Hodgson pengurus baru Liverpool
| Roy Hodgson mempamerkan jersi Liverpool selepas menyertai kelab Liga Perdana England itu sebagai pengurus pasukan, semalam. – AP
|
LONDON - Roy Hodgson dilantik pengurus baru Liverpool hari ini selepas dia bersetuju memeterai kontrak selama tiga tahun bersama kelab Liga Perdana England itu. Hodgson, 62, yang membawa Fulham ke pusingan akhir Liga Eropah musim lalu menggantikan Rafael Benitez yang meninggalkan Liverpool bulan lepas. "Ini adalah tugasan terbesar saya dan saya berbesar hati untuk menjadi pengurus kelab bola sepak Britain paling berjaya ini. "Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan para pemain dan penyokong kelab ini serta memulakan tugas," kata Hodgson dalam laman web Liverpool. Hodgson pernah membimbing Inter Milan, FC Copenhagen, Udinese, Grasshoppers dan Blackburn serta skuad Switzerland. - Reuters |