CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 25/11/24)

[Copy link]
Post time 4-7-2019 05:17 PM | Show all posts
makin best citer tt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2019 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya makin best. Hebatnye dugaan..kasyaf habis
Kat ausie langsung takde penampakan hantu ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2019 10:14 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 30-5-2020 02:48 PM

“Ya…akulah syaitan. Apa saja kemahuanmu akan ku beri…kau mahu duit? Perempuan? Kuasa? Semuanya tiada masalah asalkan kau mahu menurut kemahuanku”, kata lembaga itu kepadaku.
Aku berfikir di dalam hati, “memanglah aku ni tidak sebaik mana…tapi ni dah tentu2 jalan hitam”.

Melihat aku berdiam diri lalu dia pun berkata lagi, “apa lagi yang kau fikirkan? Takkan kau nak mati di tangan Haryati?”.

Lantas aku pun menjawap, “hidup dan mati itu urusan tuhanku…kau pun takkan tahu”.

“Hahaha…tapi kau tahu kan? Roh yang dipaksa keluar tidak selamat di alam sebelah, itu kan orang tua tu bagitahu pada engkau?”, katanya lagi kepadaku.

Memang itulah yang arwah Pak Tahir pernah pesan kepadaku dulu, tapi apa pun yang ku katakan akan dijawap syaitan ini. Dia bijak mengatur kata, kalau tidak kena gaya…aku boleh terpedaya.

“Abang cakap dengan siapa sorang2 ni?”, orang rumah ku datang dari belakang. Aku melihat lembaga itu sudah hilang dari pandangan mata.

“Jom lah tidor, jangan difikir sangat hal tadi tu…orang2 lain pun semua yang dah masuk tidur”, sambungnya lagi.

Perlahan2 aku bangun dari dudukku dan mengikut orang rumah, sebaik saja aku melangkah bedul pintu rumah, aku terdengar bisikan, “ingat…serulah aku…*****”. Aku tak boleh bagi nama yang dia berikan, nanti muncul depan korang kan payah?

Keesokan harinya orang sibuk bersiap2 untuk majlis perkahwinan kami. Aku pula mempersiapkan diriku dari mandi lagi, seperti orang yang mahu berperang sekejap saja lagi. Kemudian tak semena2 cuaca mulai gelap dan hujan mulai turun dengan lebatnya.

“Dia dah datang nak merosakkan majlis”, kataku kepada semua yang ada di rumah ketika itu. Aku meminta mereka supaya mengaji di dalam rumah supaya tidak terjadi apa2 kepada mereka yang tak terlibat.

Aku turun tangga satu persatu, kedengaran mereka telah mula membacakan ayat suci al-Quran di dalam rumah dan kelihatannya Haryati berdiri di simpang rumah untuk menyambung perbuatannya kepadaku semalam.

Aku berhenti dari melangkah sebelum mengenai air hujan lalu mengatakan, “Assalamualaikum ya Nabi Allah Khidir, penjaga air…”.

Hujan yang lebat itu terus berhenti, menyebabkan Haryati menjadi berang dan rupanya berubah menjadi hodoh, tangannya berjela2 panjang melebihi kakinya.

Aku cuma ada perisai tetapi tidak ada senjata, aku melangkah ke arah Haryati sambil melukiskan lam alif dengan tangan pada diriku dan membaca ayat kursi dan 4 qul. Bam! Serangan pertama dari tangan Haryati yang panjang itu kepadaku, tetapi ianya tidak sampai pada tubuhku. Walaupun tidak sampai, kakiku tetap terseret ke belakang kerana kudratnya yang kuat itu. Lantas Haryati terus menerus menyerangku dengan kedua2 belah tangannya dan ada kalanya mengenai rumah di belakangku. Sekaligus terdengar mereka di dalam menjerit2.

Aku cuba memagar rumah, tetapi serangan dari Haryati terus mengenai tubuhku menyebabkan aku tercampak jauh dan keluar darah dari mulutku. Kesedaran aku mulai pudar, aku mendengar hilaian tawa Haryati ketika itu. Lantas lembaga itu datang ke sebelahku dan berkata, “mari…aku boleh berikan kau kuasa…aku boleh berikan kau kemenangan…asal saja kau mahu menurutiku”.

Lembaga itu pun menghulurkan tangannya di hadapanku, aku tidak mampu untuk berkata apa2. Hanya berbaring terlentang, lalu berdoa di dalam hati, “ya Allah…seandainya ini hari terakhirku…janganlah kau matikan aku di dalam kesesatan”. Air mataku mengalir membasahi pipi mengenangkan betapa lemah dan tak berdayanya diriku.

Tiba2 muncul seorang lelaki berjubah putih bercahaya, menyebabkan lembaga tadi lenyap begitu sahaja. Perlahan2 aku cuba bangun untuk melihat siapakah dia. Mukanya seperti gambar Pak Mud sewaktu muda, di belakang jubahnya tertulis kalimah tauhid, “la ilaha illallah Muhammaddurasulullah”.

Lelaki itu sempat menoleh ke arahku, lalu melemparkan senyumannya. Pandangan mataku mulai kabur dan kemudiannya mulai gelap. Sayup2 aku terdengar jeritan Haryati seperti di dalam kesakitan yang amat sangat.

Aku kembali sedar ketika di dalam wad hospital, tangan kiriku bersimen. Doktor memberitahu rusuk dan tangan kiriku patah, agak sukar untuk aku menjawap bagaimana boleh patah. Aku cuma memberitahu yang aku jatuh dari panjat pokok. Jawapanku itu membuatkan doktor menggaru2 kepalanya yang tak gatal tetapi dia tidak mendesak aku untuk menukar jawapan. Majlis kami diteruskan juga dengan memberi makan kepada tetamu2 yang hadir walaupun pengantin lelakinya tidak ada. Manakala kawan2 yang rapat melawatku di hospital selepas melihatku tiada di majlis.

Dari detik itu, timbul kesedaran di dalam diriku, “aku tak mahu diperkotak katikkan oleh makhluk2 macam tu lagi”.


-TAMAT-


Dengan ini, tamatlah cerita aku…terima kasih kerana sudi baca cerita aku yang tak seberapa ni dan terima kasih juga kepada mod yang memberikan tacang? Aku pun tak tahu sangat…
Kalau ada tersilap kata aku di dalam ni, ada yang terasa ke…aku minta maaf, aku hanyalah insan biasa…tak lepas dari kesilapan.


Sekian, assalamualaikum…


*Scene tak jadi:


Lembaga: ya…akulah si bongkok…
Director: Cut…hadoiiiii. Mana cerita pulak kau keluar ni?
_________________________________
Ramli: Dia tak pakai bra…

Peleppaaappp…aku melempang ramli

Director: Cut…lambat sangat lempang tu, jangan bagi Ramli cakap habis, nanti tak lepas censorship.
Aku: Ok, Sori2…lagi sekali ye?
Ramli: Dah 3 kali kau lempang ni…bukan main kuat pulak tu
_________________________________
Tiba2 Fendi menggeleng2kan kepala dan berkata, “tempat ni dah jadi port mat gian…tengok tu, dah macam bangkai bernyawa”.

Director: Cut! Dah kenapa pulak kau tunjuk kat aku syaiton?! Kau nampak aku macam muka penagih ke?
_________________________________
Haryati: Urusan kita…belum “ngap”
Director: Cut! Kenapa pulak kau pergi gigit telinga dia?
Aku: Abis batei air semayang aku


Credit rolls…

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2019 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Terimakasih sudi share pengalaman, especially kisah arwah Pak Tahir & Pak Mud.
Kot2 kalu ada rezeki, boleh le share lagi di lain siaran.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
terima kasih TT utk citer seram yg menghiburkan..
kalau ada lagi up lagi ye TT
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq.. TT.. Jadi perisai dah kukuh? Senjata dah pasang ka TT?  For sure bakal yg mencari lps ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2019 08:12 AM | Show all posts
TT kalau ada cite seram lagi boleh share.
Si ramli pejadi? dpt bini omputih ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt.. yea yg real n best.tapi haryati tegantung.ke manakah dia? Uniting dpt tgk syaitan tapi bersyukur masih kuar imaM TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 5-7-2019 08:12 AM
TT kalau ada cite seram lagi boleh share.
Si ramli pejadi? dpt bini omputih ke?

abis dah cerita seramnya
si Ramli dari zaman ym ke wicet ke beetalk mencari aweknya. Last2 jumpa dalam web mencari jodoh, janda takda anak. Tapi penat la aku melayan dia zaman2 wicet dan beetalk tu, mintak jadi wingman dia. Kalau lah kantoi dengan orang rumah, silap2 tidor luar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2019 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
BONDAFAD replied at 5-7-2019 08:42 AM
Tq tt.. yea yg real n best.tapi haryati tegantung.ke manakah dia? Uniting dpt tgk syaitan tapi bersy ...

Haryati memang tak muncul lagi lepas dari tu, tapi kalau lelaki tu betul Pak Mud, kena bakar la kot? Pak Mud dia tau bakar je...kurung2 dalam botol dia tak reti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2019 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 5-7-2019 02:08 AM
Tq.. TT.. Jadi perisai dah kukuh? Senjata dah pasang ka TT?  For sure bakal yg mencari lps ni.

Haha...entah la. Nak ditest tak berani, sekadar amalkan je. Tapi ikutkan macam arwah Pak Tahir dan Pak Mud selalu cakap, cari agama...baru lah nanti diberikan mengikut kesesuaian tahap dan keperluan kita
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 09:05 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 4-7-2019 10:14 PM
“Ya…akulah syaitan. Apa saja kemahuanmu akan ku beri…kau mahu duit? Perempuan? Kuasa? Semuanya ti ...

Bila smpi part TT berdoa pd Allah swt, sebak rasa hati.
Mmg sepenuhnya kebergantungan hidup kita pada Dia Yg Satu.

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNya.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 5-7-2019 08:56 AM
Haha...entah la. Nak ditest tak berani, sekadar amalkan je. Tapi ikutkan macam arwah Pak Tahir dan ...

Kalau la both arwah ada.. Mmg sy pi cari depa minta tlg buang apa yg ada.

Arwah berdua mmg lain dari yg lain.. Org biasa anggap depa biasa.. Tp Allah swt bg kemampuan pada depa berdua utk selesaikan mslh yg rumit utk perawat hebat selesaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt lepas ko kawin ada gangguan lagi tak? Kalau tak cerita seram cerita lawak ke happy ke share la

I like your writing very much!

Thanks share stories
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 01:28 PM | Show all posts
tahniah TT.. terima kasih kerana berkongsi cerita...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2019 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 5-7-2019 09:21 AM
Kalau la both arwah ada.. Mmg sy pi cari depa minta tlg buang apa yg ada.

Arwah berdua mmg lai ...

ya, tapi patah tumbuh hilang berganti...biasanya Allah takkan biarkan orang2 Dia habis macam tu je...tapi kita la, bukannya senang nak bezakan diorang ni. Buatnya dia bergaya2 macam orang gila, kita pulak yang jauhkan diri dari diorang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2019 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 5-7-2019 04:18 PM
doubleA replied at 5-7-2019 12:30 PM
Tt lepas ko kawin ada gangguan lagi tak? Kalau tak cerita seram cerita lawak ke happy ke share la
...


lepas kawen memang hari2 pagar diri apa semua, jadi alhamdulillah la takda gangguan apa2 kecuali dari orang rumah. Asyik suruh pergi kedai je kirim barang...nak tengok bola pun tak senang
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 5-7-2019 03:57 PM
ya, tapi patah tumbuh hilang berganti...biasanya Allah takkan biarkan orang2 Dia habis macam tu je ...

Tu la.. Org mcm arwah berdua mmg biasa sngt.. Kita kadang ingat depa org gila.. Sebab cara depa x sama mcm kita.. Kena usaha cari lagi nampaknya.. Moga Allah permudahkan urusan sy cari org2 yg Allah bg kelebihan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 04:09 PM | Show all posts
penulisan yang cemerlang oleh tt. dah takde cerita seram lagi dah ke. cuba lah tt korek dari abah tt pulak ke. atau pun citer2 menarik pasal fendi ke. mesti banyak jugak penampakan yang dialami oleh fendi kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah TT dah habis ke? Cepatnyee!! Tak puas follow cerita T_T

Manusia moden boleh jadi rijalul ghaib eh? Macamana Pak Mud diangkat menjadi wali..

Jadi selepas TT menggantikan tempat Pak Mud dan Pak Tahir, apakah cerita2 pesakit yang TT rawat? Mesti ada sambungan kan..?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.064710 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list