelanggan restoran di sekeliling dan memandang piring.Aku makan.Tidak sampai lima suap,aku menolak piring itu."Tak habis..."kataku.Putraa tersengih."Tulah,gatal nak makan.Baru jer lepas makan.Hem...Membazir jer...Biar I habiskan,"kata Putra sambil menghabiskan kek pisang itu.

"I nak makan mee kari ngan jus carrot,"pintaku.Putra merenungku."Kali ni,sure habis?I tak larat nak habiskan,"kata Putra.Aku tersenyum dan mengangguk.Putra bangun tetapi duduk kembali.Dia merenungku."Sayang mana minum jus carrot!Hari tu mama Sara buat,sayang nak minum air milo,"kata Putra."I nak jugak!Kalau tak,I tak makan sampai bila-bila,"rajukku.Putra mengeluh dan memesan mee kari dan jus lobak merah.Aku sekadar menunggu.

Aku makan mee kari dengan berselera."Ai...Pedas mee kari tu,tak nak minum air ke?"soal Putra yang merenungku dari tadi bersama senyuman.Aku menggeleng."Tak pedaslah!Biasa je...Best,"kataku.Habis semangkuk mee kari,aku menyedut jus lobak merah.Sekejap sahaja,gelasku kosong.

Dalam perjalanan pulang,aku rasa..."Nak makan jeruk pauh!"pintaku.Putra merenungku."Jeruk pauh?Kat umah ader pauh tak masak...Nanti suruh Kak Mon buat,"kata Putra yang sedang memandu."Nak sekarang!"rengekku."Nak sekarang?"soal Putra.Aku mengangguk.Ketika itu,kereta Putra sudah masuk halaman rumah.

Mama Sara menerpa kami."Hei,naper malam-malam macam ni kuar?"soal mama Sara."Wana...Dia nak makan kek pisang tadi,"jelas Putra.Mama Sara mengangguk dan berlalu.Aku mencuit lengan Putra."Nak jeruk pauh,"pintaku.Mama Sara terdengar dan berpaling.Dahinya berkerut."Mama,nanti suruh Kak Mon buatkan jeruk pauh untuk Wana,"kata Putra pada mama Sara.

Mama Sara tersenyum lebar memandangku."Bukan ke tadi Wana dah makan malam?Naper nak makan kek pisang?"soal mama Sara.Aku menjungkitkan bahu."Tak habis makan kek pisang tadi.Pastu wana makan mee kari ngan jus carrot,"kataku."Jus carrot?You never drink it!"kata Mama Sara.Nadanya kegembiraan.

"Naper mama gembira sangat ni?"soal Putra pelik.Aku juga pelik.Mama menarikku masuk."Hati-hati,"kata mama Sara.Putra menurut di belakang."Suffian!"panggil mama Sara.

"Ya,aper awak panggil saya ni?"sahut papa Suffian yang menuruni anak tangga."Cucu!"jerit mama Sara.Aku dan Putra berpandangan sebentar sebelum memandang mama Sara."Cucu?"soal papa Suffian.Mama Sara mengangguk."Wana pregnant!"

Aku terkejut."Mama Sara,Wana tak pregnantlah!Wana keluar makan,bukan keluar pergi klinik,"kataku.Kak Mon yang mendengar mendekatiku."Tahniah...Wana mengandungkan cucu sulung Tuan ngan Puan,"kata Kak Mon.Aku menggeleng."Tak.Wana gi makan tadi,"ulangku.Putra yang pelik tadi bersuara."Apa kena mengena..."dia terdiam.

Putra memandang Mama Sara ngan Papa Suffian.Mama Sara tersenyum dan Putra memelukku."Naper ni?Buang tabiat ke?"bisikku pada Putra yang tidak meleraikan pelukan."Wana mengidam tadi,"kata Mama Sara.Aku tersentak.Aku menarik lengan Putra."Nak jeruk pauh,"pintaku perlahan.Putra tergelak."Mintaklah apa-apa pun,I bagi!"katanya.Aku tersenyum.Aku...Aku mengandung!

Kak Rah,6 bulan lebih dah usia kandungannya.Kak Aini pula baru 5 bulan...Aku...Tak tahu lagi sebenarnya."Tapi tak sure lagi kan?"kataku pada Putra di dalam bilik.Putra tersenyum lebar"Meh,baring sini."

Aku baring di sebelah Putra berbantalkan dada bidangnya.Jari-jemarinya bersilang dengan jari-jemariku.Dia mengucup kepalaku."Biar pun tak pasti tapi,tak salah berharap.Cumaa jangan berharap terlalu lebih...Masih ada peluang,"katanya.Aku mengangguk."Hemm...Kalau anak perem...."Aku menekup mulutnya dengan tapak tanganku.

"I tak nak you terlalu berharap.I takut nanti you kecewa,"kataku.Putra mengeluh dan mengangguk."Esok,sebelum kita pergi wedding tu,kita pergi jumpa Doktor Yanni,okey?"Aku mengangguk.

Indahnya sekiranya anggapan Mama Sara tadi benar.Aku akan menjadi seorang ibu...Ibu yang mithali...Hehe.Aku ketawa kecil.Putra tersenyum lebar.Aku akan menjaga anak kami sebaik-baiknya.

"Sayang tak tidur lagi?"soal Putra.Aku menoleh."Tak dapat tidur,"jawabku."Excited?"duganya.Aku mengangguk perlahan.Putra bangun dan bersandar di kepala katil.Aku meletakkan kepalaku di ribanya.Dia mengucup ubun-ubunku.

"Kalau betul sayang pregnant...Anak lelaki,nak bagi nama aper?"soal Putra."You decide,"kataku.Dia menggeleng."Sayang lebih kreatif dari I,"katanya.Aku memikir sebentar dan terlintas sahaja di fikiranku..."Anak lelaki,Muhammad Fareez Hameedi.Anak perempuan,Marlina Fatihah Hamida."

Putra merenungku.Aku seolah tersedar,mengetapkan gigi.Semoga Putra tidak sedar nama-nama itu pangkal namanya,huruf MFH...Janganlah...Perlahan-lahan bibir Putra meleret dan membentuk senyuman."Sedap nama tu,"kata Putra.Aku mengangguk.Kenapa nama itu yang terlintas di fikiranku?Kenapa seolah-olah ada yang datang di dalam fikiranku dan mengatakan anakku harus diberi nama seperti itu?

Aku merenung muka Putra.Matanya bercahaya memandangku.Aku tersenyum.Tawar.Ah,tak salah!Nama jer...No big deal!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.055811 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list