|
|
[Tempatan]
V27 MH370 mungkin LANDED di tempat lain #80 - Search Team
[Copy link]
|
|
|
protonpersona posted on 1-5-2014 08:48 PM 
jom makan manggis...
manggissss manggisssss...meroyan manggissss je ko
org dah xmain manggisss skrg...skrg musim Harumanis
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yg korang susah2 pi teori speku buat apa...pi lah serang Anwar..dia kan boleh cari MH370 tu dlm sesaat..takkan korang dah tak caya Anwar lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Masuk macai.. ratib Anwar...................  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lorelai posted on 1-5-2014 08:16 PM 
kru lelaki pesawat..
hmmph..
tu lah suka suki mereka kan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lorelai posted on 1-5-2014 04:16 PM 
kru lelaki pesawat..
hmmph..
translation... dari BI ke melayu jadi macam tu bunyinya.. bayangkan kalau dari chinese ke melayu... itu yang keluar ayat ' boleh cari dalam satu saat' yang kemudiannya jadi bahan ratib macai, dan yang lagi teruk, pm sendiri boleh bagi respon kepada benda yang nonsense tu...
ada akal tak nak guna.
btw, suara terakhir dari pesawat mh370 khabarnya suara captain, bagaimana dengan suara suara sebelumnya?
masa on ground sebelum take off memang la suara copilot, sebab yg itu SOP, tetapi selepas take off either one boleh buat radio call.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 1-5-2014 09:13 PM 
yg korang susah2 pi teori speku buat apa...pi lah serang Anwar..dia kan boleh cari MH370 tu dlm sesa ...
lemboooooo expired ni kalu x ratib nuart mcm x sah hidup dlm satu jam.........agak2 nya kluarga ko pun naik heran apa hal mulut tu x henti2 duk sebut nuart..nuart...' dari bgn tido sampai ke nak kiok...
Last edited by razhar on 1-5-2014 11:01 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
razhar posted on 1-5-2014 10:59 PM
lemboooooo expired ni kalu x ratib nuart mcm x sah hidup dlm satu jam.........agak2 nya kluarga ko ...
I tak fhm derang ni suka membesarkan benda yg nonsense kan, ntah betul ke tidak dia kata sesaat ... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Knp manggis bukan harumanis |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dari awal i stick pada bukti-bukti yang ada.. buang masa je nak baca, dengar segala konspirasi.. takyah nak jheran dengan manggis sbb memang manggis dalam kargo tu.. iols tak nak berlaku kejam dan tak adil utk cerita lebih-lebih punca kejadian.. semoga Allah tunjukkan di mana mh370 itu.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
protonpersona posted on 1-5-2014 08:48 PM 
jom makan manggis...
Basi la citer manggis..... ko ingat tak derita ke org2 yg tunggu org2 tersayang ni? Yg isteri bagai di gtg tak bertali, tertunggu2 suami msg2 yg entahkan hidup atau mati...... aku dh mintak keluarga ni move on & ko pulak harapnya grow up la ya.......
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ioll tak phm knp dorang pcaya syarikat telekomunikasi yg setaraf maxis upgrade sikit jah..tp tak pcaya syarikat georesonance ni??act bkn mahal pon nk check dkt teluk bengal..coordinate dah ada..exact coordinate..pergi je lah check..
org inmarsat smpai skrg mana pernah tunjuk muka..tp georesonace ni tdiri dr scientist dan professors..korang ingat kalau dorang tak yakin dorang nak make such claim ke??dorang professors and scientist..kalau dorang salah..akn tarnish nama dorang!!dorang punya reputasi is on the line..inmarsat ada ke tunjuk muka??lgsg tak ada??siapa yg analisa data??ada tak dorang kaji parameter2 yg akn effect the data??5 org professor ni ada credibiliti..tmasuk 12 scientist yg ada phd!!siapa yg dbelakang inmarsat??smpi skrg inmarsat tak nk tunjuk muka!!
professor2 dan lebih 50 scientist ni ada paper..ada nama..dorang takkan bodohkn diri dorang claim ni semata2 dorang nk kejar publisiti murahan..ni bkn cara kerja scientist..unless ada pihak yg taknak mh370 djumpai atas pelbagai sebab..dorang tak claim ini mh370..but sharusnya ioll pcaya ia adalah kapal terbang..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengar rakaman cockpit tu yg bunyik bising2 tu dtg dr mane ek
Ker mmg begitu
Dulu sll dgr bile tgk ACI kat tv
Tak pnah pulak focus begini
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tinker_bell posted on 2-5-2014 02:16 AM 
ioll tak phm knp dorang pcaya syarikat telekomunikasi yg setaraf maxis upgrade sikit jah..tp tak pca ...
katanya semalam bangladesh dah hntar team gi sana nak check.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ida88 posted on 2-5-2014 07:52 AM 
Kira mmg selama dari pukul 1.40+ tu mmg kerja tracking tu dibuat..... control tower tak lena....leganya
Tp no 21 tu ...... something wrong
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ida88 posted on 2-5-2014 07:50 AM 
Fresh mangosteen
Adakah dgn invoice ni set persoalkan mangosteen tempoh hari akan puas ? (termasuklah aku)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Laporan awal MH370 dikeluarkan
KUALA LUMPUR - Laporan awal MH370, yang turut mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur serta senarai kargo, dikeluarkan hari ini oleh Kementerian Pengangkutan.
Laporan itu turut memuatkan peta laluan penerbangan, pelan tempat duduk penumpang selain dokumen tambahan yang memberi maklumat lanjut berkaitan tindakan yang diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada 8 Mac, hari MH370 dilaporkan hilang.
Dalam satu kenyataan, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata laporan awal itu dikeluarkan berdasarkan kepada panduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak -- bahawa selagi maklumat tertentu yang dikeluarkan itu tidak menghalang penyiasatan atau operasi pencarian -- atas nama keterbukaan dan ketelusan, maklumat itu seharusnya diumumkan.
Minggu lepas Najib melantik sepasukan pakar dalaman untuk menyemak semula semua maklumat yang dimiliki kerajaan Malaysia berkaitan MH370, dengan matlamat untuk mengeluarkan seberapa banyak maklumat yang boleh kepada umum, katanya.
Najib, ketika diwawancara oleh pakar penerbangan stesen penyiaran CNN, Richard Quest minggu lepas, berkata Malaysia bersedia mengeluarkan laporan awal MH370 minggu ini.
Kerajaan Australia dan Kerajaan China juga telah melantik Wakil Bertauliah selaras dengan Lampiran 13 ICAO, Perenggan 5.23.
Malaysian Airlines (MAS), selaku operator, memberikan kerjasama dalam penyiasatan, dan menyediakan kepakaran seperti diperlukan dan DCA Malaysia sentiasa dimaklumkan perkembangannya.
Sejarah penerbangan
Pada MYT 00:41:43 8 Mac 2014 (Sabtu), MH370 berlepas dari Landasan 32R di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam jadual penerbangan ke Beijing, China.
Pada MYT 00:42:07, MH370 diberi kebenaran untuk naik ke Paras Penerbangan (FL) 180* dan diberi kebenaran meneruskan penerbangan oleh LUMPUR APPROACH di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) ke waypoint IGARI. MH 370 dipindahkan kepada LUMPUR RADAR di KLATCC pada MYT 00:42:52.
Penerbangan itu kemudian diberikan kebenaran untuk naik ke paras FL 250 pada MYT 00:46:51 MYT dan kemudiannya ke paras FL 350 pada MYT 00:50:06. MH370 dilaporkan kekal pada paras FL 350 pada MYT 01:01:16 MYT dan sekali lagi dilaporkan kekal pada paras FL 350 pada MYT 01:07:55.
* Pada ketinggian di atas 11,000 kaki di Malaysia, paras ketinggian pesawat di atas paras laut dirujuk sebagai Paras Penerbangan(FL). 180 FL bersamaan dengan 18,000 kaki.
Pada MYT 01:19:24, LUMPUR RADAR di KLATCC mengarahkan MH370 supaya menghubungi Pusat Kawalan Trafik Udara HO CHI MINH (HCMATCC) pada frekuensi radio 120.9 MHz. MH370 memaklumkan dengan "selamat malam Malaysia Tiga Tujuh Kosong".
Pada MYT 01:21:04, MH370 dikesan pada skrin radar di KLATCC semasa ia melalui waypoint IGARI. Pada MYT 01:21:13, label radar bagi MH370 hilang daripada skrin radar di LUMPUR RADAR KLATCC.
Pada MYT 01:38, HCMATCC bertanya kepada KLATCC mengenai kedudukan MH370. Selepas itu KLATCC memulakan usaha dengan melibatkan Pusat OPS MAS, ACC Singapura, ACC Hong Kong dan ACC Phnom Penh untuk menentukan lokasi MH370. Tiada perhubungan dibuat dengan mana-mana unit ATC dan dengan itu Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) diaktifkan pada MYT 05:30.
Kemudiannya disahkan bahawa transmisi daripada Sistem Komunikasi dan Pelaporan Pesawat (ACARS) menerusi sistem komunikasi satelite telah berlaku mengikut selang waktu secara konsisten sebelum MH370 berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia pada MYT 12:56:08 dan komunikasi terakhir direkodkan pada MYT 01:07:49.
Pada 24 Mac 2014, analisis selanjutnya terhadap data satelit Inmarsat, menggunakan perubahan dalam isyarat frekuensi komunikasi satelit (isyarat menggunakan Doppler Effect), menunjukkan bahawa MH370 telah terbang di Koridor Selatan dan penerbangannya berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi.
Penyiasatan diteruskan dengan menganalisis data satelit dan prestasi pesawat untuk memperhalusi dan mengenal pasti kawasan tempat pesawat itu berakhir.
Sehingga kini, sebanyak 26 negara turut serta dalam usaha mencari MH370 membabitkan 82 pesawat dan 84 kapal.
Operasi SAR masih diteruskan.
Cadangan keselamatan
Walaupun pesawat dilengkapi peralatan komunikasi yang perlu untuk memberikan maklumat tentang lokasinya, mesej terakhir ACARS direkodkan pada MYT 1:07:29 MYT, pengesanan terakhir radar sekunder pada MYT 1:21:13 dan komunikasi satelit terakhir pada MYT 08:19 pada 8 Mac. Setelah lebih sebulan selepas pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, lokasinya masih tidak diketahui. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|