[ Kenapa saya tak letak di thread Vietnam? Jawapan nye dah terlalu banyak pages kat situ ... nanti bukan jawapan yg saya dapat tp hanya cerita2 tentang keseronokan ketika di Vietnam. Saya mahu pendapat dari forumer, senang saya nak baca, saya ni bukan muda lagi nak selak2 page yg dah byk tu!!! ] Nak minta pendapat sesiapa yang telah pergi ke Vietnam, saya bercadang nak pergi ke Vietnam pada tahun hadapan dengan menaiki tren, saja nak mencuba. Ada yang kata bahaya, sebarang kemungkinan mungkin berlaku.
Apa benarkah? Selamat tak rasa2 nya? Mungkin mengambil masa berhari untuk sampai kesana… tp ttp nak cuba, yg membimbangkan saya adalah keselamatan ketika dlm keretapi…. Sesiapa yang pernah menaiki tren dari KL ke Vietnam, kalau boleh saya nak kawan2 bagi tips pada saya atau beri panduan kepada saya untuk kesana. Lagi satu, paspot saya akan tamat tempoh pada bulan Oct 2013, bulan May saya bercadang nak bercuti ke Indonesia.
Bila saya perlu memperbaharui paspot saya, kerana kita hanya di benarkan keluar Negara 6 bulan sebelum tamat tempoh paspot.
Idea anda semua amat diperlukan! |