CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Bercinta Dengan Qarin : Qarina Kembali? (Pg 9)

[Copy link]
 Author| Post time 15-7-2016 05:47 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 15-7-2016 05:49 PM

Lepas Kak Mona cakap camtu, Faiz kata badan dia betul-betul meremang. Faiz tanya lagi.

“Kat mana perempuan tu sekarang?”

“Ada kat sebelah kanan Encik Faiz.”

Entah macam mana Faiz terfikir nak tunjuk gambar arwah Salina pada Kak Mona. So, dia ambik handphone,  then tujuk gambar.

“Rupa perempuan tu macam ni ke?”

“Haah, sama macam yang dalam gambar.”

“Cuba Kak Mona tanya, siapa nama dia?” Suruh Faiz. Kak Mona turut.

(Kata Faiz, cara Kak Mona communicate, takde keluar suara tapi guna ekspressi muka – berkerut, kening ternaik, riak muka bertukar, gitulah.)

Lepas beberapa saat, Kak Mona jawab.

“Dia kata nama dia…” Kak Mona sebut nama sebenar arwah. Faiz beritahu, masa ni ada macam-macam dia rasa. Sedih, takut, suka, cuak, terharu....etc etc.

“Kak Mona tolong tanya, siapa dia sebenarnya…”

“Dia kata, dia isteri Encik Faiz.”

“Kak Mona tau tak, isteri saya dah meninggal?”

Kak Mona geleng kepala. Muka dah lain.

“Kak Mona tolong tanya dia, dia nak apa?”

“Dia kata, dia rindu pada Encik Faiz. Dia rindu pada anak-anak. Tiap-tiap malam dia datang rumah jumpa Isha. Temankan Isha, temankan Encik Faiz.”

(Isha, anak nombor dua. Dia memang tidur dengan Faiz. Iqa tidur dengan parents dalam bilik lain. Masa Faiz beritahu ni, dengan bulu roma aku meremang sekali…)

“Apa lagi dia nak?”

“Dia kata, dia tak benarkan Encik Faiz kahwin lain. Encik Faiz hak dia sorang aje.”

Faiz bagitau, ayat ni yang buatkan dia paling terkejut. Lepas tu, Faiz suruh Kak Mona beritahu ‘Salina’, supaya jangan datang lagi. Jangan ganggu kehidupan dia dan anak-anak. Dunia dia dan dunia ‘Salina’ dah lain. Dia sayangkan ‘Salina’ tapi dia tak boleh teruskan hidup kalau’Salina’ asyik mengekor mana dia pergi.

(Faiz ada beritahu actual dialog. Tapi, tak sanggup pulak jari aku ni nak menaip. Dramatik gila…)

Tiba-tiba, Kak Mona menangis. Punyalah Faiz panik. Dah kenapa tetiba orang tua tu nangis? Kang tak pasal-pasal orang keliling ingat dia harass staff.

“Kenapa Kak Mona nangis?”

“Salina menangis. Dia sedih sangat.”

(Ada beberapa lagi sesi dialog tapi kena off-record - sorry.)

Soalan last Faiz tanya Kak Mona “Yang mengekor saya ni, Qarin ke?”

Jawab Kak Mona “Bukan Qarin. Tapi roh Salina, tak tenteram. Dia terlalu sayangkan Encik Faiz.”



Next person Faiz cari, of course Bang Raof.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2016 05:57 PM | Show all posts
3bidadara replied at 15-7-2016 11:24 AM
Fuhhhhh.. seriau....
Masih mengikut lagi ke benda tu??

Ada kot..huhu. Tak tau lah apa yg ngikut kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 06:04 PM | Show all posts
aduhhh...roh tak tenteram pulakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya roh salina tk tenteram tu sbb org yg santaukan dia tu masih berdendam tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Qarin dgn roh tak sama ke? (Sorry kalau ada jawapan yg aku terlepas pandang)

Ada kena mengena ke 'salina' dgn budak wad 10b tu?

Dan bang raof tak nampak salina?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 09:02 AM | Show all posts
dah macam ghost whisperer plak.
huhu..
nak tau sambungan lagi TT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2016 01:05 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 15-7-2016 05:47 PM
Lepas Kak Mona cakap camtu, Faiz kata badan dia betul-betul meremang. Faiz tanya lagi.

“Kat mana ...

Pleaseeeee.. sambung...
Berdebor betul ni...
Kesian nyee...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2016 03:37 PM | Show all posts
Fuhh saspen betul ni.. dah lama tak rasa saspen dan berdebar macam ni bila baca kat MPS..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2016 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba jatuh kesian plak dgn roh arwah salina. Ish...

Knp arwah tak tenteram yea...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2016 07:56 AM | Show all posts
doubleA replied at 15-7-2016 11:56 PM
Qarin dgn roh tak sama ke? (Sorry kalau ada jawapan yg aku terlepas pandang)

Ada kena mengena ke ...

Setahu aku yg cetek pengetahuan ni, Qarin dengan roh tak sama. Qarin sejenis Jin yang ditugaskan untuk hasut manusia buat perkara-perkara tak baik. Roh pulak apa yang ada (hidup) dalam jasad kita sebagai makhluk.
Kot ada sesiapa yang boleh explain lebih jelas lagi, silalah. Aku pun nak tahu.   

Budak wad 10B tu takde kena-mengena dengan Salina rasanya. Saja dia sibuk nak enteprem

Tak, Bang Raof tak nampak 'roh' itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2016 07:58 AM | Show all posts
Ipo replied at 15-7-2016 08:57 PM
Agaknya roh salina tk tenteram tu sbb org yg santaukan dia tu masih berdendam tak?

Entahlah Ipo. Kalau betul pun, nak berdendam buat apa?. Dah jadi arwah dah pun...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2016 08:05 AM | Show all posts
sambung...


Habis kerja, Faiz pergilah jumpa Bang Raof. Explained very details pasal pertemuan dia dengan Kak Mona. Bang Raof tak cakap apa-apa, ajak Faiz pergi kubur Salina nak tengok apa khabar dengan Qarina. Tak banyak cakap, dia orang pun pergi. Cut the story short, Qarina masih ada dalam botol.

So, who the hell yang mengekor si Faiz sekarang?

Sejujurnya, Bang Raof mengaku, dia tak tahu. Dan dia tak nampak pun ada roh yang tak tenteram ikut Faiz ke hulu ke hilir ikut Faiz. Even aura roh tu pun tak rasa. Bang Raof mengaku, ilmu dia tak setinggi mana dan masih banyak lagi perkara/ilmu tentang alam ghaib yang dia belum master.

Explanation yang agak saintifik sikit: Manusia ada conscious dan subconscious mind. Ada kemungkinan Faiz terlalu sedih dan minda bawah sedar dia mencipta imej Salina untuk mengubati kesedihan dia – tanpa Faiz sendiri aware pasal ni. Jadi, bila imej tercipta, orang-orang yang highly sensitive macam Kak Mona boleh sense kehadiran imej tersebut.

Masuk bab psychology gini, aku pun pening. Anybody can explain?

Setahu kami (aku dan Faiz), bila nyawa di tarik, maka putuslah hubungan roh tersebut dengan dunia manusia (kecuali tiga perkara). Dan kami beranggapan, apa-apa ‘gangguan’ yang tak boleh dijelaskan secara saintifik, kemungkinan besar ianya adalah gangguan dari sihir, jin dan syaitan. Faiz sendiri rasa tak mungkin roh Salina balik semata-mata nak mengekor dia ke hulu ke hilir sampai tak kasi kahwin lagi. Dia lebih berpendapat, itu hanyalah gangguan – sama ada secara psychology atau dari makhluk Allah yang halus itew.

Pengetahuan kami tentang alam ghaib sangat cetek. Kalau ada sesiapa yang boleh bantu untuk perjelaskan lagi tentang perihal roh ni, harap dapat beri pencerahan.  

Berbalik pada Bang Raof – dia ada buat permintaan nak pergi rumah ibu bapa arwah. Atas sebab apa, Faiz pun tak tahu. Bang Raof cuma cakap, mungkin perkara ni, ada kena-mengena juga dengan ibu arwah.  

Faiz dengan Bang Raof belum ada kesempatan lagi nak gi rumah parents arwah. Sabtu lepas ada open house, semalam pulak ada marhaban kat rumah aku. Memang takdan lagi nak pergi. Dan itu juga punca kenapa aku terlambat nak sambung…

Aku faham kalau ada yang susah nak percaya. The fact is, aku pun susah nak percaya. Being raised dalam family yang diajar untuk skeptical dengan benda-benda macam ni, aku lebih suka cari scientific explanation dulu. Kalau tak dapat, then baru pergi pada second opinion – it’s coming from the other side. Bukanlah skeptical sampai aku tak percaya benda ghaib.

Thanks guys for reading this.

Bila ada infromasi terkini nanti, aku update sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2016 08:06 AM | Show all posts
kancilku_biru replied at 17-7-2016 05:01 PM
Tetiba jatuh kesian plak dgn roh arwah salina. Ish...

Knp arwah tak tenteram yea...

Persoalannya di sini - roh kah itu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2016 08:07 AM | Show all posts
Noyen replied at 16-7-2016 09:02 AM
dah macam ghost whisperer plak.
huhu..
nak tau sambungan lagi TT

Haa... ghost whisperer. Terfikir benda yang sama tapi lupa tajuk drama tersebut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2016 08:10 AM | Show all posts
Ezzie replied at 15-7-2016 10:16 AM
kesian kat Faiz....macam2 dugaan yg dia kena hadapi

Entahlah Ezzie.

Sejak isterinya meninggal, Faiz jadi macam 'fragile' gitu. Sebelum ni, takde pulak dengar cerita kena gangguan ke apa ke...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2016 08:14 AM | Show all posts
fatehana replied at 15-7-2016 11:38 AM
lps nicki duk umah tu ada rs apa2 x

dan apa yg iqa nampak tu mmg betul

tak ada rasa apa-apa pun. Anak-anak pun okay aje.

Tapi kan Kak, setakat ni saya tak pernah pun nampak 'benda' tu. Pocong ke nenek kebayan ke, tak pernah langsung dan moga terus tak nampak sampai bila-bila . Setakat nampak kelibat bayang tu, adalah sekali dua. Tu pun saya anggap ilusi mata gitu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2016 08:16 AM | Show all posts
fatehana replied at 15-7-2016 11:40 AM
owhhh hospital kluang dah pindah ke?
akak taw hospital yg lama tu sbb pernah kena jaga bag sepupu ...

Hospital lama memang seram kan suasananya...

Macam-macam cerita 'best' jugak ada kat spital tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 11:03 AM | Show all posts
thyme2 replied at 23-6-2016 01:18 PM
Pegawai Terapi Cara Kerja = Occupational Theraphist

Memang ada post ni kat hospital. Biasa oran ...

kejenya ikut working hours ke?
atau...kalau ada org panggil, baru pergi hospital
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 11:39 AM | Show all posts
pendapat akak la kan...selalunya kalau roh yg tak tenteram, dia akan datang dlm mimpi saja...

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 02:26 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 18-7-2016 11:03 AM
kejenya ikut working hours ke?
atau...kalau ada org panggil, baru pergi hospital

Ikut working hours. Tapi ramai OT skang buat freelance, lagi masyuk & masa kerja fleksible.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.249530 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list