CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: intan_mahsuri

- SEKOLAH DI ZAMAN SEKARANG -

[Copy link]
Post time 30-8-2006 10:21 PM | Show all posts
ngajor subjek math... tp ada gak kena ngajar PJ, BM
baru je balik solat hajat sempena UPSR nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2006 10:41 PM | Show all posts

Reply #221 tuahayam's post

best of luck kat bebudak ko tuah ... semoga depa seme dapat keputusan yang menggembirakan
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 07:18 AM | Show all posts
satu perkara yang menarik untuk dikongsi bersama... dari akhba utusan

[quote]
Sumbangan guru hambat penjajah

Oleh MOHD. ROSHDI HASSAN


MENONTON iklan merdeka Proton, kisah Cikgu Kamal dan Aman versi tiga minit cukup menyentuh perasaan saya. Saya mengulanginya beberapa kali untuk mengkaji mesej yang hendak disampaikan kepada rakyat Malaysia.

Saya hanya melihat iklan tersebut dari aspek kemasyarakatan sahaja. Saat yang menyayatkan saya apabila lebih 10 tahun berlalu, Cikgu Kamal masih lagi terbayangkan Aman yang sedang membaca buku di halaman sekolah, sehingga dia pergi memanggil pelajar tersebut dengan nama Aman.

Alangkah mulia hati seorang guru yang bernama Cikgu Kamal ini walaupun pernah dianiaya oleh muridnya yang bernama Aman ini. Tidak ada perkara yang lebih menggembirakan dan membanggakan Cikgu Kamal selain daripada melihat Aman membesar menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat setelah 20 tahun berlalu, beliau kembali ke sekolahnya bagi menabur khidmat baktinya kepada masyarakat.

Setiap tindakannya, walaupun dianggap salah oleh pelajar hanyalah semata-mata ingin melihat pelajar itu menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Kebanyakan pelajar akan memahami tindakan gurunya betul apabila sudah meningkat dewasa.

Saya mungkinla tak senakal Aman di zaman persekolahan, tapi saya berpendapat peranan guru penting dalam pembentukan anak bangsa. Mereka tempat anak bangsa dididik selain ibubapa mereka.

Pensyarah dan profesor tidak langsung disamatarafkan dengan kedudukan cikgu dalam masyarakat. Ada beberapa bekas guru yang saya temui, masih lagi menggelarnya 揷ikgu
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 08:42 AM | Show all posts
sememangnya gerakan kemerdekaan kebanyakannya ditunjangi oleh mereka yang berada di dalam profesion perguruan ... tetapi perlu ingat . hanya profesion ini sahaja yg kurang di"ganggu" penjajah semasa pra kemerdekaan ... di samping itu golongan ini amat dihormati kerana ilmu dan pengetahuannya dan atas dasar itu gurulah satu2 tempat masyarakat mendapat panduan dan mengasak agar kemerdekaan didapatkan. Kalau difikirkan hero sebenar kemerdekaan adalah ketua2 kampung dan petani .. dan guru cuma pembakar semangat yg sedia ada ... seperti mana sifat guru sedia kala .. suka meniup semangat .. sama ada positif atau negatif .. begitu juga yg berlaku semasa pra kemerdekaan ... namun mereka ini diangkat kerana mereka ini bijak memanipulasikan keadaan secara tidak langsung terlibat menjadi sebahagian tangan dan kaki dalam pembentukan kerajaan .. semua tertulis di dalam sejarah .. tinggal kita yg baru lahir ini perlu kritis dan mengintrepretasi apa sebenarnya berlaku selain daripada sibuk mengipas guru2 yg konon ... penyebab berlakunya kemerdekaan
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 04:40 PM | Show all posts
janji adik-adik ku....semoga kalian tenang ketika peperiksaan dan berusaha demi mencapai sebuah kejayaan.

Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 31-8-2006 10:07 PM | Show all posts
anak pakcik pun nak exam UPSR dah ni.

apa yang berlaku kat sekolah? sejak cuti sampai hari ni belum pegi sekolah lagi. semalam baru balik seminar. esok baru nak jengah sekolah. lusa sekolah ganti untuk raya nanti. nasib le silibus dah nak habis. 2 minggu lagi dah boleh mula buat ulangkaji.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2006 01:47 AM | Show all posts
sebenarnya banyak aktiviti sekolah apabila tiba bulan Ogos ni. antaranya ialah sambutan hari kemerdekaan peringkkat sekolah. antara aktiviti wajib ialah perarakan sekeliling kawasan sekitar sekolah. pagi ini juga serentak diadakan perasmian untuk bulan disiplin.


meriah! baju melayu, cheongsam, dhoti dan sari mewarnai perhimpunan pagi ini. saya...pun ikut sama pakai baju melayu lengkap macam nak kawin...




aktiviti wajib..perarakan kemerdekaan. masing-masing dengan gaya tersendiri. setiap tahun ada buat kain pemidang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 01:54 AM | Show all posts
sambung


walaupun tiada hadiah untuk perbarisan atau pakaian terbaik tapi murid-murid tetap melakukan sesuatu agar hari ini benar-benar meriah.


Laungan Merdeka! Merdek! Merdeka! sambil mengibarkan bendera. meriah dan menarik perhatian semua orang.


pelbagai gaya dan cara demi menjayakan sambutan hari kemerdekaan walaupun ianya hanya sekadar sambutan di peringkat sekolah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2006 08:51 AM | Show all posts
Charlie Dale, terimakasih kerana share the pics. Dapat juga mac tahu bagaimana sekolah lain merayakan hari merdeka....

Sekolah anak mac takde suruh budak2 pakai baju kebangsaan (sendiri) mereka...... akan tetapi sambutannya tetap meriah..... akan tetapi.... best jugak tgk gambar2 charlie dale ni.... maybe I'll suggest to the Guru Besar the next time I see her......
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2006 03:10 AM | Show all posts
Risaunya aku...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 06:00 PM | Show all posts

Reply #229 macademia's post

sama-sama, mana yang baik tu boleh la ikut. mana yang kurang tu saya akan cuba baiki. tapi Mac, kalau depa pakai baju tradisional sendiri memang meriah. takkan kita nak tunggu hari raya atau tahun baru cina sahaja.

anyway,, Agul, apa yang hang dok risaukan? risau nak UPSR ke? hehehe

aktiviti sekolah semenjak semalam adalah keluar sekolah sahaja. memang bagus juga buat mesyuarat, seminar atau kursus masa macam ni. sebab murid pun "dicutikan" sementara untuk memberi peluang kepada abang dan kaka mereka nak menjawab UPSR dengan tenang. lagipun sekolah saya berkongsi dengn sesi petang. ada la kelas yang diguna pakai...

aktiviti jumaat lepas 1/9/2006, murid pun ramai yang buat cuti merdeka sendiri. lagipun kelas saya (tahun 3)dah kena palang, tak boleh buka kerana dah jadi bilik peperiksaan. maka inisiatifnya, sempena semangat kemerdekaan buatlah wayang pacak kat dewan terbuka. cerita bukit kepong (ni pun terpaksa balik rumah kejap sebab tak plan pun) lagipun kat TV dah berapa lama tak tayang rasanya. memang bersungguh juga bebudak ni tgk. dan sambil tayang tu saya cerita atau tanyalah bebudak ni mana yang patut, macam bila malaysia merdeka? dan biasalah, mesti ada yang bebudak ni tanya dan komen antaranya
* "cikgu bangsa cina ni jahatla. suka bunuh orang.." hehe yang ni kena betulkan persepsi depa. bagitaula yang tu komunis bukan bangsa cina. komunis ni pun ada juga bangsa india dan melayu.
** "cikgu kenapa askar jepun tu macam orang cian ..cakap bahasa cina" ni kes penangan cerita Lt Adnan ngan Embun la kot.. tak pa la..terangkan juga apa itu komunis.
***"cikgu muka penghulu tu macam muka datuk K" amboi..dalam dok layan bukit kepong pun dan lagi kaitakn dengan isu glamour ni..inilah hasil media sekarang kalau dah banyak sangat siarkan pasal artis dan bahan glamour ...
shit murid cina pula saya minta terjemahkan part yang komunis bercakap dalam bahasa cina (sebab tak da sari kata) kira latihan berbahasa la kan...tapi tak ramai yang boleh nampaknya...

lepas tu ingat nak bagi depa kerja. bagi beberapa soalan seperti apa erti merdeka dan sebagainya. bukan apa..saja nak tahu erti merdeka pada pandangan murid tahun 3. tapi tak sempat sebab ada program lain. tak palah nanti hari khamis buat.

untuk semalam, saya menghadiri Seminar Profesionalisme Perguruan dan hari ini hantar data murid. esok pula hantar maklumat rayuan murid tahun 1 /2007.  3 hari berturut-turut keluar sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 09:09 PM | Show all posts
Peristiwa nih bukan berlaku ari nih tp ari Jumaat lepas.
Mak student aku meninggal dunia.
Student aku nama Sharina.
Yg tragis tuh, tak ada sapa kat umah dia kecuali dia (12 thn) dan adik dia (11 thn).
Ayah dia gi keja dan tok dia gi ke bandar sbb nk beli kuih dan buah yg si mak tuh pesan.
Teringin sgt nk makan katanya.
Tgh2 mak Sharina nazak ats wheelchair, Aharina dan adiknya Solehin dok la mengadap maknya tuh.
Bila dh habis nyawa, diaorg 2 beradik angkat si mak and baringkan ats tilam.
Mak Sharina sakit lumpuh.
Org kata, sakit keturunan, lps bersalin jek lumpuh.
Mak Sharina nih lumpuh lps bersalin anak ke-4.
Masa mak Sharina meninggal, adik dia yg ke-3, Budi tak ada di rumah sbb ada xtra klas kt sekolah.
Since mak Sharina lumpuh, mak dia sokmo minta bercerai dgn ayahnya.
Mintak cerai sbb kesiankan suaminya tp si suami tuh baik ati... mmg dia ceraikan jugak mak Sharina nih tp dia tak kawin lain.
In fact, dia dok sebelah umah sbb senang nk tolong jagakan ank2 and tolong angkat mak Sharina nih jika diperlukan.
Apa yg membuatkan kami cikgu2 rasa sedih ialah ketabahan diaorg adik-beradik.
Mak meninggal ari Jumaat but ari Isnin diaorg leh dtg sekolah as if tak ada apa2 yg berlaku.
Jika ditnya, sorang pun tak mengalirkan airmata malah masih blh tersenyum termasuk si Budi yg baru di Tahun 1 tuh.
Ari esk ialah last day UPSR buat Sharina.
Semoga kejayaan di pihaknya.
Amin dan Al-fatihah buat arwah mak Sharina...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 02:51 AM | Show all posts
Alfatihah....semoga adik Sharina tabah dan teguh menghadapi dugaan. Tersedak pulak nama student tu sama ngan nama saya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 08:09 PM | Show all posts
Semalam adalah hari terakhir peperiksaan UPSR.. kira merdeka semua murid tahun 6.. masa jaga peksa kat satu sekolah tu.. budak2 dia.. lepas je aku kutip skrip jawapan.. terus bertempik seronok ke apa ke tah la..

hari ini budak2 tahun 6 dibenarkan pj dari awal pagi sehingga rehat. lepas tu ada aktiviti bergantung kepada guru kelas...

tp dalam pada tu.. ada 2 kes terjadi. bergaduh dan mencuri.. pening kepala.. orang yang sama je.. dah puas dah rasanya.. mak ayah dorg pun dah dibagitau.. tp nampak cam tak insaf je.. kesian lak tengok.. naik sekolah menengah nanti mesti lagi teruk perangai kalu tak jaga mulai sekarang..
Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 7-9-2006 09:13 PM | Show all posts
tuah...
apa agaknya aktiviti yang biasanya dijalankan lepas UPSR ek? anak dara pakcik pun baru habis UPSR ni. takda makluman apa-apa pun daripada pihak sekolah.

ingat masa meeting PIBG tak lama dulu, pakcik cadangkan supaya diadakan kelas pemantapan bahasa inggeris. ada beberapa modul yang dijalankan untuk murid form 1 boleh digunakan.

pakcik - teringat dulu2 masa lepas Penilaian Darjah 5, hari2 PJ sampai waktu rehat, lepas tu buat kerja-kerja seni, dan ada projek keindahan sekolah...projek berkebun pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 09:28 PM | Show all posts
Pakcik,

hehe..teringat saya masa lepas UPSR dulu. Siap buat lukisan mural lagi utk keceriaan skolah. Dan ia masih ada di skolah saya tu. Sampai kotor le baju skolah kene cat tapi tak kisah dah maklumlah dah habis skolah rendah.

sherrina pun plan nak buat program persediaan memasuki alam skolah menengah utk student2 sherrina. plan nye nak introduce english in math and science pada mereka supaya mereka tak terkejut bila masuk form 1 nanti. serta persediaan mental menghadapi alam persekolahan baru. Daripada 3 bulan tak buat apa baik disediakan program berfaedah kepada mereka. Taknak buat yg serious sgt, more towards fun learning concept.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2006 10:59 PM | Show all posts
Kebiasaannya begitulah. buat projek utk sekolah sama ada buat taman ke, cat mural ke, atau game atau pertandingan apa-apa sahaja yang medatangkan faedah. zaman saya apa yang saya ingat siap buat radio lagi. ada dj radio. guna mikrofon yang boleh diterima oleh frekuensi radiola. siap ada sampaikan salam, kirim lagu. macam sherina pun, saya ada buat mural. tapi mural tu lani dah tiada sebab dah jadi dinding kelas/ bilik baru. kalau pertandingan pula buatlah catur, sahibba, srabble, monopoly dan sebagainya. disamping itu, jika berkesempatan buatlah lawatan. dapat pergi ke kilang dekat-dekat pun ok la. kita pergi tempat yang mungkin murid takkan boleh pergi bersama keluarga. melawat la kilang percetakkan ke kila milo ke...

cadangan sherina utk memantapkan penggunaan english dalam science & maths tu memang baik. dan memang elok dilaksanakan. bagi saya selaku guru bimbingan. saya ada perancangan yang saya dapat dari tahun lepas lagi. iaitu ada satu sesi bersama pengarang majalah kanak-kanak. saya berjumpa dengan pengarang ni tahun lepas. antaranya nak buat satu sesi khas untuk murid perempuan mengenai alam remaja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 01:04 AM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 5-9-2006 06:00 PM
sama-sama, mana yang baik tu boleh la ikut. mana yang kurang tu saya akan cuba baiki. tapi Mac, kalau depa pakai baju tradisional sendiri memang meriah. takkan kita nak tunggu hari raya atau tahun  ...


Aku risukan budak2 aku nilah. Hai..  memang betullah, selalunya kalau periksa cikgu yang telebih risau dari anak2 murid.
Hmm... sekarang ni risau nak tunggu keputusan pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 01:33 AM | Show all posts
Originally posted by tuahayam at 7-9-2006 08:09 PM
Semalam adalah hari terakhir peperiksaan UPSR.. kira merdeka semua murid tahun 6.. masa jaga peksa kat satu sekolah tu.. budak2 dia.. lepas je aku kutip skrip jawapan.. terus bertempik seronok ke a ...


tuahayam,
ko rasa senangke susah soalan matemetik tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 07:13 AM | Show all posts
soalan matematik UPSR kalu kertas 2 senang je... lebih senang dari percubaan lagi.. tp kalu kertas 1.. maybe ada 2-3 soalan yang menjerat.. tp tak sussah mana..

semalam aku semak kertas sorang budak target .. dari 40 soalan kertas 1 math.. dia hanya salah 2 soalan sahaja.. ok la tu...


pasal program lepas UPSR.. sebenarnya pihak jabatan telah memberikan jadual terperinci aktiviti yang perlu dilakukan selepas UPSR.. wajib buat dan aktiviti lai leh buat ikut kesesuaian sekolah..

cam tahun lepas.. pihak jabatan lebih tekankan kepada program pemantapan bahasa inggeris.. setiap hari kena ada program berbentuk bahasa inggeris... contoh program pun dia ada bagi.. tp program yang diberi tu tidaklah melibatkan satu hari penuh. maybe 2-3 jam sahaja satu hari..

contoh program yang dilakukan pada tahun lepas tahun 2005 di sekolah aku.. sebelum puasa

1.waktu pagi.. latihan sukan/pj.. persiapan utk pertandingan antara kelas.. ada permainan indoor ada pemainan outdoor. setiap org leh main satu permainan je.. antara permainan yang kitaorg anjurkan ialah bola sepak, bola jaring, bola kancil(ala-ala softball), galah panjang, congkak dan karom.

2. lepas rehat ada program lain.. antara programnya..
a) buat buku skrap
b) tengok tayangan video
c) kelas komputer
d) kuiz
e) pertandingan bahas, sajak, lakonan, berbalas pantun


tahun ni lak.. tahun 2006.. dah smapai program dari jabatan yang perlu dibuat.. tahun ni dia lebih tekankan kepada penekanan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira..
minggu depan kitaorang akan adakan ujian kepada setiap pelajar untuk menjawab soalan yang tleah dihantar oleh pihak jabatan..

kitaorang akan asingkan murid yang boleh jawab dan yang tak boleh jawab.. tapi soalan dia senang je.. murid tahun 3 pun leh jawab.. saje nak test mana budka takleh baca.. yang tak lulus ujian akan diberi kelas insentif setiap hari oleh guru BM dan MT..

manakala murid lain akan mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.. minggu dpean guru akan bermesyuarat tentang aktiviti yang akan dilakukan .. nak tambah ke nak kurang ke.. tp seperti biasala..pertandingan sukan outdoo/indoor mesti ada..

dan minggu depan kitaorang akan bawak murid tahun 6 ke perkhemahan unit beruniform.. tahun ni buat kat Pusat Kokurikulum.. dalam hutan.. tp budak yang bawa masalah kat sekolah pad ahari khamis tu takkan dibawa.. sbb dah bagi amaran.. sapa yang buat kes lepas UPSR akan direject terus dari perkhemahan ni...

Biasa lepas UPSR akan dibuat lawatan sambil belajar.. tp tahun ni dibuat pada bulan JUN dah.. sbb nak buat lepas UPSR tak sempat.. sbb terlalu hampir dengan bulan Ramadhan...

dan mulai kelmarin aku dah buka kembali makmal komputer aku kepada budak2 tahun 6 lepas waktu persekolahan.. nak buat apa buat la.. nak main internet ke.. nak main game ke.. sbb aku ada dan leh pantau diorg.. pada diorg abiskan duir kat cyber cafe.. baik diorang masuk lab..t akyah bayar dan aku pun leh pantau.. l

[ Last edited by  tuahayam at 8-9-2006 07:16 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.051758 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list