|
JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)
[Copy link]
|
|
sedey laa masa diorang try nak slamatkan tunang kojima tuuu
lagi shindo sensei try 45 minit
giler laaa kalau aku pengsan nak tekan org 45 minit |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by taiyo_sensei at 14-11-2005 12:04 AM
sedey laa masa diorang try nak slamatkan tunang kojima tuuu
lagi shindo sensei try 45 minit
giler laaa kalau aku pengsan nak tekan org 45 minit
:cry:Mmg tak leh kontrol air mato...kuar tahap baldi...:cry:uwaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove at 11-11-2005 02:03 PM
best memang la best, teringin nak tengok tengok dua2 part kat kaca TV Mesia, tapi macam takde harapan je citer2 style macam ni...macam aku, prefer Gokusen 1 dari Gokusen 2 sebab plot part 1 leb ...
:love:Arigato 4 da info...umm nak kena cari cd citer jepun plak pas ni..waaa murahnye citer ER 3 nih....nak beli gaks ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tunang Dr. Kaede mati?? dia sakit apa lagi?? ckucin miss the 1st half tu.. tolong ler sesiapa citer ler sket pun jadi ler..
sian plask tgk Dr. Kaede nangis dlm ambulance tu.. 1st merancang..gempa bumi laks..2nd time nak merancang dia meninggal... tak ada jodoh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ckucin at 14-11-2005 09:28 AM
Kenapa tunang Dr. Kaede mati?? dia sakit apa lagi?? ckucin miss the 1st half tu.. tolong ler sesiapa citer ler sket pun jadi ler..
sian plask tgk Dr. Kaede nangis dlm ambulance tu.. 1st merancan ...
:hmm:Ade saluran kat jantung ke eh paru2 kot lupe lak dah terputus..pastu alat utk bedah tak repair lagi tu yg tak sempat nak diselamatkan....mmg sian kat Kaede... |
|
|
|
|
|
|
|
oooo.. mcm ada satu citer nie satu pompuan nie kena tembak..at first dpt diselamatkan..boleh bercakap, gelak2 n makan minum semau tp tak lama kemudian koma..sebab ada darah beku gi ker otak dia.. gitu2 ler rasanya.. selepas dia kena tembak, lama juga baru orang jumpa dia.. then dia cam insaf ler time tu..pastu koma..n disahkan mati 2 minggu kemdian..
ingatkan dpt ler tengok dr. kaede berkahwin, rupanya..tgk pengembumian tunang dia.. sian..klu ckucin mau meraung.. |
|
|
|
|
|
|
|
drama nie asyik berkisar pasal gempa je?.. sampai habis |
|
|
|
|
|
|
|
mmg tema dia pasal keadaan selepas gempa bumi
dulu masa tgk part tunang dr kaede tu dah rasa cam dia akan mati <_< kesiannya..agaknye Ken Ishiguro dgn Nanako Matsushima ni takde "jodoh" kot hehe..hari tu dalam filem White Out derang berlakon jadi tunang gak n watak Ishiguro mati >_< |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by limau at 14-11-2005 10:23 AM
drama nie asyik berkisar pasal gempa je?.. sampai habis
haah nak tau gak
takan sampai habih gempa bumi jerrr?
takde pasal lain ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya sket dulu waktu er1 bukanka Dr.Shindo ada suka kat seseorang. Mana pompuan tu gi ar? |
|
|
|
|
|
|
|
Kite nak tanya... budak laki n budak perempuan yang kuar dlm drama ni. Dorang jugak kan berlakon dalam Wonderful Life kan. Kelakar yg time ketua sukarelawan ngan budak lagi sorang tu bergaduh. :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
haaaaaaa... tunang dr.kojima mati ....:
laaaaaaaa ... cepatnye mati .... aku tak tengok weekend lepas... tak dapat lah join korang mengeluarkan air mata sebaldi ...:cry: |
|
|
|
|
|
|
|
Screencaps from Episode 3...
|
|
|
|
|
|
|
Screencaps from Episode 4...
|
|
|
|
|
|
|
Emergency Room 24 Hours 3 Episode 5 (12 November 2005)
hari keenam selepas gempa bumi...
Dr. Kuroki (Teruyuki Kagawa) bercakap dalam telefon dengan anak dia pasal dia dah boleh rileks sikit dalam 2-3 hari ni...nurse Hazuki Ootomo (MEGUMI) dan nurse Sakura pulak mengalu2kan kehadiran volunteer...Nozomi (Kotomi Kyono) pun dah mula bertugas sebagai nurse kat hospital tu...Yajima pun dah boleh keluar hospital, tapi dia dan Kitamura macam tak nak...
Shougo dan Chihiro bercakap pasal tunang Dr. Kojima (Nanako Matsushima) yg sanggup berjalan kaki ke situ demi berjumpa dengan Dr. Kojima...pada masa tu, Dr. Kojima tengah periksa Hiroki (Ken Ishiguro) dan Hiroki dah mula sedarkan diri...Dr. Shindo (Yousuke Eguchi) beritahu staf yg keadaan Hiroki dah boleh dikatakan stabil...Dr. Kuroki beritahu yg hampir semua mesin dah dibaiki...Dr. Kojima pulak beritahu Hiroki yg selepas Hiroki pulih, dia nak bertolak ke Seattle bersama Hiroki...Dr. Kojima cakap walau apa pun, dia tetap nak menemani Hiroki...
Hazuki tanya Nozomi kenapa tak hubungi keluarga di Fukuoka...masa tu Dr. Shindo dah dengar perbualan diorang...ayah Nozomi pulak dah tiba di Tokyo dan sampai ke kawasan perumahan tempat Nozomi tinggal...dia nampak keadaan rumah tu dah teruk...dengan cemasnya dia cuba cari anak dia dan tanya orang2 kat situ pasal Nozomi...kat tempat perlindungan, diorang dah hampir kehabisan bekalan tapi Dr. Kouno cakap Teraizumi (Toru Nakamura) akan ambik lagi...masa tu sebenarnya Dr. Kouno dah mula demam...
Teraizumi sampai ke pusat dan nampak ada banyak bekalan makanan kat situ tapi semuanya pun dah luput tarikh...Teraizumi tanya orang kat situ kenapa kat pusat banyak bekalan tapi kat tempat perlindungan takde satu pun...orang tu cakap kakitangan tak cukup, jadi kalau nak ambik la sendiri...masa tu bekalan makanan baru dah sampai...Teraizumi mintak diorang hantar ke tempat perlindungan, tapi diorang cakap orang atasan suruh hantar ke kawasan awam...Teraizumi cakap orang2 tua kat tempat perlindungan tak dapat pun bekalan makanan...masa tu kebetulan wartawan TV pun ada kat situ...Teraizumi beritahu wartawan yg dia sedang berusaha nak dapatkan bantuan untuk mangsa kat tempat perlindungan...
Dr. Kojima telefon ayah Hiroki nak maklumkan keadaan Hiroki...Dr. Kojima cakap dia akan jaga Hiroki dengan baik...masa tu Nozomi tengah tunggu arahan dari Dr. Shindo dan dah dengar perbualan tu...Dr. Shindo suruh Nozomi telefon ke rumah juga untuk maklumkan keluarga yg dia selamat...ayah Nozomi pulak dah sampai ke tempat perlindungan tempat Dr. Kouno bertugas dan tanyakan hal anak dia kat situ tapi takde orang pun yg tahu...masa tu Teraizumi dan Aoki sampai ke tempat perlindungan dengan bawak bekalan makanan dan minuman...wartawan TV pun ikut sama...mangsa mula nak makan tapi diorang cakap makanan tu terlalu keras...pada masa tu kebetulan Dr. Kouno jatuh pengsan...
Teraizumi dan Aoki guna van ayah Nozomi untuk hantar Dr. Kouno ke Hospital Besar Toto...Dr. Kojima yg mula periksa Dr. Kouno...Hiroki pulak dah nampak semua tu...masa nak usung ke bilik kecemasan, Dr. Junsuke Kouno (Daijiro Kawaoka) dah nampak ayah dia...Kazuya (Shun Oguri) pun dengar abang dia panggil ayah diorang...wartawan TV pulak dah tinggalkan hospital sebab ada mesyuarat tergempar kat istana...ayah Nozomi pulak tak perasan pun anak dia ada kat situ...
Junsuke suruh Kazuya tunggu je kat luar...Junsuke cakap Kazuya kat dalam bilik pembedahan tu pun tak dapat tolong apa2...Kazuya rasa tak berdaya nak bantu ayah dia...Nozomi tanya macam mana keadaan ayah Kazuya, tapi Kazuya cuma meluru keluar dengan marah...masa Nozomi cuba nak kejar Kazuya, ayah Nozomi ternampak anak dia...ayah Nozomi tak sangka anak dia selamat, dan terus tampar Nozomi...Kazuya terkejut nampak keadaan. tu...ayah Nozomi marah Nozomi tak telefon ke rumah dan buat semua orang bimbang...Nozomi tak cakap apa2 dan terus masuk balik ke hospital...
Dr. Shindo beritahu nurse Kawarasaki yg Dr. Kouno tak apa2, cuma kurang air dalam darah...berehat je pun dah OK...Junsuke cakap dia akan tukarkan ayah dia ke Hospital Shizuoka tempat mak dia dimasukkan...masa Shougo dan Chihiro sama2 sedang melukis, Teraizumi datang jenguk anak dia...Chihiro tunjukkan Hiroki pada Teraizumi...lepas tu Dr. Kuroki panggil Teraizumi dan minta dia tolong panggilkan polis buat kawalan supaya orang2 yg baiki mesin perubatan boleh masuk ke dalam Tokyo...tapi Teraizumi cakap dia takde hak ni...
nurse yg jadi kawan Dr. Kojima tu beritahu Hiroki yg Dr. Kojima memang nak temankan dia tapi masih ada pesakit yg perlukan Dr. Kojima...Hiroki cakap nilah kali pertama dia nampak Dr. Kojima dalam keadaan bekerja...Yajima dan Kitamura ikut Kazuya jadi volunteer...nurse Kawarasaki tak sangka Kazuya pun boleh jadi volunteer sebab dia tu bersikap acuh tak acuh, tapi Dr. Shindo cakap mak Kazuya pun Kazuya jugak yg selamatkan...nurse Kawarasaki cakap Kazuya memang budak baik, cuma dia tak suka dibandingkan dengan abang dia...abang dia tu pelajar cemerlang dan kadang2 bercakap kejam macam tadi...akhirnya Dr. Kouno dah sedarkan diri... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Episode 5...
lepas ambik air, Kazuya terserempak dengan Nozomi...Nozomi tanya takpe ke kalau Kazuya tak temankan ayah dia...Kazuya cakap dah setahun dia tak bercakap baik2 dengan ayah dia...Nozomi pulak cakap dia dah 2 tahun tak bercakap dengan ayah dia...ayah dia pukul dia sebab tak telefon balik lepas gempa bumi...Nozomi tak nak jumpa ayah, sebab tulah datang ke Tokyo...Kazuya tanya apa yg dah jadi...Nozomi beritahu dia hal dia buat silap masa di hospital Fukuoka...ayah dia suruh dia tabahkan hati, tapi dia tak mampu hadapinya sebab setiap kali teringatkan gadis yg meninggal dunia tu, dia akan menangis...Kazuya pulak beritahu Nozomi yg ayah dia pentingkan diri...
Dr. Kouno marah Junsuke dan cakap yg dia tak nak tukar hospital...kalau dia tinggalkan Tokyo, macam mana dengan pesakit2 dia...Junsuke cakap keadaan akan lagi teruk kalau Dr. Kouno tak pergi, lagipun Dr. Kouno tak mampu buat apa2...Dr. Kouno cakap masa hati seseorang tak tenang, dia akan perlukan orang untuk dengar suara hatinya, jadi Dr. Kouno tetap nak balik ke tempat perlindungan...Junsuke cakap macam tu cuma sebab dia nak ayah dia sihat balik...lepas tu Dr. Kouno nampak Kazuya...Dr. Kouno cakap dia dah dapat tahu yg Kazuya jadi ketua volunteer dan dia rasa bangga, tapi Kazuya tak nak jugak bercakap dengan ayah dia...
kat bilik staf, Dr. Kojima cakap dia tak setuju dengan perbuatan Junsuke...katanya Junsuke cuma dipengaruhi perasaan...Junsuke cakap dia tak nak ayah dia terima layanan khas...Dr. Kojima cakap dia pun tak nak tunang dia terima layanan khas, tapi walaupun dia doktor, dia tetap akan rasa bimbang juga...Dr. Kojima suruh Junsuke jangan selalu anggap diri sebagai doktor, kadang2 kena juga jadi orang biasa...kalau tak, Junsuke akan jadi doktor yg tak memahami fikiran pesakit...Dr. Kojima suruh Junsuke fikir baik2 macam mana nak pujuk Dr. Kouno tinggalkan Tokyo demi kesihatan dia...
masa Kazuya tengah duduk termenung, Dr. Shindo duduk tepi dia...Dr. Shindo cakap ahli2 volunteer tengah cari Kazuya sebab nak tahu kerja seterusnya dari Kazuya...Kazuya cakap dia buat pun bukan dengan rela, tapi Dr. Shindo cakap semua orang pun menghargai bantuan Kazuya...Dr. Shindo tanya dia apa yg sebenarnya dia tak puas hati...Kazuya cuma gelak dan cakap Dr. Shindo lain dari dia sebab Dr. Shindo tu macam sempurna...Dr. Shindo tanya apa yg sempurna...Kazuya cakap Dr. Shindo tak henti2 menyelamatkan mangsa, seolah2 pahlawan di hospital dan hidup dalam dunia yg berlainan...Dr. Shindo cakap masih ramai juga mangsa yg mati...walaupun dah cuba sedaya upaya, tapi masa yg ada terhad...Dr. Shindo cakap masih ramai yg dia tak dapat selamatkan, salah sorang adalah ayah Kazuya...cuma Kazuya yg dapat selamatkan ayah dia, sebab ayah dia tak nak dengar nasihat doktor tapi akan dengar nasihat keluarga...
Kazuya tanya Nozomi mana ayah dia dah pergi tapi Nozomi tak tahu...Kazuya cakap kalau ayah dia mati dalam gempa bumi, mesti dia akan sedih...masa tu kat radio ada berita pasal ramai orang yg tak henti2 masuk ke Tokyo nak cari kawan2 atau ahli keluarga...Nozomi teringatkan ayah dia...Nozomi ternampak Dr. Shindo dan teringat yg Dr. Shindo pernah suruh dia telefon balik ke rumah...ayah Nozomi pulak teringatkan banyak bekalan yg dia bawak untuk Nozomi...
Nozomi telefon message center yg disambungkan ke rumah dia...ada mesej dari ayah dia yg suruh dia telefon balik...ayah dia dah cari dia di merata tempat...sementara tu ayah Nozomi mula memasak untuk orang2 kat tempat perlindungan...ayah Nozomi beritahu orang2 kat situ yg anak dia selamat...semua orang kat tempat perlindungan pun gembira bila dengar pasal tu...kesedaran yg anak dia masih hidup dan sihat akhirnya buat dia menangis...Nozomi pulak masih dengar mesej2 dari ayah dia...salah satu mesej tu cakap yg ayah dia takkan paksa dia jadi nurse lagi, asalkan Nozomi sihat dan selamat...
sementara Nozomi dengar lagi mesej, dia nampak ramai orang berkumpul kat luar hospital...ada mesej dari mak dia pasal ayah dia dah bertolak ke Tokyo...ayah dia bawak banyak bekalan makanan sebab nak buat sup panas untuk Nozomi...masa tulah Nozomi ternampak ayah dia kat luar tengah agihkan makanan...ayah dia pun dah nampak dia kat telefon...lepas mesej habis, Nozomi hantar balik pesanan pada ayah dia...Nozomi mula menangis dan minta maaf dari ayah dia melalui telefon...
diorang semua kat hospital rasa terharu dan gembira sebab akhirnya dapat makanan panas...Teraizumi pulak dah rasa letih sebab sekejap hantar bantuan makanan, sekejap hantar mangsa tercedera, sedangkan kabinet pulak dah nak bersidang...Kazuya akhirnya dengar cakap Dr. Shindo dan pergi jumpa ayah dia...Kazuya makan dengan ayah dia kat situ...Kazuya cakap tentu mak dia tengah sunyi sekarang ni, jadi lebih baik ayah dia tukar hospital dan temankan mak...masa tu Junsuke datang jugak...dia cakap serahkan je tempat perlindungan tu pada diorang berdua...diorang cuma harap ayah akan panjang umur...Dr. Kouno akhirnya setuju...nurse Kawarasaki pulak suruh Kazuya dan Junsuke duduk dekat dengan ayah diorang...
Nozomi makan dengan ayah dia dalam van...Nozomi cakap dah lama tak makan masakan ayah dia...Nozomi cakap dia akan balik ke Fukuoka bila keadaan kat Tokyo dah stabil...ayah Nozomi minta maaf sebab pukul Nozomi...Dr. Kojima pulak temankan Hiroki makan...Hiroki cakap dia mimpikan perkahwinan diorang...masa tu telefon berbunyi dan Dr. Kojima cakap dia kena balik ke hospital...Hiroki beritahu paderi tak mengapa sebab isteri dia seorang doktor...lepas cerita tu Hiroki minta maaf sebab paksa Dr. Kojima letak jawatan...Hiroki suruh Dr. Kojima pertimbangkan semula masa depan yg paling bahagia, bermakna Hiroki dah tak kisah kalau Dr. Kojima nak terus jadi doktor ER...
masa hantar Dr. Kouno naik van ayah Nozomi, Dr. Kouno beritahu Junsuke supaya jangan kuat sangat berusaha... lepas tu dia beritahu Kazuya tak perlu paksa diri jadi doktor dan buat je apa yg dia suka...Dr. Kouno ucapkan terima kasih pada Dr. Shindo dan minta Dr. Shindo tengokkan anak2 dia...Nozomi pun hantar ayah dia balik...ayah dia suruh dia jangan dengar mesej dari pusat pesanan, tapi Nozomi dah dengar pun...Dr. Kuroki pulak dah gembira sebab mesin terakhir iaitu PCPS akan dapat dibaiki tengahari nanti dan beritahu Dr. Kojima pasal ni, tapi tiba2, keadaan Hiroki jadi tenat... |
|
|
|
|
|
|
|
Emergency Room 24 Hours 3 Episode 6 (13 November 2005)
keadaan Hiroki (Ken Ishiguro) tiba2 jadi tenat...nurse bergegas panggil Dr. Kojima (Nanako Matsushima) dan Dr. Kuroki (Teruyuki Kagawa) kat bilik staf...Dr. Shindo (Yousuke Eguchi) pun cepat2 datang membantu...Dr. Shindo cakap mungkin berlaku kecederaan pada otot jantung...Dr. Shindo dan Dr. Kuroki cuba sedaya upaya nak selamatkan Hiroki...yg lain2 kat wad tu pun perhatikan keadaan tu dengan cemas...Dr. Shindo gunakan kejutan elektrik pun tak mampu nak pulihkan Hiroki...Dr. Kojima dah tak mampu buat apa2 dan cuma berdiri di tepi...Dr. Hibiya suruh gunakan PCPS, tapi mesin tu belum sempat dibaiki...jadi Dr. Shindo teruskan juga usaha memulihkan jantung Hiroki, hinggalah Dr. Hibiya ingatkan dia yg denyutan jantung Hiroki dah berhenti selama 45 minit...Dr. Kojima mula menangis dengan kuat dan panggil2 nama Hiroki...dia pulak cuba buat CPR ke atas Hiroki, tapi Hiroki dah mati...
hari ketujuh selepas gempa bumi...
suasana kat wad kecemasan jadi muram lepas kematian Hiroki...Sakura cuba ceriakan keadaan dengan mengatakan yg bekalan elektrik akan pulih hari tu...Shougo dan Chihiro pulak asyik pandang katil Hiroki yg dah kosong...Dr. Kuroki tengok pekerja2 tengah baiki mesin PCPS, tapi dia langsung tak gembira...Dr. Kojima kat bilik mesyuarat sebab bilik mayat dah penuh...Dr. Shindo pergi jenguk Dr. Kojima, tapi dia tak masuk ke dalam...ada nurse panggil Dr. Shindo sebab ada pesakit baru dihantar...Dr. Kojima pulak cakap dia nak turut serta...Dr. Kojima turut sama buat rawatan seolah2 takde apa2 yg berlaku...semua orang masih risaukan keadaan Dr. Kojima...
Sakura mengalu2kan kedatangan volunteers baru dan perkenalkan Kazuya (Shun Oguri) sebagai ketua volunteer pada diorang...Dr. Kojima pulak telefon ayah Hiroki dan maklumkan yg Hiroki dah mati...walaupun dah buat urutan jantung selama sejam, tapi masih tak berjaya selamatkan Hiroki...Dr. Kojima minta maaf sebab tak jaga Hiroki dengan baik...ayah Hiroki nak tengok muka Hiroki buat kali terakhir, jadi Dr. Kojima janji akan cari ikhtiar...lepas tu ayah Hiroki tanya keadaan Dr. Kojima, tapi Dr. Kojima cakap dia tak apa2...Dr. Shindo cadangkan bawak balik mayat Hiroki ke Okayama...
Dr. Kuroki salahkan diri atas kematian Hiroki sebab mesin PCPS tak sempat dibaiki, tapi Dr. Shindo cakap Hiroki mati sebab gempa bumi...Dr. Shindo cakap dia pernah berada di satu tempat yg tak cukup kelengkapan merawat...walaupun doktor berjaya selamatkan mangsa, tapi mangsa akhirnya mati...Dr. Kuroki tertanya2 sama ada Dr. Kojima mampu hadapi semua ni, tapi Dr. Shindo pun tak pasti...
Teraizumi (Toru Nakamura) pulak masih sibuk agihkan bekalan ke tempat perlindungan....interview Teraizumi hari tu disiarkan lagi...orang2 kat tempat perlindungan pun menyokong dia...bekalan makanan dan minuman dihantar ke pusat tu lepas interview tu disiarkan...Teraizumi suruh Aoki cuba tunaikan semua permintaan orang2 yg menyokong dia kat situ walaupun permintaan tu tak logik...
sorang volunteer bernama Masato minta ditukarkan kerja sebab nak mendampingi sorang volunteer perempuan bernama Shiho...Kazuya iyakan je...Dr. Kojima pulak cuba telefon pusat ambulans untuk cari ambulans yg boleh hantar Hiroki balik ke Okayama...masa tunggu berita, Dr. Kojima mula teringatkan Hiroki lagi dan dia mula menangis...pusat ambulans akhirnya beritahu Dr. Kojima yg diorang kena utamakan mangsa yg tercedera... |
|
|
|
|
|
|
| |
|