CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 6-11-2005 07:03 PM | Show all posts

Emergency Room 24 Hours 3 Episode 3 (5 November 2005)

hari kedua selepas gempa bumi...

akhirnya siaran TV dan radio dah ada...chief nurse beritahu Dr. Kuroki (Teruyuki Kagawa) yg selain Dr. Hibiya, ada 2 lagi doktor yg tak hadir bertugas...chief nurse risau diorang takkan cukup doktor dan nurse...berita melaporkan dah 2125 mangsa yg mati ditemui dan seramai 20 ribu lagi cedera...Dr. Kuroki suruh chief nurse bertahan sebab ramai lagi mangsa yg perlukan bantuan...

Kitamura masih lagi picit oksigen untuk Yajima...masa Dr. Kojima (Nanako Matsushima) periksa pesakit yg baru dibedah tu dia teringatkan Dr. Shindo (Yousuke Eguchi)...Kokubo (Mao Inoue) pulak dah sedarkan diri...Dr Junsuke Kouno (Daijiro Kawaoka) beritahu Kokubo pasal gempa bumi tu...Kokubo tanya kenapa mesti selamatkan dia...Dr. Kojima cakap hal ni tak perlukan alasan sebab tak kira bunuh diri atau sebab lain, diorang akan tetap selamatkan Kokubo sebab itulah tugas doktor...

hari dah siang tapi proses rawatan masih berjalan kat klinik Dr. Kouno...orang yg pergi cari isteri Dr. Kouno balik dan cakap yg diorang masih belum jumpa...Kazuya (Shun Oguri) masih teruskan usaha mencari mak dia...Teraizumi (Toru Nakamura) pulak dah bawak isteri dia ke Hospital Besar Toto...lepas tu dia nak cuba telefon assistant dia, Aoki...Nozomi (Kotomi Kyono) pulak nak bawak Chihiro keluar dari sekolah...

kat hospital, Kaori akhirnya sedar dan tanyakan Chihiro...Teraizumi yakinkan Kaori yg Chihiro takkan apa2...Dr. Kojima dan Dr. Kuroki pulak berbincang tentang keadaan Kaori...diorang takut akan berlaku sindrom dan menyebabkan keadaan Kaori bertambah teruk...Dr. Kojima terdengar berita dari radio yg pihak bomba dah memasuki bangunan2 tapi masih belum dapat kesan mangsa...kat klinik Dr. Kouno pulak, ubat dan narkotik dah habis...Dr. Kouno suruh Dr. Shindo behenti saja sebab bahagian kecemasan mesti dah ditubuhkan...

mangsa gempa bumi terus dimasukkan ke hospital...Dr. Kouno tak berjaya selamatkan sorang mangsa dan rasa sedih...dia rasa marah pada kakitangan yg dah balik...kat klinik, orang2 yg tunggu kat luar terpaksa ke tempat lain untuk dapatkan rawatan sebab klinik dah tak mampu buat rawatan...pada masa tu, Kazuya dah balik dengan menggendong mak dia...

Kazuya beritahu yg mak dia terperangkap bawah jubin...Kazuya nampak basikal mak dia sebab tu dia tau mak dia ada kat situ...Dr. Shindo periksa mak Kazuya dan dapati kakinya mungkin mengalami sindrom, jadi perlu segera dihantar ke hospital...kalau tak pedulikan sindrom ni akan menyebabkan kelemahan jantung...Dr. Kouno sendiri tak nak ikut ke hospital sebab katanya dia ada kewajipan menjaga penduduk...jadi dia minta Dr. Shindo dan Kazuya je yg bawak isteri dia ke hospital...

Teraizumi masih cuba telefon Aoki tapi tak dapat...mentor dia telefon dan beritahu yg beberapa ahli parlimen dah mati, jadi diorang kena adakan mesyuarat segera...masa tu Teraizumi nampak Aoki tengah dukung Chihiro diiringi oleh Nozomi...Dr. Kojima pulak beritahu Dr. Kouno yg tak guna sebut pasal Dr. Hibiya sekarang sebab yg paling penting adalah menyelamatkan mangsa yg masih hidup...Dr. Kouno tanya Dr. Kojima kalau mangsa tu adalah ahli keluarga atau orang kesayangan Dr. Kojima, apa dia nak buat...

pihak bomba dah jumpa Hiroki (Ken Ishiguro) yg masih hidup tapi dalam keadaan serius...ayah Nozomi pulak masih cuba telefon Nozomi...kat hospital, Kaori berterima kasih pada Nozomi sebab melindungi Chihiro...masa tu Aoki ajak Teraizumi ke mesyuarat parlimen...Kaori minta Teraizumi temankan Chihiro tapi Teraizumi cakap dia kena juga hadiri mesyuarat pencegahan bencana tu...Teraizumi minta Nozomi je yg temankan Kaori dan Chihiro...Dr. Kojima beritahu Teraizumi yg keadaan Kaori masih tak stabil, tapi Teraizumi tetap nak hadiri mesyuarat tu...

Kaori tiba2 mengalami sindrom...Dr. Kojima beritahu Dr. Kuroki yg sindrom akan beri kesan dalam masa sejam, jadi perlulah diselamatkan dulu, tapi Dr. Kuroki cakap diorang tak cukup kakitangan dan terpaksalah lepaskan peluang selamatkan Kaori...buat pertama kali, Dr. Kojima naik panik dan tak tahu nak buat apa bila tengok ramai pesakit yg datang...masa tulah Dr. Kojima nampak Dr. Shindo masuk pintu ER dan dia terus jadi lega...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2005 07:05 PM | Show all posts

sambungan Episode 3...

Dr. Kojima beritahu Dr. Kuroki yg Dr. Shindolah yg merawat mangsa kecemasan semalam...Dr. Kuroki minta Dr. Shindo membantu di ER...masa tu Dr. Kouno nampak Kazuya bawak mak diorang...Kazuya beritahu abang dia yg mak diorang mengalami sindrom...Dr. Kojima beritahu Dr. Shindo yg diorang pun tak dapat buat diagnosis sekarang sebab ramai mangsa yg sedang menunggu giliran...

Teaizumi dah tiba di dewan parlimen untuk mesyuarat...keadaan di parlimen seolah2 tak terkesan dengan kejadian gempa...belum sempat Teraizumi pergi jumpa menteri kabinet, hospital dah telefon Aoki nak maklumkan keadaan Kaori...Dr. Kojima beritahu Teraizumi yg isteri dia dan sorang lagi pesakit dah mengalami sindrom, jadi diorang perlukan helikopter untuk hantar 2 pesakit tu ke hospital lain...masa tu Teraizumi teringatkan Dr. Shindo dan mula menyalahkan dia...Dr. Shindo ambil telefon dari Dr. Kojima...Dr. Shindo minta Teraizumi utamakan isteri dia sebab sekarang cuma Teraizumi yg mampu selamatkan Kaori...

Sakura ajak Kazuya bawak mak dia ke atas bumbung...Dr. Kouno nak ikut sama tapi mak dia cakap tak perlu, ayah dia pun sedang berusaha nak tolong mangsa...Kaori pulak cakap Teraizumi takkan datang...Teraizumi cuma pentingkan politik dan kawin dengan dia demi status, tapi Dr. Kojima cakap Teraizumi takkan biarkan Kaori...masa tu Chihiro dah terdengar dan jadi sedih dengar cakap mak dia, jadi mak dia minta maaf dengan Chihiro...Dr. Shindo suruh Dr. Kojima uruskan mangsa lain dan biar dia je yg bawak Kaori ke atas...Dr. Shindo nasihatkan Dr. Kojima supaya tabah mengharungi sebab dalam masa 48 jam ni, makin ramai mangsa yg akan datang...

Teraizumi pulak masih serba salah sebab ahli2 parlimen yg lain tengah tunggu dia...akhirnya Teraizumi buat keputusan nak minta bantuan helikopter...Teraizumi minta bantuan jabatan pertahanan tapi diorang tak nak bagi walaupun Teraizumi dah merayu...orang tu cakap hal sendiri kenalah uruskan sendiri...Dr. Kuroki pulak terus-menerus 'lepaskan' mangsa dan menyebabkan Dr. Kouno naik marah...Dr. Kouno cakap kat Dr. Kuroki yg dia tak nak jadi doktor yg mudah putus asa...Dr. Kojima larang Dr. Kouno cakap lagi...

Nozomi merayau-rayau di sekitar ER...masa tu dia nampak Kitamura minta Kokubo tolong picitkan oksigen Yajima sebab dia pun nak membantu yg lain2...Kaori pulak dah putus asa dan cakap yg dia dah tak mampu diselamatkan...Dr. Shindo beritahu yg Chihiro pun ikut sama naik atas, bukan saja sebab risaukan Kaori tapi juga sebab dia percaya yg ayah dia akan datang...masa tulah diorang terdengar bunyi helikopter...yg lain2 kat ER pun dah dengar...

Teraizumi dah sampai dengan helikopter...juruterbang cakap cuma 3 orang lagi je boleh muat, jadi Teraizumi nak bawak anak dia sekali...tapi juruterbang cakap salah sorang mestilah doktor untuk hadapi keadaan bahaya...Kazuya pun nak ikut sama tapi Teraizumi tak bagi...mak Kazuya suruh Kazuya jaga ayah dan abang dia...Kaori pulak tak sangka Teraizumi akan datang...Teraizumi beritahu Kaori yg walaupun Kaori bukan anak ahli politik, dia tetap akan kawin dengan Kaori...sorang doktor lain dari ER yg akan ikut sama...Teraizumi cakap kalau ada mangsa lain yg perlu dihantar, bawak je naik ke bumbung...Dr. Shindo berterima kasih pada Teraizumi...

hari ketiga selepas gempa bumi...

nurse Hazuki akhirnya balik bekerja...dia tengok hospital penuh sesak dan kakitangan lain masih bertungkus-lumus...malah dia nampak Kokubo pun dah agak sihat dan tengah membantu picit oksigen untuk Yajima...Kazuya dan Sakura pulak bersihkan bilik air...Dr. Kojima yg tengah buat rawatan dengan Dr. Shindo ternampak Hazuki dan tanyakan keadaan keluarga dia...keluarga Hazuki tak apa2...Hazuki minta maaf sebab tinggalkan hospital pada saat genting...

Yajima pulak akhirnya dah sedar...semua orang kat ER dah gembira sebab dia dah sedar, tapi dia macam dah lupa siapa Kitamura...Sakura puji Kokubo yg dah jaga Kitamura sepanjang malam...Chihiro pulak tidur di tepi Shougo...Dr. Kuroki akhirnya hubungi anak perempuan dia...anak dia tak apa2...Dr. Kuroki sangat sedih sebab masih tak dapat balik rumah tapi anak dia faham tugas ayah dia...Nozomi pun menangis terkenangkan keluarga dia...

masa buat rawatan, Dr. Kojima cakap dia tak sangka akan dapat bekerjasama lagi dengan Dr. Shindo...Dr. Kojima nak bincang dengan Dr. Shindo pasal dia nak kawin dan pindah ke Seattle, tapi akhirnya dia pilih nak teruskan tugas doktor di ER...tapi sekarang dia dah tau kepentingan Hiroki pada dia, jadi dia akan ke Seattle lepas selesaikan hal di Jepun...Dr. Shindo tak cakap apa-apa pasal tu...masa tu handphone Dr. Kojima kat pejabat staf berbunyi, panggilan dari pihak bomba tentang Hiroki...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2005 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by MadaMadaDane at 6-11-2005 03:37 PM



aku tak baper nengok er 1 ngan 2.. so kureng pasti...
tapi..dlm yg 3 nih...tade ape pun...sekadar mentor menti gitu...heh!!..:lol


ER 1 tu Dr. Kojima still jenis yg kepala batu & mudah putus asa, kalau takde Dr. Shindo bimbing dia, dah lama 'sesat' Dr. Kojima tu dan takkan jadi doktor yg hebat macam sekarang ni...

ER 2 takde Dr. Kojima, heroine Yasuko Matsuyuki yg berlakon...masa tu Dr. Shindo dah kematian isteri dan memang macam ada sikit sparks antara Dr. Shindo ngan doktor nih tapi tak di'extend'...

dalam ER 3 ni, diorang berdua ni memang have a lot of trust in each other, especially Dr. Kojima tu yg memang dengar segala cakap Dr. Shindo...maybe, ada sikit rasa adoration dari pihak Dr. Kojima untuk Dr. Shindo, sebab Dr. Shindo tu macam 'idola' dia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2005 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 6-11-2005 07:10 PM

dalam ER 3 ni, diorang berdua ni memang have a lot of trust in each other, especially Dr. Kojima tu yg memang dengar segala cakap Dr. Shindo...maybe, ada sikit rasa adoration dari pihak Dr. Kojima untuk Dr. Shindo, sebab Dr. Shindo tu macam 'idola' dia...



:ah::ah: sume pun cam kagum ngan Shindo sensei... perrgghh..aku pun kagum..


tapi..dlm citer nih..aku paling suke nengok watak politician Teraizumi tuh..
lol hahaha..lawak gilerr ah dia .. especially part anak dia chihiro tuh
bagi makanan kat org lain tadi nye episode.. :lol
memule bengkek gak ngan dia nih..
lame-lame....mmg best ah dia..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2005 10:44 PM | Show all posts
whitedove, thanks for the info & drama guide... emiko, thanks for the OST download link... appreciate both of you very much! :love:

Walaupun Yousuke Eguchi ni quite a versatile actor, paling suka dia dalam ER... memang sesuai dengan watak doktor, the strong serious type. Dalam White Tower pun, he's not bad but... Dr. Shindo lebih sesuai dengan dia.

Toru Nakamura... kalau tak berlakon 'jahat'... tak sah... but he's good. Menjadi sunguh lakonannya... a very ambitious politician... dahlah ahli politik, asyik nak cari kesempatan je atas malapetaka yang berlaku.

Teruk betul bila gempabumi berlaku... tak boleh imagine, kesengsaraannya... doktor pun ada keluarga sendiri tapi terpaksa pendamkan susah hati mereka. Jepun selalu kena gempa, bersedia macamana pun... kesannya tetap mempengaruhi semua.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2005 11:48 PM | Show all posts
whitedove ... terima kasih untuk synopsis n info ..:tq:

politician tu aku ingatkan jahat ... rupanye taklah jahat sgt ... cuma suka menangguk di air keruh je ... biasalah politician kan.... aku rasa last2 nanti mesti dia jadi baik n ikhlas tolong org bukan just utk masuk tv....

apa pendapat korang mengenai tindakan dr.hibiya yg balik ke rumah dia utk check on his family? korang rasa salah ke..?
aku rasa tak salah sbb doktor pun ada tanggungjawab kat family dia sendiri jugak kan ....
n dia pun balik semula ke hospital lepas tu .... tapi dia ni jenis kerek sikit ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2005 01:59 AM | Show all posts
citer ni memang best...keep me seated in my place....setakat inilah J-Drama yg paling best aku tengok lepas Ice World....yg lain sumer Korean drama jer...hehe :lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2005 02:04 AM | Show all posts
baik aku pegi carik cd citer ni la... brapa kali dah terlepas.... eh... rasanya aku tak dpt2 tgk lagi w/pun 1 ep....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2005 09:40 AM | Show all posts

Reply #2294 emiko's post

mekacih emiko...jasamu dikenang..citer nih mmg best.....wa teringat kat citer white tower
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2005 04:51 PM | Show all posts
huhuhu...

sempat tgk episod 1 je... yg lain semua termiss... weekend ni nak kena cari VCD dia... tak leh jadi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2005 05:49 PM | Show all posts
Eh, kite pun suka gak tgk citer nie. Erm... budak laki yg sakit tu n anak senator tu blakon dalam 'Wonderful Life' kan. Comel lah dorang tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2005 09:22 PM | Show all posts

Emergency Room 24 Hours 3 Episode 4 (6 October 2005)

mak Kokubo (Mao Inoue) nak bawak Kokubo balik ke Fukushima...Kokubo yakinkan Dr. Junsuke Kouno (Daijiro Kawaoka) yg dia takkan bunuh diri lagi...Kokubo berterima kasih pada Dr. Kouno...

bekalan makanan dan air dah dihantar melalui helikopter...Kazuya (Shun Oguri) dan Sakura yg uruskan...Hazuki Ootomo (Megumi) pulak tengah uruskan rekod pesakit...Hazuki jemput nurse lain makan senbei yg dia bawak, tapi ramai tak nak pedulikan dia malah diorang perli Hazuki...cuma Sakura je yg makan senbei tu...

Dr. Kuroki (Teruyuki Kagawa) sangat alu-alukan bantuan Dr. Shindo (Yousuke Eguchi)...Dr. Kuroki minta maaf sebab dia sangat sibuk dan tak sempat bersalam dengan Dr. Shindo...Dr. Shindo ajak Dr. Kojima (Nanako Matsushima) pergi periksa bekalan ubat tapi Dr. Kojima nak dengar panggilan telefon dulu...akhirnya Dr. Kojima dengar mesej tentang Hiroki (Ken Ishiguro) yg dah dihantar ke sebuah hospital lain...Dr. Kojima telefon hospital tu tapi hospital tu pun tengah kelam-kabut dan tak dapat cari rekod pesakit...Dr. Kojima jadi semakin risau...

Dr. Kouno periksa bekalan air dengan bantuan adik dia...Dr. Kouno nampak kagum dengan Dr. Shindo dan rasa yg Dr. Kuroki cuma tau berlagak...Kazuya nak minum sikit tapi Dr. Kouno tak bagi sebab minuman untuk pesakit dulu...masa tu diorang nampak Dr. Hibiya dah balik bertugas...Dr. Kouno pergi bercakap dengan Dr. Hibiya...Dr. Kouno dengan marahnya cakap yg diorang semua dah bersusah payah dalam masa 2 hari ni...Sakura cuba nak tenangkan diorang berdua, tapi diorang tenang sendiri...Dr. Kouno cakap nasib baik ada Dr. Shindo...

Dr. Shindo cadangkan Dr. Kojima pergi je ke hospital tu, lagipun masa genting untuk selamatkan mangsa yg parah dah berlalu...kebetulan pulak masa tu Shougo diserang asma lagi...Shougo panggil mak ayah dia...akhirnya Shougo dah tenang lepas dengar suara Dr. Kojima...

Dr. Kuroki telefon pusat kecemasan nak minta bantuan dari segi mesin dan ubat tapi pusat kecemasan tak dapat bantu...Dr. Shindo suruh Dr. Kuroki yg tengah tension tu berehat sekejap...Dr. Kuroki sangat risaukan kakitangan yg tak cukup...masa tu Dr. Hibiya masuk ke office dan melegakan Dr. Kuroki sebab dia dah balik bertugas...

Hazuki tanya kenapa Nozomi (Kotomi Kyono) tak balik...Nozomi cakap dia sorang je kat Tokyo sebab kampung dia kat Fukuoka...dia tak dapat pulak hubungi ahli keluarga sebab handphone dah terjatuh dan ramai orang beratur nak guna public phone...Nozomi sebenarnya tak bergaul baik dengan keluarga...Hazuki cerita dia dah balik rumah dan tinggalkan pesakit...mak dia marah dan suruh dia balik hospital...

ayah Nozomi sibuk siapkan barang2 nak hantar ke Tokyo dan cari Nozomi...kat hospital, Shougo mula rasa tak selesa semula...nurse pergi cari Dr. Kojima tapi Nozomi mula risaukan Shougo...jadi dia buat sendiri ubat untuk Shougo...Dr. Shindo nampak Nozomi dan take over...atas bantuan Nozomi, Shougo dah tak apa2...Nozomi minta Dr. Shindo rahsiakan hal tadi...Dr. Shindo tahu Nozomi sebenarnya nurse, jadi dia minta Nozomi bantu diorang...tapi Nozomi cakap dia tak boleh sebab pernah buat silap dan sebabkan kematian pesakit...sebenarnya tu adalah silap doktor tapi Nozomi salahkan diri sendiri...

Dr. Shindo suruh Dr. Kojima jangan risau pasal Shougo dan pergi je ke hospital tu...Dr. Shindo cakap walaupun Dr. Kojima seorang doktor kat situ, tapi demi orang tersayang, Dr. Kojima kenalah jadi orang biasa...masa ni Dr. Kojima teringatkan keadaan Dr. Shindo masa jaga isteri dia dulu...akhirnya Dr. Kojima buat keputusan nak pergi tapi pada masa tu hospital tu telefon...pihak hospital cakap Hiroki memang ada dimasukkan ke hospital tu dan perlukan CT scan, tapi Hiroki dah tinggalkan hospital...Dr. Shindo agak Hiroki mesti datang cari Dr. Kojima...

lepas tu Dr. Kojima dapat panggilan telefon dari hospital Saitama berkenaan Shougo...Dr. Kojima beritahu Shougo yg mak ayah Shougo dah dimasukkan ke hospital Saitama tapi diorang takde apa2...lepas diorang sembuh, diorang akan datang bawak Shougo balik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2005 09:23 PM | Show all posts

sambungan Episode 4...

Kazuya dah kepenatan sebab banyak kali ulang-alik angkat air...nurse yg lain pulak dah tak tahan dengan keadaan hospital...masa tu Teraizumi (Toru Nakamura) dan Aoki dah sampai ke hospital dengan berjalan kaki selama 4 jam...diorang bawak banyak bekalan makanan untuk Chihiro, tapi Chihiro bersikap baik dan offer makanan pada yg lain2...Teraizumi sebenarnya tak nak Chihiro agihkan makanan...

Teraizumi dan Aoki merungut sebab cuma dapat makan sikit setelah susah payah berjalan jauh dan ambil makanan simpanan kerajaan...Dr. Kuroki berterima kasih pada Teraizumi atas makanan tu semua...Dr. Kuroki minta bantuan dari Teraizumi tentang hal2 lain tapi Teraizumi cakap dia tak dapat bantu...Dr. Kuroki naik geram dan cakap yg kakitangan kat situ tak mencukupi...tiba2 je Teraizumi berjanji akan bantu...perbualan diorang masa tu didengari oleh Kazuya yg curi2 minum air...

Aoki tanya kenapa Teraizumi janji nak tolong...Teraizumi sebenarnya dah dapat idea untuk gunakan media bagi mempromosi diri sendiri...Hiroki yg dalam kesakitan pulak masih terus berjalan nak jumpa Dr. Kojima...

ada 2 orang mangsa baru dimasukkan ke ER...keadaan dalam bilik pembedahan jadi sesak dan agak tegang...Kitamura tanya kenapa Hazuki tak pergi menolong...keadaan dalam bilik pembedahan jadi semakin tegang disebabkan staf yg kebanyakannya kepenatan dan mudah naik darah...berlaku percanggahan antara Dr. Hibiya dan Dr. Kouno...chief nurse minta Dr. Kuroki buat keputusan tapi dia pun dah keliru...akhirnya Dr. Shindo tinggikan suara dan suruh diorang semua bertenang...Nozomi pulak perhatikan keadaan tu dari luar...

lepas habiskan pembedahan, Dr. Shindo minta maaf sebab bersuara kuat tadi tapi Dr. Kuroki cakap memang diorang yg salah...Dr. Shindo cakap keadaan yg kekurangan air, makanan dan kakitangan macam tadi akan berterusan, jadi kalau tak bertenang masalah takkan selesai...Dr. Kuroki setuju yg diorang kena bersatu, tapi Dr. Hibiya cakap diorang dah tak bersatu sejak gempa bumi berlaku...diorang semua cakap diorang dah tak tahan, tapi Dr. Shindo cakap Dr. Kojima pun dah harunginya...Dr. Shindo beritahu pasal Hiroki yg dah hilangkan diri dari hospital...Dr. Kojima cakap dia tak apa2 sebab tugas dia adalah menyelamatkan nyawa orang...

lepas tu, Dr. Shindo minta maaf dari Dr. Kojima sebab beritahu hal dia tanpa kebenaran, tapi Dr. Kojima cakap dia pun rasa lega sebab dapat luahkan...Dr. Shindo suruh Dr. Kojima rehat sekejap tapi Dr. Kojima cuma geleng kepala...staf2 yg lain pun teruskan usaha seolah2 dapat semangat dari ketabahan Dr. Kojima...

nurse tiba2 meluru masuk dan panggil Dr. Kojima...Hiroki dah dihantar ke hospital...keadaan Hiroki tak baik dan tak sedarkan diri...Dr. Kojima tunggu di tepi dengan risau sekali sementara tunggu Dr. Shindo dan Dr. Kuroki rawat Hiroki...Dr. Shindo suruh Dr. Kojima tolong, dia yakin Dr. Kojima dapat selamatkan Hiroki...yg lain2 pun berkumpul di luar bilik pembedahan bila dapat tau tu tunang Dr. Kojima...even Hazuki pun tawarkan bantuan dalam bilik pembedahan...

Teraizumi pulak dah sampai ke pusat perlindungan dan nampak Dr. Kouno (senior) kat situ...Dr. Kouno dan nurse Kawarasaki cakap bantuan tak sampai pun ke situ, jadi dah ada orang yg mati sementara menunggu bantuan...sebab tu orang2 yg berlindung kat situ tak ramai...Teraizumi terkejut bila tau pasal tu...

Dr. Kouno cakap Dr. Shindo memang hebat, tenang dan pandai mentafsir...Kazuya cakap Dr. Kuroki pun hebat juga, walaupun abang dia tak suka Dr. Kuroki, tapi Kazuya kagumi doktor tu...sementara tu, Dr. Kuroki dah rasa agak lega sebab mesin CT dah diperbaiki, tapi banyak lagi alatan yg masih rosak...nurse2 lain pulak ucapkan terima kasih pada Hazuki sebab membantu dalam rawatan Hiroki...akhirnya diorang semua mula makan senbei yg Hazuki bawak...Hazuki rasa sangat terharu...

Nozomi datang ke bilik nurse dan cakap dia pun nak bantu jugak sebab dia pun jururawat...Dr. Shindo pergi jenguk Hiroki dan tersenyum sendiri...masa tu Dr. Kuroki beritahu Dr. Shindo yg mesin CT dan MRI dah diperbaiki...dia nak minta 'cuti' 2 jam sebab dia pun nak berehat sekejap...Dr. Kojima pulak akhirnya dah tertidur di samping Hiroki...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2005 09:30 PM | Show all posts
Originally posted by katt at 6-11-2005 10:44 PM
whitedove, thanks for the info & drama guide... emiko, thanks for the OST download link... appreciate both of you very much! :love:

...


no problem!

Teraizumi tu, dalam 'jahat' dia ada baiknya...dia le yg paling banyak mengalami perubahan perangai & perasaan dalam citer ni, selain Dr. Hibiya, Kazuya & abangnya...memang earthquake (dan apa juga bencana sekalipun) boleh buat seseorang tu berfikir panjang...;)

decision Dr. Hibiya yg balik nak jenguk family dia, memang takde salahnya...tapi kurang2nya mintak la maaf kat orang2 yg dia dah 'susahkan' kat hospital tu, especially yg dah kerja tanpa rehat nak jaga & rawat semua pesakit..

SPOILER sikit...



more heartaches & more tension to come!
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2005 09:53 AM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 7-11-2005 09:30 PM


no problem!

Teraizumi tu, dalam 'jahat' dia ada baiknya...dia le yg paling banyak mengalami perubahan perangai & perasaan dalam citer ni, selain Dr. Hibiya, Kazuya & abangn ...


Dr. Shindo tu bynk betul belakon citer jadi dr..mmg sesuai pun...:love::love:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2005 07:21 PM | Show all posts

tidbits...

The Television Dorama Academy Awards Winter 2005 (January - March)

BEST DORAMA:

1. Gokusen 2 - NTV (Yukie Nakama, Kazuya Kamenashi, Jin Akanishi, Ken Kaneko, Mikihisa Azuma, Shosuke Tanihara, Katsuhisa Namase)
2. Kyumei Byoto 24 Ji 3/Emergency Room 24 Hours 3 - Fuji TV (Yousuke Eguchi, Nanako Matsushima, Teruyuki Kagawa, Kotomi Kyono, Shun Oguri, Daijiro Kawaoka, Toru Nakamura)
3. Yasashii Jikan/The Gentle Hours - Fuji TV (Akira Terao, Kazunari Ninomiya, Masami Nagasawa)
4. M no Higeki/The Tragedy of M - TBS (Goro Inagaki, Kyoko Hasegawa, Kuranosuke Sasaki, Hiroki Narimiya, Aya Okamoto)

BEST ACTOR:

1. Yousuke Eguchi (Kyumei Byoto 24 Ji 3)

2. Katsunori Takahashi (Tokumei Kakarichou Tadano Hitoshi 2 - TV Asahi)
3. Akira Terao (Yasashii Jikan)
3. Goro Inagaki (M no Higeki) (tie)

BEST ACTRESS:

1. Yukie Nakama (Gokusen 2)
2. Yuko Takeuchi (Fukigen na Jiin/Grumpy Gene - Fuji TV)
3. Nanako Matsushima (Kyumei Byoto 24 Ji 3)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2005 07:22 PM | Show all posts

tidbits...

Winter Dorama 2005 final average ratings (as of 31/3/2005)

1. Gokusen 2 - NTV (Yukie Nakama, Kazuya Kamenashi, Jin Akanishi, Ken Kaneko, Mikihisa Azuma, Shosuke Tanihara) 27.83% (Final episode: 32.5%)
2. Kyumei Byoto 24 Ji 3/Emergency Room 24 Hours 3 - Fuji TV (Yousuke Eguchi, Nanako Matsushima, Teruyuki Kagawa, Kotomi Kyono, Shun Oguri, Daijiro Kawaoka, Toru Nakamura) 19.1% (Final episode: 20.6%)
3. Yasashii Jikan/The Gentle Hours/Affectionate Time - Fuji TV (Akira Terao, Kazunari Ninomiya, Masami Nagasawa) 14.79% (Final episode: 17.3%)
4. 3-nin B-Gumi Kinpachi Sensei/Mr. Kinpachi in Class 3B - TBS (Tetsuya Takeda, Mari Hoshino, Yasuomi Sano) 14.44% (Final episode: 16.1%)
5. Fukigen na Jiin/Grumpy Gene - Fuji TV (Yuko Takeuchi, Masaaki Uchino, Satomi Kobayashi, Joe Odagiri) 14.19% (Final episode: 13.3%)
6. Tokumei Kakarichou Tadano Hitoshi - TV Asahi (Katsunori Takahashi, Junko Sakurai) 14.11% (Final episode: 14.4%)
7. M no Higeki/The Tragedy of M - TBS (Goro Inagaki, Kyoko Hasegawa, Hiroki Narimiya, Aya Okamoto) 12.55% (Final episode: 12.8%)
8. Fugoh Keiji/Magnate Detective - TV Asahi (Kyoko Fukada, Shinji Yama****a, Kenji Kohashi) 12.41% (Final episode: 12.3%)
9. 87% ~Watashi no 5-nen Seizon Ritsu~/87% ~My 5 Years of Survival~ - NTV (Yui Natsukawa, Masahiro Motoki, Wakana Sakai) 11.63% (Final episode: 12.6%)
10. H2 ~Kimi to Ita Hibi~/H2 ~Days With You~ - TBS (Takayuki Yamada, Satomi Ishihara, Koutaro Tanaka, Yui Ichikawa, Yuma Ishigaki, Akiyoshi Nakao) 11.59% (Final episode: 12.8%)
11. Minna Mukashi wa Kodomodatta/We Were Once Children - Fuji TV (Ryoko Kuninaka, Takanori Jinnai, Eita, Miho Shiraishi) 10.43% (Final episode: 10.3%)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2005 07:27 PM | Show all posts
Originally posted by yuriko at 7-11-2005 01:59 AM
citer ni memang best...keep me seated in my place....setakat inilah J-Drama yg paling best aku tengok lepas Ice World....yg lain sumer Korean drama jer...hehe :lol


erm, bukannya takde, tapi sebab kita kat Mesia ni cuma disogokkan dengan citer2 dari Fuji TV sebab TV3/8TV affiliates dengan Fuji TV je...padahal 2-3 tahun kebelakangan ni dari segi jalan citer stesen2 TV TBS & NTV especially dah overtake Fuji TV, tapi orang2 kat 8TV tu macam tak sedar lagi hal ni...punyalah banyak citer2 best dari stesen TV lain, and then kalau yg terasa lebih 'dark' dari Ice World & Le Periode Bleue, diorang rasa terlalu controversial lak...hmm, ntah la...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2005 09:17 PM | Show all posts
woooo terrer gak gokusen leh dpt rating cam tuh.....

teringin nak tgk gokusen 2 ngan gokusen special
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2005 07:23 AM | Show all posts
Originally posted by taiyo_sensei at 9-11-2005 09:17 PM
woooo terrer gak gokusen leh dpt rating cam tuh.....

teringin nak tgk gokusen 2 ngan gokusen special


Best sgt ker citer Gokusen ni?:hmm:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.042658 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list