Atas restu ALLAH: ucapan perkahwinan Fazura & Fattah
PASANGAN pelakon popular, Fazura dan Fattah Amin masing-masing memuat naik ucapan hari ulang tahun pertama perkahwinan mereka, hari ini. Menurut Fazura, suaminya Abdul Fattah Mohd Amin, merupakan seorang lelaki yang berani memikat hatinya.
Dalam perkongsian video berdurasi satu minit itu, isteri kepada pelakon Hero Seorang Cinderella ini berkata, penyatuan dua jiwa antara mereka merupakan keberkatan yang sebenar dikurniakan oleh ALLAH.
Sementelah itu, tulis Fattah di akaun media sosial menyifatkan isterinya Nur Fazura Sharifuddin merupakan seorang yang paling sempurna dan bersyukur kerana dipertemukan daripada-Nya.
"Alhamdulillah genap setahun bahtera perkahwinan ini, Ku bersyukur dipertemukan oleh ALLAH dengan isteri yang Paling Sempurna pandai menjaga ku, ibu bapaku, keluargaku dan semua kenalan ku, Ya ALLAH kau kuatkan lah bahtera perkahwinan ini semoga kami dapat terus berlayar hingga ke Syurga Firdausi Mu Ya ALLAH Rabbal Alamin," katanya. Pasangan Fazura, 35, dan Fattah, 28, ini selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri oleh kedua belah pihak pengantin pada 27 November 2017 dan melangsungkan majlis resepsi pada 25 Februari 2018.
Full article: http://www.sinarharian.com.my/hiburan/atas-restu-allah-ucapan-perkahwinan-fazura-fattah-1.909145
|