|
WAGS diva bermolot longkang??? - bini matyo
[Copy link]
|
|
SANKURIANG posted on 27-9-2013 08:12 AM
Cuba baca btl2, minah ni bukan cakap maaf sbb dia gaduh ngan pak nayan tu, tp sbb dia upload video ...
ari tu bukan die ke yg ckp, bukan die yg upload vid tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat CI, isu ni dah masuk part II. Kat sini still part I. So gossip kalah dgn CI la nampaknya.... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian matyo dpt bini camnie..
tak psl2 jatuh repotasi.. |
|
|
|
|
|
|
|
mea posted on 27-9-2013 07:28 AM
p/s: pegi salam & cium tangan pakcik pengawal tuh kalau nak mintak maaf...jangan main2 tulis dal ...
mcm bangang punya statement pompuan durjana nie...xde niat nk saman konon kalo dh mmg salah opkos la xblh nk saman...memalukan diri je
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ko tendang pakcik tu, maki hamun dia....blh ke ko masuk syurga kalau tak mintak maaf kat pakcik tu esahhh oiiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
cikatilia posted on 27-9-2013 08:11 AM
i pelik la.. siapa 2 org yg ada 2 video tu
bukan ke dia kata mat yo dgn ketua security ke ??
dia ingat ada org nk percaya citer dia....lagi nampak mcm pompuan gila ada la...seeloknya terus dicerca sahaja
|
|
|
|
|
|
|
|
lee_sakura posted on 27-9-2013 08:33 AM
mcm bangang punya statement pompuan durjana nie...xde niat nk saman konon kalo dh mmg salah opkos ...
mula2 memang nk saman dgn harapan dpt ganti rugi berjuta2 dr sykt keselamatan tersebut...tapi lepas dpt tau ada 11 loyer mengoffer khidmat serang balas secara percuma terus 2 ekor birah tu menggeletar tukar stetmen kata takde niat nk saman pun ...dasar penakut
|
|
|
|
|
|
|
|
SEPT13 posted on 27-9-2013 08:43 AM
kat board gossip ni cuma ppuan je kot...kat CI bercampur jantina..mcm2 ada...
apa CI tu? kat mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Isteri Mat Yo mohon maaf
Siti Aisya memohon maaf penyebaran rakaman video pergaduhan dengan pengawal keselamatan tersebar luas sejak Selasa lalu.
Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami
Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.
“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.
“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?
Dua individu miliki video
“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.
“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.
Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.
Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Tak terlintas saman
Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.
Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.
Last edited by maxim on 27-9-2013 08:50 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
whatsup33 posted on 27-9-2013 08:48 AM
apa CI tu? kat mana?
board isu semasa la...
|
|
|
|
|
|
|
|
mea posted on 27-9-2013 07:28 AM
p/s: pegi salam & cium tangan pakcik pengawal tuh kalau nak mintak maaf...jangan main2 tulis dal ...
minta maap kat rakyat malaysia buat apa
minta maap la kat pak cik tu
ko buat salah kat pak cik tu
|
|
|
|
|
|
|
|
maxim posted on 27-9-2013 08:49 AM
Isteri Mat Yo mohon maaf
statement x boleh blah.sikit pun xada nak mintak maaf kat pak cik tu |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan nie kuat propa.. dia dah buat salah dgn pakcik azman tu naper dia tk minta maaf aje kt pakcik tu, yg gi minta maaf kat semua rakyat malaysia buat apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 27-9-2013 06:38 AM
Mat Yo pasang pengawal, enggan respons isu isteri
Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
pak guard jgk yg ko cari at last..dah ludah jilat balik..puihhhh hah jilat blk jilat blk! jantan bodo
|
|
|
|
|
|
|
|
Badigol punya pompuan! Pi mintak maaf kat pakcik azman tu la!
Ko bersalah dgn dia dan orang marah sbb ko kurang hajar, biadap dan tak dak hati perut.. bukan sbb ko upload video yang tunjuk perangai samseng ko tu!
Kalau mcm ni cara ko Mintak maaf ko simpan je la airmata ko tu!
Tak dak sapa percaya ko la! |
|
|
|
|
|
|
|
-metro 27.9.2013-
laki minik prasan diva....xnak jumpa repots bz konon..hartuihh... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.
she's still not sorry....yang aku paham dia cuma kesal dgn uploadnya video tersebut nama suami dia terjejas terok...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|