CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Fienomenology

Tales From The Abyss: My Paranormal Stories and Experience [Updated] 17.02.2017

[Copy link]
 Author| Post time 6-1-2017 04:44 PM | Show all posts
Enjois uolls! Harap2 citer ni dapat la lepaskan rindu korang di bod ni.
Have a good weekend!

Next week, In sha Allah ada cerita lagi.

Stay tuned!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2017 05:06 PM | Show all posts
Fienomenology replied at 6-1-2017 04:29 PM
As salam,
Ada yang dah tak sabarkan?hehehehe.
Terimala entry pertama 2017!

wah dah update.. tq...
ok, citer pocong tu scary...
bulan puasa, syaitan je yang dirantai..jin tak..

menurut mitos, pokok buluh adalah salah satu pokok yang hantu suka bertenggek/berada selain pokok ciku, pokok langsuyar etc
tapi kalau pontianak dia tak kira pokok apa pun....bebas je hinggap kat mana2 pokok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2017 05:36 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-1-2017 05:06 PM
wah dah update.. tq...
ok, citer pocong tu scary...
bulan puasa, syaitan je yang dirant ...

Kan hakak!tak semua kena rantai.huhu.
agak2 cik ponti dia bertenggek kat "pokok orang2" tak?


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 12:22 PM | Show all posts
Edited by mrsav at 9-1-2017 12:27 PM

pocong tu scary
berani betul cik noni lalu dpn pocong tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tak kisah pasal USJ 4?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2017 09:21 AM | Show all posts
evlinne replied at 8-1-2017 04:52 PM
Ada tak kisah pasal USJ 4?

USJ 4 takder tapi USJ 3 ada.hehehe...
Wait for the upcoming stories.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2017 07:45 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 08:37 AM | Show all posts
Fienomenology replied at 6-1-2017 04:29 PM
As salam,
Ada yang dah tak sabarkan?hehehehe.
Terimala entry pertama 2017!

tq abamfie..


part reebok tu kelakar..
santai je abam fie cite,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2017 10:35 AM | Show all posts

heh.you're welcome.

Hidup ni tak bole terlalu serius.cukupla tekanan hidup dari cukai2 yang berlambak.
Maka kita disini perlu rilex dan santau.eh,silap!...santai.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 11:08 AM | Show all posts
Fienomenology replied at 10-1-2017 10:35 AM
heh.you're welcome.

Hidup ni tak bole terlalu serius.cukupla tekanan hidup dari cukai2 yang ber ...

yep.. betui..

karipap jgn lupa abam fie..

kalau santau, iols dlu larik g darul syifaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2017 03:52 PM | Show all posts
Hahaha.
Mai sini dtg brickfields. Ada stall jual karipap baek punya.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 01:52 PM | Show all posts
Fienomenology replied at 6-1-2017 04:29 PM
As salam,
Ada yang dah tak sabarkan?hehehehe.
Terimala entry pertama 2017!

Best citer TT... santai membaca....

TT sekoalah padang laut yer? hehehe
skolah tu sensasi sebab dulu mana-2 sekolah berdekatan dalam subang tu ditransfer student dorang paling ganas dok situ... mau nye x terkenal..
lain-2 kisah seram subang jaya xde TT?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2017 08:58 AM | Show all posts
kurga replied at 12-1-2017 01:52 PM
Best citer TT... santai membaca....

TT sekoalah padang laut yer? hehehe

Haah. Sekolah Padang Laut batch '99.Laju je tangkap,mesti budak subang ni.Senior aku dulu mmg penyangak gaduh dalam compound sekolah berpisah tiada.
Setakat polis dtg sekolah dah lali.
Ada satu kisah kat sekolah SU.nnt aku citer.



Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 11:19 AM | Show all posts
Edited by kurga at 13-1-2017 11:21 AM
Fienomenology replied at 13-1-2017 08:58 AM
Haah. Sekolah Padang Laut batch '99.Laju je tangkap,mesti budak subang ni.Senior aku dulu mmg ...

aah... aku budak subang gak.. tp bukan pure subang jaya... tp skolah kat situ 5 tahun penuh... aku ss14 bro...sama gak skolah wanted dulu.. siap ade budak bwk jip langgar pagar skolah.. kalau bro nah dengar la.. sebab aku 98' last kat ss14 tu.. so, far area ss14 xde dengar citer scary.. sekolah SU ade ye bro... x sabaq ni...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2017 06:01 PM | Show all posts
Edited by Fienomenology at 17-1-2017 10:36 AM

Story 6: The Hauntings of USJ 6

Story 6a:  School Party


Insiden ni berlaku pada Ad* di waktu petang. Ye, petang as in 3.00 p.m! Si Ad ni baru balik dari SS15 (kalau tak silap) and nak balik ke rumah. Dulu public transport ada hanya Metrobus and Intrakota, oleh kerana nak saving duit dia pun menapak. Rumah dia ni terletak di USJ 9, so memang jauh la kalau berjalan.

*Salah sorang member aku yang pegi Lady’s Templar.pls refer my previous post.

So dia decide nak amek short cut dan lalu USJ 6. Di USJ 6 ni ada sebuah sekolah rendah yang terletak ditepi jalan utama which is also connected to the short cut/internal road. So si Ad ni memang kena lalu depan sekolah ni.

Bila tiba di sekolah tu, dia terdengar bunyi riuh rendah macam tengah ada keraimaian and ia datang dari sekolah. Ad pelik, ada apa kat sekolah time2 cuti sekolah ni?
Dia cuba jenguk 2 dari luar pagar sekolah, bunyi tuh datang dari kantin sekolah.

Sekali bila dia pandang terkejut dia bukan kepalang! Kantin tuh penuh dengan hantu and jembalang*! Ad diam seribu lalu membeku sebentar. Tiba-tiba suasana yang riuh jadi terdiam, lepas tu kesemua entiti2 tuh pandang ke arah Ad! Ada yang bertaring panjang, ada yang takder muka, ada yang tinggi lampai. Pendek kata semua jenis pun ada la!

*Ad tak specify apa jenis hantu/jembalang yang ada ptg tu.

Tiba2 hantu tuh jerit “HOI!” Dengan perasaan takut, maka Ad bertukar jadi The Flash dan bukak langkah seribu ke rumahnya. Ad tak toleh belakang, tapi dia dengar macam ada bunyi kelibat kain kat belakang dia masa nak melepasi kawasan sekolah. Macam biasa, lepas tuh dia demam seminggu. Huhu.

.End.


Story 6b:The Field of 6(66)
Intro:
Kebanyakkan Housing Development akan allocate 10% dari keseluruhan tapak untuk kawasan hijau. Kawasan hijau ni sama ada akan di jadikan taman permainan/rekreasi or just a landscape area. USJ 6 tidak dikecualikan. Mcm USJ 2, USJ 6 pun ada 3 buah padang. Tapi yang paling besar terletak di depan rumah member baik aku, si Fuzz.

i) Pada satu malam, bff Nadia (adik Fuzz) Azmyra, datang bertandang untuk melepak.Lepas dinner, dalam pukul 10-11pm mcm tu, Si     Azmyra* ni nak berangkat balik.Nadia and maknya pun cadang nak hantar la Azmyra ni balik sampai ke gate depan.

*Azmyra ni pun lemah semangat gak.ada satu cerita menarik dari dia.

Baru bukak pintu kayu, mata mereka terbeliak sebab terkejut dengan penampakkan seorang cik pon bertenggek di atas pokok depan rumah!
Macam dah tau2 je mereka nak keluar rumah time tu.
Pontianak tuh pun meleparkan senyuman sambil mengilai! Si Nadia and Azmyra ketakutan sampai menangis and berpeluk2kan.

Mak si Fuzz tak duduk berdiam je. Dia beranikan diri dan menengking ke cik pon tu!

“Woi!Pegi dari sini!Ko jangan kacau anak2 dara aku!ko nak apa hah?” tempik si Mak nya. Lalu dilaungkan azan sekuat-kuatnya.

Pontianak tuh pun senyum sinis lalu beredar dari pandangan. Malam tu, Azmyra tido di rumah Nadia malam tu.

……………………………………………………

Pada malam yang sama tapi pada waktu yang lain,lebih kurang pkul 12+am mcm tu, member aku si Zax ni datang bertandang ke rumah Fuzz. Katanya nak mintak tolong s iFuzz ni buat keje2 grafik untuk assignment kolej dia. Dah sampai depan rumah,si Zax text:

“Ak dh kat bwh.Jom sapkok sebat luuzz”kata Zax.
“K.sat lg ak trun.”jwb Fuzz.*

*again bahasa text messaging.

Bila Fuzz dah keluar dari rumah untuk merafak sembah si Zax, maka melepet la diaorang di depan kete Zax. Sebagai warm up, mereka pun memulakan sesi berasap.Nikmat rokok free dari Zax masih tak bole kalahkan rokok gudang garam dalam hati kecil Fuzz berkata.

Tengah melayan rokok tuh, tiba-tiba Zax bersuara, “Wei Fuzz,jom la gerak masuk.Malas la nak start keje lambat2”

“Aler,rilex ar dulu. Habiskan sebatang ni.panjang lagi ni,tak sampai setengah batang ni!”kata Fuzz balik.

Zax diam. Dia isap rokok dan sedut secepat dan sedalam yang boleh. Tak habis sebatang dia dah buang rokoknya.*

*Dulu rokok murah.sekotak baru RM7-8.setakat sebatang tak habis tu mmg normal.skrg ni kalo bole putung rokok tu pun nak dihisap sekali.

Fuzz rilex. Dia pun ikutkan ajer memandangkan dia jenis budak yang ‘go with the flow’. Maka menujulah mereka ke dalam rumah and sambung assignment Zax.

Keesokkan harinya, masa mereka mengeteh, si Zax bukak la cerita*. Zax berkata“Ko ingat tak last night,masa kita isap rokok depan rumah ko?”

*Ni salah satu perangai Zax yang aku hangin. Dia akan citer insiden tu 2-3 hari kemudian. Aku tau sebab aku dah penah kena dengan dia masa pegi Highland Tower!cipet ko Zax. Bab Highland Tower ni aku citer kemudian hari.

“Hah!ingat.ape cer?”tanya Fuzz.

“Masa kita isap rokok tuh. Betul2 atas kepala aku, ada kain putih!Duk mengibas je atas angin! tuh pasal aku ajak ko masuk awal.”kata Zax lagi.

“Apesal ko tak sound awal?bagi la bahasa isyarat ke?morse code ke?kehkehkeh”jawab Fuzz lagi.

“Aku bukan bisu la cib*i!Hahaha!”seloroh Zax.

Balik dari minum, masa berada di rumah, Fuzz pun cerita la kat mak dia pasal insiden Zax. Mak dia pun cerita “ Sebelum Zax kena,mama dengan Nadia dah kena dulu.Pokok yang kat depan ni kan?pokok yang sama la tu.”

“errkk…!” terkesima Fuzz bila dia dengar mak dia cakap macam tu.huhu.

.End.

ii) Dalam banyak cerita padang USJ 6, aku rasa citer Abel ni insiden paling menarik. Dulu2, padang ni memang port budak2 '6 untuk melepak malam. Port mereka adalah wakaf kayu di tengah2 padang.Wakaf ni pulak dikelilingi pokok2 redang yang lebat foliage nya,maka agak terselindung dari mata penduduk lain. Mcm2 aktiviti berlaku di sini, dari acara terbang ke London sampai lah ke membelah langit ke-7*. Di sebabkan aktiviti sebegini, maka hampir setiap malam mereka ni melepak di port ni.

*Aku tak perlu specified aktiviti apa.aku jaga aib rakan2 sebab kisah silam gelapmereka tak perlu diungkit.harap maaf.tq.

Salah sorang member diaorang ni nama dia Abel. Abel akan lepak di padang tiap2 malam, tak penah missed! Tapi pada suatu malam, Abel tak bole datang melepak ke port mcm biasa sebab ada hal katanya. So, mereka pun meneruskan acara tanpa Abel. Pada lewat malam yang sama, masa tgh tido dirumahnya, tiba2 Abel dikejutkan kerana kesejukan.

Dia celikkan mata dan pandang sekeliling bilik, confirmed bukan aircond sebab bilik dia takder aircond. Di pandang ke arah tingkap, terbukak rupanya!
“Bila masa pulak aku bukak tingkap ni?”bisik hati Abel.
Abel pun bangun and tutup tingkap dan terus sambung balik tido. Tetiba2, dia terasa macam ada kain lalu di atas muka dia. Dibuka matanya, takder apa2. Kali kedua benda yang sama,dia bukak mata sekali lagi and takder apa.

Abel pelik and budget ni mainan tido.mamai la katakan. Bila dia lelap mata kali ketiga, benda sama jadi. Abel dah bengang! Dia nekad nak tengok apa yang kacau tido dia. Sekali dia pusing and bukak mata…ya ampun!
entiti tuh terapung betul depan muka dia!

Abel kaku.tak bole nak menjerit. Jangan kata nak baca ayat suci, nak kelip matapun tak bole! Terpaksa dia tenung muka hantu tu. Menurut diskripsi Abel,hantu tu perempuan and muka dia sebijik macam pakai corpse paint bak ahli2 band blackmetal*!

*Ala….yang muka cat putih and hitam tuh la.Mcm si Gaahl and Dani Filth. Gugelada. Kebetulan pulak Abel ni dengar lagu2 Black Metal.huhu.

Abel ketakutan dan pada masa yang sama, hantu tu pun mendekatkan lagi mukanya ke Abel, diukirkan senyuman lalu berbisik; “Kenapa malam ni abang tak datang padang?” Berderau darah Abel dengar suara hantu tu.

“TIDAAAAAKKK!PERRGIII DARI AKUUU!! Abel menjerit!
Terkejut satu rumah! Parents Abel terjah masuk bilik dia dan nampak Abel dah meracau2 macam orang kena hysteria. Keadaan kelam kabut. Last2, Abel dapat di tenangkan. Tak tido dia malam tu.

Keesokan harinya, Abel citer hal yang terjadi kat parents dia. A few days later,Abel dibawa berubat. Lepas insiden tuh, Abel dah jarang datang ke padang. Yela, takut “girlfren” datang muncul tiba2. kuikuikui.
Moral of the story: Lain kali jangan melepak lama2 sampai awal pagi dipadang. Kan dah ada ‘benda’ yang suka kat kita.huhu.

.End.

Extra Incident

iii)  Insiden ni terjadi pada suatu malam,bila bapa Fuzz tengah pekena rokok sebatang di balkoni rumah dia. Tengah uncle tuh layan feeling, tiba2 depan mata dia, ternampak sepasang kaki yang amat tinggi melangkah padang tersebut. Kemudian, kaki tersebut melangkah apartment sebelah padang tersebut. Dengan tenangnya uncle tuh terus sedut rokoknya lalu berbisik “hantu galah rupanya…”

iv) Yang ni di alami oleh Fuzz sendiri,banyak kali dia nampak ada bebola api terbang merentasi padang. Tuju2 tuh akan terbang dari tempat yang sama, melalui padang dan ke arah rumah yang sama tiap2malam Jumaat. Ada satu malam tuh banyak gila tuju2 tu lalu padang tu sampai nampak macam pesta mercun. Zaman moden pun nak main santau lagi.haish!

v) Berbalik pada budak Azmyra tadi. Diani dulu ada habit untuk berbasikal malam2 di area rumah dia. Dia ni duduk kat USJ 3, bersebelahan dengan ladang kelapa sawit. So suatu malam ni, dia berbasikal la seperti biasa. Tengah berkayuh tu dia terdengar seekor kucing mengiau.
Being a cat person, dia pun pegi la ke arah kucing tuh dengan harapan nak membelai ia. Sampai ke kucing, dia pun angkat kucing sekali dia tengok kucing tu takder mata! Bukan pasal kucing tu buta tapi mmg flat licin kat bahagian mata kucing tu!
Azmyra apa lagi,dicampak kucing tu and terus jadi poket roket girl balik kerumah.Sejak tuh terus dibuang habitnya tuh.huhu.

p/s: Aku sekali kan citer Azmyra ni sebab dia related dengan adik Fuzz.
.SEKIAN.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting stories... Zaman i skolah dulu memang agak famous skolah 'padang laut' tu. Tapi i bkn budak subang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2017 09:52 AM | Show all posts
Pontianak tuh pun senyum sinis lalu beredar dari pandangan.
Haahaa...macam mana agaknya rupa pontianak yang senyum sinis tu..
akak pernah terserempak pontianak senyum perlahan-lahan sampai ke telinga dengan darah meleleh kat mulut dik..
tapi macam biasalah..time tu tak sedar yang itu adalah hantu..dah mamai kan..

Yang kisah Abel tu menyeramkan

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 14-1-2017 09:52 AM
Haahaa...macam mana agaknya rupa pontianak yang senyum sinis tu..
akak pernah terserempak pontian ...

Kak ipo dgn cik ponti berpisah tiada  
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 11:34 PM | Show all posts
Keledek.kepam replied at 14-1-2017 05:24 PM
Kak ipo dgn cik ponti berpisah tiada

tu la..
Asyik terserempak dgn cik ponti jek..
Ada la sekali dua terserempak makhluk berbulu hitam tapi alhamdulillah tak ada apa jadi.
Org kata baik terjumpa hantu daripada terjumpa penjahat. Paling2 pun pengsan jek bila terjumpa hantu ni

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 14-1-2017 11:34 PM
tu la..
Asyik terserempak dgn cik ponti jek..
Ada la sekali dua terserempak makhluk berbulu ...

I minta simpang la drpd terjumpa benda2 ni sume. Mau kojol kejung terus kat situ kekdahnya  

Kak ipo kira kental la juga byk kali terserempak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.054713 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list