|
|
another "baling belakang" untuk JTM...
Ibu Fasha Sandha: Sejak Dlu Lg Saya Krg Senang Dgn Pilihan Fasha
"Terus terang saya katakan, sejak dahulu lagi, saya kurang senang dengan pilihan Fasha. Seperti ada yang tidak kena. Tetapi, Fasha tekad dengan pilihannya,” kata ibu Fasha Sandha, Hatijah Teh Man berhubung episod cinta duka melanda anak kesayangannya itu.
Sebagai ibu dan orang paling rapat dengan Fasha, Hatijah yang membahasakan dirinya sebagai Mama turut bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas anak kesayangannya itu.
“Ternyata sangkaan Mama benar. Akhirnya hubungan mereka berakhir. Bukan gembira, tetapi mungkin jalan terbaik untuk Fasha. “Sebagai ibu, Mama hanya boleh beri nasihat dan hanya doa yang terbaik untuk Fasha,” katanya. Tanpa berselindung, Hatijah mendakwa Nora Danish adalah punca Fasha dan Jejai putus.
“Mama tahu, sepanjang percintaan mereka, bekas isterinya (Nora Danish) tidak puas hati dengan Fasha. Mama ada terima SMS daripada Jejai sebelum dia berangkat ke Jepun. Sejak awal, Jejai bertegas dia tidak akan ke sana. “Sedih apabila mengenangkan nasib anak sendiri.
Tetapi, Mama tahu Fasha kuat semangat. Walaupun suka mengambil sikap berdiam diri, tetapi Fasha tidak mudah patah semangat. “Mama harap apa yang berlaku akan ada hikmah terbaik untuk Fasha. Mama harap Fasha akan dapat seseorang yang boleh memberi didikan agama dan membimbingnya,” katanya.
sumber dari Sinar Harian
|
|