CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azrain98

[Dunia] Pesawat MH17 (Amsterdam - KL) Terhempas di Ukraine! 295 Maut! V2

 Close [Copy link]
Post time 19-7-2014 10:23 AM | Show all posts
axl_bach posted on 19-7-2014 09:52 AM
so aku silap paham ker???Rasa cam x jer....adoyaiiiii....

rasa nya memang pernah nengok

siap ada garbarajah lagi aku tgk smlm tunjuk MH17 kene turun....kalo aku silap paham xtau laaa

tak ingat post sapa ..
try gak google tadi tak jumpa2


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2014 10:24 AM | Show all posts
mrsamz posted on 19-7-2014 10:22 AM
aku nak kongsi citer gak la...ni dpt drp mas crew..ada sorang cabin crew yg jadi mangsa ni, rupany ...

amin ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:31 AM | Show all posts
ini feedback yg my fren dapat dr kawan sejawatan dgn dia ttg situasi di ukraine :

"#MH17 Cerita rakan di Ukraine:

Aku biasa guna 'ayat diplomatik' kalau berhubung dgn rakan2 sama kerjaya yg bekerja dgn UN atau agensi EU merata dunia. Termasuk Oleksander,nickname Sasha, yg bekerja dgn satu agensi utk integrasi Eropah di Kiev ibukota Ukraine. Kali ni aku agak 'angin' dgn dia. W/pun aku tahu pendirian dia belah mana. Ye lah..setiap orang akan pertahankan Negara masing2 (cuma Malaysia ni lain sikit. Ada segelintir yg sepanjang masa kutuk negara sendiri)

Aplikasi media sosial mendekatkan yg jauh. Berikut adalah versi dia.....

[12:20AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: Hi Norhisham. I know, terrible news. I am very sorry for such happenings. It is war in Ukraine.

[12:25AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: Eastern territories are under control of Russian terrorists.

[1:33AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: There is no answer why, they are terrorists paid to ruin our country. Airplane was in wrong place, and terrorists considered that it was Ukrainian airplane.

[1:33AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: It happened around 16.00 local time.

[1:37AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: There was recommendation to consider route around Donetsk territory for civil airplanes.

[1:38AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: This week two Ukrainian military planes were shot down

[1:39AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: Terrible things are happening there. No government at all. Terrorist rule the territory with latest Russian arms and weapons.

[1:40AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: Only UN troops could help solve the conflict.

[1:40AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: Or change of Russian position.

[1:41AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: We will hope for better. And pray for souls of the lost lives.

[6:12AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: They have buk missile systems that can shoot higher then 10 km

[6:14AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: There is total chaos on territories and they shoot all airplanes flying over controlled territories

[6:15AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: Radio speech was now published how separatists discussed hit of this airplane and how they considered it is Ukrainian military plane

[6:18AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: It is just coincidence. They received new missile system two days ago and were testing it. Ukrainian plane was also shot today.

[6:19AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: I am sure it was Malaysian not on purpose.

[6:24AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: Now it was done by Russian missile and done by paid Russia separatists.

[6:29AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: All separatists in eastern territories are sent and paid to make maximum destruction and killings. Every day thousands of native people evacuate from their homes but on Russian channels it is shown as native people try to defend from Ukrainian army.

[6:31AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: Trust me, I was born there. Ukrainians don't want to be in Russia, and what is happening their is completely done from abroad.

[6:35AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: Right now people are being killed, infrastructure ruined. Only criminals and dumb paid workers support separatists, but it is very hard for Ukrainian army to free big cities because their are too many civilians and terrorists have too much armory. And the border is open.

[6:36AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: And president forbid the army to bomb cities

[6:37AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: But anyway, we will hope for peace and better times

[6:41AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: Even some people here who don't understand politics are manipulated by Russian media, since they are Russian speaking and watch Russian channels, and don't use internet. But now even they start to realize the truth.

[6:45AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: We all hope for peace! And we don't want to be enemies with Russians who are our brothers in history.

[6:46AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: But unfortunately now is very difficult time for our country."
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:35 AM | Show all posts
Harap mayat Ariza sekeluarga dijumpai - Sepupu



SEPANG: "Kami harap mayat Ariza Ghazalee, 46, suaminya Tambi Jiee, 49, dan keempat-empat anak mereka yang menjadi penumpang pesawat MH17, yang terhempas di Ukraine semalam, dapat dijumpai," kata Noraini Mohd Hol, 52, sepupu kepada Ariza.

Dengan nada sebak, beliau berkata pihaknya perlu melihat sendiri mayat Ariza sekeluarga sebelum memaklumkan keluarga mangsa yang masih berada di Bintulu, Sarawak.

"Saya amat sayangkan dia dan keluarganya dan dia amat rapat dengan saya meskipun dia jauh di Kazakstan bersama suami dan anak-anaknya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Noraini berkata beliau tidak menyalahkan Malaysia Airlines (MAS) malah mengganggap ini merupakan satu tragedi yang berlaku di atas kehendak dan ketentuan Ilahi.

Beliau juga berkata Ariza mengikuti Tambi yang bertugas di sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan suami sepupunya itu baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja di Kuala Lumpur.

Katanya, Ariza sempat memuat naik status '17 July 2014, starting our new hijrah, Alhamdulillah', pada 5.29 petang (waktu Malaysia) semalam dalam laman sosial Facebook ketika berada di Lapangan Terbang Amsterdam.

Zulrusdi Mohammad Hol, 46, pula melahirkan rasa sedih terhadap insiden yang menimpa keluarga sepupunya itu, lebih-lebih lagi ia berlaku menjelang Hari Raya Puasa.

"Kali terakhir kami berjumpa pada Mac lepas kerana dia datang melawat arwah ibu saya di hospital, dan setiap tahun, Ariza dan keluarga pasti datang beraya di rumah kami." katanya.

Katanya, mereka tidak menyalahkan mana-mana pihak dan hanya fokus kepada menguruskan jenazah serta proses pengecaman mayat.

Ariza bersama suami dan anak mereka iaitu Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13, dijadual tiba di Kuala Lumpur awal pagi Jumaat sebelum berlepas ke Kuching pada tengah hari.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Ukraine pada Khamis. - BERNAMA


Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Difficult tine for our country ... ada aku kisah, yg aku kisah apa ke bangangnya test suka ati , main bedil je
Selaut. Bangang dan jahatnya Last edited by ladyxez on 19-7-2014 10:39 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:40 AM | Show all posts
Keluarga Ariza












Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2014 10:44 AM | Show all posts
beldandy posted on 19-7-2014 10:31 AM
ini feedback yg my fren dapat dr kawan sejawatan dgn dia ttg situasi di ukraine :

"#MH17 Cerita r ...
[6:18AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: It is just coincidence. They received new missile system two days ago and were testing it. Ukrainian plane was also shot today.

[6:19AM, 18/07/2014] Oleksander Ukraine: I am sure it was Malaysian not on purpose.

apa2 pun .. perbuatan dier rang sangat keji


Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:45 AM | Show all posts
MH17: Keluarga juruterbang ingin jasadnya dikebumikan di MalaysiaAstro Awani |Kemas kini:Julai 19, 2014
(Diterbitkan pada: Julai 19, 2014 01:14 MYT)




ANAK SAUDARA: Kapten Wan Amran seorang pemurah, baik hati dan merendah diri - Astro AWANI

KUALA KANGSAR: Keluarga juruterbang MH17 berharap jenazah Kapten Wan Amran Wan Hussin dapat dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung mereka di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.

Menurut anak-anak saudaranya, mereka masih menanti kepastian mengenai senarai mangsa pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, berdekatan sempadan Rusia.

Menurut Nur Sufizah Duzuki, Kapten Wan Amran yang mereka panggil Ayah Ran memang rapat dengan anak-anak saudaranya dan cukup sinonim dengan angka tujuh.

“Dia memang pemurah, baik hati, rendah diri walaupun dia tu orang kata berpelajaran dan ‘low profile’ serta orang tidak menjangkakan bahawa beliau adalah seorang juruterbang,” katanya.

Kata Nur Sufizah, angka tujuh seperti amat bermakna bagi diri bapa saudaranya itu.

Nur Sufizah juga berkata dia tidak menyangka bahawa ‘Ayah Ran’ yang bekerja di atas kapal terbang akan meninggal di dalam pesawat.

Katanya lagi, Ayah Ran juga seorang yang berpengaruh di dalam keluarganya dan sering mejadi rujukan mereka.

Seorang lagi anak saudara Kapten Wan Amran, iaitu Nor Suazlin Duzuki pula memberitahu bapa saudaranya itu seorang yang amat taat suruhan agama, merendah diri dan sentiasa mengutamakan keluarganya.

Katanya Kapten Wan Amran juga dikatakan telah menelefonnya untuk bertanya khabar sambil memberitahu bahawa beliau akan melawat mereka pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Nor Suazlin ketika ditemui di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar berkata,  pakciknya itu juga sempat membina sebuah rumah sebagai hadiah kepada arwah ibunya yang mennjadi peninggalan terakhir Kapten Wan Amran untuk mengumpulkan ahli keluarganya.

“Saya rapat dengan bapa saudara saya itu, dan dia juga rapat dengan saya. Dia murah hati dan penyayang tidak kira siapa-siapa pun.

“Memang terkejut sangat la tadi tengok berita rasa macam tak percaya sangat selagi tak tengok muka dia tak keluar dekat suratkhabar. Tiba-tiba pagi tadi beli suratkhabar memang betul sah muka dia dengan nama dia sekali tertera,” katanya.

Tambahnya, bapa saudaranya itu sentiasa mengambil berat tentang dirinya.

“Tambah pula saya nak dekat bersalin ni dia kata cukup ke duit tu… dia memang sentiasa ambil berat,” kata Nor Suazlin.

Katanya lagi, simpati yang selama ini dirasai selama ni ketika melihat mangsa pesawat MH370 telah dapat difahami apabila tragedi yang sama kena pada ahli keluarganya.

“Barulah saya faham masa tu perasaan famili orang lain… macam mana sedih kehilangan orang yang paling kita sayang tambah tambah lagi isteri kepada Ayah Ran tidak bekerja,” katanya.

Menurut Nur Suazlin lagi, Wan Amran yang mempunyai dua anak kecil sentiasa memastikan keluarganya dalam keadaan baik.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2014 10:45 AM | Show all posts
ladyxez posted on 19-7-2014 10:38 AM
Difficult tine for our country ... ada aku kisah, yg aku kisah apa ke bangangnya test suka ati , mai ...
yg aku kisah apa ke bangangnya test suka ati , main bedil je
setuju sangat2

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:47 AM | Show all posts
quote kapten nuruddin kt al hijrah
salahkan ukraine buang masa
salahkan rusia buang masa
cari kelemahan dan be proaktive
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:50 AM | Show all posts
tak berkenan saya dengan perangai ukraine ni...

salah tetap salah sebab telah menembak orang awam... jangan bagi mereka kata tidak sengaja dan tidak tahu ikut kapal terbang awam...

ni semua ayat tidak boleh hadam... dari perangai perogol, pencuri, peromak sampai ke kiki pun minta maaf tidak sengaja... ni nak mengaku ke otak masih belum berhubung dengan baik masa tu??

semua ni tidak boleh diterima...

lepas ni kalau gaza bedel dengan roket kat israil... cakap jer tidak sengaja tertekan roket tu walaupun mati separuh kaum yahudi tu kat israil tu... kerana tidak sengaja tidak membawa menjadi kesalahan dalam perang...

saya nanti pun kalau ada orang yahudi ke datang bawa senapang ke arah saya.. saya pun akan cakap tak sengaja terbunuh yahudi tu lalu tertembak yahudi tu sampai mati....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:51 AM | Show all posts
awat page mendap je
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:51 AM | Show all posts
MH17: Wartawan Rusia letak jawatan, kecewa dengan liputan berat sebelahAgensi |Kemas kini:Julai 19, 2014
(Diterbitkan pada: Julai 19, 2014 09:07 MYT)




Sara Firth - Foto Twitter

MOSCOW: Seorang wartawan Rusia yang ditugaskan di London mengumumkan meletak jawatan dari tugasnya atas alasan sangat kecewa dengan cara liputan yang disiarkan oleh majikannya stesen televisyen RT (Russian Today) berkaitan pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas Khamis lalu.

Sara Firth adalah wartawan kedua dari stesen televisyen berbahasa Inggeris itu yang meletakkan jawatan. Mac lalu seorang lagi wartawan meletakkan jawatan dengan alasan kecewa dengan liputan stesen itu berkenaan krisis di Ukraine.

“Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi berpegang kepada kebenaran,” kata Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth.

Sementara itu stesen RT yang dibiayai kerajaan Rusia dalam reaksinya kepada AFP berkata “Firth telah meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran”.

“Kami percaya kebenaran adalah dari kaca mata wartawan kami di lapangan dan bukan apa yang dilaporkan oleh akhbar di London,” kata Anna Belkina seorang jurucakap stesen itu menerusi e-mel.

Tambahnya, RT tidak terkejut dengan keputusan Firth itu kerana wartawan itu dikatakan pernah menyuarakan hasrat untuk bertukar kerja.

Perletakan jawatan Firth adalah insiden terbaru yang dihadapi oleh RT susulan banyak kritikan dan bidasan yang dilemparkan terhadap stesen itu terutamanya menerusi laman Twitter.

Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko mengambil rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Rusia Vladmir Putin mengenai perkara sebenar yang berlaku terhadap pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

“Apa yang yang telah saya sebarkan?” tanya Boiko dalam reaksi balasnya.

“Penipuan,” jawab Firth. “ Kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar.

“Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya,” tambahnya.

Firth juga menukar nama akaun Twitternya @SaraFirth_RT bagi mengelak dari dikaitkan dengan saluran televisyen itu lagi.

Laporan terakhirnya dari London adalah Selasa lalu.

Amerika Syarikat sebelum ini berkata mereka percaya pesawat MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu oleh kumpulan pemberontak Ukraine.

Stesen RT bagaimanapun melaporkan pihak Ukraine yang harus dipersalahkan dengan mendakwa peluru berpandu telah dilancarkan oleh negara itu tanpa memaklumkan sistem terbabit juga berkemungkinan digunakan pihak kumpulan pemisah.

RT sememangnya menjadi tumpuan atas laporannya yang ternyata berat sebelah dan cenderung kepada Moscow terutamanya berkaitan krisis di Ukraine.

Mac lalu wartawannya, Liz Wahl membuat pengumuman meletak jawatan sewaktu satu siaran langsung.

RT sebaliknya menuduh Wahl hanya cuba mempromosi diri.


Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 posted on 19-7-2014 09:50 AM
MH17 pun orang nak kaitkan dengan serangan israel ke atas gaza. Selama ini pun Israel tak perlu pun  ...

israel xperlu buat diversion sebegitu pun... siapa yg mampu hentikn pun ... china dan russia pun xmampu.

tapi titik pertemuan di ukraine ialah ukraine kini diperintah boneka zionist dgn info tak terlalu lama dulu ... presiden atau perdana menteri barunya berdarah yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Lihatlah dunia skarang siapa yg sebenarnya pengganas
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz posted on 19-7-2014 10:22 AM
aku nak kongsi citer gak la...ni dpt drp mas crew..ada sorang cabin crew yg jadi mangsa ni, rupany ...

oh yg org melaka tu kan
lelaki kan
ade baca org share kat fb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2014 10:55 AM | Show all posts
beldandy posted on 19-7-2014 10:31 AM
ini feedback yg my fren dapat dr kawan sejawatan dgn dia ttg situasi di ukraine :

"#MH17 Cerita r ...

mcm nak larikan diri jah???
jadi, orang malaysia jer yang bodoh la???
salahkan negeri sendiri???
atau genius uols???
yelah, org genius ni khenzz uols lain dari lain..
rakyat negara lain back up negara depa walaupun salah depa,
tapi malaysian trlebih genius..
harusla kita berbangga..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
maxim posted on 19-7-2014 10:51 AM
MH17: Wartawan Rusia letak jawatan, kecewa dengan liputan berat sebelahAgensi |Kemas kini:Julai 19,  ...

berani kerana benar
moga Allah Taala panjangkan usianyaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:57 AM | Show all posts
sekarang balik pada pangkal ini semua angkara yahudi... dari israil sampai ke ukraine ni orang puak yahudi... USA dan Israil...

nampak tak... saja je diorang tu... yahudi memang tidak boleh percaya.. pembunuh nombor satu dalam dunia... bukan saja palestine je diorang nak bunuh... orang awam negara lain pun sanggup diorang bunuh... memang bangsa laknat....

dah tertembaklah.. tak sengajalah lepas je tangan tu buat tak tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
True-X posted on 19-7-2014 10:12 AM
295 penumpang dan crew +3 baby=total 298 nyawa

2+9+8=19, 1+9=10, 1+0=1

so mana pegi forumer yg ibses dgn no 7 td....kaitkan quran dgn kajian numero dia,adoyaiiii

sorry off topic
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.220742 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list