CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mirza5

Berita di pahang hari ni..

[Copy link]
Post time 6-3-2008 11:43 AM | Show all posts
5,000 pegawai, anggota polis ditempatkan di Pahang

Oleh SHAMSIAH ZULKAFLI


Musa Hassan ketika mempengerusikan mesyuarat sempena Pilihanraya Umum Ke-12 di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang, semalam.

KUANTAN 5 Mac
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2008 11:43 AM | Show all posts
Jangan jadi 慿acang lupakan kulit
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 11:46 AM | Show all posts
Pencuri dua jentolak dicekup



RAUB: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit mencuri dua jentolak bernilai kira-kira RM145,000 diberkas polis, kelmarin.

Berikutan penahanan lelaki terbabit, polis menemui semula dua jentolak yang dilaporkan hilang di Jalan Cheroh dan Batu 1, Jalan Raub-Lipis, dekat sini, di sebuah kedai di Yong Peng, Johor, kira-kira jam 1 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Samsuddin Wan Osman, berkata sebelum kejadian, polis menerima dua laporan mengenai kehilangan dua jentolak di kawasan terbabit.

Menurutnya, susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu untuk membantu siasatan.
Katanya, lelaki berusia lingkungan 30-an itu kemudian mengaku terbabit dalam kejadian itu sebelum polis menemui dua jentolak berkenaan di Yong Peng, Johor.



Beliau berkata, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit melakukan perbuatan itu bersama beberapa individu lain yang masih bebas pada waktu malam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 11:47 AM | Show all posts
Jangan gaduh
Oleh Zaitie Satibi
[email protected]

KUANTAN: 揚ilihan raya ini macam hari raya, buatlah elok-elok, tidak perlu bergaduh. Jika semua orang ikut undang-undang dan tidak menimbulkan masalah, tidak berlaku kejadian buruk,
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 10:23 AM | Show all posts
Kerajaan punyai strategi bangunkan kampung tradisional

JERANTUT 6 Mac - Kerajaan mempunyai strategi yang tersusun untuk membangunkan kampung-kampung tradisional di pinggir Sungai Pahang dan Sungai Tembeling terutama dalam sektor pertanian dan pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, mekanisme itu bertujuan membantu mengubah kehidupan penduduk yang berpendapatan rendah dan menghapuskan saki baki kemiskinan tegar menerusi pertanian.

Beliau berkata, agensi seperti Felcra, RISDA, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan akan membantu penduduk berkenaan yang mempunyai tanah terbiar untuk melaksanakan projek perladangan getah, kelapa sawit, tanaman kontan dan ternakan ikan air tawar untuk pasaran sejajar dengan permintaan yang semakin meningkat dan kenaikan harga yang memberangsangkan.

"Strategi kerajaan di kampung tradisional untuk membantu pendapatan penduduk termasuk warga emas dan mereka yang miskin tegar serta pada masa yang sama menarik golongan belia kembali ke kampung masing-masing," katanya.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan jeti baru dan melepaskan benih ikan air tawar di Sungai Pahang, di Kampung Durian Hijau, di sini hari ini.

Ahmad Shukri berkata, kerajaan menyediakan kemudahan asas di kampung-kampung tradisional di pinggir Sungai Tembeling dan Sungai Pahang dengan membina jalan raya dan jeti untuk memudahkan petani memunggah hasil pertanian ke bandar Jerantut dan tempat pengumpulan hasil pertanian.

"Tidak perlu dipersoalkan niat kerajaan kerana sebelum pilihan raya ini banyak projek kemudahan asas dibina yang membabitkan kos yang tinggi di kampung-kampung tradisional.

"Kita membalas kepercayaan pengundi dan rakyat sejak pascamerdeka dan memanifestasikan semua pembangunan secara berperingkat hingga keadaan ekonomi semakin baik dan pendapatan penduduk semakin selesa," katanya.

Oleh itu, tambah beliau, rakyat perlu memberi mandat sekali lagi kepada BN untuk meneruskan agenda pembangunannya.

"Usaha murni ini terbukti kebenaran, apabila kemiskinan tegar berjaya dikurangkan daripada 50 peratus kepada 3 peratus sahaja menjelang 2010.

"Bagi DUN Pulau Tawar, kita akan menumpukan sektor perumahan untuk penduduk miskin dengan membina 150 buah rumah lagi di Bukit Rang dan Galong pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga merancang untuk membahagikan lot tanah di Bukit Rang dan kampung tradisional untuk belia berkeluarga membina rumah dan memudahkan mereka menumpukan perhatian kepada bidang pertanian sebagai sumber pendapatan.

Mengenai pembangunan di Durian Hijau, tambahnya, kerajaan membina dua batang jalan raya bernilai RM2 juta, bangunan baru sekolah rendah berharga RM1.4 juta dan jeti persinggahan bot berharga RM60,000 yang telah digunakan untuk kemudahan memunggah hasil kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 10:24 AM | Show all posts
Pilihan raya bukan mainan dan kajian

BENTONG 6 Mac - Rakyat diminta tidak menjadikan pilihan raya umum ini sebagai bahan kajian dan penyelidikan bagi menentukan kerajaan dan masa depan negara.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, walaupun rakyat mempunyai hak untuk memilih kerajaan tetapi pilihan raya adalah penting dan tidak boleh dianggap sebagai satu permainan kerana ia mempunyai kaitan dengan masa depan dan hidup kita sendiri.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya berfikir secara matang sebelum menggunakan hak mereka untuk mengundi pada Sabtu ini, agar tidak tersalah memilih dan menggadaikan masa depan negara.

"Pilihan raya ini tidak boleh main-main dan cuba-cubaan. Contohnya, kalau kita berkahwin, ia bukan perkara boleh main-main, kita suka dengan pasangan kita, sesuai dan serasi dengan keluarga kita, kita kahwin. Ia bukan perkara cuba-cuba dan lepas itu tengok sebulan, macam mana?

"Kalau perkahwinan itu untuk menentukan hidup dan masa depan keluarga, begitu juga dengan pilihan raya ini adalah satu kaedah untuk menentukan masa depan negara," kata beliau.

Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan Sekolah Menengah Sains Bentong di Gugusan Felda Mempaga dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Adnan meminta syarikat kontraktor yang diberikan peluang untuk melaksanakan projek kerajaan supaya turut memberikan peluang kepada kontrak-kontrak kecil tempatan dan menggunakan bahan binaan yang dibekalkan oleh peniaga tempatan.

Menurut beliau, Sekolah Sains Bentong yang berharga RM40 juta adalah projek yang dicadangkan sejak tahun 2002 di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) lagi dan bukannya dibina semata-mata sebagai projek pilihanraya umum kali ini.

Apabila siap nanti pada tahun 2010 sekolah ini yang dibina di atas tanah seluas 16 hektar akan dilengkapi 30 bilik darjah, pusat pentadbiran, asrama dan lain-lain kemudahan yang menampung 900 pelajar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2008 10:33 AM | Show all posts
Buru ikan di Sungai Kenau
Oleh Syed Abdullah Syed Nordin
[email protected]

SATU ketika dulu, Sungai Lembing sememangnya terkenal di merata dunia sebagai pusat pengeluaran bijih timah dan kini cukup terkenal sebagai pusat pelancongan bersejarah di Pahang.

Namun, di sebalik keunikan itu, Sungai Lembing juga mempunyai keistimewaan lain antaranya lokasi perkelahan menarik yang mampu menjadi pusat pelancongan terkenal satu ketika nanti.


Lokasi perkelahan di Sungai Kenau itu hanya kira-kira dua kilometer (km) dari jalan utama menuju ke pekan Sungai Lembing. Perjalanan dari pusat bandar Kuantan mengambil masa kira-kira 45 minit.

Walaupun kawasan perkelahan berkenaan tidak dipromosikan secara meluas dan jarang diketahui umum, ia kini semakin popular dan sering menjadi bualan ramai di kalangan kaki pancing serta pencinta alam.

Ada penggemar hobi ini yang datang dari luar Pahang semata-mata untuk memburu ikan di beberapa lubuk di sepanjang Sungai Kenau. Rata-ratanya, kembali ke sungai ini kerana gemarkan cabaran memburu spesies ikan air tawar yang menghuni dasar sungai yang tidak terlalu dalam.

Tunggu saja apabila malam menjelang terutama ketika cuti umum atau hujung minggu. Tebing sungai seakan 'berpenunggu' kerana dibanjiri kehadiran kaki pancing yang sanggup bermalam demi menanti umpan disambar ikan.

Sungai ini yang masih terpelihara menjadi pusat riadah keluarga terutama untuk mereka yang mengisi percutian hujung minggu.

Berbekalkan keunikan sungai yang tersendiri dan alam semula jadi yang masih bebas daripada pencemaran, Sungai Kenau turut terkenal di kalangan pelancong asing terutama dari Singapura.

Ternyata Sungai Kenau mampu memberikan keseronokan dan kepuasan bagi pencinta alam serta mereka yang ingin mencari pengalaman baru di pinggir sungai.

Di sini juga kebanyakan pengunjung dilihat melakukan aktiviti menyuluh udang antara jam 3 hingga 6 pagi, apatah lagi udang sering kelihatan bermain di celah-celah batu berhampiran tebing sungai berkenaan.

Berbekalkan kesunyian malam dan bunyi unggas di situ, ia satu pengalaman baru yang mungkin jarang dirasai di tempat lain.

Kunjungan ke Sungai Kenau juga tidak sia-sia kerana berpeluang melihat keunikan seni bina rumah Inggeris di sekitar kawasan perlombongan Sungai Lembing.

Jika mempunyai kelapangan masa, boleh melihat pelbagai keunikan peralatan melombong bijih timah yang kini dipamerkan sepenuhnya di Muzium Sungai Lembing.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 09:54 AM | Show all posts
Jangan halang perantau pulang mengundi

PEKAN 7 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak bahawa golongan perantau yang pulang ke kampung halaman untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 esok, bukan pengundi hantu.

Sehubungan itu, tegas Timbalan Perdana Menteri, golongan tersebut tidak boleh dihalang sama sekali untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat.

''Tidak ada pengundi hantu di negara ini. Ini sengaja dimomokkan oleh pembangkang untuk menakutkan pengundi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Rawatan Pergigian Secara Percuma oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kompleks Warga Emas Yayasan Tun Rahah di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, ibu Najib, Tun Rahah Mohd. Noah, angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha serta para pegawai ATM.

Beliau mengulas dakwaan parti pembangkang kononnya golongan perantau yang pulang ke kampung halaman untuk mengundi esok sebagai pengundi hantu.

Berikutan itu, parti-parti pembangkang dikatakan merancang untuk menghalang kemasukan golongan tersebut daripada pulang ke kampung halaman masing-masing.

Mengulas lanjut, Najib meminta golongan perantau supaya tidak bimbang untuk pulang ke kampung halaman mereka untuk mengundi.

Ini kerana, katanya, pihak berkuasa telah memberi jaminan bahawa keselamatan mereka adalah terjamin walaupun ada ura-ura daripada pihak tertentu untuk menghalang mereka pulang untuk mengundi.

[ Last edited by  cintan66 at 8-3-2008 09:56 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2008 09:56 AM | Show all posts
Najib ceria dalam debaran tunggu hari pengundian


RAHAH Mohd. Noah menyampaikan sumbangan berupa cermin mata kepada penduduk-penduduk Pekan yang telah membuat pemeriksaan mata pada Majlis Perasmian Klinik Gigi Tun Abdul Razak Yayasan Rahah di Pekan, Pahang, semalam.

PEKAN 7 Mac
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 09:58 AM | Show all posts
TPM yakin pilihan raya lancar

Oleh: SITI MARIAM MD. ZAIN

PEKAN 7 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin pilihan raya yang berlangsung esok akan berjalan dengan lancar dan selamat.

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, polis akan sentiasa memastikan keselamatan pengundi terjamin sepanjang proses pengundian berlangsung.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan pihak-pihak tertentu jangan menafikan hak pengundi untuk mengundi kerana ia jelas termaktub dalam Perlembagaan.

''Saya berharap semua lancar kerana dalam tradisi pilihan raya umum di Malaysia, proses pengundian kita berjalan dengan bebas dan selamat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Rawatan Pergigian Secara Percuma oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kompleks Warga Emas Yayasan Tun Rahah di sini hari ini.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, ibu Najib, Tun Rahah Mohd. Noah, angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha serta pegawai-pegawai ATM.

Terdahulu, dalam ucapannya Najib berkata, kerajaan memberi subsidi sebanyak 98 peratus kepada rakyat untuk mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan.

Menurut beliau, rakyat hanya dikenakan sedikit bayaran bagi rawatan manakala kos pembangunan sesebuah hospital atau klinik ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

''Kos-kos bagi menyediakan bangunan dan peralatan perubatan dibiayai sepenuhnya kerajaan manakala rakyat hanya perlu membayar kos rawatan," jelasnya.

Mengenai pembinaan kompleks berharga kira-kira RM2 juta yang dibina menerusi Yayasan Tun Rahah itu, Najib berharap ia akan dapat membantu melengkapkan lagi kemudahan untuk orang ramai di kawasan tersebut.

''Mengenai program rawatan pergigian percuma ini pula saya difahamkan, setiap minggu pelanggan kita tidak kurang daripada 100 orang akan diperiksa oleh doktor dan mereka ini juga akan menerima ubat secara percuma," katanya.

Program pergigian percuma yang dijalankan oleh ATM itu katanya, akan dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan penduduk setempat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 10:09 AM | Show all posts
Pesta malam di Kampung Salang
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
[email protected]
        
kampung salang, pulau tioman...
BAGI yang pernah ke Pulau Tioman, Kampung Salang bukanlah nama yang asing sebagai destinasi tumpuan pelancong yang berkunjung ke pulau kecil di Laut China Selatan itu.

Melepas lelah sepanjang pantai

Perairan sekitarnya yang dekat dengan beberapa terumbu karang tiruan menjadikannya antara lokasi terbaik untuk snorkling dan selam skuba.

Wajah sebenar Kampung Salang akan bertukar apabila senja melabuhkan tirainya. Saat ini, kumpulan penyelam yang keletihan kerana sehari suntuk meneroka rahsia dasar laut sekitar Tioman, melepaskan lelah di bar dan warung sepanjang pantai di kampung ini.

Kebanyakan bar ini didirikan berhampiran dengan gigi air membolehkan pengunjungnya melepak sambil melayan hembusan udara petang. Bertambah indah apabila berpeluang menyaksikan pemandangan matahari terbenam.

Menghampiri tengah malam, semakin ramai pengunjung membanjiri beberapa restoran makanan laut di sepanjang pantai kampung ini.

Tanpa kelab hiburan atau panggung wayang tidak bermakna pengunjungnya tidak boleh berpesta.

Penyelesaiannya - melepak di pub atau warung sehingga larut malam. Kawasan berdekatan jeti pula dipenuhi oleh kaki pancing.

Ada juga yang mengambil peluang dengan keadaan langit terang untuk mencandat sotong.

Pengusaha Salang Pesaka Resort, Abdul Khalid Mohamad, berkata perkampungan itu seolah-olah berpesta apabila pelancong dari pelbagai negara berhimpun menyaksikan siaran langsung perlawanan bola sepak.

揔ami menyediakan layar besar yang dipasang di restoran.

揂da kalangan penyelam dan pengembara backpackers membentuk pasukan penyokong masing-masing,
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 02:47 PM | Show all posts
Najib harap peratus keluar mengundi capai tahap tertinggi
08/03/2008 1:37pm

PEKAN 8 Mac
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 10:47 AM | Show all posts
Masa depan Bandar Tun Abdul Razak Jengka malap

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

BANDAR JENGKA 10 Mac - Masa depan Bandar Tun Abdul Razak Jengka sebagai bandar bumiputera terulung di negara ini kini menjadi tanda tanya berikutan 'trend' peniaga dan peneroka Felda yang kurang memberi sokongan kepada kerajaan.

Fenomena itu direalisasikan melalui arah aliran pengundi di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Felda Jengka 15 dan Jengka 18 yang majoritinya berpihak kepada calon pembangkang.

Di saluran peti undi Bandar Pusat Jengka, Pas mendapat 1,182 undi manakala Barisan Nasional (BN) sebanyak 777 undi.

Majoriti sokongan pembangkang ialah 405 undi.

Kawasan kubu Pas di peti undi Felda Jengka 18, calon Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menang dengan majoriti sebanyak 244 undi.

Pas mendapat 928 undi dan BN memperoleh 648 undi.

Satu lagi kawasan hitam BN ialah di peti undi Felda Jengka 15 apabila calon BN, Wan Salman Wan Ismail tewas dengan majoriti 34 undi.

Bagaimanapun, keputusan keseluruhan Pilihan Raya Umum Ke-12 bagi DUN Jengka Sabtu lalu, memihak kepada BN apabila Wan Salman berjaya menewaskan Pesuruhjaya Pas Pahang itu dengan majoriti tipis sebanyak 596 undi.

Wan Salman mendapat 7,454 undi dan Tuan Ibrahim 6,858 undi.

Penganalisis politik tempatan menyifatkan penonjolan terang-terangan segelintir peniaga dan peneroka Felda menyokong pembangkang menyerlahkan sikap antipembangunan.

Menurut mereka, masih wujud peneroka yang gagal melihat ketulusan kerajaan dalam membawa perubahan kepada kehidupan mereka.

Pengerusi Kelab Usahawan Jengka (Kuwada), Abdul Rahman Basri berkata, Bandar Tun Abdul Razak Jengka dianggap 'jantung hati UMNO' kerana menjadi tempat melatih bumiputera dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

''Peniaga yang bersaing sesama sendiri di bandar bumiputera itu terdiri daripada majoriti warga Felda yang berjaya meletakkan diri menjadi usahawan yang terbilang.

''Bagaimanapun, ada kalangan peniaga tidak bersyukur malah memusuhi kerajaan yang menyediakan tempat untuk mereka maju dalam bidang keusahawanan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Rahman menganggap mereka dari golongan 'Melayu mudah lupa' kerana mudah melupakan jasa dan pengorbanan kerajaan yang memberi peluang kepada mereka untuk memajukan diri dalam bidang ekonomi.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Krau, amat sedih dengan fenomena 'Melayu mudah lupa' itu yang bukan sahaja membabitkan segelintir peniaga malah golongan peneroka.

Pengerusi Penyelaras Tekun Nasional Parlimen Kuala Krau, Ahmad Sabrey Idris berkata, misi BN untuk mendidik peniaga Melayu bersaing sesama sendiri di bandar itu terbukti berjaya dan berkesan.

Peluang''Kerajaan yang peka dengan keperluan masyarakat Melayu dengan sokongan bukan Melayu telah memberi peluang bumiputera bertapak di Bandar Tun Abdul Razak Jengka demi menjaga kepentingan peniaga Melayu,'' jelasnya.

Katanya, para peniaga mahu pun warga Felda harus rasional dan mengakui hakikat bahawa kejayaan dan keselesaan mereka dalam bidang ekonomi, sosiol dan pendidikan bukan datang bergolek.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Krau, Norhasmimi Abd. Ghani berkata, peneroka dan peniaga di Jengka sepatutnya bersatu memberi sokongan padu kepada kerajaan yang banyak menyalurkan bantuan kepada mereka.

Katanya, banyak peluang ekonomi, sosiol, pendidikan dan pembangunan menanti mereka kerana kerajaan sentiasa berusaha mengangkat martabat rakyat.

''Jangan gadaikan masa depan status Bandar Tun Abdul Razak Jengka kerana ia boleh berubah kepada bukan Melayu jika penduduknya sendiri gagal bersatu di bawah BN,'' katanya.

Seorang penduduk, Hisham Sapian,45, dari Bandar Tun Abdul Razak Jengka berpendapat, status bandar bumiputera itu harus dipertahankan walaupun wujud kecenderungan peneroka dan peniaga menyokong pembangkang.

UMNO khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru, Wan Salman perlu bekerja kuat untuk mengembalikan keyakinan segelintir penduduk untuk kembali bersama kerajaan, ujarnya.

Bagi anak peneroka Felda Sri Pagi Jengka 17, Norzalila Ahmad, 30, pula amat kecewa dengan kerenah peneroka dan peniaga yang menyokong parti pembangkang sedangkan kerajaan amat prihatin untuk membela dan membangunkan kawasan mereka.

''Berikutan trend sebegitu, kerajaan harus mengkaji semula corak bantuan kepada peneroka Felda kerana walaupun amat banyak komitmen dan perhatian diberikan tetapi ada yang tidak mengenang budi," katanya.

Bagi peneroka Felda Siantan Jengka 19, G. Pongavanam, 58, peneroka perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana membawa banyak perubahan terhadap status sosiol mereka.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku 'Menteri Felda' membawa lebih 50 perubahan dan lonjakan berganda pelbagai program untuk mengukuhkan imej warga peneroka.

Beliau mahu kerajaan 'membedah siasat' prestasi BN yang kurang memberangsangkan itu bukan sahaja di Pahang tetapi juga di seluruh negara.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 10:48 AM | Show all posts
Wan Amizan hadapi tugas berat bangunkan Tembeling

JERANTUT 10 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan yang baru, Wan Amizan Wan Abdul Razak mengakui menghadapi tugas berat untuk meneruskan projek-projek pembangunan di pedalaman Hulu Tembeling di sini yang masih ketinggalan.

Menurut beliau, antara projek pembangunan yang perlu dilaksanakan segera adalah pembinaan jalan raya sejauh 86 kilometer dari Kampung Tuit ke Mat Daling dan menaik taraf kampung tradisional di persisiran Sungai Tembeling.

''Projek jalan raya perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi menggantikan bot penambang Sungai Tembeling yang selama ini menjadi pengangkutan utama penduduk ke Bandar Jerantut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Sabtu lalu, Wan Amizan, 36, yang mendapat 5,112 undi menewaskan calon Pas, Nuridah Mohd. Salleh yang memperoleh 3,755 undi.

Wan Amizan yang juga Ketua Pemuda UMNO Jerantut berkata, projek fasa pertama jalan raya yang menghubungkan Tuit ke Kampung Pagi sepanjang 26 kilometer membabitkan kos sebanyak RM23 juta akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Jelas beliau, fasa kedua projek berkenaan akan disambung ke Kampung Sat, Bantai dan Mat Daling secara berperingkat dengan melibatkan kos keseluruhan bernilai RM97 juta.

Katanya, jalan raya merupakan perhubungan utama untuk membawa hasil pertanian termasuk kelapa sawit dan getah ke Bandar Jerantut.

Wan Amizan berkata, pengalamannya terpaksa mengharungi Sungai Tembeling menggunakan bot penambang untuk menjelajah enam kampung di Hulu Tembeling sejauh 100 kilometer semasa berkempen lalu membuktikan kerajaan perlu segera membina jalan raya ke kawasan berkenaan.

''Saya akan berusaha memastikan kemudahan ini akan direalisasikan mengikut jadual," katanya.

Wan Amizan menjelaskan, kerajaan akan menyusun semula penempatan baru di persisiran Sungai Tembeling dengan membabitkan projek pertanian buah-buahan dan kontan.

Sehubungan itu, katanya, projek jalan raya yang dijalankan berupaya membangunkan kawasan pedalaman yang masih ketinggalan dan pada masa sama dapat menarik kembali belia pulang ke kampung masing-masing untuk bergiat dalam sektor pertanian dan pelancongan.

''Ini adalah tugas berat yang terpaksa saya pikul dan lalui untuk merealisasikan pembangunan Hulu Tembeling khususnya mengubah kehidupan penduduk dan membebaskan saki-baki kemiskinan tegar berkenaan," katanya.

Kemenangan di DUN Tahan mengalahkan Pas, katanya, membuktikan penduduk memerlukan BN menyegerakan projek-projek pembangunan di sini.

Bapa kepada empat orang anak itu tidak menghadapi masalah memimpin DUN Tahan kerana beliau sendiri dilahirkan di Kampung Jong Berlabuh, Tembeling Tengah.

Kebanyakan penduduk Hulu Tembeling, menurut beliau, mempunyai pertalian keluarga dan menerima dengan baik kehadirannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 11:01 AM | Show all posts
RM150 juta lahirkan usahawan anak peneroka

Oleh: ALI MAHMOOD

JERANTUT 13 Mac - Felda memperuntukkan RM150 juta lagi bagi membiayai skim keusahawanan dan latihan belia di kalangan generasi peneroka.

Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail (gambar) berkata, sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi skim keusahawanan dan RM50 juta lagi untuk skim latihan belia.

Beliau berkata, Felda menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dan 10,000 belia di kalangan anak peneroka dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

''Kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin dan memberi peluang kepada peneroka meningkatkan keupayaan berdikari,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Katanya, tahun lalu, Felda menyediakan peruntukan RM50 juta bagi skim keusahawanan dan RM30 juta bagi skim latihan belia.

Tambah beliau, ini menunjukkan bahawa kerajaan BN bersungguh-sungguh untuk memajukan masyarakat peneroka walaupun gagal mendapat majoriti dua pertiga pada pilihan raya baru-baru ini.

Sehubungan itu beliau menasihati masyarakat Felda memanfaatkan setiap peluang yang disediakan kerajaan kerana ia tidak mungkin datang bagi kali kedua.

Katanya, nasib peneroka kini jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu kerana harga komoditi sawit dan getah meningkat malah kerajaan turut membayar pelbagai insentif kepada mereka.

"Jika dibandingkan rakyat di negara lain yang hidup melarat, peneroka Felda lebih bernasib baik kerana memperoleh pendapatan bulanan yang agak baik," tegasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 11:01 AM | Show all posts
Tugas wakil rakyat semakin kompleks

BERA 13 Mac - Gelombang tsunami yang dicetuskan oleh rakyat dalam pilihan raya umum baru-baru ini mengejutkan banyak pihak terutama wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang melihat gelombang itu sebagai petanda rakyat inginkan perubahan.

Sehubungan itu wakil rakyat BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Mohd. Fadil Osman ingin menggunakan sepenuhnya kepercayaan yang diberikan oleh penduduk kawasan terbabit untuk berkhidmat sebaik mungkin.

Katanya, perubahan yang dituntut oleh rakyat tidak lagi boleh dipandang ringan terutama golongan belia yang memerlukan persekitaran yang kondusif serta menghargai peranan mereka.

''Golongan belia bukan lagi boleh dianggap sebagai petugas di sebalik tabir semata-mata tetapi mereka perlu ditonjolkan terlibat secara langsung dalam pembangunan masyarakat setempat,'' kata Mohd. Fadil kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan angin perubahan itu tugas wakil rakyat kini semakin kompleks dan bukan hanya berperanan orang tengah antara rakyat dengan kerajaan semata-mata.

Sebagai wakil rakyat yang baru dipilih beliau berazam untuk bekerja dan mendampingi rakyat dengan menubuhkan Kelab Sahabat DUN Kemayan sebagai saluran mendengar masalah rakyat.

Melalui kelab itu juga beliau akan menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, memberikan tumpuan pendidikan dan membangunkan modal insan bagi merapatkan jurang perbezaan antara kaum.

Di samping itu beliau juga berharap dapat melibatkan golongan belia bergiat aktif dalam kegiatan sosiol dan kesukanan agar dapat melahirkan masyarakat yang cergas dan cerdas.

''Saya juga akan menumpukan perhatian bagi membangunkan pertanian moden, kerana pertanian tradisional tidak berdaya maju dan memerlukan tanah berskala besar untuk mendapatkan hasil yang banyak.

Fadil berpengalaman luas dalam bidang pertanian kerana pernah ini bertugas sebagai pengurus ladang sejak 20 tahun serta berkelulusan Sarjana Pengurusan Sains Perladangan dan Ijazah Kejuruteraan Pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau memenangi kerusi DUN Kemayan apabila mengalahkan pencabarnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Shukri Mohd. Ramli dengan majoriti 3,678 undi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2008 11:02 AM | Show all posts
Tiga maut dalam dua kemalangan

KUANTAN 13 Mac - Tiga maut dalam dua kemalangan berasingan di negeri ini pada pagi semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Negeri Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kejadian pertama melibatkan dua kereta di Kilometer 351, Jalan Raub-Lipis pukul 3 pagi.

Katanya, mereka yang maut ialah penumpang kereta Toyota, Loo Kun Leong, 30, dari Kampung Sungai Kelau, Raub dan pemandu kereta Proton Wira, Mohd. Dzary Ismail, 33, dari Kampung Pangkal Jertas, Machang, Kelantan.

Beliau berkata, nahas berlaku ketika kereta Proton Wira yang dalam perjalanan dari Lipis ke Raub itu gagal dikawal sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.

''Kereta Toyota yang kebetulan lalu di kawasan tersebut gagal mengelak menyebabkan perlanggaran berlaku,'' katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini.

Mohamed Fauzi berkata, berikutan perlanggaran itu, Kun Leong yang cedera parah disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raub.

Dua penumpang kereta tersebut iaitu Koo Meng Choon, 25, dan seorang lagi yang masih belum dikenal pasti hanya cedera ringan.

''Mohd. Dzary pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Temerloh, manakala rakannya, Mohd. Azam Sidik yang cedera parah turut dirawat di hospital yang sama,'' katanya.

Sementara itu, seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bukit Pengorak, di sini meninggal dunia di tempat kejadian setelah motosikalnya merempuh bahagian belakang sebuah treler yang berhenti di tepi jalan, semalam.

Menurut Mohamed Fauzi, kejadian berlaku pada pukul 9.20 pagi di Kilometer 20, Jalan Kuantan Bypass, ketika mangsa, Shaikh Shaharudin Shaikh Ahmed, 35, dalam perjalanan dari bandar Kuantan ke tempat kerja.

''Keadaan hujan lebat menyebabkan mangsa tidak nampak treler tersebut lalu merempuhnya dan mangsa mati di tempat kejadian,'' jelasnya.

Mayat mangsa yang berasal dari Kampung Jawa, Kuantan itu kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi tujuan bedah siasat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 11:03 AM | Show all posts
800 telefon bimbit dirampas

Oleh: SHAMSIAH ZULKAFLI

KUANTAN 13 Mac - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pahang merampas 800 unit telefon bimbit pelbagai jenama bernilai RM500,000 dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah kereta di Pekan Endau, Jalan Mersing-Kuantan, Johor, Selasa lalu.

Pengarahnya, Datuk Hassan Ibrahim berkata, kejayaan itu merupakan hasil intipan selama seminggu oleh sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat Bahagian Pencegahan KDRM bersama Kastam Pencegahan Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, berdasarkan intipan tersebut, pasukan terlibat menahan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun di Pekan Endau pada pukul 5 petang.

"Pemeriksaan terhadap kereta itu menemui sebanyak 800 telefon bimbit pelbagai jenama tanpa label SIRIM, disyaki belum diluluskan oleh Kastam," katanya kepada pemberita di Wisma Kastam di sini, hari ini.

Hassan berkata, nilai dagangan barangan tersebut dianggarkan sebanyak RM400,000 dengan jumlah cukai ditaksirkan RM40,000, sementara nilai pasaran bagi rampasan ialah RM500,000.

"Daripada maklumat risikan, kita dapati telefon bimbit tersebut diseludup dari negara jiran melalui Tambak Johor," ujar beliau.

Katanya, rampasan melibatkan telefon bimbit itu adalah yang pertama di Pahang tahun ini.

Beliau berkata, lelaki terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.

Katanya, bagi kesalahan pertama, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda jumlah nilai barangan dan tidak lebih 20 kali ganda jumlah nilai barang atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Jelas beliau, mengikut Akta Kastam 1967, pengimportan telefon bimbit tertakluk kepada cukai jualan dan memerlukan lesen import seperti dinyatakan dalam jadual kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 1998.

Hassan pada sidang media sama berkata, pihaknya akan mempergiatkan lagi usaha membanteras penyeludupan pelbagai komoditi sama ada melalui laluan darat, perairan, pelabuhan dan premis.

Beliau berkata, orang awam diharap akan terus menyalurkan maklumat kepada pihak Kastam sebagai usaha mencegah penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 11:04 AM | Show all posts
Isteri simbah suami dengan minyak panas

KUANTAN 13 Mac - Seorang isteri bertindak menyimbah suaminya dengan minyak panas setelah diugut mahu diceraikan dalam kejadian di Tanah Rata, semalam.

Berikutan kejadian pukul 11 malam itu, isteri mangsa seorang suri rumah berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan Nordin Mustapha berkata, ketika kejadian mangsa 37 tahun, seorang pemandu pelancong baru pulang ke rumahnya.

Katanya, sejurus tiba di rumah pasangan yang mempunyai anak berusia enam bulan itu dipercayai bertengkar sebelum mangsa mengugut mahu bercerai dengan isterinya.

''Isteri mangsa yang berang terus pergi ke dapur untuk mengambil kuali berisi minyak panas sebelum menyimbah suaminya," jelas beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Nordin berkata, mangsa yang melecur di bahagian muka dan badan kemudian dibawa ke Hospital Tanah Rata oleh isterinya.

Jelas beliau, isteri mangsa sebelum ini mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Kes yang dilaporkan oleh keluarga mangsa itu akan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Isteri mangsa boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 11:04 AM | Show all posts
Asnarita cemerlang STPM selepas gagal ke IPT

KUANTAN 13 Mac - ''Saya pernah rasa malu untuk belajar di tingkatan enam sebab orang kata ia pilihan terakhir selepas tidak dapat masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT),'' kata pelajar terbaik Pahang bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2007, Asnarita Tarmizi, 20.

Namun, usaha pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar di sini selama dua tahun berbaloi setelah turut terpilih sebagai salah seorang pelajar cemerlang peringkat kebangsaan STPM 2007 yang diumumkan semalam.

Asnarita memperoleh keputusan 5 Prinsipal A dengan mendapat Purata Nilai Gred Terkumpul (PNGK) 4.0 bagi semua lima mata pelajaran yang diambil iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi, Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan.

Menurutnya, bukan kerana keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak cemerlang, tetapi dia terpaksa belajar di tingkatan enam kerana status ibu bapanya sebagai penduduk tetap (PR) yang tidak membenarkannya diterima masuk ke mana-mana IPT dua tahun lalu.

''Saya tiada pilihan, kerana minat untuk terus melanjutkan pengajian ke IPT saya perlu ke tingkatan enam, walaupun mendapat 7A dalam keputusan SPM 2005,'' katanya.

Menurut Asnarita, sama seperti dua abangnya yang terpaksa meneruskan pengajian di IPT swasta, dia mungkin akan mengikuti jejak abang-abangnya itu.

''Selepas ini saya tak tahu lagi mahu belajar di mana, tetapi saya amat berminat dengan jurusan Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL),'' ujarnya.

Asnarita berkata, pekerjaan bapanya sebagai pembekal ayam dan ibunya sebagai suri rumah membuatkan dia sedar tanggungjawab untuk membantu keluarga lebih-lebih lagi keluarganya hidup dalam keadaan sederhana.

Dia berkata, ayahnya, Tarmizi Mohd. Jaya, 45, dan ibunya, Rodiah Mohd. Nor, 45, yang kedua-duanya berasal dari Riau, Indonesia merantau ke sini pada tahun 1970.

Bagaimanapun, jelasnya, semua lima adik-beradiknya merupakan warganegara Malaysia.

Ditanya rahsia kejayaannya, Asnarita memberitahu, fokus terhadap setiap mata pelajaran merupakan satu-satunya kunci untuk berjaya.

''Jangan terlalu stres semasa belajar, saya juga tidak menetapkan berapa jam saya perlu belajar selama sehari tetapi saya lebih selesa belajar pada waktu malam,'' katanya.

Asnarita turut mengakui dia agak terkejut setelah mengetahui keputusan pada Jumaat lalu kerana tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang.

''Saya memang tidak sangka kerana menjangkakan hanya dapat 3P tetapi sebaliknya berlaku apabila saya juga terpilih sebagai pelajar cemerlang di peringkat kebangsaan,'' ujar Asnarita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.178597 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list